DP. Jilid 5, Bil. 212005
Pendidikan Bahasa
Pendidikan Bahasa Indonesia dan Tantangannya Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu Irwandy
Pengenalan "Gunakan bahasa Indonesia yang baik dan betul ". Ungkapan ini bererti menggunakan bahasa Indonesia sesuai dengan aturan berbahasa kerana menggunakan bahasa Indonesia yang baik dan betul merupakan tanggungjawab seIuruh bangsa Indonesia. Hal ini perlu kerana bahasa Indonesia adalah bahasa nasional yang merupakan lambang kebulatan semangat kebangsaan Indonesia, alat penyatu pelbagai masyarakat yang berbeza latar belakang kebahasaan, kebudayaan, dan kesukuannya ke dalam satu masyarakat nasional Indonesia, serta alat perhubungan antara suku, budaya, dan daerah. Sebagai bahasa negara (pasal 36 UUD 1945), bahasa Indonesia merupakan bahasa rasmi pemerintah, bahasa pengantar pendidikan, alat perhubungan pada peringkat nasional untuk kepentingan perancangan dan pelaksanaan pembangunan nasionaI, serta alat pengembangan kebudayaan dan pengetahuan. Bahasa Indonesia dikenal juga sebagai bahasa penyatuan seperti yang termaktub dalam fasal ke-3 Ikrar Sumpah Pemuda 1928. Makalah ini akan membincangkan faktor wujudnya masalah dalam pembelajaran bahasa Indonesia dan langkah-langkah yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran pada semua peringkat pendidikan. Masyarakat Indonesia yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa memiliki bahasa yang berbeza. Dalam hubungannya dengan bahasa-bahasa daerah yang jumIahnya Iebih daripada 500, bahasa Indonesia sering dituduh sebagai penghalang yang dikhuatiri dapat menyempit bahkan mematikan penggunaan bahasa daerah. Tuduhan seperti itu muncul akibat makin berkurangnya generasi muda yang memahami dan menguasai bahasa daerahnya meskipun kedua orang tuanya berasal daripada kelompok etnik yang sarna (Hasan Alwi 2005). Masalah lain yang perlu mendapat perhatian serius adalah masih banyak masyarakat terdidik (pelajar dan mahasiswa) yang kurang mampu menggunakan bahasa Indonesia secara baik dan betuI, baik secara lisan mahupun tulisan. Banyak ungkapan yang tidak baku sering digunakan dalam kegiatan komunikasi lisan atau tulisan. Hal ini sering berlaku dalam kegiatan diskusi di dalam keIas, seminar, dan karya pelajar atau mahasiswa. Selain itu, kerap terdapat kelas-kelas di Indonesia, khususnya kelas-kelas awal sekolah dasar, yang masih menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa pengantar dalam kegiatan pendidikan. Hal ini disebabkan oleh ban yak siswa yang belum dapat berbahasa Indonesia.
Pengajaran Bahasa Indonesia di Sekolah. Jika diukur jumlah penduduk Indonesia yang seramai 206,264,595 orang yang merupakan penutur bahasa Indonesia, tentu sekali merupakan kekuatan besar dalam penempatan posisi bahasa ini antara bahasa lain. Bahasa Indonesia sebenamya merupakan bahasa yang keempat besar di dunia setelah bahasa China, Inggeris, dan Sepanyol (Sugono, 2005). Namun, jumlah penutur besar tidak menjamin bahasa itu mendapat tempat yang 79
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 5, Bi/. 212005
penting pada mata dunia sekiranya faktor politik, ekonomi, sosial budaya dan mutu sumber manusia, terutama generasi muda menjadi syarat utama dalam peningkatan status sesuatu bangsa. Dalam Undang-Undang No. 20 Tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional dikatakan bahawa seluruh jenis dan tahap pendidikan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar. Maka usaha penting yang harus dilakukan oleh pemerintah adalah peningkatan mutu pendidikan di seluruh tahap danjenis pendidikan. Peningkatan mutu pendidikan mensyaratkan penguasaan bahasa Indonesia secara baik dan betul oleh seluruh warga sekolah. Demikian itu, menu rut Sugono lagi pembinaan bahasa di sekolah harus mencakup pengelolaan sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran semua bidang pengajian lingkungan sekolah.
Pengelolaan Sekolah Sekolah sebagai pusat belajar hendaklah menggunakan bahasa Indonesia sebagai alat berfikir, berekspresi, dan berkomunikasi. Penggunaan bahasa Indonesia sebagai alat berfikir akan memandu pelajar bertindak dengan tertib dan santun kerana bahasa membantu penutumya ke arah itu. Penggunaan bahasa Indonesia sebagai alat berekspresi pula akan membawa penutumya kepada suasana keilmuan kerana bahasa Indonesia digunakan sebagai alat pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi serta seni. Manakala penggunaan bahasa Indonesia sebagai alat komunikasi akan mewujudkan suasana rasmi yang akhimya memupuk semangat perpaduan dalam lingkungan sekolah yang menjadi temp at belajar. Penciptaan suasana seperti ini menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah, terutama pengetua selaku pemimpin tertinggi di sekolah. Keperihatinan pemimpin sekolah terhadap penggunaan bahasa Indonesia di sekolah akan memacu dan mempercepatkan proses belajar mengajar di sekolah. Selain itu, peranan guru disiplin sekolah juga sangat penting untuk menentukan kejayaan pembinaan bahasa Indonesia di sekolah. Semua dokumen yang dikeluarkan seperti surat-menyurat, pengumuman, dan dokumen lain harus mencerminkan penggunaan bahasa Indonesia yang baik dan betu!.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus memberikan teladan kepada pelajar dalam penggunaan bahasa Indonesia, baik sewaktu membimbing pelajar di kelas mahupun dalam memeriksa hasil kerja mereka. Selain itu, semua guru mata pelajaran harus memberikan perhatian kepada penggunaan bahasa Indonesia pelajar, baik penggunaan bahasa lisan dalam interaksi di kelas mahu pun bahasa tulisan dalam menyelesaikan tugasan. Penilaian juga harus mengambil kira aspek penggunaan bahasanya. Keperihatinan terhadap penggunaan bahasa Indonesia para pelajar tersebut mendorong mereka lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa Indonesia. Kewujudan suasana belajar seperti ini akan memberikan pengalaman kepada pelajar bahawa penggunaan bahasa Indonesia dalam situasi belajar di kelas berbeza dengan penggunaan bahasa Indonesia dalam situasi di luar kelas. Hal ini bererti bahawa penggunaan bahasa itu tidak disamaratakan di mana-mana sahaja, tetapi bergantung kepada situasi, tujuan, tempatlmedia, ternan bicaraipembaca, dan sebagainya.
80
DP Jilid 5. Bil. 212005
Pendidikan Bahasa
Pengajaran Bahasa Indonesia Usaha meningkatkan mutu pengajaran bahasa Indonesia telah dan terus dilakukan. Peningkatan itu terutamanya ditujukan kepada aspek kemampuan berbahasa Indonesia. Meskipun demikian, penguasaan pengetahuan bahasa tidaklah mungkin diabaikan kerana bahasa pada dasamya adalah satu sistem lambang yang meliputi kosa kata dan kaedah penggunaannya. Pada peringkat pendidikan dasar, aspek keterampilan bahasa kurang diberi penekanan berbanding aspek penguasaan bahasa. Namun, pada peringkat pendidikan menengah, aspek kebahasaan dan keterampilan berbahasa adalah sarna penting. Walau bagaimanapun, pada tahap pendidikan tinggi, aspek kebahasaan sekali lagi diberi penekanan. Hal ini kerana keterampilan berbahasa menuntut kemampuan pemahaman iaitu kemahiran mendengar (ragam bahasa Iisan) dan kemahiran membaca (ragam bahasa tulis) yang merupakan kemahiran reseptif. Oleh hal yang demikian, pembelajaran aspek ini harus diikuti dengan aktiviti pelajar, misalnya menanggap atau menceritakan kembali secara lisan atau bertulis. Aspek penggunaannya pula yang mencakup kemahiran bertutur (ragam bahasa lisan) dan kemahiran menu lis (ragam bahasa tulis) merupakan kemah iran produktif. Penguasaan kedua-duajenis kemahiran itu menjadi objektif utama dalam proses belajar bahasa Indonesia. Pencapaian kemah iran tersebut dilakukan melalui empat aspek belajar bahasa (mendengar, membaca, bertutur, dan menulis) secara bersepadu. Kegiatan mendengar dan bertutur merupakan usaha penguasaan dan kemampuan menggunakan ragam bahasa lisan, sedangkan kegiatan membaca dan menulis merupakan penguasaan dan kemampuan menggunakan ragam bahasa tulis. Dengan demikian, keempat-empat aspek belajar bahasa itu memenuhi tuntutan penguasaan bahasa lisan dan bahasa tulis. Pengelolaan kelas dalam proses belajar mengajar harus berorientasikan keperluan pelajar dan sesuai dengan perkembangan emosi mereka. Selain menjadi alat komunikasi, penguasaan bahasa Indonesia akan memperkaya keupayaan berfikir dan berekspresi. Penguasaan dan kemampuan berbahasa Indonesia secara baik dan betul akan membantu peiajar berfikir teratur dan bertindak tertib. Dalam kurikulum 2004, guru diberi kebebasan berkreatif mengembangkan bahan mengajar yang inovatif, menarik, menyenangkan, mencerdaskan, dan membangkitkan kreativiti pelajar. Setelah meneliti kurang berhasilnya pendidikan di Indonesia, kerajaan telah menambah baik kurikulum pendidikan lama menjadi kurikulum yang berpaksi kompetensi (KBK). Tujuan kurikulum ini adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh. Mutu pendidikan yang tinggi perlu untuk menghasilkan kehidupan yang aman, damai, terbuka, berdemokrasi, dan mampu bersaing sehingga dapat meningkatkan kesejahteraan semua warga negara Indonesia. Pemantapan kurikulum ini dilakukan secara responsif terhadap penerapan hak asasi manusia, kehidupan berdemokrasi, globalisasi, dan autonomi daerah. Melalui KBK, sistem pendidikan nasional diharapkan dapat bertindak secara proaktif terhadap pelbagai perkembangan ilmu, teknologi, dan seni, serta tuntutan desentralisasi. Melalui KBK, lembaga pendidikan tidak akan kehilangan relevansi program pembelajarannya terhadap kepentingan daerah dan karektor pelajar serta tetap memiliki fleksibiliti dalam melaksanakan kurikulum.
81
Pendidikan Bahasa
DP Jilid 5, Bit. 212005
Berdasarkan KBK (Depdiknas,2003), tujuan pengajaran bahasa Indonesia adalah supaya pelajar: a. menghargai dan mengembangkan Bahasa Indonesia sebagai bahasa penyatuan (nasional) dan bahasa negara; b. memahami bahasa Indonesia dari segi bentuk, makna, dan fungsi, serta menggunakannya dengan tepat dan kreatifuntuk bermacam-macam tujuan, keperluan, dan keadaan; c. memiliki kemampuan menggunakan bahasa Indonesia untuk meningkatkan kemampuan intelektual, kematangan emosi dan social; d. memiliki disiplin berfikir dan berbahasa (berbicara dan menulis); e. mampu menikmati dan memanfaatkan karya sastera untuk mengembangkan keperibadian, memperluas wawasan kehidupan, serta meningkatkan pengetahuan dan kemampuan berbahasa; dan f. menghargai dan mengembangkan sastera Indonesia sebagai khazanah budaya dan intelektual manusia. Tujuan pengajaran bahasa Indonesia ini diluaskan lagi dalam standard kemahiran merentas kurikulum yang merupakan kecekapan untuk hidup dan belajar sepanjang hayat yang dibakukan dan harus dicapai oleh pelajar melalui pengalaman belajar. Untuk pengajaran Bahasa Indonesia, standard kemahiran itu meliputi empat kemampuan berbahasa dan kemampuan bersastera iaitu: a.
b.
c.
d. e.
Mendengar Mendengar, memahami, dan memberikan tanggapan terhadap gagasan, pendapat, kritikan, dan perasaan orang lain dalam bentuk wac ana lisan. Bertutur Bertutur secara efektif dan efisien untuk mengungkapkan gagasan, pendapat, kritikan, perasaan, dan pelbagai bentuk percakapan sesuai dengan tujuan dan konteks pembicaraan. Membaca Membaca dan memahami pelbagai jenis wac ana, baik secara tersurat mahupun tersirat untuk berbagai-bagai tujuan. Menulis Menulis secara efektif dan efisien pelbagaijenis karangan mengikut konteks. Kemampuan sastera Mengapresiasi sastera dalam pelbagai jenis dan bentuk melalui kegiatan mendengar, bertutur, membaca, dan atau menulis.
Pelaksanaan KBK diharapkan mampu meningkatkan kemahiran komunikatif pelajar. Dengan meningkatnya kemah iran komunikatif pelajar, diharapkan rasa cinta terhadap
82
DP Jilid 5, Bil. 212005
Pendidikan Bahasa
bahasa Indonesia juga meningkat dan dibuktikan dengan penggunaan bahasa Indonesia yang baik dan betul. Hal lain yangjuga diharapkan adalah penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi di peringkat antarabangsa.
Sasaran Pembinaan Pembinaan bahasa di sekolah meliputi pertemuan bersemuka atau penyediaan pelbagai buku (kamus, tatabahasa, dan panduan/pedoman penggunaan bahasa Indonesia secara baik dan betul). Pusat bahasa sebagai lembaga yang menangani masalah bahasa ini telah melakukan pelbagai aktiviti pendedahan kepada para guru besar, guru-guru disiplin sekolah, termasuk juga guru-guru yang tidak mengajar bahasa Indonesia. Untuk meningkatkan apresiasi sastera, pusat bahasa telah mengadakan bengkel sastera untuk siswa, bahkan bengkel ini kini berkembang untuk guru. Pembinaan bahasa di sekolah ditujukan untuk menumbuhkan kepekaan pelajar, guru, malahan seluruh warga sekolah terhadap bahasa dan sastera Indonesia. Kepekaan ini diharapkan akan meningkatkan sikap positif mereka terhadap bahasa dan sastera Indonesia dan sekaligus dapat membangkitkan rasa solidariti kemanusiaan serta sebagai sarana memperkukuh persatuan dan kesatuan bangsa.
Beberapa Persoalan Pengajaran Bahasa Indonesia di Sekolah Dari satu seminar ke seminar yang lain, dari satu penelitian ke penelitian lain, pengajaran bahasa Indonesia di sekoJah dilaporkan sebagai pengajaran yang membosankan dan tidak relevan dengan keperluan yang akan datang (Sumardi dalam Kaswanti, 2000:787). Setelah belajar beberapa tahun, mulai dari sekolah dasar hingga perguruan tinggi, pelajar masih beJum mampu berbahasa dengan baik dan betul baik secara lisan mahupun tulisan. Untuk itu sistem pendidikan bahasa Indonesia perlu dikaji semula. Kurikulum pendidikan, pendekatan, kaedah, dan teknik pembelajaran harus disesuaikan dengan tujuan dan keperluan pendidikan. Selama ini pengajaran bahasa Indonesia lebih menekankan pada pengetahuan bahasa. Siswa lebih banyak diajarkan pengetahuan tentang bahasa Indonesia, khususnya tentang tatabahasa bahasa Indonesia. Kerana itu, siswa bahasa Indonesia pada umurnnya kurang mahir dalam tiga kompetensi berbahasa yang lain. Keinginan agar masyarakat Indonesia mampu berbahasa Indonesia dengan baik dan betul, memiliki kecintaan terhadap bahasa Indonesia, serta menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi di persada antarabangsa merupakan tugas berat bagi kerajaan dan seluruh masyarakat Indonesia. Untuk itu kualiti pendidikan bahasa Indonesia harus terus ditingkatkan. Hal ini kerana pendidikan merupakan wahana yang paling tepat dalam mencapai tujuan tersebut. Visi dan misi pendidikan bahasa Indonesia perlu dikaji kembali. Selama ini terlihat denganjelas bahawa terdapat kelemahan dalam pendidikan bahasa Indonesia di Indonesia. Bahan pengajaran bahasa Indonesia mulai dari peringkat sekolah rendah hingga ke perguruan tinggi sering bertindih menyebabkan pengajaran bahasa Indonesia belum mengarah kepada tujuan pengajaran bahasa yang sebenarnya. Pada tahun 2003, Alwasilah melakukan kajian terhadap 89 orang mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia. Dapatannya menunjukkan lebih dari setengah responden menyatakan bahawa bahan kuliah bahasa Indonesia mencakup pembahasan ejaan, tanda baca, tatabahasa, 83
Pendidikan Bahasa
DP Jilid 5, Bil. 212005
kalimat efektif, kalimat baku dan tidak baku, pola-pola kalimat, serta pola pengembangan alinea. Namun, 93,25 peratus responden mengatakan bahawa semua elemen tersebut sebagai "bukan hal barn". Dengan kata lain bahawa bahan kuliah bahasa Indonesia di perguruan tinggi hanyalah pengulangan bahan ajar di sekolah menengah. Perkara ini merupakan bukti kurang berhasilnya pendidikan nasional. Antara penyebabnya adalah tidak adanya analisis keperluan yang tepat secara empirikal dijalankan pada setiap peringkat pendidikan. Pada tingkat sekolah dasar, tujuan pendidikan bahasa Indonesia sebaiknya diarahkan pada kemampuan membaca dan bertutur; cara pelajar memahami maksud suatu teks berbahasa Indonesia, dan mampu melaksanakan suatu komunikasi dalam bahasa Indonesia dengan teman sekelas atau guru. Masih banyak pelajar yang belum dapat berbahasa Indonesia, khususnya yang tinggal di daerah perkampungan. Pada peringkat sekolah menengah, tujuan pendidikan bahasa Indonesia akan lebih baik diarahkan pada aspek tatabahasa, membaca cepat dan efektif, membaca tulisan ilmiah, menulis makalah, dan berpidato. Hal ini kerana waktu yang diperuntukkan untuk mempelajari bahasa Indonesia pada peringkat sekolah menengah sangat banyak. Semen tara pada perguruan tinggi, pengajaran bahasa Indonesia sebaiknya diarahkan pada kemampuan menulis; proposal penelitian, karya ilmiah, laporan buku atau bab, pengembangan alinea, resensi buku, dan artikel dalam media masa. Hal ini sesuai dengan hasil kajian Alwasilah (1997) yang menyimpulkan bahawa mahasiswa pada umumnya lebih mengharapkan latihan menulis yang seharusnya didahulukan. Oleh itu tidak menghairankanjika dikatakan bahawa kualiti danjumlah karya tulis yang dihasilkan oleh pelajar dan lulusan perguruan tinggi di Indonesia masih sangat rendah. Hal ini terjadi kerana kurangnya latihan menulis pada semua peringkat persekolahan. Hal ini juga disebabkan oleh pertindihan bahan pengajaran pada setiap peringkat pendidikan. Mengajar bahasa Indonesia kepada masyarakat Indonesia mungkin terasa lebih sukar kerana kepelbagaian etnik atau suku yang ada di Indonesia. Pada umumnya, bahasa Indonesia merupakan bahasa kedua bagi masyarakat Indonesia, khususnya yang tinggal di daerah perkampungan. Hal ini tentu menghambat proses pengajaran, khususnya pada kelas-kelas awal sekolah dasar. Oleh sebab itu, kualiti guru harus ditingkatkan, bahan mengajar harus disesuaikan dengan keperluan pelajar, dan perlu terns dikaji penggunaan kaedah atau teknik pengajaran terbaru. Mengajak masyarakat Indonesia untuk menggunakan bahasa Indonesia yang baik dan betuljuga menghadapi kesukaran kerana terdapat tanggapan dalam kalangan masyarakat bahawa berbahasa daerah atau etnik akan terasa lebih akrab dibandingkan dengan menggunakan bahasa Indonesia. Lebih menyukarkan lagi adalah kerana adanya tanggapan bahawa berbahasa Indonesia dalam komuniti tertentu merupakan suatu perbuatan yang sombong dan bongkak. Oleh sebab itu, orang yang selalu berbahasa Indonesia dalam kalangan suatu etnik tertentu akan cenderung untuk dijauhi oleh masyarakat. Hal ini tentu memberi kesan psikologi terhadap penggunaan bahasa Indonesia. Akibatnya, tidak hairanlah jika banyak pelajar yang tidak dapat berbahasa Indonesia kerana setiap hari mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa daerah masing-masing. Bahasa Indonesia sebenamya merupakan bahasa kedua yang dipelajari di sekolah. 84
DP Jilid 5,
eu.
212005
Pendidikan Bahasa
Bahasa Indonesia memang terkesan sebagai bahasa elit yang pad a umumnya dipakai dalam proses komunikasi dengan pihak-pihak atau pada tempat dan situasi tertentu yang memiliki sirnbol-simbol elitis seperti: kekayaan, kekuasaan, darjat, dan pengetahuan. Pejabat, arena politik, ahli akademik, pengusaha, dan bangsawan adalah pihak-pihak yang melekat padanya simbol elitis.ยท Dengan alasan itu, dalam percakapan dengan doktor, pensyarah, pejabat, atau ketika membicarakan sesuatu yang berhubungan dengan ilrnu pengetahuan, masyarakat lebih sering menggunakan bahasa Indonesia berbanding bahasa daerah. Ada empat variabel yang mempengaruhi seseorang menggunakan bahasa Indonesia dalam kegiatan komunikasinya. Keernpat-empat variabel itu ialah lawan bicara, situasi, isi percakapan, dan fungsi interaksi (Azhar, 2004). Faktor lawan bicara dilihat pada tingkat keakraban dan status sosialnya. Dalam interaksi dengan pihak-pihak yang tidak dikenal secara akrab dan dengan pihak-pihak yang dianggap berstatus sosial tinggi, seseorang cenderung menggunakan bahasa Indonesia. Situasi pula merujuk lokasi interaksi dan formaliti percakapan. Dalam interaksi di daerah kota dan situasi-situasi yang formal, pada umumnya bahasa Indonesia yang dipakai. Isi percakapan juga menentukan pemilihan bahasa. Ketika membincangkan bahan-bahan ilmiah, bahasa Indonesia biasanya digunakan, tetapi ketika membahaskan hal-hal yang berhubungan dengan peristiwa sehari-hari, ada kecenderungan untuk menggunakan bahasa daerah. Biasanya seseorang menggunakan bahasa Indonesia kerana ingin mengangkat status dirinya di hadapan orang lain. Aspek ini berhubungan dengan variabel fungsi percakapan. Yang menjadi permasalahan adalah apakah seseorang yang menggunakan bahasa daerah pada temp at, kegiatan, atau situasi formal dapat dikatakan sebagai orang yang kurang cinta terhadap bahasa Indonesia? Hal ini kerana banyak masyarakat yang menggunakan bahasa daerah pada situasi-situasi tersebut. Apakah ini merupakan salah satu akibat dari kurang berhasilnya pengajaran bahasa Indonesia? Penulis berpendapat bahawa selain daripada rendahnya kemampuan menulis, tidak menggunakan bahasa baku bahasa Indonesia dalam kegiatan komunikasi baik secara lisan mahupun tulisan, pemakaian bahasa daerah pada situasi-situasi tersebut di atas merupakan salah satu akibat dari kurang berhasilnya pengajaran bahasa Indonesia. Pengajaran bahasa Indonesia sebenarnya belum mampu memupuk kesedaran akan rasa cinta terhadap bahasa Indonesia.
Tantangan terhadap Perkembangan Bahasa Melayu di Sumatera Utara Bahasa Indonesia tumbuh dan berkembang di atas landasan bahasa Melayu. Kerana itu, tidak menghairankan jika banyak orang menyamakan bahasa Indonesia dengan bahasa Melayu. Pandangan ini sebenamya tidak begitu tepat. Setelah mengalami perkembangan struktur, kosa kata, dan sebagainya, bahasa Indonesia menunjukkan perbezaan yang semakin jelas dari bahasa Melayu. Sekarang, yang dapat dikatakan hanyalah bahasa Indonesia berasal dari bahasa Melayu, bukannya sarna dengan bahasa Melayu. Pembetulan ini penting kerana implikasinya sangat luas. Pandangan bahawa bahasa Indonesia sarna dengan bahasa Melayu telah mendorong munculnya pandangan untuk menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar di seluruh peringkat sekolah di Surnatera Utara. Pandangan ini telah mernbawa banyak kerugian daripada keuntungan, terutama di sekolah-sekolah dasar. Syaifuddin (2004) dalam penelitiannya terhadap guru 85
Pendidikan Bahasa
DP Jilid 5. Bil. 212005
dan pelajar di sekolah-sekolah pesisir Melayu di Sumatera Utara menemukan kenyataan bahawa penggunaan bahasa Indonesia oleh guru-guru telah menghambat pelajar yang masih kuat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Syaifuddin juga menyebutkan bahawa pelajar menjadi tidak faham dan menimbulkan kesukaran sehingga meningkatkan tahap ponteng sekolah dan keciciran pelajar di daerah tersebut. Sehubungan itu, ada cadangan supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dasar pesisir Melayu di Sumatera Utara, sekurangkurangnya pada tahun pertama hingga ketiga. Cadangan ini diajukan agar faktor bahasa pengantar sebagai penghambat kemajuan pelajar dalam pembelajaran dapat diminimurnkan. Selain itu, cadangan inijuga dapat mengekang masalah ponteng sekolah dan keciciran pelajar. Usaha ini diyakini dapat menjamin dan memacu perkembangan belajar pelajar Melayu di pesisir Sumatera Utara. Memang sangat berat memberikan jaminan itu, tetapi satu hasil penelitian yang pemah dilakukan di Amerika Syarikat agaknya penting untuk disemak dan dijadikan bandingan. Freeman dan Freeman (dalam Syafuddin, 2004) menemukan fakta bahawa pelajar yang belajar di sekolah-sekolah yang secara ketat menerapkan bahasa Inggeris (bahasa kedua) sebagai bahasa pengantar di kelas, sering tertinggal dalam matamata pelajaran lain, seperti matematik. Sebaliknya, siswa yang belajar di sekolah-sekolah yang menerapkan bahasa ibunda (pertama) sebagai bahasa pengantar cenderung tidak mengalami kesulitan dalam mengikuti kegiatan akademik yang diberikan dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, penelitian yang dilakukan Cummins dan Krashen-Biber tentang pemerolehan bahasa kedua seperti yang dipetik oleh Syaifuddin (2004) menyimpulkan bahawa bahasa yang paling ideal untuk membangun dasar-dasar konsep pengetahuan anak adalah bahasa ibunda. Mereka menambah, jika dasar pengetahuan anak sudah terbentuk kuat dalam bahasa pertama, maka pemahaman konsep yang sarna, yang diungkapkan dalam bahasa kedua, akan lebih mudah diikuti. Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dasar pesisir Sumatera Utara sekaligus dapat berfungsi protektif bagi bahasa Melayu. Sebagaimana dikemukakan Krashen, bahasa Melayu termasuk dalam kategori moribund, yakni bahasa yang tidak dikuasai dan tidak digunakan oleh anak-anak penutumya sendiri. Keadaan ini tentu sangat membimbangkan kerana boleh mengakibatkan musnahnya bahasa Melayu suatu masa nanti. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hingga tahun ketiga sekolah dasar diharapkan dapat menanamkan rasa cinta anak-anak MeJayu terhadap bahasa ibundanya. Dengan demikian, bahasa Melayu akan dapat terhindar dari status moribund. Walaupun penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dasar terlihat amat rasional, hal itu tidaklah dengan mudah dapat dilakukan. Data lapangan menunjukan bahawa lebih kurang 75 peratus guru-guru yang mengajar di sekoJah-sekolah pesisir Sumatera Utara yang umumnya berpenduduk Melayu tidak menguasai bahasa Melayu kerana mereka berasaJ dari etnik lain. Hal ini merupakan kendala yang serius, dan penanganannya memerlukan waktu yang panjang. 86
DP Jilid 5,
stt.
212005
Pendidikan Bahasa
Penutupan Penggunaan bahasa Indonesia yang baik dan betul adalah suatu kemestian bagi seluruh bangsa Indonesia. Penggunaan bahasa Indonesia yang baik dan betul juga bererti berbahasa yang sesuai dengan keempat-ernpat kompetensi komunikatif. Untuk menjadikan masyarakat Indonesia memiliki keempat-empat kompetensi komunikatif, usaha yang bersungguh-sungguh dari pemerintah dan seluruh masyarakat Indonesia sangat diperlukan. Kualiti pendidikan harus terus ditingkatkan kerana pendidikan merupakan sarana yang paling efektif untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Bahasa pula merupakan salah satu identiti suatu bangsa. Penggunaan bahasa di peringkat antarabangsa akan menaikkan darjat suatu bangsa. Untuk itu, bahasa Indonesia harus terus diupayakan agar dapat dipakai dalam bidang sains dan teknologi maklumat. Dengan demikian darjat bangsa Indonesia di peringkat antarabangsa akan turut meningkat. Namun, pengembangan bahasa Indonesia haruslah diupayakan sedemikian rupa sehingga tidak "mengancam" kewujudan bahasa-bahasa daerah, termasuk bahasa Melayu di Sumatera Utara. Bahasa Melayu haruslah dipelihara kelestariannya agar tidak menjadi bahasa yang moribund. Salah satu upaya yang mungkin ditempuh untuk pelestarian itu adalah memberi kesempatan kepada bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dasar di kawasan pesisir pantai Sumatera Utara.
'irl
Pendidikan Bahasa
DP Jilid 5. Bil. 212005
Rujukan Alwasilah, A. C. (2003). Laporan penelitian persepsi dan harapan mahasiswa IKlP bandung terhadap MKDU Bahasa Indonesia. Bandung: Balai Bahasa IKIP Bandung. Alwi, Hasan. (2005). Bahasa dan pengembangan
ilmu. Medan: PPs Unimed.
Depdikbud. (1993). Kurikulum pendidikan dasar dan menengah. Jakarta: Dirjen Dikdasmen. Depdiknas. (2004). Kurikulum berbasis kompetensi mata pelajaran bahasa dan sastra Indonesia. Jakarta: Depdiknas. Halim. Amran. (1980). Politik bahasa nasional, (Editor) Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. Jakarta: Depdikbud. PN Balai Pustaka. Sugono, D. (2005), Kebijakan pembinaan bahasa dalam sistem pendidikan di sekolah. Medan: PPsUnimed. Sumardi, M. (2000). Pengajaran bahasa yang efektif dan ejisien, (Editor) Bambang Kaswanti Purwo. Jakarta: BPK Gunung Mu1ia. Syaifuddin, (2004). Medan: Waspada. Azhar Umar. (2004). Stratifikasi sosial dalam bahasa indonesia, makalah kolokium iv pemikiran bahasa melayu/indonesia. Medan.
88