UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
1.0 KEPIMPINAN KAMPUS UiTM Pahang dengan bangganya telah dipimpin oleh Yang Hormat Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Hilmi Ab Rahman yang merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, berwawasan serta sentiasa bermotivasi tinggi dalam meletakkan UiTM Pahang ke persada dunia di samping menjadi sebuah IPTA yang dikenali, disanjungi di mata masyarakat setempat, kerajaan negeri dan antara institut pengajian tinggi di Malaysia. Pengurusan UiTM Pahang dimantapkan lagi dengan pengurusan kanan yang terdiri daripada barisan ahli Mesyuarat Eksekutif (ME) dan ahli Mesyuarat Pengurusan Dalaman (MPD) dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan kampus sentiasa menitikberatkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan. Kepimpinan kampus juga diperkuatkan dengan sokongan jitu staf akademik dan bukan akademik bagi memastikan kemampanan UiTM Pahang. Kepimpinan Kanan menerajui pengurusan UiTM Pahang dengan merujuk dasar dan pekeliling UiTM, perancangan strategik serta gerakan perjalanan kualiti. Dalam mencapai hasrat membudayakan amalan kualiti, Kepimpinan Kanan UiTM Pahang telah merangka sasaran, matlamat penambahbaikan dan pengekalan kualiti setiap tahun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Melalui perancangan tersebut, UiTM Pahang telah mewujudkan dasar persekitaran dan dasar hospitaliti yang mencerminkan ciri-ciri unik UiTM Pahang. Pada tahun 2010, 62 inovasi telah dihasilkan di mana terdapat peningkatan 37% berbanding tahun sebelumnya hasil daripada SPK yang mantap. Ke Arah Peningkatan Gabungan Unit-unit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) Pensijilan ISO 9001:2008 UiTM Pahang Kampus Kuantan
GERAKAN PERJALANAN KUALITI
Ke Arah Peningkatan Pensijilan ISO 9001:2008 Inovasi KPI & Piagam Pelanggan Analisis data Penandaarasan Luar Negara Pemantapan Audit Mengendalikan Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) Pengajaran & Pembelajaran Latihan Jalinan Industri Khidmat Masyarakat
Ke Arah Peningkatan Inovasi Penandaarasan dalam Negara Anugerah Kualiti Pengarah Kampus Sambutan Hari Kualiti Pemantapan Dokumentasi
Peningkatan Penandaarasan Dalam Negara KIK Anugerah Kualiti Pengarah Kampus Sambutan Hari Kualiti Pemantapan Dokumentasi
Ke Arah Peningkatan KRA & KPI Amalan Persekitaran yang Berkualiti(5S) Amalan Pengurusan Terbaik Peluasan Pensijilan ISO Peningkatan Imej Keuniversitian Zon Semula Fakulti Peningkatan Pensijilan ISO 9001:2008 Inovasi KPI & Piagam Pelanggan Analisis data Audit Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) Pengajaran & Pembelajaran Latihan Jalinan Industri Khidmat Masyarakat Pemantapan Penandaarasan KIK Anugerah Kualiti Pengarah Kampus Sambutan Hari Kualiti Dokumentasi
Peningkatan KRA & KPI Amalan Persekitaran yang Berkualiti(5S) Amalan Pengurusan Terbaik Peluasan Pensijilan ISO Peningkatan Imej Keuniversitian Zon Semula Fakulti Pemantapan Pensijilan ISO 9001:2008 Inovasi KPI & Piagam Pelanggan Analisis data Audit Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Latihan Jalinan Industri Khidmat Masyarakat Pengukuhan Penandaarasan KIK Anugerah Kualiti Pengarah Kampus Sambutan Hari Kualiti Dokumentasi
2011 2010
2009 2008 Rajah 1.1 : Gerakan Perjalanan Kualiti UiTM Pahang
K1-1
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
Pengekalan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) Pensijilan ISO 9001:2008 UiTM Pahang Kampus Kuantan Pendaarasan Inovasi Jalinan Industri KRA, KPI & Piagam Pelanggan Analisis Data Pemantapan Audit
Penambahbaikan berterusan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) Pensijilan ISO 9001:2008 UiTM Pahang Kampus Kuantan Pendaarasan Inovasi Jalinan Industri KRA, KPI & Piagam Pelanggan Analisis Data Pemantapan Audit
2020 2015
2012…2014
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
1.1 Kepimpinan Kanan Kepimpinan kanan UiTM Pahang terdiri dari barisan staf yang berkaliber, berwawasan, proaktif dan mempunyai integriti yang tinggi dalam mendokong wadah kepimpinan bagi meletakkan UiTM Pahang di persada dunia. Ahli ME terdiri daripada ketua jabatan utama dalam struktur UiTM Pahang manakala ahli MPD pula terdiri daripada ketua jabatan utama, ketua program, koordinator dan ketua unit. Barisan kepimpinan kanan (ME dan MPD) UiTM Pahang dapat di tunjukkan seperti carta organisasi di bawah. A. Ahli Mesyuarat Eksekutif
B. Mesyuarat Pengurusan Dalaman
a) Visi, Nilai dan Misi Visi dan Nilai Kepimpinan Kanan UiTM Pahang menentukan visi dan misi organisasi berdasarkan visi dan misi UiTM induk agar ianya selari iaitu : Visi UiTM Menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dalam kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi UiTM Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Selain itu, UiTM Pahang turut melahirkan nilainya sendiri bagi menepati budaya, persekitaran serta wawasan kampus. Nilai UiTM Pahang diperincikan seperti di bawah. P
Profesional – Sentiasa mengamalkan sifat seorang professional dari segi kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu perkara
A
Apresiasi – Penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak serta penghayatan nilai
H
Hospitaliti – Layanan mesra dan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan
A
Akauntabiliti – Sifat bertanggungjawab terhadap sesuatu tindakan dan keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan
N
Nasionalisme – Perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam
G
Glokal – Berpaksi dalam negara namun akal menerjah di arena antarabangsa yang sentiasa berpaksikan kepada budaya melayu dan bertungjangkan ajaran agama Islam yang suci
Kepimpinan Kanan memanjangkan visi dan misi organisasi kepada staf, pembekal utama dan rakan kongsi, pelajar serta pihak berkepentingan melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2010 dengan merujuk kepada nilai yang telah dipersetujui untuk dijadikan landasan di dalam membuat keputusan mengenai perkara yang hendak dilaksanakan. Penjelasan tentang tindakan yang diambil adalah seperti Jadual 1.1. Jadual 1.1 : Tindakan Pemimpin Kanan Berdasarkan Nilai Nilai Tindakan Keputusan dibuat melalui mesyuarat /perbincangan Professional berdasarkan fakta serta mengikut perundangan Apresiasi
Menghargai serta meraikan staf/ pelajar dan pihak berkepentingan
Contoh tindakan Mesyuarat khas ME, mesyuarat MPD, mesyuarat bahagian/unit. Hari Inovasi dengan penyampaian anugerah kepada fakulti/ bahagian/ staf, Malam Kecemerlangan Akademik, dan Makan Malam Pelajar
K1-2
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam Hospitaliti Akauntabiliti Nasionalisme
Glokal
AKNC 2011
Sentiasa meraikan dan melayan tetamu Universiti serta mengutamakan identiti tempatan Maklumat yang disampaikan adalah telus, jelas, tepat dan relevan Menyokong hasrat kerajaan dalam menerapkan perasaan cintakan bangsa dan negara melalui Peka kepada kemajuan masyarakat sekitar khasnya dan Pahang amnya dengan matlamat meletakkan nama UiTM Pahang di persada dunia
Mengalu-alukan serta meraikan Sultan, kerabat, tokoh industri, Yg Berhormat, pembekal , ibu bapa serta pelawat luar Pelaksanaan audit dalam dan luar, audit interim (kewangan) Sambutan Kemerdekaan, FEST1MA, 1 Malaysia, Destini Anak Bangsa dan lain-lain Menggalakkan pembentangan kertas kerja, inovasi, rekacipta, penglibatan aktif dalam program mengubah anak bangsa dan lain-lain, namun tidak meninggalkan warisan budaya (Khazanah Alam).
Pengurusan Kanan terutamanya Pengarah Kampus memainkan peranan penting dalam memanjangkan visi terbaru universiti bagi mencari bakal pelajar dari kalangan keluarga miskin dalam program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Pada tahun 2010, Kampus UiTM Pahang merupakan antara kampus yang menerima pelajar MDAB paling ramai mulai sesi Julai 2010 sehingga kini (Jadual 1.2). Gerakan ini turut dikuatkan lagi melalui penubuhan Jawatankuasa MDAB yang dipecahkan mengikut daerah di Pahang. Antara aktiviti jawatankuasa ini termasuk bermalam di kampung orang asli di Ulu Tembeling (Taman Negara) dan Rompin bagi mencari bakal pelajar. Hasilnya UiTM Pahang menjadi antara kampus pilihan bakal pelajar. Selain itu, visi dan nilai utama tahunan telah disampaikan melalui Amanat Tahun Baru Pengarah Kampus yang disampaikan setelah amanat tahun baru Naib Canselor. Pimpinan Kanan juga memanjangkan visi dan nilai melalui mesyuarat yang dinyatakan di Jadual 1.3 kepada staf di bawah pentadbirannya. Jadual 1.2 : Jumlah Pengambilan Pelajar MDAB 2010 Julai Disember Program 2010 2010 Pra Perdagangan (PD003) 186 106 Pra Perakaunan (PD005)
43
Pra Sains (PD008)
122
48 28
Jumlah
182
351
Jadual 1.3 : Mesyuarat-mesyuarat UiTM Pahang 2010 Mesyuarat Perlaksanaan Penglibatan Mesyuarat Eksekutif Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan Mesyuarat Pengurusan Dalaman Mesyuarat Akademik Mesyuarat Program/ Bahagian/Unit Mesyuarat Audit Dalam dan Luar
6 kali
Ahli ME
2
Ahli MPD
1
Ahli MPD
2 Bulanan/ Berkala
Semua Staf Akademik
4
Ahli MPD/ Auditor
Staf Bahagian/Ahli
Mekanisma lain yang digunakan oleh pimpinan kanan untuk memanjangkan visi dan nilai kepada staf adalah melalui pekeliling, memo, e-mel, taklimat, ucapan perasmian di dalam bengkel, latihan dan program, Sambutan Hari Inovasi, Sesi Aku Janji Staf, induksi kepada staf baru dan melalui laman web rasmi UiTM Pahang dan Lotus notes. Bagi memastikan visi,misi dan nilai dipanjangkan kepada pembekal, pelajar dan pihak berkepentingan, UiTM Pahang telah melaksanakan perkara berikut: Sasaran Kelompok Pembekal dan rakan kongsi
Mekanisma Penyampaian Visi dan Misi Mesyuarat yang diadakan bersama, mesyuarat serah tapak, mesyuarat teknikal (BPPF), taklimat, pameran poster dan pemantauan kerja.
Pelajar
Program dan aktiviti yang dilaksanakan kepada pelajar dan oleh pelajar antaranya Minggu Destini Siswa, Diskusi Kampus, Perjumpaan dan majlis bersama MPP, JPK dan persatuan dalaman, Hari Bertemu Pelanggan, sambutan Majlis Kecemerlangan Akademik, Program Kecemerlangan Akademik (KACA) dan perasmian aktiviti-aktviti pelajar.
Pihak berkepentingan
Pelaksanaan PIN, Laporan Jawatankuasa Keutuhan Kepimpinan, Laporan Perpustakaan, Laporan HEP, HEA dan Pejabat Bendahari.
Selain itu, setiap perancangan pembangunan UiTM Pahang akan dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan UPEN. Unit Perhubungan Korporat akan menghubungi pemberita untuk menyiarkan berita aktiviti kampus di akhbar. Semua berita yang disiarkan di media massa dikumpul dan disimpan di Unit Perhubungan Korporat. Pengarah Kampus secara peribadi menunjukkan komitmen terhadap nilai UiTM Pahang dengan sentiasa berada bersama staf dan pelajar dalam setiap program atau aktiviti yang dianjurkan. Ini secara tidak langsung memberi aspirasi kepada kepimpinan kanan dan ketua bahagian tentang kepentingan keberadaan mereka dalam setiap aktiviti dan program sebagai pemangkin semangat dan motivasi kepada penganjur dan peserta. Kepimpinan K1-3
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
kanan juga peka terhadap setiap aduan bagi menjaga kebajikan staf dan pelajar dengan mengembeling tenaga serta turun padang bagi memastikan aktiviti yang dirancang berjalan lancar dan aduan diambil tindakan segera. Inisiatif pengarah melalui konsep Management By Walk Around dapat memastikan maklumat primer diperolehi. Komitmen kepimpinan kanan dinyatakan seperti di bawah.
Bersama meraikan tetamu dengan resepi makanan Pahang serta pemberian cenderamata herba @ berasaskan herba kepada tetamu.
Memotivasikan staf (meluluskan penandaarasan, pemberian anugerah staf)
Sentiasa berada dikesemua program/ perasmian dan aktiviti yang dianjurkan
KOMITMEN KEPIMPINAN KANAN TERHADAP NILAI ORGANISASI
Pengurusan terbuka dengan mengadakan perbincangan bersama
Sentiasa menyokong aktiviti staf dan pelajar dengan meluluskan bajet yang dipohon (aktiviti akademik & bukan akademik, inovasi dan penyelidikan)
Menyokong ke arah pencapaian audit bersih
Komitmen Perlakuan Mengikut Perundangan dan Etika Kepimpinan Kanan UiTM Pahang sentiasa menunjukkan kepatuhan terhadap undangundang, prosedur serta etika supaya setiap tindakan dapat memupuk persekitaran yang mempunyai nilai dan mengikut perundangan. Tiada seorang pun daripada Kepimpinan Kanan atau pihak pengurusan menyalahguna kemudahan universiti untuk urusan peribadi atau berkelakuan yang boleh disifatkan sebagai melangggar peraturan dan kod etika. Persoalan mengenai kewajipan pematuhan kepada Akta 605 (Tatatertib dan Surcaj) sentiasa diberi penekanan oleh Kepimpinan Kanan di dalam setiap pertemuan, mesyuarat dan program. Nasihat dan amaran diberikan segera kepada staf yang melanggar peraturan seterusnya diambil tindakan tatatertib jika perlu.Ketua jabatan juga menyokong program berkaitan perundangan, etika dan keselamatan seperti taklimat kepada staf dan pelajar baru, ceramah integriti, pencegahan jenayah, AKPK dan Akta 174. Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) yang diadakan dua kali setahun membincangkan aspek penambahbaikan. Bagi memastikan persekitaran ini kekal di dalam kampus, jawatankuasa dan jabatan turut memainkan peranan aktif sepertimana yang ditunjukkan di bawah. JAWATANKUASA SOSCHo
PENTADBIRAN
JAWATANKUASA KUALITI
Jawatankuasa OSHA ditubuhkan di UiTM Pahang bagi membantu kepimpinan atasan mewujudkan suasana keselamatan dan keselesaan kepada staf dan masyarakat, Antaranya melalui rasa keprihatinan yang tinggi, mereka telah menghantar sepasukan sukarelawan banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di UiTM Perlis. Staf baru diwajibkan membuat akujanji dan menghadiri program induksi di mana staf diminta mematuhi Akta UiTM dan Akta 605. Semua staf dibekalkan buku panduan staf dan peraturan akademik dan dimantapkan dengan menghadiri orientasi staf baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran. Laporan kad perakam waktu dari semua jabatan juga dikumpulkan untuk tindakan selanjutnya. Unit Latihan pula menganjurkan kursus yang berkaitan bagi menimbulkan kesedaran perlakuan beretika yang tinggi. Contohnya Rabbi Zidni Ilman, Ceramah mengamalkan pengurusan kewangan berhemah sebagai gaya hidup dan Kursus protokol & etika pemandu. Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008, semakan pematuhan melalui audit dalam dan luar, pelaksanaan 5S, bengkel tindakan pembetulan dan pencegahan, pelaksanaan audit inspektorat serta audit tempat ibadat. Selain itu, arahan kerja staf dimantapkan di setiap bahagian/unit bagi melancarkan tugas harian dan memastikan staf beretika tinggi dalam tugasan.
HEA
Pihak HEA memastikan pelajar mematuhi peraturan akademik. HEA juga membuat pemantauan kuliah meliputi keberadaan pensyarah di dalam kelas, penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, pematuhan sahsiah rupa diri di dalam kelas dan di dewan peperiksaan. Selain itu, fakulti dan program perlu mematuhi MQA.
BPPF
Memastikan projek dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan dan binaan. Contohnya kad hijau
K1-4
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
BENDAHARI
Pihak bendahari melaksanakan kawalan inventori dan kesediaan untuk audit oleh juruaudit interim akaun dan juruaudit Jabatan Audit Negara. Ini termasuk audit pematuhan ISO 9001 : 2008 bagi memastikan sistem pengurusan kewangan diuruskan dengan telus.
HEP
HEP mengambil tindakan tatatertib seperti menghantar surat peringatan bagi pelajar yang melanggar sahsiah rupa diri pelajar, peraturan universiti, tidak menghadiri program PPP dan program fakulti .
PERPUSTAKAAN
Pematuhan ISO 9001 : 2008 Perpustakaan melalui audit dalam dan luar dan memastikan polisi dipatuhi seperti pengeluaran surat peringatan, potongan gaji staf dan ganti rugi buku hilang serta mengawasi sahsiah rupa diri pelajar
KESELAMATAN
Kawalan keselamatan dan makluman peraturan melalui emel dilaksanakan bagi menjamin keselamatan persekitaran kampus. Contohnya pemeriksaan kenderaan keluar masuk bagi mengelakkkan kejadian kecurian, penyeludupan bahan terlarang, memagar semula pagar lama, kawalan trafik semasa waktu puncak, operasi menembak babi dan pemusnahan sarang tebuan.
USMB
Memastikan polisi ICT dipatuhi dan amaran diberikan melalui e-mel kepada sesiapa yang melanggar pekeliling ICT yang ditetapkan. USMB juga membeli perisian yang asli bagi memastikan hakcipta terpelihara
USMB
Memastikan polisi ICT dipatuhi dan amaran diberikan melalui e-mel kepada sesiapa yang melanggar pekeliling ICT yang ditetapkan. USMB juga membeli perisian yang asli bagi memastikan hakcipta terpelihara
Mewujudkan Organisasi Lestari Organisasi yang lestari di UiTM Pahang diwujudkan melalui pengurusan kampus yang dinamik, pengurusan sumber manusia dan kewangan yang cekap, sokongan moral daripada pihak berkepentingan, meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dan staf serta menawarkan program yang relevan. Tindakan kepimpinan kanan dijelaskan di Jadual 1.3. Jadual 1.3 : Faktor kelestarian UiTM Pahang Perkara Tindakan Peruntukan kewangan Memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan dari UiTM Malaysia. Sokongan moral dari semua Mendapatkan sokongan moral dan menjalin hubungan baik dengan UiTM Malaysia serta pihak berkepentingan sokongan industri dan komuniti disekitarnya serta dengan universiti terkemuka. Meningkatkan tahap Meningkatkan bilangan pelajar yang cemerlang akademik demi memastikan graduan kecemerlangan pelajar memenuhi kehendak pasaran. UiTM Pahang mementingkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar dan menitikberatkan aktiviti kesukanan seperti sukan memanah, futsal, taekwando dll. Staf akademik dan bukan Merancang pengambilan staf akademik dan bukan akademik secara berterusan. Memastikan akademik yang efisien dan staf diberi latihan berkesan dan berkompetensi termasuk staf akademik yang mendapat profesional pengiktirafan Badan Profesional, meningkatkan bilangan Sarjana dan PhD serta melahirkan inovasi Para graduan yang Memastikan graduan berkualiti,berkebolehan serta kreatif dengan ilmu perhubungan mempunyai nilai kemahiran kemanusiaan yang tinggi, sesuai dengan kehendak industri. Antara aktiviti yang (softskill) yang tinggi dilaksanakan adalah Pra Halaqah kepada pelajar baru yang beragama Islam, Program Pembangunan Pelajar, aktiviti kokurikulum (pengucapan awam, kesatria, dll.) Komitmen dari semua pihak Memastikan komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh dari pihak pengurusan, staf akademik dan bukan akademik bagi melahirkan graduan yang lebih berdaya saing. Menawarkan program yang Sentiasa menjalankan kajian tentang kehendak pasaran terkini dan menilai semula silibus releven memenuhi pengajian supaya lebih relevan dengan kehendak tersebut. Ini termasuk menambahkan lagi kehendak pasaran bilangan program ijazah di UiTM Pahang. Penglibatan staf akademik Menggalakkan penglibatan diri secara aktif di dalam projek usahasama strategik di dalam polisi kerajaan pembangunan ekonomi dengan pihak kerajaan negeri contohnya Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) dan aktiviti perundingan dan penyelidikan.
Kepimpinan Kanan mewujudkan persekitaran ke arah penambahbaikan prestasi, pencapaian misi dan objektif strategik, inovasi, kepimpinan berdaya saing serta dinamik melalui dasar dan aktiviti penambahbaikan berterusan. Nilai, Dasar Persekitaran dan Dasar Hospitaliti diamalkan di UiTM Pahang bagi mewujudkan persekitaran bermatlamat. Dengan adanya nilai dan dasar tersebut, ianya dapat memberi panduan kepada warga UiTM Pahang dalam merealisasikan tindakan yang dilaksanakan.
K1-5
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
Rajah 1.2: Dasar Persekitaran dan Dasar Hospitaliti UiTM Pahang
Berikut merupakan antara aktiviti dan strategi bagi mewujudkan persekitaran ke arah penambahbaikan pencapaian, pencapaian misi dan objektif strategik, inovasi, kepimpinan berdaya saing atau pencapaian yang boleh diteladani, dan organisasi yang dinamik. • Mewujudkan pusat kecemerlangan akademik melalui niche area, SIG Group dan usahasama dengan industri peringkat kebangsaan dan antarabangsa • Pendekatan perancangan strategi, pelan inisiatif , analisa KPI, pelaksanaaan dasar, serta nilai UiTM Pahang dan pemurnian objektif kualiti • Pelaksanaan tindakan pencegahan dan pembetulan (PDCA ) dan KPI dianalisa bagi mengesan tindakan yang perlu dilakukan bagi penambahbaikan prestasi dan pencapaian jabatan masing-masing.K epimpinan kanan memastikan laporan program, bahagian dan unit di laporkan dalam mesyuarat kaji semula pengurusan. • Taklimat waris (perjumpaan dengan ibu bapa pelajar) • Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Inovasi • ICT sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran (e-Kampus) • Penggalakkan aktiviti penyelidikan serta penulisan • Pertandingan inovasi dan rekacipta (IID, IID-SE, ITEX, SIIF, BIOMALAYSIA, Rekacipta & Inovasi UMP, Geneva Innovation Internatioanl, MTE) • KIK (Pertandingan KIK Kebangsaan, KIK SUK, KIK IPTA, MOSTI, KIK MPC) Pencapaian • Anugerah Tokoh Sukan kepada Pengarah Kampus pada tahun 2010 Kepimpinan • Pengarah Kampus merupakan antara yang menjadi Lembaga Kualiti UiTM • Kerjasama dengan Yayasan Pahang dan Pusat zakat Negeri Pahang bagi membiayai program MDAB • Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Guru-guru Felda Negeri Pahang, menjadi panel penilai pertandingan Pusat Sumber Terbaik Negeri Pahang, Program anak angkat Perpustakaan SMKJ 24 • Morning coffee • Penganjuran N-Le, STSS, KONAKA Pencapaian • Menerima audit bersih dalam semua Audit Pematuhan ISO dan Audit Dalam yang • Berjaya ke peringkat akhir Anugerah Kualiti Naib Cancelor kali ketiga berturut-turut (2008, 2009 dan 2010) diteladani • Johan Anugerah Kualiti Naib Canselor 2009 bagi kampus cawangan dalam kategori Perancangan Strategik, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia. • Pencapaian KIK di Mini Konvensyen Wilayah Timur iaitu 4 emas dan 1 perak. 5 emas dan 1 perak diperolehi di Konvensyen KIK MPC Zon Timur. 4 emas diperolehi dalam Konvensyen KIK MPC peringkat kebangsaan. Organisasi • Hubungan baik dengan kerajaan negeri dan antarabangsa Dinamik • Kerjasama dengan JHEOA (Perjumpaan dengan Tok Batin Negeri Pahang, MDAB) • Perjumpaan bersama pihak industri dan majikan pelajar praktik, dan pegawai Felda Wilayah Jengka • Penjanaan hasil kewangan sendiri melalui hasil ladang, sewaan, seminar dan perundingan. • Lawatan penandaarasan (UiTM Perak, Perpustakaan UiTM Kampus Selayang & UiTM Puncak Alam, MARDI) • Menganjurkan bengkel amalan pengurusan terbaik UiTM Pahang • Karnival Kerjaya - Kaunseling - golden Hope • Pembangunan infrastruktur (Makmal-makmal di infra science tech, projek PFI iaitu perpustakaan baru, pusat kegiatan pelajar, astaka dan kolej kediaman pelajar) • Peningkatan bilangan bilik kuliah bertaraf TEC (Technology Enabled Classroom) juga merupakan pelan inisiatif RMKe9 • Maklumbalas kepuasan pelanggan, e-aduan, Misi & Objektif Strategik
Kepimpinan Kanan mewujudkan suasana yang sesuai bagi pembelajaran organisasi dan staf dengan menambah baik, menaiktaraf dan menambah kemudahan pembelajaran sedia ada selain menambah kemudahan prasarana pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi mengurangkan kelas malam melalui pembinaan kemudahan seperti Infra-Science Tech (IST), tambahan bangunan kelas dalam projek fast track menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS), bangunan asrama, perpustakaan, kemudahan sukan dan pusat kegiatan pelajar serta tambahan bilik TEC dan separa TEC. UiTM Pahang juga dilengkapkan dengan kemudahan WiFi bagi akses internet dan penggunaan i-Learn di kalangan pelajar dan pensyarah. Terdapat 85 WiFi UiTM dan 28 access point Muafakat WiFi di Kampus Jengka, 11 access point WiFi UiTM dan 2 WiFi Muafakat di Kampus Kuantan. Kepimpinan Kanan turut menggalakkan pensyarah menulis untuk penerbitan jurnal berwasit/berindeks, menyertai pertandingan rekacipta dan inovasi serta mewujudkan kerjasama strategik dengan industri melalui MoU seperti Malaysian Timber Industry Board. Pensyarah juga digalakkan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD. K1-6
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
Selain itu, pembelajaran organisasi diperkuatkan lagi dengan pelaksanaan Kursus Kemahiran Asas Pengajaran, bengkel MQA – OBE, bengkel TNA, latihan staf anjuran Unit Latihan dan Bahagian Sumber Manusia serta ilQam, penandaarasan, jemputan tokoh industri, mengadakan pertandingan dalaman bagi mewujudkan persaingan sihat antara bahagian seperti Anugerah Kualiti Pengarah, Anugerah 5S, Pengurusan Rekod dan Fail, Anugerah Pengurusan Kaunter Terbaik dan Piagam Pelanggan terbaik. Ini dikukuhkan lagi dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001 : 2008 iaitu Skop Pengurusan Akademik : Pengajaran dan Pembelajaran Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di UiTM Pahang, perlaksanaan sistem pengurusan ISO9001 : 2008 bagi sistem pengurusan perkhidmatan di perpustakaan, mematuhi MQA yang ditetapkan, penilaian audit dalam dan audit luar serta memberi pengurangan dan masa mengajar untuk pensyarah yang melanjutkan pelajaran secara persendirian. Bagi memastikan perkembangan dan kesinambungan fungsi universiti berjalan dengan lancar dan berkesan, peningkatan kerjaya staf dikenalpasti seawal penglibatan mereka sebagai staf universiti. Kemantapan kemahiran kepimpinan dititikberatkan melalui gambaran peningkatan kerjaya, pengendalian bengkel dan taklimat, perkongsian ilmu melalui kolokium dan penulisan, penglibatan di dalam jawatankuasa dan menghadiri latihan kepimpinan seperti kursus kepimpinan MPD, psikologi & kemahiran penyeliaan dalam organisasi, serta piagam pelanggan dan petunjuk prestasi utama (KPI). Kepimpinan Kanan terlibat di dalam pembelajaran organisasi, merancang peralihan kepimpinan organisasi dan pembangunan bakal pemimpin organisasi dengan mewujudkan perancangan penggantian, pelantikan pegawai penanggungjawab, mewujudkan senarai peralihan, menggalakkan pensyarah muda melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dan memperkemaskan TNA.
b) Komunikasi dan Pencapaian Organisasi Komunikasi Dalam menerapkan komunikasi sihat di dalam organisasi bagi memastikan maklumat, keputusan dan maklumbalas disampaikan dengan tepat, kepimpinan kanan berkomunikasi secara dua hala dan membina hubungan baik dengan staf dengan mengamalkan dasar pintu terbuka bagi memudahkan segala urusan berkaitan pengurusan dan pentadbiran. Staf juga diberi ruang dan peluang untuk menyumbang buah fikiran dalam mesyuarat dan bengkel yang diadakan serta medium lain seperti i-Lead dan e-Aduan. Selain itu, staf baru perlu berjumpa dengan Kepimpinan Kanan untuk suaikenal bagi mendapatkan input awal jabatan utama agar lebih memahami keperluan kerja serta membantu mereka memahami dengan lebih mendalam tentang budaya dan persekitaran kerja di UiTM Pahang. Kaedah komunikasi yang paling berkesan adalah melalui lotus notes e-Aduan Morning Cofee
i-Lead Komunikasi dua hala Mesyuarat & taklimat
Emel
Pengurusan terbuka
K1-7
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
yang mana perbincangan, perkongsian idea serta maklumbalas antara pihak pengurusan kanan dan warga UiTM Pahang dalam perkara berkaitan kerja seharian dijana. Ini secara tidak langsung membina ukhwah yang erat antara pengurusan kanan dan staf. Ketelusan komunikasi dua hala di semua peringkat diperolehi melalui medium di atas. Bagi tahun 2010, Kepimpinan Kanan menitikberatkan penyampaian keputusan utama yang tepat melalui ME, MPD, Mesyuarat Khas ME, Mesyuarat Akademik, MKSP dan Mesyuarat Bersama Ketua Program, mesyuarat bahagian/ fakulti serta melalui pekeliling Pengarah Kampus dan Timbalan Pengarah Kampus. Mengadakan perbincangan dan membuat keputusan diperingkat tertinggi UiTM Pahang antaranya dasar, polisi, misi, visi, halatuju dan objektif kampus. Membuat perancangan serta menyediakan laporan jabatan masing-masing seperti KPI jabatan, laporan pencapaian objektif kualiti UiTM Pahang, perancangan strategik dan laporan bahagian. Tumpuan utama adalah kepada perkara pengoperasian setiap jabatan .
Peranan Ahli ME Peranan Ahli MPD
Bagi mengukuhkan pencapaian cemerlang, motivasi dan galakan, Kepimpinan Kanan memainkan peranan aktif dalam mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada organisasi, pelajar dan pihak berkepentingan melalui surat atau sijil penghargaan supaya ianya menzahirkan kesan positif dan menggalakkan persaingan sihat bagi mencapai kecemerlangan organisasi. Penganugerahan dan penghargaan secara tahunan adalah:
Staf Akademik
Staf Pentadbiran
Pelajar Pihak Berkepentingan
• • • • • • • • • • • • • • • • • •
Anugerah Khidmat Setia Tinta Emas Sanjung Sarjana Tokoh Penyelidik Harapan (Fakulti & Pensyarah) Tokoh Penulis-penulis Harapan (Fakulti & Pensyarah) Anugerah Seri Gading Anugerah Khas Pengarah Anugerah Khidmat Cemerlang Anugerah Kualiti Pengarah Piagam Pelanggan Amalan Pengurusan Kualiti 5S Pengurusan Kaunter Pengurusan Fail/Dokumen , Malam Kecemerlangan Akademik Anugerah Naib Canselor Anugerah Dekan Host NR (non residence) Cenderahati (pelawat)
• • • • • • • • • • • • • •
Surat & Sijil Penghargaan Anugerah Staf Tanpa MC Anugerah Khidmat Masyarakat (Bahagian/Fakulti & Perseorangan) Anugerah Kualiti Pengarah (Fakulti) Sokongan Kenaikan Pangkat Anugerah Bilik Contoh Bilik Contoh Surat & Sijil Penghargaan Anugerah Staf Tanpa MC Anugerah Khidmat Masyarakat Sokongan Kenaikan Pangkat Anugerah Khas Pengarah Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Surat & Sijil Penghargaan
•
Anugerah Khas Pengarah
Fokus kepada tindakan Fokus kepada tindakan bagi mencapai objektif UiTM Pahang, menambahbaik pencapaian dan mencapai visi UiTM Pahang dilaksanakan melalui tindakan berikut:
Penumpuan kampus ke arah 70% pelajar Sains dan Teknologi dan 30% pelajar Sains Sosial bagi tahun 2010, Perancangan dan penawaran program-program baru di peringkat Ijazah, Penekanan kepada objektif kualiti yang telah ditetapkan dan Analisa objektif kualiti dibentangkan di dalam MKSP mengikut program melalui pendekatan PDCA, Memberi penekanan dan galakan kepada penulisan dan penyelidikan dengan melaksanakan bengkel penulisan jurnal antarabangsa (UPENA, RMU), Menggalakkan muat naik penulisan para akademik dalam Scopus, Pembentangan kertas kerja para akademik di dalam dan luar negara, menggalakkan mengadakan pembentangan dalam kolokium, n-LE, KONAKA dan juga STSS, Menggalakkan staf melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan objektif organisasi sama ada peringkat ijazah atau PhD. Penekanan yang khusus dalam pembangunan infrastruktur kampus bagi menampung enrolmen 10,000 pelajar menjelang 2015 bagi UiTM Pahang. Pembentukan piagam pelanggan dan KPI Pembudayaan penerapan nilai, dasar persekitaran dan dasar hospitaliti
Pengukuran pencapaian akan disemak Kepimpinan Kanan untuk mengenalpasti tindakan susulan melalui analisa pencapaian objektif kualiti semasa MKSP, KPI-Hadhari Scorecard, laporan kemajuan pelan inisiatif RMKe9, laporan bahagian dan program melalui MPD, tindakan pembetulan dan pencegahan, laporan aduan dan maklumbalas pelanggan serta iLead. Perjumpaan staf dan pelajar bersama Kepimpinan Kanan merupakan langkah berkesan bagi memastikan SPK tercapai dengan pembudayaan penerapan nilai, dasar persekitaran dan dasar hospitaliti di kalangan warga kampus. Bagi mewujudkan keseimbangan nilai di kalangan pelajar dan pihak berkepentingan dalam pencapaian yang dijangkakan, dilaksanakan melalui amalan nilai murni berikut:
K1-8
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
Jadual 1.4 : Bentuk Mengimbangi Nilai Dikalangan Pelajar Nilai Tindakan Profesional Mengadakan program pembangunan pelajar, kemahiran insaniah, kursus kepimpinan kepada MPP, JPK dan persatuan. Memastikan pelajar sentiasa mengikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan Apresiasi Meraikan pelajar cemerlang akademik dan pesatuan. Memudahkan urusan aktiviti pelajar dari segi kewangan dan kemudahan Hospitaliti Melibat dan menggalakkan pelajar menjadi penganjur dan jawatankuasa dalam sambutan yang melibatkan tetamu luar (tokoh industri/ korporat), aktiviti lawatan muhibah ke rumah pelajar non-resident setiap hari rabu secara penggiliran. Akauntabiliti Mematuhi akta-akta (174) dan pekeliling, ceramah kerohanian, galakan penglibatan dalam kegiatan persatuan dan ko-kurikulum Nasionalisma Melibatkan pelajar dalam sambutan yang boleh menerapkan perasaan cintakan bangsa dan negara seperti sambutan Kemerdekaan, 1 Malaysia, dan FEST1MA. Glokal Menggalakkan pelajar mendekati masyarakat sekitar di dalam khidmat masyarakat seperti aktiviti OPKIM, klinik matematik, bahasa dan sains.
Jadual 1.5 : Bentuk Mengimbangi Nilai Dikalangan Pihak berkepentingan Nilai Tindakan Profesional Tender terbuka dan telus, sistem penggiliran, memberi taklimat kepada kontraktor Apresiasi Anugerah kepada pihak yang memberi sumbangan kepada UiTM Pahang contohnya host NR, Celcom dan kontraktor Hospitaliti Meraikan setiap tetamu/ bersedia melayan tetamu, bersedia menerima kunjungan Sultan, Tengku Mahkota dan tokoh industri Akauntabiliti Memastikan pihak berkepentingan Memenuhi piagam pelanggan yang ditetapkan dan menepati prosedur UiTM Nasionalisma Mengutamakan kontraktor bumiputera khususnya di Pahang Glokal Bekerjasama dengan majikan dari syarikat tempatan dan luar seperti Sime Darby, Golden Hope, FELDA, KFC, IOI dll. bagi pasaran pekerjaan graduan
1.2 Governan dan Tanggungjawab sosial a) Governan Organisasi Sistem Governan UiTM Pahang menyemak semula dan mencapai faktor utama di dalam sistem governan selari dengan prinsip yang disarankan oleh UiTM induk dan Kerajaan Negeri Pahang. Ia meliputi integriti berdasarkan kepada kejujuran dan objektif, tahap tatasusila yang tinggi, bertanggungjawab,keunggulan peribadi dan beretika sebagai penjawat awam. Governan yang diamalkan juga adalah dengan memastikan semua staf mempunyai kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing ke arah mewujudkan governan yang terbaik. Akauntabiliti tindakan pihak pengurusan. Pihak kepimpinan mewajibkan setiap jabatan mempunyai Sasaran dan KPI Bahagian, serta Piagam Pelanggan untuk memberikan penjelasan dan menyampaikan maklumat mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada yang berkenaan. Maklumat yang disampaikan adalah jelas, tepat dan relevan bagi melindungi pihak berkepentingan yang disampaikan melalui emel rasmi UiTM Pahang, laman web, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, surat pekeliling dan Arahan Pentadbiran serta penubuhan Jawatankuasa Tabir Urus Universiti. Jadual 1.6 : Penerapan Akauntabiliti Pendekatan Mekanisme Semakan Mesyuarat Eksekutif (formal dan Mesyuarat Kaji Semula Kepimpinan (MKSP) tidak formal) Mesyuarat Kepimpinan Dalaman (MPD) Mesyuarat Bahagian /Unit Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Audit Audit Dalam Audit Luar (Llyod’s) Penilaian Penilaian Prestasi
Bagi memastikan akauntabiliti dibudayakan, setiap jabatan dipertanggungjawab menyediakan laporan aktiviti/statistik untuk dihantar ke UiTM Shah Alam. Pelaksanaan fungsi setiap jabatan disahkan melalui semakan audit seperti Jadual 1.6.
Di samping itu, Kepimpinan Kanan bijak mengambil peluang dalam projek pembangunan yang dibangunkan untuk kepentingan universiti. Ini dapat dibuktikan melalui tindakan mendapatkan kelulusan memantau sendiri projek pembangunan Fast Track yang akhirnya menghasilkan bumbung IBS dan ruang legar tanpa kos tambahan. Ini menunjukkan akauntabiliti yang tinggi di kalangan Kepimpinan Kanan khususnya Pengarah Kampus. Akauntabiliti kewangan Kepimpinan kanan bertanggungjawab memastikan sumber kewangan diuruskan secara efektif, telus, terkawal, konsisten dan tepat. Kaedah yang digunakan bagi memastikan K1-9
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
akauntabiliti dalam kepimpinan kewangan adalah berdasarkan kepada beberapa pendekatan iaitu pematuhan ISO 9001:2000 Pejabat Bendahari, menerima pakai semua arahan perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan pekeliling Bendahari UiTM, audit oleh pihak luar iaitu Juruaudit Jabatan Negara (penyata Kewangan Tahunan) dan (Kepimpinan Perolehan), Audit Interim Akaun UiTM Pahang oleh Jabatan Audit Negara, Audit dalaman Pensijilan ISO9001 : 2008 serta menghadiri mesyuarat ketua-ketua pejabat Bendahari di Shah Alam dan kampus negeri 4 kali setahun. Bahagian Bendahari turut mengemukakan Penyata Kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri sebelum / pada 30 April tahun berikutnya. Ketelusan operasi dan pemilihan dan pendedahan polisi untuk ahli lembaga governan/ badan penggubal dasar Aspek ketelusan menjadi satu keperluan dalam memberikan keyakinan kepada pihak berkepentingan, justeru dalam memastikan tindakan diambil itu berkesan, hubungan erat dan perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas dengan pihak berkepentingan dipraktikkan oleh pengurusan UiTM Pahang melalui pelaporan bagi semua aktiviti yang dilaksana di kampus manakala laporan akhbar berkaitan UiTM Pahang disalurkan oleh Unit Perhubungan Korporat UiTM Pahang dan Sekretriat Pejabat Pendaftar. Pengarah Kampus berperanan memaklumkan operasi pengurusan UiTM Pahang melalui mesyuarat penyelarasan dengan lembaga governan seperti Mesyuarat Senat, Mesyuarat Pengarah Kampus dan Mesyuarat Pembangunan Kampus. Disamping itu, bahagian/abatan juga menghantar laporan ke Induk Jabatan UiTM Malaysia. Makluman yang melibatkan pelaksanaan kampus turut dimaklumkan di dalam ME dan MPD serta memanjangkan pekeliling kepimpinan dari UiTM Malaysia kepada staf. Audit dalam dan luar yang bebas dan neutral Bermula tahun 2005, audit dalam dan luar memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan kepimpinan UiTM Pahang. Audit dalaman dilakukan oleh staf lulus dalam Kursus Audit Dalam ISO9001:2000 dan kursus persijilan semula ISO9001:2008. Juruaudit dalaman dipastikan tiada kepentingan dalam proses yang diaudit. Selain itu audit dijalankan oleh juruaudit luar seperti juruaudit Llyod’s Register, interim akaun dan Jabatan Audit Negara. Audit Dalam dan Audit Luar di UiTM Pahang adalah bebas, neutral, dilaksanakan secara berkala dan penemuan audit diperolehi melalui laporan hasil audit. Melindungi pihak berkepentingan dan kepentingan mereka Dalam mentadbir urus, kepentingan pihak berkepentingan diberi pertimbangan yang saksama dan sewajarnya di mana kepimpinan UiTM Pahang mengolah langkah mengenalpasti keperluan pelajar, staf, ibubapa dan pembekal. Jalinan hubungan dengan pihak berkepentingan dilaksanakan melalui komunikasi dua hala bertujuan mengelakkan percanggahan kepentingan, maklumat tepat dan memastikan maklumbalas diperolehi. Bagi melindungi pihak berkepentingan seperti pembekal, bahagian bendahari telah menetapkan piagam pelanggan mereka iaitu menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima dokumen lengkap dari bahagian yang memohon, menguruskan bayaran biasiswa/pinjaman yang diterima daripada penaja dalam tempoh 7 hari selepas pihak Bendahari menerima dokumen lengkap (Dokumen lengkap bermaksud senarai nama serta bayaran daripada penaja). Kaedah melindungi pihak berkepentingan adalah seperti berikut: Pelajar
Pelajar mendapat pengetahuan yang sewajarnya – mengguna pakai silibus yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti dan memenuhi MQA Menjalankan Analisa Latihan Praktik bagi memastikan pengetahuan pelajar selari dengan kepakaran yang diperlukan oleh organisasi. Mendapatkan maklumbalas daripada pelajar. Contohnya: Diskusi Kampus, SuFO, e-Aduan, Borang Aduan dan Maklumbalas Pelanggan. Hari Bertemu Pelanggan Penyediaan infrastruktur yang lengkap contohnya Bengkel Perkayuan, Kem Sri Gading, Makmal Sains dan Bahasa, komputer; perpustakaan, WiFi Muafakat, WiFi UiTM, WiFi Streamyx, UniNET (Koperasi UiTM Pahang) lot parkir pelajar, koperasi, dan kemudahan pengangkutan
K1-10
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam Staf
Ibu bapa
Pembekal
AKNC 2011
Semua staf mempunyai arahan kerja dan portfolio pengajaran dan diukur dengan sasaran kerja tahunan. Kebajikan staf dengan menyediakan klinik panel, taska dan rumah institut. Penganugerahan Anugerah Khidmat Cemerlang, anugerah-anugerah semasa Hari Inovasi. Menerima dan memberikan maklumbalas terhadap sebarang aduan daripada pihak ibu bapa. Program Selangkah ke UiTM Jom Masuk U Program Misi Akademik Taklimat waris Semua pembekal mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Tawaran tender (diiklankan) mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sistem penggiliran (cabutan undi)
Penilaian Prestasi Pencapaian Pengarah Kampus dinilai melalui Kajiselidik Pengurusan Kanan dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) oleh Kepimpinan Tertinggi UiTM, SKT Kepimpinan Kanan lain dinilai oleh Pengarah Kampus dan e-EmSats (Kajian Kepuasan Kerja Staf UiTM Pahang) menilai pencapaian kampus keseluruhan. Pencapaian ahli lembaga governan/ badan penggubal dasar dinilai di bawah bidang kuasa kepimpinan tertinggi UiTM Malaysia. Kepimpinan kanan menggunakan semakan pencapaian khususnya untuk penambahbaikan kecekapan, keberkesanan dan sistem kepimpinan berdasarkan pencapaian perancangan strategik jabatan, KPI-Hadhari Scorecard, objektif kualiti, laporan kemajuan pelan inisiatif RMKe9, laporan Anugerah Kualiti Pengarah, laporan bahagian dan program, tindakan pembetulan dan pencegahan, laporan aduan dan maklumbalas pelanggan serta i-Lead. b) Tingkahlaku beretika dan mengikut perundangan Tingkahlaku perundangan, kawalan dan akreditasi Impak program, tawaran kursus, khidmat dan operasi kepada masyarakat ditangani melalui Kajian Impak yang dilaksanakan meliputi perkembangan perniagaan/ ekonomi, peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan peningkatan pembangunan infrastruktur. Kepimpinan Kanan turut menggalakkan penglibatan jabatan sekitar di dalam aktiviti yang di laksanakan di dalam kampus seperti semasa Forum Hak Perpaduan Melayu dalam Konteks 1 Malaysia yang turut dihadiri oleh Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang, majlis perasmian sempena keusahawanan, kerjaya & kesihatan, Festival Makanan 1 Malaysia (FEST1MA), perjumpaan bersama Pegawai Felda Wilayah Jengka, TELEKOM, MoU dengan Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP), kerjasama dengan MSN bagi sukan memanah, kerjasama dengan Pusat zakat Negeri Pahang dan terlibat dengan bengkel perkayuan melalui program ECER. Dengan adanya jalinan kerjasama dan hubungan baik dengan ketua masyarakat, ADUN, Ahli Parlimen, penguasa tempatan, Menteri Besar, istana, dan ahli masyarakat, fungsi dan peranan UiTM dapat diperjelaskan. Impak program, tawaran kursus, khidmat dan operasi kepada masyarakat dilestarikan melalui lawatan dari IPT, sekolah kebangsaan dan menengah, PLKN, memenuhi jemputan dalam memberi penerangan kepada sekolah menerusi program misi akademik, aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan staf dan pelajar (OPKIM, KRISTAL, FESTIMA), menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Felda Negeri Pahang, pembangunan semula Pusat Sumber Sekolah Menengah Jengka 24, melaksanakan penilaian dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Menengah Negeri Pahang, jemputan kepada pelajar sekolah menengah dan kebangsaan dalam Program Karnival Ilmu, melaksanakan perkongsian maklumat melalui perkongsian pintar dan ceramah kepada guru dan pelajar sekolah, program kerjaya yang melibatkan syarikat dalam memberi peluang pekerjaan kepada bakal graduan, aktiviti perundingan dan penyelidikan oleh pensyarah, penganjuran seminar, bengkel dan program seperti N-LE, STSS, ceramah Haji, ceramah agama kepada masyarakat. Kelestarian kampus diperolehi dari penawaran program, tawaran kursus, perkhidmatan dan operasi yang sedia ada dan akan datang melalui penumpuan kampus ke arah 70% pelajar Sains dan Teknologi dan 30% pelajar Sains Sosial bagi tahun 2010. Kajian pasaran bagi keperluan program baru dilaksanakan bagi mengetahui tentang sambutan dari bakal pelajar dan majikan dan memastikan penawaran program baru UiTM Pahang menepati tag line Kampus Khazanah Alam dan fokus pengembangan program Engineering & K1-11
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
Environmental Heritage serta nilai UiTM Pahang. Kajian pasaran juga mengenalpasti sambutan dari masyarakat sekitar bagi pengisian tenaga kerja untuk mengisi kekosongan perkhidmatan dan operasi di dalam kampus. Kewujudan kampus ini menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar sama ada sebagai staf atau kontraktor. UiTM Pahang bersiap sedia menghadapi kepentingan awam ini secara proaktif, termasuk mengekalkan sumber asli, menggunakan proses pengurusan pembekal yang berkesan, menambah bilangan program sarjana muda di Kampus Jengka, meningkatkan bilangan pensyarah yang kompeten dalam bidang yang diperlukan serta menaiktaraf dan menambah bilangan ruang pengajaran dan pembelajaran. Keperihatinan ini disediakan secara proaktif dari sumber yang berdaya saing dan munasabah melalui penglibatan staf bersama kerajaan negeri, Unit Perhubungan Korporat yang melibatkan komunikasi di antara UiTM Pahang dan organisasi luar; Jawatankuasa Misi Akademik yang menyebarkan maklumat program yang ditawarkan; undangan staf dalam memberikan bengkel, taklimat dan ceramah kepada masyarakat, menggunakan platfom persatuan pelajar dengan mendekati masyarakat dan sekolah yang berpontensi. Perlakuan perundangan Proses penerapan dan jaminan pematuhan perundangan di kalangan staf menjangkaui keperluan peraturan, keselamatan, akreditasi dan perundangan dilaksanakan melalui ISO9001:2008 (Pengajaran dan Pembelajaran), ISO9001:2008 (Penyediaan Perkhidmatan Perpustakaan), ISO9001:2008 (Pejabat Bendahari) dan Pematuhan Malaysian Qualification Accreditation (MQA), Akta 174, Akta 605 dan Akta UiTM. Penubuhan SOSHCo dan jawatankuasa operasi khidmat masyarakat dan kerjasama dengan Jabatan Polis Negeri Pahang, pelaksanaan sistem amalan persekitaran terbaik (5S) di tempat kerja, pengenalan dan pendedahan kepada sistem kepimpinan risiko melalui tindakan pembetulan dan pencegahan merupakan langkah tambahan. Bagi menangani risiko berkaitan dengan program, tawaran kursus, perkhidmatan dan operasi, langkah proaktif dilaksanakan melalui tindakan pencegahan dan pembetulan, pematuhan pensijilan ISO9001:2008 iaitu bagi skop Pengajaran dan pembelajaran, peratus pencapaian dalam objektif kualiti UiTM Pahang, pemantauan peratus kelulusan dan kegagalan dalam peperiksaan, pelaksanaan OBE, laporan hasil audit dalam dan audit luar, pematuhan silibus mengikut MQA, serta analisa terhadap aduan maklumbalas pelanggan. Risiko perkhidmatan dan operasi ditangani oleh UiTM Pahang dengan memastikan belanjawan mengurus adalah mencukupi termasuk belanjawan jika berlaku kecemasan dan permohonan bajet tambahan akan dibuat sekiranya perlu. Pengurusan belanjawan operasi disokong melalui perancangan belanjawan yang mengikut tren tahun sebelumnya, fokus keperluan semasa dan projek yang dirancang. Perancangan belanjawan akan dibuat setiap tahun, belanjawan mengurus setiap dua tahun dan agihan bajet pada setiap tahun mengikut permohonan dan perancangan setiap fakulti, kertas kerja dan perjanjian program. Penilaian risiko kewangan dibuat melalui laporan penyata kewangan, laporan perbelanjaan, laporan prestasi pembayaran perolehan, kepatuhan kepada piagam pelanggan, bengkel penilaian risiko dan laporan audit. Kesinambungan operasi dapat dipastikan melalui penjanaan sendiri pendapatan melalui penubuhan tabung amanah hasil ladang, ternakan, sewaan, hasil dari pelajar (seperti denda dan yuran intersesi), hasil projek perundingan, seminar, konferensi dan hasil pasaran. Jawatankuasa Krisis telah dibentuk bagi menghadapi perkara luar jangkaan. Penerangan tentang aspek keselamatan contohnya melalui latihan kebakaran, papan tanda arah keluar dan lokasi berkumpul di tempat sesuai, pemeriksaan secara berkala bagi tarikh luput alat pemadam api dan loceng kecemasan sentiasa berfungsi adalah langkah yang dilaksanakan. Pada tahun 2010, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem perpaipan gas manifold UiTM Pahang juga telah dilaksanakan bagi sistem paip di dewan makan kompleks siswi, kolej siswa dan siswi serta makmal sains . Laporan pemeriksaan dan penyelenggaraan ini adalah merupakan dokumen wajib bagi pengurusan keselamatan kerja (SOSHCo). Operasi menembak kera dan babi hutan, memusnahkan sarang lebah, sarang tebuan, pencegahan anai-anai dan fogging juga dijalankan secara berkala demi keselamatan dan kesihatan staf dan pelajar. UiTM Pahang juga mengambil langkah berjaga-jaga semasa K1-12
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
menangani penyakit berjangkit seperti H1N1 dan ILI dengan memberi taklimat dan penerangan, kuarantin, suntikan vaksin dan sebagainya. Dari aspek pemulihan, pelajar yang dijangkiti ILI dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga pulih sepenuhnya sebelum dibenarkan menjalani kuliah seperti biasa. Dari segi pengurusan data, sistem backup dilaksanakan oleh pihak USMB UiTM Pahang sebagai langkah pencegahan dari kehilangan data penting yang memastikan operasi harian terus berjalan lancar. Namun begitu bagi data yang lebih umum, sistem backup dibuat oleh PSMB UiTM Malaysia. Staf menandatangani akujanji Kursus orientasi kepada semua staf baru Pematuhan Akta 605 : Akta badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
UiTM Pahang menerap dan menjamin tingkahlaku beretika di dalam semua interaksi
Perintah Am dan Arahan Pentadbiran Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Pemberian Buku Nilai dan Etika Staf untuk dihayati
Disamping itu, UiTM Pahang turut mengambil tindakan tatatertib terhadap staf bermasalah, pemasangan banner peringatan, menguatkuasakan undang-undang lalulintas dalam kawasan UiTM Pahang, perkhidmatan kaunseling kepada warga UiTM Pahang dan menganjurkan program berbentuk kerohanian berteraskan PIN. Selain itu, perilaku staf juga dipantau melalui laporan tatatertib, laporan perakam waktu, rekod teguran dan nasihat, e-Aduan, i-Lead dan pemantauan kuliah oleh Ketua Program dan staf dari HEA. Bagi pelajar pula prilaku etika disampaikan semasa Minggu Minggu Destini Siswa, mempamerkan poster ‘sahsiah rupa diri pelajar’, tindakan tatatertib pelajar, dan program yang dianjurkan kepada pelajar antaranya Ceramah Kerjasama Dalam Menjaga Keselamatan Kampus. Proses dan pengukuran utama atau indikator untuk pelaksanaan dan pemantauan tingkahlaku beretika di dalam struktur governan bagi keseluruhan organisasi dan di dalam interaksi dengan pelajar, pihak berkepentingan, pembekal dan rakan kongsi adalah melalui hubungan terus dengan kepimpinan kanan, melalui e-Aduan, borang maklumbalas pelanggan, pemantauan kuliah, jadual pengawasan semasa peperiksaan, kaji selidik, borang penilaian program, buku pelawat dan diskusi kampus. Pemantauan dan tindakan terhadap tingkahlaku yang tidak beretika Pengawasan oleh ketua-ketua bahagian, Sistem pemantauan dan laporan keberadaan staf di dalam kampus melalui sistem e-cuti (keluar waktu pejabat), Pemantauan staf makan di luar kampus dan waktu pejabat, Laporan dan pemeriksaan kad perakam waktu, Sistem pemantauan kuliah HEA, Borang kehadiran kuliah/ program, Laporan penasihat akademik, rondaan berkala, Kawalan lalu lintas dan pengeluaran saman oleh unit keselamatan, Surat peringatan pembaziran utiliti, Surat tunjuk sebab dan tindakan tatatertib, Kepimpinan Kanan membuat lawatan mengejut ke pejabat dan tempat bertugas staf, Memberi teguran dan nasihat di mana jika perlu dicatat di dalam Borang Rekod Teguran Dan Nasihat yang perlu ditandatangani oleh staf dan ketua jabatan serta dimaklumkan kepada bahagian sumber manusia.
c) Tanggungjawab kemasyarakatan dan sokongan terhadap komuniti Kesejahteraan kemasyarakatan UiTM Pahang menitikberatkan kesejahteraan dan manfaat masyarakat sebagai sebahagian daripada strategi dan operasi seharian dengan melaksanakan aktiviti dan program yang boleh melibatkan masyarakat sekitar dan tumpuan Kepimpinan Kanan khasnya kepada golongan orang asli. UiTM Pahang menitikberatkan kesejahteraan persekitaran, sosial dan sistem ekonomi di mana organisasi menyumbang atau mungkin menyumbang dengan menyediakan prasarana kepada masyarakat sekitar secara sewaan bagi melaksanakan program anjuran mereka. Selain itu, dengan adanya warga UiTM ini dapat meningkatkan ekonomi masyarakat sekitar melalui kuasa beli yang tinggi dari pelajar dan staf. Sokongan komuniti UiTM Pahang mengenalpasti bumiputera Negeri Pahang iaitu masyarakat Melayu, masyarakat Felda dan orang asli sebagai komuniti utama. UiTM Pahang menyokong dan memperkukuhkan komuniti utama secara aktif dengan perjumpaan bersama Kerajaan Negeri Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Majlis K1-13
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
daerah, Felda, JHEOA, mesyuarat bersama pihak sekolah, kerjasama dalam hubungan industri dan sebagainya. Kepimpinan Kanan mengenalpasti komuniti ini melalui keterlibatan keilmuan mereka contohnya penggunaan belimbing buluh yang banyak di dalam pembuatan sambal hitam yang menjadi trademark UiTM Pahang selari dengan dasar hospitaliti, justeru UiTM Pahang berperanan mendidik mereka di dalam bidang pemasaran melalui aktiviti keusahawanan manakala kelebihan UiTM Pahang di dalam sukan memanah telah dimanfaatkan untuk komuniti ini melalui latihan memanah kepada pelajar sekolah sekitar Jengka sehingga melakar kejayaan mewakili daerah dan negeri. Kepimpinan Kanan, seiring dengan staf, memberi sumbangan bagi menambahbaik komuniti ini dengan menganjurkan ceramah Memrperkasa Jati Diri Melayu dan Bumiputera, melaksanakan Program Misi Akademik kepada pelajar sekolah, program KRISTAL, memberi peluang perniagaan kepada kontraktor, peniaga dan pengusaha; kelas kemahiran bahasa, khidmat masyarakat, OPKIM, mengalukan dan menerima lawatan (sekolah, PLKN, jabatan kerajaan negeri), menghadiri jemputan ke Majlis Penyampaian Bantuan untuk warga emas miskin, ibu tunggal miskin, OKU, anak yatim, sakit kronik dan menghadiri Majlis Perundingan Belia Daerah Maran, program keusahawanan dalam Tunas Mekar, bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan dalam melaksanakan peperiksaan (MUET), kemudahan penyewaan prasarana seperti blok penginapan, padang, masjid dan bilik kuliah untuk masyarakat setempat.
K1-14
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan
UiTM Pahang, Kampus Khazanah Alam
AKNC 2011
K1-15
Dokumen Terkawal * Hanya untuk rujukan