PEKELILING BENDAHARI BIL : 10/2009
PEJABAT BENDAHARI
No Rujukan
: 100-BBI(PTA.6/6)
Tarikh
: 1 Disember 2009
Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam Pengarah Cawangan / Penyelaras Kampus UiTM Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari
UiTM Shah
Alam Ketua Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus
Yg. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan PERINGATAN KEPADA AGENSI MENGENAI KEPERLUAN MEWAJIBKAN PENGGUNAAN BAHAN / BARANGAN / PERKHIDMATAN TEMPATAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
1.0
TUJUAN Tujuan pekeliling ini dikeluarkan ialah untuk memaklumkan mengenai peringatan daripada Kementerian Kewangan kepada semua agensi kerajaan
melalui
Surat
S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31
Arahan Jld.26/SK.4(7)
Perbendaharan bertarikh
24
Februari 2009 supaya mewajibkan penggunaan bahan / barangan / perkhidmatan tempatan dalam perolehan kerajaan.
1
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan di dalam mesyuarat yang ke 165 pada 16 November 2009 telah meluluskan untuk
menggunapakai
Surat
S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31
Arahan Jld.26/SK.4(7)
Perbendaharan bertarikh
24
Februari 2009.
2.0
TAKRIF 2.1 “Pusat Tanggungjawab (PTJ)” meliputi semua Bahagian, Fakulti, Jabatan, Pusat, Akademi dan Cawangan / Kampus UiTM yang
menerima
peruntukan
perbelanjaan.
Bagi
maksud
pelaksanaan pekeliling ini, UiTM Shah Alam adalah termasuk Kampus Induk Shah Alam, Kampus Seksyen 17, Kampus Jalan Othman dan Kampus Alamanda manakala Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana adalah dikategorikan sebagai cawangan UiTM. 2.2 “Ketua Pusat Tanggungjawab” bermaksud ketua yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengurus dan mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat Tanggungjawab di bawah kawalannya . Bagi maksud pelaksanaan pekeliling ini, kuasa dan tanggungjawab Penolong Naib Canselor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana adalah setaraf dengan Pengarah UiTM Cawangan. 2.3 “Bahan / Barangan Buatan Tempatan” boleh ditakrifkan sebagai bahan / barangan yang dibuat dan / atau yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan melalui aktiviti pengilang. (Rujukan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2002). 2.4 “Perkhidmatan
Tempatan”
boleh
ditakrifkan
perkhidmatan yang diberi oleh vendor Malaysia..
2
sebagai
3.0
PELAKSANAAN 3.1 Bagi melaksanakan arahan tersebut, Yg. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan perlu komited dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau dan memastikan penggunaan bahan / barangan / perkhidmatan tempatan dalam perolehan kerajaan dibuat selaras dengan peraturan kerajaan yang berkuat kuasa.
3.2 Di antara peraturan penting yang perlu diberi perhatian ialah: 3.2.1 Memastikan spesifikasi menetapkan bahan / barangan / perkhidmatan
tempatan
digunakan
sepenuhnya
oleh
agensi dalam perolehan masing-masing. Walaubagaimana pun,
kenaan
syarat
yang
memastikan
spesifikasi
menggunakan bahan / barangan / perkhidmatan tempatan dalam setiap perolehan boleh dikecualikan jika ianya tidak memenuhi keperluan UiTM. 3.2.2 Perolehan barangan import hanya boleh dilaksanakan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan. 3.2.3 Pengesahan dan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hendaklah diperolehi bagi perolehan barangan import yang melebihi RM50 ribu. 3.2.4 Pembelian secara ex-stock yang bernilai melebihi RM50 ribu juga tidak dibenarkan. 3.2.5 Bagi perolehan bernilai tidak melebihi RM50 ribu, di mana agensi
bebas
membeli
daripada
mana-mana
syarikat/pembekal, agensi hendaklah memainkan peranan untuk memberi keutamaan perolehan barangan buatan tempatan.
3
3.3 Disamping itu, Yg. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/Puan adalah diingatkan supaya memasukkan syarat berikut ke dalam dokumen tender / sebut harga rasmi dan dokumen kontrak. “Kontraktor adalah diwajibkan menggunakan bahan/barangan buatan tempatan yang disenaraikan di dalam Senarai Bahan / Barangan Binaan Buatan Tempatan yang disediakan oleh IKRAM
QA Services
Sdn
Bhd
dan
/
atau
Senarai
Bahan/Barangan Buatan Tempatan yang disediakan oleh SIRIM QA Services Sdn Bhd atau mana-mana agensi / badan yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Standard Malaysia untuk menjalankan pengiktirafan dan persijilan barangan Sekiranya
tempatan,
mengikut
kontraktor
tidak
mana yang
berkenaan.
mematuhi
peraturan
menggunakan bahan / barangan buatan tempatan setelah surat setuju terima dikeluarkan, penalti dan / atau penolakan bahan yang dibekalkan akan dikenakan ke atas kontraktor. Bagi bahan / barangan buatan tempatan yang tidak disenaraikan, juga boleh dipertimbangkan jika barangan tersebut telah terlebih dahulu diuji dan diperakukan oleh IKRAM QA Services Sdn Bhd atau SIRIM QA Services Sdn Bhd, mengikut mana yang berkenaan.”
3.4
Jika terdapat keperluan perolehan bahan/barangan/ perkhidmatan import bernilai melebihi RM50 ribu bagi setiap jenis item / set / lot yang akan diuruskan secara tender / sebut harga rasmi, pihak kami meminta kerjasama Yg. Bhg. Datuk /Dato’ /Datin /Prof /Tuan /Puan untuk mengisi borang seperti di Lampiran A dan mendapatkan brosur/gambar bagi item yang perlu dikemukakan kepada MITI untuk kelulusan. Contoh pengisian borang adalah seperti di Lampiran B.
4
4.0
PELAWAAN PEROLEHAN
4.1
Bagi tujuan pelawaan perolehan, sila kemukakan dokumendokumen berikut kepada Unit Kewangan Zon Shah Alam atau Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus masing-masing. 4.1.1
Surat arahan
panggilan perolehan oleh Ketua Pusat
Tanggungjawab. 4.1.2
Dokumen
spesifikasi
yang
telah
disahkan
oleh
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang berkenaan. 4.1.3
Borang Peruntukan PB 3/80 (Pindaan 1/2002) yang telah diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab.
4.1.4
Borang MITI seperti di Lampiran A dan brosur / gambar, jika berkaitan.
4.1.5
Salinan surat kelulusan khas yang berkaitan misalannya kelulusan Jawatankuasa Penilaian dan Penggunaan Komputer UiTM, MAMPU, Kementerian Pengajian Tinggi (perolehan ICT) dan lain-lain lagi.
4.2
Untuk menjimatkan masa, urusan pelawaan secara Tender / Sebut Harga Rasmi dan permohonan kelulusan MITI boleh diuruskan secara serentak oleh Pejabat Bendahari yang menguruskan pelawaan perolehan. Walaubagaimana pun, surat tawaran
hanya
boleh
dikeluarkan
kepada
petender
/
penyebutharga yang berjaya setelah surat kelulusan MITI diterima. 5.0
PERINGATAN Tindakan
sewajarnya
akan
diambil
ke
atas
Ketua
Pusat
Tanggungjawab yang gagal mematuhi dasar dan peraturan mengenai perolehan bahan / barangan / perkhidmatan tempatan dan pegawai yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan surcaj. 5
6.0
PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 6.1 Pekeliling ini hendaklah digunapakai oleh Universiti Teknologi MARA bagi semua Kumpulanwang, berkuatkuasa mulai 1 Disember 2009 dan hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Perbendaharaan dan pekeliling lain yang berkaitan, yang masih berkuatkuasa.
6.2 Pekeliling
ini
membatalkan
Pekeliling
Bilangan 1 Tahun 2007.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
SANIP WAHID Bendahari Universiti Teknologi MARA
s.k
1.
Naib Canselor
2.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
3.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
4.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
5.
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) 6
Bendahari
LAMPIRAN A BORANG KELULUSAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA ( MITI ) UNTUK PEROLEHAN BARANGAN IMPORT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN/FAKULTI/PUSAT/AKADEMI:_______________________________
BIL.
BARANGAN
SPESIFIKASI/MODEL/ JENAMA
TICK X JIKA ADA PEMBUAT TEMPATAN
ULASAN/PENJELASAN PERBEZAAN SEMAKAN DENGAN PENGELUAR TEMPATAN
KEGUNAAN BARANGAN DAN JUSTIFIKASI KEPERLUAN UNTUK MENGIMPORT
KUANTITI
ANGGARAN KOS SEUNIT/LOT/ SET (RM)
Tandatangan Pegawai Pengesahan: b/p Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Tarikh : Rujukan:
7
ULASAN MITI
Perakuan Pemohon i) Bagi pihak UiTM, saya memperakukan bahawa barangan-barangan yang dipelawa di atas tidak dikeluarkan oleh pengilang tempatan ii)Bagi item bertanda X, dengan alasan di atas, barangan perlu diimpot walaupun terdapat pengilang tempatan bagi barangan yang dipelawa. ii) Saya juga memahami tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas UiTM yang gagal mematuhi peraturan dan tindakan surcaj boleh dikenakan ke atas saya menurut SPP 7 tahun 2002. TANDATANGAN KETUA JABATAN
:
COP RASMI JABATAN
:
8
LAMPIRAN B BORANG KELULUSAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA (MITI) UNTUK BARANGAN IMPORT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI PERGIGIAN Bil
Barangan
1.
Kerusi Pakar Pergigian
Spesifikasi/ Model/ Jenama
Disertakan Dokumen Spesifikasi atau Ringkasan dari dokumen spesifikasi Dilampirkan Brosur/gambar
2
Dental X Ray
Disertakan Dokumen Spesifikasi atau Ringkasan dari dokumen spesifikasi
Tick X Jika Ada Pembuat Tempatan X
Ulasan/ Penjelasan perbezaan semakan dengan Pengeluar Tempatan
Kegunaan barangan
Kelemahan Produk Tempatan ialah 1. Kerusi tempatan tidak mempunyai fungsi……. 2. Kerusi tempatan tidak boleh…………. 3. Kerusi tempatan tidak dibuat daripada .... dan sebagainya
Untuk melaksana-kan operasi ‘Dental Surgery’ bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kepada Pelajar
Tiada pembuat tempatan
Untuk membuat x ray ke atas ruang mulut bagi tujuan perlaksanaan operasi ‘Dental Surgery’ untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kepada Pelajar
Dilampirkan Brosur/gambar (Gambar atau salinan brosur boleh diperolehi dari internet/sykt)
Kuantiti (Unit/ Set/ Lot) 5
*Anggaran Kos seunit/Set/ Lot (RM)
Ulasan MITI (Lulus/ Tolak)
30,000
Jumlah keseluruhan bagi item ini ialah RM 150,000 dan melebihi RM 50,000 1
100,000
*Jika jumlah pembelian barangan import bagi setiap item tidak melebihi RM 50,000 kelulusan MITI tidak perlu diperolehi misalannya a) LCD Projector RM 10,000 x 4 unit = RM 40,000 b) Mesin X Ray RM 45,000 x 1 unit = RM 45,000
9
Tandatangan Pegawai Pengesahan: b/p Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tarikh : Rujukan: Perakuan Pemohon i) Bagi pihak Universiti Teknologi MARA, saya memperakukan bahawa barangan-barangan yang dipelawa di atas tidak dikeluarkan oleh pengilang tempatan kecuali bagi item yang bertanda X ii)Bagi item bertanda X, dengan alasan di atas, barangan perlu diimpot walaupun terdapat pengilang tempatan bagi barangan yang Dipelawa. iii) Saya juga memahami tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas UiTM jika gagal mematuhi peraturan dan tindakan surcaj boleh dikenakan ke atas saya menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 7. Tahun 2002
TANDATANGAN KETUA JABATAN (UiTM)
:
Nama COP RASMI JABATAN
:
10