Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
PERANAN TAREKAT TASAWUFDALAM PEMBANGUNAN UMMAH RAHMATAN LIL ‘ALAMIN1
Mohd Hamidi Ismail (Ph.D)2 Ahmad Najaa Mokhtar (Ph.D)3 Muhammad Khairi Mahyuddin (Ph.D)4 Abstrak Tiada yang mampu menyangkal bahawa bangun dan berdirinya umat Islamadalah dengan berpegang teguhdengan manhaj yang dibawa oleh Islam. Manhajnya yang mengimbangi di antara duniawi dan ukhrawi membekalkan kesejahteraan kepada insaniyyah (insani/antropologi) dan ruhaniyyah (ruhani/psikologi) manusia,adalah hakikat sebenar pembangunan bagi umat Islam. Meskipun secara kasarnya, keseimbangan tersebut tampak setara, namun secara halus, Islam lebih mementingkan kesejahteraan ukhrawi berbanding duniawi. Ia menepati apa yangtermaktub dalam fitrah kejadian 1
2
3
4
Dibentangkan dalam Zikir Perdana Sedunia 2016 anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), pada 21 Mei 2016, bertempat di Masjid Putra Presint 1, Putrajaya. Pensyarah Kanan Program Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Nilai, Negeri Sembilan. Pensyarah Kanan Pogram Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi) Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
19
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
manusia sebagai ‘abidun (hamba Allah SWT), yang mana kehambaan kepadaNya tidak terhenti di dunia ini sahaja bahkan ia berlanjutanhingga ke akhirat. Lebih daripada itu, ia bertepatan dengan anjuran ihsan (ihsan), yang memerlukan hamba menghampiri rabb (tuhan) lebih daripada dia mengenal dirinya sendiri, dan ini tidak akan berlaku melainkan dengan meletakkan tujuan akhirat di hadapan segala-galanya. Oleh yang demikian, dalam Islam, aturan-aturannya lebih banyak serta rinci menumpukan kepada pembangunan jiwa ruhani manusia, membersih hati dan mendidik akhlak mereka berbanding aturan-aturan fekah, muamalah, ekonomi dan sebagainya.Di sisi ulama’, aturan-aturan jiwa ruhani ini dinamakan sebagai tazkiyah al-nafs atau al-‘ilm al-akhlaq, atau masyhur dikenali dengan Ilmu Tasawuf.Untuk melihatperincian apa yang perkatakan ini dengan lebih jelas, makalah yang disediakan ini akan membincangkannya secara komprehensifdengan memberi tumpuan kepada fungsi tarekat kesufian (al-tariqah al-sufiyyah), sebagai aturan atau metode pembangunan umat Islam menjadi ummah yang membawa kerahmatan buat sekalian alam.
20
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Kata kunci: tarekat, ruhani, sufi, pembangunan insan, rahmatan lil ‘alamin.
Pendahuluan Risalah al-Nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad SAW merupakan risalah universal. Universalisasi risalah ini bukandilihat pada sudut seruan dakwahnya – kerana kelompok al-mad‘u (yang diserukan)adalah terhad, tertumpu kepada bangsa jin dan manusia – bahkan ia dilihat pada sudut kerahmatan yang berlingkardi sekeliling risalah alnubuwwah Rasulullah SAW tersebut, yang menyeluruh dan meratai ke atas sekalian makhluk Allah SWT, sama ada yang zahir mahupun yang batin, yang tidak terkecuali satupun sama ada yang berunsur jamadat (ketulan), nabatat (tumbuhan), hayawanat (haiwan) mahupun ruhaniyyat (ruh). Ini telah dinyatakan secara jelas dalam surah al-Anbiya’ (21:107):
Terjemahan: Dan tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Ungkapan dengan maksud “sekalian alam” pada ayat tersebut sememangnya dengan memberi maksud yang mutlak. Iatidakhanya terbatas kepada makhluk-makhluk Allah SWT yang patuh dan beriman sahaja, bahkan merangkumi mereka yang ingkar dan kufur, namun mereka tidak menerima dan memanfaatkan kerahmatan tersebut ke
21
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
atas diri mereka, menjadikan diri mereka orang-orang yang rugi.5 Secara dasarnya, kerahmatan risalah al-Nubuwwah yang dimaksudkan tidak lain melainkan ia adalah kerahmatan yang tersemat pada keluhuran akhlak zahir dan batin Rasulullah SAW. Baginda telah diperakui sendiri oleh Allah SWT dengan ketinggian akhlak sebagaimana firmanNya dalam surah al-Qalam (68:4):
Terjemahan: Dan sesungguhnya bagi diri engkau akhlak yang sangat hebat. Dengan pekerti (akhlak zahir) dan hati (akhlak batin) yang mulia inilah, Baginda SAWmenjadi saluran mengangkat manusia menjadi insan yang bertamadun. Ia semestinya demikian, kerana dengan pekerti dan hati sebegini sahaja manusia dapat mengaktifkanjiwa manusiawi pada diri mereka, dan kemudianberupaya membangunkan kehidupan fizikal mereka. Menegaskan perkara ini, Ibn al-Qayyim mengatakan:
لوال النبوات مل يكن ىف العامل علم نافع البتة وال عمل صاحل وال صالح ىف معيشة وال قوام مللكة ولكان الناس مبنزلة هبائم والسباع العادية والكالب الضارية اليت يعدو بعضها .على بعض
5
Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Ma‘ani fi tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ alMathani, ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi alBaghdadi (Beirut: Idarah al-tiba‘ah al-miriyyah wa dar ihya’ al-turath al-‘arabi), 7: 104.
22
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Terjemahan: Kalaulah tanpa kenabian, tidak akan wujud sama sekali di alam ini ilmu yang berguna, tiadalah amalan salih [untuk diamalkan] dan tiadalah kebaikan dalam kehidupan [untuk dihasilkan], tiadalah tunjang-tunjang kehidupan bermasyarakat dan adalah martabat manusia seperti haiwan ternakan dan pemangsa yang liar, seperti anjinganjing ganas, yang saling menerkam di antara satu dengan yang lain.6 Justeru, maksud ‘rahmatan lil ‘alamin’ (kerahmatan sekalian alam) pada risalah al-Nubuwwah berpaksi pada kemurniaan pekerti dan hati Rasulullah SAW. Baginda kongsikan kerahmatantersebut dengan umatnya, apabila merekahayati dan mengamalkannya, kerahmatan risalah alNubuwwahtersebut tidak lagihanya terhimpun pada diri Baginda, malah hidup dan berkesinambungan ke seluruh alam. Dengan ini, benarlah firman Allah SWT di atas “Dan tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam”. Dalam Islam, penghayatan terhadap kemurniaan pekerti dan hati Rasulullah SAW diterapkan secara khusus dalam Ilmu Tasawuf. Ia menjadi wadah utamabagi umat Islam merujuk dan mengenal keperibadian Rasulullah SAW, malah lebih daripada itu, Ilmu Tasawufmenjadi teras kepada ilmu-ilmu Islam yang lain. Ini adalah kerana Ilmu Tasawuf menggarap dan memaksimakan segala pemahaman dan pengamalan yang diperolehi daripada ilmu-ilmu tersebut. Hal ini berpandukan kepada polarasi Ilmu Tasawuf itu sendiri yang mengajarkan manusia tentang ihsan, sekaligusmembuktikan bahawa Ilmu Tasawuf terpatri dalam 6
Ibid., 105.
23
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
pemahaman dan pengamalan para alim ulama’ pelbagai bidang ilmu. Mereka berbuat demikian kerana mereka amat sedar, tanpa Ilmu Tasawuf, pincanglah ilmu-ilmu Islam dan rosaklah pemahaman dan amalan umatnya.Maka tidak hairan apabila Imam Malik RH mengungkapkan:
من تصوف ومل يتفقه فقد تزندق˛ ومن تفقه ومل يتصوق فقد تفسق˛ ومن مجع بينهما فقد .حتقق Menafsirkan ungkapan Imam Malik ini, Shaykh Zaruq mengatakan, sesiapa yang bertasawuf tetapi tidakmemfaqihkan dirinya iaitutidak mendalamihikmah dan hukum-hakam apa yang diamalkannya, maka dia telah melakukan kezindiqkan. Sesiapa yang mendalami hikmah dan hukum-hakam pula, tetapi tidak bertasawuf iaitu menghadapkan amalannya dengan ikhlas kepada Allah SWT, maka dia telah melakukan kefasiqkan. Hasilnya, sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya yaknibertasawuf danfaqih, maka dia telah mencapai kebenaran dalam beramal.7 Melihat keistimewaan Ilmu Tasawuf dari sudut ini, ia menjadi penanda aras kepada kualiti pembangunan umat Islam. Apa yang pasti, dengan penghayatan IlmuTasawuf, umat Islam dapat mencapai pemahaman yang sebenartentang ajaran Islam sertapengamalannya dalam kehidupan. Sebaliknya, tanpa penghayatan tersebut, umat Islam menghampiri keliaran dan terjun ke lembah kebinasaan yang menghalang segala makna kesejahteraan, termasuklah kesejahteraan ‘ammah (umum) yang dikongsi bersama dengan manusia lain di dunia ini. Bagaimanakah analogi ini digambarkan, makalah ini akan membincangkannya 7
Lihat lebih lanjut dalam Ahmad bin Ahmad al-Birnisi, Qawa‘id al-Tasawwuf, ed. Taha al-DusuqiHibishi (Kaherah: Maktabah al-Iman, 2013), 20.
24
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
dengan memberi tumpuan kepada metodologi Ilmu Tasawuf dalam menyelaras akhlak manusia, selari dengan manifestasi kerahmatan risalah al-Nubuwwah Rasulullah SAW; “rahmatan lil ‘alamin”.
Tarekat Kesufian dan Pembangunan Insan Tiga perkara pokok akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah; konsep tarekat kesufian, nilai insaniah pada manusia dan bagaimana nilai tersebut dibangunkan oleh tarekat kesufian. Secara leksikalnya, al-tariqah (tarekat) ditakrifkan sebagai al-sirah (perjalanan), al-madhhab (persepsi) dan alhal (keadaan).8 Manakala secara terminologinya pula, dalam Islamperkataan al-tariqah lazim dikaitkan dengan kesufian (al-sufiyyah).Maka dengan ini boleh disimpulkan bahawa istilahal-tariqah al-sufiyyah bermaksud perjalanan atau cara khusus para salik mendapatkan jalan pintas dan singkat dalam pendakian maqam-maqam.9 ‘Jalan pintas’ pada takrif ini tidak pula bermaksud alsunuh (bermudah-mudah), tetapi di sisi para sufi ia bermaksudtahsilal-lub (menghasilkan intipati) dalam faham dan amal. Begitu juga dengan maksud ‘singkat pendakian’, iaitu dengan maksud kesungguhan keluar daripada darjatdarjat yang hina lagi jauh daripada Allah SWT kepada yang paling mulia lagi hampir kepadaNya.10 Motif daripada tarekat kesufian sebagaimana dijelaskan daripada takrifnya ini tidak banyak berbeza dengan motif ilmu-ilmu Islam yang lain seperti akidah, fekah, sirah dan lain-lain, semuanya turut memacu umat 8 9 10
Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 10:221, entri “taraq”. Al-Jurjani, al-Ta‘rifat, 141. ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami: sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab al-Munqidh min al-dalal, ed. Muni‘‘Abd al-Halim Mahmud (Ajuzah: Maktabah alIman, 2004), 296.
25
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Islam kepada menghampiri Allah SWT. Namun tarekat kesufian mempunyai keistimewaan tersendiri apabila ia mementingkan penghayatan dan pengamalan, sebaliknya ilmu-ilmu lain mementingkan pengetahuan dan pemahaman. Oleh sebab itu, ahli tarekat kesufian disebutkan sebagai arbab al-ahwal (pentarbiyah hal-ehwal diri) dan bukan ashab al-aqwal (pengungkap kata).11 Kenyataan ini boleh jadi mengejutkan orang-orang yang keliru. Hakikatnya amat jelas, mengetahuinya seseorang itu tidak semestinya menjadikannya menghayati, begitu juga memahami, tidak semestinya menjadikannya beramal. Betapa ramai manusia yang mempelajari ilmu-ilmu Islam, ada yangberupaya mencapai tahap alim, pakar, mujaddid dalam bidang mereka, tetapi adakalanya mereka tidak dipercayai dan diperakui kerana ketiadaan amanah, benar dan thabat (kemas berpendirian) – daripada sifat-sifat para sufi – pada diri mereka. Berbeza pula dengan ulama’ulama’ yang menghayati dan mengamalkan tarekat kesufian, mereka bukan sahaja diakui alim, pakar, mujaddid, tetapi juga diakui warak, zuhud, amanah, benar dan lain-lain lagi daripada sifat para sufi. Tidakkah dengan sifat-sifat ini ulama’-ulama’ tersebut dijulang dan diperakui? Seharusnya difahami di sini, apabila disebutkan tarekat kesufian, iabukan semata-mata bermaksud wirid-wirid (awrad) atau hal-ehwal suluk (ahwal al-suluk), ataupun kumpulan zikir tertentu, semuanya ini merupakan mazahir (penzahiran) bagi ahli sufi.12 Tetapi yang dimaksudkan dengan tarekat kesufian di sini ialah cara atau usaha 11 12
Ibid. Tidak dinafikan kepentingan perkara-perkara ini bagi mereka yang menjalani kehidupan sufi. Bahkan ia seiring dengan mujahadah nafsiyyah dalam mendidik dan mentarbiyah diri seseorang salik. Namun dari sudut keutamaan dan keperluan yang menyeluruh, perkaraperkara ini tidak mendatangkan faedah atau faedahnya kecil jika tidak dimulakan dengan penyucian dan pembersihan hati daripada segala sifat mazmumah.
26
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
menyisih kejelekkan sifat-sifat keji daripadapekerti dan hati,seterusnya mengisi pada kedua-duanya dengan kemurnian sifat-sifat yang diredhai Allah SWT.Cara atau usaha ini masyhur dalam arena kesufian dikenali sebagai konsepal-takhalli (penyisihan) dan al-tahalli (pengisian).13 Sebilangan besar ulama’-ulama’ Islam mengetengahkan konsep ini dalam pertuturan dan perilaku mereka, dan para imam mazhab tiada seorang pun yang terkecuali. Imam AbuHanifah RHsebagaimana dicatatkan oleh alDhahabi sebagai seorang yang terhimpun padanya kefaqihan, kewarakkan dan pemurah. Beliau seorang ahli ibadah yang hebat, sehingga diriwayatkan bahawa telah mengkhatamkan 7 ribu kali bacaan al-Qur’an pada tempat beliau disemadikan, kerana gerunkan sengsara azab kubur. Imam Malik RH pula, antara ungkapannya“sesungguhnya al-mara’ (berbalah-balah) dan al-jidal (berbahas-bahas) pada urusan ilmu, menyebabkan cahayanya keluar daripada hati”, membuktikan Imam Malik memiliki adab yang tinggi dalam menuntut ilmu. Begitu juga dengan Imam al-Shafi‘i RH, antara ungkapannya yang senada Imam Malik “bahawa perkara-perkara yang boleh menjadikan hati seseorang itu bercahaya adalah dengan berkhalwat, sedikit makan, menjauhi kebodohan dan orang-orang yang bodoh dan sesetengah ulama’ yang tidak memiliki keinsafan dan adab”. Tidak ketinggalan juga Imam Ahmad Hanbal RH yang disifatkan Imam al-Shafi‘i sebagai individu yang terhimpun padanya lapan keistimewaan; imam pada hadis, pada fekah, pada ilmu bahasa, pada al-Qur’an, pada kefakiran, pada kezuhudan, pada kewarakkan dan pada sunnah.14 13
14
Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed. Muhammad ‘Ali Idilbi (Mesir: Dar al-Turath al-Islami, 1993), 461. Muhammad FawqiHajjaj, Mawaqif min al-Tasawwuf alIslami: dirasah tahliliyyah li tafsir zahirah al-ingkar ‘ala al-sufiyyah (Kaherah: Dar al-Taba‘ah alMuhammadiyyah, 1984), 16-27.
27
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Kesemua misal ciri kesufian para ilmuwan ini merujuk kepada satu perkara sahaja iaitu kesungguhan mereka menyisih keburukan daripada hatimereka dan mengisinya pula dengan kebaikan.Apa yang dilakukanoleh merekaini adalah berlandaskan anjuran al-Qur’an dalam surah al-Rum (30:30):
Terjemahan: Maka hadapkanlah wajah kamu kepada agama yang lurus, Allah telah fitrahkan agama tersebut ke atas manusia, tiada perubahan pada ciptaan Allah, demikianlah agama yang berdiri akan tetapi ramai manusia tidak mengetahuinya. Para ilmuwan tersebut memahamibahawa Islam sebagai agama fitrah adalah agama kebaikan (hanif),ia mengajar manusia bagaimana untuk menjadi baik sebelum
28
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
mereka dihukumkan baik atau buruk.Atau kata lainnya, Islam telah memperkenalkan sifat hamba kepada manusia sebelum mengajarkan mereka bagaimana 15 tanggungjawabnyamenjadi hamba. Dengan ini segera difahami, Islam telah mengiktiraf nilai insaniah pada manusia sebelum mereka mengenal baik atau buruk perbuatan mereka, dan perakuan tersebut tersedia ada dalam tarekat kesufian secara terperinci. Maqamat al-taqarrub (maqam-maqam mendekatkan diri kepada Allah SWT) yang dibicarakan dalam tarekat kesufian itulah perakuannya terhadap insaniah manusia.Melalui maqamat inilah insaniah manusia di angkat, walaupun mereka bernoda dengan dosa. Mereka diseru menempuh maqam al-tawbah (taubat) untuk melayakkan diri merekaberpindah ke maqam-maqam taqarrub yang lain. Maqam-maqam tersebut ialah; al-khawf (takut) yang diikutikemudiannyamaqam al-raja’ (harap),kemudian maqam al-salihin (orang-orang salih),kemudian maqam almuridin (orang-orang yang memerlukan),kemudian maqam al-muti‘in (orang-orang yang taat),kemudian maqam almuhibbin (orang-orang yang bercinta), kemudian maqam almushtaqin (orang-orang yang rindu),kemudian maqam alawliya’ (wali-wali) dan barulah maqam al16 muqarrabin(orang-orang yang hampir). Setiap maqam ini mempunyai kelebihan yang berbeza di antara satu dengan yang lain, akan tetapi semuanya menjadikan insaniah manusia istimewa. Mencapai setiap maqam ini sememangnya sukar, meskipunbegitu, tiada erti sia-sia dapat disifatkan kepada pendakinya jika dia gagal melepasi maqam-maqam yang berbeza, kerana semuanya adalah jalan menuju Allah SWT, segala yang bertakluk denganNya adalah baik dan indah.
15 16
Al-Alusi, Ruh, 21: 40. ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf, 146-147.
29
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Perakuan tarekat kesufian terhadap insaniah manusia adalah dengan tujuan utamanya membangunkan insaniah manusiawi ke tahapnya yang tertinggi, dan yang tertinggi itu dalam wacana kesufian ialahal-sidq (benar) atau ikhlas.Melihat daripada pandangan Abu Sa‘id al-Kharraz RH, beliau memilihal-sidqsebagaisuatu rangkuman bagi makna kesemuamahmudat (sifat-sifat terpuji). Ini bermakna, apabila para sufi membicarakan tentang sifat-sifat, contohnyaseperti ikhlas, sabar, tawakal dan sebagainya, mereka membicarakan tentang hakikat sifat-sifat tersebut, bukan hanya tasawur dan pemahaman umumnya sahaja.17 Apa yang ingin dicapai oleh tarekat kesufian daripada pembangunan insaniah manusia ialah menghampiri kesempurnaan fitrah manusiawi sebagaimana Allah SWT tetapkan. Jika iman itulah fitrahnya, maka kamil al-iman (sempurna keimanan) adalah hasilnya. Iaitu kembali kepada panduan wahyu Allah SWT yang termaktub di dalam alQur’an dan al-Sunnah Rasulullah SAW. Insan dan Pembangunan Masyarakat Di bawah tajuk ini pula, perbahasan akan melihat dua perkara pokok; pertama, mafhum insan di sisi tarekat kesufian dan kedua, sumbangan insan dalam membangunkanmasyarakat. Insan yang dimaksudkan di sini ialah insan yang memiliki kekuatan insaniah sebagaimana yang terangkum di dalam ayat surah al-Tin (95:4):
17
Ibid.,151.
30
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dalam sebaikbaik bentuk. Insan sebegini dari kaca mata tarekat kesufian adalah manusia yang paling memuncak kehidupan ibadahnya, membangunkan peribadinya di atas prinsip al-sam‘ wa alta‘ah (mendengardan taat), al-idh‘an (akur) kepada nasihat para penasihat (ahlillah). Merekalah insan yang berperibadi membentuk manusia lain dengan corak tarbiyyah dan latihan yang menepati tuntutan agama terhadap ruhani dan jasadi manusia.18Al-Kalabadhimenamakan insan yang mempunyai ciri-ciri di atas sebagai rijal al-sufiyyah (tokoh-tokoh sufi). Antara yang beliau himpunkan sebagai rijal alsufiyyahtersebut ialah ‘Ali bin AbiTalib, al-Hasan dan alHusayn bin ‘Ali, ‘Ali bin al-Husayn Zayn al-‘Abidin, Muhammad bin ‘Ali al-Baqir, Ja‘far bin Muhammmad alSadiq, Uways al-Qarni, al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri, AbuHazim Salamah bin Dinar al-Madini, Ibrahim bin Adham, al-Fudayl bin ‘Iyad, Dawud al-Ta’i, Sufyan bin Sa‘id al-Thawri, Dhu al-Nun bin Ibrahim al-Masri dan ramai lagi.19 Mereka ini adalah insan-insan yang telah berjaya membongkar rahsia-rahsia hikmah kehambaan dan peribadatan kepada Allah SWT. Mereka adalah ikutan para pencinta (muhibbin) dan perindu (mustashqin) kepada cinta dan rindu Allah SWT. Sifat cinta dan rindu kepada Allah SWT secara hakikatnya adalah sifat fitrah yang telah ada di dalam hati manusia, khususnya mereka yang beriman kepada Allah SWT. Berpandukan kenyataan ini, boleh dikatakan bahawa 18
19
‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf (Kaherah: Dar alMuqattam, 2005), 52. Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari al-Kalabadhi, Kitab al-ta‘rif li madhhab ahl al-Tasawwuf, ed. Arthur John Obery (cet. ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994), 11.
31
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
orang-orang yang beriman (al-mu’minun)itusebenarnya adalahorang-orang yang cinta dan rindukan Allah SWT, cuma setengah daripada mereka tidak menyedari perkara tersebut. Untuk menyedarinya semula, mereka perlu kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Dengan pasti, mereka akan temui bahawa Allah SWT dan RasulNya sentiasa mengingatkan perkara tersebut. ContohnyaAllah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran (3: 31):
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad), andainya kalian cintakan Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kalian dan Dia mengampunkan kalian bagi dosa-dosa kalian. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dalam surah yang sama (3: 76), Allah SWT berfirman:
Terjemahan: Bahkan sesiapa yang memenuhi janjinya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang bertaqwa.
32
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Dalam hadis Rasulullah SAW pula, Baginda bersabda:
ثالث من كن فيه وجد حالوة اإلميان من كان اهلل ورسوله أحب اليه مما سوامها ومن ...أحب عبدا ال حيبه أال اهلل Terjemahan: tiga perkara yang sesiapa dapatinya akan menemui kemanisan iman: sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulNya dicintai, lebih daripada segalagalanya; sesiapa yang menyintai hamba, tidak dicintainya melainkan kerana Allah....20 Apabila akur dengan keterangan wahyu tentang cinta dan rindu kepada Allah SWT, orang-orang yang beriman secara tidak langsung telah bersedia untuk dibangunkan dari sudut kehambaan dan peribadatannya.Namun dalam masa yang sama, mereka tidak berupaya untuk membangunkan diri mereka dengan sendiri, lantas mereka perlukan pangajar yang berkemahiran dan berpengalaman. Dalam dunia kesufian, pengajar tersebut dinamakan murabbi.Menurut 20
Al-Bukhari, hadis nombor 16 dalam bab halawah al-iman.
33
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
‘Abbad al-Nafzi, setiap orang yang memerlukan pentarbiyahan, yang menyedari hijab basirah (mata hati)nya tebal, maka mereka memerlukan shaykh murabbiuntuk menghilangkan hijab tersebut, dan dapat memperlihatkan kelemahan dan kekurangan diri mereka.21Dengan ini, murabbi inilah insan yang membangunkan masyarakat, meningkatkan nilai insaniah mereka dengan menghampiri Allah SWT. Justeru, apabila ditanyakan, siapakah masyarakat yang dibangunkan tersebut, maka jawabnya, merekalah setiap orang yang beriman kepada Allah SWT. Iman danMasyarakat Yang Membangun. Perkara pokok yang akan dibincangkan di bawah tajuk ini terbahagi kepada dua; pertama, konsep asas iman; dan kedua, kepentingan iman kepada masyarakat yang membangun. Iman secara istilah bermaksud membenarkan Rasulullah SAW dengan apa yang Baginda sampaikan daripada Allah SWT. Dan wajib membenarkan ini mencapai tahap yakin, taat, patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT.22 Daripada takrif ini, iman boleh disimpulkan mengandungi tiga perkara penting; pertama, membenarkan (al-tasdiq) Rasulullah SAW; kedua, apa yang disampaikan oleh Rasulullah adalah bahagian wahyu yang disyaratkan untuk disampaikan kepada umat; ketiga, pembenaran (al-tasdiq) wajib melepasi tahap keraguan. Dalam perspektif tarekat kesufian, al-tasdiq (membenarkan) Rasulullah SAW sebagaimana terkandung dalam takrif iman di atas bukan hanya dari aspek perintah dan larangan Baginda yang disifatkan sebagai al-syar‘i 21
22
Al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri, Risalah alMustarshidin, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (cet. Ke9, Kaherah: Dar al-Salam, 1999), 72. Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna (cet. ke-10, t.tp, t.p, 2005) 37.
34
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
(syarak), malah ia bersifat al-ittiba‘ (mengikuti). Maka apabila dicamtumkan di antara al-tasdiq dan al-ittiba‘, kesepaduan daripada kedua-duanya menghasilkandengan apa yang dinamakan dengan haqq al-ittiba‘ (mengikuti Nabi SAW dengan sebenar-benar ikutan). Memperincikan maksudhaqq al-ittiba‘ini, Shaykh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani RH menyatakan:
القوم أبدال األنبياء فاقبلوا منهم ما يأمركم به عز وجل ورسوله ّ فإهنم يأمرونكم بأمر اهلل ينطقونفينطقون˛ يعطون،وينهون بنهيهما فيأخذون ال يتحركون حركة بطباعهم عز وجل يف دينه ّ ونفوسهم˛ ال يشاركون احلق بأهويتهم اتبعوا الرسول صلي اهلل عليه وسلم :عز وجل ّ يف أقواله وأفعاله مسعوا قول اهلل
Terjemahan: Para abdal (disifatkan pengganti para nabi) maka terimalah apa yang mereka perintahkan kamu, sesungguhnya mereka menyuruh kamu dengan apa yang Allah ‘azz wa jall perintahkan, begitu juga [perintah] rasulNya, dan mereka (abdal) menegah apa yang ditegah oleh kedua-duanya (Allah SWT dan 35
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
rasulNya), apa yang mereka (Allah SWT dan rasulNya) katakan maka itulah yang dikatakan mereka (abdal), apa yang mereka (Allah SWT dan rasulNya) berikan maka itulah yang diambil oleh mereka (abdal), tidak bergerak [walau] satu pergerakan mengikut keperluan tabiat dan nafsu mereka, tidak menyekutui Yang Maha Benar ‘azz wa jall pada urusan agamaNya dengan keinginan mereka, ikutilah [mereka itu akan] Rasulullah SAW pada ucapannya dan perbuatannya, dengarlah firman Allah ‘azz wa jall: Apa yang dibawakan bagi kamu oleh Rasul maka ambillah ia dan apa yang ditegahkan ke atas kamu maka tegahkanlah ia.23 Para sufi sebagaimana dinyatakan oleh Shaykh ‘Abd alQadir RHmembenar dan mengikuti Rasulullah SAW bukan sahaja pada urusan agama, bahkan pada ucapan, gerakan dan keinginan Baginda. Ia bersifat ablagh al-ta‘zim (setinggitinggi penghormatan) sehinggakan sifat patuhnya mereka kepada Rasulullah SAW sahajaboleh digambarkan dapat membawa mereka bertemu dengan Allah SWT. KataShaykh ‘Abd al-Qadir RH:
اتبعوا الرسول صلى اهلل عليه وسلم حىت محلهم اىل املرسل˛ قربوا منه فقرهبم اىل احلق 23
‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, al-Fath al-Rabbani wa al-Fayd al-Ruhmani, ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj Ahmad (Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith, 2000), 196.
36
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
عز وجل˛ أخرج هلم األلقاب واخللع واإلمارة ّ ...على اخللق Terjemahan: Ikutilah [mereka itu akan] Rasulullah SAW sehingga dibawa mereka kepada yang mengutuskan, dekatilah [mereka itu akan] Baginda, nescaya didekatkan mereka kepada Yang Maha Benar ‘azz wa jall, mereka keluarkan [daripada diri mereka] gelarangelaran, bertelanjangan serta bergantung kepada makhluk.24 Di siniamat jelas kefahaman tarekat kesufian terhadap iman adalah pada tahapnya yang tertinggi, iaitu haqq al-ittiba‘ al-Rasul (sebenar-benar mengikuti Rasulullah SAW). Ia bukan hanya pada mengikuti suruhan atau larangan Baginda, tetapi mengikuti diri dan ruhani Baginda. Justeru, tidak hairan mengapa para sufi amat mementingkan penyucian pekerti dan hati kerana mereka sangat inginkan pekerti dan hati mereka sesuci pekerti dan hati Rasulullah SAW. Dan oleh sebab mereka bukan rasul atau nabi, maka para sufi memerlukan masa dan kekuatan yang lebih, di sampingal-fayd (limpahan kurnia Allah SWT) dalam membantu mereka mengislahdiri mereka. Hal inilah yang membuatkan sesetengah orang tersalah menganggap para sufi terlalu sibuk dengan dunia kesufian, sehingga didakwa bahawa mereka telah meninggalkan kehidupan dunia, menyendiri dan jauh daripada masyarakat. Walau bagaimanapun, hakikat menyatakan sebaliknya. Pengislahan diri yang dilakukan oleh para sufi adalah kunci kepada iman. Asasnya sahaja pada awal-awal lagi 24
Ibid., 196.
37
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
memerlukan seseorang yang beriman mengislah dirinya, ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
أال أخربكم باملؤمن؟ من أمنه الناس على .أمواهلم وأنفسهم Terjemahan: Apakah kalian mahu aku jelaskan tentang orang yang beriman? [Dialah] orang yang mengamankan manusia di atas harta mereka dan diri mereka. Dalam riwayat lain, dinyatakan bahawa orang yang beriman itu ialah orang yang mengamankan manusia daripada kejahatan dirinya. Menurut Shaykh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, kesemua makna hadis tentang orang yang beriman ini sama, iaitu kembali menyelamatkan manusia daripada sifat-sifat tercela yang ada pada seseorang yang beriman itu.25 Ia pastinya bermaksud pengislahan hati, kerana tidak akan berlaku pengamanan terhadap harta atau diri,jika tanpa kemurniaan pada hatimanusia. Pada tarekat kesufian, manusia yang murni hati mereka, inilah manusia yang disifatkan membangun. Mereka merencana dan menghasilkan kebaikan tanpa dimandulkan oleh kebutuhan nikmat-nikmat duniawi.Menurut Dr. Abu alWafa’ al-Ghanimi, orang-orang sebegini hatinya, mereka hanya mencari kebaikan kerana hakikat kebaikan, demi memantapkan iman mereka kepada Allah SWT. Mereka tidak memaksa atau terpaksa mencari, kerana wahyu sendiri tidak memfardhukan ke atas mereka, tetapi mereka lakukannya kerana tabi’i dan fitrah. Memetik kata-kata Dr. Muhammad Husayn Mikal yang bermaksud:
25
Lihat al-Muhasibi, Risalah, 77, 78.
38
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
“Kezuhudan Rasulullah SAW atau ketidakmahuan Baginda terhadap dunia, bukanlah dengan tujuan menyempitkan nikmatnya, dan ia juga bukan kerana fardhu ain, kerana Allah SWT menyuruh: Makanlah apa yang baik-baik daripada yang Kami rezekikan. Manakala dalam athar: Berkerjalah untuk dunia mu seumpama kamu hidup selamalamanya, dan beramallah untuk akhirat mu seumpama kamu mati esok. Akan tetapi Rasulullah ingin menjadi misal yang terutamabagi manusia, bagaimana untuk mereka jalani kehidupan dengan penuh kekuatan, yang mana kekuatan itu tidak akan tergoyah dengan sebarang kelemahan, dan lagi, mereka tidak akan sesekali bersedia untuk tunduk kepada kebendaan, harta, kekuasaan dan apa sahaja yang boleh menjadi tujuan selain daripada Allah SWT”.26 Hasil yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sememangnya berbekas dan berlaku. Para Sahabat RA, tabi’in dan mereka selepas daripada mereka, yang mengikuti Rasulullah SAW dalam pemurniaan hati mereka, adalah umat madani (membangun), bukan sahaja kerohanian mereka, malah ilmu, peradaban, ekonomi dan segala hal berkaitan dengan kehidupan mereka. Kesimpulan
26
Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islami (Kaherah: Dar al-Thaqafah, t.t), 43, 44.
39
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Kerahmatan keseluruh alam yang menjadi visi pengutusan Rasulullah SAW sememangnya benar dan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini. Risalah kenabian Baginda bukan hanya tertumpu kepada dakwah lisan atau perbuatan, malah juga dakwah hati. Bahkan dakwah hati inilah yang menjadi keutamaan Rasulullah SAW kerana bermula daripadanya terbit dakwah lisan dan perbuatan, seterusnya tersebarnya kesejahteraan di alam ini. Para sufi yang terdiri daripada ulama’ dan aulia’ telah menyediakan diri mereka di atas dakwah hati ini. Mereka boleh diibaratkan sebagai perantara yang menghubungkan semua manusia dengan Rasulullah SAW, kerana semua manusia mempunyai hati dan berupaya mengisinya dengan kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW lakukan dan anjurkan. Justeru, di atas dasar ini, sepatutnya orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasulNya, mendekatkan diri mereka dengan para sufi dan Ilmu Tasawuf, sebagai langkah mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Semoga makalah ini dapat memberikan pencerahan kepada sesiapa yang mencari kebenaran mengenainya serta manfaat bagi kami di dunia dan di akhirat. Wallahua’lam.
40
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
RUJUKAN ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Tasawwuf al-Islami: sakhsiyyat wa nusus ma‘a kitab alMunqidh min al-dalal, ed. Muni‘‘Abd alHalim Mahmud. Ajuzah: Maktabah alIman, 2004. ‘Abd al-Qadir ‘Isa, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf . Kaherah: Dar al-Muqattam, 2005. Abu al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftazani, Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islami. Kaherah: Dar al-Thaqafah, t.t. Al-Alusi, Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud alAlusi al-Baghdadi, Ruh al-Ma‘ani fi tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al-Mathani, ed. Al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi alBaghdadi. Beirut: Idarah al-tiba‘ah almiriyyah wa dar ihya’ al-turath al-‘arabi. Al-Bukhari, Abi‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il, Sahih al-Bukhari, ed. Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi. Kaherah: Dar alHadis, 2011. Al-Fasi, Ahmad bin Ahmad al-Birnisi, Qawa‘id al-Tasawwuf, ed. Taha al-
41
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
DusuqiHibishiKaherah: Maktabah al-Iman, 2013. Al-Jilani, ‘Abd al-Qadir al-Jilani al-Hasani, alFath al-Rabbani wa al-Fayd al-Ruhmani, ed. Yusuf bin Mahmud al-Haj Ahmad. Damsyiq: Maktabah al-‘Ilm al-Hadith, 2000.
Al-Jurjani, al-Sayyid al-Sharif Abi al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali al-Husayni, alTa‘rifat, ed. Muhammad Bashil ‘Uyun alSud. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2009. Al-Muhasibi, al-Harith bin Asad al-Muhasibi alBasri, Risalah al-Mustarshidin, ed. ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. cet. Ke-9, Kaherah: Dar al-Salam, 1999. Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, ed. Yasir Sulayman Abu Shadi, Majdi Fathi al-Sayyid. Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah. Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-qulub fi mu‘amalah ‘allam al-ghuyub, ed. Muhammad ‘Ali Idilbi. Mesir: Dar alTurath al-Islami, 1993. Muhammad FawqiHajjaj, Mawaqif min alTasawwuf al-Islami: dirasah tahliliyyah li tafsir zahirah al-ingkar ‘ala al-Sufiyyah. Kaherah: Dar al-Taba‘ah alMuhammadiyyah, 1984. Muhammad bin Ishaq bin al-Bukhari alKalabadhi, Kitab al-ta‘rif li madhhab ahl al-Tasawwuf, ed. Arthur John Obry. cet. ke-2, Kaherah: Maktabah al-Khanji, 1994.
42
Mohd Hamidi, Ahmad Najaa, Muhammad Khairi , “Peranan Tarekat Tasawuf dalam Pembangunan Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin”, Jurnal Qalbu 15 (Jun 2017): 19-42
Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari, ‘Aqidatuna. cet. ke-10, t.tp, t.p, 2005.
43