TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM KARNIVAL BAHASA TAMIL 2013 PADA HARI SABTU, 21 SEPTEMBER 2013; PUKUL 4:00 PETANG DI ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG
SALUTASI
Saudara pengacara majlis;
Rakan-rakan saya:
Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);
Encik M. Poobalan, Penolong Pengarah Kanan (Bahasa Tamil), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang;
Dr. Gaanty Pragas, Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;
1
Encik S. Suriya Kumar, Penasihat Jawatankuasa Kebudayaan India UMP;
Saudari S. Shobana, Pengarah Karnival Bahasa Tamil 2013 dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana;
Para peserta dan warga mahasiswa;
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian;
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
KATA PEMBUKA
1.
Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izinNya, maka saya berpeluang untuk bersama-sama saudara dan saudari sekalian dalam majlis ini. 2
2.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Karnival Bahasa Tamil 2013 atas jemputan yang telah diberikan kepada saya untuk menyempurnakan majlis penutupan rasmi Karnival ini.
3.
Pada hemat saya, penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada pemaknaan yang signifikan terhadap agenda pengayaan (enrichment)
pengalaman kampus
(campus
experience)
yang
sentiasa menjadi keutamaan pihak pengurusan Universiti ini.
4.
Dalam konteks tersebut, pengalaman kampus yang bermakna dan berkesan kepada kehidupan warga mahasiswa bukanlah sematamata terletak pada kecanggihan kelengkapan atau kemudahan yang disediakan kepada mereka.
5.
Lebih dari itu, pemaknaan pengayaan pengalaman kampus menuntut daya kreativiti warga mahasiswa untuk tampil dengan agenda aktivisme yang konstruktif dengan sentuhan intelektualisme yang tinggi.
3
MENGHARGAI KEPELBAGAIAN
6.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Oleh yang demikian, penganjuran Karnival Bahasa Tamil ini wajar dilihat dari sudut pengisian agenda kesarjanaan dalam kalangan warga mahasiswa UMP.
7.
Hakikat bahawa saudara dan saudari merupakan penghuni sebuah menara
gading
menuntut
keupayaan
anda
untuk
bijaksana
berkomunikasi dan berdiplomasi di atas landasan ilmu pengetahuan, bukannya emosi yang melulu, sangkaan yang buruk dan kerangka pemikiran yang negatif.
8.
Hal ini merupakan satu cabaran kepada kita. Dengan perimeter kebebasan dan ruang kreativiti yang telah disediakan oleh pihak pengurusan UMP, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap mahasiswa untuk memanfaatkannya dengan akauntibiliti yang tinggi. 4
9.
Justeru, saya amat sukacita kerana Karnival Bahasa Tamil ini bukan sahaja mengangkat agenda intelektualisme, tetapi juga turut mengisi pengertian gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.
10.
Masyarakat majmuk Malaysia yang disatukan oleh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan turut diberikan kebebasan untuk memelihara dan menuturkan bahasa ibunda mereka, dan Bahasa Tamil merupakan sebahagian daripadanya.
11.
Maka, penganjuran pertandingan ini memberi peluang kepada rakanrakan kita daripada bangsa yang lain untuk mengenali Bahasa Tamil dengan lebih dekat lagi. Dengan susur galur sejarah yang panjang, Bahasa Tamil amat berkait rapat dengan perkembagan tamadun manusia di India.
5
12.
Malah, jika dikaji dengan lebih mendalam, Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu itu sendiri turut berkait secara tidak langsung kerana perbendaharaan kata kedua-dua bahasa ini banyak berakar kepada Bahasa Sanskrit.
13.
Inilah keunikan yang wajar ditekuni oleh warga mahasiswa dan sekiranya kita dapat meluangkan masa dengan kajian ilmiah ringkas seperti ini, maka kita lebih menghargai kepelbagaian bahasa, budaya dan agama yang terdapat di Malaysia.
MELESTARI INISIATIF
14.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Memandangkan acara ini mendukung semangat persefahaman dan perpaduan antara kaum melalui perantaraan bahasa, maka sukalah saya menyarankan kepada pihak penganjur dan juga Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni untuk mengambil inisiatif yang serius bagi meneruskan penganjuran Karnival Bahasa Tamil ini pada tahuntahun akan datang. 6
15.
Dengan sinergi dan sumbangan kepakaran yang lebih meluas, termasuklah daripada Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan UMP, saya percaya magnitud impak manfaat pertandingan ini akan lebih besar, apatah lagi dengan kepelbagaian kategori penyertaan yang melibatkan pelbagai kaum.
16.
Keupayaan tersebut secara tidak langsung akan turut memartabat nama Universiti Malaysia Pahang di mata umum. Universiti ini akan dilihat tidak sekadar sebuah institusi pengajian kejuruteraan dan teknologi, tetapi turut menjadi semaian subur kepada perpaduan nasional berasaskan semangat muhibbah yang tinggi.
17.
Dalam hubungan tersebut, pihak pengurusan UMP sentiasa memberi sokongan penuh kepada pihak penganjur dan amat mengalu-alukan daya usaha pihak penganjur untuk melakukan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti pengelolaan pertandingan ini.
7
18.
Berpaksikan falsafah semangat 1Malaysia, adalah menjadi harapan saya bahawa kesempatan berharga yang terbit daripada penganjuran pertandingan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh warga mahasiswa UMP. Ini sekaligus membuktikan komitmen mereka terhadap pemupukan toleransi antara kaum di Universiti ini dalam erti kata yang sebenarnya.
KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN
19.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggitinggi syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif untuk mengelolakan Karnival ini.
20.
Saya berharap, impak program ini kepada pengayaan pengalaman kampus
mahasiswa
UMP
merupakan
ukuran
kejayaan
penganjurannya.
8
21.
Justeru, dengan harapan tersebut, saya dengan sukacitanya menutup Karnival Bahasa Tamil 2013 dengan rasminya.
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
9