Kelab Kebajikan Staf
Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
Bil. 1/2017 Edisi Jan – Jun 2017
“Apresiasi SAhabat Selami Impian”
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KELAB Salam UiTM di Hatiku. Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya pada 2017 ini kita masih diberi peluang untuk terus mewarnai kehidupan. Saya amat berasa bangga dan berterima kasih di atas kelahiran e-Buletin ini. Semoga ianya dapat menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli kelab walaupun tidak dapat selalu bersua muka. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada mantan Pengarah Pusat Asasi, Dr. Muhamad Rosli Sulaiman yang telah mengasaskan Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi ini. Juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ahli jawatankuasa kelab dan sumbangan individu yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti sepanjang Pusat Asasi ditubuhkan sehinggalah ke tahun 2017 ini. Sekalung tahniah juga kepada staf yang telah berjaya dinaikkan pangkat, menimang cahaya mata, mendirikan rumah tangga dan apa jua berita gembira yang dapat diraikan dan dikongsi bersama warga Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Tidak dilupakan ucapan takziah bagi yang menghadapi musibah, pemergian orang yang tersayang, kemalangan dan selainnya. Daya kami cuma dapat menghimpunkan doa dan semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapinya. Salam muhibbah dan penghargaan juga kepada mantan warga Asasi yang telah bersara, berpindah atau bertukar jabatan. Kenangan bersama akan sentiasa tersemat di jiwa. Harapan saya semoga setiap individu dari semua peringkat dapat meneruskan usaha untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan ASiD dengan memperkasakan semangat kerja berpasukan sesama kita selari dengan tema kita “Apresiasi Sahabat Selami Impian”. - PN. NORIDAH MOHD ALI -
PROGRAM & AKTIVITI KELAB (JANUARI - JUN 2017) MAJLIS JASAMU DIKENANG 2017 Pada 20 Mac 2017, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan staf-staf yang akan bersara dan berpindah ke kampus lain. Selain daripada tetamu yang diraikan, kelab juga turut menyampaikan sumbangan kepada staf yang baru menimang cahaya mata dan baru melangsungkan perkahwinan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain dan dianggarkan telah disertai oleh 200 staf Pusat Asasi. Kelab Kebajikan Staf ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di Pusat Asasi dan kelab juga ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya!
PROGRAM “MEH KITO BOLOLAH…”
UiTM ULTIMATE RACE 2017
Bermula 10 Februari 2017, Kelab Kebajikan Staf dan Unit Kesihatan Kampus Dengkil secara bersama telah menganjurkan Program “Meh Kito Bololah…” pada setiap hari Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti senamrobik, berjalan 10000 langkah, jogging, naik tangga, berbasikal, zumba, HIIT dan banyak lagi. Program ini telah berjaya memupuk kesedaran dalam kalangan staf tentang pentingnya menjaga kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ayuh beramai-ramai kita turut serta dalam aktiviti-aktiviti “Meh Kito Bololah…” pada masa hadapan.
Kelab Kebajikan Staf telah menaja pasukan ASiD Synergy untuk menyertai pertandingan UiTM Ultimate Race 2017 yang berlangsung pada 18 Februari 2017 di Cahaya SPK, Puncak Perdana. Pasukan yang diketuai oleh En. Khairul Rezwan telah memenangi tempat ke-5 daripada 17 pasukan yang bertanding. Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dato’ Hassan Said. Kelab mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan tersebut!
1
Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
KEJOHANAN BOWLING 2017 Pada 1 April 2017, satu Kejohanan Bowling anjuran Kelab Kebajikan Staf telah berlangsung di Arl Power Bowl, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya. Program ini telah diketuai oleh En. Ahmad Fuzairi, En. Khairul Rezwan dan Cik Mas Fiza dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 80 orang peserta. Kejohanan bermula pada pukul 10 pagi dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Tuan Syed Abdul Illah Al-Yahya. Kategori Individu Lelaki telah dimenangi oleh En. Mohd Fadhli Shah dengan 500 jatuhan pin manakala Kategori Individu Wanita pula dimenangi oleh Pn. Nurul Fatahah Asyqin dengan 423 jatuhan pin. Program berakhir kira-kira pada pukul 3.00 petang. Acara tahunan ini merupakan hasil cetusan idea mantan Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Dr. Muhamad Rosli Sulaiman yang bertujuan merapatkan silaturrahim antara staf.
MAJLIS BERBUKA PUASA STAF 2017 Kelab Kebajikan Staf sekali lagi telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 1 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadan 1438H di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil. Pengarah program ini adalah Ustaz Ahmad Firdaus Ismail. Juadah berbuka puasa disediakan secara gotongroyong yang telah diketuai oleh En. Mohd Hafiz Mahamad Nawavi dan dibantu oleh staf-staf pelbagai unit di Kampus Dengkil. Sedikit tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Jamil sebelum masuk waktu berbuka. Majlis ini telah dihadiri kira-kira 100 orang staf bersama keluarga masing-masing. Program ini telah berjaya memupuk amalan berpasukan dan menganjurkan ukhuwah dalam kalangan staf disamping menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
ZIARAH STAF CUTI SAKIT Wakil Kelab Kebajikan Staf telah menziarahi Encik Syamsulhairi Yaakop, pensyarah Sains Komputer Pusat Asasi pada 3 Mac 2017 yang menjalani pembedahan kaki dan juga menziarahi Encik Farid Ibrahim (Bob), Pembantu Operasi Kolej Dahlia pada 6 April 2017 yang mengalami kemalangan jalan raya pada tahun lepas. Kedua-dua staf semakin pulih dan berseri-seri menyambut kedatangan kami. Kami menyeru agar semua ahli kelab dapat mendoakan mereka agar diberikan kesembuhan dan kesihatan agar mereka dapat kembali berkhidmat menabur bakti kepada kampus.
SENARAI PENERIMA INSENTIF DAN SUMBANGAN KELAB (JAN-JUN 2017) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37
Nama Penerima Ahmad Fuzairi Ahmad Faizal Ainul Mardhiyyah Tajudin Aminatul Solehah Idris Hasmanizam Mohd Hadzin Janaki A/P Manokaran Mi Hassan Jamaludin Mohamad Sofi Baharum Mohd Fareez Mohd Zainudin Mohd Razi Nekmat Mohd Safri Mohammed Na’aim Mohd Saifol Abdul Razak Muhammad Hafiz Mohd Ariff Muhammad Nazirul Wazir Muhammad Shazwan Zulkepli Nadiah Hanim Abdul Wahab Noor Safina Sulaiman Nor Salimah Abd Jamil Norizah Mohd Amer Nur Syakireen Ishak Nur Azian Azis Nur Fazlina Abdul Samad Nur Shahiera Nabila Rahmin Nurhilyana Anuar Rubiatul Adawiyah Yusri Sahrulnizam Senin Saiyidatul Nadiah Idris Wan Mohamad Hafizdhu Zulaiha Zainal Muhamad Fairuz Ibrahim Muhammad Luthfi Mohaini Dr. Leele Susana Jamian Dr. Siti Maftuhah Damio Mazlen Arepin Dr. Lokman Ibrahim Ustazah Nafisiah Mohd Azhari Zailani Salwa Ibrahim
Unit Fizik Law CS PB APB BPP Infotech BPP Makmal Law Makmal HEP HEP/HEI HEP/Kesihatan APB Kimia PTAR Fasiliti Biologi PTAR HEA HEA CS Bendahari PB Matematik Fasiliti HEP/Kesihatan PB APB TESL TESL TESL Kimia ACIS PTAR PTAR
Perkara Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Menimang Cahaya Mata Berkahwin Berpindah Berpindah Berpindah Berpindah Bersara Kematian Kematian
2
Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
IMBAUAN AKTIVITI KELAB 2016 PROGRAM KESERAKANAN 2016 Pada 17 Mei 2016, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Keserakanan 2016 bertempat di Anjung Dengkil dan Kolej Dahlia UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah diketuai oleh Dr. Ikhwan Naim Md Nawi dan Cik Mas Fiza Mustafa dan seramai kira-kira 200 orang kakitangan telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai “ice-breaker” untuk para staf di kampus baru Dengkil ini. Seterusnya ia diharap menggalakkan taaruf dan interaksi antara staf, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan ukhuwah serta menganjurkan keserakanan dan meraikan persahabatan antara staf-staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran kakitangan dan seterusnya acara perasmian telah dilakukan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program adalah seperti Ayahanda Dengkil, Air Dalam Botol, BINGO, Mencari Kunci, Membuka Peti Besi dan cabutan bertuah. Aktiviti-aktiviti tersebut telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Firdaus Ismail. Acara penyampaian insentif dan sumbangan untuk staf yang menimang cahata mata dan baru melaksanakan perkahwinan juga diadakan. Program diakhiri dengan sesi bergambar semua warga Asasi. Program ini telah berjaya memupuk keserakanan di antara kakitangan dan program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan.
PROGRAM BUBUR LAMBUK 2016 Pada 29 Jun 2016, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Program Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 2016 bertempat di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Mohd Nawavi dan seramai kira-kira 150 orang kakitangan telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meraikan bulan Ramadan al-Mubarak dan menganjurkan amalan bersedekah dalam kalangan staf-staf Pusat Asasi dan UiTM Kampus Dengkil. Program bermula pada pukul 1.00 petang dengan aktiviti memasak yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Mahamad Nawavi, Ustaz Rohaizad dan Wak Lizam. Proses masakan siap sepenuhnya menjelang waktu Asar. Seterusnya, bubuk lambuk tersebut dimasukkan ke dalam bekas untuk diedarkan. Proses edaran dilakukan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain kepada para staf dan pelajar Pusat Asasi. Program ini telah berjaya memupuk amalan berpasukan dan bersedekah dalam kalangan staf.
PROGRAM KHATAM AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA STAF IHYA’ RAMADAN 2016 Pada 29 Jun 2016, Kelab Kebajikan Staf bersama dengan Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Dengkil telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa Ihya’ Ramadan 2016 di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Firdaus Ismail dan seramai kira-kira 100 orang staf bersama-sama keluarga masing-masing menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi amalan di bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia dan menganjurkan ukhuwah dalam kalangan staf-staf Pusat Asasi. Program bermula pada pukul 4.00 petang dengan aktiviti Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Norhisham. Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian zakat kepada pelajar dan staf oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof Madya Ahmad Kamil Hussain. Aktiviti berbuka puasa bermula sejurus azan Maghrib berkumandang. Selepas berbuka, para hadirin mendirikan solat Maghrib, seterusnya solat isyak dan Terawih secara berjemaah. Program tamat selepas solat Terawih. Program ini telah berjaya menyemarakkan lagi amalan yang mulia di bulan Ramadan al-Mubarak dan menganjurkan ukhuwah dalam kalangan staf.
3
Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
PROGRAM MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 1437H/2016M Pada 29 Julai 2016, Kelab Kebajikan Staf telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M yang bertemakan Syukur@Dengkil di Bilik 24 jam PTAR Kampus Dengkil. Sambutan Hari Raya yang julung kalinya diadakan di kampus baru Dengkil ini telah menarik lebih 200 orang hadirin yang masing-masing memperagakan busana Hari Raya yang segak dan bergaya. Program bermula sekitar 2.30 petang dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain. Beliau telah menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian. Sementara hadirin menjamu selera, majlis diselitkan dengan penyampaian insentif perkahwinan, cahaya mata dan hadiah cabutan bertuah. Pada kemuncak majlis, Dr. Juan Matmin telah di umumkan sebagai pemenang Best Dressed Lelaki dan Dr. Fatimah Salim sebagai pemenang Best Dressed Wanita.
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KAMPUS DENGKIL YANG PERTAMA (ANJURAN BERSAMA KAS ENGINEERING SDN BHD) 2016 Pada 28 Nov 2016, Kelab Kebajikan Staf bersama dengan KAS Engineering Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kampus Dengkil Yang Pertama bertempat di Pusat Islam Kampus Dengkil. Satu Jawatankuasa Task Force yang diketuai oleh Pn. Malissa Mohamed telah dibentuk untuk merancang dan merealisasikan program ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Mohd Norhisyam Azman dan seterusnya dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi, Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain dengan upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian. Seterusnya, majlis menyaksikan upacara menanam pokok oleh Tuan Pengarah dan wakil KAS Engineering sebagai tanda memperingati ulang tahun pertama Kampus Dengkil.
SENARAI PENERIMA INSENTIF DAN SUMBANGAN KELAB TAHUN 2016 Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
Nama Penerima Dr. Ng Kwok Wen Mohd Ridhwan Mohd Nor Nur Asyikin Ahmad Nazri Mohd Izad Hafiszi Jaemen Nor Hafidah Abd Kadir Nur Haryati Mohammad Raduan Nur Sa'aidah Ismail Malissa Mohamed Dr. Salizatul Ilyana Ibrahim Nor Faridah Hanim Md Junid Janariah Jamaludin Nor Hafizah Moktar Dr. Norhayati Muhammad Sharifah Shakirah Syed Omar Raudzatul Fathiyah Mohd Said Rosman Hj Ujang Kelimah anak Elong Muhammad Rahmat Yunus Umi Salamah Mukit Mohd Ridhwan Mohd Nor Nurul Jannah Ismayatim Muhamad Farid Ibrahim (Bob) Syahrul Nizam Jubilee
Unit Kimia Makmal Fizik Kolej Law Matematik Matematik Biologi Kimia Fizik Kolej Kolej Kimia APB CS HEP Kimia Infotech Bendahari Makmal HEP Kolej PB
Perkara Berkahwin Berkahwin Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Kematian Kematian Kematian Kematian Kematian Kematian Berpindah Berpindah Berhenti Warded Musibah
Bil 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43
Nama Penerima Noor Safina Sulaiman Nurul Asihkin Selamat Abir Wardati Abd Latif Dr. Siti Rudhziah Che Balian Nor Faridah Hanim Mat Junit Nurkhaizan Zulkepli Masnita Mat Jusoh Tengku Norbaya Tengku Azhar Faizatul Farah Hatta Dr. Fatimah Salim Teh Faradilla Abd Rahman Saidatul Nadiah Idris Suraya Mohd Shaibani Mohd Azhari Zailani Roziana Bujang Ustaz Norhisyam Azman Mohd Khaizir Kamarun Nur Azian Azis Marlizawati Mohamat Ainul Hafiza Abdul Hair
Unit Kimia PTAR Fizik Fizik Fizik Fizik Fizik Biologi Kimia Kimia CS Matematik Makmal PTAR Biologi HEP Infotech PTAR HEP Biologi
Perkara Berkahwin Berkahwin Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Cahaya Mata Warded
*Sekiranya terdapat ahli kelab yang terlepas pandang daripada menerima insentif dan sumbangan, kami AJK kelab ingin memohon maaf dan meminta agar dimaklumkan kepada Wakil Unit dengan segera. Kami juga meminta agar maklumat-maklumat penting disampaikan terus kepada Wakil Unit masing-masing untuk direkodkan.
4
Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
INFO KEBAJIKAN 2017 DASAR KELAB 2017
PERANCANGAN KELAB 2017
Jawatankuasa Kelab Kebajikan Staf dalam mesyuarat Bil. 1/2017 bertarikh 20 Feb 2017, telah bersetuju membuat dan menyemak beberapa dasar dan ketetapan, antaranya:
Antara perancangan kelab sepanjang tahun 2017 adalah seperti berikut:
1.
2.
Dasar Keahlian Kelab Dasar keahlian kelab dikekalkan dan ditambahbaik berdasarkan keputusan Mesyuarat Akademik dan Pentadbiran 1/2016 bertarikh 29 Mac 2016 iaitu; a) Staf Tetap dan Kontrak adalah secara automatik menjadi ahli kelab dan wajib membayar yuran serta layak mendapat hak keistimewaan ahli. Sekiranya terdapat staf yang tidak membayar yuran, mereka tetap kekal menjadi ahli kelab, tetapi mereka tidak mendapat hak-hak keistimewaan ahli seperti insentif cahaya mata, sumbangan untuk kemalangan dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka amat dialualukan untuk menyertai sebarang program dan aktiviti kelab. b) Staf Sementara dan PTFT adalah bukan secara automatik menjadi ahli kelab dan tidak wajib membayar yuran tetapi sekiranya membayar yuran, maka akan mendapat hak keistimewaan sebagaimana ahli kelab yang lain. Perlu maklumkan dan direkod oleh Wakil Unit. c) Semua ahli kelab dan staf sementara/PTFT adalah dijemput menyertai semua program dan aktiviti yang dianjurkan kelab dan dialu-alukan untuk menawarkan diri untuk membantu AJK dalam proses penganjuran yang dijalankan. d) Staf Cuti Belajar dan bercuti panjang adalah tetap menjadi ahli kelab dan dialu-alukan untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan. Mereka tidak wajib membayar yuran. Dasar Kutipan Yuran Kelab Yuran adalah dikekalkan seperti berikut: Gred 51 dan keatas Gred 41 hingga 50 Gred 40 dan ke bawah
RM 10 sebulan RM 7 sebulan RM 5 sebulan
Pembayaran yuran perlu dibuat melalui Wakil Unit masing-masing yang telah dilantik berkuatkuasa 2017. 3.
Dasar Perbelanjaan/Insentif/Sumbangan Kelab Perbelanjaan kelab adalah ditetapkan seperti berikut: Hadiah perkahwinan staf (isteri pertama shj) Insentif staf mendapat cahaya mata Hadiah perpisahan staf Sumbangan staf mengalami kemalangan dan penyakit kritikal Sumbangan staf masuk wad hospital Sumbangan staf kematian ahli keluarga terdekat (ayah/ibu/suami/isteri/anak) Sumbangan staf yang mengalami bencana alam/musibah Insentif staf menunaikan haji Insentif staf menerima cucu pertama Derma Luar (masjid/ surau/ rumah anak yatim/ tahfiz/ kemalangan/ kecelakaan/dll) Bantuan kepada pelajar fakir/miskin
RM100 – RM150 RM50 RM100 RM100 RM50 RM100 RM100 RM100 RM50 RM100 setiap permohonan RM1000 – RM2000 setahun
Mesyuarat bersetuju untuk memberikan wang tunai (diambil daripada yuran kelab sebanyak RM2 dari bilangan ahli) kepada waris sekiranya berlaku kematian di kalangan ahli (staf yang membayar yuran kelab). Mesyuarat juga bersetuju bahawa sumbangan diberikan mengikut keadaan semasa berkuatkuasa tahun 2017. Sumbangan dan insentif akan disampaikan kepada staf yang berkenaan semasa program yang dianjurkan kelab. Pemberian secara segera akan dilakukan untuk kes-kes kemalangan dan seumpamanya. 4.
Penambahbaikan Proses Penyampaian Maklumat Staf Maklumat berkenaan dengan hal-hal perkahwinan, mendapat cahaya mata, kemalangan, penyakit kritikal, kematian ahli keluarga terdekat, dll. di kalangan staf adakalanya tidak sampai ke pengetahuan AJK kelab dan pengurusan. Justeru, semua ahli kelab (staf) diminta untuk mengambil tanggungjawab ini bersama memaklumkan kepada Wakil Unit masingmasing. Wakil-wakil setiap unit dipertanggungjawabkan untuk memaklumkan terus kepada warga Asasi melalui email dan maklumat direkodkan oleh Setiausaha Kelab supaya insentif dan sumbangan dapat disalurkan dengan berkesan.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Majlis Jasamu Dikenang Kejohanan Bowling Majlis Berbuka Puasa Majlis Hari Raya Aidilfitri Hari Keluarga/Dinner Staf Program Bololah anjuran bersama Unit Kesihatan Program Ziarah Staf Cuti Sakit e-Buletin Kelab Kebajikan Staf 2 edisi dalam setahun
AHLI JAWATANKUASA KELAB 2017 (sehingga Jun) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38
Nama Prof. Madya Ahmad Kamil Hussain Pn. Noridah Mohd Ali Tn. Hj. Mohamed Ali Abd Rahman Dr. Ikhwan Naim Md Nawi Cik Nurashikin Abdullah Cik Nhawal Aminie Saidon Cik Mas Fiza Mustafa Pn. A’bir Wardati Latif Pn. Fadzilah Mohd Minal Pn. Siti Ainun Mardiah Jamaludin En. Farid Salleh En. Muhammad Azhari Ahmad Zin ASP/PB Tn. Baharin Rahim En. Mohd Hafiz Mahamad Nawavi En. Mohd Khairul Rezwan Nasir En. Hanif Harun Ustazah Khairah Ismail Pn. Siti Muryani Suhari Pn. Nurul Asihkin Selamat Pn. Malissa Mohamed Pn. Faizatul Farah Hatta Pn. Jebakumari Selvarani A/P Ebenezer En. Irwan Affendi Md Naim En. Muhammad Faliq Abd Razak Pn. Nurhilyana Anuar Ustaz Ahmad Firdaus Ismail Pn. Qistina Omar Pn. Nur Fariza Abdul Rahman Pn. Noor Safina Sulaiman Pn. Noor ‘Aisyah Johari Pn. Norjuliyati Hamzah Pn. Nurul Huda Mohd Noor Pn. Siti Irma Yuana Sheikh Mohd Saaid En. Ahmad Fuzairi Ahmad Faizal Cik Mafarhanatul Akmal Ahmad Kamal Insp/PB Tn. Abdul Ghafur Abdul Rahim En. Fahmi Abdul Sani En. Khamis Harun
Tugas dan Peranan Penasihat Pengerusi Pengerusi (Julai 2017) Timb. Pengerusi S/U (I)/ Wakil Math S/U (II) S/U (III) Bendahari/ Wakil Fizik AJK/ Wakil BPP AJK/ Wakil BHEA AJK/ Wakil BHEP AJK/ Wakil Bendahari AJK/ Wakil PB AJK/ Wakil Fasiliti AJK/ Wakil Kolej AJK/ Wakil Makmal AJK/ Wakil ACIS AJK/ Wakil Infotech AJK/ Wakil PTAR AJK/ Wakil Bio AJK/ Wakil Kimia AJK/ Wakil APB AJK/ Wakil TESL AJK/ Wakil Law AJK/ Wakil CS AJK/ Wakil BHEI AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK AJK
EDITOR
Dr. Ikhwan Naim Md Nawi Pn. Siti Ainun Mardiah Jamaludin Penafian: Gambar-gambar yang dipaparkan di dalam e-buletin ini diambil daripada pelbagai sumber termasuk kamera rasmi Pusat Asasi, kamera peribadi, Facebook, Instagram dan sebagainya dan merupakan hak mutlak pemilik gambar tersebut.
© Hak Cipta Kelab Kebajikan Staf Pusat Asasi UiTM
5