SMKA Segamat, 17 April : Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamad Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat diiringi Uzh. Mariatul Kaptiah Binti Mohd. Kassim, GPK Kokurikulum telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan Karnival Dakwah Peringkat Sekolah dan Peringkat Daerah yang diadakan baru-baru ini. Sebanyak 5 acara pertandingan telah disertai oleh para pelajar SEMANGAT iaitu Tilawah, Hafazan, Kalimatussobah, Nasyid dan Seni Khat yang dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS). Seramai 29 peserta terdiri daripada kategori lelaki dan perempuan menerima hadiah bagi acara Karnival Dakwah Peringkat Sekolah manakala 6 orang pelajar menerima hadiah bagi acara Karnival Dakwah Peringkat Daerah Segamat. SEMANGAT mendapat 4 Johan dalam Karnival Daerah Peringkat Daerah iaitu Mohd. Fazrul Zulkurnain (Tilawah L), Muhammad. Zulfahmi Shaf’ie (Hafazan L), Nur Azizah Mohd. Isnin (Hafazan P) dan Mohamad Alif Penain (Qiraat Sab’ah Bittarannum). Sementara itu Ikmal Hakimi Mahasan terpaksa berpuas hati mendapat Naib Johan dalam acara Kalimatussobah. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru PIBA yang bertungkus lumus melatih para peserta sehingga berjaya di peringkat daerah seterusnya membuat persediaan untuk ke peringkat negeri.
“LAKSANAKANLAH SESUATU PEKERJAAN DENGAN PENUH KESUNGGUHAN, KELAK AKAN MEMBERIKAN HASIL YANG SUNGGUHSUNGGUH NYATA” BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016 Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja Tabung Kebajikan Guru
Jumlah Sumbangan 14 April 2016 RM 140.00
Penyampaian Hadiah-hadiah Pertandingan Karnival Dakwah Peringkat Sekolah dan Peringkat Daerah (17 April 2016)
Kem Akademik Tingkatan 5 (19 April 2016)
Penyampaian Hadiah Pertandingan Kelas Terbaik (18 April 2016)
Kem Akademik Tingkatan 5 (20 April 2016)
Aktiviti Persatuan dan Kelab (19 April 2016)
Kem Akademik Bahasa Inggeris Tingkatan 3 (20 April 2016)
KARNIVAL DAKWAH PERINGKAT DAERAH SEGAMAT
MOHAMAD FAZRUL BIN ZULKURNAIN PERTANDINGAN : TILAWAH AL-QURAN (KATEGORI L) PENCAPAIAN : JOHAN
NUR AZIZAH BINTI MOHD. ISNIN PERTANDINGAN : HAFAZAN AL-QURAN (KATEGORI P) PENCAPAIAN : JOHAN
MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SYAF’IE PERTANDINGAN : HAFAZAN AL-QURAN (KATEGORI L) PENCAPAIAN : JOHAN
MOHAMAD ALIF BIN PENAIN PERTANDINGAN : QIRAAT DAN TARANNUM (KATEGORI T) PENCAPAIAN : JOHAN
MOHD. IKMAL HAKIMI BIN MAHASAN PERTANDINGAN : KALIMATUSSOBAH (KATEGORI MA) PENCAPAIAN : NAIB JOHAN
PERTANDINGAN PADA 13 APRIL 2016 DI SMK TENANG STESEN, SEGAMAT
BACAAN GHARIB ( ) غريبMENGIKUT RIWAYAT HAFS ‘AN A’SIM ( )حفص عن عاصم
1
2
3
TANDA BUJUR TEGAK PADA 6 PERKATAAN Terdapat enam perkataan yang mempunyai tanda bujur tegak ( ) di atas huruf alif. Perkataan-perkataan ini hendaklah dibaca tanpa mad ketika wasal dan dikekalkan mad apabila diwaqafkan. Dengan kata lain:
4
dibaca pendek ketika wasal dibaca panjang 2 harakat (mad asli) jika diwaqafkan.
5
PERHATIAN
6
Terdapat dua perkataan pada ayat 15-16 Surah al-Insan.
Perkataan-perkataan ini hanya terdapat pada surah-surah seperti di atas sahaja, kecuali perkataan yang terdapat pada beberapa ayat dalam al-Quran Rasm Uthmani.
Kaedah bacaan bagi 6 perkataan yang bertanda bujur tegak atas huruf alif ini dibimbing oleh Ust. Hj. Ismail Bin Rosli Al-Hafiz (Guru KKQ SMKA Segamat)
ا
pertama (ayat 15) dibaca mengikut 2 cara seperti di atas. kedua (ayat 16) yang mempunyai tanda bujur condong pula dibaca tanpa mad ketika wasal. Jika diwaqafkan, hendaklah dibaca tanpa mad dan disukunkan huruf ro'.
TERJEMAHAN (102) Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah selain daripadaKu dapat menolong mereka ? Sesungguhnya Kami telah sedikan neraka jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. (103) Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?