SULIT
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
PEPERIKSAAN AKHIR
KURSUS
:
PENGAJIAN ISLAM
KOD KURSUS :
MPW 1143
TEMPOH
2 JAM
:
ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA(3) BAHAGIAN:
BAHAGIAN A (30 soalan) BAHAGIAN B (5 soalan) BAHAGIAN C (3 soalan)
2. Jawab SEMUA soalan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B. Jawab SATU (1) soalan BAHAGIAN C. i. Jawab soalan BAHAGIAN A di kertas jawapan aneka pilihan (OMR). ii. Jawab soalan BAHAGIAN B dan BAHAGIAN C di kertas jawapan yang disediakan. 3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas peperiksaan. 4. Kertas soalan tidak boleh dibawa keluar dari dewan peperiksaan 5. Sila jawab BAHAGIAN A dengan menggunakan pensil 2B dan BAHAGIAN B dan BAHAGIAN C dengan menggunakan pen mata bulat (ball-point pen). 6. Sila isi maklumat di bawah: NO. K/P
:
____________________________________
NO. KAD PELAJAR
:
____________________________________
PENSYARAH
:
____________________________________
SEKSYEN
:
____________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU Kertas soalan ini mengandungi 13 muka surat bercetak termasuk muka hadapan SULIT
SULIT
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
BAHAGIAN A (SOALAN ANEKA PILIHAN) Arahan: Jawab SEMUA soalan dan pilih jawapan yang PALING TEPAT. 1.
2.
Antara tujuan perkahwinan dalam Islam ialah ____________. I
memelihara kesinambungan bangsa
II
menghindarkan berbagai-bagai penyakit kelamin
III
menghasilkan ikatan kasih sayang dan ketenangan jiwa
IV
menghindarkan masyarakat daripada masalah keruntuhan akhlak
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
I, III dan IV
D.
II, III dan IV
’Baitul Hikmah’ yang ditubuhkan pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah berperanan ______________ A.
mengawal dan mengawasi institusi pentadbiran dan pemerintahan khalifah
B.
mengendalikan aktiviti mengumpul, menyimpan dan meminjamkan buku-buku
C.
mengendalikan perbicaraan yang melibatkan pelanggaran undang-undang Islam
D.
melahirkan pelajar-pelajar yang bergiat aktif dalam bidang falsafah dan perubatan Islam
3.
Siapakah khalifah Islam pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w? A.
Saidina Ali b. Abi Talib
B.
Saidina Umar al-Khattab
C.
Saidina Uthman b. Affan
D.
Saidina Abu Bakar al-Siddiq
2
SULIT
4.
5.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Siasah Syar’iyyah ialah suatu sistem yang ___________________ A.
berkaitan dengan urusan pemerintahan negara
B.
berkaitan dengan peraturan dan undang-undang
C.
diwujudkan untuk mengawasi perkembangan ekonomi negara
D.
dilaksanakan untuk memelihara keharmonian masyarakat Islam
Apakah
langkah-langkah
yang
dijalankan
oleh
Rasulullah
S.A.W
pentadbirannya di Madinah?
6.
I.
Mendirikan masjid
II.
Membentuk majlis syura
III.
Membaik-pulih bangunan
IV.
Menyatupadukan penduduk Madinah
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
I, III dan IV
D.
I, II, III dan IV
Khalifah adalah pemimpin negara yang perlu memastikan ____________ A.
kuasa pemerintahan adalah hak mutlak khalifah
B.
rakyat bertindak sejajar dengan perintah Allah dan Rasul
C.
pembangunan ekonomi menjadi agenda utama pemerintahan
D.
semua rakyat termasuk yang bukan Islam mengeluarkan zakat
3
dalam
SULIT
7.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Berlandaskan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, Islam telah menetapkan matlamat dalam
sistem
pemerintahan
dan
pentadbiran.
Matlamat
utamanya
ialah
_______________
8.
9.
A.
mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang
B.
mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu
C.
mengembalikan keagungan peradaban umat Islam
D.
melahirkan negara dan ummah yang ’mardhatillah’ (diredhai Allah)
______________ ialah BUKAN tugas ahli syura? A.
Melakukan ijtihad
B.
Melucutkan jawatan khalifah
C.
Menguatkuasa undang-undang
D.
Memberi nasihat kepada kerajaan
Institusi Hisbah yang diperkenalkan pada zaman awal Islam boleh disamakan dengan Kementerian _____________ di Malaysia masa kini.
10.
A.
Pelajaran
B.
Kewangan
C.
Pertanian dan Industri Asas Tani
D.
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Di antara berikut, kesalahan _______________ adalah kesalahan yang dikenakan hukuman qisas. A.
minum arak
B.
menceroboh
C.
membunuh dengan sengaja
D.
melakukan persetubuhan haram
4
SULIT
11.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Manakah antara berikut BUKAN pernyataan mengenai konsep tazkiyyah (penyucian akhlak) mengikut falsafah ekonomi Islam? A.
Membersih harta dengan mengeluarkan zakat dan sedekah.
B.
Membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak yang dapat mendekatkan diri kepada Allah
C.
Memupuk semangat berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh di dalam mencapai kebahagiaan hidup
D.
Memupuk perasaan tanggungjawab terhadap sesama manusia dan juga kepada makhluk-makhluk Allah yang lain
12.
“Ia merupakan satu garis panduan berkaitan usaha mengharmonikan hubungan kemanusiaan dan meminimakan masalah dalam sesebuah masyarakat”. Pernyataan di atas adalah definisi ____________
13.
A.
akhlak
B.
moral
C.
etika
D.
adab
Apakah punca UTAMA berlakunya gejala keruntuhan akhlak? A.
Pengaruh persekitaran
B.
Pengaruh rakan sebaya
C.
Kurangnya didikan agama
D.
Keretakan institusi kekeluargaan
5
SULIT
14.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Mengapa dadah dianggap sebagai musuh nombor SATU negara berbanding jenayah lain? A.
Dadah menjadi punca kepada masalah gejala sosial dan jenayah.
B.
Penglibatan remaja dan belia di dalam penyalahgunaan dadah meningkat setiap hari
C.
Penyalahgunaan dadah masih tidak dapat diatasi oleh pihak kerajaan walaupun telah memakan masa yang cukup lama.
D.
Kerajaan telah mengeluarkan kos yang cukup tinggi bagi menangani isu dadah sedangkan ini dianggap sebagai perbelanjaan yang tidak patut.
15.
Apakah cara TERBAIK untuk mengelakkan golongan remaja terlibat dengan seks sebelum nikah?
16.
A.
Ibu bapa perlu menyekat kebebasan anak–anak mereka
B.
Golongan muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama
C.
Masyarakat perlu menggalakkan perkahwinan pada usia muda
D.
Kerajaan perlu memperkenalkan mata pelajaran seks di sekolah
Kesan penagihan dadah terhadap individu ialah ____________. I.
kemurungan
II.
menambahkan tenaga
III.
tingkah laku semakin buruk
IV.
kekurangan daya tahan penyakit
A.
I,II dan III
B.
I,II dan IV
C.
I,III dan IV
D.
II,III dan IV
6
SULIT
17.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Di antara berikut, yang manakah TIDAK menunjukkan sikap prihatin terhadap alam sekitar?
18.
A.
Menanam pokok
B.
Membiarkan sungai tercemar
C.
Mementingkan tanggungjawab bersama
D.
Membuang sampah di tempat yang disediakan
Islam mensyaratkan bahawa ilmu sains, teknologi dan ICT atau apa jua pembaharuan dalam Islam perlu berasaskan ____________.
19.
A.
falsafah Islam
B.
akal semata-mata
C.
amalan para saintis
D.
tanggapan semata-mata
Penguasaan Ilmu sains dan teknolgi serta ICT merupakan suatu yang penting pada abad ini. Apakah hukum umat Islam menguasainya?
20.
A.
Sunat
B.
Fardu ain
C.
Fardu kifayah
D.
Sunat muakkad
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda memanfaatkan sains dan teknologi serta ICT? A.
Mengumpul peralatan teknologi terkini
B.
Membina jaringan supaya lebih ramai kawan
C.
meneroka ruang yang mendatangkan keseronokan
D.
Mengambil peluang memperkaya ilmu dalam semua perkara
7
SULIT
21.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Apakah elemen penting di sebalik globalisasi yang menyebabkan terbantutnya perlaksanaan sistem ekonomi Islam? A.
Ahli ekonomi Islam tidak mampu bersaing dengan ahli ekonomi Barat
B.
Globalisasi didalangi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat
C.
Globalisasi merupakan satu agenda penguasaan ekonomi oleh Barat
D.
Sistem ekonomi Barat lebih diyakini berbanding dengan sistem ekonomi Islam
22.
23.
Apakah peranan ilmuan-ilmuan Islam dalam mendepani cabaran era globalisasi? I.
Menyerahkan tanggungjawab kepada pemimpin sahaja
II.
Memerhati perkembangan dan perubahan gaya hidup masyarakat
III.
Menguasai dan mempelopori bidang sains dan teknologi di era siber ini
IV.
Bersikap proaktif dan peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka
A.
I dan II
B.
I dan III
C.
II dan IV
D.
III dan IV
Apakah isu salah faham umat Islam terhadap ajaran Islam? I
Amalan-amalan bid’ah
II
Mengakui peranan hadis dan sunnah
III
Ajaran khurafat seperti tangkal, azimat dan sebagainya
IV
Fahaman ketaksuban kepada mazhab dan aliran masing-masing.
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
I, III dan IV
D.
II, III dan IV
8
SULIT 24.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Apakah salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam? I
Isu hijab dan aurat wanita Islam
II
Isu berkaitan poligami dalam Islam
III
Isu kepercayaan dan cara ibadah umat Islam
IV
Isu agama yang dianggap candu yang melekakan dan mengkhayalkan manusia
25.
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
I, III dan IV
D.
II, III dan IV
Manakah antara berikut langkah mempersiapkan diri agar tidak tergolong dalam golongan yang sesat? I
Mantapkan ilmu pengetahuan mengenai ajaran Islam
II
Mendapatkan tarbiyyah daripada golongan guru-guru agama
III
Meningkatkan amal ibadat untuk ketahanan rohani dan jati diri muslim
IV
Mengamalkan apa yang diterima dan didengar tanpa diragui sumbernya
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
I, III dan IV
D.
II, III dan IV
9
SULIT 26.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ”Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu ; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat ” (Surah al-Hujuraat : 10) Maksud ayat di atas menerangkan tentang _____________.
27.
28.
A.
akhlak
B.
syariah
C.
muamalat
D.
perpaduan
Apakah di antara faktor penghalang kepada penyatuan umat Islam? I.
Menanamkan ideologi nasionalisme
II.
Mengenepikan perbezaan warna kulit
III.
Membentuk kerjasama atas persamaan aqidah
IV.
Mewujudkan pemisahan status dalam masayarakat
A.
I dan II
B.
I dan IV
C.
II dan III
D.
III dan IV
Salah satu cabaran ke arah mewujudkan perpaduan ummah ialah wujudnya perbezaan fahaman antara golongan Sunni dan golongan Syiah. Apakah di antara fahaman golongan Syiah yang menjadi pegangan mereka? I.
Percaya Imam Mahdi merupakan imam akhir zaman
II.
Tidak mengiktiraf saidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah
III.
Menganggap Imam terakhir telah hilang tanpa meninggalkan kesan
IV.
Mendakwa keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang layak memimpin umat Islam
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
I, III dan IV
10
SULIT D.
29.
30.
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143 II, III dan IV
Kepentingan perpaduan ummah terhadap dunia Islam adalah seperti berikut, KECUALI A.
meningkatkan kualiti pendidikan ummah
B.
dapat mewujudkan kestabilan politik umat Islam
C.
kejayaan dalam mengangkat sosioekonomi umat Islam
D.
menghapuskan perbezaan pandangan di kalangan umat Islam
Golongan Sunni terpecah kepada mazhab _______________ I
Ja’fari
II
Hanbali
III
Hanafi
IV
Syafei
A.
I, II dan III
B.
I, II dan IV
C.
II, III dan IV
D.
I, III dan IV
(JUMLAH: 30 MARKAH)
11
SULIT
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
BAHAGIAN B (SOALAN STRUKTUR) Arahan: Jawab SEMUA soalan dan jawab di buku jawapan yang disediakan.
1.
Nyatakan EMPAT (4) prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah. (4markah)
2.
Senaraikan EMPAT (4) bentuk penyalahgunaan ICT. (4 markah)
3.
Teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) mampu dimanfaatkan untuk mengembangkan dakwah Islam. Berikan DUA (2) hujah anda bagi menyokong penyataan di atas. (4 markah)
4.
Terangkan DUA (2) kesan buruk pengaruh globalisasi yang melanda umat Islam dari aspek sosiobudaya. (4 markah)
5
Islam dan umatnya sering dilabelkan dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat bukan Islam akibat salah faham terhadap ajaran Islam. Kemukakan DUA (2) saranan anda untuk mengatasi salah faham terhadap Islam di kalangan bukan Islam. (4 markah) (JUMLAH: 20 MARKAH)
12
SULIT
NOVEMBER 2009/ SET A/ MPW1143
BAHAGIAN C (SOALAN ESEI) Arahan: Jawab SATU (1) soalan sahaja dan jawab dalam buku jawapan yang disediakan.
1. a.
2.
Kebahagiaan rumahtangga bergantung kepada sejauhmana pasangan melaksanakan asas-asas yang digariskan dalam Islam. Bincangkan EMPAT (4) asas yang perlu dilaksanakan selepas perkahwinan menurut Islam.
(10 markah)
b. Pihak kerajaan, pihak sekolah dan ibubapa adalah antara pihak-pihak yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda. Bincangkan.
(10 markah)
a. Jelaskan TIGA (3) jenis pembahagian hukum undang jenayah Islam.
(10 markah)
di bawah undang-
b. Huraikan TIGA (3) etika ekonomi Islam dan keberkesanan terhadap pematuhannya.
3.
(10 markah)
a. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” ( Al-Isra’ ayat 32 ) Berdasarkan ayat di atas, cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah perbuatan zina.
(10 markah)
b. Masalah pencemaran alam sekitar yang melanda dunia hari ini semakin serius akibat kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Huraikan TIGA (3) saranan anda untuk mengatasi masalah pencemaran ini. (10 markah) (JUMLAH: 20 MARKAH)
- KERTAS TAMAT -
13