KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ANTARA JABATAN/UNIT PSIS 2014 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKRASI PSIS 1. PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 PENGENALAN Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP INTER-JABATAN/UNIT PSIS 2014 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKRASI PSIS. 1.2 TARIKH DAN TEMPAT Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tempat : MEGALANES 1 PLAZA KUALA SELANGOR Tarikh : 15 Mac 2014 (SABTU) Masa : 9.00am hingga 2.30pm 1.3 SYARAT PENYERTAAN Pemain mestilah berdaftar sebagai Ahli KELAB KEBAJIKAN DAN REKRASI PSIS. 2. PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Pertandingan adalah mengikut kategori: i) Berpasukan mengikut jabatan/unit. (4org/pasukan) ii) VIP Pengurusan/KJ (individu/berpasukan) 2.2 Tempat terhad, hanya 16 pasukan dan 8 orang VIP sahaja. “First come first serve”. 2.3 Setiap pasukan mestilah dari jabatan/unit yang sama. 3. YURAN PENYERTAAN 3.1 Setiap pasukan dikenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM 120.00 dan VIP sebanyak RM 30.00 seorang.
4. PENDAFTARAN PEMAIN 4.1 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Urusetia. 4.2 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan selewat-lewatnya sebelum pertandingan bermula dengan syarat pemain dari jabatan/unit yang sama. 4.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. 4.4 Semua pasukan yang telah mendaftar perlu mengesahkan penyertaan di meja urusetia semasa hari pertandingan. 5. CARA PERTANDINGAN 5.1 Kejohanan ini akan dijalankan secara: i. Berpasukan ii. Individu (L/P) 5.2 Semua pasukan akan bermain sebanyak tiga (3) game. 5.3 Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan oleh pihak Penganjur. 6. PENENTUAN KEMENANGAN 6.1 Pasukan yang memungut jumlah jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang berpasukan. 6.2 Pemenang individu (L/P) ditentukan dengan jumlah jatuhan pin terbanyak. 6.3 Kategori Hadiah adalah: i. BERPASUKAN Johan (Piala Pusingan + Medal + Hamper) Naib Johan (Medal + Hamper) Tempat Ketiga (Medal + Hamper) Saguhati (Ke-4 hingga Ke-8) (Hamper) ii. INDIVIDU Johan Lelaki (Piala iringan) Johan Permpuan (Piala Iringan)
6.4 Sekiranya setelah semua perlawanan selesai dan dua pasukan/individu atau lebih didapati memperolehi jumlah pin yang sama maka kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang: a. Jumlah terbanyak jatuhan pin permainan terakhir (game ketiga) dianggap sebagai pemenang. b. Jika masih juga sama, jumlah terbanyak jatuhan pin permainan kedua (game kedua) dianggap sebagai pemenang. c. Jika masih juga sama, jumlah terbanyak jatuhan pin permainan pertama (game pertama) dianggap sebagai pemenang. d. Jika masih juga sama, lambungan syiling sebanyak 3 kali akan dilakukan. 8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN 8.1 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau pada 10 Mac 2014 (Jumaat) 8.2 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding dan segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad. Sila hubungi : Urusetia / KKR PSIS Mohd Raziman bin Razmi (JKE) 0129606123 Ext: 6412
[email protected]
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ANTARA JABATAN/UNIT PSIS 2014 Jabatan/Unit: ....................................................................... Nama Ketua Pasukan : ....................................................................................... No. Tel: ..................................................(H/P) ............................................. (Pej. Ext.) E-Mel : ................................................................ KATEGORI BERPASUKAN Bil.
Nama Penuh Pemain
No. Staf
1. 2. 3. 4.
PENGAKUAN: Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan berjumlah RM120.00 dan mengesahkan bahawa Jabatan/Unit ini akan turut mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Kami faham dan akan mematuhi segala Undang-undang dan Peraturannya.
Tarikh: ..................................... ....
.................................................... (Tandatangan Ketua Pasukan)
Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 10 MAC 2014 kepada Urusetia Pertandingan Bowling KKR PSIS/wakil KKR. *Borang ini boleh dibuat salinan.
Saiz Baju
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ANTARA JABATAN/UNIT PSIS 2014 Jabatan/Unit: ....................................................................... Nama : ................................................................................. Jawatan : ................................................................................ No. Tel: ..................................................(H/P) ............................................. (Pej. Ext.) E-Mel : ................................................................ Saiz Baju: ............................... PENGAKUAN: Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan berjumlah RM30.00 dan mengesahkan bahawa saya akan turut mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Saya faham dan akan mematuhi segala Undang-undang dan Peraturannya.
Tarikh: ..................................... ....
.................................................... (Tandatangan)
Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 10 MAC 2014 kepada Urusetia Pertandingan Bowling KKR PSIS/wakil KKR. *Borang ini boleh dibuat salinan.