SMKA Segamat, 3 April – Sebagai memenuhi aspirasi negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris SMKA Segamat bertindak merangka program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah bagi tahun 2016. Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar, Pengetua SMKA Segamat dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada guru-guru Bidang Bahasa atas penganjuran program yang baik ini. “Saya berharap dengan program yang dilaksanakan akan memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kedua-dua bahasa melalui aktiviti dan pertandingan yang dirancang sepanjang bulan ini’, ujar beliau sebelum melakukan gimik pelancaran program yang unik dan menarik. Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang bulan ini ialah pertandingan Deklamasi Sajak, Pidato, Bahas, Menulis Esei dan Buku Skrap. Dalam masa yang sama akan diadakan Kem Bahasa, Pertandingan Spell-It-Right dan Bingo yang akan disertai oleh semua pelajar tingkatan 3 dan 5.
“KADANG-KADANG KEBERHASILAN ITU DITEMUI SETELAH MENGALAMI KESULITAN. KEJAYAAN LEBIH DIHARGAI APABILA LIKULIKU CABARAN DAN JATUH BANGUN MENGIRINGI KITA SEBAGAI SATU REFLEKSI” BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016 Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub & Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja Tabung Kebajikan Guru
Jumlah Sumbangan 5 Feb 2016 RM 184.00
Lawatan Bench Marking Pegawai Sektor Pendididkan Islam (SPI) Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (4 April 2016)
Program Sandaran NPQEL (4 April 2016)
Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Segamat (5 April 2016)
Penyampaian Cenderamata (4 April 2016)
Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Islam (4 April 2016)
Perkongsian Kalkulator Sorof (4 April 2016)
Pertandingan Menulisi Esei Bahasa Melayu (5 April 2016)
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu aktiviti anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu. Ajk Kerja PSS bertanggungjawab menjalankan aktiviti KM1M pada tahun ini. Dengan tema ”Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia” program ini berlangsung serentak di seluruh negara bermula dengan Majlis Pelancaran pada 4 April 2016. Semoga program ini dapat memberi cetusan semangat khasnya kepada murid-murid SMKA Segamat untuk memupuk budaya membaca secara berterusan di samping menjayakan Program NILAM.
BIL
PERKARA
PENYELARAS
TARIKH
TEMPAT
1
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit
Ust. Rumaja Pengawas PSS
4/4/2016 (Isnin)
Dataran Anjung Bestari
2
Program Membaca 5 Minit dan Menulis Sinopsis Buku (Ting.1-5)
GKMP Bahasa Ust. Nora Azilah
4-6/4/2016 (Isnin-Rabu)
Perpustakaan Kelas
3
Kutipan Data dan Key In data NILAM Bulan Jan-Mac
Uzh. Nora Azilah 4-6/4/2016 Pengawas PSS (Isnin-Rabu)
Perpustakaan
4
Pertandingan Mewarna Uzh. Diana Poster KM1M Pengawas PSS (Ting. 1-3)
5-6/4/2016 (SelasaRabu)
Kelas
5
Pertandingan Teka Silangkata (Ting. 4 & 5)
Uzh. Nora Pengawas PSS
5-6/4/2016 (SelasaRabu)
Kelas
6
Wonderword Competition (Ting.6)
Ust. Zolkafle Uzh. Marziana
4/4/2016 (Isnin)
Perpustakaan Kelas
7
Pameran dan Jualan Buku
Ust. Khairilanwar 6/4/2016 Pengawas PSS (Rabu)
Kantin
8
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Uzh. Marziana Uzh. Hidayah Uzh. Norsariah
Dewan
24/4/2015 (Ahad)
Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Segamat di SMK Palong Timur (4 April 2016) Pencapaian : Tempat Ke-3 SUMBER : MAJALAH MAHIR ARAS MEGA SDN.BHD.
Marilah kita bekerja dengan niat yang ikhlas, semata-mata mencari redha Allah s.w.t. Didiklah anak murid sebagaimana kita mendidik anak sendiri. Bukan setakat menjadikan mereka manusia yang berjaya dari segi akademik, malahan lebih lagi menjadi insan mulia yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kita bekerja bukan untuk mencari nama, pangkat atau harta semata-mata kerana ia akan menjadi penghalang ilmu untuk sampai dengan sebenar-benarnya. Waktu sedang di puncak kita merasa ramai teman di sekeliling kita. Waktu sedang berkuasa kita percaya diri boleh melakukan apa saja. Waktu sedang tidak berdaya barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada. Waktu sedang sakit kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta. Waktu kita miskin baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit dan saling membantu saudara kita. Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru dan bunga selalu mekar. Tapi ketahuilah bahawa Allah s,w,t selalu memberi peluang , rahmat dan berkat dalam setiap cubaan dan jawapan kepada setiap doa.Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan hanya sebuah persinggahan. OLEH : UZH ARIFAH BINTI AYUB @ UYUB
Masuk usia tua baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan. Saat di ambang ajal kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang siasia. Oleh itu, jadilah insan mulia saling bantu membantu. Jauhkan niat jahat mencelakai atau memfitnah. Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, tetapi indahnya hidup bergantung kepada berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita. Berazamlah agar hari ini lebih baik daripada hari semalam. Sesungguhnya orang yang hari ini tidak berubah atau lebih teruk dari hari semalam adalah orang yang sangat rugi !
BACAAN GHARIB ( ) غريبMENGIKUT RIWAYAT HAFS ‘AN A’SIM ( )حفص عن عاصم MUSHAF (AL-QURAN) CETAKAN NEGARA TIMUR TENGAH (RASM UTHMANI)
MUSHAF (AL-QURAN) CETAKAN NEGARA INDONESIA (RASM IMLA’I)
PERTEMUAN DUA SUKUN
()التقاء الساكنين Pertemuan Dua Sukun juga dikenali dengan Nun Wasal atau Nun Wiqayah atau Nun 'Iwadh. Berlaku ketika dua perkataan terhalang untuk diwasalkan (sambung) bacaan kerana terdapat dua huruf yang sukun di antara kedua perkataan tersebut. Dua sukun ini pula mempunyai hamzah wasal di tengahtengahnya. Apabila tanwin (baris dua) bertemu dengan Alif Lam ( ) الatau Hamzah Wasal ( ) ا, hendaklah dipisahkan bacaannya dengan bunyi nun baris bawah (buang satu baris dari tanwin tersebut dan diganti dengan bunyi huruf nun baris bawah)
Surah Al-Baqarah: ayat 180
KHAIRAnilWASIYYAH Surah Ibrahim: ayat 18
KARAMADInisyTADDAT
Surah al-Kahfi: ayat 88
JAZAA’AnilHUSNA
Surah An-Najm: ayat 50
‘AADAnil’UULAA
Kaedah Bacaan Iltiqa’ Sakinain Ini Dibimbing Oleh Ust. Hj. Ismail Bin Rosli Al-Hafiz (Guru KKQ SMKA Segamat)
Surah Al-Jumu’ah : ayat 11
TERJEMAHAN (97) Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (98) (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain : “Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar’.