LAMPIRAN I PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR Mula
1
Dekan Pusat Pengajian keluarkan arahan kepada setiap Pensyarah untuk sediakan soalan mengikut kurikulum yang dipersetujui.
2
Dekan Pusat Pengajian tubuhkan Jawatankuasa yang terdiri daripada Pensyarah terlibat untuk semak soalan yang disediakan.
3
Ketua Jabatan menubuhkan Jawatankuasa yang terdiri daripada penyelaras kursus untuk semakan kedua ke atas soalan yang disediakan.
4
Dekan Pusat Pengajian mempengerusikan satu Jawatankuasa untuk menyemak soalan di peringkat Pusat Pengajian. Ahli-ahli terdiri daripada Ketua Jabatan dan penyelaras kursus.
5
Soalan yang telah disemak diserahkan oleh Dekan Pusat Pengajian kepada Penolong Pendaftar untuk diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Akademik.
6
Penolong Pendaftar menyerahkan soalan kepada Penolong Pendaftar, Unit Peperiksaan, Jabatan Hal Ehwal Akademik.
7
Jabatan Hal Ehwak Akademik mencetak soalan.
Tamat
Catatan: a. Kertas soalan dan skema jawapan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Penyelarasan di Peringkat Pusat Pengajian serta mendapat pengesahan/tandatangan Penolong Naib Canselor/ Dekan Pusat Pengajian. (Teguran Audit Sirim pada 7-9 Disember 2009). b. Skema jawapan disimpan di Pusat Pengajian oleh Dekan dua (2) minggu selepas tamat peperiksaan.
LAMPIRAN II FORMAT DAN PANDUAN MENYEDIAKAN SOALAN PEPERIKSAAN
1.0
PENDAHULUAN Sebagai langkah utama ke arah mewujudkan suatu identiti kepada UUM dari segi pembinaan soalan-soalan Peperiksaan Akhir Semester, maka disarankan di bawah ini beberapa panduan untuk diamalkan oleh setiap tenaga pengajar UUM apabila membina kertas peperiksaan.
2.0
FORMAT KERTAS SOALAN 2.1
Tiap-tiap Peperiksaan Akhir hendaklah memberi calon tidak kurang dua (2) jam dan tidak lebih daripada 3 jam. Pemeriksa hendaklah memberi panduan waktu di bawah tiap-tiap soalan atau bahagian.
2.2
Jawapan perlu ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. SEKIRANYA PERLU DITULIS DALAM KERTAS SOALAN, RUANGAN YANG DISEDIAKAN JANGAN LEBIH DARIPADA SETENGAH MUKA SURAT SAHAJA.
2.3
Mengikut prinsip pengujian, pemilihan soalan tidak boleh diberi kerana jika diberi, pelajar-pelajar seolah-olah telah mengambil ujian yang berbeza. Ini akan memberi asas yang lemah untuk membuat perbandingan antara pelajar. Tetapi jika masih juga mahu memberi pilihan soalan, berilah hanya satu soalan lebih daripada bilangan yang sepatutnya dijawab. DALAM KONTEKS INI PEMBINAAN DUA SET SOALAN YANG BERLAINAN ATAU LEBIH BAGI SATU KURSUS ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
2.4
Bagi soalan objektif, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik yang ke-133, Bil. 1/2007 pada 04 Februari 2007 telah bersetuju supaya kursus Paras 1000 100% objektif. Format dan peraturan ini telah mendapat pengesahan Senat ke-195, Bil. 1/2007 pada 11 Februari 2007.
2.5
Markah hendaklah dinyatakan di hujung tiap-tiap soalan atau ceraian soalan untuk membantu calon memperuntukkan waktu semasa menjawab.
2.6
Seboleh-bolehnya elakkan soalan-soalan yang kabur yang membawa berbagai interpretasi. Jika soalan meminta berikan ‘beberapa faktor’ maka adalah lebih ‘objektif’ jika disebutkan beberapa faktor yang sebenarnya dikehendaki : 2.6.1 Bina soalan supaya tujuan dan maksudnya jelas kepada calon dan bukan kepada pemeriksa sahaja. 2.6.2 Tentukan supaya skop, aspek dan penekanan soalan itu jelas. 2.6.3 Pemeriksa boleh juga memberi cadangan mengenai panjangnya sesuatu jawapan itu, misalnya setengah muka, 5 baris, 200 perkataan dan sebagainya.
2.7
3.0
Tenaga pengajar UUM adalah diingatkan bahawa SENAT telah menetapkan iaitu Peperiksaan Akhir Semester tidak boleh membawa kurang daripada 40% dan tidak lebih daripada 60% dari markah keseluruhan sesuatu kursus.
FORMAT MUKA HADAPAN KERTAS SOALAN Bagi tujuan menampakkan keseragaman muka hadapan, kertas soalan perlu mengikut format/contoh yang dilampirkan. Lampiran A
-
Lampiran B
-
Lampiran B1 -
4.0
Lampiran C
-
Lampiran D
-
Contoh Format Kulit Hadapan Soalan untuk 1 Bahasa (Bahasa Malaysia sahaja). Contoh Format Kulit Hadapan Soalan untuk DwiBahasa (Bahasa Malaysia/Inggeris). Contoh Soalan Peperiksaan Akhir untuk soalan Dwi-Bahasa. Contoh Format Kulit Hadapan Soalan untuk Bahasa Inggeris. Contoh Format Kulit Hadapan Soalan yang ada Lampiran.
PENYEDIAAN/PENYERAHAN KERTAS SOALAN 4.1
Soalan Peperiksaan Akhir Semester hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyediaan Soalan peringkat Pusat Pengajian untuk penyelarasan dan seterusnya dihantar ke Jabatan HEA setelah mendapat pengesahan Dekan /Pengarah.
4.2
Sampul Soalan Peperiksaan Akhir Semester hendaklah dilakri.
4.3
Perkataan “SULIT” hendaklah diletakkan di tengah sebelah atas.
4.4
Sila penuhi maklumat di ruangan belakang pada sampul soalan.
5.0
4.5
Soalan peperiksaan akan dikembalikan jika tidak memenuhi syarat seperti perkara 4.2, 4.3 dan 4.4.
4.6
SOALAN HENDAKLAH DIHANTAR OLEH PENOLONG PENDAFTAR SETELAH MENDAPAT PENGESAHAN DEKAN PUSAT PENGAJIAN.
MAKLUMAT LAIN 5.1
Soalan perlu dicetak menggunakan mesin pencetak ‘laser’ supaya menghasilkan percetakan yang terang apabila dicetak nanti.
5.2
Soalan yang mengandungi tampalan tidak diterima bagi mengelakkan berlakunya keciciran.
5.3
Nyatakan bilangan sebenar pelajar bagi sesuatu kursus. Jabatan Hal Ehwal Akademik akan menentukan lebihan soalan yang perlu dicetak.
5.4
Nyatakan samada soalan perlu ditebuk atau tidak di kulit hadapan kertas soalan atau melalui surat.
5.5
Nyatakan keperluan tambahan yang perlu dilampirkan bersama soalan seperti kertas geraf (yang perlu disertakan) atau sebagainya pada kulit hadapan.
5.6
Nyatakan bilangan dan jumlah muka surat. Bilangan muka surat soalan adalah tidak termasuk kulit hadapan soalan peperiksaan.
5.7
Lampiran seperti kertas graf, formula dan jadual yang berkaitan hendaklah jelas, terang dan hendaklah diletakkan bilangan muka surat pada setiap lampiran. Bilangan muka surat hendaklah bersambung dengan bilangan muka surat soalan peperiksaan. Contohnya : i.
Buku soalan ini mengandungi sebelas (11) soalan di dalam lima belas (15) halaman bercetak tidak termasuk kulit hadapan soalan.
ii.
Soalan ini juga mengandungi lampiran/kertas graf/formula bermula muka surat tiga belas (13) hingga muka surat lima belas (15).
5.8
Semua keperluan di perkara 5.7 (jika ada) hendaklah dihantar bersama-sama soalan peperiksaan ke Jabatan Hal Ehwal Akademik.
5.9
Semua soalan hendaklah mempunyai kod kursus di setiap helaian mukasurat di bahagian atas (tengah) kertas soalan.
Mesyuarat Senat (Minit ke – 195 Bil 1/2007) 11/02/2007 9.30 pagi BILIK MESYUARAT SENAT 2.0
<>PERKARA-PERKARA UNTUK KELULUSAN 2.3
KERTAS KERJA BIL. 3/2007 – CADANGAN MEMBINA SOALAN PEPERIKSAAN BERBENTUK OBJEKTIF (100%) BAGI SEMUA KURSUS PARAS 1000 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. Mesyuarat i.
mengambil ingatan a. tentang kertas kerja daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) mengenai cadangan dasar pembentukan kertas soalan Peperiksaan Akhir berbentuk objektif (100%) bagi semua kursus paras 1000; b. bahawa Mesyuarat Dasar Pembentukan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir bagi semua kursus paras 1000 dalam bentuk 100% objektif pada 20 November 2006 dan menetapkan dasar seperti berikut: 1. Semua kursus di paras 1000; 2. Jumlah soalan adalah 100 soalan sahaja; 3. Soalan-soalan mestilah berlandaskan aras pengetahuan Taksonami Bloom dengan mengambilkira perkara-perkara seperti Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintisis dan Penilaian; 4. Minimum 50% daripada 100 soalan objektif hendaklah soalan baru atau diubahsuai semula; 5. Maksimum 50% lagi adalah soalan-soalan dari peperiksaan yang lepas; 6. Tempoh masa peperiksaan adalah antara 1½ jam hingga 2 jam bergantung pada keperluan kursus;
7. Jenis kertas soalan adalah tertutup; 8. Kakitangan Akademik yang terlibat di dalam proses penyediaan objektif sepenuhnya dikehendaki menghadiri Bengkel Penyediaan Soalan yang diadakan oleh pihak UTLC; 9. Bengkel Penyediaan Soalan yang akan diadakan hendaklah berterusan; c. bahawa kertas kerja ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik Universiti Kali Ke – 133 Bil. 1/2007 pada 4 Februari 2007. ii.
bersetuju meluluskan kertas kerja daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) mengenai cadangan dasar pembentukan kertas soalan Peperiksaan Akhir berbentuk objektif (100%) bagi semua kursus paras 1000 seperti yang dibentangkan dan berkuatkuasa serta merta.