KULIAH 2: TEORI EKONOMI KEBAJIKAN VILFREDO PARETO Ekonomi kebajikan mengikut sejarahnya bermula dengan idea-idea ahli ekonomi klasik seperti Adam Smith dan Bentham. Kemudian muncul pula ahli ekonomi klasik lain seperti Alfred Marshall yang telah mengkaji konsep kesan kebajikan kepada kos industri akibat pengenaan cukai dan pemberian subsidi oleh kerajaan. Namun ahli ekonomi yang diiktiraf sebagai pengasas ilmu Ekonomi Kebajikan baru adalah Vilfredo Pareto (1848-1923), dimana idea beliau bersandarkan kepada prinsip keseimbangan umum oleh Leon Walras. Pareto telah dilahirkan di Paris, mendapat pendidikan di University of Turin di Italy yang kemudiannya telah memegang “Kerusi Ekonomi” di University of Lausanne, Switzerland. Di sana beliau meneruskan jejak langkah Walras dalam mengembangkan bidang matematik. Beliau telah melahirkan beberapa idea utama melalui penulisannya iaitu Manual of Political Economy yang telah diterbitkan pada 1906. Pareto juga berperanan penting dalam membaiki analisis Edgeworth yang berkaitan dengan analisis keluk puas sama. Dalam analisis tersebut, Edgeworth mengandaikan kewujudan tingkat utiliti yang boleh diukur yang digambarkan oleh keluk puas sama. Sumbangan Pareto pula adalah menerbitkan keluk puas sama di kalangan individu yang berbeza untuk menunjukkan tingkat kepuasan yang berbeza. Oleh itu dalam analisis Pareto disamping membentuk keluk puas sama, beliau juga telah menambahkan syarat-syarat tertentu untuk mencapai tahap yang optimum dan ini telah membawa kepada penganalisisan yang lebih moden berbanding kajian-kajian lain seperti yang dibincangkan dalam bab-bab sebelum ini. Pareto Optimum Pareto sebenarnya telah memperbaiki analisis keseimbangan umum oleh Walras serta syaratsyarat yang boleh mencapai keseimbangan pareto optimum. Ahli ekonomi terkemudian telah menghasilkan pelbagai pendekatan yang berbentuk persamaan matematik untuk membuktikan pareto optimum dalam pasaran persaingan sempurna dalam pasaran barangan dan sumber. Maksimumkan kebajikan menurut Pareto berlaku apabila pada titik keseimbangan tersebut, tiada lagi perubahan yang boleh menyebabkan keadaan seseorang lebih baik (better off) dan dalam masa yang sama menyebabkan orang lain berkeadaan tidak baik (worse off). Ini memberi satu implikasi bahawa sesebuah masyarakat tidak boleh mengagihkan semula peruntukan sumber atau barangan serta perkhidmatan dalam satu keadaan cuba memperbaiki kedudukan orang tertentu tanpa memburukkan keadaan orang lain. Oleh itu implikasi daripada pareto optimum ialah;
(a)
berlaku pengagihan barang yang optimum di kalangan pengguna
(b)
wujud satu tingkat optimum dalam alokasi teknikal dalam sumber
(c)
tingkat kuantiti output yang optimum
Kita akan menguji syarat-syarat di atas untuk membuktikan pareto optimum berlaku dalam masyarakat. Andaikan ada 2 orang pengguna iaitu pengguna A dan pengguna B, terdapat 2 barang iaitu barang X dan barang Y dan wujud 2 faktor input pengeluaran iaitu buruh dan modal. Kita akan melihatnya satu persatu. 1.
Agihan barang yang optimum
Agihan barang yang optimum adalah satu keadaan yang memberi kebajikan yang maksimum kepada pengguna A dan pengguna B. Ia boleh dinyatakan seperti persamaan :
MRSAXY = MRSBXY
(1)
Dimana MRSAXY adalah kadar penggantian sut antara barang X dan barang Y oleh individu A manakala MRSBXY adalah kadar penggantian sut antara barang X dan barang Y oleh individu B. MRS adalah pengukuran kecerunan titik-titik optimum kepuasan oleh pengguna di atas keluk puas sama masing-masing. Ia menggambarkan jumlah maksimum barang yang boleh dilepaskan oleh seseorang individu apabila ingin menambahkan penggunaan barang yang lain. Oleh itu agihan barang yang optimum adalah keseimbangan antara MRS individu A dan individu B terhadap barang X dan barang Y. 2.
Optimum dalam alokasi teknikal dalam sumber
Bagi contoh yang digunakan iaitu dua jenis barang dan dua jenis input, alokasi sumber yang produktif secara optimum berlaku apabila kadar penggantian teknik sut (MRTS) antara buruh (L) dan modal (K) dalam pengeluaran barang X dan barang Y adalah sama. Ia boleh ditulis sebagai MRTSKL. Ia merupakan unit modal yang maksimum yang boleh digantikan oleh unit buruh tanpa mengubah tingkat output pengeluaran. Syarat kedua yang perlu dipenuhi ialah:
MRTSXKL = MRTSYKL
(2)
Dimana MRTSXKL dan MRTSYKL adalah kadar penggantian teknik sut antara buruh (L) dan modal (K) dalam pengeluaran barang X dan barang Y. Apabila persamaan ini wujud, maka
berlaku keadaan dimana tiada berlaku perubahan teknik tanpa memberi kesan baik kepada satu pihak dan di masa yang sama memberi kesan buruk kepada pihak yang lain 3.
Kuantiti output yang optimum
Ia berlaku apabila pengeluaran dan agihan mencapai tingkat keseimbangan dimana kadar penggantian teknik sut barang X kepada barang Y adalah sama dengan kadar penggantian sut barang X kepada barang Y. Ia boleh dinyatakan sebagai:
MRTSXY = MRSXY
(3)
Apabila persamaan ini berlaku, maka sebarang perubahan titik keseimbangan akan menyebabkan seseorang akan berada dalam kebajikan yang tinggi tetapi di masa yang sama akan menjatuhkan kebajikan pihak yang lain. Penilaian Idea Pareto Teori kebajikan oleh Pareto telah memberi kesan yang signifikan kepada perkembangan ilmu ekonomi. Ia telah membuka mata ahli ekonomi untuk memahami syarat-syarat serta menunjukkan kepentingan subjek kebajikan untuk mencapai tingkat ekonomi yang efisyen. Teori kebajikan Pareto menyatakan sebarang perubahan ke satu tingkat akan mengubah kebajikan seseorang menjadi lebih baik tetapi di masa yang sama memburukkan tingkat kebajikan orang lain tidak boleh diterima pakai dalam kes-kes tertentu terutamanya dalam menilai dasar awam. Antara kritikan-kritikan terhadap teori kebajikan Pareto adalah seperti berikut: (1)
Ramai ahli ekonomi mengemukakan pandangan bahawa teori ini gagal untuk menerangkan isu keadilan dalam pengagihan atau agihan pendapatan yang saksama dalam masyarakat .
(2)
Fenomena yang berlaku apabila sesebuah negara mengamalkan perdagangan bebas, antara kesan negatif yang timbul adalah ia akan menjejaskan pengeluar tempatan akibat kemasukan barang import. Sekiranya negara membenarkan kemasukan buruh asing daripada luar sama ada buruh yang mempunyai kemahiran atau tidak, juga akan memberi kesan negatif kepada buruh tempatan iaitu dalam bentuk kejatuhan dalam kadar upah di negara tersebut. Walaupun kerajaan boleh membaiki situasi tersebut dengan memberi pampasan kepada pihak yang rugi supaya konsisten dengan kriteria Pareto, namun ia melibatkan dasar sesebuah negara. Patutkah kerajaan mengamalkan perdagangan bebas
dan patutkah kerajaan membenarkan ramai buruh asing masuk dalam negara? Tambahan lagi realiti yang berlaku tiada wujud satu mekanisme bayaran pampasan kepada pihak yang rugi. (3)
Kriteria Pareto hanya melihat kesan jangka masa pendek yang lebih bersifat statik. Sedangkan kesan jangkamasa panjang sepatutnya perlu diberi penelitian kerana ia lebih bersifat dinamik. Contohnya ahli ekonomi berpendapat perlaksanaan undang-undang tidak percaya (antitrust law) akan menjejaskan pengeluaran pihak swasta seperti pembangunan secara bersama yang melibatkan teknologi baru. Kesannya ia akan menjejaskan pihak tertentu dalam jangkamasa pendek tetapi akan menguntungkan negara dalam aspek pembangunan dan kebajikan penduduk dalam jangkamasa panjang.
(4)
Aspek pertimbangan moral perlu diambil kira dalam ekonomi yang sebenarnya telah diabaikan dalam penentuan kriteria Pareto. Contohnya urusniaga melibatkan aktiviti pelacuran, penjualan bayi secara haram, pembelian dan penjualan dadah mungkin memenuhi kriteria pareto optimum tetapi bertentangan dengan norma dan moral masyarakat.
Andaian: terdapat 2 individu mengguna dan mengeluarkan 2 barang iaitu pakaian (C) dan makanan (F) dengan menggunakan 2 input iaitu modal (K) & buruh (L) pada satu tingkat teknologi tertentu. Persoalan: Bagaimana tentukan satu tingkat pareto optimum atau penuhi syarat-syarat efisyen dan optimum. 1.
Aspek Pengeluaran (rajah di atas) Input digunakan adalah K & L Kf & Lf adalah input digunakan utk kel makanan dan sebaliknya Kc & Lc adalah input digunakan utk kel pakaian. Oleh itu fungsi pengeluaran adalah: Bagi makanan : F = f(Kf , Lf ) Bagi pakaian : C = f(Kc , Lc ) Dimana: L = Lf + Lc K = Kf + Kc
Tingkat pengeluaran dikatakan optimum jika pada satu tingkat, jika pengeluaran barang F dikeluarkan akan menurunkan pengeluaran barang C (syarat pareto optimum). Ini dpt ditentukan drpd rajah.titik Z* adalah optimum berbanding titik Z1 Dimana pd titik Z* MRTSFLK = MRTSCLK Jika sambungkan titik-titik yang optimum, akan menghasilkan keluk kontrak bagi pengeluaran. 2.
Aspek Penggunaan (rajah 2A.3 di bawah) Terdapat 2 individu iaitu A & B Oleh itu fungsi penggunaan adalah: Bagi A : UA = U(FA , CA ) Bagi B : UB = U(FB , CB ) Dimana: F = FA + FB C = CA + CB
Tingkat penggunaan dikatakan optimum jika pada satu tingkat, jika tingkat utiliti individu A ditingkatkankan akan menurunkan tingkat utiliti individu B(syarat pareto optimum). Ini dpt ditentukan drpd rajah.titik E* adalah optimum berbanding titik E Dimana pd titik E* MRSACF = MRSBCF Jika sambungkan titik-titik yang optimum, akan menghasilkan keluk kontrak bagi penggunaan
Keluk Kemungkinan Pengeluaran
KPSABCF
KKP merupakan tingkat optimum bagi kel. C & F dengan menggunakan input K & L . ia mengambarkan titik-titik pengeluaran yang cekap (hasil penerbitan keluk kontrak dalam pengeluaran) cth titik D beralih ke E1 atau E2. Bandingkan kepada titik A. Jika titik D merukan satu titik pengeluaran bagi negara tersebut, maka di sana wujud keluk puas sama masyarakat (ind A & B). Maka syarat kecekapan pareto tercapai pada titik D iaitu pertengenan KKP dan KPS. Ini dibuktikan melalui persamaan berikut:
MRSACF = MRSBCF = MRTSFLK = MRTSCLK
Apakah harga bagi pembelian barang C & F oleh individu A & B- kerana harga merupakan penentu permintaan barang dan tingkat utiliti penggunaan barang (rujuk tingkat keseimbangan pengguna dlm mikroekonomi) Bagaimana tentukan? Melalui kecerunan titik D dalam KKP
MRTSFLK = MRTSCLK
makanan(F)
Kecerunan titik D diukur melalui cara berikut: ∆F/∆C = Pc / PF
D
∆F
MRSACF = MRSBCF ∆C
Pakaian (C)
Oleh itu syarat optimum pareto bertambah kepada persamaan berikut:
MRSACF = MRSBCF = MRTSFLK = MRTSCLK = PC / PF