KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN MEI 2017 1.
Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan Mei 2017 adalah pada 20 Mei 2017 bermula jam 10.00 pagi.
2.
Pelajar boleh melayari Portal pelajar melalui laman sesawang kolej http://www.ayermolek.kpm.edu.my
PROSEDUR PENDAFTARAN KURSUS ATAS TALIAN 1.
Pendaftaran Kursus Atas Talian akan dibuka mulai 22 Mei 2017 [Isnin] sehingga 23 Mei 2017 [Selasa] sebelum pukul 5.00 petang.
2.
Sila layari http://www.ayermolek.kpm.edu.my untuk pendaftaran kursus dan kelas. Langkah 1:
Klik Student Portal
Langkah 2:
Masukan No IC, ID Pelajar dan klik Pendaftaran Akademik
Langkah 3:
Klik daftar kursus
Langkah 4: 1. Ruangan merah: Kursus yang GAGAL semester lepas dan pelajar wajib mendaftar mendaftar (sila rujuk Course Carry and Repeat JulyDecember 2016) 2. Ruangan kuning: CADANGAN kursus digugurkan semester ini, pelajar boleh pilih untuk mendaftar (sila rujuk Course Carry and Repeat JulyDecember 2016) 3. Ruangan biru: Kursus yang ditawarkan SEMESTER INI, pelajar boleh pilih untuk mendaftar (sila rujuk Course Carry and Repeat JulyDecember 2016) 4. •
4. Sila klik Hantar Permohonan setelah selesai membuat pilihan kursus
Pelajar yang tiada kursus GAGAL dan TANGGUH kursus HANYA akan ada ruangan biru SAHAJA, boleh pilih untuk tanda semua atau tidak (atas nasihat advisor)
5. Permohonan telah dihantar dan akan disemak oleh advisor untuk tujuan pengesahan 6. Sila MAKLUMKAN kepada advisor (melalui telefon, sms,wapps dan lainlain) selepas klik Hantar Permohonan untuk makluman dan pengesahan advisor (permohonan TIDAK AKAN DITERIMA tanpa PENGESAHAN ADVISOR) 7. Sila klik Selesai
Langkah 5:
a.
Pilih Daftar Kelas di Laman Pendaftaran Kursus
Sila klik Daftar Kelas
b.
Lengkapkan Borang Pendaftaran Kelas 1. Sila tandakan mengikut pilihan kelas masingmasing, pemilihan adalah TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN 2. Pelajar yang GAGAL dan TANGGUH kursus HANYA boleh memilih kelas A SAHAJA
3. Sila klik Hantar Permohonan setelah selesai membuat pilihan kelas
4. Sila klik Kembali selepas pilihan kelas BERJAYA dibuat
c.
Muat turun dan cetak Slip Pendaftaran di Laman Pendaftaran Kursus •
Pendaftaran Ko-Kurikulum akan dibuat oleh Pegawai Ko-Kurikulum kolej, sila ABAIKAN Daftar KoKurikulum
1. Sila klik Cetak Slip Pendaftaran untuk mencetak 3 salinan Slip Pendaftaran (akan DITANDATANGANI oleh pelajar dan Mentor) UNTUK DISERAHKAN kepada UPPK (salinan UPPK SHAJA) pada hari pendaftaran pelajar lama
2. Sila klik Daftar Keluar setelah selesai pendaftaran
d.
Log Keluar
Sila klik OK untuk log keluar dari sistem
NOTA: Sila hubungi pihak UPPK di talian 06-2695881/882 jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan pendaftaran online
3.
Pelajar-pelajar yang mengulang kursus dikehendaki berjumpa dengan Unit Peperiksaan bagi proses pendaftaran secara manual pada 29 dan 30 Mei 2017.
4.
Jadual waktu kelas akan dimuatnaik ke laman web rasmi kolej sebelum kelas bermula.
5.
Buletin Jadual Kuliah yang diedarkan adalah muktamad. Tiada sebarang pindaan atau perubahan yang boleh dibuat kecuali dengan kebenaran Bahagian Hal Ehwal Akademik Kolej.
6.
PENTING : a.
Pelajar dibenarkan mendaftar antara 17 hingga 21 jam kredit (kes biasa). Minimum jam kredit yang boleh didaftarkan adalah 12 atau 4 kursus (kecuali pelajar-pelajar semester akhir).
b.
Pelajar yang ingin mendaftar lebih daripada 21 jam kredit (6 kursus) hendaklah mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TPHEA). Sila dapatkan tanda tangan TPHEA untuk pengesahan di Slip Pendaftaran.
c.
Pelajar yang berstatus “Meneruskan Pengajian Bersyarat” hendaklah mendaftar kursus antara 12 - 15 jam kredit sahaja (4 atau 5 kursus).
7.
Pelajar dinasihatkan untuk berbincang bersama penasihat homeroom dalam pemilihan kursus dan pembentukan jadual waktu kuliah.
8.
Pelajar wajib mendapatkan tandatangan dan pengesahan penasihat homeroom di Slip Pendaftaran Kursus masing-masing sebagai pengesahan pendaftaran kursus.
9.
Slip Pendaftaran Kursus yang telah lengkap ditandatangani pelajar dan PH perlu diserahkan kepada penasihat homeroom masing-masing.
10.
Tarikh tutup penghantaran Slip Pendaftaran Kursus adalah pada 30/05/2017 [Selasa].
11.
Pelajar yang ingin menambah atau menggugurkan kursus perlu memastikan bilangan jam kredit kursus tidak kurang dari 12 jam kredit, selepas penambahan /pengguguran kursus. Sila ambil borang “Add/Drop Courses” di kaunter pelajar.
12.
Borang “Add/Drop Courses” perlu diserahkan kepada pihak UPPK. Tarikh akhir bagi menghantar Borang Tambah/Gugur Kursus (Add/Drop Form) ini adalah pada hari Jumaat bersamaan 09/06/2017[Jumaat] sebelum 12.00 tengahari.
13.
Semua pelajar dinasihatkan supaya mematuhi peraturan pendaftaran kursus. Pelajar dinasihatkan menyemak maklumat terkini di Pusat Papan Notis untuk mengikuti perkembangan atau perubahan prosedur pendaftaran kursus ini.
14.
Kuliah akan bermula pada 29 Mei 2017 (Isnin).
15.
Sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik Kolej untuk maklumat lanjut.
Nota : PELAJAR DINASIHATI UNTUK SENTIASA MEMATUHI SEGALA PERATURAN AKADEMIK KOLEJ DEMI MASA DEPAN YANG CEMERLANG. SELAMAT MAJU JAYA.
“Disiplin & Kegigihan Belajar : Transformasi Pendidikan Melalui Globalisasi”
CARTA ALIR PENDAFTARAN KURSUS ATAS TALIAN [SPO]
1.1
Mula
1.2
Pendaftaran Kursus, Kelas dan Ko Kurikulum Oleh Pelajar
1.3
Cetak Slip Pendaftaran Kursus (3 salinan)
1.4
Penutupan Sistem Proses Pendaftaran Kursus Oleh UPPK
1.5
Pengesahan Pendaftaran Kursus Dalam Talian Oleh Penasihat Homeroom
1.6
Lulus?
Tidak
Ya
1.7
1.8
Penutupan Sistem Penyemakan Penasihat Homeroom Serah Slip Pendaftaran Kursus Kepada Penasihat Homeroom Untuk Pengesahan (Pelajar kepada Penasihat Homeroom)
1.9
Pengesahan Slip Pendaftaran Kursus oleh Penasihat Homeroom
1.10
Penyerahan Slip Pendaftaran Kursus Kepada UPPK (Penasihat Homeroom kepada UPPK)
1.11
Semakan dan Cetakan Senarai Daftar Kelas Oleh Pensyarah
1.12
Kelas Bermula
1.13
Tamat