BAB 5 : KAEDAHKAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM
APLIKASI 5 KAEDAH FIQH (QAWA’ (QAWA’ID FIQHIYYAH) DALAM PENGURUSAN OBJEKTIF KULIAH :
Mengenal pasti kaedah fiqh yg diterapkan dlm pengurusan Melahirkan satu bentuk pengurusan yg mapan berdasarkan kaedah pentadbiran Islam Memberi idea dasar kpd pelajar utk menyesuaikan pentadbiran dgn kehendak Islam
PENGERTIAN QAWA’ID FIQHIYYAH Bahasa
: Asas rumah dsb
Istilah fuqaha’
:
i) Hukum kulliy yg dipraktik ke atas keseluruhan masalah juz’iyyah (detail) ii) Hukum yg terpakai ke atas kebanyakan masalah juz’iyyah (detail)
- Teksnya dibentuk dlm beberapa kalimah yg ringkas dan padat dlm lafaz yg umum, tetapi maknanya luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yg terperinci - Namun begitu, QF tidaklah merangkumi kesemua masalah
1
1.
SEGALA PERKARA ITU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA (al (al--umur bi maqasidiha) maqasidiha)
2.
YAKIN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SEMATASEMATA-MATA SYAK (al (al--yaqin la yuzal bi alal-syak) syak)
3.
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN (al (al--masyaqqah tajlibu alal-taisir) taisir)
4.
KEMUDARATAN HENDAKLAH DISINGKIRKAN (alal-darar yuzal) yuzal)
5.
ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM (alal-’adatu muhakkamah) muhakkamah)
KAEDAH PERTAMA : SEGALA PERKARA ITU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
- Kaedah ini menerangkan ttg kepentingan niat - Sesuatu urusan hendaklah disertakan dengan niat - Niat menentukan nilai sesuatu aktiviti - Niat yg baik tidak menjadikan semua perlakuan sebagai baik DALIL : i) Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yg sabit bagi setiap orang itu apa yg diniatkan
ii) Sesiapa datang ke tilamnya (utk tidur) dan dia berniat hendak bangun sembahyang malam, tiba-tiba dia tertidur hingga ke Subuh, maka apa yg diniatkan itu tetap akan ditulis
Kepentingan niat dlm Islam : •Membezakan amalan ibadat dgn amalan adat •Membezakan tingkatan ibadat antara satu sama lain (cth : duduk dlm masjid kadangkala kerana beristirehat dan adakalanya bertujuan iktikaf)
2
KAEDAH-KAEDAH SAMPINGAN :
1. Tidak disyaratkan niat dlm mana-mana jenis ibadat yg ia bukan jenis adat atau ia tidak akan kesamaran dgn yg lain cth : beriman kepada Allah, berzikir, membaca alQuran...tetapi wajib niat pada membaca al-Quran apabila dinazarkan bagi membezakan fardu dgn yg lainnya
2. Dalam amalan yg disyaratkan niat, maka kekeliruan penyataannya membatalkan amalan tsbt
3. Maksud lafaz itu tergantung pada niat orang yg menyatakannya
KAEDAH KEDUA : YAKIN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SEMATA-MATA SYAK
Huraian : Sesuatu yg telah diyakini tidak akan hilang dgn kedatangan syak (keraguan) ke atasnya, tetapi ia boleh hilang dgn yakin sepertinya juga
DALIL : i) Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dlm solatnya, tidak diketahui lagi berapa rakaatkah yg telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yg syak (ragu-ragu) dan tunaikanlah atas apa yg telah diyakininya.
KAEDAH-KAEDAH SAMPINGAN :
1. Asal masalah ialah kekalnya suatu perkara di atas keadaanya yg asal cth : sesiapa yg yakin taharahnya atau masih suci dan syak yg dia berhadas, maka dia dianggap masih bersuci @ dia yakin berhadas dan syak sama ada dia masih taharah, maka dia dikira berhadas
2. Asal sesuatu perkara adalah bebas dari tanggungjawab cth : Sesiapa yg mendakwa orang lain berhutang dgnnya maka dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yg didakwa menafikan
3
3. Asal sesuatu perkara itu adalah tiada cth : Seseorang yg makan harta orang lain lalu mengatakan “Kamu telah membenarkan aku memakannya” padahal dinafikan oleh tuan punya makanan, maka hendaklah diterima kata tuan makanan kerana asalnya harta seseorang itu haram dimakan tanpa izinnya
4. Asal pada (kebanyakan) perkara adalah harus sehingga ada dalil yg menunjukkan ianya haram cth : halal memakan zirafah menurut al-Subki, kerana asalnya harus dan tiada taring serta tiada dalil haram yg menjelaskannya
KAEDAH KETIGA : KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
-Islam memberikan pengecualian kpd manusia apabila berhadapan dgn situasi yg mendesak. -Bentuk pengecualian adalah spt memberi kelonggaran atau membenarkan pemilihan alternatif lain -Dlm konteks pentadbiran, kaedah ini memberikan banyak pilihan / alternatif kpd setiap pekerja dlm menghadapi pelbagai rintangan dan halangan pengurusan
DALIL :
1. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran 2. Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dlm perkara agama 3. Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan agama Islam, maka dijadikannya mudah dan tidak menyusahkan dan Dia tidak menjadikannya sempit
4
Sebab-sebab keringanan : 1.Kekurangan – tidak dikenakan bebanan syara’ ke atas orang gila, kanak-kanak dan orang yg tidur 2.Jahil – harus fasakh perkahwinan kerana aib pada salah seorang pasangan suami isteri yg disembunyikan dan seorang lagi tidak mengetahui kedudukan sebenar 3. Sakit – harus doktor memandang aurat wanita kerana berubat 4. Musafir – harus berbuka puasa, qasar dan jama’ solat 5. Terlupa – makan dan minum pd siang hari di bulan puasa 6. Paksaan – makan bangkai atau minum arak utk menyelamatkan nyawa 7. ‘Umum al-balwa – dimaafkan gharar yg sedikit dlm urusan jual beli, percikan najis dan percikan tanah di jalan raya
Keringanan syara’ mencakupi 7 jenis hukum :
1. Pengguguran – digugurkan hukum solat Jumaat, puasa, haji dan jihad kerana keuzuran tertentu 2. Pengurangan – solat qasar 3. Penggantian – tayammum 4. Pendahuluan (taqdim) – jama’ taqdim 5. Penangguhan (ta’khir) – jama’ ta’khir 6. Kelonggaran – diharuskan minum arak bagi orang yg tercekik kerongkong ketika ketiadaan air halal 7. Perubahan – mengubah kelakuan solat ketika ketakutan dlm peperangan
KAEDAH SAMPINGAN : 1. Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas cth : diharuskan perempuan yg beriddah keluar rumah apabila keadaan mendesak spt bekerja utk menyara hidup
5
KAEDAH KEEMPAT : KEMUDARATAN HENDAKLAH DISINGKIRKAN
-Suatu yg mendatangkan bahaya, risiko atau menjdi sia-sia hendaklah dijauhi atau diatasi -Tiada dlm syariat Islam suruhan atau larangan yg boleh memudaratkan mereka -Dlm konteks pentadbiran, pihak pengurusan mesti memastikan setiap perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan tidak terlibat dgn unsur-unsur yg boleh mendatangkan kemudaratan
DALIL : 1. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yg melakukan kerosakan 2. Tiada mudarat dan tidak dimudaratkan
KAEDAH-KAEDAH SAMPINGAN : 1. Darurat mengharuskan yg dilarang cth : harus berlafaz dgn kalimah kufur ketika dipaksa di samping hati tetap beriman 2. Sesuatu yg diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja cth : harus doktor memandang aurat pesakit wanita sekadar tempat yg perlu utk rawatan shj
3. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga cth : Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yg fakir utk keluarga yg juga fakir
4. Menolak kerosakan lebih utama dari mengambil kebaikan cth : berlebih-lebihan berkumur dan memasukkan air ke dlm hidung adalah sunat ketika berwuduk tetapi makruh bagi orang yg berpuasa kerana kepentingan menjaga kesahihan puasa
6
KAEDAH KELIMA : ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM
-Takrif : Sesuatu yg telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dlm urusan kehidupan harian sehingga sebati dgn mereka dan menjadi suatu perkara yg lumrah -Adat hanyalah menjadi hukum bagi mensabit hukum syara’ apabila tidak terdapat nas bagi hukum yg hendak disabitkan DALIL : -Apa yg dipandang baik oleh kaum muslimin, maka di sisi Allah pun baik.
Syarat-syarat keharusan beramal dgn adat :
1. Adat tidak berlawanan dgn nas syara’ 2. Adat itu telah diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh dan meluas 3. Adat yg akan dirujuk sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan itu 4. Tidak terdapat sesuatu perkataan atau perbuatan yg jelas menyalahi adat
6 cara sihat ketika berpuasa
Jangan tinggalkan sahur Jangan tunda berbuka Makan secara bertahap Jangan tinggalkan senaman Minum cukup air Kawal emosi “Selamat menjalani ibadah puasa, puasa, semoga ia diterima Allah ”
7