SMKA Segamat, 10 April – Seramai 46 pelajar menerima Hadiah Insentif Kecemerlangan Akademik bagi peperiksaan Penilaian Kurikulum 1 (PK1) bagi tahun 2016 yang disampaikan oleh Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar, Pengetua SEMANGAT baru-baru ini. Ust. Mohd. Nazom Bin M.Yusof selaku Penyelaras Program Pengiktirafan turut mengumumkan 5 orang pelajar terbaik terdiri daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Pelajar terbaik Tingkatan 1 dianugerahkan kepada Nuraina Fasihah Binti Mohd. Mubarak, 13, dengan memperoleh keputusan 8A 1B, manakala Asmaa Binti Osman,14, yang pernah mendapat pelajar terbaik Tingkatan 1 pada tahun 2015 terpaksa akur dengan pencapaian Akmal Hafizan Bin Jamil dari kelas 2 Ibnu Amir dengan keputusannya 5A 4B. Sementara itu, Nur Aleeya Madiha Binti Mohamad Bahtiar, 15, berjaya mengekalkan keunggulannya di tangga pertama walaupun pernah tewas kepada Nur Ilya Sakinah Binti Azha dalam peperiksaan akhir tahun 2015. Muhammad Faizal Bin Miswadi,16, dari kelas 4 Ibnu Hayyan dinobatkan pelajar terbaik tingkatan 4 manakala Nur Aisyah Binti Ismail,17, berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dengan memperoleh keputusan 9A 2B. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah 10 terbaik dalam tingkatan serta menyeru kepada semua guru dan pelajar untuk meneruskan usaha meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik seiring dengan usaha meningkatkan kualiti sahsiah diri murid yang unggul.
“JANGAN BIARKAN LIDAH ANDA BERBICARA TENTANG KEKURANGAN ORANG LAIN KERANA ANDA SENDIRI TURUT MEMILIKI KEKURANGAN DAN INGAT ORANG LAIN JUGA MEMPUNYAI LIDAH” BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016 Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja Tabung Kebajikan Guru
Jumlah Sumbangan 7 April 2016 RM 129.00
Penyampaian Hadiah Pertandingan PPDa (6 April 2016)
Sumbangan Perisian Cari Kata (7 April 2016)
Majlis Penghargaan Peserta Sukan Johor (6 April 2016)
Kem Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 3 (6 April 2016)
Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Segamat (9 April 2016)
Gotong-royong Basmi Tempat Pembiakan Aedes (8 April 2016)
Ceramah Program Kitar Semula (12 April 2016)
Program Perkongsian Ilmu di SMKA Maahad Muar (12 April 2016)
KOLEKSI BAHAN BACAAN Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yangdiselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan oleh pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya ialah : 1. Buku Fiksyen 2. Buku Bukan Fiksyen (Pinjaman) 3. Buku Bukan Fiksyen (Rujukan) 4. Bahan Terbitan Berkala 5. Bahan Khusus.
MENGENAL JENIS-JENIS
BUKU BUKU FIKSYEN
Buku Fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku Fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya : 1. 2. 3. 4. 5.
Buku Fiksyen Melayu Buku Fiksyen Inggeris Buku Fiksyen Cina Buku Fiksyen Tamil Buku Fiksyen Arab
Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah : 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Cerita Sains Cerita Nasihat Cerita Dongeng Cerita Khayalan Cerita Binatang Cerita Rakyat
PENGAWAS PSS BERTUGAS MEMPROSES BUKU MENGIKUT KATEGORI YANG DITETAPKAN
TUNTUTLAH ILMU SEJAK DARI BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD (H.R. MUSLIM)
SUMBER : MAJALAH MAHIR, ARAS MEGA SDN.BHD.
Mari kita contohi sifat-sifat orang bertaqwa antaranya : Orang bertaqwa, dia tidak terlalu gembira dengan kejayaan, tidak terlalu sedih dengan ujian atau kehilangan. Dalam semua keadaan, dia hanya nampak Tuhan. Orang yang bertaqwa, dia solat dengan penuh khusyuk, berpuasa dan berzakat. Apabila cukup syaratnya dia menunaikan fardhu haji. Dia redha dengan ketentuan Allah serta sabar dengan ujian daripada Allah. Dia bersyukur pula atas nikmat-nikmat Allah. Dia menjauhkan diri daripada melakukan maksiat seperti berzina, minum arak, berjudi dan membunuh. Dia sentiasa menjaga tutur kata dengan tidak menipu atau berbohong dan tidak bercakap kotor, mengumpat dan mengeji. Dia menjauhkan diri daripada sifat-sifat keji seperti bakhil, pemarah, ingin dipuji, takabbur, sombong, riya’, ‘ujub, hasad dengki serta berdendam. Sifat taqwa merupakan ibu atau punca bagi segala sifat terpuji seperti Hikmah (bijaksana), Syaja’ah (berani), ‘Iffah (menjaga maruah diri) dan ‘Adl (keadilan).
OLEH : UZH ARIFAH BINTI AYUB @ UYUB
Maka daripada empat sifat inilah lahirnya sifat-sifat mahmudah dalam dirinya. Orang yang bertaqwa adalah pemurah, sabar, suka meminta maaf, jujur, mulia, redha, tawadhuk, tawakal, sentiasa merendah diri, bertolak ansur, pemaaf, lemah lembut, berkasih sayang, berkorban, lapang dada, zuhud, amanah, berlaku benar, membela orang yang terzalim, tahan menerima ujian, takut dan cinta kepada Allah, taat kepada Allah dan takut pada seksa Allah. Kehidupan orang bertaqwa amat sederhana sekali dan dia tidak suka bermewahmewah. Hidupnya sentiasa tenang dan dia tidak mudah putus asa. Dia sering memikirkan tentang kebesaran Allah. Dia sentiasa membetulkan dan memperbaiki diri serta nasihat-menasihati dengan penuh bijaksana dan kasih sayang. Orang bertaqwa sering berjuang dan berjihad serta banyak membuat kebajikan sesama manusia terutama terhadap sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat handai.
BACAAN GHARIB ( ) غريبMENGIKUT RIWAYAT HAFS ‘AN A’SIM ( )حفص عن عاصم
CELIK JAWI
IBDAL HURUF SHAD DENGAN HURUF SIN
Imam A’sim mengganti huruf shad dengan huruf sin pada perkataan ( يبصطal-Baqarah:245) dan ( بصطةal-A’raf:69).
Sedangkan pada ( بمصيطرal-Ghasyiyah:22), Imam Ashim membaca sebagaimana tulisan mushaf.
Manakala di ayat ( المصيطرونal-Thur:37) boleh dibaca dengan mengganti shad dengan sin atau dibaca tetap sebagaimana tulisannya
Kaedah Bacaan Ibdal Huruf Shad Dengan Huruf Sin Ini Dibimbing Oleh Ust. Hj. Ismail Bin Rosli Al-Hafiz (Guru KKQ SMKA Segamat)
TERJEMAHAN (99) Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang mahsyar. (100) Dan Kami perlihatkan neraka jahannam pada hari itu kepada orangorang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata; (101) (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.