SMKA Segamat, 28 Feb – Penilaian Kurikulum 1 atau lebih dikenali dengan PK1 akan berlangsung sepanjang minggu ini melibatkan seramai 545 pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat mengingatkan para pelajar supaya memberi sepenuh perhatian dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan kali pertama ini. Sementara itu, Unit Penilaian dan Peperiksaan (UPP) telah menyediakan jadual pengawasan peperiksaan dengan format baru untuk dilaksanakan oleh semua guru. Dalam majlis yang sama Tuan Pengetua turut menyampaikan hadiah sempena sambutan hari lahir guru-guru anjuran Badan Amal Guru dan Staf (BAGUS) bagi bulan Januari hingga Mac. Ust. Mohd. Nazom Bin Mohd. Yusof selaku Pengerusi BAGUS mewakili warga SEMANGAT mengucapkan tahniah kepada guruguru yang menimang cahaya mata pada tahun ini.
Sebahagian pelajar sedang tekun menjawab soalan peperiksaan Matematik Tambahan di kelas Tingkatan 5 Ibnu Hayyan. Seramai 545 pelajar SMKA Segamat tidak termasuk pelajar Tingkatan 6 menduduki Peperiksaan Kurikulum 1 (PK1) bermula pada 28 Februari sehingga 3 Mac 2016.
Amanat
SMKA SEGAMAT (SEMANGAT) SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
UST. MOHD. FAUZAN BIN MOHAMED MOKHTAR
“KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MERUPAKAN IMPIAN SEMUA ORANG. KEJAYAAN HAKIKI BAGI MUKMIN SEJATI ADALAH BERJAYA MEMBAWA DAN MEMBIMBING DIRI KE ARAH KEBAIKAN UNTUK MERAIH HABUAN SYURGA ALLAH DI ALAM YANG KEKAL ABADI NANTI”
EDITORIAL BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016
Penasihat > Ust.Mohd.Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor > Ust.Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor > Uzh.Arifah Binti Ayub Fotografi > Ust.Abd.Rauf Bin Abd.Rahim Promosi > Ust.Mohsen Bin Miskam Terbitan > Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja > Tabung Kebajikan Guru Jumlah Sumbangan 25 Feb 2016 RM 115.00
Hadiah Sambutan Hari Lahir BAGUS (28 Feb 2016)
Penyampaian Surat Pelantikan DG48 (25 Feb 2016)
Acara Sukan Puteri (24 Feb 2016)
Ujian Psikometrik Tingkatan 1 (1 Mac 2016)
Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Segamat (25 Feb 2016)
Sumbangan Majlis Agama Islam Johor (25 Feb 2016)
Wakaf Lantai Perpustakaan 2015 : Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Segamat telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM15,000.00 hasil sumbangan wakaf daripada ibu bapa pelajar, para guru, ALUMNI, pembekal buku, syarikat dan orang perseorangan. Sumbangan tersebut digunakan untuk menaik taraf lantai simen perpustakaan yang sudah rosak dan pecah kepada lantai jubin untuk menjamin keselamatan dan memberi keselesaan kepada semua pengunjung.
SUMBER : MAJALAH MAHIR, ARAS MEGA SDN.BHD
MURAH REZEKI DIJAUHI KESULITAN Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah... Abu Yazid Al Bustham, seorang pelopor sufi, pada suatu hari didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji Quran. Saya juga bukan pemalas dan enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu ditimpa malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Tuan Guru menjawab, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah air mukamu. Ketahuilah, Rasulullah s.a.w adalah seorang miskin, namun wajahnya tidak pernah keruh dan baginda selalu ceria. Sebab menurut baginda, salah satu tanda penghuni neraka ialah bermuka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri dan ceria. Setiap kesedihan diterima dengan sabar dan tidak mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tidak datang lagi mengadu. Sikapnya ramah dan sentiasa menguntum senyum. Tidak hairan jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah yang paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tidak ada persoalan yang boleh diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah ceria, Insya Allah, apa pun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. Wallahu A’lam. OLEH : UZH ARIFAH BINTI AYUB @ UYUB
CELIK JAWI TASHIL ) ( تسهيل Tashil pada bahasa asalnya bermaksud memudahkan atau menyenangkan; iaitu menyebut huruf hamzah di antara sebutan huruf hamzah dan alif, seolaholah menyebut huruf hamzah dan alif sekaligus, tidak terhenti-henti dan tidak memanjangkan sebutannya. Hanya satu kalimah yang wajib dibaca dengan Tashil iaitu ayat 44 dalam Surah Fussilat seperti di atas.
TERJEMAHAN (87) Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur dan derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (88) Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; maka kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”. (89) Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.