PANDUAN PENGIRAAN AMANAH TUGAS PENSYARAH UITM CAWANGAN KELANTAN
1.0
Pengenalan
Amanah tugas pensyarah (ATP) diperkenalkan bagi mengambarkan jam sebenar bekerja. Dengan terlaksananya ATP, pensyarah tidak perlu lagi memohon penggurangan ATA. ATP telah diluluskan penggunaannya oleh JKE pada 8 November 2011 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Agihan ATP adalah asas penyediaan SKT, penilaian prestasi, dan kriteria kenaikan pangkat. Secara umumnya garis panduan pengiraan ATP telah dikeluarkan oleh Pejabat TNC (A&A)) melalui Pekeliling mengenai Pelaksanaan ATP 10/2011. Manakala garis panduan ini dikeluarkan bagi memperincikan pengiraan setiap komponen KJS (Seksyen 4.2) untuk memudahkan cawangan menentukan/ mengira ATP pensyarah.
2.0
Pengagihan ATP
Pengagihan ATP adalah mengikut peringkat seperti berikut:
3.0
i.
Pasca Siswazah
ii.
Ijazah Sarjana Muda
iii.
Diploma
iv.
Sijil Pengajian Sepenuh Masa
v.
Pengajian Luar Kampus (PLK)
vi.
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ/ ePJJ)
Klasifikasi & Agihan Amanah Tugasan Pensyarah
Amanah ATP diklasifikasikan berdasarkan gred jawatan pensyarah dan ia dipecahkan dengan lebih teliti berdasarkan trek penekanan tugasan pensyarah. pensyarah terbahagi kepada 3, iaitu: i.
Pengajaran & Pembelajaran
ii.
Penyelidikan
iii.
Kepimpinan Akademik
1
Trek penekanan tugasan
Trek penekanan ini hanya disediakan bagi pensyarah gred jawatan DM45/46 ke atas hingga ke gred jawatan VK7.
Pensyarah gred DM45/46 ke bawah ditempatkan di dalam trek
Pengajaran dan Pembelajaran bagi meningkatkan kepakaran pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penentuan trek perlu ditetapkan di awal tahun penilaian di mana pensyarah perlu berbincang dengan Timb-Rektor(HEA)/KPP.
Pensyarah dengan persetujuan Timb-Rektor (HEA)/KPP boleh memilih Trek Pengajaran dan Pembelajaran atau Trek Penyelidikan. Manakala bagi pensyarah yang memenggang jawatan akademik (Kordinator Kursus hingga ke Rektor) perlu memilih Trek Kepimpinan Akademik. Agihan peratusan dan nilai ATS-KJS untuk setiap gred jawatan dan trek dinyatakan dalam Lampiran 1 dan Lampiran 2.
4.0
Komponen ATP
ATP dibahagikan kepada dua (2) komponen utama seperti berikut:
Rajah 1: Komponen pengiraan ATP
ATS merangkumi Kontek Syarahan (KS) dan Penyediaan Syarahan & Penilaian (PS). Jam kontrak seorang pensyarah ditetapkan pada 39 jam seminggu. Kesetaraan Jam Syarahan (KJS) pensyarah adalah untuk mengambil kira setiap tugasan pensyarah yang dianggap sebagai sebahagian daripada tugas pensyarah selain daripada tugas 2
syarahan seperti penyeliaan / tutorial / projek / makmal / studio /dapur / penyelidikan dan pentadbiran.
4.1
Pengiraan ATS
Tumpuan masa untuk ATS berasaskan kepada jam kesetaraan iaitu 1 jam temu bersamaan 1.5 jam kesetaraan bagi mengambil kira proses penyediaan kuliah dan penilaian untuk semua peringkat pengajian (Ph.D, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma & Pra-Diploma), iaitu: ATS = KS + PS
KS merupakan konteks jam syarahan, iaitu jam sebenar seseorang pensyarah mengajar (standing teaching) dan ia merangkumi syarahan / tutorial / makmal / studio / dapur / klinikal / e-pengajaran.
Manakala PS adalah kesetaraan jam syarahan yang diberikan kepada
pensyarah bagi mengambil kira proses penyediaan dan penilaian yang perlu dilakukan oleh pensyarah untuk syarahan / tutorial / makmal / studio / dapur / klinikal / e-pengajaran.
PS dikira berdasarkan kepada dua (2) faktor utama (Rajah 2), iaitu; bilangan pelajar per kumpulan dan juga bilangan kod kursus yang diajar oleh seseorang pensyarah. Contoh 1, Contoh 2 dan Contoh 3 menunjukkan bagaimana kedua-dua faktor ini mempengaruhi nilai PS.
Rajah 2: Faktor mempengaruhi nilai PS
3
Contoh 1:
Pensyarah A mengajar SATU kod kursus MGT162 (KS: 4 jam) untuk 3 kumpulan. Nilai ATS pensyarah berkenaan adalah seperti berikut:
Kumpulan/Bilangan Pelajar
KS
PS
1A – 30 pelajar
4.0
2.0
1B – 40 pelajar
4.0
2.4
1C – 41 pelajar
4.0
3.2
JUMLAH
12.0
7.6
ATS = 12jam (KS) + 7.6 (PS-Bil. Pelajar) = 19.6 jam seminggu.
Contoh 2:
Pensyarah B mengajar TIGA (3) kod kursus (KS: 4 jam untuk setiap kod) untuk tiga (3) kumpulan yang berbeza. Maka ATS bagi pensyarah berkenaan adalah seperti berikut:
Kod Kursus/ Kumpulan/ Bilangan Pelajar
KS
PS
Kod 1: 1A – 30 pelajar
4.0
2.0
Kod 2: 1B – 40 pelajar
4.0
2.4
Kod 3: 1C – 41 pelajar
4.0
3.2
JUMLAH
12.0
7.6
PS Tambahan
2.0
2.0
ATS = 12jam (KS) + 7.6 (PS-Bil. Pelajar) + 2.0 (PS – Bil. Kod Kursus) = 21.6 jam seminggu. (Tambahan 2 jam diberi kerana pensyarah mengajar untuk 3 kod kursus)
4
Contoh 3: Pensyarah C mengajar SATU kod MGT420 (KS: 4 jam seminggu) untuk 3 kumpulan, dimana terdiri daripada dua jam mass lecture dan 2 jam tutorial untuk setiap kumpulan. ATS pensyarah berkenaan dikira seperti berikut:
Kumpulan/Bil Pelajar
KS
PS
1A/1B/1C – 111 pelajar (Mass lecture)
2.0
3.0
1A – 30 pelajar
2.0
1.0
1B – 40 pelajar
2.0
1.2
1C – 41 pelajar
2.0
1.6
JUMLAH
8.0
6.8
ATS = 8jam (KS) + 6.8 (PS-Bil. Pelajar) = 14.8 jam seminggu. (Pengurangan ATS jika dibandingkan dengan Contoh 1 disebabkan oleh pengurangan KS)
4.2
Pengiraan KJS (Pelaksanaan UiTM Cawangan Kelantan)
Garis panduan pengiraan komponen-komponen yang akan dinyatakan di bawah bagi kegunaan UiTM Cawangan Kelantan sahaja. Terdapat tiga (3) komponen dalam pengiraan KJS, iaitu: K1 (Penyeliaan), K2 (Penyelidikan, Penerbitan, Perundangan & Persidangan) dan K3 (Kegiatan & sumbangan). Garis panduan pengiraan bagi ketiga-tiga komponen ini tidak dinyatakan secara khusus dalam perkeliling 10/2011. Di mana cawangan diberi kelonggaran untuk menentukan sendiri kaedah pengiraan untuk KJS.
4.2.1
Pengiraan K1
Penyeliaan terdiri daripada menyelia tesis, projek, amali dan latihan industri pelajar atau kumpulan pelajar. KJS bagi penyelia ini tanpa mengira peringkat dan mod pengajian diberi seperti berikut: i.
2 jam per minggu per pelajar:
Untuk penyelia utama
ii.
1 jam per minggu per pelajar
Untuk penyelia bersama
5
iii.
1.25 jam per minggu per kumpulan pelajar
Untuk sahaja
penyelia
utama
(Terhad kepada 10 jam per minggu bagi seorang pensyarah)
4.2.2
Pengiraan K2
KJS bagi komponen K2 (Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan & Persidangan) secara dasarnya mengikut jam sebenar aktiviti, dan pengiraan bagi setiap aktiviti dinilai secara berasingan seperti berikut: i.
Penyelidikan a. Penyelidikan bergeran 5 jam per minggu
Untuk ketua penyelidik
3 jam per minggu
Untuk ahli penyelidik
b. Penyelidikan tanpa geran 3 jam per minggu
Untuk ketua penyelidik
2 jam per minggu
Untuk ahli penyelidik
(Pensyarah yang terlibat perlu mendapat pengesahan daripada PJI)
ii.
Penerbitan Penerbitan adalah terdiri daripada dua kategori; Buku dan Jurnal. a. Buku (Buku, Bab dalam buku, modul, video, penyuntingan, CAI/M media, terjemahan dan karya kreatif berbentuk akademik) 28 jam per semester
Terhad kepada pertama
5
pengarang
yang
b. Jurnal 1. Berwasit 18 jam per semester
Terhad kepada 3 pengarang pertama
2. Tidak berwasit 9 jam per semester
Terhad kepada 3 pengarang pertama
(KJS untuk penerbitan diberikan pada awal semester pertama dasar ini dilaksanakan, dan jika tiada penerbitan dihasilkan pada semester seterusnya, tugasan pengajaran yang setara akan ditambah bagi memenuhi jam kontrak pensyarah. Bagi mempermudahkan perlaksanaan, KJS bagi penulisan akan diberi pada semester diterbitkan atau semester berikutnya dan ianya diberi selama satu
6
tahun. Surat pengesahan penerimaan artikel atau buku daripada pihak berkenaan boleh diterima sebagai bukti penulisan) iii.
Perundingan a. Perundingan Tempatan/Kebangsaan 1.
2.
Nilai Perundingan sehingga RM100,000 ¾ Ketua
4 jam per minggu
¾ Ahli
2 jam per minggu
Nilai Perundingan melebihi RM100,000 ¾ Ketua
6 jam per minggu
¾ Ahli
3 jam per minggu
b. Perundingan Antarabangsa 1.
2.
iv.
Nilai Perundingan sehingga RM100,000 ¾ Ketua
6 jam per minggu
¾ Ahli
3 jam per minggu
Nilai Perundingan melebihi RM100,000 ¾ Ketua
8 jam per minggu
¾ Ahli
4 jam per minggu
Persidangan Persidangan adalah merangkumi Keynote, Pembentang, poster, pengerusi/ moderator, rapporteur dan inovasi.
4.2.3
a. Antarabangsa (Luar Negara)
25 jam/kertas kerja/aktiviti
b. Antarabangsa (Dalam Negara)
15 jam/kertas kerja/aktiviti
c. Kebangsaan
10 jam/kertas kerja/aktiviti
d. Negeri/Jajahan/Daerah/Kampus
5 jam/kertas kerja/aktiviti
Pengiraan K3
K3 adalah merupakan kegiatan atau sumbangan ke atas universiti, pelajar atau masyarakat. Ia mungkin melibatkan tugas atau jawatan yang disandang di universiti/kampus/masyarakat/ institusi luar dan dalam Negara. Pengagihan KJS bagi komponen K3 adalah seperti berikut:
7
i. Universiti a. Rektor
14 jam per minggu
b. Timb-Rektor
12 jam per minggu
c. Ketua Pusat Pengajian
10 jam per minggu
d. Ketua Unit Pengajian
10 jam per minggu
e. Koordinator kursus
8 jam per minggu
ii. Jawatankuasa: Mengikut jam sebenar sumbangan Rujuk Lampiran 3. iii. Profesional
Mengikut jam sebenar sumbangan per aktiviti
a. Presiden/Ketua/Pengerusi/Fellow b. Ahli Jawatankuasa/Persatuan/Pertubuhan
iv. Masyarakat
Mengikut jam sebenar sumbangan per aktiviti
a. Antarabangsa b. Kebangsaan c. Negeri d. Jajahan/Daerah e. Institusi setempat (seperti PIBG, AJK Masjid dll)
Senarai jawatan/jawatankuasa dan Nilai KJS bagi komponen K3 disertakan di Lampiran 3. Mana-mana jawatan/jawatankuasa atau aktiviti sumbangan yang tidak disenaraikan, nilai KJS aktiviti berkenaan perlu mendapat kelulusan Rektor atau Timbalan Rektor (HEA) terlebih dahulu sebelum diambilkira dalam pengiraan ATP pensyarah. 5.0
Pensyarah Tidak Memenuhi Komponen KJS
Mana-mana pensyarah yang tidak melibatkan diri dalam mana-mana tugas penyeliaan / penyelidikan /penerbitan / perundingan / persidangan / kegiatan & sumbangan (KJS), maka tugasan pengajaran (ATS) boleh digunapakai bagi menampung kekurangan sebahagian daripada komponen dalam KJS. Contoh 4 dan Contoh 5 menjelaskan bagaimana ATS pensyarah dikira dalam kes berkenaan.
8
Contoh 4:
Jika pensyarah DM53/54 trek pengajaran & pembelajaran tidak mempunyai sebarang penyelidikan / penerbitan / perundingan / persidangan (K2). Jumlah ATS dan KS pensyarah berkenaan seperti berikut: ATS = 18 + 13 = 31 KS = 31/1.5 = 21 jam seminggu. (12 + 9 jam) (Ini bermakna pensyarah berkenaan perlu tambahan KS sebanyak 9 jam)
Contoh 5:
Jika pensyarah DM51/52 trek P&P tidak mempunyai sebarang KJS (k1 + k2 + k3), jumlah ATS dan KS pensyarah berkenaan seperti berikut: ATS = 21 + 18 = 39 KS = 39/1.5 = 26 jam seminggu (14 + 12 jam) (Ini bermakna pensyarah berkenaan perlu tambahan KS sebanyak 12 jam)
Tambahan tugasan pengajaran juga diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat.
6.0
Bayaran Lebih Masa
Berdasarkan agihan jam ATP, bayaran lebih masa bagi pengajaran program sepenuh masa (Program Perdana) hanya akan dikira bagi pensyarah kategori Pengajaran & Pembelajaran sahaja yang telah memenuhi ATP = 39 jam seminggu dan berdasarkan KS yang telah ditetapkan bagi setiap gred jawatan.
7.0
Penilaian Prestasi
Penilaian prestasi bagi pensyarah memerlukan pensyarah memenuhi agihan ATP yang ditetapkan. Untuk mendapatkan kadar minimum 85% bagi prestasi tahunan, pensyarah dikehendaki memenuhi ATP, iaitu ATS + KJS = 39 jam seminggu, seperti yang telah ditetapkan bagi gred jawatan masing-masing.
9
Untuk mendapatkan tambahan 5%, pensyarah yang dinilai (PYD) boleh menghasilkan kerja yang melangkaui tahap yang diwajibkan dalam mana-mana kategori K1 dan / atau K2.
Berdasarkan kualiti keperibadian, Jawatankuasa Kesepakaran / Penilai boleh memberikan markah maksimum sebanyak 10% kepada Pensyarah Yang Dinilai (PYD) atau / dan memperoleh markah penuh 100%.
8.0
Prosedur Pengagihan ATP Pensyarah
Prosedur agihan ATP pensyarah boleh dirujuk kepada Lampiran 4
9.0
Pelaksanaan ATP dalam Slot Jadual Kuliah
Bagi mengambarkan jumlah jam kerja pensyarah yang mengambil kira jam syarahan dan kesetaraan jam syarahan, komponen-komponen berkait akan dimasukkan dalam jadual kuliah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
KS – merujuk kepada jam sebenar mengajar. Sistem diamalkan sekarang dimasukkan sebagai ATA pensyarah. Nilai KS akan menggunakan kod PTD51 KJS (K1) akan menggunakan kod PTD52 KJS (K2) akan menggunakan kod PTD54 KJS (K3) akan menggunakan kod PTD55 KJS (K3 – Kempimpinan Akademik) akan menggunakan kod seperti berikut: a. Rektor akan menggunakan kod PTD13 b. Timbalan rector akan menggunakan kod PTD14 c. Ketua Pusat Pengajian akan menggunakan kod PTD15, dan d. Koordinator Kursus akan menggunakan kod PTD20.
Nilai pemberat KJS bagi setiap komponen KJS akan berbeza mengikut nilai sebenar yang diperolehi oleh pensyarah berkenaan.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perlaksanaan ATP UiTM Cawangan Kelantan. 10
Lampiran 1
Agihan Peratusan Jam ATP Mengikut Trek Setiap Gred Jawatan
11
Lampiran 2
Agihan Jam ATP Mengikut Trek Setiap Gred Jawatan
12
Lampiran 3
Senarai Jawatan dan Nilai KJS bagi Komponen K3
1.
Kumpulan 1 (4 jam per minggu) a. Penyelaras latihan industry pelajar b. Penyelaras/pengurusi OBE cawangan c. Pengerusi jadual waktu kuliah d. Penyelaras KKB e. Penyelaras/Pengerusi i-learn cawangan f. Koordinator Unit Teknologi Maklumat g. Koordinator korperat h. Koordinator Unit Penyelidikan/Kualiti i. Ketua Sistem Audit
2.
Kumpulan 2 (3 jam per minggu) a. Timb/Penolong/Setiausaha kepada jawatan disenarai dalam Kumpulan 1 b. Penyelaras jalinan industri cawangan c. Penyelaras Web Master d. Pengerusi Misi Akademik e. Pengerusi Jadual Waktu Peperiksaan f. Fellow/warden asrama/kolej g. Penyelaras SIG h. Penasihat persatuan/kelab pelajar i. Pemilik Fail/Dokumen ISO/Kualiti j. Pengerusi/penyelaras Alumni k. Penyelaras/Kordinator MQA - SRP
3.
Kumpulan 3 (2 jam per minggu) a. Ahli kepada jawatan disenarai dalam Kumpulan 1 dan 2 b. Mentor kepada pensyarah baru c. Ahli jawatankuasa misi akademik d. Kaunselor Tunar Mekar e. Pakar Rujuk (Resource person) (per kod kursus) 13
f. Jawatakuasa fakulti (seperti setiausaha mesyuarat) g. Ahli Audit Dalaman h. Pemantau kuliah/salsiah diri pelajar
4.
Kumpulan 4 (Profesional) a. Jawatan tertinggi/pengerusi/ Timbalan/setaiusaha/bendahari b. Ahli
5.
1 jam/minggu
Kumpulan 5 (Penasihat Akademik Pelajar) Bilangan Pelajar
6.
2 jam/minggu
KJS
<= 30
1 jam/minggu
31 – 40
1.5 jam/minggu
> 40
2 jam/minggu
Kumpulan 6 a. Ahli Jawatankuasa latikan secara Adhoc i.
Jawatankuasa Induk
2 jam/minggu
ii.
Ahli
1 jam/minggu
b. Pengiring lawatan pelajar
1 jam/minggu
(Terhad kepada 2 aktiviti: 2 jam/minggu-satu semester)
14
Lampiran 4 PROSEDUR PENGAGIHAN/PENGESAHAN ATP PENSYARAH Garis masa
Tanggungjawab
Aliran Kerja
Tindakan
Mula Minggu 1 semester sebelum
Pensyarah
Pensyarah memilih track pengajaran/penyelidikan dan maklumkan kepada KPP
Minggu ke2
KPP
Beri unjuran kumpulan mengikut kursus kepada jawatankuasa
Minggu ke3
Pensyarah
Pensyarah guna kalkulator ATP ATP Seimbang
Tidak
Minggu ke4
Jawatankuasa jadual waktu
Minggu ke8
KPP
Minggu ke7
Dekan/Rektor
Minggu ke11
Jawatankuasa jadual waktu
Masuk maklumat ke iCress
Minggu ke4 semester baru
Jawatankuasa jadual waktu
Kemaskini jadual waktu
Minggu ke4
KPP
Semak semula ATP dan jadual waktu
Minggu ke4
Pensyarah
Kemaskini ATP (muktamad)
Minggu ke4
Dekan/Rektor
Pengesahan Dekan/Rektor
Ya
Jawatankuasa draf jadual waktu Pengesahan KPP
Tidak Ya
Pengesahan Dekan/Rektor
Tamat
15
Rekod