ISU 2 / 2011
i
PUNCAK JAYA BERWAWASAN KANDUNGAN: Lawatan kerja Kementerian Pendidikan Negara Brunei ke PJB
2
Lawatan UMK ke PJB
2
Kursus Selenggara Barangan Elektrik JKE
3
Berita Bergambar Sekitar Lawatan Kementerian Pendidikan Brunei
4
Seminar Pendidikan Matematik Sains & Komputer
5
Program Transformasi kepimpinan Pelajar
6
KEPAK 2011
6
Kem Ibadah Politeknik
7
LAWATAN KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI KE POLITEKNIK JOHOR BAHRU
SIDANG REDAKSI Pengerusi En Shabudin bin Man Timbalan Pengerusi En Sahul Hamed bin Abdul Wahab Ketua Editor En Mohd Ali bin Jasmi
Ahli Pengurusan Tertinggi Politeknik Johor Bahru bergambar kenangan bersama wakil Institusi Vokasional dan Teknikal, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Negara Brunei
Penolong Ketua Editor Pn Umi Kalthom binti Ramin
P
Editor Pn Norihan binti Mahmood Pn Sy Hannan binti Sy Abd Rahman Rekabentuk Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin Wakil Jabatan/Unit Cik Norashikin binti Awang Kechik (PRO) En Mohd Fauzi bin Mohd Yunus (JKM) Pn Zubydah bin Mustafa (JKE) Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV) Cik Nur Fadillah bt Mat Ariffin (JPH) En. Rozainudin bin Mohd Lazim (JHHP) Pn Rohamiah bt Muda (Pruf) Pn Dina binti Abdul Khalik (Pruf)
oliteknik Johor Bahru (PJB) telah menerima lawatan kerja daripada 3 orang pegawai yang mewakili Institusi Vokasional dan Teknikal, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Negara Brunei pada 29 Jun 2011. Lawatan ini telah diselaraskan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Cik Norashikin binti Awang Kechik dan ahli Pengurusan Tertinggi PJB. Pegawai tersebut ialah En. Akandi Hj Abd Razak – Pengetua Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, En. Habib Mohamad Wan Junaidi – Pengetua Kolej Teknikal Sultan Saiful Rijal dan En. Burhan Haji Jais – Pengetua Kolej Kejuruteraan Jefri Bolkiah. Lawatan tersebut bermula pada jam 9.30 pagi di mana rombongan pelawat disambut oleh En. Shabudin bin Man, Pengarah PJB dan semua ahli Pengurusan Tertinggi yang hadir. Rombongan pelawat kemudiannya dibawa ke Bilik Persidangan untuk sesi perkongsian idea dan soal jawab.
Setelah selesai sesi soal jawab, mereka dibawa melawat ke jabatan induk pada jam 11.30 pagi. Di sini pelawat diperlihatkan teknologi terkini yang diguna pakai dalam bengkel bagi tujuan P&P serta himpunan projek pelajar semester akhir yang dipamerkan di galeri jabatan. Antara jabatan yang telah dilawati ialah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Akhir sekali, rombongan pelawat dijemput untuk menjamu selera di Restoran Baiduri, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada jam 1.00 petang.
“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”
Lagi gambar di mukasurat 4
i
PJB WAKIL POLITEKNIK KE SIPMA 2011, MELAKA
S
ukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) telah berlangsung pada 4 hingga 12 Jun 2011 di Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka. SIPMA merupakan kejohanan sukan bertaraf kebangsaan yang dijalankan secara dwi tahunan. Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) menjadi penganjur pada tahun ini (2011) dan Politeknik KPT adalah sebagai pengelola bagi kejohanan tersebut. Sebanyak tujuh kategori sukan dipertandingkan iaitu bola sepak, akuatik, skuasy, tenpin boling, badminton, hoki dan olahraga. Selain itu, tujuh kontinjen menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada Majlis Sukan Politeknik (MSPM), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti (MASUM), Majlis Sukan IPG Malaysia (MSIPGM), Majlis Sukan IPT Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) dan Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM). Sementara itu maskot SIPMA 2011 yang merupakan seekor singa dengan gelaran LEO telah dilancarkan pada 25 Mei 2011. Ia merupakan hasil idea dan rekaan pelajar semester 3 dari program Rekabentuk Grafik, Politeknik Johor Bahru, Mohamad Syaffiq Md Zali. Majlis Sukan Politeknik (MSPM) telah menduduki tempat ketiga dalam carta keseluruhan SIPMA kali ini. MSPM juga telah menggondol tujuh (7) pingat emas, 10 pingat perak dan sembilan (9) pingat gangsa. Politeknik Johor Bahru (PJB) telah menghantar seramai lima orang atlet dan 28 orang pegawai. Lagi gambar di mukasurat 5
LAWATAN KERJA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KE JRKV, POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak seperti peluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan kerjaya kepada pelajarpelajar lepasan graduan politeknik.
En. Ahmad Tarmizi Bin Azizan begitu teruja melihat art work pelajar di Galeri JRKV
P
ada 24 Jun 2011 yang lalu, En. Ahmad Tarmizi bin Azizan, selaku pemangku Ketua Jabatan Teknologi Kreatif & Rekabentuk, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Johor Bahru. Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak seperti peluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan kerjaya kepada pelajar-pelajar lepasan graduan politeknik.
En. Ahmad Tarmizi Bin Azizan memberikan taklimat semasa sesi perbincangan di bilik Ketua Jabatan JRKV Mukasurat 2
Menurut, Encik Ahmad Tarmizi, walaupun baru setahun jagung beroperasi, Jabatan Teknologi Kreatif & Rekabentuk turut menawarkan pengkhususan di dalam bidang Rekabentuk Tekstil dan Fesyen, Komunikasi Visual dan Multimedia dan Rekabentuk Produk.
ISU 2 / 2011
LAWATAN KERJA INSTITUSI VOKASIONAL DAN TEKNIKAL, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN BRUNEI DI JRKV Pada 29 Jun 2011 yang lalu, Politeknik Johor Bahru telah dikunjungi delegasi dari Institut Vokasional Dan Teknikal, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Brunei. Lawatan kerja terdiri daripada En. Habib Mohamad Bin Wan Junaidi, Pengetua Kolej Teknikal Sultan Saiful Rijal, En. Akandi bin Hj. Abd. Razak, Pengetua Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah dan En. Burhan Bin Hj. Jais,
Pengetua Kolej Kejuruteraan Jefri Bolkiah. Di samping bertukar-tukar pandangan dengan pihak pengurusan tertinggi PJB, mereka turut meluangkan masa mengunjungi Jabatan Rekabentuk Komunikasi & Visual dan jabatan-jabatan induk yang lain. Kedatangan mereka disambut dengan penuh meriah oleh warga JRKV. Para pensyarah dan delegasi merakamkan gambar bersama-sama di Galeri JRKV
Lawatan kerja terdiri daripada En. Habib Mohamad Bin Wan Junaidi, Pengetua Kolej Teknikal Sultan Saiful Rijal, En. Akandi bin Hj. Abd. Razak, Pengetua Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah dan En. Burhan Bin Hj. Jais, Pengetua Kolej Kejuruteraan Jefri Bolkiah.
En. Zulkiefli Amdan memberi penerangan mengenai art work pelajar yang dipamerkan di Galeri JRKV
KURSUS MEMBAIKI DAN MENYELENGGARA BARANGAN ELEKTRIK SIRI 1/2011 Kursus ini telah dijalankan pada 15 hingga 16 Jun 2011 bertempat di Makmal Projek, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Kursus ini telah dikendalikan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan dan Tn Hj Mohamad Yusof Bin Sulaiman sebagai penceramah. Beliau telah dibantu oleh En Kamarudin Bin Kamit dan juga En Rizal Bin Sewang. Bengkel ini telah disertai oleh 20 orang pensyarah. Objektif kursus ini adalah bagi memastikan peserta kursus dapat mengamalkan cara kerja elektrik yang baik. Di samping itu, peserta
Mukasurat 3
kursus juga dapat mengenal-pasti bahagian utama alatan dan mengkaji tanda kerosakan alatan. Peserta kursus berkeyakinan membuka dan mengganti bahagian rosak dan menguji dan mengesahkan pembaikan. Setelah tamat kursus, peserta boleh mengenalpasti kerosakan dan membaikinya dengan mengamalkan cara kerja yang baik dan selamat. Terdapat 3 kategori alatan yang digunakan untuk membaikpulih iaitu kategori bercahaya, pemanas dan bermotor. Peserta kursus sedang melakukan praktikal
i GAMBAR LAWATAN KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI KE PJB
mbongan antara ro PJB a m a rs e b an ersidang incangan Sesi perb dan PJB di Bilik P t a w pela
Salah s e pelajar orang pelawa t oleh pe nsyara tekun menden h Jaba tan Rek gar produk y a abentu k dan K ng dihasilkan omunik asi Visu al
Pensyara h Jabata mengen ai mesin n Kejuruteraan M CADCA M kepad ekanikal sedan g a delega si yang memberi taklima hadir t
Dari kiri: En. Habib Mohamad bin Wan Junaidi, Pengetua Kolej Teknikal Sultan Saiful Rijal, Brunei bersama En. Akandi bin Hj Abd Razak, Pengetua Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah dan En. Burhan bin Hj Jais, Pengetua Kolej Kejuruteraan Jefri Bolkiah
4 3
gasi akil dele epada w k ti a h ra cende mpaikan h menya ra a g n e P
5
6 Pensya ra taklima h Jabatan Keju tm ru pelawat engenai beng teraan Mekan kel mek ikal sed yang ha atronik dir kepada ang memberi salah se orang
kursus menjalani staf PJB at ih el al m rik at tertarik n kejuruteraan Elekt ang pelaw ta Salah seor akmal Elektrik, Jaba M dalaman di
Mukasurat 4
ISU 2 / 2011
SEMINAR PENDIDIKAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER (SPMSK) 2011 Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK ) PJB telah menganjurkan seminar dalaman pada hari Jumaat, 08 Julai 2011 bertempat di Bilik BKGCL2 JMSK. Penganjuran seminar selama sehari ini menjadi platform kepada para pensyarah berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai isu-isu semasa dan inovasi berkaitan pembelajaran dan pengajaran Matematik, Sains dan Komputer. Seminar ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Ali Bin Jasmi selaku Ketua Jabatan.
Seramai 15 orang pensyarah berpeluang membentangkan kertas kerja dan sebanyak 17 kertas kerja telah berjaya dibentangkan pada hari tersebut. Kebanyakan pembentang dan peserta yang menyertai seminar ini berpuas hati dengan perjalanan program ini dan mengharapkan agar seminar dalaman ini dapat dijadikan budaya di Politeknik, khususnya Politeknik Johor Bahru kerana dengan penganjuran seminar seperti ini, pensyarah dapat berkongsi ilmu, berbincang isu dan cabaran terkini dalam dunia pendidikan global masa kini.
Barisan panel penilai SPMSK
SITU SANA SINI SIPMA 2011...
Mukasurat 5
Peserta
sedang
memben tangkan kert
as kerja
Seminar berlangsung di JMSK
i
KARNIVAL KERJAYA, PERNIAGAAN DAN KEMAHIRAN (KEPAK 2011) Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011) merupakan suatu himpunan pameran dan padanan terbesar peluang - peluang kerjaya ke arah masa depan yang lebih gemilang. Program KEPAK 2011 ini telah dilaksanakan pada 25 hingga 26 Jun 2011 di Exhibition Space, PERSADA Johor. Seramai 5 orang pelajar bersama 12 orang pensyarah dari jurusan Hotel dan Katering melibatkan diri dalam aktiviti pameran dan jualan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah demonstrasi “fruit carving” yang diaspirasikan oleh pelajar serta aktiviti jualan kuih serta makanan yang juga dihasilkan oleh pelajar. Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato‟ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Pusat Jobsmalaysia Iskandar Malaysia , Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan (JPK) dan Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB). Program ini juga diserikan lagi dengan penampilan khas oleh Chef terkemuka di Malaysia iaitu Chef Sabri. Tujuan penglibatan pelajar terhadap program ini adalah bagi memupuk minat dan kecenderungan mereka terhadap peluang kerjaya, mencungkil bakat pelajar serta berpeluang mempromosikan Politeknik Johor Bahru kepada komuniti luar.
PROGRAM TRANSFORMASI KEPIMPINAN PELAJAR MELESTARIKAN GAGASAN 1MALAYSIA “Sahsiah Cemerlang Kepimpinan Gemilang” merupakan tema bagi Program Transformasi Kepimpinan Pelajar Melestarikan Gagasan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan Politeknik KPTM 2011. Program ini telah berlangsung pada 26 hingga 30 Jun 2011 bertempat di Homestay Agrotourism Sg. Sireh, Tanjung Karang, Selangor dan dianjurkan oleh Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Semua politeknik Malaysia telah menyertai program ini. Politeknik Johor Bahru telah menghantar 9 orang wakil pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Puan Nurzarimah bt Jamil selaku Penyelaras (Pengurusan) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mengiringi pelajar PJB dan menjadi salah seorang urusetia sepanjang program ini dijalankan. Program ini dimulakan dengan upacara perasmian oleh En. Wan Zulkifly bin Wan Mukasurat 6
Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik dan seterusnya ke acara pembahagian keluarga angkat. Para pelajar dan staf pengiring menetap bersama keluarga angkat masing-masing sepanjang program berlangsung bagi merasai kehidupan desa. Semua peserta dan staf pengiring dibawa ke Bukit Melawati dan Taman Kelip-kelip, Kg. Kuantan sebagai lawatan selamat datang oleh PSIS. Bersesuaian dengan tema untuk melahirkan pemimpin yang gemilang, program ini mendedahkan para pelajar kepada aktiviti berpasukan dan komunikasi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah eksplorasi di mana para pelajar dikehendaki memenuhi tugasan menuai padi, memesin tebu, menangkap belut, memerah santan, memberi makan kepada
kambing dan membuat kerepek. Semua tugasan ini diselesaikan bersama dengan ahli kumpulan. Aktiviti berkayak dan “jungle trekking” pada hari ketiga terpaksa dibatalkan bagi menghormati pemergian Pengarah PSIS, En. Dzulkifli bin Ismail yang kembali ke rahmatullah. Aktiviti-aktiviti yang sepatutnya berjalan pada hari tersebut digantikan dengan majlis tahlil yang disertai oleh komuniti setempat Kampung Sg. Sireh. Di akhir program, ketua Kampung Sg. Sireh menyerahkan cenderahati kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSIS sebagai simbolik penyerahan semula anak angkat. Semua yang terlibat bersalaman dan berharap agar jalinan mesra yang terjalin antara warga politeknik dan komuniti Kampung Sg. Sireh akan berterusan.
ISU 2 / 2011
PERTANDINGAN FOTOGRAFI HUTAN LIPUR NEGERI JOHOR Seramai 33 orang pensyarah dari Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Johor Bahru telah menghadiri kursus asas fotografi pada 16 Jun 2011 yang lalu. Kursus tersebut telah berjalan dengan lancarnya di Hutan Lipur Gunung Pulai II, Kulai, Johor. Penceramahnya ialah Puan Erlykartina Bt. Mohd Zulkipli yang juga merupakan salah seorang pensyarah di Jabatan itu.
Kursus asas fotografi ini bermula dari pagi hingga petang. Para peserta diajar asas fotografi dan gambargambar yang telah dirakam semasa kursus ini akan dihantar untuk menyertai pertandingan fotografi Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Peserta-p eserta ya ng meng ik
uti kursu s
bergamb ar di pintu masuk
PJB MENYERTAI KEM IBADAH POLITEKNIK ZON SELATAN Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik telah menganjurkan Kem Ibadah Politeknik Zon Selatan 2011 dengan kerjasama Politeknik Mersing, Johor pada 14 hingga 16 Julai 2011 bertempat di Pulau Tioman. Sebagai salah satu politeknik zon selatan, Politeknik Johor Bahru (PJB) telah menghantar seramai 17 orang wakil pelajar ke Kem Ibadah ini. Para pelajar ini telah diiringi oleh Tuan Haji Abd. Aziz bin Talib selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Puan Nurzarimah bt Jamil selaku Penyelaras (Pengurusan) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). En. Abd. Razak bin Salim merupakan ahli
Peserta Mukasurat 7
bers dari PJB
jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan penilaian dan soal selidik bagi program ini.
Hutan Lip ur G
unung P ulai 2
diberkati oleh Allah SWT.
En. Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Kem Ibadah yang bertemakan “ Jabatan Pengajian Politeknik telah merasmikan Penghayatan Misi Khalifah” ini telah berjaya program Kem Ibadah ini pada hari kedua dan memberikan penghayatan keislaman Pengarah Politeknik Mersing, Johor, Tuan Haji kepada para pelajar dengan mendedahkan Zainal Abidin bin Abd. Latif, merasmikan mereka dengan aktiviti-aktiviti seperti penutupan pada hari terakhir program. pengurusan jenazah, praktikal Secara keseluruhan, program Kem Ibadah penyembelihan, survivor dalam ibadah, Politeknik Zon Selatan 2011 telah berjalan pemantapan iman dan solat, ceramah dengan lancar dan diharapkan agar para pelajar benteng diri dan muhasabah diri/motivasi. mengaplikasikan segala pengetahuan yang Aktiviti-aktiviti kerohanian ini dapat memberi dipelajari sepanjang kem dalam kehidupan impak dalam kehidupan para pelajar agar seharian mereka. mereka menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dan muslimah yang
bagi s iap sedia
reaking‟ esi „ice b
ISU 2 / 2011
i
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010 Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada staf Politeknik Premier Johor Bahru yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 (APC) yang telah diadakan di Putrajaya baru-baru ini. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat mereka untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Berikut merupakan senarai penerima APC 2010 iaitu: En. Shabudin bin Man, Pengarah DH 54 Cik Hajah Rosnah binti Rahmat, PPPT DH 48 (Ketua Jabatan) Puan Wan Zakiah binti Wan Yunus, PPPT DH 44 (Ketua Program) En. Chok Kong Yu, PPPT DH 44 En. Zul Hilmy bin Hashim, PPPT DH 41 Puan Hajah Anita binti Ahmad, PPPT DH 41 Puan Norlinda binti Abdullah, PPPT DH 44 Puan Aina Haslinda binti Anuar, PPPT DH 41 Puan Masliza binti Mohd Isa, PPPT DH 41 Puan Noraina binti Wahid, PPPT DH 44 Puan Norhayati binti Abd. Wahab@Dul Ahad, PPPT DH 41 Puan Rahmah binti Khamis, PPPT DH 41 Puan Azura @ Nurul Shuhada binti Daud, PPPT DH 41 Puan Yuzi binti Saidun, PPPT DH 41 En. Sahrol bin Ramli, PPPT DH 41 En. Mohd Hamdi bin Yaacob, PPPT DH 44 Puan Nor Ain binti Jamaluddin, PPPT DH 41 Puan Rasyidah binti Sulong, PPPT DH 41 Puan Hazlin binti Jamari, PPPT DH 44
En. Mohd Nazri bin Khamis, Pegawai Teknologi Maklumat F 44 Puan Ainun Juhariah binti Hussin, PPPT DH 41 Puan Noorhati binti Abd. Kadir, PPPT DH 41 Puan Noorafidah binti Ithnin, PPPT DH 41 Puan Suhaila binti Basar, PPPT DH 41 Puan Azlina binti Ahmad, PPPT DH 44 En. Azlan bin Osman, PPPT DH 41 En. Azman bin Hj. Jamhuri, PPPT DH 41 Pegawai Hal-hal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) En. Khairul Anuwar bin Mohd Khairi, PPPT DH 41 (Pegawai Multimedia) En. Khairul Nizam bin Mohd Khalid, PPPT DH 41 En. Noor Iskandar bin Salleh@Md. Salleh, PPPT DH 44 En. Mohd Fairullah bin Muhammadon, PPPT DH 32 En. Mohd Rizal bin Sewang, PPPT DH 32 Puan Hasliza binti Alyimran, PPPT DH 41 En. Mohd Khairulazman bin Saat, PPPT DH 41 En. Mohammad Yousman bin Hj Thalatha,(Pegawai Teknologi Maklumat F 41) En. Zulkifli bin Khairuddin, PPPT DH 32 En. Mohd Kamal Lutfi bin Shuhaimi, PPPT DH 29
SENARAI KENAIKAN PANGKAT GRED DH 41 KE DH 44 Seramai 64 orang staf Politeknik Premier Johor Bahru yang telah berjaya dalam permohonan kenaikan pangkat yang lalu. Mereka yang berjaya telah dinaikkan pangkat mulai April 2011. Kategori yang terlibat dalam kenaikan pangkat adalah dari gred DH 41 ke DH 44. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Berikut adalah senarai nama staf yang berjaya. Encik Rosani bin Tapah Encik Khairul Nazry bin Talib Puan Maryati binti Marzuki Encik Zahari bin Berahim @ Ibrahim Encik Chok Kong Yu Encik Nor Hisham bin Suhadi Encik Amran bin Awang @ Muda Tuan Haji Shahreen bin Ishak Encik Zaidani bin Basri Encik Mohd Fauzi bin Mohd Yunus Puan Mastura binti Ibrahim Encik Jumaat bin Hasim Encik Noor Iskandar bin Salleh @ Md Salleh Encik Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff Puan Sharifah Nurulhuda binti Tuan Mohd Yasin Encik Mohamad Hatta bin Parmon Encik Yap Tek Hong Encik Jamaludin bin Mohd Tolkah Encik Sarawanan A/L Letchumanan Encik Nordin bin Zakariah Puan Saidatul Nizan binti Nasroddin
Puan Siti Noraidah binti Saif Puan Zubydah binti Mustafa Puan Normah binti Sapuan Tuan Haji Ishak bin Taman Encik Saipol Hadi bin Hasim Puan Siti Rohani binti Isnin Puan Hajah Hanifah binti Jambari Encik Mazlan bin Karim @ Hussein Encik Zulkfli bin Md. Yusoff Puan Umi Kalthom binti Ramin Puan Siti Suhaila binti Samian Puan Khadijah binti Md Ali Puan Ismalyza binti Mt. Arif Puan Zaiton binti Sarman Puan Roszita binti Jaffar Encik Hadi bin Noordin Encik Mohd Amin bin Zakaria Puan Wan Noorhaslinda binti Wan Ramli Puan Noraina binti Wahid Puan Azila binti Abd Wahid Puan Aklimima binti Awang
BULETIN PREMIER POLITEKNIK JOHOR BAHRU, KM 10, JALAN KONG KONG 81700 PASIR GUDANG, JOHOR TEL: 07 2612403 / 2423
[email protected] www.polijb.edu.my
Cik Humairah binti Hamzah Puan Julia binti Jantan Encik Afandi bin Fikri Puan Nurlinda binti Abdullah Tuan Haji Nor Hairul bin Palal Puan Hazlin binti Jamari Puan Malisa binti Othman Puan Aidah binti Japri (Allahyarhamah) Puan Mariah binti Awang Puan Asniza binti Abu Bakar Cik Fazida Akhtar binti Abdullah Puan Jamaliah binti Salbi Puan Dina binti Abdul Khalik Puan Hajjah Rohamiah binti Muda Puan Zanarita binti Abdul Malek Encik Mohd Hamdi bin Yaacob Puan Nik Intan Baizura binti Ramsa Encik Abdul Razak bin Salim Encik Norehan bin Misran Encik Mohd Naim bin Hamid Encik Hamzah bin Zakaria