Buletin Kelab Kebajikan Teras Perpaduan
Kelab Kebaijikan Kakitangan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM
Keluaran 08/05 Oktober 2005 Ramadhan 1426
ATURCARA DIBULAN RAMADHAN Bazar Ramadhan Kelab Kebajikan melalui Biro Ekonomi telah mengadakan Bazar Ramadhan yang bermula dari 05 Oktober 2005 hingga 28 Oktober 2005. Bazar tersebut bertempat di tapak letak kereta Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya Selangor. Sebanyak 13 gerai telah dibuka. Bazar tersebut diadakan bagi kemudahan pelajar-pelajar dan kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM membeli juadah berbuka puasa. Berbagai kuih-muih dijual di sana.
Bulan Ramadhan 2005, Solat Zohor Berjemaah dan Tazkirah dan Tadarus AlQuran. Program Ihya’ Ramadhan itu telah dirasmikan pada 07/10/2005 (Jumaat) Hindari Pembaziran Di Bulan oleh Tuan Haji Kamaruddin Samat, Tim- Ramadhan balan Pengarah kanan di Jabatan PenKANDUNGAN tadbiran. Jadual program boleh didapati di laman web kelab.
Cik Ruzanah bt Bonari dari Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan PROGRAM IHYA’ RAMADHAN TAHUN 2005/ 1426H. Bagi menghidupkan bulan Ramadhan ini, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bersamasama Biro Pendidikan Kelab Kebajikan Kakitangan PMUIAM telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan tahun 2005. Diantara acaraacara yang diadakan Ceramah Sempena
Beliau telah pulang kerahmatullah pada 05 Oktober 2005. Beliau adalah seorang Operator Telefon dan telah berkhidmat di UIA lebih kurang belasan tahun. Beliau seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin dalam menjalankan tugas. Beliau mengidap penyakit Kanser. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AlFatihah.
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka hingga mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Syurga-Nya lalu berfirman (kepada Syurga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang sholeh dibebaskan dari beban dan derita serta
mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada umatku keampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang memperkuatnya.
Petua Memancing
2
Tahniah/Takziah
2
Enjin Kereta
3
Amalan Ramadhan
3
Dairi Di Bulan Ramadhan
5
Ketua Biro Rehlah-Riadah
6
Jangan Menyakiti Jiran.
6
Puteri Muslimat Sejati Puteri muslimat sejati hidupmu ibarat Melati kembang subur di taman puteri harumnya tiada terperi Hidupkan dirimu dengan taqwa jadikan ia bekalan utama dalam meneruskan cita mulia membangunkan ummah yang terlena
Muka 2
Petua Memancing Ikan Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah. Mencari Perumpun Pasir / Laut Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.
Menjaga Mulut Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti seperti. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising. Kaki Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya
PETUA BATUK/LELAH/SEMPUT •
• • •
•
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau minumlah rebusan akar pokok melor atau Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir Panaskan limau nipis dia tas bara api. Be-
•
BENGKAK GUSI
•
•
Senaman Tua Pada pandangan pertama, ramai yang gelihati mendengar perkataan Senaman Tua. Namun, setelah dijelaskan, seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan kekaguman terhadap budaya Melayu yang selama ini tersembunyi di sebalik kerendahan diri orang-orang tua dan disilaukan warna-warni komersil konsep-konsep kecergasan luar. Pihak Kelab Kebajikan akan mengadakan program senaman tua (petua). Senaman ini tidaklah susah sangat dan sesuai untuk orang yang berumur. Sesiapa yang berminat sila hubungi En. Azman Nokman dan En Mohd Amin sambungan 3216 bagi mendapat keterangan lanjut.
lahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum. Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidih barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
SAKIT GIGI
• • •
•
Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau Ambil sedikit kapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.
Muka 3
Amalam di Bulan Ramadhan pada orang lain yang berpuasa. Orang yang berpuasa dianjurkan untuk melakukan hal-hal berikut.
1. Makan sahur. Makan sahur sangat dianjurkan baik dalam bentuk makan besar atau makan kecil atau bahkan hanya minum. Waktu sahur adalah dari tengah malam sampai menjelang fajar. 2. Menyegerakan berbuka puasa. Buka puasa disegerakan dan didahulukan sebelum sholat maghrib. Makan besar dapat dilakukan setelah sholat maghrib. 3. Mengajak atau mengundang berbuka puasa
4. Menahan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak bermanfaat. 5. Solat tarawih dan solat malam yang lain. 6.
I'tikaf yaitu berdiam di masjid dengan melakukan 'ibadah.
7. Meningkatkan 'ibadah. 8. Memperbanyakan sedekah. 9. Bersuji gigi yang dapat dilakukan bila-bila saja diantara waktu berpuasa.
Enjin kereta semput, gear satu sukar dikendali
ENJIN kereta saudara mengalami semput mungkin disebabkan beberapa faktor. Saudara perlu memeriksa penggunaan minyak petrol kemungkinan tidak sesuai dengan enjin kereta. Faktor lain ialah pam elektrik atau pam mekanikal mengalami kerosakan, penapis petrol kotor, ‘fuel line’ bocor, karburator perlu servis dan kabel choke tersangkut. Masalah teknikal lain pula berkaitan sistem ‘ignition, pengecas alternator, kabel palam pencucuh TAHNIAH DAN TAKZIAH Ustz Mohd Sharif b. Hashim dari Jabatan Kepimpinan Dan Latihan telah selamat menimang cahayamata yang kedua, pada tanggal 08 September 2005 (khamis). Beliau telah mendapat cahayamata perempuan Nama anak : Nur Anis Sofiah bt. Mohd Sharif.
putus, palam pencucuh rosak dan sistem pendawaian ignition tidak sempurna. Penalaan enjin kereta tidak sempurna perlu segera membuat ‘tune up engine’ bagi mengelakkan penggunaan bahan api berlebihan. Ia berpunca daripada masalah clucth pam silinder atau paip line bocor tekanan dan bagi yang menggunakan kabel klac yang mungkin tiada penyelarasan betul
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
En. Ayub b Baharum dari Unit Keselamatan. Beliau telah pulang kerahmatullah pada 05 September 2005 Al-Fatihah. Semoga Allah Mencucuri rahmat keatas roh beliau.
En. Mokhtar b Ahmad dari Jabatan Pembagunan Sumber Manusia telah selamat menimang cahayamata yang kelima pada tanggal 05 September 2005 (Isnin) bersamaan 01 Sya’ban. Beliau telah mendapat cahayamata Lelaki. Nama anak : Muhammad Fathi b. Mokhtar
En. Subki Ahmad dar Jabatan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM, telah ditimpa kemalangan dimana rumah beliau telah terbakar. Peristiwa tersebut berlaku pada 28hb September 2005 (Rabu). Semoga beliau dapat bersabar diatas peristiwa yang menimpa beliau.
Muka 4
Fadhilat Ramadhan
Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halanganhalangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah kemaksiatan yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2 Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3 Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5 Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
“ q
Muka 5
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN 4.00 pagi
zBangun berdoa kepada ALLAH dengan doa: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.” zBerniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. zMandi dan membersihkan diri. zMengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. 5.00 pagi zMakan sahur zMengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut. 5.30 pagi zBersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari. Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan. 7.00 pagi zMembuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. zMulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati. zBanyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat. 9.00 pagi zSembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. zPenuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 12.45 tengah hari zBersiap untuk solat Zohor. zMenunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA 4.15 petang zBersedia untuk solat Asar. zSolat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. zBersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
Muka 6 5.30 petang Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita! 6.30 petang zMemperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. zApabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka : z“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.” zBerbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. zSeeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat zmaghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat. 8.00 malam zSolat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh zCuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan 11.00 malam zMemperbanyakkan istighfar sebelum tidur. z“Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. zTidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. zBacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Muka 7 itangan Kelab Kebaijikan Kak si UIAM ula trik Ma at Pus an Pentadbir
BERSAMA KETUA BIRO REHLAH DAN RIADAH (LELAKI) Nama: Wan Ismail Wan Majid. No staff: 2067
Biro Perhubungan dan Penerbitan Kelab Kebajikan Kakitangan Pentadbiran Pusat Matrikulasi Phone: 03-77803216 Fax: 03-79571006 Email:
[email protected]
Jawatan di UIA: Kerani. Jawatan di Kelab: Ketia Biro Rehlah Dan Riadah (Lelaki). Alamat : E-202, APT. Sri-Kayangan, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana 68000 Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Berapa lama jadi ahli kelab: 9 Tahun.
Hubungi kami sekiranya ada apa-apa yang perlu berkenaan Kelab Kebajikan kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM.
Tarikh Lahir : 07.01.1973 Tempat lahir : Kelantan Darul Naim. Email :
[email protected]
Kelab Kebaijikan Kakitangan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM
Berapa cahaya mata: 1 orang. Harapan terhadap kelab: Berusaha keras mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk ahli kelab serta kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM dalam menjamin kesihatan amnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengahlengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
Kenangan manis bersama kelab : Saya diberi peluang untuk menganjurkan Hari Keluarga di Pengkalan Balak, Melaka sebagai Pengarah Program Hari Keluarga pada masa itu. Kenangan pahit bersama kelab: Terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyertai hari keluarga anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi, walaupun bayarannya boleh dilakukan secara ansuran. Cadangan kepada Kelab: Saya cadangkan jawatan Pengerusi dari kalangan ahli-ahli kategori C atau D. Ini Disini kita boleh melihat mana-mana bakat kepimpinan yang baru menerajui Kelab.
Tidak masuk syurga jika menyakiti jiran
KONSEP kejiranan dalam Islam meliputi juga jiran yang tinggal jauh, Muslim atau bukan Muslim dan keluarga atau bukan keluarga. Orang yang tinggal serumah dengan kita, orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dan orang yang tinggal satu negeri juga dikira sebagai jiran dalam Islam. Menurut Jabir, Rasulullah SAW mengkategorikan jiran kepada tiga iaitu jiran yang mempunyai tiga hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai satu hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran Muslim yang mempunyai hubungan keluarga. Tiga hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah hak Islam, jiran dan keluarga.Jiran yang mempunyai dua hak pula ialah jiran Muslim iaitu hak Islam dan jiran. Sementara jiran yang mempunyai satu hak ialah zimmi iaitu orang kafir yang berada dalam naungan Islam. Satu hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah hak jiran semata-mata.
Apakah hak jiran? Rasulullah tidak lupa memberitahu kepada kita mengenai hak jiran, malah menerangkan dengan terperinci. Sabda Rasulullah bermaksud: “Tahukah kamu apakah hak seorang jiran itu? Jika dia meminta tolong hendaklah kamu menolongnya. Jika dia susah, hendaklah kamu bermurah hati kepadanya dan jika dia sakit hendaklah kamu merawatnya.“Jika dia mati, hendaklah kamu menghantar jenazah ke pusara. Jika dia mendapat kebaikan, hendaklah anda turut gembira bersamanya dan jika dia mendapat kesusahan, hendaklah anda turut berasa susah. “Perlu ingat, jangan meninggikan bangunan rumahmu sehingga menahan angin ke rumahnya, melainkan dengan izinnya. Jangan menganiaya atau mengacaunya.“Jika anda membeli buah-buahan berilah sedikit kepadanya. “Jika anda enggan memberi maka hendaklah anda membawa masuk ke rumah dengan tidak menampakkannya kepada mereka. Jangan membenarkan anakmu memakannya di luar rumah, sehingga menimbulkan kemarahan anak-anaknya.
Muka 8
SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DAN TAZKIRAH SEMPENA BULAN RAMADHAN UNTUK KAKITANGAN PUSAT MATRIKULASI UIAM
Masa Tempat
: ;
1.00 petang – 2.00 petang Surau Mahallah Abu Bak’r As-Siddiq
TARIKH ISNIN 10/10/2005 6 Ramadhan SELASA 11/10/2005 7 Ramadhan RABU 12/10/2005 8 Ramadhan KHAMIS 13/10/2005 9 Ramadhan ISNIN 17/10/2005 13 Ramadhan SELASA 18/10/2005 14 Ramadhan RABU 19/10/2005 15 Ramadhan KHAMIS 20/10/2005 16 Ramadhan ISNIN 24/10/2005 20 Ramadhan SELASA 25/10/2005 21 Ramadhan RABU 26/10/2005 22 Ramadhan KHAMIS 27/10/2005 23 Ramadhan
TAJUK
PENCERAMAH
“Sunnah Rasulullah S.A.W di bulan Ramadhan”
Ust. Shapizan Johari (IRKHS)
“Fadhilat Ramadhan”
Ust. Mazlee Abdul Malik (IRKHS)
“Puasa membentuk Peribadi Muslim Cemerlang”
Ust. Muhammad Hasbi (IRKHS)
“Muhasabah”
Ust. Mohd. Ali Tuah (IRKHS)
“Badr Al-Qubra”
Ust. Umar Thabii Abdullah (IRKHS)
“ Hikmah berpuasa dari sudut kesihatan”
Ust. Mansor Mamat (IRKHS)
“Bersama Menghayati Al-Quran”
Ust. Kassim Ramli (IRKHS)
“Taqwa”
Ust Muhadir b. Hj. Joll (IRKHS)
“Mencari Lailatul Qadr”
Ust. Mamad Yaidi Toklubok (IRKHS)
“Eidulfitri dari kacamata Islam sebenar”
Ust. Zahazan Mohamed (QLD)
“Fungsi Zakat Fitrah sebagai penyucian hati/ jiwa”
Ust. Hasanul Basri Abdullah (IRKHS)
“Akhir Ramadhan”