PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
TEMA Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema. LATAR Latar • Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. • Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar. • Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya. Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu: (a) Latar tempat Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi. (b ) Latar waktu atau masa Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya. (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. (e) Latar peralatan cerita dan watak Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
1
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
SUDUT PANDANGAN (Aspek pilihan sahaja) Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang menceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya. Teknik sudut pandangan: (a) Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu) Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak watak tertentu sedikit sahaja.
menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watakdan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba
(d) Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut. PENYUNTINGAN PENYUNTINGAN SUBSTANTIF Menyunting keseluruhan bahan untuk memastikan hasrat atau idea penulis dapat disampaikan setepat, sepadat dan sejelas yang mungkin kepada pembaca sasaran. Penyuntingan substantif perlu dilakukan sebelum penyuntingan kopi. 2
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
PENYUNTINGAN KOPI Penyuntingan yang melibatkan penyemakan pembacaan manuskrip dengan teliti, iaitu membaca perkataan demi perkataan, huruf demi huruf, ayat demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan bagi memastikan ketepatan fakta, keselarasan gaya, dan kebolehbacaan Penyuntingan kopi dilakukan selepas penyuntingan substantif FUNGSI PENYUNTINGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Menyediakan karya yang sempurna Memastikan isi atau fakta jelas dan tepat Memastikan pengaliran idea disampaikan dalam bahasa yang indah dan menarik Menjaga nilai estetika Tidak menyalahi atau bercanggah dengan agama, undang-undang, etika, dan norma masyarakat. Menjadikan persembahan buku dapat menggambarkan nilai dan identiti karya yang dapat menarik pembaca 7. Memastikan manuskrip itu menepati kehendak Gaya Dewan
TEKNIK PLOT Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut: (a) Imbas kembali 1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. 2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman (b) Imbas muka 1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. 2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. 3
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
(c) Saspens 1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. (d) Konflik 1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. 2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. 3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran. (e) Kejutan 1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. 2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. (f) Dialog 1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. 2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. BAHAGIAN PEMAHAMAN Baca Nota Drama Tiang Cengal Dinding Sayung Rujuk nota di link berikut : https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/08/nota-rujukan-drama-tiang-cengaldinding-sayang.pdf
4
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
SASTERA (((( BACA DAN FAHAMI BUKAN MENGHAFAL )))) UNSUR ALAM DAN MANUSIA KECINTAAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP ALAM Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu lebih cenderung menggunakan unsur-unsur alam untuk tujuan tertentu, seperti menamai anak-anak mereka, pembayang di dalam pantun, simpulan bahasa dan sebagainya. Hal yang demikian ini terjadi disebabkan masyarakat Melayu terdahulu sangat menghargai alam. Mereka tidak sanggup untuk melakukan pelbagai pencemaran seperti yang berlaku pada masa kini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Perbezaan yang ketara boleh dilihat antara masyarakat Melayu lama dengan masyarakat Melayu moden dari aspek hubungan keakrabannya dengan alam. Menurut pendapat H B Jassin di dalam penulisan master Zurinah Hassan (2007) mengatakan bahawa “Seniman yang halus perasaannya sangat rapat hubungannya dengan alam sekitar. Dalam angan-angannya alam itu hidup juga dan tumbuh-tumbuhan, batu-batu dan bunga-bungaan baginya ialah makhluk yang bernyawa”. Mereka juga sedar bahawa alam begitu kaya dengan flora dan faunanya telah banyak memberi manfaat dalam kehidupan seharian mereka. Misalnya, terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan penawar penyakit dan juga binatang-binatang tertentu untuk dijadikan santapan seisi keluarga. Bahkan, matahari atau bintang di langit memberi petunjuk kepada mereka dalam menentukan arah atau peredaran satu-satu masa tanpa menggunakan alatan canggih seperti yang disajikan pada zaman moden sekarang. Oleh sebab itulah, banyak unsur alam diambil dan dilihat tertulis di dalam karya agung, terutamanya pantun kerana kecintaan mereka terhadap alam sekitar yang terlalu tinggi. Hal ini bertepatan dengan pendapat Muhammad Haji Salleh yang dipetik oleh Azmi Rahman (2008) di dalam artikelnya yang mengatakan bahawa “manusia Melayu amat peka dan setia kepada alam raya”. Kesensitivitian dan kesetiaan mereka terhadap alam telah melahirkan karya sastera yang diwarisi sehingga kini. Antaranya ialah pantun, syair dan gurindam yang membicarakan unsur alam dalam penyampaian isi tersurat dan tersirat. Menurut pendapat al-Ghazali yang dipetik oleh Siti Zainon Ismail (Alam Puisi:1994,22) menyarankan tentang keakraban alam atau akrab dengan alam. Menurut beliau, seseorang penyair bukan sahaja terpukau dengan alam persekitaran secara lahiriah tetapi mengangkat makna yang lebih daripada itu secara alam batin pula dengan menggunakan unsur alam di dalam karya mereka.
5
PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR
PENGAMATAN TERHADAP KESERUPAAN UNSUR ALAM PADA MANUSIA Jelas bahawa alam memainkan peranan yang sangat penting kerana masyarakat Melayu zaman dahulu berada dalam proses interaksi, interpretasi dan integrasi dengan alam di sekeliling. Para pencipta karya yang menggunakan unsur alam perlu berinteraksi dengan alam, iaitu berkomunikasi, bercakap dan bertindak balas dengan alam baharulah proses pentafsiran berlaku. Pentafsiran di sini bermakna setiap objek alam dianggap membawa makna yang lebih besar. Kemudian, mereka mengamati atau mengintegrasi alam sebagai keserupaan dengan dirinya atau masyarakat. Penggunaan unsur alam yang melibatkan objek alam fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia dan dialami secara langsung itu menjadi petanda kepada makna sebenar. Pengamatan dan penghayatan yang tersirat dari objek-objek tersebut hanya tercapai setelah melalui proses pemerhatian, renungan dan penggunaan akal fikiran. Masyarakat Melayu dahulu gemar merenung alam tetapi renungan itu sebenarnya berkait rapat atau berbalik semula kepada dirinya sendiri kerana renungan tersebur sebenarnya memberi makna mendalam terhadap erti kewujudan dan kehidupan yang sedang dilaluinya. Fenomena ini berlaku kerana mereka mudah dirangsang oleh suasana alam yang diamatinya sama ada di dalam perjalan atau ketika beristirehat di rumah. Misalnya, kisah pembukaan negeri Melaka yang asal usulnya bermula daripada kisah pelanduk yang menendang anjing perburuan Raja Iskandar ke dalam air. Setelah baginda mengamati peristiwa itu, maka lahirlah negeri Melaka yang terkenal dengan sejarahnya sehingga kini. Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan berbalik dari sana ke tepi pantai, pada sutu sungai di tepi laut; dan nama sungai itu Bertam. Maka Raja Iskandar pun berdiri di bawah sepohon kayu, terlalulah rendang. Maka baginda pun berburu, maka anjing perburuan itupun diterangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah Raja Iskandar Syah, “Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah, baiklah kita berbuat negeri di sini”. (Sejarah Melayu edisi Shellabear cetakan ke-30 dalam penulisan Zurinah Hassan).
6