Selangor Kini
PERCUMA 23 September - 3 Oktober 2014, 28 Zulkaedah - 8 Zulhijjah1435
Thailand juara Golf Worldwide Holdings Selangor Masters
Tiada sokongan kuat punca trek MRT tumbang
muka 12
muka 6
Bukit sampah penghias Taman Medan
muka 4 & 5
HIBA…
Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berucap di hadapan kira-kira 1,000 kakitangan awam pada majlis perpisahan beliau di foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Gambar oleh Shahril Said
Khalid: Terima kasih rakyat Selangor Oleh HAFIZAN TAIB SHAH ALAM - Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Selangor yang memberi kepercayaan kepadanya di sepanjang enam tahun memegang jawatan berkenaan. Dalam kenyataan media pada hari terakhirnya selaku Menteri Besar, Abdul Khalid melahirkan rasa bangga atas komitmen ditunjukkan pegawai dan kakitangan kerajaan serta semua pihak berkaitan yang membolehkan banyak perubahan dilaksanakan berbanding pada awal pertukaran pucuk pimpinan. “Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama rakyat Sela-
ngor yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran negeri termaju di Malaysia ini. “Syukur alhamdulillah... hari ini (22 September) hari terakhir saya sebagai Datuk Menteri Besar Selangor selepas lebih enam tahun memegang jawatan ini bermula Mac 2008,” katanya. Abdul Khalid berpuas hati berikutan pelbagai kejayaan diraih dalam tempoh berkenaan menerusi Kerajaan Negeri yang ditadbir berlandaskan prinsip urus tadbir baik terutama kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti serta bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan. Katanya, dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat diperkenalkan sejak 2008 menerusi program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Sela-
ngor (MES) berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana. “Kita membelanjakan lebih RM1.6 bilion semenjak 2008 bagi membiayai pelbagai inisiatif dan skim bersifat kebajikan di bawah MES di mana sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Selangor menikmati salah satu daripada inisiatif ini. “Menerusi dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah, rizab simpanan Selangor meningkat kepada RM3.3 bilion setakat ini dan sebahagian simpanan ini telah kita gunakan untuk projek-projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik. lihat muka 2 >>
Azmin Ali Menteri Besar baharu SHAH ALAM - Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Besar yang baru selepas DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan melantik Timbalan Presiden PKR itu menjawat jawatan itu. Perkenan itu dinyatakan melalui surat dari Pejabat DYMM Sultan Selangor yang dihantar pada 22 September lalu. Azmin dititahkan hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang diadakan pada 23 September, di Istana Alam Shah, Klang. lihat sambungan & biodata Azmin di muka 2 >>
Utama 2
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008. Katanya ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti. Abdul Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf. “Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu
Kad laporan Tan Sri Khalid Ibrahim
Rizab simpanan RM3.3 bilion, pelaburan RM60 bilion setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas Fardu Ain dan Al-Quran dan institusi tahfiz. “Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” kata Abdul Khalid dalam ucapan perpi-
<< dari muka depan
Penstrukturan air adil dan saksama “Di bawah pentadbiran saya dan rakan-rakan Exco, Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang lebih kurang 24 peratus kepada KDNK Malaysia di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul,” katanya. Kerajaan Negeri juga mencapai persetujuan bersejarah dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air bermula 2008 demi mengembalikan hak rakyat negeri ini selain memastikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan. Abdul Khalid menegaskan tawaran pengambilalihan syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pihak dan walaupun satu konsesi belum memuktamadkan tawaran namun ia tidak sepatutnya
menjejaskan tawaran yang telah dibuat sejak 2012 berjumlah RM9.65 bilion. Kerajaan Negeri juga menandatangi Perjanjian Pemindahan Aset untuk memindahkan semua aset air milik negeri bernilai RM14.92 bilion kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi mewakili Kerajaan Negeri manakala Air Selangor diwakili Suhaimi Kamaralzaman. “Saya berpuas hati dengan perkembangan penstrukturan semula industri air Selangor yang sedang berlaku dan yakin hasrat memberi semula hak air kepada rakyat seperti terkandung dalam manifesto akan tercapai. “Diharapkan kepimpinan baharu akan berjaya merealisasikan hasrat memberi saham air kepada seluruh isi rumah di Selangor,” katanya.
Krisis ini perlu diselesaikan
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan menerima hakikat perlantikan Azmin dengan hati terbuka. “Atas semangat itu, saya buat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. “Saya ambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin,” tegas Adun Kajang itu. Menyusuli kenyataan itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyatakan keakuran bersyarat kepada keperluan untuk menyelesaikan krisis jawa-
tan Menteri Besar. “MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini (Azmin) tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi Raja Berpelembagaan. “MPP juga bersetuju dengan cadangan Dato’ Seri Dr Wan Azizah agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi,” menurut kenyataan itu.
sahan sebagai Menteri Besar. Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan disalurkan menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), yang nilainya sudah mencecah lebih RM1.65 bilion. “Lebih 20 program, skim dan insentif dikhususkan bagi kebajikan golongan rakyat berpenda-
patan rendah bawah RM2500 sebulan dan berpendapatan sederhana tinggi bawah RM5000 sebulan dilaksanakan menerusi dasar MES yang dilancarkan pada Jun 2008,” katanya. Beliau berkata setelah tamat penggal pertama menerajui Kerajaan Negeri beliau sangat berpuas hati dengan sikap “bekerja bersama saya” dalam hal
menggembleng usaha dan tenaga menjayakan dasar MES. “Majoriti rakyat menunjukkan rasa puas hati terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. “Buktinya, kira-kira 1.3 juta daripada lebih 1.7 juta pengundi memberi kemenangan kepada PR seterusnya mengekalkan Kerajaan Negeri di Selangor selepas PRU Ke-13,” katanya.
Khalid: Biar drama mereka jadi lawak jenaka dikenang selamanya SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu penjawat awam terus berkhidmat kepada rakyat dengan tidak terikut rentak ahli politik dalam pentadbiran kerajaan. “Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja. “Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan dikenang selamanya,” kata Abdul Khalid di depan kira-kira 1,000 kakitangan awam pada majlis perpisahannya di foyer Setiausaha Kerajaan (SUK), 22 September lepas. Abdul Khalid sepanjang menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dianggap sebagai seorang
Abdul Khalid sepanjang menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dianggap sebagai seorang ketua yang tegar memisahkan pentadbirannya daripada pengaruh politik.
ketua yang tegar memisahkan pentadbirannya daripada pengaruh politik. Tindakan beliau itu walaupun tidak disenangi sesetengah pemimpin parti politik tetapi disokong penjawat awam kerana telah melicinkan jentera pentadbiran dan mengelakkan amalan rasuah. Sementara itu, Abdul Khalid
turut mengambil kesempatan mencabar penggantinya melaksanakan pelan terbitan saham air untuk rakyat Selangor. Hal ini berikutan penerbitan saham air di Selangor merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. “Jika tidak rakyat akan hukum mereka kerana sudah janji dalam manifesto PRU lalu,” katanya ketika berucap. Kerajaan Negeri sebelum ini berjaya kembalikan hak milik pengurusan air di Selangor dengan aset bernilai RM14 bilion kepada rakyat negeri itu. Langkah itu katanya antara kejayaan terbesar yang dicapai sepanjang menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor.
Biodata MOHAMED Azmin Ali
Dilahirkan pada: 25 Ogos 1964 di Singapura, Malaysia Keluarga Shamsida Taharin (isteri) Anak l Farah Shazliyana l Mohamed Ameer Shazrin l Farah Amira l Farah Afifah l Mohamed Basheer Noor Alhaq l Mohamed Yusuf Al Sadiq Pendidikan l Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Minnesota l Sarjana Pendidikan, Universiti Minnesota
Politik l Ahli Parlimen Gombak (8 Mac 2008 hingga sekarang) l Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (8 Mac 2008 hingga sekarang) l Timbalan Presiden PKR (28 November 2010 hingga sekarang)
Foto oleh Raheemie Ariffin & Shuaib Ayob
Utama
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
h i s a K Terima
g n a n e k i d u m a s Ja
3
Utama 4
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
Berakhirnya kemelut politik, legasi Khalid dikenang rakyat
P
engumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar baharu sekaligus merungkai kemelut politik berpanjangan di Selangor. Seharusnya, semua pihak menghormati keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kebijaksanaan baginda mendorong semua pihak dilihat berdamai. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini ada ura-ura membuat undi tidak percaya jika Adun PAS dipilih, sudah membuat kenyataan menyokong Azmin. Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang cuba diangkat untuk menerajui Selangor juga menarik diri, diikuti sokongan PAS dan DAP kepada Mohamed Azmin. Namun, walaupun kemelut politik yang boleh dianggap berakhir, tugas berat menanti Azmin iaitu meneruskan kecemerlangan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Bukan mudah, apatah lagi rakyat pasti membandingbandingkan keupayaan mereka, lebih-lebih lagi mereka dilihat sebagai seteru politik. Jika Azmin gagal mengulangi mahupun mengatasi pencapaian Abdul Khalid, pasti rakyat dirundung ke-
cewa selepas diheret dalam konflik politik berpanjangan. Pun begitu, sebagai bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih Timbalan Perdana Menteri, diikuti pengalaman sebagai Adun, Ahli Parlimen dan Timbalan Presiden PKR sejak era Reformasi, tiada sebab Azmin tidak mampu melakukannya. Bagaimanapun, bukan pencapaian membangunkan negeri sahaja yang menjadi tumpuan mata rakyat. Sebaliknya, integriti sebagai pemimpin yang bersih daripada amalan keji seperti rasuah dan penyelewengan kuasa pasti menjadi topik perbandingan. Abdul Khalid seawal pembabitannya dalam politik hingga ke saat meninggalkan jawatan itu, berjaya menawan hati rakyat dalam aspek itu, malah ia mungkin legasi terbesarnya yang dikenang ramai. Berbeza dengan Azmin yang sebelum ini kerap dilabel sebaliknya. Namun, inilah peluang terbaik Azmin untuk menangkis tohmahan berkenaan, sekali gus mengekal reputasi pemimpin Pakatan Rakyat lebih bersih berbanding pimpinan Umno-BN.
Bukit sampah jadi penghias Taman Medan Oleh Naeem Raffi PETALING JAYA - Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang membuang sampah di bahu Jalan PJS 2D/8 dilihat semakin agresif, sekaligus menimbulkan keresahan penduduk setempat. Tinjauan Selangor Kini dilokasi berkenaan mendapati longgokkan sampah daripada pelbagai material membukit hampir paras lutut sepanjang kira-kira 60 meter jalan tersebut. Bagi yang pertama kali ke kawasan berkenaan mungkin menyangka laluan kawasan penempatan itu jalan ke tapak pelupusan sampah. Wartawan kami juga terpaksa menutup hidung ketika membuat liputan di kawasan berkenaan. Timbunan sampah yang melimpah ke atas jalan raya juga bukan sahaja membusuk ekoran hujan, malah dikerumuni sekumpulan gagak yang mencari makanan.
Seorang penduduk ketika ditemui, Tahirin Salim, 58, berkata sampah-sampah berkenaan dipercayai dibuang oleh peniaga tapak pasar malam dan penjaja makanan di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, pihaknya menolak kemungkinan ia dilakukan penduduk setempat kerana mereka mempunyai tong sampah di setiap rumah. “Ini kerja orang luar dan bukannya penduduk setempat. Kami ada tong sampah sendiri dan kontraktor sampah akan kutip (sampah) seminggu dua kali dikawasan perumahan kami. “Laluan tersebut terselindung dengan belukar dan ia jadi ‘port’ kepada peniaga pasar malam dan penjaja di sini untuk membuang sampah dan sisa jualan mereka dengan mudah,” jelasnya. Bagi Jamaiah Sanusi, 52 berkata lokasi pembuangan sampah di tapak haram ini sudah wujud sejak dua tahun lalu lagi.
Ini kerja orang luar dan bukannya penduduk setempat. Kami ada tong sampah sendiri dan kontraktor sampah akan kutip (sampah) seminggu dua kali dikawasan perumahan kami Tahirin Salim Penduduk
Katanya, kehidupan dan kesihatan penduduk terjejas ekoran pencemaran bau dan ancaman kesihatan dari
Ketua Pengarang
Selangor Kini SIDANG PENGARANG PENASIHAT: Faekah Husin Arfa’eza Abdul Aziz KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected], Hafizan Taib:
[email protected], Naeem Raffi:
[email protected], Afix Redzuan :
[email protected], Lizawati Madfa :
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Nazli Ibrahim :
[email protected], Norfarahidayu Baharudin :
[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Kelihatan sampah-sarap dibuang sesuka hati di sepanjang jalan PJS 2D/8
Fokus Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
makhluk perosak yang datang dari kawasan sampah haram tersebut. “Orang luar sesuka hati buang sampah. Kami yang duduk di sini pula terpaksa bau busuk. “Tikus, lalat, gagak dan anjing liar penuh di kawasan itu dan tempiasnya kawasan perumahan kami yang terancam,” jelasnya. Menurut seorang penduduk, Hasnol Taib, 42 berkata mahu atau tidak mereka terpaksa menggunakan laluan tersebut kerana ia merupakan laluan utama. “Bagi penduduk yang buat kenduri. Terpaksa tebal muka bila jemputan kenduri yang datang ke majlis mereka lalui kawasan sampah yang busuk itu. “Jadi di mana hak kami sebagai penduduk untuk menikmati kehidupan dalam persekitaran bersih dan berkualiti,” soalnya.
Tindakan bersama perlu bagi menangani isu sampah
Orang luar sesuka hati buang sampah. Kami yang duduk di sini pula terpaksa bau busuk. Tikus, lalat, gagak dan anjing liar penuh di kawasan itu dan tempiasnya kawasan perumahan kami yang terancam jamilah sanusi Penduduk
Penduduk mahu MBPJ keras tangani pesalah Petaling Jaya - Penduduk PJS 2 mengesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memikirkan tindakan yang lebih komprehensif menangani masalah pembuangan sampah haram agar tidak terus berulang di masa hadapan. Ini kerana pelaku seolaholah tidak takut melakukan kesalahan tersebut walaupun sudah beberapa tindakan telah diambil oleh MBPJ. “Isu ini sudah lama berbangkit dan sering kali berulang. Hari ini MBPJ bersihkan, minggu depan akan penuh (sampah) semula. “Perlunya tindakan tegas dari MBPJ agar pesalah tidak lagi melakukan kesalahan dan ia akan menjadi iktibar untuk orang lain agar tidak lakukan perkara sama,” jelas Tahirin Salim, 58. Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman berkata MBPJ sepatutnya menyediakan tempat pembuangan sampah khas bagi
membolehkan peniaga membuang sampah mereka. “Lihat pada kes pembuangan sampah oleh peniaga ini, memang ada keperluan untuk MBPJ sediakan kawasan sampah yang halal (khas) untuk mereka. “Selama ini, mungkin mereka tiada tempat yang sesuai untuk membuang sampah. Jalan termudah, mereka buang sampah di sini,” cadangnya. Cadangan yang sama turut dikongsi Hasnol Taib, 42 dan berharap MBPJ dapat menyediakan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) di kawasan berkenaan sebagai langkah alternatif sementara kawasan pembuangan khas disediakan. “Kalau ada RORO, sekurangkurangnya sampah yang ada itu mudah diangkut dan ia tidak menyakitkan mata memandang. “Keadaan hari ini sangat terdedah. Bila anjing liar datang, longgokkan sampah habis terburai sehingga ke tengah jalan dan menganggu laluan penduduk,” jelasnya.
PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melakukan pelbagai usaha menangani masalah pembuangan sampah haram. Selain cakna kepada aduan penduduk, MBPJ beberapa kali melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak pembuangan sampah haram dan mengeluarkan kompoun kepada pesalah. Namun masalah pembuangan sampah di tapak haram berhampiran Jalan PJS 2D/8 masih berterusan. “Penduduk juga perlu sedar, selain peniaga pasar malam dan penjaja, sebilangan kecil penduduk juga merupakan penyumbang kepada pembuangan sampah. “Saya tidak menuduh, kerana saya mempunyai bukti daripada rakaman CCTV,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembuangan Sampah Haram, Raja Fairuz Raja Mazlan (gambar). Sebelum ini, MBPJ memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan sebagai usaha mengekang aktiviti pembuangan sampah haram. Menerusi pema-
sangan CCTV tersebut, aktiviti pembuangan sampah haram dapat dipantau terus dari bilik kawalan CCTV yang berpusat di Ibu Pejabat MBPJ. Ogos lalu, Raja Fairuz bersama Adun Taman Medan, Haniza Talha mengadakan lawatan ke bilik Kawalan CCTV MBPJ bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknologi tersebut mengesan dan merakam aktiviti pembuangan sampah haram. “Ketika sesi lawatan itu, saya dan YB (Haniza) telah ditunjukkan beberapa raka-
5
man diantaranya melibatkan penduduk. Ada yang sambil menunggang motosikal membuang bungkusan plastik dan ada seorang pemuda lelaki menarik tong sampah dan membuangnya di kawasan itu. “Sekiranya diantara penduduk sendiri tidak menjaga kebersihan, jadi bertambah beratlah usaha MBPJ. “Soal kebersihan ini adalah tanggungjawab semua pihak, jadi sama-samalah kita memainkan peranan agar masalah ini dapat diatasi,” jelasnya ketika ditemui Selangor Kini.
CCTV dipasang bagi tujuan memantau pembuangan sampah tidak bertanggungjawab
Fokus 6
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
KUALA LUMPUR - Siasatan berjaya mengenal pasti punca kejadian malang di tapak projek Transit Aliran Massa (MRT) pada 18 Ogos lalu, yang menyaksikan tiga pekerja warga Bangladesh terkorban. Laporan siasatan turut mengenal pasti kakitangan dan organisasi yang mungkin bertanggungjawab di atas faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan itu. Pada 18 Ogos 2014 sekitar jam 8.30 malam, sebuah rentangan dek jejambat laluan MRT seberat 350 tan tumbang dari tiangnya dan jatuh ke tanah. Kemalangan itu berlaku di tapak pembinaan projek MRT Pakej V1 berhampiran Kota Damansara dalam kawasan bekas milik Institut Penyelidikan Getak Malaysia. Tiga pekerja yang terkorban itu, Mohammad Alauddin Mollik, Mohammed Faruk Khan dan Mohammad Elahi Hossain sedang bekerja di rentangan dek jejambat itu dan terjatuh bersama lalu ditimpa struktur itu. Siasatan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd selaku Rakan Pelaksana Projek (Projek Delivery Partner PDP) mendapati rentangan dek jejambat tumbang ekoran ketiadaan kepipis (shim) untuk menyokong struktur itu semasa diletakkan di atas bicu (jack) yang dipasang terlalu rapat, serta tembok (parapet) yang dipasang di satu sisi jejambat, lalu menyebabkan dek jejambat itu terbalik. “Jejambat berkenaan tidak dipasang taut (bearing) yang kekal. Struktur masih disokong bicu-bicu sementara. Tanpa kepipis menyokong jejambat semasa jejambat diletakkan atas bicu, rentangan menjadi tidak stabil lalu terbalik apabila beban tertumpu di satu sisi struktur semasa tembok dipasang. “Sekiranya kepipis dipasang, ren-tangan dek jejambat itu tidak mungkin terbalik walaupun tembok dipasang pada satu sisinya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dalam satu kenyataan, 19 September lepas. Laporan turut mendapati faktor-faktor berikut menyumbang kepada punca jejambat terbalik: (Grafik 1) Laporan siasatan juga mengenalpasti kakitangan dan organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah yang disebutkan. Organisasi itu adalah: MMC Gamuda KVMRT
Tiada sokongan kuat punca utama trek MRT tumbang Bagaimana Terjadi?
(Grafik 2)
Sebaris trek jejambat dalam pembinaan tumbang dan tersembam ke atas tanah
Jejambat di atas jek sementara sebelum kemalangan (PDP) Sdn Bhd, dan perunding mereka Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd, kontraktor utama bagi Package V1, serta kontraktor-kontraktor mereka. (Grafik 2) “Sebarang tindakan undangundang terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab boleh diambil berdasarkan siasatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Saya percaya hasil siasatan DOSH nanti akan serupa dengan hasil siasatan kami,” kata Azhar. MRT Corp turut mengambil langkah susulan termasuk: mengeluarkan individu-individu yang didapati bertanggungjawab keatas kemalangan ini daripada projek itu, menyenarai hitam kontraktor dan perunding yang didapati bertanggungjawab daripada projek-projek lain di masa hadapan, meneliti semula prosedur kerja selamat dan aliran proses kerja, serta meneliti semula keberkesanan Unit Penguatkuasaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar. “Seperti yang telah saya sebutkan selepas kejadian itu bahawa saya akan memastikan siasatan diadakan secara menyeluruh. Saya mahu siasat sehingga ke akar umbi supaya tiga nyawa yang tewas itu mendapat keadilan. Saya juga mahu pastikan tiada lagi kemalangan maut selepas ini,” kata Azhar.
Senarai Yang terlibat dalam Pembinaan
punca kejadian?
Grafik 1
Sebab langsung Lebihan beban di satu sisi dek
Deban berlebihan di satu sisi dek Diletakkan diatas bicu sementara tanpa kepipis Kekurangan prosedur kerja selamat (method statement) bagi pemasangan tempoh diatas jejambat single tracks Tiada RFI/Hold Point Penyeliaan lapangan yang tidak mencukupi
Punca utama
Kegagalan menyediakan pelan ujian dan pemeriksaan yang komprehensif Kegagalan mengenalpasti risiko dan melaksana langkah-langkah mitigasi Pengurusan sub-kontraktor yang tidak memuaskan Kegagalan memaklumkan risiko kepada dan diantara semua pihak yang sebab terlibat dalam pembinaan
sampingnan
Tempatan Selangorkini 23 September - 3 Oktober2014
Exco: TSKI Selangor Kini tuntut menerapkan lebih kebebasan media kepimpinan melalui teladan Selangor Kini sebagai sebuah akhbar rasmi Kerajaan Selangor merakam ucapan terima kasih kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya memajukan media. Pentadbirannya mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno-BN yang menggunakan nama Era Jaya. Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat - tanpa mengikut te-
SHAH ALAM - Hakikatnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membawa perubahan besar dalam urus tadbir Kerajaan Negeri, menurut Exco yang ditemui. Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Abdul Khalid dikenalinya amat profesional tanpa mencampuradukkan politik kepartian ketika menjalankan amanah dipertanggungjawabkan kepadanya. "Dalam mentadbir Kerajaan Negeri, sungguhpun beliau seorang ahli politik, tetapi beliau dapat memisahkan dari segi profesionalisme selaku pentadbir. "Beliau cukup profesional, tidak pernah bawa isuisu parti di dalam tugas dan mesyuarat. Sama sekali tidak pernah. Saya kira cukup membanggakan ketika dalam keadaan beliau tertekan sehingga mesyuarat terakhir pada hari ini (22 September)," katanya pada Majlis Perpisahan Bersama Menteri Besar di Bangunan Sultan Abdul Aziz, 22 September lepas. Sementara itu, bagi seorang lagi Exco, Iskandar Abdul Samad dilapor media sebagai berkata, Abdul Khalid antara Menteri Besar terbaik dalam sejarah Selangor. "Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid, yang menjalankan tugas dengan baik. "Saya melihat dia antara Menteri Besar terbaik yang pernah Selangor dapat," katanya.
lunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi. Ini penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan. Semua media negeri yang ditadbir Umno-BN juga harus mengambil langkah ini. Selangor Kini berharap pentadbiran Menteri Besar yang baru - walau sesiapapun - bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campur tangan politik, sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar Kerajaan Negeri. Oleh itu, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baru. Fazallah Pit Ketua Pengarang Selangor Kini 22 September 2014
Dalam mentadbir Kerajaan Negeri, sungguhpun beliau seorang ahli politik, tetapi beliau dapat memisahkan dari segi profesionalisme selaku pentadbir Dr Ahmad Yunus Exco Belia dan Sukan
NOTIS PEMBERITAHUAN TENTANG DRAF RANCANGAN TEMPATAN UNTUK PEMERIKSAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (PENGUBAHAN 2) 2020 - PINDAAN SEBAHAGIAN ZON GUNA TANAH BAGI BPK 1.1, 1.2, BP 2, BPK 3.1, BPK 4.1, 4.2, BPK 5.1, 5.2, 5.3 DAN BPK 7.1, 7.2, 7.3 DALAM RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (PENGUBAHAN 1) 2020 Menurut Subseksyen 13(2), Akta Perancangan Bandar danDesa 1976 (Akta 172), dengan ini diberitahu bahawa salinan Draf Rancangan Tempatan tersebut di atas tersedia untuk diperiksa bermula daripada 29 September 2014hingga 11 November 2014 pada hari bekerja di tempat-tempat seperti berikut:
TEMPAT PHN.SEL. (PH/UKUR) 01/2014
Saya melihat dia antara Menteri Besar terbaik yang pernah Selangor dapat Iskandar Samad Exco Perumahan
TARIKH
MASA
29 September 2014 11 November 2014
9.00pagi 4.00 petang
Bantahan atau cadangan berkenaan dengan Draf Rancangan Tempatan tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, surat ataupun memorandum sebelum atau pada 11 November 2014. Borang bantahan awam, surat ataupun memorandum itu hendaklah dialamatkan kepada; YANG DIPERTUA Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. (u.p : Pengarah Perancang Bandar) Tel : 03 8026 3131 / 03 8026 4424 Faks : 03 5637 6585 / 03 8024 0829 E-mel :
[email protected] : www.mpsj.gov.my
7
Album
8
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
Adun Ijok, Dr Idris Ahmad dan isteri bersama masyarakat DUN Ijok meraikan Sambutan Hari Merdeka 2014 anjuran Surau Darul Iman
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing... tanpa mengira usia, penduduk Apartmen Flora Damansara turun padang sewaktu program Gotong-royong Cegah Denggi di apartmen tersebut
Adun Taman Medan, Haniza Talha, melawat ke tapak bermasalah bersama pengarah/pegawai Jabatan Saliran MBPJ, Kesihatan, wakil persatuan penduduk dan media
Exco Belia dan Sukan; Infrastruktur, dan Kemu dahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, sewaktu Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada NGO di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, turut sama memeriahkan Pesta Tanglung peringkat DUN Gombak Setia, yang diadakan di Pasar Moden Sri Gombak
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
9
Tempatan 10
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
Oleh LIZAWATI MADFA SUBANG JAYA - Orang ramai khususnya peniaga dan penduduk di kawasan komersial SS 15 digesa menjaga kebersihan kawasan sekitar. Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata isu sistem saliran dan kebersihan persekitaran atas berterusan sekiranya mereka terus membuang sisa sampah ke dalam longkang lorong belakang kedai. “Saya harap pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dapat melakukan pemantauan agar masalah ini tidak berulang. “Harap dapat juga pihak berkuasa tempatan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal memberikan kerjasama,” katanya. Terdahulu, Hannah meninjau kerja-kerja membaiki sistem saliran di SS 15 bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, ahli majlis Zon 1, Chia Yew Ken dan wakil Jaba-
MPSJ peruntuk RM400,000 baiki saliran SS15 tan Kejuruteraan MPSJ. MPSJ memperuntukkan perbelanjaan RM400,000 bagi membaiki sistem saliran di beberapa kawasan di SS 15, antaranya, Jalan SS 15/4, Jalan SS 15/4A, Jalan SS 15/ AA, Jalan SS 15/4G, Jalan SS 15/4D dan Jalan SS 15/4C. Kerja-kerja berkenaan mula dilaksanakan 10 Ogos lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 November depan. Hannah menggesa kerja pembersihan saliran diadakan sekurang-kurangnya dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. “Dua kali dalam tempoh sebulan ternyata tidak cukup, kalau dilakukan secara mingguan juga saya tidak fikir itu mencukupi di kawasan pesat seperti ini.
Saliran longkang mengalir lancar selepas kerja-kerja pembersihkan dijalankan oleh MPSJ
1,500 bakau ditanam pelihara hutan MDHS pergiat operasi SHAH ALAM - Kira-kira 1,500 anak pokok bakau berjaya ditanam Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) dalam Program Menanam Pokok Bakau memastikan pengekalan hutan paya laut terus terpelihara. Program dijalankan di Hutan Simpan Kuala Bernam, Kampung Sungai Air Tawar dalam daerah Sabak Bernam pada 7 September lalu dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor membabitkan kira-kira 800 pelajar dan kakitangan dari 21 sekolah di Selangor. Pengarah JPNS, Dr Mohd Puat Dahalan berkata, usaha itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang prihatin dalam pemeliharaan kawasan hutan dan alam sekitar. “Menyedari kepentingan hutan paya laut serta segala ancaman untuk dieksploitasi, Kerajaan Negeri melalui JPNS mengambil langkah positif memeliharanya dengan mengadakan Zon Kawasan Pemeliharaan Hutan Paya Laut. “Ia merangkumi kawasan sejumlah 18,088.8 hektar membabitkan hutan simpan kekal, 4,442
banteras kegiatan haram
Pelajar diajar cara-cara menanam pokok bakau di Hutan Simpan Kuala Bernam hektar dari tanah kerajaan dan tanah milik menjadikan jumlah keseluruhannya lebih kurang 22,530 hektar. Rancangan ini telah didokumen di dalam buku Rancangan Kerja Hutan Paya Laut JPNS 2009-2019,” katanya. Mohd Puat berkata, zon pemeliharaan hutan paya laut diwujudkan memastikan baki hutan paya laut terjaga dan tidak ditebang
atau ditukar untuk guna tanah yang lain seperti pertanian dan penempatan di samping perancangan pengurusan hutan paya laut secara mampan. “Keluasan hutan paya laut yang diwartakan Hutan Simpan Kekal lebih kurang 18,088.8 hektar merangkumi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.
SHAH ALAM - Sepanjang Ogos lalu, Majlis Daerah Hulu Selangor giat melaksanakan siri operasi membanteras kegiatan perniagaan tanpa lesen, aktiviti yang mengganggu ketenteraman orang ramai dan sikap membuang sampah dengan sewenangwenang. Bagi membendung penularan denggi, Penolong Pegawai Penerangan Junainah Abdullah berkata MDHS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah turut mengenakan tindakan terhadap pemilik-pemilik rumah yang gagal menjaga kebersihan. “Tindakan diambil bawah seksyen 81, Akta Ke-rajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan kesalahan bagi mana mana individu yang membiarkan rumah dalam keadaan kotor. “Operasi ini dilaksanakan bagi membendung penularan demam denggi
yang semakin berleluasa,” katanya. Junainah melaporkan empat kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang didapati membuang sampah di kawasan laluan jalan kawasan perumahan dan pusat perniagaan. “Penduduk sekitar diseru bekerjasama dengan memberikan maklumat kepada MDHS bagi memastikan aktiviti seperti ini dapat dibanteras,” katanya. Dalam serbuan keatas dua buah pusat siber tanpa lesen, 67 unit komputer telah disitu menyusuli lima kompaun dan tiga notis am. Sementara itu, 15 premis makanan tanpa lesen telah diperiksa dan satu kompaun telah dikeluarkan. Notis am turut dikeluarkan ke atas operasi melibatkan aktiviti karaoke di tempat terbuka serta dikenakan kepada pemilik kereta buruk yang diletakkan ditempat awam.
Tempatan Shah Alam City Ride tarikan baru pelancong SHAH ALAM - Program Kayuhan ‘Shah Alam City Fun Ride’ anjuran Malaysia Islamic Art & Tourism Souq dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diyakini dapat meningkatkan daya tarikan Shah Alam. Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Selangor, Datuk Musa Yusuf berkata, program itu bertujuan memperkenalkan lokasi-lokasi menarik sekitar Shah Alam bagi orang ramai yang gemar berbasikal. “Peserta kayuhan akan melalui lapan kawasan tarikan pelancongan yang bermula di Masjid Negeri Shah Alam, Kompleks Taman Seni Islam, Muzium Shah Alam, Laman Seni Seksyen 7 dan banyak lagi. “Program ini juga bertujuan menggalakkan orang ramai berbasikal dan melawat bandaraya Shah Alam,” katanya. Seramai 680 peserta kayuhan menyertai program itu dengan jarak 20 kilometer bermula di Dataran Shah Alam sehingga ke Laman Seni Seksyen 7 sebelum berpatah balik be-
rakhir di Kompleks Taman Seni Islam. Program dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menamatkan perkhidmatan pada 22 September. “Terdapat aktiviti dijalankan sepanjang hari ini antaranya Pameran Seni Islam, derma darah, pertandingan kaligrafi, bengkel wanita dan cabutan bertuah. “Kami bersama-sama MBSA dan Tourism Selangor Berhad menambah baik dan mengenalkan lagi keistimewaan Shah Alam kepada pelancong,” katanya.
Program ini juga bertujuan menggalakkan orang ramai berbasikal dan melawat bandaraya Shah Alam Musa Yusuf
Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Selangor
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
MPSJ, imigresen bersihkan Puchong daripada PATI
11
SHAH ALAM - Seramai 104 warga asing Myanmar, Kemboja, Bangladesh, India dan Indonesia diperiksa dan 45 ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah dalam satu operasi bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Imigresen Selangor, barubaru ini. Operasi pada 18 September lepas di Puchong itu dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan dari penduduk yang gelisah dengan perkumpulan warga asing di taman-taman permainan tempat kanak-kanak mereka bermain. "Isu warga asing yang menjalankan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula menggunakn basikal roda tiga turut menjadi perhatian apabila pelbagai masalah timbul seperti masalah kebersihan persekitaran dan kesesakan lalulintas
Pendatang asing yang ditahan, dikumpulkan sebelum dibawa ke Jabatan Imigresen di Kompleks PKNS Shah Alam apabila kumpulan warga asing ini melalui jalan-jalan utama di sekitar Puchong," kata Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Mejar (B) Mohd. Rasip Rasul. Lima unit basikal roda tiga yang dikendalikan oleh kumpulan warga asing itu turut disita. Seramai 56 pegawai dan ang-
gota penguatkuasa MPSJ bersama-sama 9 pegawai dan anggota Imigresen terlibat di dalam operasi bermula jam 8 malam hingga 12 malam. Pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen di Kompleks PKNS Shah Alam.
50,000 masyarakat pelbagai bangsa raikan Festival Bon Odori SHAH ALAM - Festival Bon Odori yang diraikan
Abdul Khalid turut hadir memeriahkan Festival Bon Odori
saban tahun disambut meriah dengan kehadiran 50,000 pengunjung berbilang bangsa dari seluruh pelusuk negara. Biarpun hujan turun sepanjang pesta berlangsung, namun ia tidak menghalang orang ramai datang dengan kimono musim panas Yukata dan sepasang sandal kayu. Berlangsung di padang Kompleks Sukan Negara (Kompleks Sukan Panasonic) di Sek-syen 21, Shah Alam, puluhan ribu pengunjung berkumpul pada setiap tahun untuk menghayati budaya negara matahari terbit itu. Dalam bahasa Jepun, Odori membawa maksud tarian, manakala Bon pula singkatan bagi nama satu teks agama Buddha, Ullambana Sutra. Suasana bergema dengan pukulan gong, gendang dan aluan seruling mengiringi sekumpulan penari diatas pentas khas Yagura yang menari bersama-sama pengunjung. Selain tarian tradisional, pengunjung turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah Jepun antaranya Unagi Don atau nasi ikan belut. Selain itu, juadah seperti ais kacang, minuman ringan dan aiskrim dari Jepun turut dijual di festival itu. Turut hadir memeriahkan festival itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menamatkan perkhidmatannya pada 22 September.
Tempatan 12
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
Thailand juara Golf Worldwide Holdings Selangor Masters
Pukulan kencang juara Golf Worldwide Holdings Selangor Masters, Chapchai Nirat dari Thailand Oleh AFEEQA AFEERA PETALING JAYA - Pemain dari Thailand, Chapchai Nirat muncul juara pada Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters menewaskan pesaing terdekatnya, Antonio Lascuna dari Filipina. Kedua-dua mereka terikat pada skor agregat 274 sebelum Chapcai berjaya meraih kemenangan pada pusingan penentuan. Kemenangan Chapcai adalah kemenangan keempatnya dalam Jelajah Asia. Tempat ketiga disandang pe-main dari India, Anirban Lahiri, manakala tempat keem-
pat disandang oleh Scott Hend dari Australia. Chapchai berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM234,000. Pada majlis itu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berangkat mencemar duli menghadiri Kejohanan Akhir Golf Worldwide Holdings Selangor Masters. Turut mengiringi Baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menamatkan perkhidmatannya pada 22 September.
Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor bermula 18 September lalu menawarkan hadiah RM1.3 juta secara keseluruhan. Kejohanan anjuran Worldwide Holdings Berhad (WHB) dengan kerjasama Kerajaan Selangor dan Asian Tour itu tersenarai dalam Jelajah Asia dan menjadi tumpuan pemain profesional tempatan dan antarabangsa. Kejohanan edisi ketujuh itu berlangsung meriah dengan pertambahan tawaran hadiah berbanding RM1.2 juta tahun lalu.
Sukan paragliding pacu industri pelancongan
SHAH ALAM - Kerajaan Ne-
geri sentiasa memberi sokongan terhadap sukan paragliding bertujuan melahirkan masyarakat cergas dan sihat dan mempromosikan pelancongan. Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Kejohanan Paragliding Antarabangsa kali ini menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi sihat di kalangan pelbagai negara. Beliau berkata, pembangunan sukan paragliding juga memberi kesan positif kepada industri pelancongan Selangor. “Seramai 30 orang peserta dari Spain, Taiwan, Singapura, Indonesia dan juga Malaysia menyertai kejohanan pada kali ini. “Kejohanan seperti ini dapat memberi peluang
dan ruang kepada lebih ramai generasi muda untuk bergiat cergas di dalam bidang sukan,” katanya. Tapak acara ini juga telah menyaksikan beberapa siri kejohanan bertaraf antarabangsa dan dunia pada tahun 2006, 2007, 2008 dan kali terakhir MDKL menganjurkan kejohanan ini adalah pada tahun 2009. “Semua agensi kerajaan dan swasta yang terlibat mengekalkan kerjasama yang ada agar kemajuan pembangun-an sukan paragliding ini akan terus dicapai. “Diharap peserta dapat menimba seberapa banyak pengalaman dan membina keyakinan serta semangat juang yang tinggi melalui kejohanan ini,” katanya.
Peserta paragliding sedang melakukan terjunan
Minggu Pembinaan Antarabangsa
Pelajar Unisel menang pertandingan
Muhamad Azizul (kanan) bersama Muhammad Syukri (dua, kanan) johan serta naib johan kejohanan tersebut
KUALA LUMPUR - Pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Selangor (Unisel) merangkul johan dan naib johan dalam pertandingan 'Minggu Pembinaan Antarabangsa' di Pusat Dagangan Dunia Putra, barubaru ini. Mereka menewaskan jaguh Politeknik Ungku Omar dalam pertandingan tersebut. Kedua-dua pelajar itu, Mu-
hamad Azizul Abd Aziz (Johan) dan Muhammad Syukri Mamat (Naib Johan) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Pencapaian menjuarai ‘Fast Furious Slum Test’ ini amat membanggakan seluruh warga Unisel kerana ia merupakan penyertaan kali pertama. Ia sekaligus menaikkan imej serta reputasi Unisel di kalangan
institut pengajian tinggi (IPT) negara. Kemenangan ini diharap dapat menjadi pencetus kepada seluruh pelajar untuk mencipta lebih banyak ruang keterlibatan selepas ini. Sesungguhnya kejayaan sebegini merupakan antara indikator keupayaan serta kebolehan setiap pelajar Unisel juga secara keseluruhannya.
Tempatan 13
Kawasan buangan sampah haram resahkan penduduk Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL Hulu Langat KERJA MENAIKTARAF I Kerja-kerja Pemasangan 3 Unit Injap Kekupu 600MM di wilayah Hulu Langat masing-masing di lokasi Kawasan Pusingan U, Taman Cheras Jaya; Tanjung Balai dan hadapan SRK Sungai Besi Indah,Balakong. TARIKH/MASA GANGGUAN l 1 Oktober 2014 (Rabu) 9.00 malam hingga 5.00 pagi l 2 Oktober 2014 (Khamis). KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT l Taman Juara Jaya lTaman Bukit Belimbing l Taman Sungai Besi Indah 1,2,3lTaman Harmoni Indah l Taman Puncak Utama Seri Kembangan l Taman Putra Budiman l Taman Balakong Jaya l Taman Seri Timah l Taman Tanming Jaya l Kawasan Perindustrian Balakong l Taman Industri Selesa Jaya Seri Kembangan l Taman Industri Balakong l Taman Tanming Permai l Taman Industri Lifong l Taman Tanming Ria l Taman Sungai Besi Indah Zon 1 l Juta Mines Kondominium Seri Kembangan l Kawasan Perindustrian Cheras Jaya l Taman Impian Ehsan Seri Kembangan l Taman Desa Karunmas Seri Kembangan l Taman Bukit Emas l Taman Impian Indah l Taman Taming Indah l Taman Sejati; l Taman Seri Sungai Long l Taman Bukit Sungai Long l Rumah Kenangan Cheras l Taman Setia Balakong l Taman Sinaran l Taman Industri Balakong Jaya l Kawasan Perdagangan Desaria Seri Kembangan
MENJIJIKAN... Dr Daroyah menunjukkan keadaan jeti nelayan Kampung Batu Empat, Sementa yang dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah haram Oleh HAFIZAN TAIB SHAH ALAM - Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menempatkan sisa buangan di kawasan haram di jeti nelayan Kampung Batu Empat, Sementa mengundang masalah kepada penduduk sekitar di kawasan berkenaan. Ia jelas menimbulkan resah di kalangan penduduk di penempatan itu yang berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkuasa berkaitan segera bertindak menanganinya.
TARIKH/MASA GANGGUAN l 1 Oktober 2014 (Rabu) 9.00 malam hingga 5.00 pagi l
2 Oktober 2014 (Khamis)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT l Seluruh Kawasan USJ 2 l Seluruh Kawasan USJ 3 l Seluruh Kawasan USJ 4
rosakkan ekosistem setempat terutamanya nelayan yang menjadikan hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka," katanya. Dr Daroyah berharap sampel kualiti paras pencemaran yang diambil dari kawasan itu akan dibawa pulang untuk dikaji sama ada mengandungi sisa toksik atau sisa lain. "Selain pemantauan berterusan, diharap tindakan sewajarnya dapat dikenakan segera kepada pesalah supaya kejadian sebegini tidak terus berulang," katanya.
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG Persiaran Semarak Api, Cyber 1 63200 CYBERJAYA, Selangor Darul Ehsan
Petaling KERJA MENAIKTARAF II Kerja-Kerja Penggantian Injap 300MM dan 400MM di wilayah Petaling, masing-masing di Jalan USJ2/5 dan Jalan USJ2/7 serta Pemasangan Injap Scour di Dalam Zon Air Scouring di sekitar USJ 2, Subang Jaya.
Aduan diterima Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang selepas itu menjalankan tinjauan di kawasan itu bersama pasukan Pantas dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan petugas Jabatan Alam Sekitar Selangor baru-baru ini. "Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri mendatangkan masalah dan kesusahan kepada orang ramai yang mana penempatan mereka berhampiran dengan lokasi pembakaran haram ini. "Lebih menyedihkan ia me-
KENYATAAN TENDER 1. Bil 1
Tender adalah dipelawa daripada kontraktor – kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi kerja – kerja berikut : No.Tender MP Sepang 40010/12-25/2014 UPB
Tajuk Kerja Kerja – Kerja Pembersihan Rumput, Longkang Dan Sapuan Di Jalan Lingkaran Putra Prima, Jalan Utama Putra Prima, Jalan Utara Dan Jalan Putra Prima Barat Taman Putra Prima Untuk Majlis Perbandaran Sepang
Bidang, Sub Bidang & Pecahan Bidang 221002 (Membersih Kawasan ) dan 221003( Mengangkat Sampah)
Harga Dokumen RM100.00
2.
Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Pengurusan Perolehan). Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 17hb September 2014 hingga 1 hb Oktober 2014 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor- kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.
3.
Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 1hb Oktober 2014.
4.
Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa - apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.
Tempatan 14
Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
MPSJ giat jalankan gotong-royong banteras aedes OLeh HAFIZAN TAIB PUCHONG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) giat menjalankan program gotong-royong membanteras aedes di kawasan seliaannya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya wabak denggi. Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata, penganjuran program secara berterusan akan menyaksikan penyertaan pelbagai pihak dalam usaha pencegahan wabak berkenaan. "Kita mengadakan program di kawasan ini kerana ia adalah salah satu kawasan 'hotspot' wabak denggi di Puchong. Kita sentiasa membabitkan penyertaan jawatankuasa penduduk untuk penyediaan bahagian logistik. "Kesedaran di kalangan orang ramai dan pihak
berkaitan adalah tinggi dengan wajib kita banterasnya kerana ramai penduduk yang mengidap penyakit ini tidak terkecuali meninggal dunia," katanya dalam sidang media selepas Program GotongRoyong Membanteras Aedes Bersama Selebriti Siri Empat di Pangsapuri Taman Mawar, baru-baru ini. Abdullah berkata, MPSJ mengesan 52 kes berlaku di kawasan itu membabitkan kawasan penempatan rumah teres, pangsapuri dan selainnya sehingga September ini. Di samping program seperti itu, katanya, MPSJ turut menjalankan kerja-kerja pemantauan, pemeriksaan dan semburan kabus hampir setiap hari di kawasan di dalam pentadbirannya. Program gotong royong siri kelima MPSJ akan diadakan di Sri Puchong selepas ini.
Tempatan Selangorkini 23 September - 3 Oktober 2014
15
Rakyat puji pentadbiran Khalid Oleh LIZAWATI MADFA & NAEEM RAFFI SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor nyata meninggalkan kesan mendalam buat penjawat awam. Rata-rata penjawat awam yang ditemui melahirkan rasa dukacita dengan pengunduran Abdul Khalid daripada jawatan ketua eksekutif negeri terkaya di Malaysia ini. Setiausha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi, berkata Abdul Khalid merupakan Menteri Besar Selangor pertama berjaya memisahkan antara pentadbiran Kerajaan Negeri itu daripada pengaruh politik. Katanya, sejak itu urusan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan telus tanpa campur tangan politik. "Saya sebagai kakitangan awam melihat tiada langsung campur tangan politik dalam pentadbiran beliau. "Keadaan ini membolehkan kakitangan awam bebas membuat keputusan dengan telus tanpa mengira kepentingan politik," kata Khusrin dalam Majlis Perpisahan pada hari terakhir Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ke-14. Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan, Sri Wiyanti Sugito 28, menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang ketua yang prihatin dengan kebajikan rakyat juga penjawat awam. “Selain daripada mendapat bonus tahunan, beliau juga prihatin dengan kebajikan kami, antaranya yang terbaru menyediakan pengangkutan kepada kakitangan di kuarters untuk ke tempat kerja.
Saya tidak percaya dengan sebarang tuduhan integriti terhadap beliau, sama sekali tidak benar RAHMAT MUSLIMIN Pegawai keselamatan “Kalau ikutkan, kami kakitangan awam tidak bersetuju beliau mengundur diri daripada jawatan yang disandang sekarang. “Apa pun, saya doakan beliau terus berjaya pada masa akan datang,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penjawat, Rahmat Muslimin 51, berkata pengunduran Abdul Khalid merupakan satu kehilangan besar buat negeri Selangor. “Dia seorang pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat, bersungguh-sungguh membangunkan negeri. “Saya tidak percaya dengan sebarang tuduhan integriti terhadap beliau, sama sekali tidak benar,” tegas pegawai keselamatan itu. Pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja meninggalkan kesan kepada
Kalau ikutkan, kami kakitangan awam tidak bersetuju beliau mengundur diri daripada jawatan yang disandang sekarang Sri Wiyanti Sugito Pegawai Khidmat Pelanggan
para penjawat awam, tetapi juga kalangan media. Wartawan Sinar Harian, Janatul Firdaus Yaacob 28, menyifatkan Abdul Khalid sebagai pemimpin yang paling dikagumi. “Setelah mendapat tahu hari ini (22 September) hari akhir beliau, saya rasa kehilangan seolah-olah separuh jiwa saya pergi. “Pastinya saya akan merindui seorang tokoh yang baik, jujur dan bersih hatinya seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Tidak ada lagi lawak selambanya selepas ini di dalam sidang media. Moga Allah terus rahmatinya,” katanya. Seorang lagi pengamal media daripada Kini TV, Zikri Kamarulzaman 25, berkata Abdul Khalid seorang pemimpin yang mudah didekati tanpa sebarang protokol yang remeh. “Senang untuk mendekatinya, ajukan apa sahaja soalan beliau pasti menjawab walau macam mana sekalipun. “Cuma selepas dipecat daripada PKR, beliau mengelak untuk menjawab soalan yang mungkin pada fikirannya boleh mencetuskan spekulasi tidak sihat. “Bagaimanapun, itu tidak menjadi masalah buat pengamal media kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih mampu senyum, sentiasa tenang dan melayan media dengan baik,” katanya. Begitu juga buat orang awam yang ditemui, selain berterima kasih di atas pencapaian dan perubahan yang dibawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mereka berharap penggantinya mampu meneruskan kejayaan meletakan Selangor di posisi yang cemerlang. "Abdul Khalid telah buktikan dengan ketelusan dan jimat cermat, pelbagai kebajikan melalui program MES dapat dinikmati rakyat. "Air percuma yang pada awalnya dikatakan mustahil, tetapi akhirnya berjaya dilaksanakan, malah Selangor terus maju, tak bankrap seperti yang didakwa parti lawan," kata pekerja swasta, Shafie Mohamad, 40. Sementara itu, peniaga alat
Terima kasih Abdul Khalid, anda buat kami bangga kerana pernah bermenteribesarkan pemimpin yang amanah dan telus seperti kamu Zakaria Burdah Peniaga alat tulis
tulis, Zakaria Burdah, 35, kagum dengan ketokohan Abdul Khalid memerintah Selangor sebagai negeri terkaya dengan cekap dan amanah. "MB sebelum Abdul Khalid turun sebab kontrovesi, tapi kali ini biarpun kontroversi, Abdul Khalid turun dengan rekod bersih dan pencapaian yang bagus. "Terima kasih Abdul Khalid, anda buat kami bangga kerana pernah bermenteribesarkan pemimpin yang amanah dan telus seperti kamu," katanya. Pekerja swasta, Alwi Abdul Halim, 45 berharap kecemerlangan kepimpinan yang dibawa Abdul Khalid diteruskan dan dipacu dengan idea perubahan Menteri Besar baru. "Pemimpin datang dan pergi, tetapi saya yakin pemimpin yang baru mempunyai idea dan acuannya tersendiri untuk memberi yang terbaik untuk rakyat," jelasnya.
WAKTU SOLAT Selangor 23 September - 3 Oktober 2014 28 Zulkaedah - 8 Zulhijjah 1435H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
23 Selasa 24 Rabu 25 Khamis 26 Jumaat 27 Sabtu 28 Ahad 29 Isnin 30 Selasa 01 Rabu 02 Khamis 03 Jumaat
Imsak 5:37 5:37 5:37 5:37 5:36 5:36 5:36 5:36 5:35 5:35 5:35
Subuh Syuru' Zuhur 5:47 7:03 1:09 5:47 7:03 1:08 5:47 7:03 1:08 5:47 7:02 1:07 5:46 7:02 1:07 5:46 7:02 1:07 5:46 7:02 1:06 5:46 7:01 1:06 5:45 7:01 1:06 5:45 7:01 1:05 5:45 7:01 1:05
23 Selasa 24 Rabu 25 Khamis 26 Jumaat 27 Sabtu 28 Ahad 29 Isnin 30 Selasa 01 Rabu 02 Khamis 03 Jumaat
Imsak Subuh Syuru' 5:39 5:49 7:05 5:39 5:49 7:05 5:39 5:49 7:05 5:39 5:49 7:04 5:38 5:48 7:04 5:38 5:48 7:04 5:38 5:48 7:04 5:38 5:48 7:03 5:37 5:47 7:03 5:37 5:47 7:03 5:37 5:47 7:03
Asar Maghrib Isyak 4:14 7:11 8:20 4:15 7:10 8:19 4:15 7:10 8:19 4:15 7:09 8:18 4:15 7:09 8:18 4:15 7:09 8:17 4:16 7:08 8:17 4:16 7:08 8:17 4:16 7:07 8:16 4:16 7:07 8:16 4:16 7:06 8:15
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Zuhur 1:11 1:10 1:10 1:09 1:09 1:09 1:08 1:08 1:08 1:07 1:07
Asar Maghrib Isyak 4:16 7:13 8:22 4:17 7:12 8:21 4:17 7:12 8:21 4:17 7:11 8:20 4:17 7:11 8:20 4:18 7:11 8:19 4:18 7:10 8:19 4:18 7:10 8:19 4:18 7:09 8:18 4:18 7:09 8:18 4:18 7:08 8:17
Selangor Kini
Peluang miliki rumah skim ‘Sewa Dan Milik’ Oleh HAFIZAN TAIB
ISKANDAR SAMAD Exco Perumahan
la pendapatan meningkat atau anak-anak telah bekerja. Beliau berkata, skim terbabit juga bagi golongan tidak mempunyai pendapatan tetap seperti penjaja, peniaga kecil dan yang bekerja sendiri. Mereka yang mempunyai rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS juga boleh memiliki rumah dengan skim dikendalikan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB). “Syarikat milik Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) ini akan membeli hartanah di projek-projek perumahan yang berpotensi. “Satu dana khas dinamakan Dana Selangorku dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta diluluskan untuk diwujudkan bagi membiayai pembelian Rumah Selangorku itu,” katanya.
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
CABARAN... Peserta paragliding, ‘Jugra International Paragliding Accuracy Championship (Jipgac) 2014’, sedang melakukan terjunan di Pusat Latihan Paragliding, Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor
TERKINI!!!
Tarikh tutup pendaftaran Ahli TAWAS adalah pada ulang tahun KETIGA pemohon Anak - anak Selangor yang belum mencapai usia 3 TAHUN atau lahir bermula dari 9 Julai 2011 dipelawa untuk mendaftar sebagai Ahli TAWAS. an ftar & Dapatk
“Jom Da anan Penyata Simp 0” Tawas rm1,50
CEPAT, DAFTAR SEKARANG!!!
Manfaat: - Skim Khairat Kematian bernilai RM 1,500 * * Berkuatkuasa pada 1 Mac 2014 - Hadiah Kelahiran 2008 : Baucer Jom Shopping RM 100 - Hadiah Kelahiran 2009 - Hadiah Kelahiran 2010 - Hadiah Kelahiran 2011 - Hadiah Kelahiran 2012
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), No. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-51929819
: Bonus RM 30 : Bonus RM 30 : .................. ? : .................. ?
Gambar oleh MDKL
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mewujudkan skim ‘Sewa Dan Milik’ bagi membantu rakyat Selangor memiliki rumah sendiri. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, kediaman yang ditawarkan di dalam skim berkenaan adalah Rumah Selangorku yang berada dalam kelas A, iaitu lingkungan RM40,000. Di dalam skim itu, rakyat dibeli peluang untuk menyewa dan kemudiannya membeli rumah tersebut setelah mendiami di situ untuk satu tempoh yang ditetapkan. “Menerusinya rakyat berpendapat rendah yang tidak layak untuk mendapat pinjaman bank boleh memiliki rumah. “Tempoh sewaan ditawarkan adalah lima tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Setelah tempoh itu, perjanjian sewaan mereka akan ditukar kepada perjanjian jual beli,” katanya dalam kenyataan media. Iskandar berkata, Kerajaan Negeri memberi kemudahan kepada rakyat untuk menyewa dan kemudian membeli apabi-
Kerajaan Negeri memberi kemudahan kepada rakyat untuk menyewa dan kemudian membeli apabila pendapatan meningkat atau anakanak telah bekerja