Program “20% Festive Cash Back” Terma dan Syarat Terma-terma dan Syarat-syarat di sini (“Terma dan Syarat”) adalah tambahan kepada dan untuk dibaca bersama dengan perjanjian kad kredit (“Perjanjian Kad”) AmBank (M) Berhad (“AmBank”) / AmIslamic Bank Berhad (“AmIslamic Bank”) / MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd (secara kolektif dirujuk sebagai “Bank”) yang mentadbir ke atas penggunaan kad kredit yang dikeluarkan oleh AmBank / AmIslamic Bank / MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd (“Kad”). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakseragaman di antara Terma dan Syarat ini dan Perjanjian Kad, Terma dan Syarat ini akan berkuatkuasa setakat berkaitannya dengan Program ini. Definisi Kecuali di mana konteks diperlukan, atau dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini, semua perkataan, nama dan ekspresi yang ditakrifkan di dalam Perjanjian Kad, apabila digunakan atau dirujuk di dalam Terma dan Syarat ini, hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kad. "Ahli Kad Yang Layak" bermaksud Pelanggan Bank yang telah memohon dan telah dikeluarkan dengan Kad Prinsipal dan/atau Kad Tambahan dalam Tempoh Promosi seperti yang diterangkan di sini. "Program" bermaksud "20% Festive Cash Back” yang dianjurkan oleh pihak Bank menurut terma dan syarat yang ditetapkan di sini. Kata-kata yang melambangkan orang termasuklah orang yang hidup dan jika dan di mana berkenaan, badan atau orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang bererti tunggal juga hendaklah termasuk jamak dan sebaliknya. Perkataan yang bermaksud jantina lelaki hendaklah termasuk jantina perempuan dan neuter. Program 1. Program “20% Festive Cash Back” (“Program”) ini akan bermula dari 1 Februari 2015 sehingga 30 April 2015 (“Tempoh Program”), termasuk kedua-dua tarikh tersebut atau mana-mana tarikh lain yang akan ditentukan sepenuhnya oleh Pihak Bank dari semasa ke semasa. 2. Semua Ahli Kad Prinsipal dan Kad Tambahan layak untuk menyertai tetapi berdasarkan penyertaan berasingan kecuali: a. Ahli Kad Debit, Kad Prabayar, Kad Korporat, Kad Komersil, dan Kad Insuran keluaran AmBank; b. Ahli Kad yang mempunyai akaun Kad kredit yang pernah digantung, dibatalkan atau ditamatkan di atas apa-apa sebab / semasa Tempoh Program / semasa pengkreditan Pulangan Tunai. Kriteria Pendaftaran 3. Untuk mengambil bahagian dalam Program ini, Ahli Kad Yang Layak perlu mendaftar melalui SMS sekali semasa Tempoh Program seperti berikut: Getcash<jarak>Nombor Kad Pengenalan 12-digit ke 66300. Contoh: Getcash 771129105033 (SMS yang dihantar tidak sensitif sama ada huruf besar atau kecil) Page 1 of 5 20FCBBM3001
4. Syarikat telekomunikasi yang layak untuk pendaftaran SMS: Maxis, Celcom, DiGi, dan UMobile sahaja. Caj biasa syarikat-syarikat telekomunikasi dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar. Pendaftaran dalam format yang lain akan terbatal secara automatik. 5. Selepas pendaftaran, SMS pengesahan penerimaan penyertaan akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang digunakan untuk mendaftar bagi mengesahkan SMS diterima oleh Pihak Bank dan bukan untuk mengesahkan kemenangan Pulangan Tunai. Bukti SMS yang dihantar oleh Ahli Kad bukan menandakan bukti SMS yang diterima oleh Pihak Bank. Ahli Kad Yang Layak adalah bertanggungjawab untuk memastikan butiran SMS adalah lengkap dan tepat. 6. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dan berhak menggunakan budi bicara mutlak untuk membatalkan sebarang pendaftaran yang tidak lengkap / tepat (SMS), penyertaan lewat, kesalahan mesej, pendaftaran gagal disebabkan kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang dialami pengendali ‘Telco’ atau apa jua sebab yang Pihak Bank (dengan meggunakan budi bicara mutlak) anggap sesuai. Kriteria Pemilihan & Perbelanjaan 7. Ahli Kad dikehendaki memiliki Kad kredit yang sah dan menggunakan Kad kredit untuk sebarang transaksi runcit dengan nilai minimum RM150.00 dalam satu bil (“Transaksi Yang Layak”) menurut Transaksi Yang Layak berdasarkan kepada Kod Kategori Peniaga seperti Fasal 9 di bawah. Transaksi runcit bermaksud transaksi pembelian untuk barangan yang dikenakan untuk penggunaan peribadi dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk urus niaga pertaruhan atau perjudian. 8. Penjejakan Pulangan Tunai yang diperolehi Ahli Kad yang Berkelayakan akan bermula pada hari yang sama di mana pendaftaran diakui oleh Pihak Bank dan seterusnya [Misalnya, Ahli Kad yang Berkelayakan yang mendaftar pada 15 Februari 2015, transaksi runcit yang layak hanya akan dijejak dari 15 Februari 2015 sehingga akhir Program]. 9. Transaksi Runcit Yang Layak termasuk semua transaksi runcit tempatan dan luar negara bagi amaun minima RM150 berdasarkan kepada Kod Kategori Peniaga (MCC) berikut: Kategori Transaksi Runcit Menjamu Selera
Contoh MCC
Kod MCC
Tempat makan/ restoran/ restoran makanan segera
5811, 5812, 5813*, 5814
Barangan Runcit
Termasuk pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Cold Storage, AEON, Mydin, 99 Speedmart Fesyen termasuk kasut, pakaian dan aksesori. Gedung serbaneka termasuk AEON, Parkson, Isetan, Metrojaya, Sogo, Tangs
5411, 5422, 5441, 5451, 5462, 5499, 5921*, 9751, 9752
Fesyen & Gedung Serbaneka
5137, 5139, 5611, 5621, 5631, 5641, 5651, 5655, 5661, 5681, 5691, 5697,5698, 5699, 7296, 5311
*Nota: Tidak layak untuk pemegang kad AmIslamic Bank
Page 2 of 5 20FCBBM3001
10. Transaksi yang dikecualikan ialah semua transaksi dalam talian/internet, semua Pesanan Pos, Pesanan Telefon, AmFlexi-Pay, pembayaran arahan tetap, transaksi pembiayaan perdagangan dan transaksi di bawah selenggaraan khas yang boleh digunakan untuk menebus rebat dan bayaran ansuran. 11. Transaksi yang dibuat di peniaga yang tidak memproses urus niaga di bawah kod MCC seperti yang ditunjukkan dalam klausa 9 tidak layak sebagai Transaksi Layak. 12. Semua transaksi runcit yang layak mesti dilakukan dengan jayanya & dibil ke akaun Ahli Kad Yang Layak untuk ganjaran pulangan tunai. Pihak Bank membenarkan lima (5) hari kalendar untuk transaksi runcit yang layak dibil ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak. Pihak Bank tidak bertanggungjawab dalam apa saja cara ke atas kelewatan bil yang dicaj ke akaun Ahli Kad Yang Layak oleh peniaga dan/atau pihak ketiga. 13. Kumpulan Pulangan Tunai 13.1. Pemilihan pemenang pulangan tunai akan diberikan berdasarkan “yang terdahulu di dahulukan” melalui jumlah tunai sebanyak RM900.00 setiap jam (“Pulangan Tunai Harian Setiap Jam”) dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang Tempoh Program. Peruntukan Pulangan Tunai Harian Setiap Jam adalah berdasarkan kepada jadual di bawah: Slot masa berdasarkan tarikh dan masa Tunai Terkumpul Setiap Jam pada sistem Bank 10:00:00 pagi sehingga 11:00:00 pagi RM900.00 11:00:01 pagi sehingga 12:00:00 petang RM900.00 12:00:01 tengahari sehingga to 1:00:00 RM900.00 petang 1:00:01 petang sehingga 2:00:00 petang RM900.00 2:00:01 petang sehingga 3:00:00 petang RM900.00 3:00:01 petang sehingga 4:00:00 petang RM900.00 4:00:01 petang sehingga 5:00:00 petang RM900.00 5:00:01 petang sehingga 6:00:00 petang RM900.00 6:00:01 petang sehingga 7:00:00 petang RM900.00 7:00:01 petang sehingga 8:00:00 malam RM900.00 8:00:01 malam sehingga 9:00:00 malam RM900.00 9:00:01 malam sehingga 10:00 malam RM900.00 Pulangan Tunai Harian RM10,800 13.2. Baki Tunai Terkumpul yang diperuntukkan pada jam/hari penyertaan yang tidak digunakan (jika ada) akan dibawa ke jam/hari seterusnya. Kelayakan Pulangan Tunai 14. Bilangan maksima Pulangan Tunai yang akan diberikan kepada Ahli Kad adalah satu (1) kali sejam dan Ahli Kad adalah layak untuk Pulangan Tunai maksima RM38 sehari dan dihadkan kepada RM188 sebulan. Makluman Kepada Pemenang Pulangan Tunai 15. Pihak Bank akan menghubungi para pemenang Pulangan Tunai menerusi SMS menerusi nombor telefon yang digunakan oleh Ahli Kad Yang Layak sewaktu menghantar Penyertaan. Dengan tidak mengira perkara yang termaktub di atas, Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya dan tertakluk Page 3 of 5 20FCBBM3001
kepada budi bicaranya yang mutlak untuk menggunakan apa jua cara atau medium yang difikirkan sesuai untuk mengumumkan para pemenang Pulangan Tunai Harian. Pulangan Tunai Harian akan dikreditkan ke akaun Kad Ahli Kad Yang Layak dan dipamerkan pada penyata kad yang seterusnya. Penyingkiran 16. Pihak Bank berhak dengan sepenuhnya untuk menyingkir mana-mana Transaksi Yang Layak tanpa mengeluarkan sebarang notis atau memaklumkan Ahli Kad berdasarkan faktor berikut: a) Semua penyertaan yang diterima sebelum dan selepas Tempoh Program yang ditetapkan. b) Butiran pendaftaran yang tidak tepat atau tidak lengkap. c) Penyertaan dengan nilai transaksi kurang daripada RM150 d) Akaun Ahli Kad Yang Layak yang mengalami sebarang kegagalan untuk kemudahankemudahan yang disediakan pada sepanjang Tempoh Program, yang mana tertakluk kepada budi bicara Pihak Bank; dan/atau akaun pemegang kad kredit Bank yang telah ditutup sebelum pengumuman pemenang 17. Dengan menyertai Program ini dan hanya dengan tujuan Program ini, Ahli Kad memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka hanya setakat yang perlu kepada penyedia perkhidmatan Bank bagi tujuan menjalankan Program ini. Liabiliti 18. Pemilihan kesemua pemenang Pulangan Tunai oleh Pihak Bank adalah muktamad dan sebarang bantahan mengenainya tidak akan dilayan. Bahasa 19. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau kesamaran di dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, kedua-dua Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia akan di tafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan akan membawa maksud yang sama. Kepatuhan kepada Terma dan Syarat Program 20. Ahli Kad dikehendaki mematuhi segala Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Bank bagi Program ini. Pihak Bank berhak menarik balik Pulangan Tunai jika mendapati Ahli Kad gagal mematuhi Terma dan Syarat yang terkandung. 21. Segala Terma dan Syarat yang terkandung di sini adalah dilindungi dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan apa jua pertikaian mengenainya akan dibicarakan di mahkamah di Kuala Lumpur. 22. Ahli Kad dianggap telah membaca dan memahami segala Terma dan Syarat yang dinyatakan. Pihak Bank berhak untuk menukar, mengubah dan/atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini dari masa ke semasa dan sebarang perubahan akan diumumkan dalam masa 21 hari kalendar menerusi laman web di www.ambank.com.my
Page 4 of 5 20FCBBM3001
Program Pulangan Tunai Jemputan Khas Kandungan Terma dan syarat ini ("Terma dan Syarat") adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Program "20% Festive Cash Back".
Kelayakan 1. Penyertaan adalah melalui jemputan khas SAHAJA dan jemputan adalah mengikut budi bicara pihak Bank. Penyertaan adalah terhad kepada Ahli Kad yang telah menerima khidmat pesanan ringkas ("Jemputan SMS") atau E-mel ("Jemputan E-mel") daripada pihak Bank semasa Tempoh Program. Pemilihan dan Kriteria Perbelanjaan 2. Ahli Kad yang dijemput yang membuat transaksi runcit bernilai RM150 minima ke atas Transaksi yang Layak seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Program “20% Festive Cash Back” dalam tempoh masa yang diberikan seperti yang dinyatakan di dalam Jemputan SMS atau E-mel akan menerima pulangan tunai sebanyak RM8, ke atas Transaksi Yang Layak pertama berdasarkan tarikh dan masa yang dikekalkan oleh sistem Bank. 3. Transaksi Yang Layak juga layak untuk pulangan tunai 20% seperti yang digariskan dalam klausa 9 di Terma dan Syarat Program "20% Festive Cash Back" ini. 4. Ahli Kad hanya layak untuk mendapat Pulangan Tunai maksimum sebanyak RM38 sehari dan dihadkan kepada RM188 sebulan. Jika tarikh dan masa Transaksi Kad berbeza daripada tarikh dan masa sistem Bank, dan pertikaian berbangkit apabila urus niaga Kad telah mengambil tempat, tarikh dan masa sistem Bank akan diguna pakai. 5. Keputusan Bank adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Jika manamana perkara yang timbul yang tidak dilindungi di dalam Terma dan Syarat ini, ianya akan ditetapkan oleh Pihak Bank.
Page 5 of 5 20FCBBM3001