POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KM 10, Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang JOHOR, MALAYSIA. KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Ruj. Kami Tarikh
IBRAHIM SULTAN
Tel : 07-261 2488/261 2404 Faks : 07-2612402 Laman Web : www.pis.edu.my Facebook : politeknik.edu.my
: PIS/HEP/17/02/02 JLD. 31 (149) : 21 MEI 2017
KEPADA YANG BERKENAAN,
Saudara / i, PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Pihak Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua
pelajar baharu bagi Sesi Jun 2017. Bagi melancarkan urusan pendaftaran, saudara/i dikehendaki mengikut tatacara proses pendaftaran yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi PIS www.pis.edu.my.
3.
Sebarang masalah atau pertanyaan berhubung pendaftaran, boleh berhubung dengan Jabatan
Hal Ehwal Pelajar di talian 07-261 2060 / 1070 / 1032. Segala perhatian serta kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, t.t (ABU BAKAR BIN ABDUL HAMID ) b.p Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan
POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN
CERTIFIED TO ISO 9001:2015 AR 4531
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN
Terima tawaran di www.politeknik.edu.my
Muaturun surat tawaran, BJT dan borang BHEP 1 - 6, borang koperasi dan borang kolej kediaman
Masuk ke website Politeknik Ibrahim Sultan di www.pis.edu.my dan muaturun panduan pendaftaran dan maklumat bayaran yuran di link Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2017
Buat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan
Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam membuat pembayaran
Cetak slip Pendaftaran Online Pelajar
Pendaftaran Pelajar Baharu sesi Jun 2017 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan
Program Haluan Siswa akan berlangsung bermula 4.6.2017 sehingga 7.6.2017
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN SESI JUN 2017
PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA DAN SIJIL KEMAHIRAN KHAS
Disediakan oleh :
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 – 261 2488 Fax : 07 – 261 2963 http://www.pis.edu.my
BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM
PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS) Kampus PIS terletak 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekiranya anda daripada susur keluar Skudai Lebuhraya Utara-Selatan teruskan perjalanan dan ambil simpang kiri ke Pasir Gudang. Jarak perjalanan daripada susur keluar Skudai ke PIS lebih kurang 35 km.
Anda juga boleh menggunakan jalan alternatif daripada susur keluar Senai Lebuhraya Utara-Selatan (E22 Lebuhraya Senai-Desaru). Selepas tol Senai, ambil jalan simpang kiri Ulu Tiram / Pasir Gudang teruskan perjalanan sehingga Exit 2205A – Persimpangan Cahaya Baru. Selepas tol Cahaya Baru ambil susur kiri Masai/Kong Kong dan teruskan perjalanan menghala ke Masai.
1. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR Kolej Kediaman Pelajar adalah DISEDIAKAN untuk semua pelajar baharu yang akan mendaftar. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga kemudahan yang diberikan dengan baik dan mengikuti semua peraturan dan rupadiri yang ditetapkan untuk pelajar tetap menduduki Kolej Kediaman Pelajar sehingga habis semester 1. Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan kemudahan Kafetaria yang terletak di kawasan kolej untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri.
2. BANTUAN KEWANGAN Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa / pinjaman pendidikan, pelajar diminta menyediakan keperluan-keperluan berikut:2.1 PELAJAR PERINGKAT DIPLOMA – PINJAMAN PTPTN i)
Membuka akaun SSPN-i
ii)
Membuka Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
iii) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
Kad pengenalan pelajar
Slip/Sijil keputusan peperiksaan SPM
Surat tawaran kemasukan ke politeknik
Sijil politeknik/kolej komuniti/mana-mana kolej berkaitan atau transkrip keputusan peperiksaan bagi pelajar lulusan sijil
Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini
Sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya berkaitan sahaja.
Buku Akaun atau penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web http://www.ptptn.gov.my
2.2 PELAJAR PERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)– BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS i)
Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
Salinan Kad pengenalan pelajar
Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa
Salinan Akaun Bank Islam Pemohon/Pelajar
Salinan Keputusan SPM / Sijil Tamat Belajar Tingkatan 5
Salinan Sijil PMR
Surat Tawaran Pengajian di Politeknik
Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kesemua Salinan dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah disahkan.
Pegawai Yang Layak Mengesahkan Salinan Sijil Atau Dokumen
1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A. 2. Pegawai Kehakiman dan Perundangan, Hakim, Peguam , Majistret / Jaksa Pendamai dan semua Doktor yang bertugas di Pusat Kesihatan Kerajaan Sahaja. 3. Pengetua Sekolah / Guru Besar. 4. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas. 5. Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.
6. Penguasa Penjara, Penguasa Bomba dan Penguasa Kastam. 7. Wakil Rakyat / Senator. 8. Pengurus Felda atau Pengurus Felcra. 9. Penghulu / Penggawa / Pemanca / Ketua Kaum / Ketua Kampung.
Senarai Biasiswa Dan Tajaaan Yang Lain.
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 3. Biasiswa Sukan KPM 4. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 5. Lembaga Zakat Negeri 6. Kuok Foundation Berhad 7. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah 8. Yayasan Kelantan Darulnaim 9. Kerajaan Negeri Selangor 10. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 11. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak 12. Kerajaan Negeri Perak 13. Yayasan Negeri Sembilan 14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang 15. Yayasan Terengganu 16. Yayasan Pahang 17. Yayasan Pelajaran Johor 18. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 19. Yayasan Felcra 20. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan 21. FELDA 22. MARA 23. Yayasan Negeri Melaka 24. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 25. Yayasan Negeri Sarawak 26. Baitulmal Negeri 27. Dermasiswa KPM (OKU / PPK)
Nota : Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Biasiswa dan Tajaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS
3. RUPADIRI PELAJAR
Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajarpelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang sama sekali. Sila rujuk Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang akan diedarkan semasa pendaftaran.
3.1 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR LELAKI (sepanjang pengajian)
a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. Pemakaian baju Kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. Berseluar ‘slack’ panjang dan seluar ‘jeans’ TIDAK dibenarkan. Pelajar hendaklah memakai kasut yang yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing. Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah. Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar). Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
b. Rambut Rambut hendaklah sentiasa pendek, tidak berwarna dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.
3.2 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN (sepanjang pengajian)
a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel
Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.
Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.
Pakaian hendaklah berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan dan labuh baju sekurangkurangnya menutupi paras punggung.
Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ di atas paras lutut.
Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
Jika berseluar pastikan yang tidak ketat (longgar). Boleh memakai seluar ‘slack’ panjang dan seluar ‘jeans’ TIDAK dibenarkan.
Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup penuh yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.
Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.
Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal, kasut bertumit tinggi (yang runcing) serta kasut berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan semasa pelajar berada dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).
b. Rambut
Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang disyariatkan Islam.
Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
Rambut fesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.
c. Perhiasan
TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.
4. HAL-HAL LAIN
Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi rupadiri pelajar.
Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.
Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.
Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J (Cukai Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.
BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN 1. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
i)
Melayari laman web www.pis.edu.my untuk mendapatkan maklumat PENDAFTARAN SESI JUN 2017.
ii)
Membuat bayaran yuran pendaftaran, yuran asrama dan bayaran pendaftaran dengan merujuk lampiran JADUAL BAYARAN SESI JUN 2017.
Segala urusan pembayaran yuran perlu diselesaikan DUA(2) hari sebelum tarikh pendaftaran.
Proses pengaktifan calon pelajar mengambil masa 24 jam sebaik sahaja data bayaran telah diterima daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.
iii)
Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam membuat pembayaran. Pelajar perlu mencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas pelajar.
iv)
Memuat turun (download) dan mencetak borang-borang yang perlu diisi.
v)
Melengkapkan semua Borang HEP di lampiran HEP 1 - 6.
vi)
Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan borang HEP 2 (Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).
1.1 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN i)
3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
ii)
3 salinan slip pendaftaran online (melalui portal SPMP).
iii)
3 salinan Resit / Slip bayaran Bank Islam (simpanan pelajar).
iv)
Borang HEP1 – HEP 6 yang telah lengkap diisi, borang asrama (kolej kediaman), borang koperasi.
v)
Surat asal tajaan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran (jika berkaitan) seperti Majlis Agama Islam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Yayasan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan lain-lain.
vi)
Gambar berukuran passport sebanyak 10 keping (Pelajar lelaki - bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan berpakaian sopan dan bertudung (pelajar Islam).
2. SEMASA HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG PROGRAM HALUAN SISWA (PHS)
Tarikh & Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu (Lepasan SPM 2014 dan ke atas) Adalah Seperti Berikut:
Tarikh
: 4 Jun 2017 (Ahad)
Masa
: 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat
: Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh & Maklumat Program Haluan Siswa (PHS) Pelajar adalah seperti berikut:
Tarikh
: 4 – 7 Jun 2017 (Ahad - Rabu)
Tempat
: Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh & Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu (Lepasan SPM 2013 dan ke bawah dan selain Lepasan SPM) Adalah Seperti Berikut:
Tarikh
: 11 Jun 2017 (Ahad)
Masa
: 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat
: Dewan Kuliah Utama, Politeknik Ibrahim Sultan
Berikut aliran pendaftaran pelajar semasa hari pendaftaran: i)
Pelajar akan diberikan Fail Peribadi Pelajar (FPP) oleh petugas pendaftaran untuk diisi dan dilengkapkan oleh pelajar. Borang-borang yang disenaraikan di dalam senarai semak (seperti yang dinyatakan di dalam fail peribadi) perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja pendaftaran.
ii)
Perkara yang perlu ada di dalam FPP adalah BJT, surat tawaran, salinan IC, salinan SPM, salinan sijil ko kurikulum, salinan sijil berhenti sekolah, salinan keputusan Kolej Komuniti bagi pelajar yang berkaitan (kesemua ini adalah borang yang telah di poskan ke Politeknik Ibrahim Sultan), borang BHEP 1 – 6, gambar 2 keping, salinan slip pendaftaran online, salinan resit bayaran.
iii) Menerima Buku PHS, Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik dan kad matrik sementara. iv) Menyerahkan 1 salinan slip pendaftaran online (SPMP) – dimasukkan ke dalam FPP
2.1 Rupadiri semasa hari pendaftaran
Lelaki Kemeja Putih , bertali leher hitam / gelap , seluar “slack” hitam, berambut pendek dan tidak berwarna. Sebarang aksesori seperti rantai, gelang, anting-anting dan lain-lain tidak dibenarkan.
Perempuan Muslim
: Berbaju kurung putih, berkain warna hitam / gelap & bertudung hitam.
Bukan Muslim : Berbaju kurung/blouse panjang putih, skirt labuh berwarna gelap, rambut tidak berwarna & kemas.
2.2 Rupadiri semasa Program Haluan Siswa (PHS)
i)
Baju Kemeja putih berlengan panjang, bertali leher dan berseluar ‘slack’ hitam bagi pelajar lelaki.
ii)
Baju kurung/blouse panjang berwarna putih, kain/skirt labuh berwarna hitam dan tudung hitam (pelajar Islam) bagi pelajar perempuan.
iii) Track bottom dan kasut sukan. iv) Tshirt dan baju korporat (termasuk di dalam barangan yang akan diperolehi dari koperasi Politeknik Ibrahim Sultan).
3. PENYEDIAAN KEPERLUAN DIRI DAN PERALATAN PEMBELAJARAN
3.1 Adalah dinasihatkan semua calon pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan sepanjang pengajian. Keperluan diri yang dicadangkan adalah seperti berikut:
i)
Pakaian Kuliah / Kelas (Formal)
ii)
Pakaian harian / sukan / riadah
iii) Baju Melayu Johor (leher teluk Belanga berasaskan warna biru) iv) Baju Batik (untuk majlis-majlis rasmi) v) Kasut Hitam / kasut Sukan vi) Bekalan ubat-ubatan peribadi vii) Keperluan peribadi/kebersihan diri
3.2 Keperluan di Kolej Kediaman Pelajar yang PERLU dibawa semasa pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar: i)
Bantal berukuran ‘standard’. Bantal juga boleh dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.
ii)
Sehelai sejadah, senaskhah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam
iii) Pakaian sukan / riadah. iv) Cadar dan sarung bantal. Set ini juga boleh dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan. v) Langsir bagi pelajar lelaki wajib dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan. vi) Keperluan harian dan peribadi pelajar seperti baldi, gayung, sabun dan sebagainya. Semua keperluan ini juga boleh didapati di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.
4. SENARAI DAN KOD PROGRAM MENGIKUT JABATAN
Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses pendaftaran. PROGRAM
KOD PROGRAM
JABATAN (KOD)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
DJK
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
DEP
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
DEE
Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering
KHK
Diploma Pengurusan Hotel
DHM
JABATAN PELANCONGAN
Diploma Pengurusan Pelancongan
DUP
DAN HOSPITALITI (JPH)
Diploma Pengurusan Acara
DEV
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
DKM
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
DTP
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
DMB
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik
DEM
Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian
KFP
Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik
KRG
JABATAN REKABENTUK
Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian
DFP
KOMUNIKASI DAN VISUAL
Diploma Rekabentuk Grafik
DRG
(JRKV)
Diploma Rekabentuk Industri
DRI
5. LAIN-LAIN BAYARAN JABATAN
Pembelian peralatan pembelajaran berikut juga dicadangkan untuk disediakan sebelum calon pelajar menjalani pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. ( Boleh dibeli melalui Koperasi atau diuruskan oleh jabatan masingmasing ) - Sila sediakan wang tunai secukupnya.
Contoh : Jabatan JKE
BIL
ITEM
JENAMA
BILANGAN
1
ANALOGUE MULTIMETER
SANWA
1
2
TEST PEN 240 V/AC
PHILLIPS
1
3
SCIENTIFIX CALCULATOR fx-570ms
CASIO
1
(atau yang setaraf dengannya) i)
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE) (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Kalkulator, Multimeter, dll )
ii) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM) (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Peralatan Lukisan, Peralatan Keselamatan Diri (PPE), dll )
iii) JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI (JPH) (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 300.00 seperti Baju Chef, Blazer, dll)
iv) JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV) (Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 250.00 seperti Peralatan Melukis, Alatan Jahitan,dll)
BAHAGIAN C : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR
1.
Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap.
2.
Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam
3.
Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik.
4.
Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima.
5.
Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan Kolej Kediaman Pelajar. Tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar serta merta akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah.
6.
Tidak membenarkan orang asing/pelawat menginap di dalam bilik Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan pesalah boleh diambil tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar jika melakukan kesalahan tersebut.
7.
Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik.
8.
Mesti menghormati waktu senyap Kolej Kediaman Pelajar iaitu mulai 8.30 malam hingga 8.00 pagi.
9.
Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis dan kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda.
10.
Semua penghuni Kolej Kediaman Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak dibenarkan keluar kampus pada waktu tersebut.
11.
Semua pelajar mesti berada di blok Kolej Kediaman Pelajar masing-masing pada jam 11.00 malam.
12.
Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu ‘study’ selepas waktu itu atau belajar di Bilik Rekreasi blok masing-masing.
13.
Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih.
14.
Bantal sentiasa bersarung dan bersih serta tidak mengambilnya di akhir semester.
15.
Lampu bilik tidak bersalut kertas warna.
16.
Tidak menyidai sebarang pakaian di ‘railing’, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika. Pakaian hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas.
17.
Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan ‘spot check’ dari masa ke semasa.
18.
Kunci hendaklah dijaga dengan baik dan dikembalikan pada penghujung semester dalam keadaan baik dan bertag.
19.
Semua warga Kolej Kediaman Pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD dsb.
20.
Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan perempuan.
21.
Pemakaian ‘jeans’ dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di Kolej Kediaman Pelajar tetapi di seluruh kawasan kampus PIS.
22.
Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa.
23.
Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di Kolej Kediaman Pelajar dan persekitarannya.
24.
Dilarang meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar atau bermalam di luar Kolej Kediaman Pelajar tanpa kebenaran.
25.
Dilarang sepenuhnya meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar ketika ‘grounded’.
26.
Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.
27.
Dilarang melanggar peraturan Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang didapati bersalah, termasuk tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar.
Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni Kolej Kediaman Pelajar PIS ini. Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni Kolej Kediaman Pelajar bukan sahaja berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin.
Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di belakang pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari kediaman Kolej Kediaman Pelajar PIS dengan serta merta. Pihak Pengurusan Arama tidak akan berkrompomi dalam hal ini.
PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.
BAHAGIAN D : MAKLUMAT BAYARAN
1. Bayaran bagi pelajar baharu Politeknik Malaysia terdiri dari tiga jenis bayaran iaitu a. Yuran Pengajian b. Yuran Kolej Kediaman (Asrama) c. Bayaran Pendaftaran. 2. Pelajar boleh membuat bayaran Yuran Pengajian & Yuran Kolej Kediaman (Asrama) di mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) menerusi CDM, ATM atau Perbankan Internet BIMB-BIMB sahaja mulai 25 Mei 2017 (Khamis) sehingga 9 Jun 2017 (Jumaat).
3. Pelajar boleh membuat bayaran bagi Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman (Asrama) menggunakan mana-mana satu kaedah seperti berikut:
a. Cash Deposit Machine (CDM)
Pilih menu Yuran IPT/Bill Presentment
Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar
Pilih yuran yang hendak dibayar. Contoh "POLITEKNIK KPT 01000251RM200" untuk bayaran Yuran pengajian RM200
Sahkan data dan masukkan wang
Sahkan jumlah kemasukan wang
Transaksi selesai dan ambil resit
Ulangi langkah yang sama untuk membayar yuran lain
b. Auto Teller Machine (ATM)
Pilih menu LAIN-LAIN
Pilih menu Pembayaran Bil/Yuran IPT
Pilih akaun pembayar
Masukkan No Kad pengenalan Pelajar
Pilih bil yang hendak dibayar
Sahkan amaun yang hendak dibayar
Transaksi selesai dan ambil resit
Ulangi langkah yang sama untuk membayar yuran lain
c. Perbankan Internet dari BIMB ke BIMB sahaja. Pelajar tidak boleh membuat pembayaran melalui bank lain (interbank)
Layari www.bankislam.biz
Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
Pilih Payment / Service
Pilih Bill Presentment
Pilih New IC Number dan masukkan No IC pelajar
Klik Submit dan pilih yuran yang hendak dibayar
Klik confirm untuk meneruskan bayaran
Cetak slip / resit transaksi
Ulangi langkah yang sama untuk membayar yuran lain
4. Bayaran Pendaftaran pula HANYA boleh dibuat menerusi KAUNTER dengan menggunakan Slip Pembayaran BIMB (Slip Deposit Tunai BIMB) mulai 25 Mei 2017 (Khamis) sehingga 9 Jun 2017 (Jumaat) di mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). 5. Proses kemaskini maklumat pembayaran menerusi Sistem Pangkalan Maklumat Pelajar (SPMP) dibuat setiap jam 10.00 pagi pada hari bekerja berikutnya.
6. Berikut adalah maklumat pembayaran :-
Bil
Jenis Bayaran
Kadar Bayaran
1
Yuran Pengajian
RM
200.00
2
Yuran Kolej Kediaman (Asrama)
3
-
Pelajar Lelaki
RM
60.00
-
Pelajar Perempuan
RM
630.00
RM
600.00
Bayaran Pendaftaran -
Sukan & Kebudayaan
-
Keusahawanan
-
Perkhidmatan Psikologi Dan Kerjaya
-
Hal Ehwal Pelajar (termasuk kelengkapan Program Haluan Siswa)
-
Akademik
-
Unit Peperiksaan
Jenis Pembayaran
Yuran Pengajian Yuran Kolej Kediaman (Asrama)
Bayaran Pendaftaran
Bank
Butiran Pembayaran
Kaedah Pembayaran
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
POLITEKNIK KPT No Akaun : 1601 – 8010 – 0175 - 41
ATM / CDM / Perbankan Internet BIMB ke BIMB sahaja
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru Berhad No Akaun : 0108 – 7010 – 0314 - 99
Slip Deposit Tunai BIMB (Urusan di kaunter BIMB) sahaja.
SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN
Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda sebelum hadir mendaftar di Politeknik Ibrahim Sultan pada tarikh yang telah ditetapan. 1.
3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
2.
3 salinan Slip Pendaftaran Online (SPMP)
3.
3 salinan Resit Bank Islam – YURAN PENGAJIAN
4.
3 salinan Resit Bank Islam – YURAN KOLEJ KEDIAMAN (ASRAMA)
5.
3 salinan Slip Bank Islam – BAYARAN PENDAFTARAN
6.
Borang-borang Pendaftaran (BHEP 1 hingga BHEP 6) yang telah LENGKAP diisi dan semua dikepilkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan.
7.
Borang Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar PIS (sekiranya duduk Kolej Kediaman)
8.
Borang Keahlian KOPERASI
9.
Dokumen-dokumen ASAL(ORIGINAL) / Sijil-sijil Persekolahan (yang berkaitan – terutamanya yang mewakili Negara dan Negeri)
10. Dokumen-dokumen Pinjaman PTPTN 11. Surat Tawaran yang telah disahkan.
LAMPIRAN
Sila lekatkan gambar warna terkini berukuran pasport
BORANG PERMOHONAN AHLI (PELAJAR) KOPERASI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BERHAD
KOPERASI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BERHAD KM 10, JALAN KONG KONG, 81700 PASIR GUDANG (TEL: 07-2612060 / FAX: 07-2612963) BUTIRAN PERIBADI (diisi dengan huruf besar) ………………………………….
NO AHLI:
NAMA PELAJAR:
NO KAD PENGENALAN:
-
-
NO PENDAFTARAN PELAJAR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
JABATAN:
ALAMAT TEMPAT TINGGAL:
NO TELEFON:
Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Bersama-sama ini saya sertakan bayaran seperti berikut: i. Saham : RM 10.00 ii. Pendaftaran : RM 5.00
Kegunaan Pejabat:
*Bayaran minimum saham adalah sebanyak RM 10.00 Tandatangan:
Tarikh Terima: ………………………………..
………………………………………….. Tarikh: ………………………………….
* Borang ini perlu diserahkan semasa pengagihan barangan koperasi di kabin koperasi (bersebelahan kafeteria Kolej Kediaman Pelajar) * Sila kepilkan 1 salinan SLIP BAYARAN PENDAFTARAN bersama borang
LAMPIRAN 2
BORANG MAKLUMAT PERIBADI ASRAMA (diserahkan kepada Penyelia Asrama semasa pendaftaran)
Dilengkapkan oleh staf bertugas semasa hari pendaftaran asrama. Tandakan √ pada petak yang berkenaan BLOK ASRAMA
Tandakan ( √ )
Tandakan ( √ )
ARAS
HI-TECH 1
G (Bawah)
HI-TECH 2
Satu
HI-TECH 3
Dua
INFO-TECH 1
Tiga
NO. BILIK (Nyatakan)
INFO-TECH 2 HI 10
A. PERIBADI: Nama
Umur
No. K/P
GAMBAR TERKINI BERUKURAN PASSPORT
No. Pendaftaran
Kursus
Jantina
Agama
Bangsa
Alamat Tetap
No Tel Rumah B. PENJAGA:
No Tel Bimbit BAPA
IBU
Nama Pekerjaan Pendapatan No Telefon No H/P C. WARIS TERDEKAT (selain ibu bapa) Nama Pertalian Alamat D. PENYAKIT KRONIK (JIKA ADA) PS-12(2) (20-09-16)
Semester
No. Telefon/HP
AKUAN MENERIMA TAWARAN PENEMPATAN ASRAMA (diserahkan kepada Penyelia Asrama semasa pendaftaran)
Bahawa saya ………………………………………………… nombor kad pengenalan …………………………… faham sepanjang masa saya menetap di ASRAMA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS), saya akan mematuhi segala Peraturan Asrama PIS khasnya dan AKTA 174 (Pindaan) seperti yang telah diperuntukkan kepada saya. Sepanjang tempoh itu, saya juga berjanji akan menjadi warga PIS yang mulia, berakhlak dan bijaksana di sisi Agama, Bangsa dan Negara. Sebagai seorang pelajar saya juga sedar bahawa mengikut INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 PERINTAH INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (PINDAAN 1988) JADUAL KEDUA, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, PERENGGAN 3(a):
Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan samada di dalam atau di luar kampus
secara
yang
boleh
memudaratkan
kepada
kepentingan,
kesentosaan mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja institusi atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam disebabkan akhlak, kesopanan atau tatatertib.
Dengan ini saya menerima TAWARAN PENEMPATAN ASRAMA PIS ini dengan rela hati dan bersedia menerima sebarang hukuman yang dikenakan terhadap saya termasuk mengeluarkan saya dari asrama secara serta merta sekiranya saya melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang bertulis kerajaan Malaysia, AKTA 174 dan Peraturan Asrama PIS. Saya akan akur dengan tindakan yang akan dikenakan terhadap saya sekiranya saya disabitkan kesalahan. Sehubungan itu sebarang masalah peribadi dan harta peribadi saya adalah tanggungjawab saya. Kehilangan atau kerosakan harta awam atau harta PIS disebabkan oleh saya, akan ditanggung oleh saya sendiri. SEPANJANG MINGGU SUAIKENAL, SEMUA PELAJAR BARU PERLU BERADA DAN MENGINAP DI DALAM ASRAMA SUPAYA DAPAT MENGIKUTI SEGALA PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.
Dengan ini kami yang menurunkan tandatangan di bawah ini faham akan apa yang kami lakukan.
Tandatangan Pelajar:
Tandatangan Saksi:
……………………………………………………………
………………………………………………………
Nama: …………………………………………………..
Nama: ………………………………………………
No. Pendaftaran: ………………………………………
No. Kad pengenalan: ……………………………..
Tarikh: …………………………………………………..
Tarikh: ………………………………...……………
SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH, BOLEH BERHUBUNG DENGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 07-261 2060 / 1070 / 1032