Anugerah Kecemerlangan Pelajar
ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 1.
Tujuan Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan individu dan badan pelajar dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program/ aktiviti pelajar. Anugerah ini juga bertujuan untuk mengiktiraf peranan individu dan badan pelajar yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh universiti dalam pelaksanaan program/ aktiviti pelajar.
2.
Syarat Penyertaan 2.1
Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di peringkat HEPA adalah terdiri daripada para pelajar yang telah terpilih melalui anugerah yang telah disampaikan di peringkat PTJ.
2.2
Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan mengenalpasti pencalonan dari badan pelajar yang berdaftar sahaja.
2.3
Kriteria Am: - Projek menyumbang kepada peningkatan dalam kompetensi generik pelajar melalui keterlibatan komuniti dan kesukarelawanan. Peningkatan ini akan dinilai melalui kontrak pembelajaran, dengan pencapaian sebahagian besar daripada 8 hasil pembelajaran spesifik yang merangkumi kemahiran-kemahiran generik dan kemahiran insaniah yang selaras dengan keperluan, iaitu: Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban Kemahiran Komunikasi Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan Kemahiran Kreatif dan Inovatif
2.4
Bagi Kategori pencapaian individu, calon perlu mempunyai sekurangkurangnya PNK 2.5.
2.5
Tidak pernah menerima sebarang anugerah pada tahun sebelumnya.
2.6
Program yang dicalonkan dilakukan pada sesi semasa pengajian.
1
2.7
3.
Program yang dicalonkan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan pembuktian dibuat melalui Sistem Pembangunan Insaniah.
Kategori Anugerah ini dibahagikan kepada lapan kategori iaitu: 3.1
Anugerah Naib Canselor Badan Pelajar Terbaik Keseluruhan
3.2
Anugerah Kepimpinan Pelajar - YDP Badan Pelajar Terbaik - Ketua Eksekutif MEP Terbaik
3.3
Anugerah Persatuan/ Kelab/ Sekretariat/ MEP Paling Aktif
3.4
Anugerah Pencapaian Cemerlang Badan Pelajar - Mengikut Kategori Aktiviti: Keusahawanan Sukan Kebudayaan/ Kesenian Pendidikan dan Inovasi Khidmat Masyarakat/ Komuniti & Kesukarelawanan Badan Beruniform
3.5
Anugerah Pencapaian Cemerlang Individu - Mengikut Kategori Aktiviti: Keusahawanan Sukan Kebudayaan/ Kesenian Pendidikan dan Inovasi Khidmat Masyarakat/ Komuniti & Kesukarelawanan Badan Beruniform
3.6
Anugerah Pelajar Terbilang: Kategori Prasiswazah Kategori Pascasiswazah
3.7
Anugerah Khas Majlis Eksekutif Pelajar Cemerlang
3.8
Anugerah Badan Beruniform
2
4.
Kriteria Pemilihan 4.1
Kategori Anugerah Naib Canselor - Badan Pelajar Terbaik Keseluruhan Anugerah ini akan diberikan kepada badan pelajar yang telah terpilih antara pemenang Anugerah Pencapaian Cemerlang (mengikut kategori)
4.2
Anugerah Kepimpinan Pelajar -
YDP Badan Pelajar Terbaik
Pemenang merupakan pemimpin Badan Pelajar yang berkarisma dan menunjukkan kepimpinan serta telah banyak mengharumkan nama badan pelajar dan UKM. -
Ketua Eksekutif MEP Terbaik
Pemenang merupakan pemimpin Majlis Eksekutif Pelajar yang berkarisma dan menunjukkan kepimpinan serta telah banyak mengharumkan nama kolej dan UKM.
4.3
Anugerah Persatuan/ Kelab/ Sekretariat/ MEP Paling Aktif Badan pelajar yang aktif dengan sekurang-kurangnya melaksanakan tiga aktiviti/ program yang berimpak tinggi dalam sesi pengajian semasa. Kriteria asas yang bersifat impak tinggi: Penjanaan dari sumber luar universiti yang paling tinggi Bilangan liputan media terbanyak Bilangan hubungan secara formal dengan agensi/ masyarakat yang berterusan terbanyak Bilangan pengiktirafan daripada pihak luar universiti terbanyak
4.4
Anugerah Pencapaian Cemerlang Badan Pelajar - Mengikut Kategori Aktiviti: Keusahawanan Anugerah ini diberikan kepada badan pelajar yang berjaya melaksanakan program keusahawanan yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat.
3
Kriteria asas yang bersifat impak positif dan besar: Menubuhkan syarikat yang berdaftar (SSM/ CESMED/ JPPel/ fakulti/ kolej/ dicadangkan) Ciri-ciri syarikat (Bhd/ Sdn Bhd/ Enterprise) Berjaya di peringkat antarabangsa/ negara/ universiti/ fakulti/ kolej yang menaikkan citra UKM Penjanaan dana luar yang tinggi Sukan Anugerah ini diberikan kepada badan pelajar yang berjaya melaksanakan program sukan yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat. Kriteria asas yang bersifat impak positif dan besar: Menyumbangkan di peringkat antarabangsa/ negara/ universiti/ mendaftar dengan Pusat Sukan Aktiviti kelab aktif sepanjang tahun Menaikkan nama UKM Kebudayaan/ Kesenian Anugerah ini diberikan kepada badan pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kebudayaan/ kesenian secara aktif dalam bidang kebudayaan/ kesenian secara berterusan, memegang jawatan dalam bidang yang diceburi dan mencapai kejayaan di peringkat dalam dan luar universiti. Kriteria penilaian juga dilihat dari aspek pengurusan seni dan kualiti persembahan keseluruhannya. Pendidikan dan Inovasi Anugerah ini diberikan kepada badan pelajar yang berjaya melaksanakan/ menggerakkan program yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat dalam bidang pendidikan dan inovasi. Khidmat Masyarakat/ Komuniti & Kesukarelawanan Anugerah ini diberikan kepada badan pelajar yang mempunyai: Projek menyumbang kepada peningkatan dalam kompetensi generik pelajar melalui keterlibatan komuniti dan kesukarelawanan. Projek mencerminkan tahap penglibatan komuniti yang bermakna sepanjang aktiviti (contoh: berunding dengan ahli komuniti, menjalankan analisa aset/ keperluan, dan menjalankan invervensi untuk pemerkasaan ahli komuniti). Projek melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalaman dan luar universiti seperti kakitangan, pelajar, NGO, industri, yayasan, agensi kerajaan dsb.
4
Projek memenuhi keperluan tertentu dalam komuniti sasaran (contoh: pemindahan ilmu, perkongsian ilmu atau peningkatan kesedaran yang meningkatkan sosio-ekonomi, kesihatan, pendidikan, teknologi, persekitaran, dsb). Projek mempunyai potensi kelestarian dan replikasi melalui pemerkasaan ahli komuniti (contoh: menjalankan Training of Trainers (TOT), mewujudkan ’community champion’ untuk meneruskan projek dsb). Kumpulan menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam keterlibatan komuniti dan kesukarelawanan dengan membina kepercayaan dan hubungan yang kukuh dengan rakan komuniti yang dapat meningkatkan citra UKM di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa. Kriteria ini akan dinilai melalui surat perakuan atau maklumbalas dari ahli komuniti/ NGO. Badan Beruniform Anugerah ini diberikan kepada kumpulan badan beruniform yang berjaya melaksanakan sebuah program yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat. Penyertaan perlu disertakan dengan bukti seperti di jadual berikut: Kriteria
Peratus Sumbangan
Peringkat Individu (3)
Impak
Outcome
Bukti
Badan Beruniform (7)
Kemahiran Insaniah (SPI)/ Pelaporan projek Pelaporan projek
IPT (10)
Pelaporan projek
Masyarakat (10)
Kerjasama
Hasil pencapaian yang boleh diukur Antarabangsa (20) Kebangsaan (15) IPT (10) Dalaman (5) Bilangan anggota terbabit Antarabangsa/ Kebangsaan/ IPT/ Dalaman
Pelaporan projek
30%
30%
Peringkat
20%
Penyertaan
10%
Pengiktirafan
10%
5
Pelaporan projek
Sijil Surat penghargaan/ sijil/ berita
4.5
Anugerah Pencapaian Cemerlang Individu - Mengikut Kategori Aktiviti: Keusahawanan Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang berjaya melaksanakan program keusahawanan yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat. Kriteria asas yang bersifat impak positif dan besar: Menubuhkan syarikat yang berdaftar SSM (CESMED/ JPPel/ fakulti/ kolej/ dicadangkan) Ciri-ciri syarikat (Bhd/ Sdn Bhd/ Enterprise) Berjaya di peringkat antarabangsa/ negara/ universiti/ fakulti/ kolej yang menaikkan citra UKM Penjanaan dana luar yang tinggi Penjanaan idea yang kreatif dan inovatif Mengekalkan integriti akademik yang tinggi Sukan Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang berjaya melaksanakan program sukan yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat. Kriteria asas yang bersifat impak positif dan besar: Mewakili negara di peringkat antarabangsa (Olimpik, World Cup (Terbuka), Sukan Asia, Komanwel, Sukan Universiti Dunia, Terbuka Asia, Sukan SEA, Sukan Universiti ASEAN; atau Mewakili Persatuan Sukan Kebangsaan di peringkat antarabangsa; dan Mewakili UKM dalam sukan MASUM/ setara dan mendapat pingat Kebudayaan/ Kesenian Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kebudayaan/ kesenian secara aktif dalam bidang kebudayaan/ kesenian secara berterusan, memegang jawatan dalam bidang yang diceburi dan mencapai kejayaan di peringkat dalam dan luar universiti. Kriteria penilaian juga dilihat dari aspek pengurusan seni dan kualiti persembahan keseluruhannya. Pendidikan dan Inovasi Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang berjaya melaksanakan/ menggerakkan program yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat dalam bidang pendidikan dan inovasi.
6
Khidmat Masyarakat/ Komuniti & Kesukarelawanan Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mempunyai: Projek menyumbang kepada peningkatan dalam kompetensi generik pelajar melalui keterlibatan komuniti dan kesukarelawanan. Projek mencerminkan tahap penglibatan komuniti yang bermakna sepanjang aktiviti (contoh: berunding dengan ahli komuniti, menjalankan analisa aset/ keperluan, dan menjalankan invervensi untuk pemerkasaan ahli komuniti). Projek melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalaman dan luar universiti seperti kakitangan, pelajar, NGO, industri, yayasan, agensi kerajaan dsb. Projek memenuhi keperluan tertentu dalam komuniti sasaran (contoh: pemindahan ilmu, perkongsian ilmu atau peningkatan kesedaran yang meningkatkan sosio-ekonomi, kesihatan, pendidikan, teknologi, persekitaran, dsb). Projek mempunyai potensi kelestarian dan replikasi melalui pemerkasaan ahli komuniti (contoh: menjalankan Training of Trainers (TOT), mewujudkan ’community champion’ untuk meneruskan projek dsb). Kumpulan menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam keterlibatan komuniti dan kesukarelawanan dengan membina kepercayaan dan hubungan yang kukuh dengan rakan komuniti yang dapat meningkatkan citra UKM di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa. Kriteria ini akan dinilai melalui surat perakuan atau maklumbalas dari ahli komuniti/ NGO. Badan Beruniform Anugerah ini diberikan kepada pelajar badan beruniform yang berjaya melaksanakan sebuah program yang membawa impak positif dan besar kepada UKM dan masyarakat. Penyertaan perlu disertakan dengan bukti seperti di jadual berikut: Kriteria Kepimpinan
Peratus Sumbangan 30%
Akademik
10%
Impak
10%
Outcome
15%
Peringkat
10%
Penyertaan
15%
Pengiktirafan
10%
Peringkat Penilaian Jurulatih (15%) Tahap Penglibatan (15%) Sekurangnya ≥ 3.0 Individu (3%) Badan Beruniform (7%) IPT (10%) Masyarakat (10%) Hasil Pencapaian Yang Boleh Diukur Antarabangsa (4%)/ Kebangsaan (3%)/ IPT (2%)/ Dalaman (1%) Bilangan aktiviti Terlibat Antarabangsa (4%)/ Kebangsaan (3%)/ IPT (2%)/ Dalaman (1%)
7
Bukti Borang Penilaian Jawatan Transkrip Kemahiran Insaniah (SPI) Pelaporan projek Pelaporan projek Kerjasama Pelaporan projek Pelaporan projek
Sijil Surat penghargaan/ sijil/ berita
4.6
Anugerah Pelajar Terbilang -
Kategori Prasiswazah Anugerah ini diberikan kepada individu pelajar prasiswazah yang paling aktif atau mencapai tahap tertinggi dan konsisten dalam menyumbangkan khidmat bakti secara individu dalam menggerakkan dan menjayakan pelbagai program di peringkat badan pelajar, universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
-
Kategori Pascasiswazah Anugerah ini diberikan kepada individu pelajar pascasiswazah yang paling aktif atau mencapai tahap tertinggi dan konsisten dalam menyumbangkan khidmat bakti secara individu dalam menggerakkan dan menjayakan pelbagai program di peringkat badan pelajar, universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4.7
Anugerah Khas Majlis Eksekutif Pelajar Cemerlang Anugerah ini diberikan kepada Biro MEP yang paling aktif dan konsisten dalam menyumbangkan khidmat bakti untuk menggerakkan dan menjayakan pelbagai program di peringkat kolej, universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
4.8
Anugerah Badan Beruniform Anugerah ini diberikan kepada badan beruniform yang paling aktif dan konsisten dalam menyumbangkan khidmat bakti dalam menggerakkan dan menjayakan pelbagai program di peringkat badan pelajar, universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Penyertaan perlu disertakan dengan bukti seperti di jadual berikut: Kriteria
Bilangan Aktiviti
Peratus Sumbangan 30%
Peringkat Aktiviti
20%
Pengiktirafan
15%
Impak/ Sumbangan
15%
Penglibatan
20%
Peringkat
Bukti
Anjuran Badan Beruniform
Pelaporan projek
Antarabangsa/ Kebangsaan/ IPT/ UKM
Pelaporan projek
Antarabangsa/ Kebangsaan/ IPT/ UKM Kebangsaan/ IPT/ UKM/ Badan Uniform
Surat penghargaan/ sijil/ berita Pelaporan projek
Penglibatan Dalam Anjuran Luar
Pelaporan projek
8
5.
6.
Prosedur Pemilihan 5.1
Pemilihan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Panel Pemilih Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA).
5.2
Penilaian adalah berdasarkan kepada dokumen permohonan yang disertakan, rekod dan pelaporan program/ aktiviti.
5.3
Setiap calon akan dipanggil untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa Panel Pemilih Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
5.4
Penilaian dan keputusan Jawatankuasa Panel Pemilih adalah muktamad.
Bentuk Anugerah Wang tunai dan Sijil.
9