LAPORAN PROGRAM KOLABRASI ANJURAN POLITEKNIK MERSING JOHOR (PMJ) & POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS) BERSAMA POLITEKNIK NEGERI LHOKSEUMAWE ACEH DAN CSR DI PESANTREN BTRG BANDA ACEH, INDONESIA. DISEDIAKAN :
Tempat Tarikh / hari Peserta
Anjuran
MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON Politeknik Mersing, Johor
Lhokseumawe dan Banda Aceh, Indonesia 14 hingga 17 November 2016 - 10 orang staff dari PMJ - 4 orang pelajar PMJ - 1 orang staff PIS - 5 orang pelajar PIS Politeknik Mersing Johor (PMJ) Dengan kerjasama : - Politeknik Negeri Lhokseumawe Aceh, Indonesia - Pesantren Btrg Banda Aceh - Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Dalam usaha menjadikan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang bertaraf global dan dunia, Politeknik Mersing Johor telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti global di luar negara . Sehubungan dengan itu , pada 14 hingga 17 November 2016 yang lepas, Politeknik Mersing Johor (PMJ) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakkan kolabrasi dengan satu institusi pendidikan yang dikenali sebagai Politeknik Negeri Lhokseumawe Aceh, Indonesia. Dalam program ini, seramai 9 orang Mahasiswa dan 8 pensyarah dari Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan telah menjejakkan kaki di bumi Aceh. Apa yang menariknya, Bandar Aceh merupakan pusat utama para pelancong luar kerana pada tanggal 24 Disember 2004, Aceh telah dilanda satu musibah iaitu Tsunami. Jadi apa yang menariknya Negara Aceh ialah perkara yang kita tidak dijangka berlaku telahpun berlaku disana. Sebagai contoh, kubah masjid seberat 80 tan terdampar di sawah bendang, kapal besar yang mempunyai sumber elektrik terdampar di tengah Bandar Aceh kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan dan lain-lain lagi. Dengan sejarah itu, kita sebagai manusia akan terdetik keinsafan dan belas kasihan akan keluarga yang ditimpa bencana Tsunami itu. Pada hari selasa tanggal 14 November 2016, kami telah selamat sampai di lapangan terbang Bandar Aceh pada jam 10:00 pagi (waktu Indonesia). Kemudian kami berangkat ke satu daerah yang bernama Lhokseumawe yang mengambil masa 7 jam dari Bandar Aceh. Semasa perjalanan kami berasa sungguh seronok kerana permandangan yang indah di negara jiran. Kami tiba di Lhokseumawe pada jam 8:00 malam (waktu Indonesia), dan kami menginap di sebuah hotel. Pada keesokkan harinya kami terus ke Politeknik Negeri Lhokseumawe untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi tersebut. Kemudian, kami berkesempatan untuk melihat diseluruh kawasan Politeknik Negeri Lhokseumawe tersebut. Cara pembelajaran di sana sama seperti di Malaysia, yang
berlainan hanya waktu pelajar datang untuk belajar. Setelah kami selesai program di Politeknik Negeri Lhokseumawe, kami berpatah balik semula di Bandar Aceh selama 7 jam semula. Sebaik sahaja kami tiba di Bandar Aceh, kami menginap di sebuah hotel. Keesokan harinya, pada pagi kami di bawa berkunjung di tempat2 bersejarah aceh iaitu, Museum Tsunami Aceh, Kapal PLTD Apung, Masjid Baitulrahman, Masjid Rahmatullah, dan lain-lain. Seterusnya, pada waktu petang, kami mengadakan satu aktiviti bersama Pesantren Btrg Banda Aceh dan penduduk kampong. Pesantren tersebut ramai anak-anak yang telah hilang ibu bapa. Dan pesantren tersebut sebelum ini telah terbakar akibat litar pintas. Ada yang terkorban dan yang terselamat. Mahasiswa dari Politeknik Mersing Johor Dan Politeknik Ibrahim Sultan mengadakan sukaneka kepada anak-anak pesantren dan orang kampung. Program ini mampu memberikan impak kepada mahasiswa seperti menanamkan sifat kasih sayang dan peka terhadap perkembangan nasib masyarakat yang menimpa terutama di peringkat global di samping melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Secara keseluruhan program ini mencapai objektif seperti yang disasarkan secara tidak langsung banyak memberi kesan dan impak yang positif dalam meningkatkan imej Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Politeknik Mersing ke arah transformasi politeknik di samping mengharumkan nama negara di puncak persada dunia.
Figure 1: Perjumpaan diantara Politeknik Lhokseumawe dan Politeknik Mersing Johor/ Politeknik Ibrahim Sultan
Figure 2: Pengarah Politeknik Negeri Lhokseumawe dan Politeknik Mersing Johor
Figure 3: Barisan Mahasiswa dari Politeknik Negeri Lhokseumawe, Politeknik Mersing Johor, dan Politeknik Ibrahim Sultan.
Figure 4: Melawat bengkel yang berada di Politeknik Negeri Lhokseumawe.
Figure 5: Bergambar berhampiran Admin Politeknik Negeri Lhokseumawe
Figure 6: Mengunjungi Masjid Baitulrahman
Figure 7: Pensyarah dari Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan
Figure 8: Mahasiswa Politeknik Mersing Johor yang berada di Kapal PLDT Apung, Aceh.
Figure 9: Mahasiswa Politeknik Mersing Johor dan Politeknik Ibrahim Sultan
Figure 10: Al-quran yang dihanut oleh Tsunami yang terletak di Museum Aceh.
Figure 11: Mengunjungi Masjid Rahmatullah, Aceh.
Figure 12: Mengadakan sukaneka bersama anak-anak pesantren dan orang kampong.
Figure 13: Pengarah Politeknik Mersing Johor memberi sedikit sumbangan kepada Ustaz.
Figure 14: Bergambar bersama anak-anak pesantren.