Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
LAPORAN MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KE-4 UTiMAS 2010-2012, 14 JULAI 2010, DEWAN SERBAGUNA UIC, UiTM SHAH ALAM, 2.30-5.00 PETANG. 1. Kehadiran 30 anggota dan cukup korum 2. Pembukaan majlis 2.1 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof. Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff, APB 2.2 Presiden selaku pengerusi Mesyuarat Agung mengalu-ngaluakan semua ahli yang hadir. Majlis mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Naib Canselor ke majlis dan menjemput beliau untuk merasmikan majlis dan memberi ucapan alu-aluan. 3. Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-4 UTiMAS Y. Bhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Cancelor UiTM mengucapkan terima kasih kepada UTiMAS dan warga UiTM di atas kerjasama yang diberikan kepada pihak pengurusan dalam bidang akademik dan menaikkan kualiti para graduan.
Inti pati ucapan Naib Canselor : Dalam permohonan kemasukan pelajar ke universiti setiap permulaan tahun, UiTM menjadi pilihan utama iaitu 70% pemohon Melayu memohon kemasukan ke UiTM. Untuk agenda Melayu, sasaran jumlah 200,000 pelajar UiTM perlu disempurnakan tahun hadapan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan demi untuk menaikkan nama UiTM sebagai universiti yang terbaik di negara ini. Sekarang UiTM mempunyai 173,000 pelajar dengan semangat setiakawan dan harmoni yang terjalin di antara UiTM dan UTiMAS, tidak mustahil segala cabaran dan dugaan ini dapat dilalui dengan mudah. Dalam menghadapi apapun cabaran, Melayu mesti bersatu. Segala sifat kepentingan diri dan hasad dengki, kita harus ketepikan.Banyak masalah timbul dalam fakulti yang dibawa kepada saya adalah berpunca dari hasad dengki dimana saya tidak melayaninya. Jangan ada perasaan dengki dikalangan ahli-ahli fakulti. Kita memulakan ‘Dasar Mengubah Destinasi Anak Bangsa’ dimana UiTM memperuntukkan 5000 tempat dalm kemasukan pelajar yang berasal dari keluarga miskin di luar bandar. Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai kelayakan akademik yang minima dan diberi bantuan sepenuhnya sehingga mereka mendapat pendidikan yang kemudiannya boleh merubah keadaan kemiskinan keluarga mereka dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Untuk membiayai Program ini, kita perlukan banyak dana yang mungkin boleh disumbangkan oleh kakitangan melalui potongan gaji disamping itu, UiTM Holding memainkan peranan untuk menjana perniagaan-perniagaan yang boleh menambah kepada tabung Mengubah Destinasi Anak Bangsa. Misalnya dengan memproduksi air mineral yang dijual diseluruh premis UiTM diseluruh negara. Kita berterima
1/7
Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
kasih kerana program ini adalah dilahirkan dan direstui oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Kita berterima kasih kerana Y.A.B Perdana Menteri menjanjikan bahawa kerajaan akan menambah dana tersebut atas dasar ‘1 to 1’ iaitu setiap seringgit yang kita kumpul akan tambah seringgit juga. UiTM akan menghantar memorandum kepada Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Agung agar UiTM tidak dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kata beliau, “Untuk memperkukuh kewujudan UiTM supaya tidak digugat oleh kaum-kaum lain, saya cuba mendapatkan kelulusan mewujudkan 3 Pro- Canselor di Raja iaitu, Raja Perak, Sultan Selangor dan Raja Kelantan dan UiTM akan menjadi Universiti diRaja. Dengan begitu, UiTM dibawah perlembagaan 153 akan terus wujud dan tidak siapa boleh menggugat kewujudannya di Negara kita.” Kata beliau lagi “ Kita akan terus mempertabatkan kewujudan dan peranan UiTM dengan membuka kampus-kampus satelit baru antaranya Balik Pulau Pulau Pinang, Pontian Johor dan Besut(Taman Ilmu) dan beberapa kampus lagi yang dibangun secara PFI. Kita harus berhati-hati dalam memperjuangkan isu-isu kita, supaya tidak diperlekehkan oleh orang-orang lain dan mengelakkan dari memperbesar-besarkan masalah yang remeh temeh. Beliau bimbang isu berkenaan pelajar-pelajar UiTM yang berarak di SUK mengenai protes kemasukan pelajar bukan Melayu ke UiTM. Untuk mempermudahkan komunikasi bagi menyelesaikan masalah-masalah, kata beliau, ‘Saya telah membuka ‘Facebook’ peribadi, yang sekarang lebih dari 14,000 pengunjung dan saya memberi respon pada hujung minggu, sebanyak 2000 pelajar membuat rayuan kemasukan UiTM kepada saya melalui ‘Facebook’. Kata beliau lagi, “Saya memulakan tradisi mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada pensyarah dan kakitangan melalui email daripada Naib Canselor” Majlis dimaklumkan jumlah bergraduan adalah sekitar 30,000 orang setiap tahun dan angka ini perlu dipertingkatkan serta dijamin kualitinya. Perkara yang membanggakan ialah 80% graduan telah mendapat pekerjaan. Penglibatan semua pihak pengurusan dan akademik adalah penting dalam mencapai matlamat ini. Y. Bhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Cancelor, Naib Canselor UiTM memaklumkan bahawa proses kenaikan pangkat para pensyarah pada masa ini telah dipermudahkan. Pihak pengurusan bekerjasama dengan pihak fakulti dan cawangan dengan memberikan kuasa penuh bagi pelaksanaan. Untuk memberikan peluang supaya sekurang-kurangnya pensyarah Prof. Madya UiTM dapat bersara dalam jawatan VK7 yang dinamakan ‘Pensyarah Utama’. UiTM memulakan proses kenaikan pangkat untuk kumpulan Professor dan Prof. Madya melalui 2 laluan kenaikan pangkat bermula Ogos ini. Bagi mereka yang memilih aspek penyelidikan, penulisan akademik dan penerbitan digalakkan memohon jawatan Jusa ‘C’ atau VK7 dengan gelaran Professor dan mereka ini akan boleh menikmati kenaikan pangkat hingga ke jawatan ‘Turus’. Sedangkan bagi mereka yang memilih penilaian berasaskan pengajaran dan pembelajaran boleh memilih untuk tidak memohon gelaran Professor tersebut tetapi dipelawa memohon untuk mengisi jawatan
2/7
Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
Pensyarah Utama (VK7) berdasarkan track Pengajaran dan Pembelajaran. Beliau akhirnya menggesa supaya para pensyarah UiTM meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang masing-masing bagi memenuhi permintaan masa kini dan bagi mempelbagaikan program-program yang sedia ada. Buat masa ini hanya terdapat 300 program yang ditawarkan di UiTM bagi memajukan anak bangsa terutamanya anak bumiputera. Kita perlu bersatu menjayakan fungsi dan misi penubuhan UiTM. 4. Jamuan Ringan Setelah upacara perasmian Mesyuarat Agung, para hadirin mesyuarat merasa bertuah dan berterima kasih kerana Y. Bhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar telah meluangkan masa untuk bersama-sama bersilaturahim dengan semua anggota yang hadir menikmati juadah ringan. Beliau juga memberi peluang untuk bertanya soalan-soalan secara perseorangan. Akhirnya Y. Bhg Dato Naib Canselor juga telah sudi bersama-sama anggota meraikan upacara secara kejutan Potong Kek sempena Hari Jadi ke 65 tahun, Prof . Madya Hj. Abdul Ghani, Setiusaha Agung UTiMAS 5. Prosedur Mesyuarat Agung Mesyurat Agung bermula dengan Ucapan Presiden UTiMAS 5.1 Presiden, Prof. Dr. Mohamad Bin Awang (FSPU) selaku Pengerusi Mesyuarat memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih di atas kehadiran setiap ahli ke mesyuarat kali ini. 5.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa jumlah ahli yang seramai cuma 390 orang berbanding bilanagn profesor dan Profesor Madya di UiTM seramai 1167. 5.3 Pengerusi mesyuarat berharap agar Ahli Jawatankuasa Kerja UTiMAS baru, yang akan dilantik dapat memikirkan cara yang terbaik memperjuangkan dan mendapatkan hak-hak dan kebajikan para anggota melalui konsep bermesyurah dan berunding. 5.4 Setiausaha Agung membentangkan Minit Mesyuarat UTiMAS bertarikh 13 Ogos 2008. Prof. Madya Dr. Puzziawati (FMSK) mencadangkan agar minit mesyuarat diluluskan dan disokong Prof. Madya Dr. Ku Aziliah Ku Mohamad (FPP). 6. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-3 2008-2010 Setiausaha, Prof. Madya Hj. Abdul Ghani Karim membentangkan Minit Mesyuarat Agong ke-3 UTiMAS 2008-2010 kepada mesyuarat. Minit Mesyuarat dan diluluskan. Perkara ini dicadangkan oleh Prof Madya Roslan Ali dan disokong oleh Prof. Madya Abdul Rahim Awang. 7. Laporan Kewangan Tahun 2008-2010 Setiausaha UTiMAS, Prof.Madya Hj Abdul Ghani Abdul karim membentangkan penyata kewangan UTiMAS bagi tempoh 2008-2010 kerana Bendahari UTiMAS, Prof.Madya Dr. Za’faran Bt Hassan (FPP) menghadiri seminar di luar Negara dan diluluskan. Laporan ini dicadang oleh Prof. Madya Ismail Abdul Rajab dan disokong oleh Prof. Madya Abd. Azis Abd. Majid
3/7
Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
8. Pembentangan dan penerimaan usul-usul dari anggota 8.1 Prof. Madya Mat@Muhammad Bin Yusoff(APB) mengusulkan supaya Fasal 4: Keahlian Perkara (1) diubah kepada ‘ ..pensyarah UiTM DM1/53/54 dan ke atas.’ Usul ini disokong oleh Prof. Madya Roslan Ali 8.2 Prof. Madya Abdul Rahim Awang mengusulkan satu delegasi EXCO UTiMAS untuk berjumpa dengan TNC Akademik & Pengantarabangsaan Prof. Dr. Azni Zain Ahmad bagi membincangkan tentang kretia-kretia kenaikan pangkat Pensyarah Utama (Gred VK7). Usul ini disokong sebulat suara. Ahli-ahli juga mencadangkan supaya memasukkan beberapa kretia-kretia pertimbangan untuk kenaikkan pangkat ke Pensyarah Utama oleh Pengurusan Kanan UiTM khususnya TNCA iaitu: *Berkhidmat dengan ITM/UiTM sekurang-kurangnya 20 tahun *Berada pada Gred DM1/DM53/DM 54 sekurang-kurangnya 10 tahun *Berumur 50 tahun ke atas *Menyumbang dan berjasa kepada ITM/UiTM *Pensyarah Tetap dan Kontrak *Lulus PTK (yang berkaitan) *Boleh memohon gelaran Profesor (VK7) dan gred lebih tinggi (Profesor VK6/ VK5 dan Turus III) jika sudah mencapai kecemerlangan akademik istimewa 8.3 Prof. Madya Dr. Ku Aziliah Bt Ku Muhamad mencadangkan untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti UTiMAS dengan mencadangkan supaya menambahkan jumlah Exco lantikan Presiden antara 5 orang dan seorang Pengerusi Tetap dalam cadangan pindaaan perlembagaan UTiMAS. Fasal 9 : Jawatankuasa (1) Satu Jawatankuasa seperti yang berikut yang dinamakn Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan: Seorang Presiden Serorang Timbalan Presiden Seoprang Setiusaha Seorang Timbalan Setiusaha Seoerang Bendahari 8 orang Ahli Jawatankuasa Biasa Menjadi Fasal 9 : Jawatankuasa (1) Satu Jawatankuasa seperti yang berikut yang dinamakn Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan:
4/7
Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
Seorang Pengerusi Tetap Seorang Presiden Serorang Timbalan Presiden Seoprang Setiusaha Seorang Timbalan Setiusaha Seoerang Bendahari 8 orang Ahli Jawatankuasa Biasa 5 orang lantikan Presiden Cadangan disokong oleh Prof. Madya Hj. Yunus B. Abd. Rahman dan disokong sebulat suara.
8.4 Prof Madya Hj. Abdul Ghani Bin Abdul Karim mencadangkan bahawa walaupun tiada tertulis dalam perlembagaan, tetapi Mesyuarat Agung boleh mencadangkan supaya Presiden diberi kuasa melantik 5 Ahli Jawatankuasa tambahan untuk membantu bergiat sama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan yang semakin bertambah. Beliau mencadangkan nama-nama berikut dilantik Ahli Jawatankuasa tambahan oleh Presiden iaitu:
1. Prof. Madya Dr. Zafran Hassan FPP
2. Prof. Madya Abdullah @ Kasim Mohamad FKPM
3. Prof. Madya Yusoff Hj. Ismail FSPU
4. Prof. Madya Abdul Rahman Mohd Noor FSPU
5. Prof. Madya Dr. Rusnah Shamsudin FSG
Cadangan disokong oleh Prof. Madya Mat@Muhammad Bin Yusoff dan disokong sebulat
5/7
Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
suara.
9. Pembubaran AJK lama & Perlantikan AJK baru UTiMAS 2008-2010 9.1 Pengerusi mesyuarat mengumumkan pembubaran ahli jawatankuasa kerja lama dan menyerahkan mesyuarat kepada Pengerusi Tetap Mesyuarat. 9.2 Berikut ini adalah keputusan perlantikan AJK baru UTiMAS 2008-2010. Penamaan dari anggota yang hadir tanpa sebarang bangkangan dan diterima sebulat suara. Presiden Prof. Dr. Mohamad bin Awang, JSM FSPU Timb. Presiden Prof. Madya Hj. Md Noh Nyata, KMN APB Setiausaha Prof. Madya Hj. Abd Ghani bin Abd Karim,AMN FKPM Timb. Prof. Madya Mat @ Muhammad Yusoff, AMN APB Setiausaha Bendahari Prof. Madya Dr.Puzziawati bt Ab. Ghani FSKM EXCO 1. Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah Institut Pengajian Siswazah 2. Prof. Madya Abd.Azis bin Abd. Majid Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan 3. Prof.Madya Roslan bin Ali Fakulti Sains Gunaan 4. Prof. Madya Abd.Rahim Awang Fakulti Senibina Perancangan & Ukur 5. Prof. Madya Ismail Abdul Rejab Akademi Penggajian Bahasa 6. Prof. Madya Dr. Anuar Suun Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi 7. Prof. Madya Dr. Wan Ramlee Wan A. Kadir Fakulti Sains Gunaan 8. Prof. Madya Dr. Ku Aziliah Ku Mohamad Fakulti Pengurusan Perniagaan Juru Audit 1. Prof. Madya Dr.Nor’aini Abd Jalil Fakulti Kejuruteraan Elektrik 2. Prof.Madya Dr. Zuraidah Abbas Fakulti Senibina Perancangan & Ukur Penangguhan
6/7
Mesyuarat Agung
Last Updated Wednesday, 18 August 2010 16:06
Presiden mengucapkan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa baru serta mohon kerjasama semua dalam melaksanakan tugas dengan sempurna.
7/7