MONTFORT JUNIOR SCHOOL UJIAN PRELIMINARI 2016 PRIMARI 6 BAHASA MELAYU LANJUTAN KERTAS 2
Nama: ___________________________________ Kelas: Darjah 6______________
Waktu yang diberi: 1 jam 20 min
Marks Obtained
Max. Marks 60
Tanda Tangan Waris ARAHAN UNTUK MURID
1. 2. 3. 4.
Jangan lihat soalan sebelum diarahkan. Patuhi semua arahan yang diberi. Jawan SEMUA soalan. Tulis jawapan kamu di kertas soalan ini.
1 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
SOALAN 1-5: MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1)
bagai cembul dengan penutup
(2) bagai tikus membaiki labu
(3)
buka pintu
(4) kata putus
(5)
orang tengah
(6) seperti air dalam kolam
(7)
tanam budi
(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
1. Ketika kebakaran itu berlaku, Ihsan sedang berbincang dengan ahli kumpulannya di makmal Sains. Rakan-rakan Ihsan mula panik dan menjadi kelam-kabut namun Ihsan tetap tenang dan memberikan arahan yang jelas kepada setiap ahli kumpulan. Akhirnya, mereka dapat ke tempat perhimpunan dengan selamat. 2. Encik Rahmat seorang guru pesara. Kini, beliau menyumbangkan bakti di rumah anakanak yatim. Penghuni rumah kebajikan itu sangat gembira dengan kehadiran Encik Rahmat sebagai pembimbing dan penasihat mereka. 3. Telefon bimbit ibu telah ditinggalkan di rumah kerana sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Abang pun cuba membaikinya walaupun dia tidak berpengalaman. Dia ingin berikan kejutan untuk ibu. Malangnya, ibu berasa amat berang apabila dia pulang dari pasar dan mendapati telefon bimbitnya tidak dapat dihidupkan langsung. 4. Pihak pengurusan pengangkutan awam Singapura telah membuat beberapa perubahan dalam sistem pengendalian pekerja-pekerjanya. Bagi mengelakkan pekerja-pekerja mogok atau mengadakan pemberontakan, pengurus pengangkutan awam itu ingin memberikan peluang kepada semua pekerjanya untuk berunding sebelum pihak pengurusan melaksanakan perubahan itu. Langkah ini diambil menyusuli maklum balas yang diterima baru-baru ini. 5. Pak Rashid baru berhijrah dari kampung ke bandar kerana mengikut anak lelakinya. Ramai penduduk kampung yang sedih kerana mereka sangat menyayanginya. Pak Rashid dapat menyesuaikan diri di bandar. Ramai orang di kawasan itu yang dibantunya. Mereka menghormati Pak Rashid yang dianggap sebagai ketua di kawasan ini.
SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4
Markah yang diperoleh
5
2 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
SOALAN 6-10: MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Pendidikan jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting. Pada umumnya, pendidikan jasmani bertujuan untuk (6) membuat kecergasan tubuh dan kecerdasan minda pelajar. Kemahiran dalam sesuatu permainan juga dapat diperolehi. Di samping itu, pelajar-pelajar lelaki dapat (7) binaan stamina yang kuat.
Ini (8) mengharapkan dapat membantu mereka semasa menjalani perkhidmatan negara kelak. Walau bagaimanapun, ada pelajar yang mengambil ringan terhadap pelajaran pendidikan jasmani. Mereka mengganggap pelajaran pendidikan jasmani hanyalah membuang masa sahaja.
Bagi
mencapai
tujuan-tujuan
pendidikan
jasmani,
pemerintah
telah
(9) menggunakan berjuta-juta dolar. Semua sekolah rendah dan menengah di Singapura dilengkapi (10) oleh peralatan sukan. Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani juga diberi latihan secukupnya agar pelajaran ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan mendatangkan manfaat.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh
3 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
SOALAN 11-15: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) Arahan:
(1)
Jagalah komputer-komputer ini dengan baik.
(2)
Makmal komputer tersebut perlu dikemas kini.
(3)
Membawa makanan dan minuman ke makmal komputer ini juga dilarang.
(4)
Penggunaan elektrik yang tinggi hanya akan meningkatkan perbelanjaan sekolah. Pastikan kamu matikan kesemua suis lampu dan komputer serta alat hawa dingin sebelum beredar. Kamu tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer ini tanpa surat pengesahan daripada guru kamu. Maka itu, kami mengharapkan agar kamu mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa berada di makmal komputer. Kamu dikehendaki mencatatkan butiran perisian tersebut ke dalam buku catatan perisian komputer yang telah disediakan.
S i
Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan catatan yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
(5) (6) (7) (8)
Sila ambil perhatian, murid-murid sekalian!
Kebelakangan ini, penjagaan
makmal komputer tidak diurus dengan baik. (11)____________ Hal ini penting untuk kelancaran pembelajaran kamu. Keizinan daripada guru kamu dimestikan untuk penggunaan makmal ini selepas waktu sekolah. (12)____________
Beg sekolah kamu harus sentiasa berada di luar bilik ini. (13)____________ Jika kamu perlu menggunakan sebarang perisian komputer, sekali lagi keizinan guru harus dipinta terlebih dahulu. (14)____________ Kamu juga harus elakkan daripada membazir
elektrik.
(15)____________
Penjagaan
makmal
komputer
tanggungjawab kita bersama.
SOALAN
JAWAPAN
11 12 13 14 15
Markah yang diperoleh
4 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
adalah
SOALAN 16-17: MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH) Arahan :
Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya. Kebakaran Bukit Ho Swee pada tahun 1961 menjadi sejarah hitam hingga
ke hari ini. Kebakaran itu bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah ramai yang cedera, meragut nyawa serta lebih kurang enam belas ribu orang kehilangan tempat berteduh. Kita harus memainkan peranan yang penting bagi mengekang kebakaran daripada berlaku di dalam atau di luar rumah. Pepatah selalu mengingatkan kita bahawa api yang kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan. Membuang puntung rokok yang masih bernyala ke dalam tong sampah atau di timbunan daun atau kertas menyebabkan kebakaran. Makanan yang dimasak di dapur juga tidak seharusnya ditinggalkan tanpa diawasi. Kita juga dinasihati jangan mengumpulkan barang-barang yang mudah terbakar seperti tong-tong minyak tanah atau bahan-bahan aerosol di kolong-kolong blok. Sinaran matahari secara langsung serta bekalan oksigen yang sedia ada boleh menjadi bahan pencetus kebakaran.
Arahan:
16
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Kita harus mencegah kebakaran daripada berlaku kerana
(2 markah)
17
Idea utama yang ingin disampaikan dalam perenggan kedua ialah
(2 markah) Markah yang diperoleh
5 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
SOALAN 18-24: KEFAHAMAN (26 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Amin melihat kubur di depannya. Di dalam kubur itulah mayat Amran Bin Atan, orang yang sangat disayanginya, ditanam pada tengah hari tadi. Air mata Amin mula membanjiri pipinya. Tapak tangannya diangkat ke atas sementara mulutnya berkumat-kamit membaca doa. Dia ditemani oleh Mutalib, rakan baiknya. “Yey yey! Kita balik kampung!” jerit adik Amin seminggu sebelum mereka sekeluarga memulakan perjalanan ke rumah datuk mereka, yang terletak di Kampung Merah Saga. Kampung itu terletak kira-kira lima kilometer dari pantai. Seperti adiknya, Amin berasa sungguh seronok kerana sudah setahun mereka tidak pulang ke kampung. Datuk mereka yang dahulunya menginap di rumah mereka, telah berhijrah ke Kampung Merah Saga sejak dua tahun yang lalu. Amin amat merindui datuknya itu. Amin sekeluarga menaiki pesawat untuk ke Medan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, sebelum ke Bandar Aceh. Di sana, mereka disambut mesra oleh beberapa orang kampung sebelum ditemani ke Kampung Merah Saga dengan menaiki sebuah van. “Abang, datuk ajak kita pergi memancing di laut. Ayah dan ibu pun ikut,” kata adik Amin pada pagi hari kedua Amin dan keluarganya berada di kampung. “Adik pergi sahajalah. Abang hendak bermain di sini sahaja,” jawab Amin yang lebih suka memancing ikan di paya sambil memandang ke arah pokok-pokok durian. Dia sudah lama tidak memanjat pokok. Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Amin kepada adik kesayangannya. Kesemua anggota keluarganya telah terkorban apabila bot yang dinaiki mereka ditenggelami ombak tsunami yang muncul secara mendadak. Ombak raksasa itu kemudian menenggelami banyak kawasan di Asia dan membunuh ribuan manusia dan haiwan serta memusnahkan jutaan tumbuh-tumbuhan. “Sudahlah Amin. Janganlah bersedih. Bersyukurlah kau masih hidup,” kata Mutalib. Amin Bin Atan hanya mengganggukkan kepalanya. Walaupun Amin telah kehilangan ahli keluarganya yang terdekat, Amin akui dengan kata-kata Mutalib bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati pada suatu hari nanti. Dia sedar dia harus terima ketentuan Tuhan. Mungkin ada hikmah di sebalik musibah yang telah menimpa dirinya ini.
6 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
(lihat
halaman
sebelah)
Arahan:
18
Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
Apakah yang menyebabkan Amin menangis?
(2 markah)
Markah yang diperoleh
19
Berikan dua sebab Amin tidak mahu mengikut adiknya ke laut.
(4 markah)
Markah yang diperoleh
20
Ombak Tsunami yang berlaku meninggalkan banyak kesan kepada Amin. Berikan dua contoh bagi menjelaskan kesan tersebut. (4 markah) 7
MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
Markah yang diperoleh
21
“Bersyukurlah kau masih hidup..” Jelaskan mengapa Mutalib berkata begitu. (4 markah)
Markah yang diperoleh
22
Amin seorang yang penyayang. Berikan bukti-bukti untuk menyokong pernyataan ini. (4 markah)
Markah yang diperoleh
8 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
23
Pada pendapat kamu, siapakah Amran Bin Atan? Berikan sebab kamu. (4 markah)
Markah yang diperoleh
24
Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.
(i)
berkumat-kamit
(2 markah)
(ii)
muncul secara mendadak
(2 markah)
Markah yang diperoleh
S E L E S A I
9 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016
10 MKR/KA/CY
P6HML/MJSSA2/P2/2016