LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1436H/2015M Oleh: Mohd Fazrin Bin Hamdan Tarikh Tempat Perkara Peserta
: 12 Rabiul Awal 1436 H bersamaan 03 Januari 2015 M : Balai Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru : Petugas Kendarat : 80 Pelajar PIS
Syukur alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya, majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat negeri Johor telah selamat dijalankan. Program ini melibatkan pelajar lelaki dan perempuan PIS. Seramai 80 petugas kendarat terdiri daripada pelajar PIS. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk : 1) Membangkitkan semangat cintakan Rasulullah s.a.w. dalam kalangan staf dan pelajar supaya mengenal tanggungjawab sebagai umat Muhammad s.a.w. dan hamba Allah. 2) Membentuk insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek. 3)
Melahirkan generasi yang cintakan sunnah Rasulullah s.a.w.
Sambutan Maulidur Rasul tahun 1436H bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Perarakan Maulidur Rasul bermula dari Istana Besar ke Masjid Sultan Abu Bakar. Setiap petugas kendarat diberikan taklimat ringkas oleh Pn. Salwana (wakil Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru) berkenaan skop tugas yang perlu dilakukan. Mereka diminta oleh pihak urusetia membantu menghidangkan makanan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Semua petugas kendarat berjaya menunjukkan semangat ukhuwwah dan dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun daripada institusi yang berbeza.
ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1436H/2015M Sabtu (03 Januari 2015) 06.30 pagi
: Pendaftaran peserta perarakan.
07.30 pagi
: Perarakan bermula
08.30 pagi
: Dif-dif jemputan mengambil tempat dalam masjidkan. : Perarakan tiba di masjid
08.35 pagi
: Ketibaan Yang Berhormat Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja
08.40 pagi
: Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan isteri
08.45 pagi
: Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim Tunku Putera Johor : Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim : Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Al Marhum Sultan Idris Shah
08.50 pagi 09.00 pagi
: Bacaan doa oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Johor : Bacaan al-Quran dan terjemahan : Ucapan alu-aluan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Merangkap Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Johor : Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Johor : Penyampaian hadiah pertandingan perarakan : Syarahan Maulidur Rasul S.A.W oleh Tuan Kadi Daerah Johor
Bahru : Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Al Marhum Sultan Idris Shah serta kerabat berangkat ke Majlis Santapan : Bacaan Doa Santapan oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Johor : Majlis Santapan dan bersurai Secara keseluruhannya program berjaya dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat negeri Johor 1436H/2015M.
Petugas Kendarat lelaki PIS sedang berkumpul untuk mendengar taklimat
Petugas Kendarat perempuan PIS sedang berkumpul untuk mendengar taklimat
Petugas Kendarat perempuan PIS sedang berkumpul untuk mendengar taklimat
Petugas kendarat PIS mendapat ‘tag’
Petugas kendarat di tempat minuman
Petugas kendarat di tempat basuhan
Jemaah berada di dalam Masjid Sultan Abu Bakar
Orang ramai di dalam khemah sedang menjamu makanan yang disediakan
Suasana sekitar perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar
Pasukan Perarakan PIS bersama Petugas Kendarat PIS dan Pegawai Pengiring selepas majlis bersurai