BUKU PANDUAN
PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Disediakan oleh :
Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (BHEPep) Universiti Teknologi MARA
1
2
KANDUNGAN PERKARA Pengenalan
MUKA SURAT 5-7
Bahagian 1 : Sebelum Peperiksaan
Panduan untuk pelajar sebelum menduduki peperiksaan
8
1.0 Keterangan aktiviti utama 2.0 Carta Alir Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian 2 : Semasa Peperiksaan
9 10 11
Panduan untuk pelajar semasa menduduki peperiksaan
12 - 13
1.0 Keterangan aktiviti utama 2.0 Carta Alir Soalan-soalan Lazim (FAQ)
14 - 16 17 18
Bahagian 3 : Selepas Peperiksaan Panduan untuk pelajar selepas menduduki peperiksaan
19
1.0 Keterangan aktiviti utama 1.1 Melihat dan mencetak keputusan peperiksaan akhir 1.2 Tindakan untuk membuat Rayuan Semak Semula (RSS) keputusan peperiksaan
20
3
20 20
1.3 Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) sekiranya mendapat status gagal dan diberhentikan 1.4 Tindakan pelajar sekiranya layak menduduki Peperiksaan Khas 2.0 Carta Alir Soalan-soalan Lazim (FAQ) Jawatankuasa Penyediaan Dokumen
4
20
21 22 - 25 27 29 - 30
BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
1.0 PENGENALAN Buku ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar UiTM berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan yang perlu diketahui bermula dari sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan bagi memudahkan pelajar. Carta alir juga disediakan bagi setiap proses tersebut. Buku panduan ini diharapkan dapat membantu para pelajar UiTM dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran dan seterusnya menjadi mahasiswa yang mampu bertindak secara profesional dan efektif.
2.0 DEFINISI/TAFSIRAN
BHEPep
:
Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan
BHEA
:
Bahagian Hal Ehwal Akademik (Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut/ UiTM Negeri/ UiTM Cawangan)
Upep
:
Unit Peperiksaan
BGP
:
Bilik Gerakan Peperiksaan
KP
:
Ketua Pengawas
TD(A)
:
Timbalan Dekan (Akademik)
TR(A)
:
Timbalan Rektor (Akademik)
5
KPP
:
Ketua Pusat Pengajian
RSS
:
Rayuan Semak Semula
SM
:
Sepenuh Masa
SML
:
Sepenuh Masa Lanjutan
PLK
:
Pengajian Luar Kampus
PJJ
:
Pangajian Jarak Jauh
F/A/P/I/N/C
:
Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut/ UiTM Negeri/UiTM Cawangan
SIMS
:
Sistem Pengurusan Bersepadu (Student Management System)
RES TEMPLATE
:
Sistem Kemasukan Markah (Result Entry System)
JWP
:
Jadual Waktu Peperiksaan
JPP
:
Jadual Pengawasan Peperiksaan
JPKS
:
Jadual Pengambilan Kertas Soalan
SRD
:
Sahsiah Rupa Diri
6
Pelajar Integrated
SEBELUM PEPERIKSAAN
7
Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD)
Buat persiapan
Rujuk JWP muktamad
Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan
Buat Validasi Kursus
Pastikan kebersihan dan susun atur kerusi dan meja berada dalam keadaan asal
Serahkan Buku Jawapan yang lengkap
Pastikan semua soalan dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat
Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan
Isi maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan Buku Jawapan
Patuhi arahan Ketua Pengawas sepanjang peperiksaan
Pastikan kelengkapan peperiksaan mencukupi
Patuhi peraturan SRD Pelajar UiTM
Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar
Pastikan tarikh, masa dan tempat yang betul
SEMASA PEPERIKSAAN
DOKUMEN RUJUKAN 1. Peraturan Akademik UiTM 2. i-Student Portal 3. Glosari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar UiTM 4. Manual Pengurusan Peperiksaan Akhir UiTM
Memohon dan duduki Peperiksaan Khas jika layak
Memohon Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) jika perlu dan layak
Memohon Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan (RSS) jika perlu dan layak
Pelajar melihat dan mencetak keputusan peperiksaan
SELEPAS PEPERIKSAAN
HAL EHWAL PEPERIKSAAN YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR
Daftar Kursus dan Bayar Yuran
7
Sebelum Peperiksaan....
1. Daftar kursus dan jelaskan yuran pengajian
6. Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD)
2. Validasi Kursus
5. Buat persiapan peralatan/keperluan menjawab peperiksaan
3. Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan
4. Rujuk JWP muktamad
8
BAHAGIAN 1 : SEBELUM PEPERIKSAAN
1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA 1.1 Pelajar hendaklah mendaftar kursus berdasarkan pelan pengajian dan membayar yuran pengajian bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan. 1.2 Pelajar hendaklah membuat validasi kursus. Sekiranya terdapat kesilapan pendaftaran kursus, pelajar perlu merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Kampus Cawangan untuk membuat pengemaskinian. 1.3
Pelajar hendaklah menyemak dan mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan yang boleh dimuat turun di i-student portal.
1.4 Pelajar hendaklah menyemak dan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) muktamad yang dikeluarkan Pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri/ Kampus Cawangan. Semak kod kursus, tarikh, masa dan tempat peperiksaan yang berkaitan. 1.5
Membuat persiapan dengan menyediakan peralatan dan keperluan menjawab peperiksaan yang sesuai seperti kalkulator, kamus, alat tulis dan lain-lain.
1.6
Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD).
9
CARTA ALIR PROSES SEBELUM PEPERIKSAAN Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA
Daftar kursus dan bayar yuran pengajian untuk menduduki peperiksaan
Pelajar
Buat validasi Pendaftaran Kursus. Rujuk kepada Penasihat Akademik/ Pejabat Akademik Fakulti/ UiTM Negeri/ Cawangan sekiranya terdapat pengemaskinian pendaftaran kursus
Pelajar
Pelajar
Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan
Pelajar
Rujuk JWP muktamad – kod kursus, tarikh, masa dan tempat
Pelajar
Buat persiapan dan keperluan peperiksaan
Pelajar
Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) untuk menduduki peperiksaan.
TAMAT
10
peralatan menjawab
Soalan-Soalan Lazim
1.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Penyata Menduduki Peperiksaan saya tidak menyenaraikan kursus yang saya daftarkan?
Pelajar hendaklah merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk tindakan lanjut.
2.
Apakah prosedur sekiranya saya ditimpa kemalangan sebelum peperiksaan dijalankan dan saya ingin menduduki peperiksaan? Perkara-perkara yang perlu dilakukan: i. Pelajar hendaklah melaporkan secara lisan kepada Penasihat Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan. ii.
3.
4.
5.
Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta dengan dokumen sokongan (laporan perubatan, laporan polis dan lain-lain) kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya sakit dan tidak boleh menduduki peperiksaan? Pelajar hendaklah mendapatkan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM / Klinik Kerajaan / Pusat Kesihatan Kerajaan / Hospital Kerajaan / Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan Majikan pelajar masing-masing dan diserahkan kepada pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan dalam tempoh 24 jam setelah tamatnya peperiksaan kursus tersebut. Sekiranya saya menghadapi masalah untuk menulis dan saya ingin menggunakan komputer riba bagi menjawab soalan peperiksaan, apakah yang perlu saya lakukan? Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan. Sekiranya saya perlukan tambahan masa bagi menjawab soalan peperiksaan kerana menghadapi masalah untuk menulis, apakah yang perlu dilakukan? Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.
11
Semasa Peperiksaan....
4. Isi maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku jawapan 3. Patuhi arahan Ketua Pengawas sepanjang peperiksaan
PASTIKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG BETUL 2. Patuhi peraturan SRD UiTM
1. Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar
12
Semasa Peperiksaan....
5. Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan 6. Serahkan buku jawapan yang lengkap
PASTIKAN KELENGKAPAN PEPERIKSAAN MENCUKUPI
8. Keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib
13
7. Pastikan kebersihan dan susun atur kerusi dan meja berada dalam keadaan asal
BAHAGIAN 2 : SEMASA PEPERIKSAAN 1.0
KETERANGAN AKTIVITI UTAMA 1.1 Pelajar hendaklah memastikan masa dan tempat yang betul bagi kod kursus peperiksaan yang diduduki. 1.2 Pelajar hendaklah membawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar sebelum masuk ke tempat peperiksaan serta mematuhi sahsiah rupa diri UiTM. 1.3 Pelajar hendaklah memastikan kelengkapan menduduki peperiksaan mencukupi. 1.4 Mematuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan sepanjang menduduki peperiksaan. 1.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke tempat peperiksaan setelah 30 minit peperiksaan bermula dan tidak dibenarkan meninggalkan tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan berakhir. 1.6 Melengkapkan maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku jawapan. 1.7 Memastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan. 1.7.1 Perkara yang tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan: i. Meniru. ii. Membawa masuk nota iii. Membawa masuk “electronic devices” iv. Berkomunikasi atau mengganggu ketenteraman pelajar lain.
Sekiranya tertangkap, pelajar akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman seperti pada Kaedah 48 (Akta 174);
14
a. amaran; b.
denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;
c. penggantungan daripada mana-mana daripada atau kesemua kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan; d.
penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;
e. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;
1.8
f.
penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;
g.
pembuangan daripada Institusi,
Soalan Peperiksaan Akhir (Item) mestilah dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat
1.9 Memastikan semua buku jawapan yang telah dijawab diserahkan kepada Pengawas Peperiksaan sewaktu proses pengumpulan buku jawapan. 1.10 Pelajar hanya dibenarkan membawa keluar kertas soalan peperiksaan sahaja. Buku jawapan tambahan, kertas atau dokumen yang disediakan tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat peperiksaan. 1.11 Memastikan kebersihan serta susun atur kerusi/ meja berada dalam keadaan asal dan pelajar dikehendaki keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib.
15
ANDA BOLEH DIKENAKAN
TINDAKAN TATATERTIB! MENIRU BUKAN BUDAYA KITA
16
CARTA ALIR PROSES SEMASA PEPERIKSAAN Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA
Pastikan tarikh, masa dan tempat yang betul bagi kod kursus peperiksaan yang diduduki
Pelajar
Pelajar
Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar
Pelajar
Patuhi peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) Pelajar UiTM
Pelajar
Pastikan kelengkapan peperiksaan mencukupi
menduduki
Patuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan sepanjang menduduki peperiksaan
Pelajar
Lengkapkan maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku jawapan
Pelajar
Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan
Pelajar
Pastikan semua soalan dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat
Pelajar
Serahkan buku jawapan yang lengkap kepada Pengawas Peperiksaan semasa proses pengumpulan buku jawapan
Pelajar
Pelajar
Pastikan kebersihan serta susun atur kerusi/meja berada dalam keadaan asal dan dikehendaki keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib. TAMAT
17
17
Soalan-Soalan Lazim
1.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kad pelajar saya hilang?
Sebelum peperiksaan: Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk proses membuat kad pelajar yang baharu.
Semasa Peperiksaan: Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad pelajar kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan kebenaran bertulis menduduki peperiksaan.
Pelajar dikehendaki melaporkan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk proses membuat kad pelajar yang baharu sejurus selepas peperiksaan kod kursus tersebut tamat.
2.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan hilang / tidak boleh mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan sedangkan peperiksaan saya akan bermula sebentar lagi?
Semasa Peperiksaan: Pelajar perlu melaporkan kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan dengan kadar yang segera untuk mendapatkan kebenaran bertulis menduduki peperiksaan.
3.
4.
Bagaimanakah prosedur menduduki peperiksaan untuk pelajar rabun/buta? Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan pada awal semester. Sekiranya saya menghadapi masalah yang tidak boleh dielakkan, bolehkah saya mengambil peperiksaan di kampus lain? Pelajar perlu memaklumkan / memohon kepada Penasihat Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk dipertimbangkan menduduki peperiksaan di kampus lain.
18
Selepas Peperiksaan....
4. Pohon Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) jika layak
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RASMI DIUMUMKAN 3. Pohon dan duduki Peperiksaan Khas jika layak
1. Lihat dan Cetak Keputusan Peperiksaan 2. Pohon Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan (RSS) jika layak
19
BAHAGIAN 3 : SELEPAS PEPERIKSAAN 1.0
KETERANGAN AKTIVITI UTAMA 1.1 Pelajar boleh melihat dan mencetak keputusan peperiksaan setelah keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi. 1.2 Sekiranya pelajar ingin membuat Rayuan Semak Semula (RSS) keputusan peperiksaan bagi kod kursus yang telah diambil, pelajar hendaklah membuat tindakan berikut: 1.2.1 Mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan (HEA/RA/PP-2000-7). 1.2.2 Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan. 1.2.3 Menghantar borang permohonan, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.
1.2.4 Keputusan Rayuan Semak Semula (RSS) yang berjaya akan mencatatkan perubahan pada keputusan peperiksaan di i-Student Portal. 1.3 Jika pelajar gagal dan diberhentikan: 1.3.1 Pelajar boleh membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dengan mengisi Borang RMP yang boleh didapati di i-Student Portal. 1.3.2 Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan. 1.3.3 Menghantar borang RMP, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan. 20
1.3.4 Keputusan RMP akan dipaparkan di i-Student Portal. Sekiranya berjaya, pelajar hendaklah mendaftar kursus, membayar yuran pengajian dan menghadiri kuliah. 1.4 Bagi pelajar semester akhir (layak menduduki Peperiksaan Khas berdasarkan Peraturan Akademik Universiti) : 1.4.1 Memohon Menduduki Peperiksaan Khas secara online di i-Student Portal. 1.4.2 Membuat bayaran di Cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berhampiran. 1.4.3 Merujuk kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan khas bagi kursus yang didaftarkan. 1.4.4 Hadir dan menduduki Peperiksaan Khas seperti yang didaftarkan. 1.4.5 Keputusan Peperiksaan Khas akan dipapar di i-Student Portal.
21
CARTA ALIR PROSES MELIHAT DAN MENCETAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA
Pelajar
Pelajar ambil maklum keputusan peperiksaan
tarikh
Pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan melalui email (yang didaftarkan di i-Student Portal) atau di laman web i-Student Portal
Pelajar
Pelajar
Pelajar mencetak keputusan peperiksaan tersebut untuk rekod dan rujukan
TAMAT
22
CARTA ALIR PROSES TINDAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN SEMAK SEMULA (RSS) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA
Pelajar
Mengisi Borang Rayuan Semak Semula (RSS) Keputusan Peperiksaan
Pelajar
Membuat bayaran di Unit kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan
Pelajar
Menghantar borang permohonan, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan
Keputusan RSS yang berjaya akan mencatatkan perubahan pada keputusan peperiksaan di i-Student Portal
InfoTech
TAMAT
23
CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN SEKIRANYA MENDAPAT STATUS GAGAL DAN DIBERHENTIKAN Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA
Pelajar boleh membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dengan mengisi Borang RMP yang boleh didapati di i-Student Portal
Pelajar
Pelajar
Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan Menghantar borang RMP, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan
Pelajar
Keputusan RMP akan dipaparkan di i-Student Portal. Sekiranya berjaya, pelajar perlu mendaftar kursus, membayar yuran pengajian dan menghadiri kuliah.
InfoTech
TAMAT
24
CARTA ALIR PROSES TINDAKAN PELAJAR SEKIRANYA LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN KHAS Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA
Pelajar
Memohon Menduduki Peperiksaan Khas secara online di i-Student Portal
Pelajar
Membuat bayaran di Cawangan BIMB yang berhampiran
Merujuk kepada Pejabat HEA di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan khas bagi kursus yang didaftarkan
Pelajar
Pelajar
Hadir dan menduduki peperiksaan khas seperti yang didaftarkan
InfoTech
Keputusan peperiksaan khas akan dipaparkan di i-Student Portal
TAMAT
25
26
Soalan-Soalan Lazim 1.
2. 3. 4. 5.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal keperluan peperiksaan di luar tempat peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung? Pelajar hendaklah mengangkat tangan dan memohon kebenaran Ketua Pengawas / Pengawas untuk mengambil keperluan di luar tempat peperiksaan dengan diiringi seorang Pengawas / Pembantu Pengawas. Adakah saya masih boleh menduduki peperiksaan sekiranya saya hadir selepas 30 minit peperiksaan berlangsung? Tidak boleh (Rujuk Peraturan Peperiksaan Akhir). Saya terbawa keluar buku/helaian jawapan selepas peperiksaan tamat dan pelajar telah keluar dari tempat peperiksaan. Bolehkah saya menghantar buku / helaian jawapan tersebut? Tidak boleh. Bolehkah saya membuat Rayuan Semak Semula (RSS) sekiranya saya tidak berpuashati dengan gred/keputusan kod kursus yang tiada peperiksaan akhir? Tidak boleh (Rujuk Perkara 2.26, Peraturan Akademik Universiti). Bolehkah saya membuat Rayuan Semak Semula (RSS) sekiranya saya tidak berpuashati dengan keputusan Peperiksaan Khas / Peperiksaan Intersesi? Tidak boleh (Rujuk Perkara 2.26, Peraturan Akademik Universiti).
27
28
JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
PENGERUSI Puan Azida Azmi Pengarah Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (Januari 2012 - Disember 2013) Puan Hajah Nor Hashimah Haji Rahmat Pengarah Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (Disember 2013 - Kini) PENYEDIA : Encik Mohd Rafizi Rahmad Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM (Perak) Encik Ak Ashaari Ak Yussof Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan UiTM Shah Alam Encik Mohd Yazed Abd Razak Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang Encik Hair ul Nizam Othman Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kedah Encik Mohd Fadil Yusof Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Johor Encik Shamsol Kamal Shariffudin Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam
29
Puan Aminah Aman Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah Puan Nor Haizah Mokhtar Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik Fakulti Muzik UiTM Shah Alam Encik Muhammad Syuhairi Zakaria Pegawai Kokurikulum Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam
REKA LETAK & GRAFIK Encik Rosman Yahya Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam
30
Penghargaan Bahagian Hal Peperiksaan (BHEPep) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan Buku Panduan Peperiksaan Akhir Untuk Pelajar Universiti Teknologi MARA Semoga dengan usaha murni ini dan sumbangan yang diberikan mendatangkan manfaat kepada Bangsa, Agama dan Negara.
31
32