Sample of Good Assignment
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN
SEMESTER JANUARI 2012
BBPS4103 PENGURUSAN STRATEGIK
SAMPLE
NO. MATRIKULASI
:
NO. KAD PENGNEALAN
:
NO. TELEFON
:
E-MEL
:
PUSAT PEMBELAJARAN
:
-1-
Sample of Good Assignment ISI KANDUNGAN
No
Soalan
Muka Surat
1.
Pengenalan Organisasi Perniagaan
2.
Penerangan Berkaitan Visi, Misi, Nilai-nilai dan Objektif
3 4-5
Organisasi 3.
Pengenalpastian dan Perbincangan Faktor Besar yang
5-7
Menyumbang kepada Perubahan di dalam Senario Perniagaan 4.
Jangkaan Perubahan di dalam Persekitaran Perniagaan
7-10
5.
Cadangan Tindakan Perlu diambil oleh Organisasi
10-12
Perniagaan dalam Memenuhi Visi dan Misi, Nilai-nilai dan Objektif 6.
Rumusan
13
7.
Lampiran
14
8.
Rujukan
15
-2-
Sample of Good Assignment 1.
PENGENALAN ORGANISASI Bagi tugasan Semester Januari 2012, modul BBPS4103 Pengurusan Strategik
(Strategic Management), saya telah memilih Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd (Karyaneka) iaitu anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang berfungsi memasarkan dan mempromosi produk kraf buatan usahawan kraf tempatan. Karyaneka yang ditubuhkan pada 1982 menjalankan perniagaan menjual produk-produk kraf yang direka dan dikeluarkan oleh 6,176 usahawan kraf tempatan di seluruh Malaysia. Syarikat ini yang beroperasi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur iaitu ibu pejabat terbahagi kepada Kedai Cenderamata, Kedai Pewter/Logam dan juga Butik Pakaian Batik. Di antara produk kraf yang dijual di kedai-kedai tersebuk adalah kain batik, songket, tenunan, panel ukiran kayu, pasu seramik, bakul anyaman rotan dan mengkuang. Terdapat juga produk berasaskan piuter yang dijadikan trofi, plak, pasu kecil dan juga gelas atau cawan bertangkai. Manakala kategori produk yang menjadi sambutan pengunjung adalah berbentuk ‘key chain’, kain batik sarong, t’shirt dan juga pasu seramik bersaiz kecil. Bagi kategori hadiah korporat pula, produk piuter dan kotak ukiran kayu menjadi tumpuan utama. Selain itu, produk berbentuk keris, bingkai gambar yang dihiasi dengan gambar bercirikan Malaysia juga menjadi tarikan syarikat korporat. Hadiahhadiah ini dibeli untuk dijadikan buah tangan kepada pelawat atau pelanggan syarikat tersebut yang kebiasaannya datang dari luar negara di atas tujuan bermesyuarat, lawatan rasmi atau atas jemputan khas. Karyaneka mempunyai 13 cawangan/outlet di seluruh Malaysia. Antaranya di Pusat Membeli Belah Midvalley Megamall, Jalan Bukit Bintang, Kompleks Kraf Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beberapa lagi lokasi tarikan pelancong.
-3-
Sample of Good Assignment 2.
PENERANGAN VISI, MISI, NILAI-NILAI DAN OBJEKTIF ORGANISASI Sebagai sebuah anak syarikat agensi Kerajaan, Karyaneka mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam menjana ekonomi dan memperjuangkan nasib usahawan kraf tempatan di negara ini. Namun Karyaneka juga mempunyai sasaran untuk memaksimumkan keuntungan dari hasil jualan produk kraf mereka. Oleh itu Karyaneka telah menetapkan misi, visi, nilai-nilai dan objektif untuk dijadikan panduan dan sebagai pembakar semangat mereka dalam menjalankan transaksi jualan. Misi Karyaneka adalah untuk meningkatkan kebolehadaan ekonomi dan peluang kepada usahawan kraf pelbagai bangsa dari berskala kecil, sederhana sehinggalah ke tahap global. Selain itu, misi Karyaneka adalah memelihara dan mengekalkan identiti kraf Malaysia sama ada dari segi tradisional dan juga kontemporari. Misi ini dilaksanakan dengan cara menjual produk yang mempunyai kedua-dua kategori dan tidak hanya menumpukan pada satu kategori sahaja. Ini dibantu pula dengan perminatan dari dalam dan luar negara yang sememangnya menginginkan produk kraf bercirikan tradisional dan juga kontemporari. Oleh itu, di mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Manakala visi Karyaneka adalah untuk mengekalkan dan menjadi peneraju di dalam industri kraf tempatan dikenali sebagai pusat setempat hadiah dan cenderamata kraftangan Malaysia. Di antara pelanggan tetap Karyaneka adalah seperti Syarikat Petronas Carigali, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, Maxis dan juga Shell. Kini Karyaneka melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan jenamanya sendiri iaitu ‘karyaneka’. Jenama ini digunakan sebagai label di setiap produk kraf yang dijual dan ia menjadi medium bagi memperkenalkan produk Karyakaneka di mata dunia. Selain itu, Karyaneka juga telah mewujudkan laman sesawang http://karyanekaonlinestore.com.my di mana tempahan dan pembelian produk kraf boleh dibuat secara dalam talian (online). Ini telah menyumbang kepada peningkatan jualan mencecah sehingga RM20,000 sebulan. Gambar-gambar produk akan diubah setiap 2 minggu bagi memastikan laman
tersebut
sentiasa
dikemaskini.
Ini
ditambah
lagi
dengan
pemberitahuan berkaitan aktiviti oleh Karyaneka yang diwar-warkan di dalam laman
-4-
Sample of Good Assignment sesawang tersebut. Pendekatan ini banyak membantu menaikkan nama syarikat Karyaneka dan menambah bilangan pembeli dari seluruh dunia. Karyaneka menanam nilai-nilai murni iaitu menyediakan khidmat kakitangan yang mesra pelanggan, sentiasa berpakaian bersih, sedia membantu dan berpengetahuan luas. Pengunjung yang datang ke kedai Karyaneka bukan sahaja terdiri dari pengunjung tempatan, malah luar negara. Selain itu, kakitangan Karyaneka sentiasa diberi peluang menyertai kursus perkhidmatan pelanggan dan juga kemahiran berkomunikasi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Objektif yang ditetapkan oleh Karyaneka adalah mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan ke serata dunia. Dengan cara ini produk kraf tempatan dapat diperkenalkan dan dijual dengan lebih banyak. Ditambah pula dengan keunikan rekaan, kualiti dan kreativiti yang dizahirkan melalui produk tersebut oleh usahawan kraf tempatan, produk ini sentiasa mendapat sambutan dan ciri-cirinya sentiasa ditambah baik mengikut aliran tren dan citarasa pengguna semasa. 3.
PENGENALPASTIAN DAN PERBINCANGAN FAKTOR BESAR YANG MENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN DI DALAM SENARIO PERNIAGAAN
3.1
Penawaran Usahawan Kraf Tempatan Antara faktor yang menyumbang kepada perubahan senario perniagaan Karyaneka adalah pertambahan jumlah usahawan kraf tempatan. Kini, usahawan seramai 6,176 merupakan usahawan yang terdiri daripada usahawan mikro, kecil, sederhana dan besar. Setiap tahun bilangan usahawan bertambah dan pengeluaran produk juga semakin meningkat hasil daripada bimbingan dan bantuan yang diterima. Mereka inilah yang menyumbang kepada pasaran produk kraf tempatan. Usahawan ini telah berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, agensi yang berperanan menjaga, memantau dan memberi bantuan serta bertanggungjawab membawa usahawan kraf tempatan ke mata dunia tanpa mengaut sebarang keuntungan. Dengan adanya kelebihan ini, Karyaneka berjaya
-5-
Sample of Good Assignment menyambung perjuangan pihak Kerajaan pada masa yang sama mendapat hasil daripada jualan produk kraf tersebut. 3.2
Penawaran Sumber Bahan Mentah Walaupun adanya penawaran usahawan kraf tempatan tetapi sekiranya tiada penawaran atau sumber bahan mentah, produk kraf tidak dapat dikeluarkan. Malaysia mempunyai kelebihan di mana kita mempunyai sumber bahan mentah dari hasil bumi kita sendiri. Melalui sumber tersebut, kraf dapat diperjuangkan dan produk dapat diwujudkan mengikut bidang kraf yang bersesuaian. Sebagai contoh, untuk menghasilkan panel ukiran kayu yang dijadikan sebagai hiasan dinding di ruang tamu atau di pejabat, sumber bahan mentahnya adalah pokok kayu seperti cengal, nyatoh, balau atau merbau. Kepelbagaian jenis pokok kayu ini boleh menghasilkan produk yang bersesuaian seperti pintu kayu, bingkai gambar, kerusi taman dan juga gazebo (lanskap taman). Manakala bagi produk seramik pula, sumber bahan mentah datangnya dari tanah dan pasir yang dibentuk dan dibakar untuk menjadikan ianya kering dan fizikalnya kuat dan tahan lasak.
3.3
Kemudahan Teknologi Penggunaan laman web e-dagang akan menjimatkan kos kepada sesebuah organisasi. Karyaneka sendiri yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan jualan produk kraf dapat menjimatkan kos penghantaran sampel produk, kos pengiklanan yang tinggi menggunakan suratkhabar dan televisyen, kos pengeposan risalah, kos menggunakan agen pemasaran dari negara luar dan lainlain. Dengan mempromosikan laman web ini melalui internet dengan dipenuhi maklumat lengkap seperti gambar produk, saiz, harga dan corak yang ada, ianya sudah mencukupi bagi pelanggan untuk mendapatkan maklumat secara terus menerus tanpa perlu datang ke kedai Karyaneka dan melihat sendiri produk sebelum dibeli. Kos pembayaran khidmat e-dagang melalui tempahan ruang di laman web lain seperti www.postme.com, amazon.com dan e-bay.com dapat dijimatkan dengan pembangunan laman web sendiri. Sekiranya Karyaneka ingin mempromosikan produk, mereka hanya perlu mendapatkan kebenaran sambungan
-6-
Sample of Good Assignment (link) untuk laman web mereka untuk dipaparkan di laman web seperti www.tourism.gov.my
dan
www.kraftangan.gov.my.
Karyaneka
juga
mendapatkan ruang promosi di dalam majalah seperti majalah VisionKL dan Globalist dengan kos yang rendah. 3.4
Pasaran Kraf Dunia Walaupun produk kraf bukanlah merupakan barang keperluan seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan sebagainya, namun terdapat permintaan terhadap produk ini. Ini adalah kerana ianya dikategorikan sebagai produk atau barang kehendak tetapi mampu milik dan ianya dapat memberikan rasa ketenangan dan kegembiraan kepada penggunanya. Sebagai contoh, produk tekstil batik yang diwarnakan dengan pelbagai warna yang indah akan menghasilkan pakaian yang cantik dipakai, lembut dan menarik. Pasaran produk tekstil batik Malaysia amat digemari oleh penduduk di Eropah dan Asia kerana kelebihannya dari segi keselesaan pemakaian. Oleh itu, di antara tekstil batik yang menarik perhatian di Eropah adalah berbentuk selendang, pareo dan juga blaus. Batik yang menggunakan fabrik sutera lebih ringan dan lembut berbanding fabrik cotton dan krip. Manakala produk aksesori kraf yang terdiri daripada mutiara, kristal dan tempurung kelapa memberi impak yang menarik kepada pemakainya. Aksesori kraf sentiasa mendapat sambutan pengunjung wanita yang meminati produk yang bercirikan eksotik serta eksklusif ini.
4.
JANGKAAN PERUBAHAN DI DALAM PERSEKITARAN PERNIAGAAN
4.1
Kapabiliti Usahawan Kraf Tempatan Usahawan kraf tempatan seramai 6,176 kini yang terdiri daripada usahawan mikro, kecil, sederhana dan besar tetap mempunyai kelemahan yang tersendiri. Usahawan mikro dan kecil kebiasaannya tidak berani untuk menerima tempahan besar dan hanya berfikir berniaga untuk membeli keperluan harian dan menyara keluarga. Mereka ini tidak berani mengambil risiko dan tidak bercita-cita tinggi. Manakala usahawan sederhana dan besar pula bersikap memilih. Mereka tidak
-7-
Sample of Good Assignment mahu bekerjasama dengan usahawan kecil dan sekiranya pelanggan ingin membuat tempahan, usahawan ini akan menetapkan kuantiti minimum untuk ditempah. Dengan adanya sikap dan amalan tidak sihat sebegini, jangkaan gelodakan dan ketidaktentuan dalam pasaran kraf amatlah dikhuatiri. Selain itu, terdapat usahawan yang tidak mahu mempelajari berkaitan harga Freight On Board (FOB price) di mana harga produk ditentukan dari kos pengeluaran sehingga barang dihantar ke pelabuhan. Ada juga usahawan yang tidak mahu bekerjasama untuk membekalkan produk kraf kepada Karyaneka kerana mereka menyangka Karyaneka cuba mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan terhadap produk mereka yang ditempah dan diminta dengan harga dikatakan murah kepada mereka. Masalah lain yang timbul adalah apabila usahawan kraf yang sudah uzur dan tua. Ada di antara anak-anak mereka yang tidak berminat untuk menyambung perniagaan ibu bapa mereka kerana tidak minat dengan perniagaan tersebut. Mereka lebih minat untuk ke bandar dan bekerja di pejabat. Akibatnya ada usahawan lama yang telah meninggal dan perniagaannya ditutup dan pada masa yang sama bilangan usahawan kraf tempatan menyusut. 4.2
Risiko Kehabisan Sumber Bahan Mentah Produk-produk kraf yang dihasilkan bergantung kepada sumber bahan mentah sedia ada di Malaysia. Kayu, tanah, logam, daun mengkuang, mutiara dan lainlain merupakan sumber bahan mentah utama dalam pembuatan produk kraf tempatan. Terdapat kekurangan dari segi sumber seperti kayu yang perlu dicari dan diambil dari hutan simpan di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan. Manakala masalah dari segi logam pula adalah kos pembelian bahan mentah logam telah meningkat di pasaran. Jadi, sekiranya produk kraf seperti rantai, gelang tangan dan cincin yang dihasilkan daripada logam perlu dijual dengan harga lebih tinggi berbanding biasa disebabkan harga kosnya yang telah meningkat. Kesannya adalah pengurangan hasil jualan akibat harga jualan yang mahal. Selain itu, bagi produk kraf tekstil batik, bahan mentah iaitu kain putih
-8-
Sample of Good Assignment dikatakan amat mahal di pasaran global. Oleh itu, harga produk siap juga perlu ditingkatkan bagi meliputi harga kos pengeluaran. 4.3
Jenayah Siber Kemudahan teknologi yang memainkan peranan penting dalam bidang perniagaan waktu kini tidak terlepas dengan risiko yang dikenali sebagai jenayah siber. Walaupun transaksi jualan, pemasaran dan promosi amat mudah dilaksanakan dalam talian (online), namun kesan dari terjadinya jenayah siber boleh membawa kepada kerugian berjuta mahupun berbilion kepada sesebuah syarikat dan negara. Sebagai contoh, di antara jenayah siber yang berleluasa kini adalah penggodam komputer yang mencuri dan mengubah maklumat yang berada di dalam sesebuah komputer. Selain itu, penyalinan laman sesawang seperti yang berlaku di laman web maybank telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna maybank2u.com. Mereka telah menerima email dikenalpasti dari bank menginginkan pengguna memasukkan maklumat sulit seperti nama penuh, alamat serta nombor kata laluan yang akhirnya digunakan oleh penjenayah ini untuk mencuri wang dan maklumat pengguna. Karyaneka pernah mengalami masalah jenayah siber di mana laman sesawangnya telah diserang virus. Kesan yang terjadi adalah apabila pelanggan ingin melawat laman sesawang www.karyaneka.com.my, tiada sebarang paparan di skin komputer tersebut. Yang ada hanyalah gambar kanak-kanak kecil yang tidak berkaitan dengan mereka. Oleh itu, kesan negatif yang terpaksa dihadapi adalah kurangnya tempahan dan jualan secara online dari pelanggan. Kurangnya bilangan pengunjung laman sesawang juga menjadi masalah kepada pihak Karyaneka.
4.4
Pasaran yang tidak Tetap (Fluctuation) Pasaran produk kraf global tidaklah sehebat pasaran produk makanan, automotif dan teknologi maklumat. Ini adalah kerana produk kraf dikategorikan sebagai barang kehendak, sekiranya ia tidak ada di dalam rumah, ianya bukan satu masalah bagi penggunanya. Oleh itu, peratus pasaran produk kraf global adalah tidak tetap dan bergantung kepada permintaan dan sumber bahan mentah serta
-9-
Sample of Good Assignment tenaga kerja. Selain itu persaingan terhadap barang bersumberkan plastik dan pvc juga memberi impak kepada produk kraf yang sesetengahnya dikategorikan tidak tahan lama dan sensitif terhadap cuaca seperti kayu, rotan dan daun mengkuang. Pelanggan lebih suka membeli produk seperti di IKEA yang mempunyai ciri pelbagai fungsi, ringan, tahan lama dan menarik. Jika dilihat di negara-negara miskin seperti di Nigeria, Amerika Selatan dan Indonesia, sumber pendapatan utama mereka adalah melalui pembuatan produk kraf. Ini adalah kerana surirumah dan kanak-kanak juga pandai membuat kraf untuk dijual secara runcit atau dijual kepada pengedar tempatan. 5.
CADANGAN TINDAKAN PERLU DIAMBIL OLEH ORGANISASI PERNIAGAAN DALAM MEMENUHI VISI DAN MISI, NILAI-NILAI DAN OBJEKTIF
5.1
Peningkatan Ilmu dan Kemahiran Usahawan Bagi menyokong usaha Kerajaan memartabatkan ekonomi dan tahap usahawan kraf tempatan, Karyaneka perlu memainkan peranan yang lebih dari memfokuskan keuntungan sahaja. Sebagai contoh, kebiasaannya Karyaneka membuat tempahan bekalan produk kraf melalui telefon dan email sahaja. Kini, Karyaneka membuat tempahan secara tidak langsung membantu usahawan kraf tempatan untuk menyediakan produk mengikut spesifikasi dan rekaan yang disediakan oleh pihak Karyaneka seperti rekaan berbentuk kontemporari, mempunyai ciri-ciri pelbagai fungsi (multifunction). Selain itu menggalakkan usahawan untuk berhubung menggunakan internet seperti email, chatting dan juga penghantaran dokumen/gambar bersaiz besar menggunakan laman sesawang berkonsep ‘sharing’ seperti www.mediafire.com. Usaha-usaha ini boleh membantu Karyaneka mempromosikan produk usahawan secara efektif dan juga memastikan hanya produk terbaru dan mengikut peredaran semasa dengan harga yang berpatutan dijual di outletnya di seluruh negara. Karyaneka juga boleh membantu usahawan menetapkan harga kos dan harga jualan secara bijak terutama kepada usahawan kampung atau mikro. Ini adalah kerana terdapat
- 10 -
Sample of Good Assignment usahawan yang tidak pandai menetapkan harga. Mereka kurang berpengetahuan dalam bidang perniagaan. 5.2
Kestabilan Sumber Bahan Mentah Bagi memastikan sumber bahan mentah sentiasa ada dan boleh menyumbang kepada pengeluaran produk baru oleh usahawan tempatan, Karyaneka boleh membantu dari segi penyelidikan dan pembangunan. Usaha ini bertujuan mendapatkan maklumat dan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh usahawan untuk membekalkan produk tanpa putus kepada syarikatnya. Antaranya, Karyaneka membuat risikan pasaran dan bahan mentah di dalam Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia, China dan Thailand. Ini adalah kerana kedua-dua negara ini mempunyai sumber bahan mentah yang banyak kerana saiz bumi yang besar. Bahan-bahan ini boleh dibeli secara pukal atau borong oleh usahawan dan membuat produk kraf sendiri di negara ini. Usaha ini masih dikategorikan produk kraf tempatan kerana produk tersebut dihasil, direka dan dikeluarkan di Malaysia. Selain itu, Karyaneka juga boleh merancang bagaimana mengadakan kerjasama pihak luar seperti China untuk membeli bahan mentah dan menjual dengan harga murah dan berpatutan kepada usahawan kraf. Ini boleh membantu kesinambungan pengeluaran produk kraf tempatan.
5.3
Kawalan dan Keselamatan Teknologi Antara usaha untuk memastikan teknologi digunakan secara berhemah, Karyaneka banyak membuat risikan maklumat untuk memastikan laman sesawang www.karyaneka.com.my dan http://karyaneka-onlinestore.com.my tidak digodam dan maklumat transaksi pembayaran tidak bocor kepada pihak ketiga. Selain itu, Karyaneka perlu berusaha membeli perisian anti-virus seperti avira atau karspensky, malware dan membeli pelayan (server) sendiri dengan kawalan keselamatan yang ketat. Maklumat di dalam komputer dan server amat berharga kepada syarikat seperti senarai usahawan kraf tempatan, harga kos dan harga jualan, jumlah keuntungan syarikat dan sistem inventori produk. Jenayah siber juga berlaku di mana maklumat seperti ini dijual kepada pihak ketiga secara
- 11 -
Sample of Good Assignment tidak sah dan sekiranya kebocoran maklumat berlaku akan memudaratkan syarikat Karyaneka. 5.4
Strategi Penembusan ke Pasaran Global Karyaneka telah mendapatkan perkhidmatan Search Engine Optimization (SEO) di mana sejumlah pembayaran perlu dibuat kepada syarikat yang mengendalikan perkhidmatan SEO seperti PurpleClick dan Pekan Maya. Syarikat pengendali akan memastikan sekurang-kurangnya tiga kata kunci yang berkaitan dengan Karyaneka akan berada di 10 tangga teratas di carian google dan yahoo. Sebagai contoh, pelanggan menaip perkataan ‘karyaneka’ di ruang carian, maka segala maklumat berkaitan Karyaneka akan tersenarai di 10 tangga teratas. Dengan mengambil
perkhidmatan
SEO
dan
juga
mewujudkan
laman
web
http://karyaneka-onlinestore.com.my, Karyaneka pasti akan berjaya memperkenal, memasar dan mempromosikan produk kraf tempatan di peringkat global. Ini terbukti dengan tempahan yang diterima dari pedagang dan peniaga runcit dari Amerika Syarikat iaitu Bold Over Batiks!, dari United Kingdom dan beberapa negara lain. Selain itu, peranan Karyaneka juga lebih meluas dengan seruan Kerajaan iaitu membawa produk tempatan di peringkat antarabangsa. Khidmat ini telah menyumbang kepada pendapatan syarikat melebihi 30% dari hasil yang lain. Ini adalah kerana ianya boleh diakses dari seluruh pelosok dunia.
- 12 -
Sample of Good Assignment 6.
RUMUSAN Di sini dapat saya rumuskan bahawa pengurusan strategik yang dirancang, dijadi
dan seterusnya dilaksanakan oleh Karyaneka akan membantu syarikat ini menembusi pasaran global. Syarikat yang telahpun berusia 30 tahun ini sentiasa berusaha memperbaharui kemahiran pemasaran, jualan dan hubungan bersama pelanggan serta usa ha memartabatkan produk kraf tempatan masih diperjuangkan dengan penuh semangat. Kini, Karyaneka boleh berbangga dengan kedai cenderamata, butik pakaian dan kedai piuter yang beroperasi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay. Kompleks ini yang tersenarai di antara tempat harus dilawati oleh Tourism Malaysia telah membantu mempromosikan tempat ini. Selain itu Karyaneka yang mempunyai outletnya di seluruh negara dan menggunakan jenamanya tersendiri ‘Karyaneka’ telah berjaya meletakkan Karyaneka sebagai sebuah syarikat penjualan hasil kraf tempatan yang berkualiti, unik dan kreatif di negara ini. Dengan usaha berterusan membantu usahawan membekalkan produk kraf untuk dijual di butik dan kedai Karyaneka di Jalan Conlay dan juga di outlet dan cawangan dapat memberikan rasa penuh kebanggaan kepada Karyaneka. Ini kerana mereka bukan sahaja boleh berniaga, malah pada masa yang saya membantu Kerajaan dan membantu usahawan menjana ekonomi negara melalui aktiviti jualan, promosi dan pasaran yang ditambahbaik dari masa ke semasa. Dari pihak Kerajaan pula, usaha Karyaneka ini perlu dihargai dan sentiasa dibantu apa yang perlu bagi menyokong mereka menjana ekonomi negara serta memperjuangkan produk kraf tempatan yang berkualiti, unik, kreatif dan bercirikan MALAYSIA. Manakala bagi pihak usahawan kraf tempatan pula, mereka amat berbangga dengan adanya saluran perniagaan seperti Karyaneka yang membantu mereka mempertingkatkan hasil jualan produk kraf mereka.
- 13 -
Sample of Good Assignment 7.
LAMPIRAN www.karyaneka-onlinestore.com.my
- 14 -
Sample of Good Assignment 8. 1.
RUJUKAN Prof. Dr. Mansor Fadzil & Prof. Dr. Zakaria Ismail.(2009).BBPS4103 Strategic Management.Kuala Lumpur.Open Universiti Malaysia
2.
www.karyaneka-onlinestore.com.my
3.
http://www.malaysiancraft.com
4.
www.kraftangan.gov.my
5.
http://www.chfhq.org/files/Characteristics%20of%20World%20Trade%20in%20Crafts.pdf
6.
http://www.craftcentral.com/craft-industry.html
7.
http://pdf.usaid.gov/pdf_docs/PNADN210.pdf
8.
http://www.kitakita.my/
9. http://www.malaysia.com/galleries-karyaneka-1.html 10. http://www.visionkl.com/directory/karyaneka
Nota : Tugasan ini mengandungi sebanyak 2,580 patah perkataan.
- 15 -