TERIMA 23 ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH INOVASI PPD TAHUN 2015 SMKA Segamat, 24 April : Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamad Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat membaca senarai 23 Anugerah yang diterima oleh SMKA Segamat dalam Majlis Anugerah Inovasi Daerah Segamat Tahun 2015 yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Segamat baru-baru ini. ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK : Terbaik SPM Sekolah Kawalan, GPS
Terbaik SPM Sekolah Kawalan, PNGK Terbaik STPM INOVASI DAN KREATIVITI DALAM PDP : Individu Sekolah Menengah, Kumpulan Sekolah Menengah (Kumpulan Iqrak) KAJIAN TINDAKAN : Johan Sekolah Menengah (Pn.Ruzana Binti Mohd. Sam) SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) KEDUDUKAN/RANKING SEKOLAH TERBAIK : 144/230 BADAN BERUNIFORM CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH PENGURUSAN CEMERLANG BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH GPS MP SPM TERBAIK : Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa Arab Tinggi,
Ekonomi Asas, ICT, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah PNGK MP STPM TERBAIK : Syariah, Bahasa Arab, Sejarah ANUGERAH KHAS PPD : Sekolah Menengah Terbaik Daerah Segamat
INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
“SETIAP ORANG MAMPU CAPAI KEJAYAAN DALAM APA JUA BIDANG DICEBURI, ASALKAN IA SANGAT MENYUKAI DAN MEMINATI PEKERJAAN YANG DILAKUKAN” BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016 Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja Tabung Kebajikan Guru
Jumlah Sumbangan 21 April 2016 RM 176.00
Penyampaian Surat Lantikan (21/4/2016)
Sesi Penggambaran Majalah Sekolah (25-27/4/2016)
Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama (25/4/2016)
Kem Akademik Pendidikan Syariah (24/4/2016)
Program Pertukaran Pintar SMKA Bandar Penawar (24-28/4/2016)
Peperiksaan Percubaan STPM 2016 Penggal 2 (25-27/4/2016)
Pertandingan Inovasi (Individu dan Kumpulan) Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Johor (25/4/2016)
Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Daerah Segamat (26/4/2016)
Kursus Penyelenggaraan Komputer di Kolej Komuniti Segamat (27/4/2016)
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose. Mengikut lagenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak daripada itu, pesta mawar (Festival of the Rose) telah disambut oleh masyarakat Barcelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya.
1
Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del Ilibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, iaitu pada 23 April 1616. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar daripada kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah ganti di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar. Sambutan hari buku juga adalah untuk meraikan kesinambungan ilmu yang telah ditinggalkan oleh para penulis yang bukan sahaja meninggal pada tarikh tersebut, malah kepada semua penulis yang telah mengabadikan ilmu mereka ke dalam bentuk tulisan. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day) Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan, dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia turut disambut pada peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.
Sumber : www.cikgublog.com
Pertandingan Syair Daerah Segamat (26/4/2016)
Pertandingan Pidato Piala Diraja Daerah Segamat (26/4/2016)
Pertandingan Sajak Daerah Segamat (26/4/2016)
Pertandingan Bahas Peringkat Sekolah (26/4/2016)
Pertandingan Pantun Sempena Bulan Bahasa SMKA Segamat (26/4/2016)
Liqa' Nuqaba' Bersama Uzh. Siti Roszaimah Binti Zainuddin (23/4/2016)
Karnival Dakwah Peringkat Negeri Johor, Penyertaan Pertandingan Hafazan dan Tilawah (22-23/4/2016)
ALUMNI : Ceramah Kerjaya Bersama Dr. Norizzati Amsah, Azri Atan (Jurutera Marin) dan Zaid Musa (Guru BA) (23/4/2016)
BACAAN GHARIB ( ) غريبMENGIKUT RIWAYAT HAFS ‘AN A’SIM ( )حفص عن عاصم
CELIK JAWI
TANDA BUJUR CONDONG
ا
Perkataan dalam ayat 4 surah Al-Insan yang mempunyai tanda bujur serong di atas huruf alif hendaklah dibaca tanpa mad ketika wasal (sambung) dan jika diwaqafkan (berhenti), harus dibaca dengan dua wajah: 1) dibaca panjang 2 harakat
2) disukunkan huruf lam dan dibaca tanpa mad.
Kaedah bacaan bagi 6 perkataan yang bertanda bujur condong atas huruf alif ini dibimbing oleh Ust. Hj. Ismail Bin Rosli Al-Hafiz (Guru KKQ SMKA Segamat)
TERJEMAHAN (104) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (105) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat kelak. (106) Mereka yang bersifat demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayatayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.