BUKU PANDUAN PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PENSYARAH FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN UiTM SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM
KANDUNGAN
Muka surat
1.0
Pengenalan
2
2.0
Definisi/ Tafsir
3
3.0
Keterangan Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah Semasa Peperiksaan
4
4.0
Tugas dan Tanggungjawab Ketua Dewan Semasa Peperiksaan
5
5.0
Tugas dan Tanggungjawab Ketua Pengawas Semasa Peperiksaan
6-7
6.0
Tugas dan Tanggungjawab Pengawas Semasa Peperiksaan
8-9
7.0
Carta Alir Proses Semasa Peperiksaan
10
8.0
Informasi
11
9.0
Jawatankuasa Pengendalian Peperiksaan
12
10.0
Keterangan Tugas dan Tanggungjawab AJK Peperiksaan Semasa Peperiksaan
13
11.0
Rujukan
14
1
BUKU PANDUAN PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PENSYARAH FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM PUNCAK ALAM
1.0
PENGENALAN
Buku panduan peperiksaan untuk pensyarah ini diterbitkan khusus untuk pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Buku panduan ini bertujuan untuk:
i)
Memperjelaskan tatacara serta tugas dan tanggungjawab seorang pensyarah dalam membantu melaksanakan urusan yang berkaitan dengan peperiksaan akhir.
ii)
Memberi informasi dan panduan ringkas kepada pensyarah dalam melaksanakan tugas yang berkaitan dengan aktiviti semasa peperiksaan akhir dijalankan.
Penerbitan buku ini diharapkan menjadi sumber rujukan kepada pensyarah dalam memberikan pemahaman terbaik dan penyelesaian terhadap perkara-perkara yang tidak difahami dalam proses semasa peperiksaan akhir berlangsung.
2
2.0
DEFINISI/TAFSIRAN
Ketua Dewan (KD)
:
Pensyarah yang dilantik oleh fakulti untuk
memastikan
kelancaran
perjalanan peperiksaan akhir di Dewan.
Ketua Pengawas (KP)
:
Pensyarah yang dilantik oleh fakulti untuk
mengetuai
pengawasan
sesi
peperiksaan akhir di Dewan Peperiksaan dan Bilik Kuliah.
Pengawas
:
Pensyarah yang dilantik oleh fakulti untuk mengawas sesi peperiksaan akhir.
AJK Pengendalian Peperiksaan
:
Pensyarah dan staf sokongan yang dilantik dan dipertanggungjawab oleh fakulti
untuk
urusan
pengendalian
peperiksaan akhir.
Bilik Gerakan Peperiksaan (BGP)
:
Bilik Pengendalian Peperiksaan Akhir Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Tempat Peperiksaan Akhir
:
Dewan dan bilik kuliah yang dijadikan tempat peperiksaan akhir
3
3.0
KETERANGAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENSYARAH SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR DIJALANKAN.
Tugas dan tanggungjawab pensyarah adalah seperti berikut:
i)
Menyemak Jadual Waktu Pengawasan Peperiksaan melalui email untuk mengetahui tarikh, masa dan tempat bertugas pensyarah yang dilantik sebagai Ketua Dewan (KD), Ketua Pengawas (KP) dan Pengawas peperiksaan.
ii)
Menghadirkan diri untuk mengawas pada hari dan waktu yang telah ditetapkan. Sekiranya Pensyarah tidak dapat hadir, sila dapatkan pengganti dengan kebenaran TD(A). Sebarang pertukaran tugas pengawasan adalah tanggungjawab sendiri. Perkara ini perlu dimaklumkan kepada AJK peperiksaan dengan mengisi borang pertukaran selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh peperiksaan dijalankan.
iii)
Pensyarah yang menjadi Pakar Rujuk Kursus (Resource Person) untuk setiap kursus dikehendaki berada di bilik urusetia peperiksaan atau di bilik masingmasing, sekurang-kurangnya 1 JAM pertama semasa kertas peperiksaan kursus diadakan.
4
4.0
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA DEWAN PEPERIKSAAN
KETUA DEWAN (KD) – adalah ditugaskan untuk membuat pengumuman berkaitan peperiksaan yang akan berlangsung. Ketua Dewan bertanggungjawab untuk: 1. Melapor diri di Dewan Peperiksaan (DP) selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum peperiksaan bermula. 2. Merekod nama dan tandatangan pada buku log yang disediakan. 3. Memanggil calon ke dalam dewan peperiksaan mengikut kedudukan calon yang ditetapkan. 4. Membaca arahan Peraturan Menduduki Peperiksaan kepada calon. 5. Memberi arahan kepada calon untuk: o Memulakan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan. o Mengumumkan kepada calon pada 30 minit terakhir masa peperiksaan bahawa mereka tidak boleh meninggalkan dewan peperiksaan sehingga masa peperiksaan berakhir. o Meminta calon berhenti menulis apabila masa peperiksaan tamat, menentukan mereka mengisi maklumat yang diperlukan di muka hadapan skrip jawapan (termasuk nombor soalan yang dijawab), mengikat skrip jawapan (sekiranya buku skrip jawapan melebihi daripada satu buku) 6. Memastikan semua kertas soalan calon dikutip dan bilangannya sama dengan bilangan calon yang menduduki peperiksaan mengikut kod kursus dan kumpulan calon. 7. Tentukan calon tidak meninggalkan tempat peperiksaan sebelum tugas selesai seperti di dalam para (7 & 8) Peraturan Pengawas. 8. Memaklumkan bahawa pelajar boleh meninggalkan tempat peperiksaan setelah semua urusan kutipan dan penyemakan skrip jawapan peperiksaan selesai. Memperingatkan calon agar tidak tertinggal apa-apa barang persendirian di dalam dewan peperiksaan. 9. Mengawas peperiksaan akhir sehingga tamat waktu peperiksaan. 10. Meninggalkan Bilik Urusetia/Operasi tempat peperiksaan setelah semua urusan penyemakan selesai dilaksanakan. 11. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai mengikut sahsiah rupa diri pensyarah UiTM dan tidak menganggu konsentrasi pelajar. 5
5.0
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
KETUA PENGAWAS (KP) – adalah ditugaskan mengetuai pengawasan peperiksaan di tempat peperiksaan. bertanggungjawab untuk: 1.
a)
Melapor diri di Bilik Gerakan Peperiksaan (BGP) di FSK 6, selewatlewatnya satu (1) jam sebelum peperiksaan bermula. (Khusus kepada Ketua Pengawas (KP) di Dewan Peperiksaan (FSK 6).
b) Melapor diri di Dewan Peperiksaan (DP) di FF2, selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum peperiksaan bermula. (Khusus kepada Ketua Pengawas (KP) di Dewan Peperiksaan (FF2). 2.
Merekod nama dan tandatangan pada buku log yang disediakan.
3.
Mengambil dan menyemak bungkusan kertas soalan berdasarkan kepada perkaraperkara berikut: ∑
Jumlah bungkusan kertas soalan
∑
Jumlah pelajar yang mendaftar kursus
∑
Mengagihkan kertas soalan mengikut keperluan.
∑
Memastikan semua keperluan peperiksaan adalah mencukupi.
4.
Memberi taklimat kepada kepada pengawas-pengawas di bawah seliaannya tentang tugas-tugas pengawasan pada hari berkenaan dan memastikan pengawas sudah melapor diri dengan merekod nama dan tandatangan pada buku log yang disediakan
5.
Menyemak sampul yang mengandungi kertas soalan peperiksaan bagi menentukan semua kod kursus adalah selari dengan kod kursus peperiksaan yang dijalankan pada hari/masa berkenaan.
6.
Dikehendaki membuka sampul yang mengandungi kertas soalan peperiksaan di hadapan pengawas peperiksaan yang bertugas pada hari/masa tersebut.
7.
Meneliti arahan di muka hadapan kertas soalan bagi memastikan segala kehendak dan arahan yang ditetapkan bagi peperiksaan kursus berkaitan diketahui dan disediakan lebih awal sebelum peperiksaan bermula. Misalannya penyediaan kertas geraf, kertas jawapan 'multiple-choice & True or False' (sekiranya diasingkan daripada kertas soalan peperiksaan yang disediakan), dan sebagainya.
8.
Mengisi borang Laporan Ketua Pengawas yang disediakan. Pastikan semua pengawas bertugas menandatangani borang berkenaan. Catatkan nama Pengawas yang lewat / tidak hadir bertugas serta laporan lain yang berkaitan dengan perjalanan peperiksaan. Jika ada kertas soalan yang bermasalah, laporan 6
hendaklah juga dibuat dalam borang yang sama. Sertakan sekali satu salinan kertas soalan yang bermasalah. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada AJK semasa menyerahkan skrip jawapan di Fakulti. 9.
Memberi waktu rehat selama 30 minit kepada pengawas peperiksaan dan memastikan waktu rehat dilakukan secara bergilir.
10.
Mengawas peperiksaan akhir sehingga tamat waktu peperiksaan.
11.
Memeriksa tandas yang digunakan pelajar bagi menentukan tiada nota dan bahan yang boleh digunakan pelajar untuk meniru diletakkan di bilik berkenaan.
12.
Mengisi borang aduan sekiranya terdapat sebarang kes disiplin di tempat peperiksaan.
13.
Memastikan semua skrip jawapan calon dikutip dan bilangannya sama dengan bilangan calon yang menduduki peperiksaan mengikut kod kursus dan kumpulan calon.
14.
Memasukkan skrip jawapan ke dalam sampul yang disediakan.
15.
Semua sampul (Borang B) yang mengandungi skrip jawapan peperiksaan hendaklah dihantar terus kepada AJK bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan.
16.
Menyerahkan sampul skrip jawapan, borang laporan Ketua pengawas dan borang aduan (jika ada) kepada AJK bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan untuk direkodkan dan tindakan selanjutnya.
17.
Meninggalkan Bilik Gerakan Peperiksaan setelah semua urusan penyemakan selesai dilaksanakan.
18.
Memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa Peperiksaan sekiranya terdapat sebarang kemuskilan dan masalah semasa peperiksaan akhir berlangsung.
19.
Memakai pakaian dan kasut yang sesuai mengikut sahsiah rupa diri pensyarah UiTM dan tidak mengganggu konsentrasi pelajar.
7
6.0
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS PEPERIKSAAN
PENGAWAS PEPERIKSAAN – ditugaskan untuk membantu Ketua Pengawas di dalam urusan pengawasan peperiksaan Pengawas Peperiksaan bertanggungjawab untuk: 1.
Melapor diri di Dewan Peperiksaan (DP), selewat-lewatnya peperiksaan bermula.
2.
Merekod nama dan tandatangan pada buku log yang disediakan.
3.
Mengambil keperluan peperiksaan di Bilik Gerakan Peperiksaan atau tempat peperiksaan dan mengagihkan keperluan seperti berikut: ∑ ∑ ∑ ∑ ∑ ∑ ∑ ∑ ∑
satu (1) jam sebelum
Buku jawapan utama Buku jawapan tambahan Buku jawapan objektif (jika perlu) Slip kehadiran Sampul B Benang Kertas graf (jika perlu) Lampiran / appendix/jadual (jika perlu) Senarai pelajar mengikut kursus dan kumpulan
4. Pengawas yang ditugaskan di bilik sakit harus sentiasa berada bersama pelajar di Bilik Sakit. Sekiranya tiada pelajar yang sakit pada hari tersebut, pengawas diminta bertugas di dalam dewan peperiksaan. Nota: ∑ Bilik Sakit disediakan di dua lokasi berbeza iaitu: ∑ Bilik Sakit 1: terletak di sebelah Dewan Peperiksaan (FSK 6) ∑ Bilik Sakit 2: terletak di sebelah Bilik Gerakan FF2 (holding room) 5.
Membantu Ketua Pengawas menentukan kedudukan calon mengikut kumpulan, kod kursus di tempat peperiksaan.
6.
Mengutip slip kehadiran pelajar dan menyemak dengan senarai pendaftaran pelajar yang disediakan serta mengisi borang Laporan Kehadiran Calon.
7.
Mengutip semua buku skrip jawapan peperiksaan apabila waktu peperiksaan berakhir dan menghitung serta memastikan bilangannya sama dengan bilangan pelajar mengikut kod kursus dan kumpulan yang ditetapkan.
8.
Pengawas mesti mengisi bahagian hadapan dan bahagian bawah sampul B.
9.
Mengawas peperiksaan dan menentukan tiada pelajar yang melanggar peraturan menduduki peperiksaan seperti meniru atau cuba meniru dan sebagainya. 8
Sekiranya terdapat perlakuan yang menyalahi peraturan, laporkan kepada Ketua Pengawas untuk diambil tindakan yang perlu. 10.
Mengagihkan buku skrip jawapan peperiksaan kepada calon yang memerlukan skrip tambahan serta benang yang diguna untuk mengikat buku skrip jawapan yang berkaitan.
11.
Mengiringi calon yang ingin ke tandas bagi memastikan tiada cubaan untuk meniru dan/atau perbuatan yang melanggar peraturan menduduki peperiksaan.
12.
Memaklumkan kepada Ketua Pengawas sekiranya terdapat kes kecemasan pelajar seperti sakit / demam dan sebagainya semasa peperiksaan dijalankan yang memerlukan bantuan.
13.
Memasukkan semua skrip jawapan peperiksaan yang telah dihitung ke dalam sampul yang disediakan dan mencatatkan bilangan skrip di ruangan yang disediakan di sampul berkenaan.
14.
Semua pengawas hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab mengawas peperiksaan seperti di dalam surat perlantikan. Bagi pengawas yang gagal melaksanakan tugasan tersebut, laporan tentang ketidakhadiran akan di serahkan kepada Dekan, Fakulti Pengurusan Perniagaan untuk tindakan Lanjut.
15.
Bagi pengawas yang gagal melaksanakan tugas pengawasan pada hari dan masa yang di tentukan, maka tugas pengawasan akan di tambah pada semester yang akan datang. Sebagai contoh, setiap pengawas di berikan dengan tugasan mengawas sebanyak tiga hingga empat (3-4) kali untuk satu semester (tidak termasuk bagi sesiapa yang mengajar PLK, ePJJ dan ATA berbayar – tambahan pengawasan akan di berikan), sekiranya pengawas tersebut tidak dapat hadir dan gagal mencari pengganti maka ketidakhadiran tersebut akan di bawa ke semester akan datang.
16.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pengawas untuk mencari pengganti sekiranya terdapat sebarang masalah pada tarikh dan masa yang di catatkan untuk mengawas pada surat lantikan.
17.
Pengawas yang ingin membuat pertukaran hendaklah mengisi borang pertukaran yang boleh di dapati di Bilik Urusetia Peperiksaan.
18.
Membantu Ketua Pengawas menyerahkan skrip jawapan kepada AJK peperiksaan di Bilik Gerakan Peperiksaan dan AJK peperiksaan akan pengesahkan penerimaan skrip jawapan.
19.
Sekiranya perkara-perkara di luar jangkaan berlaku, perlantikan Ketua Dewan/Ketua Pengawas akan dilantik oleh AJK peperiksaan dari kalangan pengawas yang bertugas pada sesi tersebut.
20.
Memakai pakaian dan kasut yang sesuai mengikut sahsiah rupa diri pensyarah UiTM dan tidak menganggu konsentrasi pelajar. 9
Tanggungjawab
Aliran Kerja
Proses Kerja
MULA Menyusun kertas soalan mengikut tarikh dan masa peperiksaan
AJK Peperiksaan
Mengambil kertas seperti dalam senarai
AJK Peperiksaan
soalan
Memberi kertas soalan kepada Ketua Pengawas
AJK Peperiksaan
Lapor diri Peperiksaan
Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan
di
Dewan
Semak bungkusan kertas soalan
Ketua Pengawas
Agih kertas soalan mengikut keperluan
Ketua Pengawas
Ambil keperluan peperiksaan
Pengawas Peperiksaan
Agihkan soalan
Pengawas Peperiksaan
Pengawas Peperiksaan
keperluan
kertas
Bantu kutip kertas jawapan dan serah kepada Ketua Pengawas
Mengawas semasa peperiksaan berlangsung
Ketua Pengawas & Pengawas
Kutip dan serah kertas jawapan ke Bilik Gerakan Peperiksaan
Ketua Pengawas TAMAT 10
8.0
INFORMASI
A) BILIK GERAKAN PEPERIKSAAN MASA OPERASI : 7.30 pagi hingga 6.00 petang ó
Bilik Gerakan Peperiksaan, Aras 1, FSK 6
No. Talian: 03-32585161 atau Encik Mohd Azila (03-32587025) ∑
Bilik Gerakan peperiksaan, Fakulti Farmasi (FF2)
Aras 3, Berhadapan Dewan Peperiksaan 2 (Holding Room); bilik 05 B012 No. Talian: 03-32584117 B) TEMPAT PEPERIKSAAN DIJALANKAN: ó
Dewan Peperiksaan 2 (DP 2) – Aras 2, FSK 6
ó
Dewan Peperiksaan 4 (DP 4) – Aras 3, FSK 6
ó
Dewan Peperiksaan 2 (DP 2) – Aras 3, FF 2
ó
Dewan Peperiksaan 3 (DP 3) – Aras 4, FF 2
C) MASA PEPERIKSAAN Sabtu – Khamis ó
Sesi Pagi: 9.00 pagi
ó
Sesi Petang: 2.15 petang
Jumaat ó
Sesi Pagi: 8.30 pagi
ó
Sesi Petang: 2.45 petang
11
9.0 AHLI JAWATANKUASA PENGENDALIAN PEPERIKSAAN FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN UiTM PUNCAK ALAM
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.
Nor Azian Abdul Rahman (Pengerusi) Gurmit Kaur Bariam Singh (Naib Pengerusi) Afiza Azura Mohamad Arshad Ahmad Shazeer Bin Mohamed Thaheer Badariah Mohd Saad Fauziah Abu bakar Hasman Abdul Manan Jalilah Ahmad Mumtaz Binti Ahmad Ng Phaik Lian Noor Syahieda Binti Mat Shah Nur Shahrulliza Binti Muhammad Ridhawati Zakaria Sabariah Yusoff Zahariah Mohd Zain Zarith Delaila Abd Aziz Zarina Abdul Munir Afizan Amer Nur Aizureen Anwar Mohd Hafiz Zulfakar Yuslina Liza Mohd Yusof Azilah Anis Nor Intan Shamimi Abdul Aziz Khairunnisa Maamor Keshminder Singh
12
10.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK PEPERIKSAAN SEMASA
PEPERIKSAAN 1.
Berada di Bilik Gerakan Peperiksaan, satu setengah (1 1/2) jam lebih awal daripada masa peperiksaan yang diadakan pada hari/sesi berkenaan.
2.
Memastikan Ketua Pengawas Peperiksaan menandatangi Borang Laporan Kehadiran yang disediakan.
3.
Menghubungi Ketua Pengawas melalui telefon sekiranya lewat atau tidak hadir melapor diri di Bilik Gerakan Peperiksaan.
4.
Menyediakan keperluan secukupnya bagi pelaksanaan peperiksaan seperti buku skrip jawapan, sampul bagi memuatkan buku skrip jawapan, slip kehadiran (sekiranya diperlukan berasingan), benang bagi mengikat buku skrip jawapan, buku graf (sekiranya diperlukan), format kedudukan calon, 'examination kit' yang mengandungi cellophane tape, marker pen (white board dan permanent), gam, dan sebagainya.
5.
Menyerahkan keperluan dalam para 4 kepada Ketua Pengawas.
6.
Menerima panggilan yang berkaitan dengan urusan peperiksaan serta mengambil tindakan yang perlu seperti buku skrip jawapan atau peralatan yang tidak mencukupi di dewan peperiksaan, serta bantuan lain yang berkaitan.
7.
Menerima buku skrip jawapan peperiksaan pada sesi/ peperiksaan yang baru tamat daripada Ketua Pengawas bertugas. Memastikan bilangan skrip yang diterima sama seperti yang dicatatkan di sampul yang berkenaan serta slip kehadiran pelajar dan mengesahkan penerimaannya.
8.
Menerima laporan ketua pengawas untuk difailkan.
9.
Mengisi borang pertukaran bertugas AJK sekiranya tidak dapat menghadirkan diri pada hari tugasan. Borang boleh di dapati pada Pegawai Eksekutif (Akademik) dan di serahkan kepada beliau untuk tindakan lanjut.
13
11.0 RUJUKAN
Manual, Panduan & Peraturan Peperiksaan. Retreived November 21, 2016, from http://exam.uitm.edu.my.my/v1/index.php/2014-08-08-02-12-28/peraturan
14
Disediakan oleh:
Nor Azian Abdul Rahman Pengerusi Pengendalian Peperiksaan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Puncak Alam Selangor.
Prof Madya Dr. Siti Halijjah Shariff Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Puncak Alam Selangor.
Last Updated: 21/12/2016
15