KEMBARA MPSM BERSAMA SMKA SEGAMAT SMKA Segamat : SMKA Segamat telah menyambut ketibaan rombongan Kembara MPSM Kebangsaan pada 28 Mac 2015 yang lalu. Seramai 70 orang Pengetua dari seluruh negara telah tiba pada jam 9.30 pagi dan disambut mesra oleh warga SMKA dengan paluan kompang selamat datang. Sebelum masuk ke dewan para tetamu telah disajikan dengan persembahan kawad daripada platun Kadet Remaja Sekolah (KRS) Perempuan SMKA Segamat.
Majlis ucapan dan motivasi turut disertai bersama oleh semua guru dan pelajar SMKA Segamat yang diadakan dalam dewan Luqman al-Hakim. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan dan jamuan makan tengahari. Semua tetamu meneruskan program Kembara MPSM selepas solat Zohor. Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang turut menjayakan program ini.
KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM : SMKA SEGAMAT JOHAN KESELURUHAN
1
adalah bukti kesungguhan peserta dan guru-guru pembimbing untuk meningkatkan prestasi akademik khasnya dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat serta berharap kontinjen Segamat akan meraih kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri yang akan diadakan pada 9 April nanti di SMK Bandar Putra, Kulai.
halaman
SMKA Segamat : Seramai 22 orang peserta dari SMKA Segamat telah menyertai Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Segamat pada 28 Mac 2015 yang lalu. Pasukan SMKA Segamat yang dipimpin oleh Ust. Hadi Bin Mohamed Suhaimi ini telah meraih 8 kedudukan Johan daripada 11 acara yang disertai berbanding 4 kedudukan Johan pada tahun 2014. Menurut beliau, kejayaan yang dicapai pada tahun ini
LATIHAN RUMAH SUKAN AKHIR ( 29 MAC 2015 )
KEMBARA MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN ( MPSM ) DI SMKA SEGAMAT ( 29 MAC 2015 )
PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD SEGAMAT BAWAH 15 TAHUN ( 31 MAC 2015 )
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH ( 29 MAC 2015 )
halaman
2
SUKAN OLAHRAGA MSSD SEGAMAT ( 23-26 MAC 2015 )
“ Di mata orang kecil, perkara kecil menjadi besar. Di mata orang besar, perkara besar menjadi kecil ”
halaman
Penasihat > Ust. Mohd. Fauzan bin Mohamed Mokhtar Editor > Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah Penolong Editor > Ust. Rumaja bin Sarmin Terbitan > Unit Perhubungan & Dokumentasi, SMKA Segamat
3
EDITORIAL BULETIN INSPIRASI SEMANGAT EDISI 11/2015
NAMA PM. HJ. AHMAD NAWAWI BIN YAAKOB EN. SOPI BIN MOHAMAD PN. HAFSAH BINTI OON EN. MUHAMAD SOLEHUDDIN BIN RIDZUAN PN. FATIMAH ASILAH BINTI OMAR CIK NUR AJILAH BINTI FAZIL EN. ABD HADI BIN MOHAMED SUHAIMI EN. RUMAJA BIN SARMIN EN. NOOR MOHAMAD BIN JUPRY PN. HAJAH RUZANA BINTI MOHD SAM CIK DIANA BINTI ZAKARIA CIK NOOR ASLIDA BINTI RAMLI EN. SABRI BIN HAMID EN. TUMIN BIN YATMAN EN. SHAFI’IE BIN KHALID EN. HISHAM BIN AWANG EN. JULIZA BINTI JAMIAN PN. JALILAH BINTI SARPIN EN. JEFRI AL BAHARIN BIN AZIZ EN. MINHAT BIN HJ. IBRAHIM
JAWATAN YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA BENDAHARI PEN. BENDAHARI AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA JURUAUDIT 1 JURUAUDIT 2
halaman
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
4
JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA GURU (PIBG) SMKA SEGAMAT SESI 2015/2016
5
halaman
6
halaman
7
halaman
8
halaman
PENCAPAIAN SMKA SEGAMAT DALAM KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH SEGAMAT TARIKH: 28 MAC 2015 / TEMPAT: SMK BANDAR PUTRA, segamat
JOHAN
TILAWAH PUTERA: MOHAMAD FAZRUL BIN ZULKURNAIN
HAFAZAN PUTERA: MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SHAFIE
HAFAZAN PUTERI: ANIS SOFIA BINTI SIDEK
SYARAHAN AGAMA PUTERA: MUHAMMAD FAHMI HELMI BIN JAMIL
JOHAN
KHAT PUTERA: MOHD FARHANUDDIN BIN HISHAM
KHAT PUTERI: NURUSSAADAH BINTI MOHD FARIDZ
SYARAHAN AGAMA PUTERI: NURUL IZZATI BINTI JUNAIDI
NAIB JOHAN
KUIZ AGAMA: FARZIYATUL FIRZANAH BT DZIYAUL AFRAZ
NURFARAHAIN BINTI BAHRUDIN NUR HADIRAH BINTI MUHAMAD NOR
BERZANJI PUTERI: NUR HIDAYAH BINTI HAMRI
halaman
NASYID: MUHAMMAD ALIFF BIN RUSLIN @ ROSLIN MUHAMMAD SAFIY SYAZANI BIN SUKRI MUHAMAD HANIF AMIR BIN JOHARI MUHAMMAD ANAS BIN MOHD HASSAN MUHAMMAD FIRDAUS BIN YAAKOP MUHAMMAD FATHI BIN NADZRUDIN FARHAN SYAHMI BIN BAHARUDIN MOHD TAUFIQ BIN MOHD KHAIRUL ANUAR MUHAMMAD ALIF KAMARUDIN
9
KETIGA
halaman
10
BICARA ILMU 9 : PROGRAM KESEDARAN KOMUNITI ASEAN/2
Sirah Perang Rasulullah S.A.W SIRI PERTAMA
2. Perang Buwath, tidak dapat menyusul kafilah Quraish. 3. Perang Dzul ‘Usyairah, tidak terjadi kontak senjata, Rasulullah SAW mengadakan ikatan perjanjian damai di jalur kafilah dagang itu dengan kabilah Bani Mudlij dan sekutu-sekutu Bani Dhamrah. 4. Perang Badar pertama, tidak terjadi kontak senjata sebab pasukan Muslimin tidak dapat mengejar pasukan Quraish yang telah menyerang dan merompak/menjarah tempat-tempat penggembalaan di daerah pinggiran Madinah. 5. Perang Badar Al-Kubra terjadi kerana Quraisy menginginkan terjadinya kontak senjata (perang) dengan pasukan Muslimin, walaupun kafilah dagang mereka telah memasuki jalur yang aman. Akhir pertempuran pasukan Muslimin memenangkan peperangan Badar Al-Kubra ini. Terdapat sekitar 68 orang tawanan perang (Suku Quraish) yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk diperlakukan dengan baik, sabdanya SAW: “Perlakukanlah tawanan itu dengan baik.” Sebahagian tawanan menebus kebebasan mereka dengan membayar antara 1000 Dirham sampai 4000 Dirham kerana mereka orang kaya. Sementara ada sebahagian tawanan yang dibebaskan tanpa membayar tebusan kerana mereka tergolong miskin. Dan ada sebahagian lagi yang dibebani mengajar anak-anak kaum Muslimin sebelum dibebaskan kerana mereka adalah di antara orang-orang yang terpelajar. 6. Perang Bani Qainuqa’ (Kaum Yahudi) di Madinah adalah disebabkan Kabilah Bani
7. Perang Bani Sulaim, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab Kabilah Bani Sulaim dan Bani Ghatafan melarikan diri dan meninggalkan harta benda mereka. 8. Perang Sawiq, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab lepasnya pasukan musuh iaitu kaum Quraisy Makkah dari kejaran pasukan kaum Muslimin. 9. Perang Dzu Amar, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab Kabilah Bani Tsalabah dan Bani Muharib telah melarikan diri, dan pasukan kaum Muslimin menempati (menguasai) perkampungan mereka sekitar sebulan. 10. Perang Bahran, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab Kabilah Bani Sulaim melarikan diri dan pasukan kaum Muslimin menempati (menguasai) perkampungan mereka sekitar dua bulan. …….bersambung
11
1 Perang Waddan, tidak terjadi pertempuran sebab tidak bertemu dengan pasukan Quraish. Ikatan perjanjian damai dilakukan dengan Bani Dhamrah.
Qainuqa’ telah melanggar perjanjian dengan pihak Rasulullah dan membantu Quraisy untuk memusuhi Islam. Tidak terjadi pertempuran kerana Bani Qainuqa’ telah keluar dari Madinah. Bani Qainuqa’ kalah dalam peperangan tanpa pertumpahan darah setelah dikepung oleh pasukan Muslimin selama 15 hari. Keputusan Rasulullah SAW terhadap Bani Qainuqa’ yang kalah adalah diusir keluar dari Madinah dengan meninggalkan senjata-senjata dan peralatan pertukangan emas, tetapi boleh membawa anakanak, isteri dan harta benda mereka bersama.
halaman
Berikut ini dijelaskan secara ringkas tentang sebab-sebab terjadinya peperangan di mana Rasulullah SAW terlibat di dalamnya.
halaman
12
Muhasabah Diri
Kisah Mahsyar ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yangg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan, berjalan kaki dan berjalan dengan muka. Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
halaman
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. …………….bersambung
13
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Surah al-Isra’: 70 - 72
Terjemahan Surah Al-Isra’
[72] Dan sesiapa yang buta di sini (dunia ini), nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat jalan.
halaman
[71] (Ingatlah) suatu hari yang Kami (Allah) akan memanggil tiap-tiap manusia dengan imam (pemimpin) mereka. Dan sesiapa yang diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca kitabnya \\\\\ itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.
14
[70] Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam; Kami (Allah) angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami (Allah) beri mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami (Allah) lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami (Allah) ciptakan.
IKHFA' SYAFAWI Ikhfak Syafawi : apabila huruf Mim sukun (mim mati) bertemu dengan huruf Ba’ yang berbaris, hukum bacaannya didengungkan. Cara mengenali Ihfak Syafawi Dikenali dengan melihat huruf mim yang pertama tidak berbaris ()ﻢ diikuti dengan huruf بyang berbaris. Cara bacaan Ihfak Syafawi Sebutan hendaklah didengungkan sebanyak 2 harakat dengan merapatkan dua bibir. Huruf Ihfak Syafawi Huruf ikhfa' syafawi satu sahaja iaitu huruf Ba'.
halaman
15
Contoh Ihfak Syafawi
Al-Biruni Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada September tahun 973M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "AlBiruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai pakar dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda. Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah penghubung apa yang kita lihat dengan
tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut kita akan menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta". Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya
halaman
16
menghadap Ilahi Rabbi pada 1048 M, semasa berusia 75 tahun.