PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN
ZHULIAN
PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN
ZHULIAN
INSENTIF KEEMASAN ZHULIAN DS
SE
SM
SSM
DSM CDM RCM RCD Keuntungan Runcit (±15% - 20% daripada DP) Bonus Pencapaian (3% - 22% daripada BV) Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi (7% daripada BV) Bonus Perkembangan Kepimpinan (21% daripada BV) Bonus Pencapaian Diamond (7% daripada BV) Tabung Kereta (3% daripada BV) Bonus Eksklusif Diamond (2% daripada BV) Forum Antarabangsa Diamond Bonus Kecemerlangan Royal (2% daripada BV) Anugerah Tunai RCD (imbuhan tunai RM50,000 sekali sahaja)
KEUNTUNGAN RUNCIT (± 15% - 20% daripada DP)
Semua Pengedar layak memperolehi KEUNTUNGAN RUNCIT sejumlah ±15% - 20% daripada penjualan produk Syarikat kerana Harga Pengedar adalah ±15% - 20% kurang daripada Harga Runcit. (Sila rujuk muka surat 7 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
BONUS PENCAPAIAN (3% - 22% daripada BV)
Semua Pengedar layak memperolehi BONUS PENCAPAIAN bersamaan 3% - 22% daripada BV Kumpulan Peribadi pada bulan jualan berkenaan dengan PV Peribadi minimum sebanyak 300. (Sila rujuk muka surat 7 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
BONUS PENCAPAIAN KUMPULAN PERIBADI (7% daripada BV)
Semua Pengedar berpangkat SE dan ke atas yang “Layak Secara Kolektif 5400” layak menikmati BONUS PENCAPAIAN. KUMPULAN PERIBADI iaitu 7% daripada BV Rangkaian Syarikat. (Sila rujuk muka surat 10 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
01
PELA N PERN IA G A AN KEEMASAN
ZHULIAN
BONUS PERKEMBANGAN KEPIMPINAN (21% daripada BV)
Semua Pengedar berpangkat SE dan ke atas yang “Layak Secara Kolektif 5400” dan mencapai jumlah jualan bagi SATU (1) QL atau lebih layak menikmati BONUS PERKEMBANGAN KEPIMPINAN iaitu 21% daripada BV Rangkaian Syarikat. (Sila rujuk muka surat 11 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
BONUS PENCAPAIAN DIAMOND (7% daripada BV)
Semua Pengedar berpangkat DSM dan ke atas yang “Layak Secara Kolektif 5400” dan mencapai jumlah jualan bagi EMPAT (4) QL atau lebih layak menikmati BONUS PENCAPAIAN DIAMOND iaitu 7% daripada BV Rangkaian Syarikat. (Sila rujuk muka surat 14 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
TABUNG KERETA (3% daripada BV)
Semua Pengedar berpangkat DSM dan ke atas yang “Layak Usaha Sendiri 5400” dan mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) QL atau lebih untuk TIGA (3) bulan jualan berturut-turut layak memohon TABUNG KERETA iaitu 3% daripada BV Rangkaian Syarikat. (Sila rujuk muka surat 15 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
BONUS EKSKLUSIF DIAMOND (2% daripada BV)
Semua Pengedar berpangkat DSM dan ke atas yang “Layak Secara Kolektif 5400” dan mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) QL atau lebih di mana DUA (2) daripadanya mencapai jumlah jualan QSM atau Pengedar berpangkat lebih tinggi layak menikmati BONUS EKSKLUSIF DIAMOND iaitu 2% daripada BV Rangkaian Syarikat. (Sila rujuk muka surat 21 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
FORUM ANTARABANGSA DIAMOND
Insentif ini teristimewa buat Yang TERBAIK Di Antara Yang TERBAIK di kalangan Pengedar berpangkat DSM dan ke atas yang membolehkan Pemimpin yang berjaya memenuhi syarat kelayakan untuk membawa pasangan masing-masing bagi menyertai FORUM ANTARABANGSA DIAMOND yang berlangsung di destinasi terpilih di luar negara. Untuk kelayakan kali pertama hingga ketiga, syarat kelayakannya adalah mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih, dan mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) QL atau lebih dalam mana-mana ENAM (6) bulan jualan dalam satu tahun kalendar. Bagi kelayakan kali keempat dan ke atas, perlu sama ada mengekalkan syarat seperti di atas dalam mana-mana SEMBILAN (9) bulan jualan dalam satu tahun kalendar ATAU mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih, dan mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) QL atau lebih di mana DUA (2) daripadanya mencapai jumlah jualan QSM atau Pengedar berpangkat lebih tinggi dalam mana-mana ENAM (6) bulan jualan dalam satu tahun kalendar. (Sila rujuk muka surat 23 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
BONUS KECEMERLANGAN ROYAL (2% daripada BV)
BONUS KECEMERLANGAN ROYAL adalah 2% daripada BV Rangkaian Syarikat yang dibahagikan di kalangan Pemimpin Royal (RCD dan RCM) yang “Layak Secara Kolektif 5400” yang berjaya mencapai jumlah jualan bagi SEPULUH (10) QL atau lebih di mana EMPAT (4) daripadanya mencapai jumlah jualan QSM atau Pengedar berpangkat lebih tinggi dalam mana-mana DUA (2) bulan jualan dalam setiap suku tahun. (Sila rujuk muka surat 24 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
ANUGERAH TUNAI RCD (Imbuhan tunai RM50,000 sekali sahaja)
ANUGERAH TUNAI RCD adalah anugerah imbuhan tunai sebanyak RM50,000 yang hanya diberikan sekali sahaja secara sekaligus semasa konvensyen kebangsaan Syarikat kepada Pemimpin yang baru dinaikkan ke pangkat Pengarah Mahkota Royal (RCD) sebagai ganjaran ke atas kejayaan mereka mencapai pangkat tertinggi di ZHULIAN. (Sila rujuk muka surat 26 untuk butiran lengkap berkenaan insentif ini)
02
PELA N PERN IA G A AN KEEMASAN
ZHULIAN
PENGENALAN Selamat datang ke Dunia Keemasan ZHULIAN dan tahniah diucapkan di atas keputusan bijak anda memilih salah sebuah syarikat Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-level Marketing - MLM) yang paling dinamik, mantap dan pesat berkembang di rantau ini. Dibangunkan sejak tahun 1989, ZHULIAN telah pesat membangun sebagai sebuah syarikat Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-level Marketing - MLM) utama di rantau ini dan pada hari ini terdiri daripada sebuah Syarikat bersepadu yang terlibat aktif bagi membangunkan, mengilangkan dan memasarkan rangkaian meluas produk. Kejayaan membanggakan Kumpulan telah menjurus kepada penyenaraian awam syarikat pegangan pelaburannya, ZHULIAN CORPORATION BERHAD di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada tahun 2007. Sejak sekian lama, ZHULIAN berbangga melahirkan ribuan Pengedar yang berjaya; mencipta rangkaian pengedaran meluas yang menjangkau ke rantau Asia Tenggara dan mengukuhkan kedudukan kami di Thailand, Indonesia dan Singapura. ZHULIAN juga turut membekalkan ilmu pembangunan peribadi dan latihan kepimpinan; meningkatkan pengkayaan kerjaya dan mencipta kehidupan yang lebih bermakna demi kejayaan dan pencapaian tanpa batasan. Panduan Perniagaan Keemasan ZHULIAN ini direka khas untuk memimpin laluan anda menuju kejayaan yang menakjubkan – merealisasikan impian anda dan memastikan anda menikmati masa depan yang dipenuhi harapan, cita-cita dan pencapaian. Ia mengandungi penerangan terperinci dan contoh-contoh jelas tentang mekanisma Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN yang adil, saksama dan terbukti berjaya mengubah dan meningkatkan gaya hidup Pengedar yang tidak terkira ramainya di rantau ini. Dengan pemahaman mendalam berkenaan konsep, cara dan matlamat berkaitan kenaikan pangkat, pencapaian bonus, insentif, pengiktirafan, etika Pengedar, polisi, prosedur dan peraturan pengoperasian yang terkandung di sini, para Pengedar ZHULIAN akan lebih bersedia dan yakin untuk merealisasikan sepenuhnya potensi dalam kerjaya keemasan ZHULIAN mereka dan mencapai kejayaan yang melewati impian mereka!
PRINSIP PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN
Asas bagi PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN adalah berdasarkan kepada prinsip 3S: “Selling” (Penjualan), “Sponsoring” (Penajaan) dan “Service” (Perkhidmatan). Selling Selling “Penjualan”
3S
Sponsoring “Penajaan”
Service “Perkhidmatan”
"Penjualan" merupakan batu asas bagi PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, manakala "Penajaan" pula merupakan penggerak perkembangan perniagaan, sedangkan "Perkhidmatan" adalah semangat yang perlu dipupuk agar anda dapat terus memperjuangkan kejayaan dalam perniagaan ini. Sebagai Pengedar, jumlah pendapatan anda adalah berdasarkan pencapaian anda sendiri serta rangkaian downline tajaan anda dalam penjualan produk ZHULIAN. Oleh itu, jika anda menjual barangan dan pada masa yang sama membantu downline anda menduplikasi usaha penjualan dan penajaan anda, maka anda akan dapat mencapai kejayaan melalui cara yang lebih pasti dan teratur. Justeru itu, anda perlu sentiasa ingat bahawa ketiga-tiga prinsip Penjualan, Penajaan dan Perkhidmatan ini mesti dilaksanakan secara serentak dalam memastikan jaringan perniagaan keemasan ini kukuh dan berkembang pesat. Berikutan dari itu, semakin anda menguasai tapak perniagaan yang kukuh, ia akan membantu anda merealisasikan impian dan matlamat.
03
PELA N PERN IA G A AN KEEMASAN
ZHULIAN
KRITERIA ASAS PENGIRAAN Kriteria asas pengiraan di dalam PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN adalah Nilai Mata (Point Value - PV) dan Jumlah Perniagaan (Business Volume - BV). Setiap produk ZHULIAN telah ditetapkan Nilai Mata (PV) dan Jumlah Perniagaan (BV) masing-masing. Kedua-dua kriteria ini akan menjadi piawaian pengiraan pencapaian jualan, pengagihan bonus-bonus dan lain-lain insentif serta persyaratan kenaikan pangkat.
DEFINISI Bagi tujuan rujukan PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, istilah-istilah yang berikut akan diguna pakai: Jumlah Perniagaan / Business Volume (BV) ialah nilai angka (dalam nilai mata wang tempatan yang ditentukan oleh ZHULIAN) yang merujuk kepada dana yang boleh digunakan untuk pengiraan bonus-bonus dan lain-lain insentif daripada penjualan produk. Asasnya, BV terbahagi kepada dua jenis:i.
BV Rangkaian Syarikat / Company Network BV merujuk kepada Jumlah BV bagi Syarikat di Malaysia / Singapura yang dinyatakan dalam Ringgit Malaysia untuk pengiraan bonus-bonus dan lain-lain insentif di Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN (Malaysia).
ii. BV Kumpulan Peribadi / Personal Group BV merujuk kepada Jumlah BV yang diperolehi oleh Pengedar serta downlinenya hasil daripada jualan produk ZHULIAN dalam bulan jualan berkenaan (tidak termasuk BV para downlinenya yang telah dinaikkan ke pangkat Eksekutif Jualan dan ke atas di dalam rangkaian tajaannya). Nilai Mata / Point Value (PV) ialah nilai angka yang merujuk kepada mata yang diberikan untuk setiap produk bagi menentukan tahap-tahap pengiktirafan, bonus-bonus dan lain-lain insentif yang layak diterima oleh Pengedar berdasarkan jualan produk ZHULIAN. Asasnya, Nilai Mata (PV) terbahagi kepada tiga jenis:i.
PV Peribadi / Personal PV merujuk kepada jumlah Nilai Mata (PV) yang diperolehi daripada jualan produk Syarikat oleh Pengedar dalam bulan jualan berkenaan.
ii. PV Kumpulan Peribadi / Personal Group PV merujuk kepada jumlah Nilai Mata (PV) yang diperolehi oleh Pengedar (PV Peribadi) serta downlinenya (PV Kumpulan) hasil daripada penjualan produk ZHULIAN dalam bulan jualan berkenaan (tidak termasuk Nilai Mata (PV) para downlinenya yang telah dinaikkan ke pangkat Eksekutif Jualan dan ke atas di dalam rangkaian tajaannya). iii. PV Kumpulan Peribadi Terkumpul / Accumulated Personal Group PV merujuk kepada jumlah terkumpul PV Peribadi serta PV Kumpulan (tidak termasuk Nilai Mata (PV) para downlinenya yang telah dinaikkan ke pangkat Eksekutif Jualan dan ke atas di dalam rangkaian tajaannya). Harga Pengedar (DP) ialah harga borong yang dinikmati secara eksklusif oleh para Pengedar ZHULIAN yang berdaftar. Nilai per Mata ialah nilai yang diperolehi melalui pembahagian BV Rangkaian Syarikat kepada jumlah mata yang diperolehi oleh Pengedar layak yang memegang pangkat yang berkaitan.
04
PELA N PERN IA G A AN KEEMASAN
ZHULIAN
Setelah Pengedar mencapai suatu piawaian kenaikan pangkat, demi layak memperolehi bonus-bonus dan lain-lain insentif di bawah PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, para Pengedar mesti sama ada “Layak Usaha Sendiri 5400” atau “Layak Secara Kolektif 5400”: i. Layak Usaha Sendiri 5400 bermaksud berjaya mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 tanpa mengambil kira “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada downline berpangkat Eksekutif Jualan yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400. (Sila rujuk Kaedah Mampatan Nilai Mata) ii. Layak Secara Kolektif 5400 bermaksud keadaan di mana Pengedar berjaya mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 hanya setelah mengambil kira “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada downline berpangkat Eksekutif Jualan yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400. (Sila rujuk Kaedah Mampatan Nilai Mata) PV yang dipindahkan / Push-up PV adalah Nilai Mata (PV) yang dipindahkan daripada downline berpangkat Eksekutif Jualan yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 melalui Kaedah Mampatan PV. Garisan Layak / Q ualified Line (Q L) merujuk kepada garisan penajaan yang mencapai jumlah jualan yang memenuhi syarat “Layak Secara Kolektif 5400” dan tidak kira berapa Eksekutif Jualan Layak (QSE) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi yang layak yang muncul di dalam garisan yang sama, setiap Garisan Layak (QL) dikira sebagai SATU (1) Garisan Layak (QL) sahaja. Eksekutif Jualan Layak / Q ualified Sales Executive(Q SE) ialah Eksekutif Jualan yang memenuhi syarat “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 setelah mengambil kira “PV yang dipindahkan”. Pengurus Jualan Layak / Q ualified Sales Manager (Q SM) ialah Pengurus Jualan yang memenuhi syarat-syarat berikut:A) “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 setelah mengambil kira “PV yang dipindahkan”; dan... B) Mencapai jumlah jualan bagi DUA (2) Garisan Layak (QL) atau lebih. Pengurus Jualan Intan Layak / Q ualified Diamond Sales Manager (Q DSM) ialah Pengurus Jualan Intan yang memenuhi syarat-syarat berikut:A) Mencapai PV Peribadi sebanyak 300; dan... B) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih.
05
PELA N PERN IA G A AN KEEMASAN
ZHULIAN
KAEDAH MAMPATAN NILAI MATA Sebelum pengiraan Bonus dibuat pada setiap bulan jualan, sistem komputer pemprosesan bonus akan memampatkan PV kepunyaan Pengedar yang gagal mencapai PV Peribadi sebanyak 300 ke atas, dipindahkan kepada upline Eksekutif Jualan pertama yang mencapai PV Peribadi sebanyak 300. (PV Peribadi sebanyak 300 adalah keperluan minimum kelayakan mendapat bonus-bonus dan lain-lain insentif di bawah PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN). Berikutan dari proses di atas, sistem komputer sekali lagi akan memampatkan PV kepunyaan Eksekutif Jualan yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 ke atas, sehingga membolehkan seorang Eksekutif Jualan berjaya mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 di dalam garisan dan “Layak Secara Kolektif 5400”. (Sebelum mengambil kira “PV yang dipindahkan” tersebut, PV Kumpulan Peribadinya mungkin kurang daripada 5400). Dengan penggunaan kaedah ini, ZHULIAN dapat memastikan bahawa Eksekutif Jualan dan Pengedar berpangkat lebih tinggi akan menerima jumlah PV yang sejajar dengan kedudukan mereka, meskipun wujudnya downline berpangkat Eksekutif Jualan yang progresif atau kurang progresif dalam rangkaian jualan masing-masing. Kaedah Mampatan Nilai Mata yang diaplikasikan oleh ZHULIAN adalah bertujuan memupuk kerjasama di antara para Eksekutif Jualan yang progresif dan yang kurang progresif dalam rangkaian penajaannya, serta mengelakkan hak Eksekutif Jualan aktif untuk mendapatkan insentif terjejas dengan kehadiran Eksekutif Jualan kurang progresif dalam rangkaian.
JAMINAN 'NILAI MATA' PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 adalah keperluan minimum untuk kelayakan mendapat bonus-bonus dan lain-lain insentif seperti yang dinyatakan di dalam buku panduan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih setelah mengambil kira “PV yang dipindahkan”yang dikira daripada Kaedah Mampatan PV, maka Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi tersebut hanya perlu mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 PV bagi kelayakan mendapat bonus-bonus dan lain-lain insentif di bawah PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, kecuali dinyatakan sebaliknya, dengan syarat Pengedar tersebut menolak jumlah PV daripada Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertamanya bagi memenuhi kekurangan PV Kumpulan Peribadinya supaya mencecah sebanyak 5400. Jaminan ‘Nilai Mata’ ini menguntungkan upline yang aktif melakukan penajaan dengan daya kepimpinan mantap terhadap rangkaiannya.
06
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
1.
KEUNTUNGAN RUNCIT Pengedar ZHULIAN memperolehi Keuntungan Runcit secara terus daripada penjualan produk ZHULIAN kepada pelanggan (sejumlah lebih kurang 15% - 20% daripada Harga Pengedar). Sebagai contoh, bagi produk ZHULIAN yang berharga runcit RM120.00, Harga Pengedar ialah RM100.00 dan Keuntungan Runcit yang diperolehi ialah sebanyak RM20.00.
2.
Keuntungan Runcit
BONUS PENCAPAIAN (3% - 22%)
Bonus Pencapaian
Selain daripada keuntungan runcit, Pengedar-pengedar ZHULIAN juga berpeluang memperolehi keuntungan daripada BV Peribadi dan BV Kumpulan sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat yang tertentu pada setiap bulan jualan. Bonus Pencapaian / Performance Bonus (PB) adalah 22% daripada jumlah BV bulanan Rangkaian Syarikat dan ia diberikan kepada para Pengedar yang menunjukkan prestasi luar biasa di antara Kumpulan Peribadinya. Tidak ada had masa untuk mengumpulkan PV Kumpulan Peribadi sementara PV Peribadi bulanan minimum pula hanyalah sebanyak 300. Bonus Pencapaian ini diagihkan kepada para Pengedar yang layak pada akhir setiap bulan jualan.
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
2.1. Syarat Kelayakan
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Mengekalkan PV Peribadi sekurang-kurangnya 300.
2.2. Kaedah Pengiraan Bonus Pencapaian yang layak dinikmati oleh Pengedar adalah berdasarkan jumlah terkumpul PV Peribadi anda ditambah dengan PV Kumpulan anda. Sebagai Pengedar, anda perlu sentiasa membimbing downline anda agar menduplikasi usaha penajaan dan penjualan supaya rangkaian anda mencapai PV Kumpulan Terkumpul yang lebih tinggi, sekali gus anda juga akan memperolehi peratusan Bonus Pencapaian yang lebih tinggi (Sila rujuk kepada Jadual Bonus Pencapaian). Dengan ini, anda akan mendapat faedah selisih yang lebih lumayan.
JADUAL BONUS PENCAPAIAN PV Kumpulan Peribadi Terkumpul 18000 PV dan ke atas* 6000 PV dan ke atas* 3000 PV dan ke atas 1500 PV dan ke atas 300 PV dan ke atas *
22% 15% 10% 6% 3%
Bonus Pencapaian daripada jumlah BV anda daripada jumlah BV anda daripada jumlah BV anda daripada jumlah BV anda daripada jumlah BV anda
Apabila PV Kumpulan Peribadi Terkumpul mencapai 6000, dalam bulan jualan yang sama atau mana-mana bulan jualan selepas itu, anda perlu mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 1000 (termasuk PV Peribadi sekurang-kurangnya 300) supaya anda dapat menikmati Bonus Pencapaian sebanyak 15%. Seterusnya, dalam bulan jualan yang sama atau mana-mana bulan jualan selepas PV Kumpulan Peribadi Terkumpul anda mencapai 18000, anda perlu mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 3000 (termasuk PV Peribadi sekurang-kurangnya 300) supaya anda dapat menikmati Bonus Pencapaian sebanyak 22%. Dengan ini, anda akan dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif Jualan pada bulan berikutnya.
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Nota: A) PV Kumpulan Peribadi Terkumpul merupakan jumlah terkumpul PV Peribadi campur PV Kumpulan. B) PV Kumpulan Peribadi Terkumpul akan menentukan peratusan Bonus Pencapaian, di mana jumlah Bonus Pencapaian akan dikira berdasarkan BV Kumpulan Peribadi bulanan.
07
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
Bulan Jualan Pertama Mengambil Langkah Pertama Keuntungan Runcit
Apabila PV Peribadi anda bagi bulan jualan tertentu ialah 1500PV, pengiraan pendapatan anda untuk bulan jualan itu adalah seperti berikut:-
ANDA
Bonus Pencapaian
1500PV
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Keuntungan Runcit : 20% X 1600DP
= RM 320
Performance Bonus : 6% X 1000BV
= RM 60
Pendapatan Anda Untuk Bulan Jualan Berkenaan = RM380
Bulan Jualan Kedua Membina Asas Yang Kukuh Apabila anda telah menaja ENAM (6) orang Pengedar (A, B, C, D, E dan F) dengan PV Peribadi bulanan masing-masing sebanyak 1500PV, maka pendapatan anda adalah seperti berikut :-
A
Tabung Kereta
F
ANDA
1500PV
1500PV
1500PV
B
E
1500PV Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
C
1500PV
1500PV
D 1500PV
PV Kumpulan Peribadi anda bagi bulan jualan berkenaan (+) PV Kumpulan Peribadi bulan jualan sebelumnya Jumlah PV Kumpulan Peribadi Terkumpul
: : :
10500PV 1500PV 12000PV
Peratusan Bonus Pencapaian Anda : 15% Jumlah Bonus Pencapaian bagi bulan jualan berkenaan : = RM 1,050 (15% X 7000BV) (–) Bonus Pencapaian yang dibayar kepada para downline PV Kumpulan Peribadi downline anda bagi bulan jualan berkenaan : 1500PV Peratusan Bonus Pencapaian Downline Anda : 6% = RM 360 A, B, C, D, E dan F : (1000BV X 6% X 6) = RM 690 Bonus Pencapaian anda bagi bulan jualan berkenaan = RM 320 (+) Keuntungan Runcit anda: 20% X 1600DP Pendapatan Anda Untuk Bulan Jualan Berkenaan
08
= RM 1,010
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
Bulan Jualan Ketiga Berkembang Melalui Duplikasi Jika Pengedar-pengedar A, B, C, D, E dan F mempunyai ENAM (6) orang Pengedar setiap seorang dan Pengedar yang ditaja itu mencapai PV Peribadi bulanan sebanyak 1500PV setiap seorang, pendapatan yang anda perolehi ialah seperti berikut :-
A
10500PV
F
ANDA
10500PV
1500PV
E
1500PV
1500PV
C
B
1500PV
10500PV
D
10500PV
1500PV
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
10500PV Bonus Perkembangan Kepimpinan
1500PV
1500PV
Keuntungan Runcit
1500PV
PV Kumpulan Peribadi anda bagi bulan jualan berkenaan : 64500PV (+) PV Kumpulan Peribadi bulan jualan sebelumnya : 12000PV Jumlah PV Kumpulan Peribadi Terkumpul : 76500PV Peratusan Bonus Pencapaian Anda : 22% Jumlah Bonus Pencapaian bagi bulan jualan berkenaan : (22% X 43000BV) = RM 9,460 (–) Bonus Pencapaian yang dibayar kepada para downline PV Kumpulan Peribadi Terkumpul downline anda bagi bulan jualan berkenaan : 12000PV Peratusan Bonus Pencapaian Downline Anda : 15% A, B, C, D, E dan F : (7000BV X 15% X 6) = RM 6,300 Bonus Pencapaian anda bagi bulan jualan berkenaan = RM 3,160 (+) Keuntungan Runcit anda: 20% X 1600DP = RM 320 Pendapatan Anda Untuk Bulan Jualan Berkenaan = RM3,480
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Nota : Contoh yang diberi adalah untuk rujukan sahaja. Pendapatan yang digambarkan di sini tidak mewakili pendapatan yang diperolehi oleh Pengedar dan Syarikat tidak menjamin atau mengunjurkan nilai pendapatan, dan contoh ini tidak seharusnya dianggap atau dikira sebagai pernyataan atau dakwaan pendapatan. Bagi memudahkan pengiraan, contoh-contoh berikut telah digunakan: 1.
Jika Nilai Mata (PV) adalah 1500PV, Harga Pengedar (DP) adalah RM1,600 dan Jumlah Perniagaan (BV) adalah 1000BV.
2.
Seseorang Pengedar tidaklah diwajibkan mencapai PV Peribadi sebanyak 1500PV, ia boleh jadi kurang atau lebih daripada 1500PV.
09
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
Keistimewaan Pangkat Eksekutif Jualan
Apabila PV Kumpulan Peribadi Terkumpul anda mencapai 18000, jika pada bulan jualan yang sama PV Kumpulan Peribadi Bulanan anda mencapai sebanyak 3000, anda akan dapat menikmati Bonus Pencapaian sebanyak 22%. Kemudian, anda akan dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif Jualan pada bulan berikutnya. Pangkat Eksekutif Jualan mempunyai maknanya yang tersendiri kerana sebaik sahaja anda dinaikkan ke pangkat Eksekutif Jualan, rangkaian penajaan anda akan dipisahkan daripada rangkaian upline anda dan menjadi rangkaian yang berdikari. Dengan ini, anda akan dianggap sebagai pemimpin oleh downlinedownline dalam rangkaian anda.
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
3.
BONUS PENCAPAIAN KUMPULAN PERIBADI (7%) Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi / Personal Group Achievement Bonus (PGAB) adalah 7% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dan diagihkan sama rata berdasarkan “Sistem PV” kepada Eksekutif Jualan (SE) dan para Pengedar berpangkat lebih tinggi yang mampu mengekalkan kumpulan peribadi yang kukuh. Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi dibayar kepada para Pengedar yang layak pada akhir setiap bulan jualan.
3.1. Syarat Kelayakan
Eksekutif Jualan (SE) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi perlu memenuhi syarat-syarat berikut:-
A) “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai:i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih… ii) Mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (termasuk “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400).
3.2. Kaedah Pengiraan Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Mata yang dicapai untuk mengira Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi adalah berdasarkan kepada PV Kumpulan Peribadi yang dicapai ditambah dengan “PV yang dipindahkan” kepada anda melalui Kaedah Mampatan PV. (Sila rujuk muka surat 6 untuk memahami kaedah tersebut). Untuk pengiraan mata, sila rujuk Jadual Mata Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi berikut:-
JADUAL MATA BONUS PENCAPAIAN KUMPULAN PERIBADI PV Kumpulan Peribadi
Mata Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi Yang Dicapai
5400 dan ke atas (termasuk PV yang dipindahkan)*
0.5 x [PV Kumpulan Peribadi anda ditambah (+) PV yang dipindahkan]
5400 dan ke atas (tidak termasuk PV yang dipindahkan)
[2 x PV Kumpulan Peribadi anda] ditambah (+) [0.5 x PV yang dipindahkan]
10800 dan ke atas (tidak termasuk PV yang dipindahkan)
[4 x PV Kumpulan Peribadi anda] ditambah (+) [0.5 x PV yang dipindahkan]
* Untuk Pengedar yang hanya dapat mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih selepas mengambil kira “PV yang dipindahkan”, pengiraan Mata Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi hanya berdasarkan SETENGAH (I/2) daripada hasil tambahan PV Kumpulan Peribadi anda dengan “PV yang dipindahkan”. Selepas Mata Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi (PGAB) para Pengedar yang layak telah ditentukan, 7% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dibahagikan dengan jumlah Mata Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi kesemua Pengedar yang layak bagi menentukan Nilai per Mata.
10
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN Nilai per Mata bagi Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi = 7% X BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan Jumlah Mata PGAB kesemua Pengedar yang layak Nilai per Mata bagi Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi mungkin berbeza dari bulan ke bulan, bergantung kepada bilangan Pengedar yang layak dan BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan. Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi setiap Pengedar yang layak adalah ditentukan dengan mendarab Nilai per Mata berkenaan dengan Mata Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi masing-masing.
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi anda untuk bulan jualan berkenaan = Jumlah Mata PGAB anda X Nilai per Mata
4.
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
BONUS PERKEMBANGAN KEPIMPINAN (21%) Bonus Perkembangan Kepimpinan / Leadership Development Bonus (LDB) adalah 21% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dan diagihkan sama rata berdasarkan “Sistem PV” kepada Eksekutif Jualan (SE) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang telah menunjukkan kepimpinan dan usaha luar biasa dalam mengembangkan rangkaian downlinenya dalam bulan jualan yang berkenaan. Bonus Perkembangan Kepimpinan dibayar kepada para Pengedar yang layak pada akhir setiap bulan jualan.
4.1. Syarat Kelayakan
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Eksekutif Jualan (SE) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi perlu memenuhi syarat-syarat berikut:-
A) “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai:i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan..... ii) PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (termasuk “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400); dan…. B) Mencapai jumlah jualan bagi SATU (1) Garisan Layak (QL) atau lebih.
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
ATAU Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang berjaya mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih hanya perlu mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 bagi melayakkannya mendapat Bonus Perkembangan Kepimpinan, dengan syarat kekurangan untuk mencapai sebanyak 5400 yang diperlukan mesti ditolak daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama.
4.2. Kaedah Pengiraan
Mata untuk mengira Bonus Perkembangan Kepimpinan adalah bergantung kepada pencapaian jumlah jualan berdasarkan bilangan Garisan Layak (QL) yang setiap satunya mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Eksekutif Jualan Layak (QSE) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi dalam bulan jualan berkenaan. Untuk pengiraan mata, sila rujuk Jadual Bonus Perkembangan Kepimpinan berikut:-
11
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
JADUAL MATA BONUS PERKEMBANGAN KEPIMPINAN Keuntungan Runcit
Bilangan QL yang diperlukan / Peratusan (%)
1
2
3
6
8
10
10
1
2
3
6
6
6
-
Bilangan Garisan Layak yang setiap satunya mempunyai QSE
2
4
6
Bilangan Garisan Layak yang setiap satunya mempunyai QSM*
4
Bilangan Garisan Layak yang setiap satunya mempunyai QDSM**
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Jumlah Bilangan Garisan Layak (QL)
15% 15% 15% 15% 15% 15% 15%
PV Kumpulan Peribadi 5400 (“Layak Secara Kolektif 5400”)
13% 13% 13% 13% 13% 13% 13%
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 1
9% Bonus Perkembangan Kepimpinan
Keperluan Minimum
9%
9%
9%
9% 9%
9%
6%
6%
6%
6% 6%
6%
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 3
4%
4%
4% 4%
5%
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 4
3%
3% 3%
4%
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 5
2% 2%
3%
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 6
1%
2%
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 7
PV Kumpulan Peribadi daripada QSE Tingkat 2
* Merujuk kepada bilangan Garisan Layak (QL) yang setiap satunya mencapai jumlah jualan bagi sekurang-kurangnya SATU (1) Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi. ** Merujuk kepada bilangan Garisan Layak (QL) (selain daripada *) yang setiap satunya mencapai jumlah jualan bagi sekurang-kurangnya SATU (1) Pengurus Jualan Intan Layak (QDSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi.
Contoh 1
Sekiranya anda seorang Eksekutif Jualan dan salah seorang downline anda mencapai jumlah jualan yang diperlukan dan dinaikkan ke pangkat Eksekutif Jualan, anda dan downline pula berjaya “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 setelah mengambil kira “PV yang dipindahkan”, maka anda layak mendapat Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan sebanyak 15% daripada PV Kumpulan Peribadi anda. Selain itu, anda juga akan mendapat 13% daripada PV Kumpulan Peribadi downline Eksekutif Jualan anda yang layak. Downline Eksekutif Jualan anda ini akan dinamakan sebagai Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama. Apabila downline kepada Eksekutif Jualan tingkat pertama anda mencapai jumlah jualan bagi pangkat Eksekutif Jualan dan “Layak Secara Kolektif 5400”, anda akan mendapat 9% daripada PV Kumpulan Peribadi downline kepada Eksekutif Jualan Layak tersebut untuk mengira Bonus Perkembangan Kepimpinan. Downline tersebut akan dinamakan sebagai Eksekutif Jualan Layak(QSE) tingkat kedua.
Anugerah Tunai RCD
12
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
Contoh 2
Sekiranya seorang Eksekutif Jualan atau Pengedar berpangkat lebih tinggi berjaya “Layak Secara Kolektif 5400” dalam bulan jualan berkenaan dan pada masa yang sama mencapai jumlah jualan bagi mengekalkan DUA (2) Garisan Layak, maka beliau boleh menikmati 15% daripada PV Kumpulan Peribadinya untuk mengira Bonus Perkembangan Kepimpinan. Beliau juga mendapat 13%, 9% dan 6% masing-masing daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama, tingkat kedua dan tingkat ketiga.
Contoh 3
Sekiranya seorang Eksekutif Jualan atau Pengedar berpangkat lebih tinggi berjaya “Layak Secara Kolektif 5400” dalam bulan jualan berkenaan dan pada masa yang sama mencapai jumlah jualan bagi mengekalkan TIGA (3) Garisan Layak, maka beliau boleh menikmati 15% daripada PV Kumpulan Peribadinya untuk mengira Bonus Perkembangan Kepimpinan. Beliau juga mendapat13%, 9%, 6% dan 4% masing-masing daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama, tingkat kedua, tingkat ketiga dan tingkat keempat.
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Contoh 4
Sekiranya Eksekutif Jualan atau Pengedar berpangkat lebih tinggi berjaya “Layak Secara Kolektif 5400” dalam bulan jualan berkenaan dan pada masa yang sama mencapai jumlah jualan bagi mengekalkan LAPAN (8) Garisan Layak di mana DUA (2) Garisan Layak (QL) yang setiap satunya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) yang “Layak Secara Kolektif 5400”, maka beliau boleh menikmati 15% daripada PV Kumpulan Peribadinya untuk mengira Bonus Perkembangan Kepimpinan. Beliau juga mendapat 13%, 9%, 6%, 4%, 3% dan 2% masing-masing daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama, tingkat kedua, tingkat ketiga, tingkat keempat, tingkat kelima dan tingkat keenam. Selepas Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan (LDB) setiap Pengedar yang layak telah ditentukan, 21% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dibahagikan kepada jumlah Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan kesemua Pengedar yang layak bagi menentukan Nilai per Mata.
Nilai per Mata bagi Bonus Perkembangan Kepimpinan = 21% X BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan Jumlah Mata LDB kesemua Pengedar yang layak Nilai per Mata bagi Bonus Perkembangan Kepimpinan mungkin berbeza dari bulan ke bulan, bergantung kepada bilangan Pengedar yang layak dan BV Rangkaian Syarikat bagi bulan jualan berkenaan. Bonus Perkembangan Kepimpinan individu adalah ditentukan dengan mendarab Nilai per Mata berkenaan dengan Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan individu.
Bonus Perkembangan Kepimpinan anda untuk bulan jualan berkenaan = Jumlah Mata LDB anda X Nilai per Mata
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
13
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
5. Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
BONUS PENCAPAIAN DIAMOND (7%) Bonus Pencapaian Diamond / Diamond Achievement Bonus (DAB) adalah 7% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dan diagihkan sama rata berdasarkan "Sistem PV", kepada Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi, yang telah berjaya memenuhi syarat kelayakan dalam bulan jualan berkenaan. Bonus Pencapaian Diamond dibayar kepada para Pengedar yang layak pada akhir setiap bulan jualan.
5.1. Syarat Kelayakan
Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi perlu memenuhi syarat-syarat berikut:A) “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai:i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan... ii) PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (termasuk "PV yang dipindahkan" iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400); dan...
B) Mencapai jumlah jualan bagi EMPAT (4) Garisan Layak (QL) atau lebih. Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
ATAU Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang memiliki ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih hanya perlu mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 bagi melayakkannya mendapat Bonus Pencapaian Diamond.
5.2. Kaedah Pengiraan
Mata untuk mengira Bonus Pencapaian Diamond adalah bergantung kepada pencapaian jumlah jualan berdasarkan bilangan Garisan Layak (QL). Untuk pengiraan mata, sila rujuk Jadual Mata Bonus Pencapaian Diamond berikut:-
JADUAL MATA BONUS PENCAPAIAN DIAMOND Jumlah Bilangan Garisan Layak (QL)
4
5
6+
Mata Bonus Pencapaian Diamond
6
8
14
Selepas Mata Bonus Pencapaian Diamond (DAB) para Pengedar yang layak telah ditentukan, 7% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dibahagikan dengan jumlah Mata Bonus Pencapaian Diamond kesemua Pengedar yang layak bagi menentukan Nilai per Mata.
Nilai per Mata bagi Bonus Pencapaian Diamond = 7% X BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan Jumlah Mata DAB kesemua Pengedar yang layak Nilai per Mata bagi Bonus Pencapaian Diamond mungkin berbeza dari bulan ke bulan, bergantung kepada bilangan Pengedar yang layak dan BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan. Bonus Pencapaian Diamond setiap Pengedar yang layak adalah ditentukan dengan mendarab Nilai per Mata berkenaan dengan Mata Bonus Pencapaian Diamond masing-masing.
Bonus Pencapaian Diamond anda untuk bulan jualan berkenaan = Jumlah Mata DAB anda X Nilai per Mata
14
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
6.
TABUNG KERETA (3%)
6.1. Konsep Asas
Tabung Kereta / Car Fund (CF) adalah peruntukan 3% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat sebagai insentif bagi Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi yang memenuhi syarat kelayakan untuk membeli kereta mewah.
Keuntungan Runcit
Melalui skim Tabung Kereta ini, sebaik sahaja anda memenuhi syarat kelayakan berkenaan, anda sudah layak membeli kereta idaman anda, contohnya "Mercedes Benz", "BMW", "Volvo" dan sebagainya. Satu lagi ciri menarik skim ini adalah walaupun Tabung Kereta membantu membiayai ansuran kereta tersebut, namun anda adalah pemegang hak pemilikan kereta tersebut.
Bonus Pencapaian
Anda juga boleh menukar kereta anda ke kereta lebih mewah, tidak kira harga kereta dan tempoh pembiayaannya, sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan. Tabung Kereta juga memperuntukkan sejumlah wang untuk menampung kos penyelenggaraan, cukai jalan, premium insurans dan sebagainya.
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Kereta yang anda perolehi pasti menjadi lambang pengiktirafan bagi pencapaian dan status anda di dalam Perniagaan Keemasan ZHULIAN. Ia bukan sekadar alat motivasi yang unik untuk anda dan downline anda, bahkan ia sesungguhnya merupakan satu bentuk publisiti yang berkesan bagi menunjukkan kejayaan yang telah anda capai apabila anda memperkenalkan peluang perniagaan ZHULIAN.
Bonus Perkembangan Kepimpinan
6.2. Syarat Kelayakan
Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi perlu memenuhi syarat berikut untuk TIGA (3) bulan jualan berturut-turut: A) “Layak Usaha Sendiri 5400” iaitu mencapai:i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan... ii) PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (tidak termasuk "PV yang dipindahkan" iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400); dan...
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
B) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih. Nota : Pengedar yang telah memenuhi syarat kelayakan seperti di atas untuk kali pertama adalah layak untuk mendapatkan “Deposit Sekaligus” di mana jumlah sebenar yang layak diperolehi adalah berdasarkan kepada pencapaian jualan rangkaian dalam tempoh kelayakan TIGA (3) bulan jualan [Sila rujuk Seksyen (6.7.), (6.8.) dan (6.9.) untuk kaedah pengiraan]. Hanya penerima Tabung Kereta Pertama sahaja yang layak menikmati keistimewaan ini.
6.3. Prosedur Permohonan
Setelah memenuhi syarat kelayakan di atas, dokumen-dokumen berikut perlu diserahkan ke Ibu Pejabat: i. Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) yang dilengkapkan. ii. Salinan fotostat Invois Kenderaan. iii. Salinan fotostat Resit Bayaran Deposit. iv. Salinan fotostat Kad Pendaftaran Kereta. v. Salinan fotostat Nota Lindung (Cover Note) Insurans Kereta. iv. Salinan fotostat Perjanjian Sewa Beli Kereta berkenaan. vii. TIGA (3) keping gambar berwarna anda bersama kereta anda berukuran 12.5cm x 17.5cm berserta fail imej dalam bentuk cakera padat (CD). Bayaran Tabung Kereta anda akan ditangguhkan sehingga prosedur permohonan seperti di atas telah dipenuhi, tertakluk kepada had masa yang tertera pada Seksyen (6.4.).
15
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
6.4. Had Masa Penyerahan Permohonan Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Permohonan anda mestilah diserahkan kepada pihak Syarikat dalam tempoh ENAM (6) bulan daripada bulan jualan di mana anda memenuhi syarat kelayakan. Jika anda gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, kelayakan anda untuk membuat permohonan Tabung Kereta akan dilucutkan, iaitu anda perlu memenuhi syarat kelayakan seperti pada Seksyen (6.2.) sekali lagi bagi memperolehi kembali hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Kereta.
Misalannya, jika anda memenuhi syarat kelayakan seperti pada Seksyen (6.2.) di dalam bulan jualan Januari hingga bulan jualan Mac bagi tahun tersebut, maka anda perlu melaksanakan prosedur permohonan seperti pada Seksyen (6.3.) sebelum tarikh akhir bulan jualan September iaitu sebelum 15hb Oktober tahun tersebut. Maknanya, selagi prosedur permohonan tidak dipenuhi, bayaran Tabung Kereta anda akan ditahan oleh Syarikat. Jika anda masih gagal mematuhi prosedur tersebut sebelum 15hb Oktober, kelayakan anda untuk menerima Tabung Kereta akan dilucutkan. Apabila pelucutan berlaku, bayaran Tabung Kereta yang ditahan daripada anda akan terbatal dan anda perlu memenuhi syarat kelayakan seperti pada Seksyen (6.2.) sekali lagi bagi memperolehi hak kelayakan yang tertakluk pada Seksyen (6.7.), (6.8.) dan (6.9.).
6.5. Syarat Kelayakan
Apabila syarat kelayakan pada Seksyen (6.2.) telah dipenuhi, Pengedar yang layak perlu mengisi Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) dengan jumlah Tabung Kereta yang dikira berdasarkan formula berikut:
120% (a) X Harga Kereta (b) – Jumlah Deposit Telah Dibayar kepada anda (c) Nota: a) Lebihan 20% adalah untuk membiayai perbelanjaan tahunan kereta anda seperti kos penyelenggaraan, cukai jalan, premium insurans dan sebagainya. b) Harga Kereta di sini merujuk kepada “harga di atas jalan” yang termasuk kos kereta (tidak termasuk aksesori-aksesori pilihan) dan caj-caj lain seperti yuran pendaftaran, cukai jalan dan premium insurans. Jumlah keseluruhan harga kereta mestilah tidak kurang daripada RM80,000.00. c) Sekiranya anda berjaya memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di dalam Seksyen (6.2.) untuk kali pertama, maka anda layak menerima “Deposit Sekaligus”. Jumlah sebenar yang layak anda perolehi bergantung kepada pencapaian jualan rangkaian anda dalam tempoh kelayakan TIGA (3) bulan jualan [Sila rujuk Seksyen (6.7.), (6.8.) dan (6.9.) untuk kaedah pengiraan]. Hanya penerima Tabung Kereta Pertama sahaja yang layak menikmati keistimewaan ini.
6.6. Prosedur Kelulusan Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Apabila bonus bulanan siap diproses, kelulusan akan diberikan kepada para pemohon Tabung Kereta yang telah memenuhi kesemua syarat kelayakan. Oleh itu, jika anda telah menyerahkan semua dokumen yang perlu sebelum hari ke-15 dalam bulan jualan berkenaan, maka bayaran Tabung Kereta yang berdasarkan pencapaian perniagaan anda akan diberi kepada anda pada akhir bulan jualan tersebut.
6.7. Kaedah Pengiraan
Bayaran Tabung Kereta yang layak diterima oleh anda adalah berkadar langsung dengan prestasi perniagaan anda. Kaedah pengiraan Mata Tabung Kereta adalah seperti berikut:
16
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN Mata Tabung Kereta Bulanan = 2.50% x PV Kumpulan Peribadi anda (“Layak Secara Kolektif 5400”) (+) 1.50% x PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) Tingkat 1 (“Layak Secara Kolektif 5400”) (+) 0.50% x PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) Tingkat 2 (“Layak Secara Kolektif 5400”) (+) 0.20% x PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) Tingkat 3 (“Layak Secara Kolektif 5400”) (+) 0.10% x PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) Tingkat 4 (“Layak Secara Kolektif 5400”) (+) 0.05% x PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) Tingkat 5 (“Layak Secara Kolektif 5400”) Selepas Mata Tabung Kereta (CF) setiap Pengedar yang layak telah ditentukan, sebanyak 3% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat yang diperuntukkan bagi Tabung Kereta akan dibahagikan dengan jumlah Mata Tabung Kereta kesemua Pengedar yang layak bagi menentukan Nilai per Mata Tabung Kereta:-
Nilai per Mata Tabung Kereta = 3% X BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan Jumlah Mata CF kesemua Pengedar yang layak
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Nilai per Mata Tabung Kereta mungkin berbeza dari bulan ke bulan bergantung kepada bilangan Pengedar yang layak dan BV Rangkaian Syarikat untuk bulan jualan berkenaan. Tabung Kereta individu untuk bulan jualan berkenaan ditentukan dengan mendarab Nilai per Mata berkenaan dengan Jumlah Mata Tabung Kereta individu. Tabung Kereta dibayar kepada Pengedar yang layak pada akhir setiap bulan jualan.
Tabung Kereta anda untuk bulan jualan berkenaan* = Jumlah Mata CF Anda X Nilai per Mata
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
*Tertakluk kepada Seksyen (6.8.).
6.8. Had Bayaran Bulanan
Tidak kira pangkat penerima Tabung Kereta atau tempoh pembayaran, bayaran bulanan maksimum Tabung Kereta adalah RM8,000.00.
Ingin diingatkan di sini bahawa penerima Tabung Kereta berkenaan akan hanya menerima bayaran bulanan Tabung Kereta berdasarkan kepada pencapaian jualan bulanannya sehinggalah jumlah yang tertulis atas Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) tersebut “Dibayar Sepenuhnya”.
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
6.9. Syarat-syarat Untuk Bayaran Bulanan
Setiap Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang mana Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) beliau telah diluluskan perlu memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut bagi kelayakan bayaran bulanan:a) Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang berjaya mencapai jumlah jualan bagi mengekalkan ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih dan mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300, akan mendapat Tabung Kereta yang dikira berdasarkan 100% daripada jumlah Mata Tabung Kereta, dengan syarat kekurangan untuk mencapai sebanyak 5400 yang diperlukan mesti ditolak daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama.
17
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
b) Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang “Layak Secara Kolektif 5400” (berjaya mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 selepas mengambil kira “PV yang dipindahkan”) tetapi hanya mencapai jumlah jualan bagi mengekalkan LIMA (5) Garisan Layak (QL), bayaran bulanan Tabung Kereta anda adalah dikira berdasarkan 75% daripada jumlah Mata Tabung Kereta anda. c) Pengurus Jualan Intan (DSM) dan Pengedar berpangkat lebih tinggi yang “Layak Secara Kolektif 5400” (berjaya mencapai PV Peribadi sebanyak 300 dan PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 selepas mengambil kira “PV yang dipindahkan”) tetapi hanya mencapai jumlah jualan bagi mengekalkan EMPAT (4) Garisan Layak (QL), bayaran bulanan Tabung Kereta anda adalah dikira berdasarkan 50% daripada jumlah Mata Tabung Kereta anda.
6.10. Pelucutan Kelayakan
Jika seseorang Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi yang telah memenuhi syarat kelayakan Tabung Kereta, tetapi kemudiannya gagal mencapai mana-mana syarat untuk bayaran bulanan seperti yang ditetapkan dalam Seksyen (6.9.) selama ENAM (6) bulan jualan berturut-turut, maka kelayakannya untuk menikmati bayaran Tabung Kereta ini akan dilucutkan.
Namun, beliau boleh memenuhi syarat kelayakan seperti pada Seksyen (6.2.) sekali lagi untuk mendapatkan hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Kereta yang tertakluk kepada Seksyen (6.7.), (6.8.) dan (6.9.).
6.11. Tabung Kereta Kedua / Pertukaran Kereta
Penerima Tabung Kereta yang sedia ada boleh memohon Tabung Kereta demi membiayai pembelian kereta yang kedua atau bila mana beliau ingin bertukar kereta dengan memenuhi syarat kelayakan seperti pada Seksyen (6.2.) sekali lagi untuk TIGA (3) bulan jualan berturut-turut. Sejurus sahaja memenuhi syarat kelayakan untuk membeli kereta yang kedua dan berikutnya, kelayakannya untuk memperolehi Tabung Kereta sebelumnya akan dilucutkan secara automatik. Sebelum memulakan usaha untuk memenuhi syarat kelayakan Tabung Kereta yang kedua atau yang berikutnya dengan memenuhi syarat kelayakan, Pengedar yang berkenaan mesti menyerahkan Notis Penamaan Tabung Kereta (ZM-54) yang telah dilengkapkan untuk memaklumkan kepada Syarikat dan seterusnya, serahkan sekali lagi Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) serta dokumen-dokumen penting yang berkenaan untuk kereta yang baru. Sila rujuk kepada prosedur, syarat dan peraturan yang berkaitan pada Seksyen (6.3.), (6.4.), (6.6.), (6.7.), (6.8.), (6.9.), (6.10.) dan (6.12.).
i Jumlah Permohonan
Selepas memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam Seksyen (6.2.), Pengedar yang layak perlu mengisi Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) dengan jumlah Tabung Kereta yang dikira berdasarkan formula berikut:-
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
120% (a) X Harga Kereta (b) – [50% X Jumlah Terkumpul Tabung Kereta Terdahulu Telah Dibayar kepada anda ] (c) Nota : a) Lebihan 20% adalah untuk membiayai perbelanjaan tahunan kereta anda seperti kos penyelenggaraan, cukai jalan, premium insurans dan sebagainya.
18
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN b) Harga Kereta di sini merujuk kepada “harga di atas jalan” yang termasuk kos kereta (tidak termasuk aksesori-aksesori pilihan) dan caj-caj lain seperti yuran pendaftaran, cukai jalan dan premium insurans. Jumlah keseluruhan harga kereta mestilah tidak kurang daripada RM80,000.00. c) Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kereta yang anda beli melalui skim Tabung Kereta adalah kepunyaan anda. Apabila anda beli sebuah kereta lagi di bawah skim Tabung Kereta Kedua / Pertukaran Kereta, anda boleh sama ada mengekalkan kereta yang dibeli sebelum itu sebagai aset anda atau menjualkannya mengikut nilai pasaran. Oleh itu, dalam pengiraan jumlah permohonan untuk kereta terkini anda, pihak Syarikat akan menolak 50% daripada jumlah terkumpul Tabung Kereta terdahulu yang telah dibayar kepada anda. Ini bermakna jumlah permohonan anda untuk bertukar kereta adalah bersamaan dengan harga kereta baru yang ditambah dengan 20% "Kos Tambahan", kemudian ditolak 50% daripada jumlah Tabung Kereta yang telah dibayar kepada anda untuk kereta pertama. Pembayaran Tabung Kereta adalah mengikut jumlah bersih tersebut sehingga jumlah tersebut “Dibayar Sepenuhnya” Contoh: Jika jumlah terkumpul Tabung Kereta terdahulu yang telah dibayar kepada anda adalah RM90,000 manakala harga bagi kereta baru anda yang telah termasuk “Kos Tambahan” adalah RM180,000, maka jumlah pembiayaan Tabung Kereta yang akan terus dibayar kepada anda ditunjukkan di bawah:-
RM180,000 (Harga kereta baru anda ditambah dengan “Kos Tambahan”) (-) RM 45,000 (50% daripada jumlah terkumpul Tabung Kereta terdahulu yang telah dibayar kepada anda) RM135,000 Jumlah Tabung Kereta yang akan terus dibayar kepada anda
6.12. Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan
Mengikut konsep asas Tabung Kereta, ia diberikan sebagai insentif kepada para Pengedar ZHULIAN yang layak untuk membeli kereta. Anda juga boleh menukar kereta anda ke kereta lebih mewah, tidak kira harga kereta dan tempoh pembayarannya, sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan. Tabung Kereta juga memperuntukkan sejumlah wang untuk menampung kos penyelenggaraan, cukai jalan, premium insurans dan sebagainya.
Setiap penerima Tabung Kereta mestilah mematuhi peraturan-peraturan Tabung Kereta. Jika didapati penerima Tabung Kereta telah melanggar mana-mana peraturan Tabung Kereta, Syarikat berhak menahan* atau menggantung pembayaran Tabung Keretanya, atau melucutkan** hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Kereta, atau menuntut jumlah yang telah dibayar bagi Tabung Kereta daripadanya atau menuntut ganti rugi daripadanya. Nota: *
“Menahan” bayaran bermakna menggantung bayaran Tabung Kereta. Jika bayaran Tabung Kereta seorang Pengedar telah digantung dan beliau gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Seksyen (6.12.) bagi Klausa (5) dan (6) dalam tempoh yang ditetapkan, maka kelayakannya untuk menerima Tabung Kereta akan dilucutkan.
** Jika hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Kereta seorang Pengedar “dilucutkan”, maka beliau tidak lagi layak atau berhak mendapat bayaran Tabung Kereta. Dengan ini, beliau perlu memenuhi syarat kelayakan pada Seksyen (6.2.) sekali lagi untuk mendapatkan hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Kereta, yang tertakluk kepada Seksyen (6.7.), (6.8.) dan (6.9.).
19
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
Setiap penerima Tabung Kereta peraturan-peraturan berikut:-
mesti
mematuhi
Keuntungan Runcit
1. Kereta yang dinyatakan di dalam Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) mesti dibeli oleh pemohon setelah beliau memenuhi syarat kelayakan Tabung Kereta pada Seksyen (6.2.), bukan sebelum beliau memenuhi kelayakan.
Bonus Pencapaian
2. Penerima Tabung Kereta mesti mengesahkan kebenaran setiap dokumen dan butiran yang ditulis di dalam Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55). Jika didapati butiran yang diberikan adalah tidak tepat atau palsu, Syarikat berhak memberhentikan pembayaran Tabung Kereta dengan serta-merta, di samping itu, menuntut balik jumlah terkumpul Tabung Kereta yang telah dibayar kepada penerima Tabung Kereta, melucutkan hak kelayakan Tabung Keretanya atau mengambil apa jua tindakan yang sewajarnya terhadap beliau.
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
3. Pembayaran Tabung Kereta adalah mengikut jumlah yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) berdasarkan pencapaian perniagaan masing-masing sehingga jumlah tersebut “Dibayar Sepenuhnya”.
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
4. Syarikat berhak meminta penerima Tabung Kereta untuk menampalkan / meletakkan pelekat logo Syarikat atau sebarang bahan cetak yang mempunyai tanda dagangan Syarikat untuk tujuan publisiti. Syarikat berhak menahan atau menggantung bayaran Tabung Kereta kepada mana-mana penerima Tabung Kereta yang didapati tidak menurut peraturan ini. 5. Setiap penerima Tabung Kereta hanya layak mendapat bayaran Tabung Kereta seperti yang dijelaskan dalam Klausa (3) selama tempoh sah cukai jalan bagi kereta yang berkenaan sahaja. Sebaik sahaja cukai jalan tersebut tamat tempoh, Syarikat berhak menahan atau menggantung bayaran Tabung Kereta dan tempoh penahanan TIGA (3) bulan dari tarikh tamat tempoh sah cukai jalan diberikan untuk penerima Tabung Kereta mematuhi Klausa (6) untuk terus menerima bayaran Tabung Kereta. 6. Penerima Tabung Kereta perlu menyerahkan salinan fotostat Kad Pendaftaran Kereta yang tertera cap pembaharuan cukai jalan, salinan fotostat resit pembaharuan cukai jalan on-line (jika ada) serta salinan fotostat Nota Lindung (Cover Note) Insurans Kereta yang terbaru dalam tempoh penggantungan seperti yang disebutkan dalam Klausa (5) untuk terus memperolehi bayaran Tabung Kereta. Jika tidak berbuat demikian, Syarikat berhak melucutkan kelayakan bayaran Tabung Keretanya apabila tempoh penggantungan berakhir.
Bonus Eksklusif Diamond
7. Pada masa-masa yang perlu atau difikirkan perlu, Syarikat berhak mengarahkan mana-mana penerima Tabung Kereta agar menyerahkan sebarang dokumen bagi tujuan siasatan. Sekiranya penerima Tabung Kereta tidak dapat menyerahkan maklumat yang diperlukan oleh Syarikat maka Syarikat berhak menahan atau menggantung bayaran Tabung Kereta, atau melucutkan hak kelayakannya bagi memperolehi Tabung Kereta.
Forum Antarabangsa Diamond
8. Jika Syarikat merasa sangsi atau mendapati harga kereta yang tertulis dalam Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) tidak sepadan dengan harga pasaran, Syarikat berhak menolak permohonan tersebut atau mengubah harga kereta yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) yang berkenaan.
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
9. Sekiranya seseorang penerima Tabung Kereta ingin menjual keretanya dalam tempoh pembayaran Tabung Kereta, beliau perlu memaklumkan Syarikat secara bertulis supaya hak kelayakannya bagi memperolehi Tabung Kereta tersebut dapat dilucutkan. 10. Dalam keadaan di mana kereta dicuri atau mengalami kerosakan sehingga tidak boleh diperbaiki lagi dalam tempoh pembayaran Tabung Kereta, maka penerima Tabung Kereta berkenaan perlu memaklumkan Syarikat secara bertulis supaya hak kelayakannya bagi memperolehi Tabung Kereta tersebut dapat dilucutkan. 11. Jika Syarikat menerima aduan bahawa mana-mana penerima Tabung Kereta melanggar peraturan pada Klausa (9) dan (10), dan didapati adalah benar selepas siasatan lanjut, maka Syarikat berhak memberhentikan serta merta pembayaran Tabung Kereta dan melucutkan hak kelayakannya bagi memperolehi Tabung Kereta tersebut.
20
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN 12. Penerima Tabung Kereta boleh menukar keretanya kepada yang lebih mewah, dengan syarat beliau mesti menyerahkan Notis Penamaan Tabung Kereta (ZM-54) yang telah dilengkapkan sebelum memenuhi syarat kelayakan sekali lagi selama TIGA (3) bulan jualan berturut-turut, lalu menghantar Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) yang baru berserta dokumen dan butiran yang sah [Sila rujuk Seksyen (6.2.) dan (6.3.)]. 13. Pemilik Kereta yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Tabung Kereta (ZM-55) yang baru mestilah merupakan penerima Tabung Kereta yang asal. 14. Jika penerima Tabung Kereta yang ingin bertukar kereta didapati telah melanggar peraturan Klausa (10) atau telah menjual kereta tanpa mematuhi peraturan Klausa (9), tetapi masih menerima pembayaran Tabung Kereta, atau tidak dapat menyerahkan bukti yang diminta oleh Syarikat seperti pada Klausa (7), maka Syarikat berhak melucutkan hak kelayakan pembayaran Tabung Keretanya, menuntut balik jumlah Tabung Kereta yang telah dibayar dalam tempoh tersebut atau mengambil apa jua tindakan yang sewajarnya terhadap beliau. 15. Jumlah Tabung Kereta yang layak diperolehi oleh setiap Penerima Tabung Kereta yang bertukar kereta dikira berdasarkan Seksyen (6.11.)(i). 16. Syarikat tidak akan menanggung sebarang kerugian kewangan yang dialami penerima Tabung Kereta yang disebabkan oleh penahanan bayaran Tabung Keretanya atau pelucutan hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Keretanya, sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat dan peraturan yang tertera di dalam buku ini. 17. Sekiranya penerima Tabung Kereta kehilangan hak pengedarannya atas sebab berhenti menjadi Pengedar atau diberhentikan menjadi Pengedar oleh Syarikat kerana tidak mematuhi mana-mana syarat dan peraturan yang tertera di dalam PANDUAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, maka hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Keretanya dilucutkan secara automatik dan jumlah Tabung Kereta yang ditahan untuk bayaran Tabung Keretanya akan terbatal. 18. Dalam keadaan di mana penerima Tabung Kereta memindahkan hak pengedarannya, maka hak kelayakan bagi Tabung Keretanya dilucutkan secara automatik kerana hak kelayakan bagi memperolehi Tabung Kereta tidak boleh dipindahkan dan jumlah Tabung Kereta yang ditahan akan terbatal. 19. Akibat daripada pelucutan kelayakan, Tabung Kereta yang ditahan akan dibatalkan oleh Syarikat. Jumlah bayaran Tabung Kereta yang terbatal akan ditambahkan ke dalam jumlah peruntukkan Tabung Kereta (3% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat) pada bulan jualan berikutnya bagi proses pengiraan Tabung Kereta agar ia dapat dikongsi oleh para Pengedar yang mencapai kelayakan Tabung Kereta.
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
20. Keputusan Syarikat dalam segala hal ehwal berkaitan dengan Tabung Kereta adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Pengedar.
7.
BONUS EKSKLUSIF DIAMOND (2%)
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Eksklusif Diamond / Diamond Exclusive Bonus (DEB) adalah 2% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dan diagihkan sama rata berdasarkan “Sistem PV”, kepada Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi, yang telah berjaya memenuhi syarat kelayakan dalam bulan jualan berkenaan. Bonus Eksklusif Diamond dibayar kepada para Pengedar yang layak pada akhir setiap bulan jualan.
Bonus Kecemerlangan Royal
7.1. Syarat Kelayakan
Pengurus Jualan Intan (DSM) dan para Pengedar berpangkat lebih tinggi perlu memenuhi syarat berikut:A) “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai:i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih...
21
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN ii) PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (termasuk “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400); dan…. Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
B) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih di mana DUA (2) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi. ATAU Pengurus Jualan Intan (DSM) dan para Pengedar berpangkat lebih tinggi yang tidak mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 tetapi memenuhi syarat-syarat lain di atas tetap layak menikmati Bonus Eksklusif Diamond dengan syarat kekurangan untuk mencapai sebanyak 5400PV yang diperlukan mesti ditolak daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama.
7.2. Kaedah pengiraan
Peratusan mata untuk mengira Bonus Eksklusif Diamond adalah bergantung kepada pencapaian jumlah jualan berdasarkan bilangan Garisan Layak (QL) yang mempunyai Eksekutif Jualan Layak (QSE) dan Pengurus Jualan Layak (QSM) bagi bulan jualan berkenaan. Sila rujuk kepada Jadual Bonus Eksklusif Diamond seperti di bawah:-
JADUAL MATA BONUS EKSKLUSIF DIAMOND (DEB) Bilangan QL yang diperlukan / Peratusan (%)
Keperluan Minimum
6
8
10
Bilangan Garisan Layak (QL)
4
4
4
Bilangan QL yang setiap satunya mempunyai QSE
2
4
6
Bilangan QL yang setiap satunya mempunyai QSM
2.00%
2.50%
3.00%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 1
1.75%
2.00%
2.50%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 2
1.50%
1.75%
2.00%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 3
1.25%
1.50%
1.75%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 4
1.00%
1.25%
1.50%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 5
0.50%
1.00%
1.25%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 6
0.50%
1.00%
1.25%
PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan (QSE) Tingkat 7
Anugerah Tunai RCD
22
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN Selepas Jumlah Mata Bonus Eksklusif Diamond (DEB) setiap Pengedar yang layak telah ditentukan, 2% daripada BV bulanan Rangkaian Syarikat dibahagikan kepada jumlah Mata Bonus Eksklusif Diamond kesemua Pengedar yang layak bagi menentukan Nilai per Mata.
Nilai per Mata bagi Bonus Eksklusif Diamond = 2% X BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan Jumlah Mata DEB kesemua Pengedar yang layak Nilai per Mata Bonus Eksklusif Diamond mungkin berbeza dari bulan ke bulan, bergantung kepada bilangan Pengedar yang layak serta BV Rangkaian Syarikat bagi bulan jualan berkenaan. Bonus Eksklusif Diamond individu adalah ditentukan dengan mendarab Nilai per Mata berkenaan dengan Mata Bonus Eksklusif Diamond individu.
Bonus Eksklusif Diamond anda untuk bulan jualan berkenaan = Jumlah Mata DEB Anda X Nilai per Mata
8.
FORUM ANTARABANGSA DIAMOND Forum Antarabangsa Diamond / Diamond International Forum (DIF) dianjurkan setiap tahun di lokasi luar negeri terpilih yang ditentukan oleh Syarikat secara eksklusif untuk yang terbaik di antara yang terbaik di ZHULIAN. Bersempena dengan forum ini, program lawatan yang padat dan menarik akan disediakan untuk setiap peserta. Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi yang berjaya memenuhi syarat kelayakan, bersama-sama pasangan masing-masing akan berpeluang menyertai Forum Antarabangsa Diamond.
8.1. Syarat Kelayakan
Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Kelayakan para Pengurus Jualan Intan (DSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi untuk menyertai Forum Antarabangsa Diamond adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Tabung Kereta
A) Untuk kelayakan kali pertama hingga ketiga perlu memenuhi syarat-syarat berikut dalam mana-mana ENAM (6) bulan jualan dalam satu tahun kalendar: i) Mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan... ii) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih.
Bonus Eksklusif Diamond
B) Untuk kelayakan kali keempat dan ke atas perlu sama ada; memenuhi syarat-syarat berikut dalam mana-mana SEMBILAN (9) bulan jualan dalam satu tahun kalendar: i) Mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan... ii) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih.
Forum Antarabangsa Diamond
ATAU memenuhi syarat-syarat berikut dalam mana-mana ENAM (6) bulan jualan dalam satu tahun kalendar: i) Mengekalkan PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan... ii) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL) atau lebih di mana DUA (2) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi.
23
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
8.2. Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan
Para Pengedar yang layak menyertai Forum Antarabangsa Diamond perlu mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut:
Keuntungan Runcit
1. ZHULIAN berhak menentukan tempat di mana Forum Antarabangsa Diamond diadakan. Sebaik sahaja tarikh bertolak telah ditentukan, surat jemputan akan dihantar kepada setiap Pengedar yang layak. Para Pengedar yang berkenaan dikehendaki memberi maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan. Jikalau tidak, kelayakan beliau untuk menyertai forum ini dianggap tidak sah dan terbatal.
Bonus Pencapaian
2. Kelayakan menyertai Forum Antarabangsa Diamond tidak boleh ditukar nilai dengan wang tunai atau sebarang bentuk pembayaran. Jika Pengedar yang layak tidak dapat menyertai forum tersebut atas apa jua alasan, kelayakan beliau untuk menikmati insentif ini dianggap tidak sah dan terbatal.
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
3. Kelayakan menyertai Forum Antarabangsa Diamond tidak boleh ditukarmilik.
9. Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
BONUS KECEMERLANGAN ROYAL (2%) Sebagai penghargaan khas buat para Pemimpin berpangkat Pengurus Mahkota Royal (RCM) dan Pengarah Mahkota Royal (RCD) yang sentiasa beriltizam mengejar kecemerlangan serta sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap pertumbuhan Syarikat sepanjang tahun, 2% daripada BV bulanan rangkaian Syarikat diperuntukkan untuk Bonus Kecemerlangan Royal / Royal Achievement Bonus yang berprestij ini. Bonus istimewa ini akan dibayar kepada para Pemimpin yang layak sehingga EMPAT (4) kali dalam satu tahun, bergantung kepada prestasi mereka bagi setiap suku tahun. Ia adalah insentif yang penting untuk menggalakkan para Pemimpin Royal agar sentiasa berusaha demi memastikan prestasi yang konsisten.
9.1. Syarat Kelayakan
Pengurus Mahkota Royal (RCM) atau Pengarah Mahkota Royal (RCD) yang telah berjaya memenuhi syarat-syarat berikut dalam mana-mana DUA (2) bulan jualan dalam setiap suku tahun dalam satu tahun kalendar layak menikmati bonus ini: A “Layak Secara Kolektif 5400” iaitu mencapai: i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih… ii) PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (termasuk “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400), dan
B) Mencapai jumlah jualan bagi SEPULUH (10) Garisan Layak (QL) atau lebih di mana EMPAT (4) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi. ATAU Pengurus Mahkota Royal (RCM) atau Pengarah Mahkota Royal (RCD) yang tidak mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 tetapi memenuhi syarat-syarat lain di atas tetap layak menikmati Bonus Kecemerlangan Royal dengan syarat kekurangan untuk mencapai sebanyak 5400 PV yang diperlukan mesti ditolak daripada PV Kumpulan Peribadi Eksekutif Jualan Layak (QSE) tingkat pertama.
24
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
9.2. Kelayakan Bayaran Bulanan
Kelayakan pembayaran Bonus Kecemerlangan Royal adalah berdasarkan bulan ke bulan. Bonus akan hanya dibayar bagi bulan di mana Pengurus Mahkota Royal (RCM) atau Pengarah Mahkota Royal (RCD) telah layak dan berjaya memenuhi syarat kelayakan pada Seksyen (9.1.).
Keuntungan Runcit
9.3. Kaedah Pengiraan
Jumlah Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan (LDB) akan digunakan bagi mengira Bonus Kecemerlangan Royal. 2% daripada BV bulanan rangkaian Syarikat dibahagikan dengan jumlah Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan kesemua yang layak bagi menentukan Nilai per Mata.
Nilai per Mata Bonus Kecemerlangan Royal = 2% X BV Rangkaian Syarikat bulan jualan berkenaan Jumlah Mata LDB kesemua Pengedar yang layak
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Nilai per Mata Bonus Kecemerlangan Royal mungkin berbeza dari bulan ke bulan, bergantung kepada bilangan Pengedar layak dan BV rangkaian bulan jualan berkenaan. Bonus Kecemerlangan Royal individu adalah ditentukan dengan mendarab Nilai per Mata berkenaan dengan Jumlah Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan individu pada bulan jualan yang berkenaan.
Bonus Kecemerlangan Royal anda untuk bulan jualan berkenaan = Jumlah Mata LDB anda pada bulan jualan yang berkenaan X Nilai per Mata
9.4. Pembayaran Bonus
Para Pengedar yang memenuhi kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan pada Seksyen (9.1.) akan ditentukan semasa penutup bulan jualan terakhir bagi setiap suku tahun. Jumlah Bonus Kecemerlangan Royal yang layak diterima oleh seorang Pengedar pada setiap suku adalah jumlah terkumpul bulanan yang dikira berdasarkan jumlah Mata Bonus Perkembangan Kepimpinan (LDB) untuk bulan jualan yang mana syarat kelayakan dipenuhi. Bonus Kecemerlangan Royal akan diberikan kepada setiap Pemimpin yang layak, mengikut jadual pembayaran berikut:
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
JADUAL PEMBAYARAN BONUS KECEMERLANGAN ROYAL Tempoh Q1 Kelayakan (Jan - Mac) (bulan jualan) Bulan Pembayaran
Mei
Q2 Q3 (Apr - Jun) (Julai - Sept) Ogos
November
9.5. Pengiktirafan
Q4 (Okt - Dis) Februari (tahun berikutnya)
Syarikat memberikan pengiktirafan istimewa kepada Pengurus Mahkota Royal (RCM) atau Pengarah Mahkota Royal (RCD) yang berjaya memenuhi syarat kelayakan seperti pada Seksyen (9.1.) untuk sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan jualan dalam satu tahun kalendar dengan menganugerahkan sebuah plak eksklusif ketika berlangsungnya konvensyen kebangsaan.
25
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
Pelan Perniagaan Keemasan ZHULIAN
10. ANUGERAH TUNAI RCD Keuntungan Runcit
Bonus Pencapaian
Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi
Bonus Perkembangan Kepimpinan
Bonus Pencapaian Diamond
Semua Pengarah Mahkota Royal (RCD) akan diberikan Anugerah Tunai RCD / RCD Cash Award (RCA), anugerah imbuhan tunai sebanyak RM50,000 yang hanya diberikan satu kali sahaja, sebagai ganjaran ke atas keazaman dan ketabahan luar biasa mereka bagi menggapai sehingga ke persada tertinggi di ZHULIAN. Anugerah Tunai RCD dianugerahkan kepada Pemimpin RCD baru secara sekaligus semasa konvensyen kebangsaan yang dianjurkan secara tahunan oleh Syarikat.
10.1. Syarat Kelayakan
Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut untuk ENAM (6) bulan jualan berturut-turut dan naik ke pangkat Pengarah Mahkota Royal (RCD) dalam satu tahun kalendar:A) “Layak Usaha Sendiri 5400” iaitu mencapai:i) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih; dan... ii) PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400 atau lebih (tidak termasuk “PV yang dipindahkan” iaitu PV Kumpulan yang dipindahkan daripada Eksekutif Jualan downline yang gagal mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 5400); dan…. B) Mencapai jumlah jualan bagi SEPULUH (10) Garisan Layak (QL) atau lebih di mana: i) ENAM (6) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi; dan ii) EMPAT (4) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Intan Layak (QDSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi.
Tabung Kereta
Bonus Eksklusif Diamond
Forum Antarabangsa Diamond
Bonus Kecemerlangan Royal
Anugerah Tunai RCD
26
Pengiktirafan Dan Anugerah ZHULIAN
PENGIKTIRAFAN DAN ANUGERAH ZHULIAN Ternyata, PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN adalah sebuah pengalaman yang kukuh, praktikal, mendatangkan kepuasan serta berhasil untuk mereka yang berani berjaya dan mencapai kecemerlangan. Di bawah PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, Syarikat mementingkan sumbangan dan pencapaian luar biasa para Pengedarnya yang baru kenaikan pangkat serta para pemimpin cemerlang yang menunjukkan sifat dan kualiti luar biasa menakjubkan. Dengan objektif menjadikan para pencapai kecemerlangan ini sebagai model contoh dan lambang inspirasi untuk diteladani, Syarikat memberikan pengiktirafan ke atas kejayaan-kejayaan mereka dengan menyampaikan Sijil-sijil Pencapaian, plak-plak, trofi-trofi dan pin-pin kolar yang direka khas serta anugerah-anugerah lainnya di dalam upacara penyampai ananugerah khas di konvensyen regional atau konvensyen kebangsaan. Syarikat akan menyertakan pengumuman senarai nama para Pengedar yang dinaikkan pangkat atau mesej-mesej motivasi daripada para pemimpin yang baru dinaikkan pangkat sebagai penghargaan ke atas pencapaian mereka yang membanggakan, di dalam laman web rasmi kami iaitu www.zhulian.com.my atau sebarang media lain yang sesuai mengikuti pandangan Syarikat. Hanya para Pengedar sah yang menurut segala peruntukan yang dinyatakan di dalam PANDUAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN akan dibenarkan memuat turun penerbitan internet dari laman web rasmi Syarikat.
PIAWAIAN KENAIKAN PANGKAT
Pencapaian perniagaan anda akan menentukan kedudukan anda di dalam PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN. Terdapat piawai yang berbeza bagi status yang berbeza. Sebahagiannya berdasarkan kepada PV Kumpulan Peribadi Terkumpul anda, sementara yang lain pula berkemungkinan mengambil kira kekuatan jualan rangkaian downline anda. Namun demikian, kemampuan anda memimpin dan kebolehan membangunkan rangkaian para downline anda adalah kriteria utama untuk anda melangkah jauh ke depan.
Anda akan dinaikkan pangkat sebaik sahaja anda mencapai piawaian bagi pangkat tersebut. Lebih tinggi pangkat anda, lebih banyaklah insentif yang anda akan layak perolehi. Setelah dinaikkan pangkat, kedudukan tersebut akan kekal sehinggalah anda mencapai pangkat yang lebih tinggi. Di bawah PELAN PERNIAGAAN KEEMASAN ZHULIAN, terdapat tujuh pangkat berbeza dengan piawaian masing-masing, seperti berikut:-
PIAWAIAN PANGKAT UNTUK SETIAP TAHAP PENGIKTIRAFAN SE SM SSM DSM CDM *RCM **RCD 1
•
1
1
1
1
3
6
PIAWAIAN KENAIKAN PANGKAT Bilangan Bulan Jualan Kelayakan (berturut-turut) PV Peribadi
• • • •
•
•
•
300 sahaja
PV Kumpulan Peribadi 3000 dalam atau mana-mana bulan jualan selepas mencapai PV Kumpulan Peribadi Terkumpul 18000PV# “Layak Usaha Sendiri 5400” (PV Peribadi 300, PV Kumpulan Peribadi 5400 tidak termasuk
“PV yang dipindahkan”)
Pencapaian jumlah jualan berdasarkan Bilangan Garisan Layak Bilangan Garisan Layak yang setiap satunya mengandungi QSE
2
3
6
8
10
10
2
3
6
6
6
-
2
4
6
Bilangan Garisan Layak yang setiap satunya mengandungi QSM
4
Bilangan Garisan Layak yang setiap satunya mengandungi QDSM
27
Pengiktirafan Dan Anugerah ZHULIAN *
Para Pengedar yang ingin mencapai pangkat Pengurus Mahkota Royal (RCM) mesti memenuhi syarat berkenaan untuk TIGA (3) bulan jualan berturut-turut.
** Para Pengedar yang ingin mencapai pangkat Pengarah Mahkota Royal (RCD) mesti memenuhi syarat berkenaan untuk ENAM (6) bulan jualan berturut-turut. # Perlu mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 3000 dalam bulan jualan yang sama atau mana-mana bulan jualan apabila PV Kumpulan Peribadi Terkumpul mencapai 18000 atau lebih, bagi menikmati Bonus Pencapaian sebanyak 22%. Kenaikan ke pangkat Eksekutif Jualan (SE) akan hanya berkuatkuasa dalam bulan berikutnya, setelah mencapai Bonus Pencapaian sebanyak 22%. Pengedar / Distributor (DS) merujuk kepada seseorang yang telah memenuhi kriteria kelayakan, yang telah menghantar Borang Permohonan Hak Pengedaran (ZM-48) dan telah memperolehi kelulusan bertulis secara rasmi daripada ZHULIAN dan telah diberikan hak mengedar produk ZHULIAN. Setiap Pengedar ZHULIAN mesti sentiasa berusaha mencapai pangkat ZHULIAN yang lebih tinggi agar dapat menikmati lebih banyak insentif keemasan ZHULIAN seperti bonus-bonus, dll. Sila rujuk kepada Syarat Kelayakan berikut bagi setiap pangkat:
1.
Eksekutif Jualan / Sales Executive (SE) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut akan dinaikkan ke pangkat Eksekutif Jualan (SE) berkuatkuasa pada bulan jualan berikutnya:a) PV Peribadi sebanyak 300 atau lebih... b) PV Kumpulan Peribadi Terkumpul sebanyak 18000 atau lebih... . c) Minimum PV Kumpulan Peribadi sebanyak 3000 dalam bulan jualan kelayakan [boleh termasuk di dalam (b)]. Anda perlu mencapai PV Kumpulan Peribadi sebanyak 3000 dalam bulan jualan yang sama atau mana-mana bulan jualan apabila PV Kumpulan Peribadi Terkumpul mencapai 18000 atau lebih, bagi menikmati Bonus Pencapaian sebanyak 22%. Kenaikan ke pangkat Eksekutif Jualan akan hanya berkuatkuasa dalam bulan berikutnya, setelah mencapai Bonus Pencapaian sebanyak 22%.
2.
Pengurus Jualan / Sales Manager (SM) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut akan dinaikkan ke pangkat Pengurus Jualan (SM) berkuatkuasa pada bulan berikutnya:a) “Layak Usaha Sendiri 5400” dan… b) Mencapai jumlah jualan bagi DUA (2) Garisan Layak (QL).
3.
Pengurus Jualan Kanan / Senior Sales Manager (SSM) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut akan dinaikkan ke pangkat Pengurus Jualan Kanan (SSM) berkuatkuasa pada bulan berikutnya:a) “Layak Usaha Sendiri 5400” dan… b) Mencapai jumlah jualan bagi TIGA (3) Garisan Layak (QL).
28
Pengiktirafan Dan Anugerah ZHULIAN
4.
Pengurus Jualan Intan / Diamond Sales Manager (DSM) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut akan dinaikkan ke pangkat Pengurus Jualan Intan (DSM) berkuatkuasa pada bulan berikutnya:a) “Layak Usaha Sendiri 5400” dan… b) Mencapai jumlah jualan bagi ENAM (6) Garisan Layak (QL).
5.
Pengurus Intan Mahkota / Crown Diamond Manager (CDM) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut akan dinaikkan ke pangkat Pengurus Intan Mahkota (CDM) berkuatkuasa pada bulan berikutnya:a) “Layak Usaha Sendiri 5400” dan… b) Mencapai jumlah jualan bagi LAPAN (8) Garisan Layak (QL) di mana DUA (2) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi.
6.
Pengurus Mahkota Royal / Royal Crown Manager (RCM) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut untuk TIGA (3) bulan jualan berturut-turut akan dinaikkan ke pangkat Pengurus Mahkota Royal (RCM) berkuatkuasa pada bulan berikutnya:a) “Layak Usaha Sendiri 5400” dan… b) Mencapai jumlah jualan bagi SEPULUH (10) Garisan Layak (QL) di mana EMPAT (4) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi.
7.
Pengarah Mahkota Royal / Royal Crown Director (RCD) Seorang Pengedar yang mencapai syarat-syarat berikut untuk ENAM (6) bulan jualan berturut-turut akan dinaikkan ke pangkat Pengarah Mahkota Royal (RCD) berkuatkuasa pada bulan berikutnya:a) “Layak Usaha Sendiri 5400” dan… b) Mencapai jumlah jualan bagi SEPULUH (10) Garisan Layak (QL) di mana: i) ENAM (6) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Layak (QSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi; dan ii) EMPAT (4) daripadanya mencapai jumlah jualan Pengurus Jualan Intan Layak (QDSM) atau Pengedar berpangkat lebih tinggi.
29