HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2016 SMKA Segamat, 26 Feb : Ust. Hj. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat diiringi Ust. Jamil bin Hussin, GPK Pentadbiran SMKA Segamat menyampaikan sijil dan plak kepada Ain Waznin Nuha binti Ahmad Nawawi dari kelas tingkatan 2 Abu Bakar di dewan Luqman Al-Hakim. Seramai 10 orang pelajar terbaik daripada tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 tampil menerima Hadiah Insentif Kecemerlangan Akademik dalam majlis ringkas yang dikelolakan oleh Unit Pengiktirafan SMKA Segamat semasa perhimpunan rasmi
mingguan Ahad lalu. Nur Amerrah binti Suhaimi dari kelas Tingkatan 1 Usman berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun 2016. Sementara itu Muhammad Faizal bin Miswandi dari kelas Tingkatan 4 Ibnu Hayyan berjaya mencapai keputusan terbaik 2A+,4A, 3A dan 2B+. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terpilih menerima hadiah serta memberikan kata-kata semangat supaya belajar bersungguh-sungguh serta berazam untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan PK1 yang akan bermula pada minggu ini. Dalam majlis yang sama, Tuan Pengetua turut menyampaikan hadiah-hadiah sempena sambutan hari lahir guru bagi bulan Januari sehingga Februari 2017.
TINTA PENTADBIR
INFOSEMANGAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KEBITARAAN KADET POLIS DAN MATEMATIK
PERKONGSIAN SATU MINGGU SATU HADIS
"Sekolah kita telah dilawati oleh SMKA Yan, Kedah sebagai sekolah penandaarasan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Arab. Saya berharap semua pelajar akan melestarikan dan istiqamahkan kecemerlangan akademik terutama subjek Bahasa Arab, Syariah, Quran Sunnah dan KKQ kerana kita berada di sekolah SMKA. Ingat amanah yang kamu bawa dari rumah untuk belajar dan buktikan kepada ibu dan bapa kamu dengan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan" Petikan ucapan Ust. Hj. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat dalam Majlis Perrhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan Luqman Al-Hakim pada 26 Februari 2017
BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2017 Penasihat Ust. Hj. Mohamad Sabri bin Satar Penyelaras Buletin Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah Editor ; Ust.Rumaja bin Sarmin Penolong Editor ; Uzh. Arifah binti Ayub Fotografi ; Ust. Abd. Rauf bin Abd. Rahim Promosi ; Ust.Mohsen bin Miskam Terbitan ; Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMKA Segamat, Johor Penaja ; Tabung Kebajikan Guru Program Budaya Al-Quran
AKTIVITI BAGUS : Pengetua menyampaikan hadiah sempena sambutan hari lahir Ust. Sharifuddin (26/2/2017)
GURU BERTUGAS MINGGUAN Minggu 10 (5-9 Mac 2017) Ust. Mohsen bin Miskam Uzh. Ruhaida binti Miskon
Jumlah Sumbangan 23 Februari 2017 RM 283.00
SUKAN TAHUNAN ; Sebahagian gambar aktiviti dalam Kejohanan Padang & Balapan SEMANGAT tahun 2017 (25/2/2017)
PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT ; Pencapaian Terbaik Pasukan SEMANGAT ; Tempat ke-5 Kategori Guru (P) - Uzh. Maizura binti Mohd. Yunus
EKSPEDISI JEJAK WARISAN JAWI ; Ust. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat mengangkat bendera sebagai simbolik melepaskan konvoi 5 buah kereta pacuan 4 roda yang akan merentas 15 negara sebelum berakhir di Jeddah, Mekah.
Perkataan Bombastik (BAHASA MELAYU)
KATA-KATA BOMBASTIK DALAM PENULISAN (Siri 2) SIRNA ● Hilang Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Buli] ○ Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.
JAGATRAYA ● Seluruh dunia Aplikasi dalam ayat [Tema: Pelancongan] ○ Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
Literasi Maklumat ; Ceramah Teknik Belajar Pantas oleh Glory Global Academy (21/2/2017)
BIDANG PIBA ; Lawatan Penandaarasan Guru-guru Bahasa Arab dari SMKA Yan, Kedah (23/2/2017)
SEANTERO ● Seluruh Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Warisan] ○ Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.
OBLIGASI ● Kewajiban Aplikasi dalam ayat [Tema: Semangat Patriotik] ○ Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
LITERASI MAKLUMAT ; Lawatan Karnival Pendidikan Tinggi di UTHM Batu Pahat, Johor (26/2/2017)
MAYAPADA/MARCAPADA ● Dunia moden Aplikasi dalam ayat [Tema: Kemalangan Jalan Raya] ○ Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa marcapada ini
Sumber : http://aremay98.blogspot.my/2015/07/perkataanbombastik-bahasa-melayu.html
BIDANG PIBA ; Para Penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bergambar dengan guru dan pelajar selepas sesi Ujian Diagnostik Morfologi Aras (UDMA) pada 24/2/2017
Sebahagian daripada pelajar Tingkatan 6 tahun 2016 bergambar dengan Ust. Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat, Kaunselor dan guru-guru Tingkatan 6 selepas Majlis Penyampaian Keputusan STPM di dewan Luqman Al-Hakim SMKA Segamat pada 28 Februari 2017. Seramai 31 pelajar daripada 36 calon tahun 2016 mendapat 4P dan 5 orang mendapat 3P.
Siti Nuralia Mohd Noh (kiri) dan Aimi Haziqah Omar (kanan) bergambar dengan Ust. Hj.Mohamad Sabri bin Satar, Pengetua SMKA Segamat dan Ust. Wan Zainuzzaman selepas diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2016 di SMKA Segamat. Nuralia dan Aimi Haziqah menerima hadiah insentif berupa pakej melancong ke Sarawak kerana mendapat A mata pelajaran Syariah.
CATAT SEJARAH ; Rumah Kuning dan Rumah Merah mencatat sejarah sepanjang penganjuran hari sukan di SMKA Segamat apabila dinobatkan sebagai Juara Bersama (L) dalam Kejohanan Padang & Balapan pada 25 Februari 2017
SIRI 5 : PERKEMBANGAN MUSHAF UTHMANI
Sebahagian pelajar dan guru SMKA Segamat bergambar kenangan dengan para peserta Program Ekpedisi Jejak Warisan JAWI – Jelajah Malaysia Siri 2 di surau Hassan Al-Basri selepas slot sharing moment dan motivasi pada 26 Februari 2017. Para peserta ekspedisi terdiri daripada 15 orang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang singgah di SMKA Segamat sebelum meneruskan pengembaraan membawa misi Melayu-Islam ke 15 buah negara. Ekspedisi selama 100 hari tersebut akan berakhir di Jedah, Mekah.
TERJEMAHAN (89) Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! (90) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap,(91) Kerana mereka mendakwa mengatakan ; (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (92) Padahal tidaklah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak. BACAAN & TAFSIRAN AYAT PROGRAM BUDAYA AL-QURAN (GURU) DIBIMBING OLEH : UST. MUHAMMAD SOLEHUDDIN BIN RIDZUAN