ADAB-ADAB BERDIALOG DAN KAEDAH-KAEDAH PERSELISIHAN PENDAPAT
Penyelidikan Yang Dibentangkan di:
Mu’tamar Dunia Yang Berkaitan Pendirian Islam Mengenai Terrorisme
Universiti Imam Muhammad Bin Sa’ud Al-Islamiyyah
Disediakan Oleh: Dr. Umar Abdullah Kamil
1
Kandungan Perbahasan
Tajuk
Muka Surat
-Muqaddimah
5
-Matlamat dan Tujuan Berdialog
8
-Usul dan Kaedah Utama Yang Menggariskan
9
Perjalanan Sesuatu Dialog.
-Adab-adab Dialog:
11
Pertama: Penyediaan Suasana Yang Sesuai Untuk Berdialog
11
Kedua: Ikhlas dan Niat Yang Betul
12
Ketiga: Insaf dan Adil
12
Keempat: Tawadhuk dan Berakhlak Mulia
13
Kelima: Pemaaf Dan Sabar
14
Keenam: Rahmat dan Prihatin
15
Ketujuh: I’zzah dan Teguh Atas Kebenaran
16
Kelapan: Mendengar Dengan Baik
17
Kesembilan: Hormat-menghormati dan Berkasih Sayang
17
Walaupun Berselisih Pendapat.
-Adab-adab Dialog Ilmiah:
19
Pertama: Ilmu
19
Kedua: Memulakan Pada Titik Pertemuan
19
Ketiga: Beransur-ansur dan
20
Memulakan Dengan Sesuatu Yang Paling Penting. Keempat: Dalil
21
Kelima: Memberi Perumpamaan
22
2
Keenam: Menjauhkan diri daripada
23
Terburu-buru Memberi Jawapan Ketujuh: Kembali Kepada Kebenaran.
23
Kelapan: Berdaya Saing, Mantap Serta Menegakkan Hujah
23
- Adab-adab Lafaz Dialog:
25
Pertama: Perkataan Yang Baik
25
Kedua: Kiasan dan bayangan sebagai ganti dari lafaz yang jelas
26
Ketiga: Memuji Sesuatu Yang Benar Pada Diri Dan Pihak Lawan
26
Keempat: Lafaz-lafaz Yang Dilarang
28
-Kaedah-kaedah Dalam Adab Perselisihan Pendapat:
30
Pertama: Bentuk-bentuk Perselisihan dan Sebab-sebabnya.
30
-
Perselisihan Yang Tercela
30
-
Perselisihan Yang Terpuji
31
-Kewujudan Perselisihan Pendapat Pada Kurun Sebaik-baik Umat 31
Kedua: Perselisihan Pada Perkara Cabang
32
Adalah Satu Kemestian, Rahmat dan Perluasan.
-Garis Panduan Ilmiah Bagi Perselisihan:
-
36
Mengembalikan Rujukan Perselisihan
36
kepada al Kitab dan Sunnah -
Mengikut Manhaj Kesederhanaan
36
-
Membezakan Antara Yang Qot’ie dan Zonni Pada Dalil
37
-
Menghindarkan Diri Terlalu Cepat Memutuskan
37
Hukum Dalam Permasalahan Ijtihad -
Mengkaji Perselisihan Ulama’ Dan Dalil-dalil Mereka
3
38
-
Mengenalpasti Kefahaman dan Istilah-istilah
38
-
Memandang Secara Keseluruhan
38
-
Memandang Kepada Niat dan Kecenderungan Seseorang
38
-
Amalan Hati Didahulukan Atas Amalan Anggota Badan
39
-
Mengambil Berat Urusan Kaum Muslimin
39
-
Bekerjasama Pada Perkara Yang Disepakati
39
-Penutup
42
4
ADAB-ADAB BERDIALOG DAN KAEDAH-KAEDAH PERSELISIHAN PENDAPAT
Muqaddimah:
Dunia Islam telah dilanda dengan fitnah yang banyak dan berbilang-bilang gelarannya. Mereka melabelkannya sebagai: Usuliyyah, perlampauan, keganasan … dan lain-lain.
Melainkan kesemuanya adalah ibarat bagi maksud yang satu iaitu: Perlampauan dan pentafsiran yang pincang terhadap nas-nas, melabelkan gelarangelaran ini ke atas kaum mukminin tanpa penelitian mata hati dan berfikir dengan terperinci telah memberi laluan mudah kepada satu golongan untuk melemparkan tuduhan bida’ah, kufur, syirik dan jahil kepada kaum muslimin pada perkara-perkara khilaf yang bukan merupakan tempat bagi mana-mana sifat-sifat ini. Bahkan ia juga bukan tempat untuk menyalahkan dan menisbahkan kejahilan, apatah lagi untuk dihukum bid’ah dan kafir?!!.
Sesungguhnya banyak dari perkara-perkara khilaf ini telah dilalui oleh imamimam yang membidangi ilmu dan berfikiran teliti, maka tidak seharusnya seorang pengikut sesuatu mazhab (muqallid) mencela pengikut satu mazhab yang lain dan tidak harus juga seorang imam yang berijthad (mujtahid) mencela seorang mujtahid yang lain.
Yang demikian itu kerana rahsia berkekalannya Islam ialah terdapatnya perselisihan terpuji yang akan disebutkan nanti secara terperinci.
Sesungguhnya wabak paling besar yang melanda pada zaman kita ini dan mengundang kepada munculnya pertentangan antara sama lain ini ialah lenyapnya
5
kefarduan dialog yang saya melihat bahawa ia adalah seutama-utama perkara dan sepenting-penting kepentingan.
Kaedah-kaedah dialog dan perselisihan serta garis panduannya adalah pemelihara bagi mereka yang berdialog dari sebarang perlampauan, mencaci-cerca orang lain sedangkan kebenaran adalah keutamaan sebenar
yang dicari dan
sesuatu yang dituntut.
Manakala apabila sesuatu perselisihan itu menjadi pendokong bagi kejayaan hawa nafsu politik dan taksub buta, maka kaedah-kaedah dan garis panduan tidak akan memanfaatkan perkara ini, kerana hawa nafsu tidak memiliki garis panduan atau timbangan. Oleh yang demikian Allah ﻷmemberi amaran kepada kita yang tergolong dari kalangan pengikut hawa nafsu dengan firmanNya ـ:
50. Dan tidak ada Yang lebih sesat daripada orang Yang menurut hawa nafsunya Dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah.
[Al Qosos:50]
Sesungguhnya binaan Feqh Islam yang agung tidaklah terbina dari asas kekosongan. Akan tetapi ia terbina dari manhaj, asas-asas, garis panduan dan timbangan ilmiah yang terperinci yang digunapakai oleh para ulama mazhab bagi memutuskan dan mengeluarkan hukum.
Oleh yang demikian, lenyapnya asas-asas dan manhaj ini dalam sesuatu dialog dan perselisihan pendapat telah menjerumuskan kita ke dalam apa yang kita alami ketika ini.
Saya tidak mengira bahawa perkara-perkara ini telah mendapat bahagian yang mencukupi dari segi perhatian dan pengajaran sama ada di sekolah-sekolah atau universiti, sehinggakan dialog golongan cerdik pandai menjadi seumpama
6
dialog orang pekak. Terhasillah dari itu apa yang kita saksikan pada hari ini dari fitnah-fitnah dan fahaman menyeleweng yang berbagai-bagai. Kadangkala mereka berselisih pada perkara yang tiada perselisihan dan kadangkala mereka tergelincir (dari kebenaran) dalam keadaan menyangka bahawa mereka adalah pembawa kebaikan, akan tetapi pada realitinya mereka adalah pembawa kerosakan seperti apa yang difirmankan oleh Allah ـmengenai golongan seumpama mereka:
11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan". 12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[Al Baqarah: 11-12]
Semoga Allah memberi petunjuk bagi kata-kata, memperbaiki niat dan memperkenankan segala impian, segala puji bagi Allah pada permulaan dan pengakhiran.
َو َﺻ ﱠﲆ اﷲُ َﻋ َﲆ َﺳ ﱢﻴ ِﺪ اﻷَﻧَﺎ ِم َو َﻋ َﲆ آﻟِ ِﻪ َو َﺻ ْﺤﺒِ ِﻪ َو َﺳ ﱠﻠ َﻢ Dr. Umar Abdullah Kamil
7
MATLAMAT DIALOG DAN TUJUANNYA
1- Menegakkan Hujah: Matlamat dari sesatu dialog ialah menegakkan hujah, menolak syubhat serta kerosakan dari perkataan dan pendapat. Matlamatnya juga ialah agar seseorang berjalan dengan jalan pengambilan dalil yang sohih untuk sampai kepada kebenaran.
2- Dakwah: Dialog yang tenang adalah kunci pembuka hati dan jalan untuk masuk ke dalam jiwa. Allah ـberfirman:
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik;
[Al-Nahl:125]
3- Mendekatkan Arah Pandangan: Daripada hasil sesuatu dialog ialah menyempitkan jurang
perbezaaan,
mendekatkan
arah
pandangan
dan
mewujudkan
jalan
penyelesaian pertengahan yang diredhai oleh semua pihak di zaman yang terlalu banyak permusuhan dan persengketaan.
4- Membongkar syubhat dan menolak segala yang batil bagi menzahirkan kebenaran dan membinasakan kebatilan seperti mana firman Allah ـ:
55. dan Demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan Yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang Yang berdosa.
[Al-An’am:55]
8
USUL-USUL DAN KAEDAH UTAMA YANG MENGARISKAN PERJALANAN SESUATU DIALOG
Pertama: Untuk sampai kepada kebenaran hendaklah
bersungguh-sungguh
mencarinya, melarang dari ketaksuban, hawa nafsu, menunjuk-nunjuk kekuatan dan berbantah-bantah dengan cara yang batil.
Berkata Imam Ghazali ketika menyebut mengenai tanda-tanda mencari kebenaran:
ِ اﳊ ﱢﻖ َﻛ َﻨ ِ َأ ْن َﻳ ُﻜ ْﻮ َن ِﰲ َﻃ َﻠ َْ ﺐ َأ ْو َﻋ َﲆ َﻳ ٍﺪ َﻣ ْﻦ،اﻟﻀﺎ َﻟ ُﺔ َﻋ َﲆ َﻳ ِﺪ ِه ﲔ َأ ْن َﺗ َﻈ َﻬ َﺮ ﱠ َ ْ ﻻَ ﻳﻔﺮق َﺑ،ﺎﺷ ٍﺪ َﺿﺎ َﻟ ٍﺔ ِ ُﻳ َﻌ َْ اﳋ َﻄ َﺄ َو َأ ْﻇ َﻬ َﺮ َﻟ ُﻪ َْ َو َﻳ ْﺸ ُﻜ ُﺮ ُه إِ َذا َﻋ ﱠﺮ َﻓ ُﻪ، َو َﻳ َﺮى َرﻓِ ْﻴ َﻘ ُﻪ ُﻣ ِﻌ ْﻴﻨ ًﺎ ﻻَ َﺧ ْﺼ ًﲈ،ﺎو ُﻧ ُﻪ اﳊ ﱠﻖ 1
Bahawa menjadi pada menuntut kebenaran itu seperti mengundang kesesatan, tiada beza diantara menzahirkan kesesatan diatas tangannya, atau diatas sesiapa yang membantunya, dan melihat temannya sebagai penolong bukan sebagai musuh, dan berterima kasih kepadanya apabila dia mengetahui kesilapannya dan menzahirkan baginya akan kebenaran.
Kedua: Mengenalpasti matlamat dan permasalahan yang bersangkut paut dengan dialog kerana sesungguhnya banyak daripada dialog bertukar arah menjadi perdebatan yang tidak memberi faedah serta tidak mempunyai titik penghujung untuk diakhiri.
1
Ihya’ Ulumiddin 1 /75
9
Ketiga: Persepakatan atas dalil yang menjadi rujukan dan rujukan tertinggi di sisi setiap muslim ialah: Al Kitab, Sunnah dan garis panduan yang bermanhaj dalam memahami
keduanya. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan agar kembali
kepada keduanya dengan firmanNya ـ:
59. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
[Al Nisa’:59]
Persepakatan atas manhaj pendapat dan pengambilan dalil sebelum permulaan bagi setiap perbincangan ilmu akan menggariskan perjalanan dialog dan menghalakannya ke arah kejayaan, kerana perselisihan pada manhaj akan membawa kepada berlegar pada perbincangan kosong yang tidak ada had dan garisan.
Keempat: Tidak membincangkan tentang permasalahan cabang (furu’) sebelum bersepakat atas permasalahan pokok (usul) maka hendaklah memulakan sesuatu dengan lebih penting iaitu dari perkara usul dan garis panduannya serta bersepakat atasnya. Dari perbahasan pokok (usul) semua itu akan beralih pula kepada perbincangan bagi permasalahan cabang (furu’) dan dialog mengenainya.
10
ADAB-ADAB DIRI DALAM DIALOG
Di sana terdapat adab-adab yang berkaitan dengan peribadi diri dan sahsiah pendialog. Terdapat juga di sana beberapa keadaan pada diri seseorang yang kadangkala mempengaruhi sesuatu dialog lalu memberikan kesan yang positif. Justeru, hendaklah seseorang meraikan perkara tersebut sehingga merealisasikan matlamat dialog dan memberikan hasilnya. Adab-adab yang paling penting bagi diri ialah:
Pertama: Menyediakan suasana yang sesuai untuk berdialog
Hendaklah menghindari dari suasana yang sesak dan hiruk-pikuk, kerana sesuatu kebenaran itu akan disia-siakan pada suasana seumpama ini. Begitu juga hendaklah memilih kawasan yang tenang dan memperuntukkan masa yang mencukupi untuk berdialog.
Seumpama itu juga seseorang itu mestilah meraikan keadaan peribadi dan sosiologi pihak lawan, tidak akan membawa kebaikan selama-lamanya jika dialog itu disempurnakan dengan seseorang yang mempunyai beban di jasad dan jiwanya kerana perkara-perkara ini akan memberi kesan ke atas sesuatu dialog.
Di antara wasilah-wasilah yang dapat dilakukan pada penyediaan suasana yang sesuai bagi sesuatu dialog ialah:
1- Berkenal-kenalan antara kedua belah pihak.
2- Bertanya soalan-soalan tentang perkara selain tajuk dialog bagi menenangkan diri pihak lawan.
3-
Memulakan dialog dengan kalimah-kalimah yang sesuai dan muqaddimah
yang sopan bagi menarik perhatian pihak lawan.1
1
Lihat (Al Hiwar: Adaabuhu Wa Dowabituhu oleh al Zamzami. H: 117-130)
11
Kedua: Ikhlas dan Niat Yang Betul
Hendaklah bersungguh-sungguh ikhlas kerana Allah, niat yang murni dan tujuan yang sejahtera ketika berada dalam sesuatu dialog dan perbincangan. Hendaklah orang yang berdialog menjauhkan dari dari perasaan riak, takbur, menunjuk-nunjuk kehandalan kepada pihak lawan, berbangga-bangga atas orang lain, meninggi diri dan melakukan sesuatu bagi meraih ketakjuban dan pujian.
Di antara tanda-tanda ikhlas kerana Allah dan bersungguh-sungguh bagi mencari kebenaran ialah seorang pendialog itu akan merasa gembira sekiranya sesuatu kebenaran itu zahir atas lisan pihak lawannya, seperti yang dikatakan oleh Imam Syafii:
َْ ﺖ َﻟ ْﻮ َأ ﱠن اﷲَ َأ ْﻇ َﻬ َﺮ .اﳊ ﱠﻖ َﻋ َﲆ ﻟِ َﺴﺎﻧِ ِﻪ ُ َﻣﺎ َﻧﺎ َﻇ ْﺮ ُت َأ َﺣﺪ ًا إِﻻﱠ َﲤ َﻨﱠ ْﻴ “Tidaklah aku berbahas dengan seseorang melainkan aku berharap agar Allah menzahirkan kebenaran atas lidahnya.”
Kerana yang demikian menunjukkan bahawa seseorang itu meyakini bahawa pendapat, pemikiran dan jalan kebenaran itu bukanlah milik seseorang atau satu golongan serta sesuatu yang betul itu juga bukanlah juga hak mutlak seseorang.
Ketiga: Insaf dan Adil
Di antara prinsip-prinsip asas dalam sesuatu dialog ialah: Insaf dan Adil, daripada kesempurnaan sifat insaf ialah menerima sesuatu kebenaran daripada pihak lawan, mengasingkan antara arus pemikiran dan pemiliknya serta seseorang yang berdialog itu menunjukkan rasa takjubnya pada fikrah-fikrah yang sohih dan dalil-dalil yang baik. Daripada contoh sifat insaf ialah apa yang disebut oleh Allah tentang sifat Ahli Kitab:
12
113. Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. di antaranya ada golongan Yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah Yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
[Aali Imran: 113]
Keempat: Merendah Diri (Tawadhu’) dan Berakhlak Mulia.
Sesungguhnya beriltizam dengan adab dan berakhlak mulia adalah sesuatu yang umum. Merendahkan diri atas bentuk yang khusus mempunyai peranan yang besar bagi mencukupkan hujah pihak lawan, penerimaannya bagi kebenaran dan pengakuannya terhadap sesuatu yang betul. Setiap orang yang melihat pada pihak lawannya terdapat kemuliaan dan sifat merendah diri, berakhlak mulia, mendengar kalam yang baik, maka dia tiada memiliki apa-apa cara selain menghormati pihak lawannya itu serta membuka hati bagi mendengar pendapatnya.
Di dalam hadith sohih:
َ َو َﻣﺎ َﺗ َﻮ ﷲ ُ اﺿ َﻊ َأ َﺣﺪٌ ِﷲِ إِﻻﱠ َر َﻓ َﻌ ُﻪ ا
1
“Tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah mengangkat darjatnya.” Iaitu Allah mengangkat kedudukannya di dunia pada sisi manusia dan demikian juga mengangkat serta menambah ganjarannya di akhirat disebabkan sifat merendah dirinya di dunia.
Daripada perkara yang menafikan sifat merendah diri ialah: Ujub, ghurur dan takbur. 1
Diriwayatkan oleh Muslim: 4/2001
13
Kelima: Pemaaf dan Sabar
Wajib ke atas pendialog agar menjadi seorang pemaaf dan penyabar, tidak marah tanpa sebab, tidak membesar-besarkan perkara yang remeh, dan jangan melakukan provokasi. Sesungguhnya Allah ـtelah memerintahkan NabiNya agar mengampun dan memaafkan manusia serta meninggalkan sifat keras hati terhadap mereka seperti dalam firmanNya ـ:
199. Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).
[Al A’raf: 199]
Sifat maaf dan ampun lebih tinggi daripada menahan perasaan marah kerana sifat maaf menghindarkan dari menghukum/ menyakiti, menyucikan hati, memaafkan orang yang bersalah dan mengampunkan kesalahannya.
Dan yang lebih besar dari yang itu ialah membalas kejahatan dengan kebaikan, tuturkata yang buruk dengan yang lemah-lembut, yang biadap dengan sopan-santun, perkataan yang melukakan dengan perkataan yang baik dan lunak, mengaibkan dan penghinaan dengan memuliakan dan penghormatan. Kedudukan ini tidak akan sampai kepadanya melainkan seorang yang sabar dan memiliki sifat yang agung:
34. dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
14
35. dan sifat Yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang Yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang Yang mempunyai bahagian Yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
[Fussilat: 34-35]
Keenam: Rahmat dan Prihatin
Seorang pendialog muslim yang ikhlas dan benar begitu bersungguh-sungguh atas usaha menzahirkan kebenaran dan risau jika pihak lawannya yang diajak berbahas itu menyeleweng, takut daripada berpaling, ingkar dan menyimpang dari kebenaran.
Sifat rahmat dan prihatin adalah adab yang sangat penting dalam sesuatu dialog kerana seorang pendialog itu berusaha untuk menunjukkan orang lain dan menetapkan pendirian mereka. Oleh yang demikian dia harus menjauhkan diri dari segala bentuk kekerasan dan kedegilan, berhati batu dan kasar. Dialog juga tidak boleh menjadi peluang bagi tipu-daya, membalas dendam atau jalan bagi melepaskan
geram,
laluan
untuk
menzahirkan
sikap
hasad
dengki
serta
menyebarkan permusuhan dan kebencian.
Sifat rahmat adalah penghubung bagi seorang pendialog dan pihak lawan serta kunci pembuka hati dan akalnya. Setiap kali bersinar cahaya kerahmatan pada diri pendialog maka akan teranglah dada lawannya lalu menghampiri insan yang dihadapinya, mengakui kebenaran dan menghentikan perbicaraannya. Allah ـ berfirman kepada NabiNya:
159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
[Aali ‘imran: 159]
15
Oleh itu, para Nabi ketika berdialog dengan kaumnya mereka akan menunjukkan kerisauan, kesungguhan dan keprihatinan ke atas mereka.
Daripada contoh yang demikian ialah penjelasan seorang lelaki beriman dari keluarga Fir’aun kepada kaumnya tentang rahmat dan prihatin serta kerisauannya ke atas mereka lebih dari satu tempat di dalam al Qur’an. Allah ـberfirman:
30. dan berkatalah pula orang Yang beriman itu: "Wahai kaumku! Sesungguhnya Aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana Yang telah menimpa kaum-kaum Yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)! 31. "(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang Yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambanya. 32. "Dan, Wahai kaumku! Sesungguhnya Aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) Yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan), 33. "(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun Yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya Yang salah), maka tiada sesiapapun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya.
Ketujuh: Izzah dan Tetap Atas Kebenaran.
Seorang pendialog muslim mengambil sumber kekuatannya dari kekuatan agama dan keagungan iman. Maka tidak boleh sesuatu dialog bersama seorang muslim menjurus kepada penghinaan dan merendah-rendahkan kedudukan orang lain. Kemuliaan iman bukanlah dengan mengingkari dan angkuh atas kebenaran, bukan juga dengan bersikap melampau dan melebihi batas. Akan tetapi kemuliaan iman ialah tunduk kepada Allah, khusyuk, gerun, taqwa dan menghampirkan diri kepada Allah ـ.
16
Kelapan: Mendengar Dengan Baik
Hendakah seorang pendialog yang berjaya itu menghalusi seni pendengaran1, seperti mana bagi kalam terdapat seni dan adab, begitu juga bagi pendengaran. Dialog bukanlah milik sebelah pihak yang mengutamakan dirinya untuk berbicara tanpa memberi peluang kepada pihak lawannya. Maka hendaklah dibezakan antara dialog yang terdapat padanya pertukaran pendapat dengan mendengar suatu ucapan atau kuliah.
Daripada perkara yang menafikan sifat mendengar yang baik ialah memotong percakapan pihak lain kerana ia adalah jalan pintas bagi menghancurkan pihak lawan di samping merupakan satu adab yang buruk, sebagaimana ia juga merupakan sebab bagi memotong arus pemikiran yang akan memberi kesan kepada kesinambungan dan hubungkaitnya serta akan menyebabkan berlakunya kucar-kacir dan lupa. Sesungguhnya para ulama’ telah menyebut tentang adab-adab orang yang berbahas iaitu: Agar salah seorang daripada mereka tidak menghentikan kalam insan lain sehinggalah difahami maksud dari kalamnya dengan sempurna, tiap-tiap seorang daripada keduanya hendaklah menunggu agar masing-masing selesai dari menghabiskan
bicara
serta
tidak
memotong
percakapannya
sebelum
dia
menyempurnakannya.
Mendengar pihak lawan dan berdiam diri dengan baik akan menjadikan pihak lawan menerima kebenaran dan memudahkan dirinya untuk kembali dari kesilapan.
Kesembilan: Hormat dan Berkasih Sayang Walapun Berselisih Pendapat.
Khilaf adalah satu perkara semulajadi dan bukanlah sesuatu yang mustahil,2 akan tetapi tidak boleh sesuatu khilaf di antara dua orang pendialog yang benar dalam mencari kebenaran itu bertukar kepada kebencian, memutuskan perhubungan dan menyisihkan, bersengketa serta bermusuh-musuhan.
1 2
Lihat (Al Hiwar: Adaabuhu Wa Dowabituhu H: 236-246) Lihat (Al Hiwar: Adaabuhu Wa Dowabituhu H: 247-258)
17
Hubungan persaudaraan agama, kesucian hati dan kebersihan jiwa lebih tinggi dari perselisihan kecil, masalah-masalah cabang (furu’) dan perselisihan pandangan. Tidak boleh seseorang itu memutuskan tali kasih sayang walau sepanjang mana perbahasan sekalipun atau sebanyak mana dialog diulang, maka ia tidak boleh memberi kesan buruk ke atas hati dan mengarat jiwa atau meledakkan perasaan hasad dengki.
Sesunggunya salaf telah berselisih di antara mereka akan tetapi kekal sesama mereka ikatan persaudaraan agama.
Dua orang khalifah al Rasyid, Abu Bakar dan Umar berselisih pendapat dalam banyak perkara, permasalahan yang berbagai-bagai akan tetapi kekal perasaan mesra, kasih-sayang dan sentiasa menjalinkan persaudaraan serta hubungan baik.
Walaupun perselisihan ini berlaku antara mereka melainkan tiap-tiap seorang daripada mereka sentiasa menunjukkan rasa kasih, pengiktirafan, penghormatan antara satu sama lain serta menzahirkan pujian masing-masing ke atas sahabatnya.
18
ADAB-ADAB DIALOG ILMIAH
Pertama: Ilmu
Ilmu adalah syarat asas bagi kejayaan sesebuah dialog dan merealisasikan matlamatnya. Tanpa ilmu tidak akan berjaya sesuatu dialog dan akan membazirkan waktu serta mensia-siakan usaha.
Maka wajib ke atas pendialog agar tidak membincangkan sesuatu tajuk yang tidak diketahuinya dan tidak mempertahankan fikrah yang tidak memuaskan hatinya, kerana yang demikian itu akan memburukkan lagi fikrah dan permasalahan yang dipertahankannya serta meletakkan dirinya dalam kesusahan, tidak disanjung dan dihormati.
Kedua: Memulakan Dialog dengan Titik Pertemuan dan Mengenalpasti Tempattempat Yang Disepakati.
Setiap pendialog yang berselisih pendapat hendaklah menerangkan had pertemuan dan titik persepakatan antara mereka yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak. Pendialog berjaya ialah seorang yang berjaya menzahirkan tempat-tempat persepakatan.
Memulakan dialog dengan perkara-perkara yang disepakati juga
dapat membantu bagi mengurangkan jurang perbezaan, mengeratkan hubungan antara dua pihak dan mengembalikan dialog kepada suasana tenang dan mencapai matlamat.
Manakala apabila dialog dimulakan dengan menyebut tempat-tempat perselisihan dan jalan-jalan pertembungan maka peluang bagi penerimaan sesuatu perkara menjadi tipis dan jurang perbezaan menjadi luas, sebagaimana ia juga memalingkan hati dan menjadikan jiwa hanya inginkan kemenangan tanpa melihat kepada sohihnya sesuatu fikrah.
19
Memulakan dialog dengan titik pertemuan pendapat membantu bagi meleraikan pertembungan dan mengenalpasti titik perselisihan yang akan memberi faedah kepada penyusunan yang sistematik bagi permasalahan dan sedikit demi sedikit dapat memperbaikinya.
Ketiga: Beransur-ansur dan Memulakan Perkara Yang Penting.
Pendialog yang berjaya ialah yang dapat sampai ke matlamatnya dengan jalan yang paling singkat. Dia tidak mensia-siakan waktunya pada sesuatu yang tidak memberi faedah kepada dialog tersebut dan yang tidak mempunyai kaitan dengan tajuk asal. Justeru mengenal sesuatu yang paling penting dan memulakan dialog dengannya dapat menyingkatkan jalan. Sejelas-jelas contoh-contoh atas itu, para Nabi ﻹ
telah memulakan
dakwah dengan permasalahan yang paling penting dan matlamat yang terbesar, iaitu
berdakwah
kepada
penyembahan
Allah
Yang
Maha
Esa
tanpa
menyekutukanNya.
85. ia berkata: "Wahai kaum Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya.
[Al A’raaf: 85, 73, 65, 95]
Seruan ini telah disampaikan oleh Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh dan Nabi Syu’aib a‘laihi salam .
Bersama penekanan ke atas adab ini (memulakan dengan sesuatu yang penting) kadangkala seorang pendialog itu perlu mara ke hadapan dan berundur dari lawannya, menyerahkan kepada lawannya beberapa perkara dengan penyerahan yang sementara sehinggalah sampai kepada perkara pokok dan permasalahan utama.
20
Daripada contoh uslub ini ialah apa yang dibicarakan oleh Nabi Ibrahim kepada kaumnya bagi menyampaikan kepada mereka tauhid dan membatilkan syirik. Seperti firman Allah ـ:
76. maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinarsinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?"
Ini adalah satu bentuk penyerahan kepada pihak lawan, iaitu "Tuhanku" (pada dakwaan kamu).
kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam hilang".
[Al-An’aam: 76]
Maka batillah amalan menyembah bintang-bintang, kemudian Nabi Ibrahim melakukan perkara yang sama tatkala melihat bulan dan matahari sehinggalah sampai kepada mereka had bagi membatilkan apa yang disembah oleh mereka dari perbuatan syirik.1
Keempat: Dalil
Sesungguhnya satu perkara yang paling penting bagi menjayakan sesuatu dialog ialah dalil dan hendaklah seseorang itu menggunakan dalil yang sohih. Seperti apa yang dikatakan: "Sekiranya kamu menaqalkan dalil maka hendaklah yang sohih atau apabila kamu mendakwa sesuatu hukum maka hendaklah kamu mendatangkan dalil". Tidaklah elok bagi seorang pendialog itu mengambil dalil dari dalil-dalil yang dhoif dan hujah-hujjah yang lemah. Dua dalil yang kuat tidak mungkin boleh ditolak
1
Lihat (Al Hiwar: Adaabuhu Wa Dowabituhu H: 296-308).
21
melainkan dengan membawakan tiga dalil lain yang boleh diguna dan menolak dua dalil itu, kerana barangkali ia memanfaatkan pihak lain, dan melemahkan pemikiran serta meburukkan pendapat tuannya dengan sebab dalil-dalil yang lemah.
Apabila terdapat dalil dan thabit kesohihannya, maka hendaklah pula memastikan kesohihan tempat petikan hukum yang dicari. Hendaklah juga menyusun dalil-dalil berdasarkan kekuatan dan kejelasannya pada tempat petikan hukum yang dimaksudkan.
Kelima: Memberikan perumpamaan
Sesungguhnya
pendialog
yang
berjaya
ialah
seorang
yang
mampu
memberikan perumpamaan dengan baik dan menjadikannya sebagai wasilah bagi mematahkan hujah pihak lawannya kerana contoh-contoh yang bagus akan menambahkan makna sesuatu dengan jelas dan terang.
Oleh kerana memberikan perumpamaan mempunyai peranan yang besar dalam menghampiri makna dan mencukupkan hujah lawan, maka al Qur'an telah memberi perhatian terhadap penggunaannya dengan banyak, menunjukkan tentang kepentingannya serta menerangkan matlamat penggunaannya:
21. misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[Al-Hasyr: 21]
25. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
[Ibrahim:25]
22
Keenam: Menjauhkan diri daripada Terburu-buru Memberi Jawapan
Sesunguhnya asal sesuatu dialog yang berjaya ialah dengan membinanya atas keikhlasan, bersungguh-sungguh mencari sesuatu yang haq, benar dan jelas. Akan tetapi kadang-kadang hilang sifat-sifat ini di dalam perbalahan. Kadangkala pihak lawan akan mendorong kepada berbantah-bantahan, berbangga-bangga serta bertujuan menghabiskan waktu dan melarikan diri dari dialog yang serius, kadangkala dia juga mengajukan persoalan-persoalan yang tidak mempunyai nilai dan tidak memberi faedah bagi dialog.
Ketujuh: Kembali Kepada Kebenaran Dan Menerima Kesalahan.
Sesungguhnya daripada adab-adab dan sifat-sifat yang paling penting yang melebihkan diri seorang pendialog yang benar ialah menjadikan kebenaran itu sebagai impiannya, maka di mana sahaja dia menemuinya maka dia akan mengambilnya. Orang berakal ialah yang menerima kesalahannya, kembali kepada kebenaran apabila ia sudah jelas baginya, merasa gembira dengan zahir, berterima kasih kepada sahabat yang menunjukkan kebenaran kepadanya.
Menerima kesalahan adalah sukar bagi diri seseorang terutama sekali apabila seseorang itu berada di hadapan khalayak ramai. Maka dia memerlukan kesungguhan kerana Allah, bersikap benar, ikhlas, gagah dan berani.
Kelapan: Mencabar, Mematikan Dan Menegakkan Hujah Ke Atas Pihak Lawan.
Sesungguhnya matlamat daripada sesebuah dialog ialah untuk sampai kepada kebenaran, maka seorang pendialog hendaklah menjauhi uslub mencabar dan mendiamkan hujah kerana ia meninggalkan dendam, kemarahan dan kebencian di dalam jiwa pihak lawan.
Akan tetapi seorang pendialog harus beralih kepada mencabar dan mematikan
hujah terhadap sesiapa yang berlebih-lebihan dan melepasi batasan
23
adab, melampau, zalim, menentang kebenaran, angkuh dan menjurus kepada pencelaan, penghinaan dan seumpama itu.
Dalam menyatakan golongan seumpama mereka telah turunlah ayat al Qur’an:
148. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk Yang dikatakan Dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang Yang dianiayakan.
[Al Nisa’: 148]
Dalam pada Allah ـmemerintahkan agar berlemah-lembut ketika berbincang (walaupun dengan orang kafir) Allah mengecualikan keadaan kepada sesiapa yang berlaku zalim dan melampaui batas, tidak memberi sebarang manfaat bermesra dan berlemah-lembut dengan mereka, bahkan digunakan kekerasan dan tekanan terhadap mereka.
46. dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orangorang Yang berlaku zalim di antara mereka;
[Al Ankabut: 46]
24
ADAB-ADAB LAFAZ BAGI DIALOG
Saya memaksudkannya sebagai adab-adab yang berkaitan dengan lafaz-lafaz yang dipilih, perkataan-perkataan yang dipetik dan ibarat-ibarat yang sesuai.
Sesuatu dialog itu secara umumnya diiringi keinginan untuk berada lebih terkehadapan daripada
pihak
lawan, takut
dari sebarang kekalahan
atau
ditumpaskan di hadapan orang lain. Maka berkemungkinan ia akan memberi kesan bagi lafaz-lafaz pendialog lalu lidahnya menuturkan sesuatu yang tidak sopan dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang keras.
Hendaklah seorang pendialog itu memperincikan lafaz-lafaznya bagi meraikan setiap ibarat yang dibicarakannya sehinggalah ia mengukuhkan sesuatu dialog, mendapatkan keputusan dan memberikan hasilnya. Sepenting-penting adab-adab bagi lafaz ialah:
1- Perkataan Yang Baik dan Pendapat Yang Bagus. Sesungguhnya Allah ﻷtelah memerintahkan agar menyeru manusia dengan hikmah dan peringatan yang baik, Firman Allah ـ:
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik;
[Al-Nahl:125]
Daripada perkataan yang baik juga ialah panggilan yang baik bagi pihak lawan dan memilih nama-nama yang paling disukainya. Sesungguhnya para Nabi telah beradab dengan adab ini dalam seruan ke atas kaum-kaum mereka, Rasulullah ص berkata kepada musuh yang mengengkarinya dengan seruan: (Wahai kaum) dengan penuh
kasih
sayang,
toleransi,
dan
25
mengingatkan
tentang
jalinan
yang
menghimpunkan mereka, bagi menyentuh perasaan dan menenangkan jiwa tentang apa yang sedang diseru kepada mereka.
Kedua: Kiasan dan bayangan sebagai ganti dari lafaz yang jelas
Sesungguhnya mengalih perhatian
terhadap kesalahan kepada peringkat
tersembunyi, dan menjauhi daripada terus mencela, dan menyalahkan pendapat lawan dengan ‘ibarat yang jelas, kerana setiap yang demikian itu ada kesannya pada menyerahkan perbalahan kepada kebenaran dan kembali daripada kesalahan. Jiwajiwa kebiasaannya tidak tertanggung dengan perkataan yang keras dan tajam. Disana terdapat lafaz-lafaz yang memberi ilham dan santun yang membawa tujuannya tanpa mengguriskan perasaan orang lain, atau membuatkan mereka berasa hina dan tersungkur.
Ketiga: Pujian Pendialog Ke Atas Dirinya Atau Lawannya Dengan Kebenaran.
Sesungguhnya berbicara dan memuji tentang diri sendiri adalah tercela secara umumnya. Manusia tidak suka mendengar seseorang yang berbicara memenuhi telinga-telinga mereka dengan biografi, perjalanan hidup, hal keadaan dan pergerakannya bahkan sesiapa yang melakukan yang sedemikian dan bergembira serta berlebih-lebihan mengenainya dikira sebagai orang yang memiliki kekurangan pada akalnya atau mempunyai niat dan tujuan yang buruk.
Sepertimana kata Imam Malik:
1
ﺐ َ َﲠﺎؤُ ُه َ ﺐ َﻳ ْﻤﺪَ ُح َﻧ ْﻔ َﺴ ُﻪ َذ َﻫ َ اﻟﺮ ُﺟ َﻞ إِ َذا َذ َﻫ إِ ﱠن ﱠ
“Sesungguhnya seorang lelaki itu apabila berpergian memuji dirinya maka hilanglah kebaikannya”.
1
Siar al A’lam al Nubala’: 8/109.
26
Sesungguhnya Allah ﻷmelarang dari memuja dan memuji tentang kesucian diri firman Allah ـ:
32. maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa.
[Al-Najm: 32]
Allah juga mencela sekelompok manusia yang melakukan sedemikian dengan firmanNya mengenai mereka:
49. tidakkah Engkau perhatikan (dan merasa pelik Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah Yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
[Al Nisa’: 49]
Dari sudut yang lain sesungguhnya memuji orang lain, menaikkan darjat dan memuji sesuatu yang tidak layak bagi mereka serta melampaui batas mengenai itu, semua ini juga adalah dicela dan dimurkai.
Akan tetapi di sana terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seorang pendialog itu memuji dirinya dengan kebenaran bagi merealisasikan matlamat tertentu, seperti pihak lawannya memandang kurang pada kadar ilmunya mengenai tajuk dialog atau mengenai satu masalah dari masalah-masalahnya ataupun pendialog perlu memuji dirinya bagi menafikan tohmahan terhadap dirinya dan tuduhan buruk terhadap kebenaran dan sifat amanahnya atau seumpama itu. Maka di sini kadangkala boleh baginya menyebut sesuatu dari kebaikan diri dengan sekadarnya dan dengan kebenaran.
27
Demikian juga kadangkala seorang pendialog perlu memuji ke atas pihak lawannya (dengan kebenaran) bagi merealisasikan matlamat tertentu seperti berniat untuk menyatakan penghargaan dan penghormatan serta mengiktiraf kelebihannya atau ilmunya.
Keempat: Lafaz-lafaz Yang Dilarang
Sesungguhnya bagi lidah itu terdapat keburukan dan bagi percakapan itu terdapat kekotoran, seorang muslim diperintahkan agar memelihara lidahnya sepertimana dia diperintahkan memperelokkan percakapan, berbicara sesuatu yang baik lalu mendapat faedah atau berdiam diri lalu dia akan terselamat serta orang lain terselamat daripadanya. Di sana terdapat beberapa perkara yang kadangkala dituturkan oleh lidah. Kadangkala ia bercakap menurut hawa nafsu, menghentikan perjalanannya atau menukarnya ke arah perdebatan yang tidak memberi faedah, berbalas-balas celaan dan cercaan. Oleh yang demikian hendaklah seorang pendialog itu memeliharanya, daripada larangan-larangan ini ialah:
1-
Memilih
lafaz
dan
makna-makna
yang
menjurus
kepada
perdebatan,
menyemarakkan fitnah-fitnah dan kemusykilan.
2- Menzahirkan kefasihan dan kepetahan dalam percakapan dengan tujuan merendahkan orang lain dan meninggikan diri.
3- Mengumpat: Sesungguhnya orang yang berbahas tidak terpisah daripada cerita perkataan yang memusuhi dan mencela, maka ia menceritakan daripadanya perkara yang menunjuk atas kekurangan perkataannya dan kelemahannya dan kekurangan kelebihannya, dan inilah dikatakan mengumpat.
4- Pembohongan: Berkemungkinan seorang pendialog tidak mampu untuk berdialog dengan lawannya, maka mendorong dia melakukan pembohongan ke atasnya, menisbahkan kejahilan, kebodohan dan kurang faham bagi menutup kelemahannya lalu dia pun melakukan pembohongan.
28
5- Penyucian jiwa dan pujian keatasnya dengan kekuatan dan kemenangan diatas penyatuan, seperti ia berkata: “bukanlah aku daripada” ia menyembunyikan ketasnya contoh-contoh perkara ini dan contoh yang demikian daripada perkara-perkara yang dipuji dengannya atas jalan berdoa.
6- Memonopoli percakapan tanpa memberi peluang kepada pihak lawan, panjang meleret-leret daripada batasannya dan tidak meraikan waktu ketika berbicara.
7- Terus mencela ketika jelas kesalahan pihak lawan, seperti katanya: “Engkau salah” , “Aku akan menthabitkan bahawa engkau adalah salah dan jahil” dan seumpama itu juga daripada lafaz yang menyakiti pihak lawan.
8- Meninggikan suara lebih dari apa yang diperlukan oleh pendengar, yang demikian itu menunjukkan kebodohan dan juga menyakitkan orang ramai.
9- Menghina, mengaibkan orang lain dan setiap perkara yang menyebabkan pihak lawan merasa hina.
10- Penggunaan lafaz-lafaz yang ganjil, gaya bahasa yang sukar difahami dan ibarat-ibarat yang digunakan bagi menipu pihak lawan serta mengelirukan kebenaran sehinggalah perkara selain itu dari larangan-larangan yang wajib bagi seorang pendialog menjauhkan diri daripadanya.
29
KAEDAH-KAEDAH DALAM ADAB PERSELISIHAN
Pertama: Bentuk-bentuk Perselisihan dan Sebab-sebabnya.
Perselisihan terbahagi kepada dua iaitu: Perselisihan yang tercela dan perselisihan yang terpuji.
Perselisihan Yang Tercela:
Perselisihan yang tercela ialah perselisihan yang bertentangan dan merujuk kepada pelbagai sebab perlakuan akhlak, daripada sebab-sebab itu ialah:
1- Tertipu dengan diri dan ta’jub dengan pendapat sendiri.
2- Bersangka buruk dan terlalu cepat menuduh orang lain tanpa bukti.
3- Tamakkan kekuasaan, publisiti dan jawatan.
4- Menurut hawa nafsu dan cintakan dunia.
5-Ta’sub dengan pendapat seseorang, mazhab dan beberapa golongan.
6- Asobiah terhadap sesuatu negara, kawasan, parti, jama’ah atau ketua.
7- Sedikit ilmu daripada keluar perkataan yang banyak.
8- Tidak kukuh dalam menaqalkan dan mendengar khabar.
Sebab-sebab ini dan lain-lain lagi adalah daripada keburukan akhlak serta kebinasaan yang mencetuskan perselisihan yang tidak terpuji dan perpecahan yang tercela. Setiap satu dari sebab-sebab ini panjang perbahasannya dan kami akan menyebut tentang banyak lagi sebab-sebab ini pada perbahasan kaedah-kaedah ilmiah dan akhlak dalam adab sesuatu perselisihan.
30
Perselisihan Yang Terpuji
Perselisihan yang melibatkan kepelbagaian bentuk pendapat iaitu ibarat bagi beberapa pendapat yang berbilang-bilang yang keluar dari sumber yang satu. Di antaranya ialah yang dikenali sebagai perselisihan dari segi gambaran, lafaz dan i’tibar.
Perselisihan-perselisihan
ini
kembali kepada
sebab cara
pemikiran,
perselisihan arah pandangan pada sesetengah permasalahan ilmiah seperti khilaf pada perkara furu’ (cabang), syariah dan beberapa permasalahan aqidah yang tidak menyentuh perkara usul yang qot’ie.
Demikian juga perselisihan pada sesetengah perkara amali, seperti perselisihan pada beberapa pendirian politik, manhaj islah dan perubahan. Termasuk juga dalam perselisihan cara berfikir ialah perselisihan pendapat dalam menetapkan beberapa bentuk pengetahuan dan ilmu seperti ilmu kalam, mantiq, falsafah dan tasawwuf.
Perselisihan
dalam
menentukan
peristiwa-peristiwa
bersejarah,
sesetengah tokoh sejarah dan ilmu.
Perselisihan ini tiada padanya celaan akan tetapi celaan itu hanya pada sesiapa yang tidak meraikan adab-adab perselisihan dari sudut amali dan akhlak yang akan disebut pada penghujung perbahasan ini.
Pertama: Kewujudan Perselisihan Pendapat Di Zaman Sebaik-baik Kurun Umat
Sesungguhnya perselisihan pendapat telah pun wujud semenjak zaman imam-imam besar yang menjadi ikutan: Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad, Auza’i dan selain mereka. Tiada seorang pun daripada mereka yang inginkan agar golongan yang lain mengikut pendapatnya atau menuduh mereka sesuatu yang buruk pada ilmu dan agama meskipun berbeza pendapat.
Perselisihan juga wujud pada zaman guru bagi imam-imam dan guru kepada guru-guru mereka dari kalangan tabi’in yang besar dan kecil. Bahkan juga perselisihan wujud pada zaman sahabat berdasarkan perselisihan mereka dalam pemahaman dan pentafsiran nas-nas.
31
Bahkan sesungguhnya perselisihan juga wujud pada zaman Nabi ص, maka Baginda صmengakui dan tidak mengingkarinya seperti permasalahan Solat Asar di Bani Quraizoh yang masyhur dan dalam banyak permasalahan selainnya.
Kedua: Perselisihan Pada Perkara cabang (furu’) Merupakan Satu Kemestian, Rahmat dan Keluasan.
A- Perselisihan sebagai satu kemestian:
Perselisihan dalam memahami hukum-hukum syarak yang bukan perkara asas adalah satu keperluan yang menjadi satu kemestian disebabkan tabiat semulajadi agama, bahasa, makhluk dan kehidupan.
Tabiat Semulajadi Agama:
Sesungguhnya Allah telah mengkehendaki pada hukum-hukumnya suatu yang jelas dinaskan dan disembunyikan maknanya. Perkara yang jelas dinaskan atasnya ialah: Muhkamat, mutsyabihat, qot’ie, zonni, sorih dan muawwal agar akal dapat bertindak untuk berijtihad dan
mengistinbat pada perkara-perkara yang
dibolehkan berijtihad.
Jikalau Allah mengkehendaki maka Dia boleh menurunkan al Qur’an dengan nas-nas keseluruhannya adalah muhkamat (jelas) mempunyai dalalah yang qot’ie , tidak berbeza padanya kefahaman dan tidak berbilang-bilang pentafsirannya. Akan tetapi Dia tidak berbuat sedemikian agar tabiat semulajadi agama bertepatan dengan tabiat semulajadi bahasa, tabiat semulajadi manusia dan keperluan-keperluan zaman.
32
Tabiat Semulajadi Bahasa:
Sesungguhnya nas-nas al Qur’an dan Sunnah datang bertepatan atau selari dengan keadaan bahasa dari segi mufradat dan tarakib. Padanya terdapat lafaz perkongsian yang mengandungi lebih dari satu makna. Padanya juga terdapat lafaz yang bermaksud haqiqi dan majaz (kiasan), am dan khas, mutlaq dan muqayyad. Tabiat Semulajadi Manusia:
Sesungguhnya Allah telah mencipta mereka dalam keadaan berbeza-beza. Setiap
insan
mempunyai
personaliti
tersendiri,
pemikiran
berbeza
dan
kecenderungannya yang khusus. Adalah dari perkara yang sia-sia mengarahkan manusia pada acuan yang sama dan menghapuskan perbezaan mereka. Perkara ini bersalahan dengan fitrah semulajadi yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas manusia.
Demikian juga tabiat semulajadi kehidupan yang berbeza dan berubah-ubah berdasarkan faktor-faktor yang bermacam-macam pada sesuatu tempat dan zaman.
Tabiat Semulajadi Alam Dan Kehidupan:
Alam yang kita hidup dalam bahagian yang kecil daripadanya ini telah diciptakan Allah S.W.T dalam keadaan berbeza-beza bentuk, gambaran dan warna. Perbezaan ini bukanlah perbezaan yang mengurangkan kedudukan satu sama lain bahkan ia hanyalah perbezaan dari segi kepelbagaian bentuk.
Demikian juga tabiat semulajadi kehidupan yang berbeza dan berubah-ubah berdasarkan faktor-faktor yang bermacam-macam pada sesuatu tempat dan zaman.
33
Maka perselisihan adalah sunnah semulajadi yang direncanakan oleh hikmah Ilahi. Allah ﻷberfirman:
118. dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
[Hud: 118]
Di dalam athar Rasulullah bersabda:
ﺎس ﺑِﺨَ ْ ٍﲑ َﻣﺎ َﺗ َﺒﺎ َﻳﻨُ ْﻮا َﻓﺈِ َذا َﺗ َﺴ ُﺎو ْوا َﻫ َﻠ ُﻜ ْﻮا ُ ﻻَ َﻳﺰَ ُال اﻟﻨﱠ “Sentiasalah manusia itu dalam kebaikan
selagi mana mereka berbeza-beza
pendapat, apabila mereka bersepakat, maka mereka akan binasa”. [Lihat: Fath al Baari 13/16]
B- Perselisihan Sebagai Rahmat
Perselisihan
yang
mana
keadaannya
sebagai
satu
kemestian,
juga
merupakan rahmat dan perluasan bagi umat. Oleh yang demikian para sahabat telah berijtihad dan berselisih pendapat dalam banyak perkara-perkara kecil. Mereka tidak hilang sabar, bahkan kita mendapati khalifah al-Rasyid Umar ibn Abdul Aziz berkata mengenai perselisihan para sahabat س:
ْ َ ْ ﺎب َر ُﺳ ْﻮ ِل اﷲِ ص َﱂ ْ َ ْ ِﻷَ ﱠﳖُ ْﻢ َﻟ ْﻮ َﱂ، ﳜ َﺘﻠِ ُﻔ ْﻮا .ﳜﺘَﻠِ ُﻔ ْﻮا َﱂ ْ َﻳﻜ ُْﻦ َﻟﻨَﺎ ُر ْﺧ َﺼ ٌﺔ َ ﴪ ِﲏ َأ ﱠن َأ ْﺻ َﺤ َ َﻣﺎ َﻳ ﱠ
34
“Aku tidak merasa gembira sekiranya para sahabat Rasulullah صtidak berselisih pendapat, kerana jikalau mereka tidak berselisih pendapat nescaya tiada bagi kita keringanan (rukhsoh)”.
Maka perselisihan mereka telah memberi peluang kepada kita untuk memilih dari pendapat-pendapat dan ijtihad mereka, begitu juga mereka telah menunjukkan kita sunnah dalam perselisihan pendapat dalam permasalahan ijtihad serta kekal antara mereka persaudaraan kasih sayang.
C- Perselisihan Sebagai Harta:
Perselisihan pendapat dalam perkara ijtihad juga memperkaya,
menyubur
dan meluaskan medan ilmu Feqah kerana semua pendapat disandarkan kepada dalil-dalil dan penetapan syara’. Bermacam-macam pendapat dan kepelbagaian ini meluaskan kekayaan dalam ilmu Feqah yang menjadi punca pensyariatan. Sesungguhnya berbilang-bilang mazhab dan pendapat yang banyak merupakan perbendaharaan yang tidak dapat diukur kadarnya serta harta kekayaan yang tidak dapat diketahui nilainya melainkan bagi ahli ilmu dan pengkaji. Kadangkala sesetengahnya lebih banyak sesuai pada satu zaman dan tempat berbanding yang lainnya.1
1
Al Sohwah al Islamiah Baina al Ikhtilaf al Masyru’ wa Tafarruq al Mazmum oleh al Qardhawi, H: 53.
35
Garis Panduan Ilmiah Bagi Perselisihan:1
1- Mengembalikan rujukan perselisihan kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya صsebagai membenarkan firman Allah ـ:
59. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
[Al-Nisa’: 59]
Dengan syarat agar kita kembali dan mengambil jalan- jalan yang telah digunakan oleh ulama’ kita yang terdahulu dalam pengambilan hukum. 2- Mengikut manhaj kesederhanaan seperti yang difirmankan oleh Allah ـ:
185. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
[Al Baqarah: 185]
1
Ramai para pemikir dan pengkaji masakini yang telah menulis tentang adab-adab dalam
perselisihan pendapat rentetan daripada segelintir manusia yang tidak beriltizam dengan adab Islam dalam dialog dan perselisihan mereka. Daripada kitab terbaik mengenainya ialah yang ditulis oleh Dr. Yusuf al Qardhawi, Dr. Toha Jabir al ‘Alwani, Syeikh Muhammad ‘Awwamah. Sesungguhnya saya telah mendapat faedah daripada kitab-kitab mereka dan saya menyebut garis-garis panduan ini secara keseluruhannya berdasarkan keutamaan dan kepentingannya.
36
Allah ـberfirman:
28. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
[Al Nisa’: 28]
Allah ﻷberfirman:
6. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
[Al Ma’idah: 6]
Kekerasan adalah manhaj yang ditolak oleh Islam. Maka hendaklah sentiasa memberi keringan dan kesenangan kepada manusia dan meraikan keadaan mereka.
3) Membezakan antara dalil yang pasti (Qot’ie) dan dalil yang kurang pasti (Zonni) serta menumpukan kepada dalil yang muhkamat (jelas) bukan yang mutasyabihat (samar). Daripada perkara yang dimaklumi bahawa nas-nas sesetengahnya adalah zonni thubut dan zonni dalalah, sesetengahnya zonni thubut dan qot’ie dalalah setengah yang lain qot’ie thubut dan zonni dalalah.
Dalil yang thabit dan qot’ie ialah al-Qur’an, Sunnah yang mutawattir, serta hadith Ahad yang sohih yang disertakan dengan qorinah serta diterima oleh ulama’ dengan penerimaan yang baik.
4) Menghindarkan dari cepat memutuskan sesuatu hukum dalam masalah-masalah ijtihad. Sesuatu ijtihad apabila bertepatan dengan usul-usulnya dan manhaj-manhaj istinbat dalam ilmu Usul Fiqh maka wajib agar tidak mengingkarinya, tidak boleh seorang mujtahid mengingkari mujtahid yang lain dan tidak boleh seorang muqallid mengingkari muqallid yang lain kerana yang demikian akan membawa kepada fitnah.
37
5) Sesungguhnya sesiapa yang ingin menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran hendaklah memerhatikan persilisihan-perselisihan ulama’ dan dalildalil setiap orang daripada mereka sehinggakan dia tidak mengingkari atas perkara yang orang ikut akan ulama’ - ulama’ yang unggul. Perselisihan adalah satu daripada kepentingan hidup. Allah ـberfirman:
118. dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. [Hud: 118]
Maka taksub terhadap sesuatu mazhab dan beriktiqad bahawa sesiapa yang menyalahinya adalah bersalah merupakan perkara yang akan mengundang fitnah yang besar.
6- Mengenalpasti kefahaman-kefahaman dan istilah yang berlegar di sekitar perbahasan iaitu mestilah ia suatu yang jelas dan terang yang juga dinamakan oleh ulama’ sebagai mengenalpasti tempat pertembungan. Kebanyakan daripada punca perbahasan yang diutarakan pada hari ini kembali kepada perselisihan dari segi lafaz.
7- Memandang secara keseluruhan, iaitu hendaklah menghimpunkan semua dalil yang khusus kepada permasalahan yang satu untuk diselenggarakan dengan penyelenggaraan yang terang dan jelas.
8- Memandang kepada matlamat dan i’tibar natijah . Permasalahan maqasid Islam mempunyai peranan yang besar bagi memudahkan hubungan muamalat dan menyenangkan amal pada zaman ini, mengenai yang demikian itu Rasulullah ص bersabda:
ِ إِﻧﱠﲈ اﻷَﻋﲈ ُل ﺑِﺎﻟﻨﱢﻴ ﺎت َوإِ ﱠﻧ َﲈ ﻟِ ُﻜ ﱢﻞ ْاﻣ ِﺮ ٍئ َﻣﺎ َﻧ َﻮى ﱠ َْ َ
38
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan bagi setiap orang itu dikira atas apa yang diniatkannya”.
9- Amalan-amalan hati didahulukan atas amalan anggota badan, maka ikhlas itu didahulukan daripada selainnya. Rasulullah صbersabda:
إِ ﱠن اﷲَ ﻻَ َﻳﻨْ ُﻈ ُﺮ إِ َﱃ َأ ْﺟ َﺴ ِﺎﻣ ُﻜ ْﻢ َو ُﺻ َﻮ ِر ُﻛ ْﻢ َو َﻟﻜِ ْﻦ َﻳ ْﻨ ُﻈ ُﺮ إِ َﱃ ُﻗ ُﻠ ْﻮﺑِ ُﻜ ْﻢ َو َأ ْﻋ َﲈﻟِ ُﻜ ْﻢ “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan para rupa kamu, akan tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu.”
Maka setiap kelebihan tempat kembalinya ialah pada hati.
10- Menumpukan perhatian kepada kepentingan-kepentingan kaum muslimin, barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Sesungguhnya kemusykilan kita pada hari ini terlalu banyak dan bermacam-macam bentuk yang meliputi kezaliman ekonomi, politik, sosiologi, kebinasaan dan keruntuhan. Di sana juga terdapat gejala-gejala baru yang tidak kita kenali, maka mengapa tidak kita bersepakat pada sesuatu yang kita sepakati dan meninggalkan perselisihan serta menghadapi ancaman yang datang menyerang secara tiba-tiba pada hari ini, bahaya yang merobek,
dan
ancaman keruntuhan.
11- Bekerjasama pada perkara yang disepakati. Sesungguhnya kemusykilan umat Islam hari ini bukanlah pada mentarjihkan satu dari dua pendapat atau beberapa pendapat dalam permasalahan yang diperselisihkan padanya berdasarkan atas suatu ijitihad atau taqlid. Realitinya bahawa kesalahan pada permasalahanpermasalahan ini berlegar antara sama ada diberi satu ganjaran atau dua ganjaran.
39
Kemusykilan kaum muslimin bukanlah pada sesiapa yang membaca basmalah dengan jelas atau diam atau tidak membacanya di dalam solat, bukan juga bagi sesiapa yang melepaskan dua tangan atau menggenggamnya (selepas takbiratul ihram), mengangkat tangan selepas ketika hendak rukuk atau selepasnya, ataupun tidak mengangkat keduanya langsung, sehinggalah kepada semua perkaraperkara khilaf yang banyak dan dimaklumi.
Akan tetapi kemusykilan kaum muslimin ialah pada sesiapa yang tidak membongkokkan badannya kepada Allah walau satu rukuk, tidak menundukkan dahinya kepada Allah walau satu sujud dan tidak mengenal masjid dan masjid tidak mengenalinya.
Kemusykilan kaum muslimin bukanlah pada sesiapa yang mengikut salah satu daripada mazhab yang muktabar pada penetapan anak bulan Ramadan, bahkan pada masalah seorang yang berbuka puasa dalam keadaan terang di siang hari tanpa rasa takut dan segan silu.
Kemusykilan kaum muslimin bukanlah pada hukum menutup muka dengan niqob, kedua tangan dengan sarung tangan seperti pendapat sesetengah ulama’, akan tetapi pada permasalahan telanjangnya kepala dan leher, punggung, pakaian yang singkat dan menjolok mata, jarang dan terang sehinggalah kepada apa yang kita sedia maklumi dari perkara yang memalukan.
Sesungguhnya
kemusykilan
yang
sebenar
ialah
kelemahan
aqidah,
menghentikan perlaksanaan syariah, kebejatan akhlak, meninggalkan sembahyang, tidak mahu mengeluarkan zakat, menurut hawa nafsu, menyebarkan perbuatan keji dan meluaskan amalan rasuah, menceroboh hak orang lain, pentadbiran buruk, meninggalkan kefarduan yang asal atau utama, melakukan perkara-perkara yang telah diharamkan secara qot’ie dan menyokong musuh-musuh Allah, RasulNya dan musuh orang-orang beriman.
Kemusykilan yang hakiki bagi umat Islam ialah pada meninggalkan rukunrukun Islam, tiang-tiang iman dan kaedah-kaedah ihsan.
40
Maka wajiblah atas pendakwah-pendakwah Islam untuk mengingatkan manusia agar menumpukan kepada perkara-perkara yang disepakati sebelum segala perkara dan mengangkat syiar (bekerjasama pada perkara yang disepakati) kerana sesungguhnya kerjasama ini adalah merupakan satu kefarduan dan kemestian, kefarduan yang diwajibkan oleh agama dan kemestian yang telah dipastikan oleh realiti.
41
PENUTUP
Sesungguhnya kepincangan yang kita tangani dalam masyarakat Islam tidak akan berjaya melainkan dengan bertindak mencetuskan dialog yang jauh dari sebarang penindasan dan permusuhan antara satu sama lain. Kekuasaan politik wajiblah menjadi penyebar bagi usaha menyediakan sesi dialog bermatlamat serta yang menghormati kebebasan semua golongan
dan tidak mungkin kita
mengimpikan keadilan dalam sesuatu masyakarat tanpa kebebasan cara berfikir dan perjalanan mazhab, ya dan tidak dapat tidak daripada adab dialog dihormati pada dialog tersebut oleh orang yang berkuasa.
Sesungguhnya
umat-umat
yang
telah
membina
tamadunnya
telah
mewujudkan ruang yang sesuai bagi para pemikir dan cendikiawan menghampiri pihak pemerintah. Pemerintahan negara telah mendapat fedah daripada mereka pada kritikan membina serta menjadi tiang bersandar bagi pemerintahan negara dan bukan menjadi pembinasa ke atasnya.
Kerosakan cara berfikir bukan sahaja membahayakan para pemikir dan cendikiawan, bahkan akan memukul tengkuk sistem pemerintahan negara selepas meletus ancamannya. Nasihat-nasihat yang diberikan kepada masyarakat dan negara sekira tidak menemui pada jalannya cahaya, maka ia akan menemui jalan sesiapa yang membawanya di dalam acuan yang keras dan dan tidak dijangka. Maka kerosakan cara berfikir adalah merupakan bom jangka.
Sesungguhnya manhaj perdebatan dan dialog Islam mampu menangani segala pertembungan dan perselisihan. Sesungguhnya manhaj telah menangani pertembungan-pertembungan dengan agama-agama lain dan berkembang luas, maka mengapa tidak ia digunakan dalam dialog antara kaum muslimin? Sesungguhnya fikrah agama yang bersinar adalah keperluan asas bagi mana-mana tamadun membangun. Tidak akan ada di sana fikrah agama yang bersinar melainkan di bawah lembayung dialog Islam.
42
Rujukan
1- Ihya’ Ulumiddin- Abu Hamid al Ghazali.
2- Al Hiwar (Adaabuhu wa Dowabituhu- al Zamzami.
3- Sohih Muslim.
4- Dar’u Ta’arud al Aql wa al Naql - Ibnu Taimiah. 5- Sair al A’lam al Nubala’ - Al Hafiz al Zahabi.
6- Al Sohwa al Islamiyyah Bain Ikhtilaf al Masyru’ wa al Tafarruq al Mazmum - al Qardhowi.
7- Sofahat fi Adab al Ra’yi - Syeikh Muhammad ‘Awwamah.
8- Faridhoh al Hiwar - Dr. Umar Abdullah Kamil.
9- Da’irah al Fitnah wa Subul al Khuruj Minha - Dr. Umar Abdullah Kamil.
10- al Mutatorrifun (Khawarij al ‘Asri) - Dr. Umar Abdullah Kamil.
43