MENGEKALKAN WUDHU’ ( KEROHANIAN )
PENGENALAN Wudhu’ menurut bahasa maksudnya bersih dan indah. Menurut syara’ maknanya membersihkan anggota wudhu’ untuk menghilangkan hadas kecil bagi orang yang hendak menunaikan solat, wajiblah ia berwudhu’ terlebih dahulu kerana wudhu’ adalah syarat sahnya solat. Sebagai seorang Muslim hendaklah sentiasa mengekalkan wudhu’nya bagi memastikan diri bersih dan membantu membanteras dari gangguan syaitan dan jin. Wudhu' adalah pencuci dosa dan ianya mempunyai cahaya. Cahaya wudhu' menghapuskan kesan hati yang berdosa dan menerangi hati yang gelap. Ianya juga untuk memastikan diri sentiasa bersih dari sebarang kekotoran. KAEDAH 1. Hendaklah mengambil wudhu’ dengan teratur dan sempurna mengikut rukun-rukun, sunat-sunat dan adabadab berwudhu’. 2. Mengamalkan solat sunat wudhu’. 3. Sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti seharian agar tidak merosakkan wudhu’ seperti bersentuhan antara lelaki dan perempuan. 4. Sekiranya wudhu’ terbatal, hendaklah segera memperbaharuinya.
244
HIKMAH 1. Membantu mengelakkan diri dari gangguan syaitan dan jin. 2. Wudhu' adalah pencuci dosa dan ianya mempunyai cahaya. Cahaya wudhu' menghapuskan kekaratan hati yang berdosa dan menerangi hati yang gelap. 3. Menyemai perasaan sabar dan berdisplin. 4. Menahan dan meredakan diri daripada perasaan marah.
245
I`TIKAF ( KEROHANIAN ) PENGENALAN I`tikaf bermaksud berhenti seketika sekurang-kurangnya kadar tama’ninah di dalam masjid dengan niat ibadah. Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; iaitu i’tikaf sunat1, dan i’tikaf wajib2. Syarat-syarat sah beri’tikaf ialah seorang muslim, berakal dan suci dari janabah ( junub ), haid dan nifas. Firman Allah S.W.T. :
…
I’tikaf sunat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. seperti i’tikaf sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. 2 I’tikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar ( janji ), seperti: " Kalau Allah S.W.T. menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf ”. 1
246
Maknanya : “…Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri’tikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa “.3 I’tikaf boleh terbatal disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya: i. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar kerana meninggalkan salah satu rukun i’tikaf iaitu berdiam di masjid. ii. Murtad ( keluar dari agama Islam ). iii. Hilang akal kerana gila atau mabuk. iv. Haid atau Nifas. v. Berjimak ( bersetubuh dengan isteri ). KAEDAH 1. Hendaklah memastikan segala rukun-rukun4 dan syaratsyarat i’tikaf5 telah dilaksanakan. 2. Pastikan memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai. 3. Dimulakan dengan menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. 4. Diikuti dengan menunaikan ibadah sunat yang lain. 5. Membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat. 6. Sekiranya hendak melaksanakan ibadah qiamulail, maka dibolehkan tidur sebentar untuk tujuan tersebut. 7. Memperbanyakkan berdoa kepada Allah S.W.T. Surah Al-Baqarah : 187. Rukun I’tikaf : Niat, berdiam di masjid , berhenti lebih kadar tama’ninah dan orang yang beri’tikaf. 5 Syarat-syarat I’tikaf : Muslim, berakal dan suci dari hadas besar. 3 4
247
HIKMAH 1. Menyemarakkan rasa cinta kepada masjid. 2. Menyekat hawa nafsu daripada segala keinginan yang diharuskan. 3. Mendekatkan dan mengikhlaskan diri untuk mentaati Allah S.W.T. 4. Mengasingkan diri daripada amalan-amalan keduniaan.
248
TADARUS AL-QURAN ( KEROHANIAN )
PENGENALAN Al-Quran adalah himpunan Kalam Allah yang diturunkan melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W. secara berperingkat-peringkat dan mutawatir. Amalan tadarrus Al-Quran merupakan satu amalan yang dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna, hukumhukum dan hikmah ayat suci Al-Quran dan ia juga membantu memperbaiki bacaan melalui tajwid dan makhrajnya. Firman Allah S.W.T. :
... Maknanya : “ Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan ( menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dengan yang salah “.6
6
Surah Al-Baqarah : 185.
249
KAEDAH 1. Pastikan amalan ini dapat dilakukan secara individu dan berjemaah. 2. Hendaklah mengambil wudhu’ terlebih dahulu. 3. Seterusnya, duduk dalam keadaan yang selesa supaya tidak mengganggu sepanjang amalan ini berlangsung. 4. Kemudian, dimulakan oleh imam yang membaca AlQuran dengan diperhatikan dan didengari oleh ahli kumpulan yang lain. 5. Setelah berhenti membaca di waqaf tertentu, ahli kumpulan seterusnya menyambung bacaan dan diikuti dengan yang lain dengan kaedah yang sama. 6. Hendaklah menegur sekiranya terdapat bacaan yang salah dengan berhemah. 7. Setelah semua ahli kumpulan selesai bertadarus AlQuran, imam atau orang yang bertauliah menceritakan sedikit isi kandungan surah atau potongan ayat yang telah dibacakan bagi manfaat semua. 8. Adakan satu perbincangan bagi membuka minda masing-masing dan menambah ilmu pengetahuan. 9. Menutup majlis tadarus Al-Quran dengan bacaan doa.
250
HIKMAH 1. Mendapat syafaat di hari akhirat.7 2. Mendorong untuk lebih mahir dalam pembacaan AlQuran. 3. Memperoleh pahala yang berganda. 4. Menenangkan jiwa pembaca seterusnya mendorong ke arah melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
“ Bacalah Al-Quran ! Kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi orang-orang yang senang membacanya ”. ( Riwayat Imam Muslim ). 7
251
QADA’ PUASA SENDIRI ATAU WARIS ( KEROHANIAN ) PENGENALAN Qada’ puasa bermaksud menggantikan puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan dengan sebab yang disengajakan atau sebaliknya. Seseorang yang meninggal dunia dan masih terdapat baki puasa yang belum diqada’ maka walinya8 disunatkan mengqada’ hari-hari yang ditinggalkan bagi pihak si mati. Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maknanya : “ Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqada’, maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya ”.9
KAEDAH 8 9
Maksud wali ialah waris dan kaum kerabat si mati. Riwayat Imam Bukhari.
252
1. Mengenalpasti bilangan hari puasa yang ditinggalkan oleh diri atau si mati mengikut tahun. 2. Pastikan hari tuntuk menggantikan puasa tidak termasuk di dalam hari yang diharamkan berpuasa. 3. Wali hendaklah berpuasa bagi pihak si mati sebagai menggantikan puasa yang tertinggal. Sekiranya tiada kemampuan untuk berpuasa di pihak wali, maka fidyah boleh dikeluarkan. 4. Kadar fidyah yang telah ditetapkan oleh syarak ialah 1 cupak Baghdad bersamaan 675 gram. 5. Kiraan pembayaran berdasarkan 1 fidyah x 1 hari puasa yang ditinggalkan. 6. Fidyah hendaklah dibayar sebelum ramadhan tahun hadapannya. 7. Sekiranya melebihi dari masa tersebut, maka kadar fidyah akan berubah seperti berikut : Bil . 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Tahun 1420H 1421H 1422H 1423H 1424H 1425H 1426H 1427H 1428H Jumlah keseluruh an
Puasa yang ditinggalkan 10 7 5 6 8 3 4 5 25 73
253
Tahun Pembayaran 1428H 1428H 1428H 1428H 1428H 1428H 1428H 1428H 1428H
Jumlah qada’ 10 7 5 6 8 3 4 5 25 73
Fidyah 90 56 35 36 40 12 12 10 25 316
HIKMAH 1. Membantu diri atau si mati dalam melaksanakan hak Allah S.W.T. yang masih tertangguh. 2. Melahirkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab waris kepada si mati. 3. Melaksanakan tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. dari anak terhadap ibubapanya yang meninggal dunia.
254
SEDEKAH / DERMA ( PENGURUSAN HARTA ) PENGENALAN Amalan bersedekah atau memberi derma merupakan satu amalan yang amat mulia dalam Islam, bersedekah juga merupakan amalan yang paling awal disyariatkan pada zaman permulaan Islam. Allah S.W.T. menegaskan dan menggalakkan hambanya supaya bersedekah untuk meningkatkan ketaqwaan dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T. ;
Maknanya : “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya “.10
10
Surah Ali Imran ayat 92.
255
Amalan bersedekah boleh dilakukan terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan sumbangan. Dengan cara tersebut, maka sifat bakhil, boros, membazir dan pentingkan diri sendiri dapat diatasi.11 KAEDAH 1. Harta sama ada berbentuk barangan atau wang ringgit yang hendak diderma atau disedekahkan mestilah dari sumber yang halal dan telah menjadi hak milik. 2. Harta yang hendak disedekahkan mestilah daripada barang-barang yang masih baik dan bukannya barangan yang hendak dibuang. 3. Kenalpasti pihak yang akan menerima sedekah atau derma. Sebaiknya berikan keutamaan kepada pihak kerabat ( ahli keluarga ) terdekat dan golongan yang amat memerlukan bantuan.12 4. Sekiranya pihak yang akan menerima derma tersebut merupakan sebuah badan atau organisasi, maka saluran untuk menyampaikan sumbangan perlu jelas dan diyakini. Terdapat beberapa bentuk kaedah menyampaikan derma antaranya ; i. Sumbangan terus iaitu penyerahan sumbangan secara terus kepada pihak berkenaan termasuklah melalui tabung-tabung yang diletakkan di tempat awam, wakaf harta atau seumpamanya. ii. Sumbangan melalui wakil iaitu pihak yang menyumbang menggunakan pihak ketiga atau wakilnya untuk menyampaikan sumbangan. Lazimnya cara ini digunakan oleh individu yang enggan dirinya didedah sebagai penyumbang. Rujuk surah Al-Lail ayat 6-10. Daripada Salman bin ‘Amir bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud ; ” sedekah kepada orang miskin itu dikira satu sedekah, manakala sedekah kepada keluarga sendiri itu mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim ”. ( Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah ). 11 12
256
iii.
Sumbangan melalui Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) iaitu satu kaedah yang menggunakan teknologi komunikasi yang mana sumbangan yang diberi akan ditolak melalui caj telefon. iv. Sumbangan melalui kepakaran iaitu sumbangan yang berbentuk kepakaran atau tenaga professional yang mana ia tidak dikenakan caj. Contohnya, seorang pakar motivasi menyampaikan ceramah motivasi kepada anakanak yatim tanpa mengenakan sebarang bayaran dan diniatkan sedekah. 5. Apabila sumbangan telah disampaikan, maka penyumbang hendaklah mengucap tahmid ( Alhamdulillah ) atau sujud syukur kerana dapat menyampaikan sumbangan sepertimana yang dituntut oleh agama. 6. Pastikan amalan bersedekah tersebut tidak diungkit atau harta yang disedekahkan tersebut tidak dituntut kembali. HIKMAH 1. Meningkatkan rasa belas ihsan dan prihatin kepada masyarakat. 2. Meningkatkan rasa ketaqwaan dan keimanan 3. Menghindari sifat tamak dan pentingkan diri dalam konteks mencari kekayaan.
257
WASIAT ( PENGURUSAN HARTA ) PENGENALAN Wasiat merupakan satu penyataan daripada seseorang untuk melakukan perbuatan baik terhadap harta selepas kematiannya. Pelaksanaan wasiat mempunyai perbezaan dengan pewarisan harta ( faraid ) kerana penerima harta adalah terdiri daripada pihak-pihak selain daripada penerima pusaka. Firman Allah S.W.T. :
258
Maknanya : “ Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteriisteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka ( isteri-isteri ) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka ( isteri-isteri kamu ) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki ( seibu ) atau saudara perempuan ( seibu ) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka ( saudara-saudara yang seibu itu ) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga ( dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan ), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya ; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat ( kepada waris-waris ). ( Tiap-tiap satu hukum itu ) ialah ketetapan dari Allah. Dan ( ingatlah ) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar ”.13
13
Surah An-Nisaa’ : 17.
259
Umumnya hukum wasiat adalah harus dan ia wajar dibuat apabila seseorang merasakan saat kematiannya semakin hampir.14 Wasiat lazimnya boleh dibuat dalam bentuk pesanan ( ucapan ) dan juga dalam bentuk tulisan. KAEDAH 1. Memastikan harta-harta sebenar yang dimiliki sama ada harta alih atau tidak alih disenaraikan. Harta yang masih berada dalam tanggungan hutang tidak boleh dianggap sebagai hak milik sehingga hutang ke atasnya dijelaskan 2. Menyediakan dokumen asal yang berkaitan dengan harta seperti geran, buku akaun bank, saham dan sebagainya. Pastikan dokumen tersebut menunjukkan pewasiat sebagai pemiliknya. 3. Menyenaraikan senarai nama individu yang akan menerima wasiat. Pastikan penerima wasiat bukan terdiri daripada waris. Sekiranya ia melibatkan institusi, maka penama yang bertanggungjawab terhadap institusi tersebut seperti pemegang amanah perlu dikenalpasti. 4. Mengenalpasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan wasiat serta prosedur pelaksanaannya. 5. Menyediakan dokumen wasiat yang menunjukkan kepada siapa harta akan diwasiatkan, akuan penyerahan secara sukarela ( tanpa paksaan ) dan juga butiran lain yang berkaitan. Dalam hal ini, perlantikan pihak-pihak yang berautoriti seperti Amanah Raya Berhad ( ARB ), Peguam atau institusi berkaitan amat wajar dilakukan. Pernyataan dalam dokumen sebaiknya mengandungi elemen berikut berikut ;
Abdullah Bin Umar berkata : “ Tidak berlalu bagiku satu malam pun sejak aku mendengar Rasulullah S.A.W. memperkatakan tentang wasiat melainkan aku meletakkan wasiatku di sisi ”. ( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim ). 14
260
6.
7.
8.
9. 10.
11.
i. Dimulakan dengan basmalah, pujian bagi Allah S.W.T. dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. ii. Pesanan tentang ketaqwaan kepada Allah S.W.T. iii. Penyataan akuan sebagai pemilik harta ( lampirkan dokumen pengesahan sebagai pemilik harta ). iv. Penyataan akuan wasiat kepada siapa harta akan diserahkan dan nyatakan hubungan ( jika dirasakan perlu untuk mengelakkan fitnah di kalangan waris atau orang lain ). v. Nyatakan pesanan kepada orang yang bakal menerima harta sekiranya terdapat hasrat yang dihajatkan untuk disampaikan seperti berpesan kepada anak angkat yang bakal menerima wasiat agar sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan anak kandung pewasiat. ( Lampiran 1 ). Menyatakan pihak yang dilantik sebagai pemegang amanah wasiat sebagai individu yang diberi hak untuk melaksanakan wasiat tersebut. Mendapatkan sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki adil ( boleh dipercayai ) untuk menjadi saksi penyerahan harta secara wasiat. Wasiat yang dibuat secara lisan juga memerlukan saksi. Memastikan pemilik harta dan saksi menandatangani dokumen tersebut serta pemegang amanah yang dilantik menandatangani persetujuan terhadap lantikan tersebut. Membuat pengesahan dan akuan bersumpah berkenaan serahan wasiat tersebut. Menyediakan beberapa beberapa salinan wasiat yang telah aku sumpah dan distamping ( matikan setem ) untuk simpanan pihak yang dilantik sebagai pemegang amanah, pemilik harta, saksi dan penerima harta ( sekiranya difikirkan wajar ). Bertawakal kepada Allah S.W.T. dan berdoa agar segala urusan wasiat tersebut dilaksanakan dengan baik dan telus.
261
HIKMAH 1. 2.
3.
15
Memberi kesempatan kepada manusia untuk membuat kebaikan dengan hartanya semasa hidupnya.15 Mengelakkan konflik yang berkaitan dengan harta selepas kematian seseorang terutamanya di kalangan waris. Memberi kesedaran terhadap kematian yang tidak dapat dijangka masanya.
Rujuk surah Al-Munafiqun : 10-11.
262
HIBAH ( PENGURUSAN HARTA ) PENGENALAN Hibah juga merupakan salah satu pemberian ikhlas. Namun ia bukanlah seiring dengan hadiah kerana ia merupakan kontrak pemberian harta tanpa mengharapkan sebarang balasan oleh pemberi dan hanya akan berkuat kuasa pemberiannya setelah mati.16 Dalam ertikata lain, hibah adalah akad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti yang dibuat semasa hidup dan dibuat secara sukarela. Keharusan Hibah dapat dilihat melalui Surah An-Nisaa' ayat 4 ;
Maknanya : ” Berikanlah maskahwin ( mahar ) kepada wanita ( yang kamu nikahi ) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah ( ambillah ) pemberian itu ( sebagai makanan ) yang sedap lagi baik akibatnya ”.
16
Antara dalil hibah ialah surah Al-Baqarah ayat 177.
263
Baginda Rasulullah S.A.W. juga menerangkan dalam sabdanya yang bermaksud ; “ Dan janganlah sekali-kali seorang jiran perempuan memandang hadiah dari jiran-jirannya walaupun hadiah hanya berupa penghujung kaki kambing ”.17 Rukun Hibah 1. Pemberi iaitu pemilik penuh terhadap barang yang dihibahkan ( bukan rampasan, gadaian, pinjaman, dan yang tidak diketahui ). Selain itu pemberi adalah orang yang layak membelanjakan hartanya ( bukan muflis atau hamba ) serta berkeupayaan termasuk ( baligh, cerdik, berakal dan seumpamanya ). 2. Penerima iaitu pihak yang berupaya memiliki barang yang dihibah kepadanya. 3. Termasuk yang mempunyai wali untuk mentadbir hartanya ). 4. Barang atau harta yang dihibah iaitu sesuatu yang wujud pada waktu pemberian. Dalam ertikata lain syarat barang yang terkandung dalam bab jual beli adalah sah untuk dihibah. 5. Sighah iaitu akad yang disampaikan oleh pemberi dan penerima terhadap sesuatu harta atau barang. Di Malaysia, istilah hibah masih baru diperkenalkan walaupun prinsip dan praktisnya telah lama bermula. Malah terdapat juga undang-undang yang menguatkuasakan hibah iaitu melalui Akta atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri. Walaubagaimanapun kontrak hibah sering digunakan oleh pejabat tanah bagi urusan pertukaran hak milik tanah atau harta daripada ahli keluarga kandung ataupun angkat.
17
Muttafaq alía.
264
KAEDAH 1.
2.
3.
4. 5.
Memastikan harta-harta sebenar yang dimiliki samada harta alih atau tidak alih disenaraikan. Harta yang masih berada dalam tanggungan hutang tidak boleh dianggap sebagai hak milik sehingga hutang ke atasnya dijelaskan. Menyediakan dokumen asal yang berkaitan dengan harta seperti geran, buku akaun bank, saham dan sebagainya. Pastikan dokumen tersebut menunjukkan penghibah sebagai pemiliknya. Menyenaraikan senarai nama waris atau individu yang akan menerima hibah. Sekiranya ia melibatkan institusi, maka penama yang bertanggungjawab terhadap institusi tersebut seperti pemegang amanah perlu dikenalpasti. Mengenalpasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan hibah serta prosedur pelaksanaannya. Menyediakan dokumen hibah yang menunjukkan kepada siapa harta akan diserahkan, akuan penyerahan secara sukarela ( tanpa paksaan ) dan juga butiran lain yang berkaitan. Dalam hal ini, perlantikan pihak-pihak yang berautoriti seperti Amanah Raya Berhad ( ARB ), Peguam atau institusi berkaitan amat wajar dilakukan. Penyataan dalam dokumen sebaiknya mengandungi elemen berikut ; i. ii. iii.
iv.
Dimulakan dengan basmalah, pujian bagi Allah S.W.T. dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pesanan tentang ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Penyataan akuan sebagai pemilik harta ( lampirkan dokumen pengesahan sebagai pemilik harta ). Penyataan akuan hibah kepada siapa harta akan diberikan dan nyatakan hubungan ( jika dirasakan perlu untuk mengelakkan fitnah di kalangan waris atau orang lain ).
265
v.
6.
7. 8.
9. 10.
11.
12.
Nyatakan pesanan kepada orang yang bakal menerima harta sekiranya terdapat hasrat yang dihajatkan untuk disampaikan seperti pesanan kepada anak yang menerima hibah agar sentiasa mentaati Allah dan menggunakan hartanya ke jalan yang baik. ( Lampiran 2 ).
Menyatakan pihak yang dilantik sebagai pemegang amanah hibah sebagai individu yang diberi hak untuk menguruskan hibah berkenaan. Mendapatkan saksi adil ( boleh dipercayai ) untuk menjadi saksi penyerahan harta secara hibah. Memastikan pemilik harta dan saksi menandatangani dokumen tersebut serta pemegang amanah yang dilantik menandatangani persetujuan terhadap lantikan tersebut. Membuat pengesahan dan akuan bersumpah berkenaan serahan hibah tersebut. Menyediakan beberapa beberapa salinan hibah yang telah aku sumpah dan distamping ( matikan setem ) untuk simpanan pihak yang dilantik sebagai pemegang amanah, pemilik harta, saksi dan penerima harta ( sekiranya difikirkan wajar ). Melantik pemegang amanah terhadap pelaksanaan serahan hibah berkenaan. Biasanya pihak-pihak yang dilantik akan bertanggungjawab menyerahkan harta hibah. Bertawakal kepada Allah S.W.T. dan berdoa agar segala urusan hibah tersebut dilaksanakan dengan baik dan telus.
266
HIKMAH 1. Dapat mengelakkan pertikaian di kalangan ahli waris berkenaan harta waris. 2. Memberi ruang kepada pemilik harta untuk menyerahkan hartanya kepada pihak-pihak yang diinginya seperti institusi kebajikan. 3. Merasakan bahawa pemilikan harta adalah sementara di dunia ini kerana pemilikan kekal adalah untuk Allah S.W.T.
267
LAMPIRAN 1
AKUAN WASIAT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Maknanya : “ Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, ( hendaklah ia ) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa “. ( Al-Baqarah : ayat 180 ). Segala puji bagi Allah S.W.T. yang kekal selamanya. Tiada tuhan melainkan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah S.W.T. Kematian adalah benar, kebangkitan semula adalah benar, semua yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. adalah benar ; tiada keraguan bahawa hari pembalasan akan tiba dan Allah S.W.T. akan membangkitkan semua yang di dalam
kubur. Bahawa saya ……………………………………………… (No. K/P : …………………………..) yang beralamat di .................................................................................................................................... ............................................................... merupakan *warganegara Malaysia / pemastautin tetap / warganegara negara ................................. dengan kesempurnaan akal dan kesihatan tubuh badan serta rasa suci hati, tanpa paksaan membuat akuan dan perjanjian melepaskan hak milik harta dan wang tunai seperti mana yang dinyatakan selepas ini untuk Wasiat berdasarkan kenyataan-kenyataan berikut :1.
Bahawa saya adalah pemilik penuh ke atas harta dan wang tunai berikut ( selepas ini disebut sebagai harta yang tersebut ) ;
268
BIL
JENIS HARTA
*BUTIRAN HARTA ( No. geran / akaun bank / lain-lain )
NILAI HARTA SEMASA
*Lampiran dokumen-dokumen berkaitan disertakan 2.
Bahawa saya dengan ini melantik dan memberikan amanah kepada ................................................................................... sebagai Pemegang Amanah harta saya untuk menguruskan Wasiat saya ini ( selepas ini disebut sebagai " Pemegang Amanah saya " ).
3.
Saya mengarahkan Pemegang Amanah saya untuk membayar semua hutang piutang saya termasuk perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan tuntutan syara’, perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengkebumian jenazah saya, melunaskan hutang saya dengan hak Allah S.W.T., membayar zakat, upah haji ( sekiranya saya meninggal dunia sebelum menunaikan haji ) dan hutang sesama manusia, harta sepencarian dan nafkah tertunggak, gadaian-gadaian berhubung dengan harta tak alih, sewa, apa jua hutang saya yang lain serta segala kos dan perbelanjaan berkaitan pentadbiran harta pusaka saya seawal yang mungkin setelah kematian saya.
4.
Tertakluk kepada perenggan 1, saya dengan ini mewasiatkan serta mengarahkan Pemegang Amanah saya untuk melaksanakan wasiat saya berdasarkan pembahagian tersebut ; BIL
HARTA
PENERIMA WASIAT
HUBUNGAN
Sebelum membahagikan harta pusaka saya kepada waris-waris saya yang berhak mengikut hukum syara’,dengan dipastikan harta yang diwasiatkan yang tersebut tidak melebihi satu pertiga dari keseluruhan harta yang saya tinggalkan.
269
5.
6.
7.
Sekiranya penerima wasiat dibuktikan menurut undang-undang merupakan ahli waris yang layak menerima pusaka mengikut hukum syara’. Maka ia hendaklah dihalang daripada menerima harta wasiat yang tersebut. Saya mengakui sebagai insan yang lemah saya banyak membuat kesilapan, maka dengan ini saya ingin memohon maaf atas apa jua kesilapan saya, dihalalkan makan minum dan hutang piutang saya kepada seluruh ahli keluarga saya, saudara mara saya serta rakanrakan saya sekelian. Saya juga memohon kepada Allah S.W.T. agar mengelakkan harta pusaka saya dari menjadi punca perselisihan faham dan pergaduhan di antara waris-waris saya dan diharap agar roh saya tidak dilupai dengan disedekahkan Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Amin. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala kekurangan adalah berpunca daripada saya sebagai hamba-NYA yang lemah dan kerdil. Semoga seluruh ahli keluarga, saudara mara serta rakan-rakan saya sentiasa beroleh rahmat Allah S.W.T. setelah pemergian saya.
Dicatatkan pada ………………………............... bersamaan ......................................... Sesungguhnya Allah S.W.T. adalah saksi yang terbaik. Semoga Allah S.W.T. mengampuni saya. Ditandatangani oleh Pewasiat dengan kehadiran kami hadir pada masa yang sama di atas permintaan beliau dengan kehadiran beliau, antara satu sama lain ]...................................................... Nama : ...................................................... No. K.P. : ...................................................... Saksi 1 Tandatangan : Nama : No. K.P : Alamat :
Saksi 3 Tandatangan: Nama : No. K.P : Alamat :
Saksi 2 Tandatangan : Nama : No. K.P. : Alamat :
Saksi 4 Tandatangan : Nama : No. K.P : Alamat :
270
LAMPIRAN 2
PERJANJIAN HIBAH Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Firman Allah S.W.T. yang bermakna ; " Kemudian jika mereka dengan sukahatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian ( yang halal ) itu sebagai nikmat yang lazat lagi kesudahannya ". ( An-Nisa' ayat 4 )
Bahawa saya ............................................ (NO. K/P.: ..................................) yang beralamat di.............................................................................................. ............................................................................................................................... merupakan *warganegara Malaysia / pemastautin tetap / warganegara negara ................... dengan kesempurnaan akal dan kesihatan tubuh badan serta rasa suci hati, tanpa paksaan membuat perjanjian melepaskan hak milik harta dan wang tunai seperti mana yang akan dinyatakan selepas ini untuk tujuan Hibah berdasarkan kenyataankenyataan berikut :1.
BIL
Bahawa saya adalah pemilik penuh ke atas harta dan wang tunai berikut ( selepas ini disebut sebagai harta yang tersebut ) ;
JENIS HARTA
*BUTIRAN HARTA (geran / bank simpanan / keuntungan)
* Lampiran dokumen-dokumen berkaitan disertakan
267
NILAI HARTA
2.
BIL
Saya mengakui bahawa harta-harta dan wang tunai yang tersebut diserahkan sebagai Hibah untuk ditadbir dan digunakan selaras dengan syariat Islam mengikut ketetapan berikut ;
HARTA
PENERIMA HIBAH
NILAI HARTA
TARIKH BERKUATKUASA
3. Dengan serahan harta yang tersebut sebagai harta Hibah , saya mengakui bahawa ahli waris saya tidak akan mempunyai sebarang kuasa atau hak-hak pemilikan atau pemusakaan terhadapnya setelah tarikh penguatkuasaan bermula. 4.
Saya amat mengharapkan agar pihak-pihak yang menerima harta-harta yang tersebut dapat menggunakan dengan sebaik mungkin dan tidak bertentangan dengan syara’.
5. Saya membuat akuan ini dengan penuh kepercayaan dan suci hati bahawa butir-butir yang dinyatakan adalah benar sebagai akuan dan perjanjian serta menurut undang-undang Surat Akuan 1960.
268
Dicatatkan pada ………………………............... bersamaan..............................................................
Sesungguhnya Allah S.W.T. adalah saksi yang terbaik semoga Allah S.W.T. mengampuni saya.
Ditandatangani oleh Pemberi Hibah dengan kehadiran kami hadir pada masa yang sama di atas permintaan belia dengan kehadiran beliau, antara satu sama lain.
]...................................................... Nama : ...................................................... No. K.P : ......................................................
Saksi 1 Tandatangan : Nama : No. K.P : Alamat :
Saksi 3 Tandatangan: Nama : No. K.P : Alamat :
Saksi 2 Tandatangan : Nama : No. K.P : Alamat :
Saksi 4 Tandatangan : Nama : No. K.P : Alamat :
269
177
178