TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
MESEJ DARIPADA NAIB PENGERUSI EKSEKUTIF KITA PENGENALAN
VISI KITA MISI KITA NILAI TERAS KITA
MENGENAI TATAKELAKUAN
APAKAH TATAKELAKUAN? MENGAPA IA DIWUJUDKAN? APAKAH YANG IA MELIPUTI? SIAPAKAH YANG TERLIBAT? APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA IA DILANGGAR? BERSUARA
INFORMASI PENTADBIRAN
KERAHSIAAN KEPERIBADIAN DAN PERLINDUNGAN DATA HARTA INTELEK PENGURUSAN REKOD KOMUNIKASI PERNIAGAAN PENYATAAN UMUM
INTEGRITI PROFESIONAL
ANTI-RASUAH DAN KORUPSI PENIPUAN KONFLIK KEPENTINGAN HADIAH DAN HIBURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN URUSNIAGA DALAMAN
KEPATUHAN UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG ANTI-MONOPOLI DAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN UNDANG-UNDANG PERDAGANGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA
INTEGRITI KEWANGAN
MELINDUNGI ASET-ASET SYARIKAT LAPORAN KEWANGAN PENDEDAHAN UMUM PELABURAN WANG HARAM
PERSEKITARAN TEMPAT KERJA
PELUANG-PELUANG SAMA-RATA GANGGUAN DAN BULI PENYALAHGUNAAN BAHAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN
KEPATUHAN
AKIBAT SALAH-LAKU MELAPORKAN PERBUATAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN TIDAK BERETIKA TIADA TINDAKAN BALAS
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Rakan sekerja yang dikasihi, Sejak 1994, Kumpulan Daya telah menjalankan visi untuk membina sebuah syarikat Minyak dan Gas yang berpangkalan di Malaysia dengan jangkauan global. Kini kita merupakan pemain utama dalam industri Minyak dan Gas serantau dengan operasi melangkaui seluruh rantauan Asia Pasifik. Dengan fokus tumpuan kita yang terus-menerus dalam menyampaikan produkproduk dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan-pelanggan kita, kita dikehendaki untuk mengekalkan tahap kejujuran dan tingkah laku beretika yang tertinggi. Untuk mencapai objektif tersebut, Kumpulan Daya telah menghasilkan satu Tatakelakuan dan Etika Perniagaan di mana ia meliputi kita semua selaku pekerja-pekerja Kumpulan Daya. Tatakelakuan dan Etika Perniagaan kita amat penting kepada cara kita menjalankan perniagaan dalam Kumpulan Daya. Ia mendefinisikan kita dan dijadikan sebagai satu rujukan yang sama kepada semua pekerja dalam menangani isu-isu yang sensitif dan kompleks. Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai isu etika dan perundangan yang kebanyakan kita menghadapi dalam urusan seharian. Ia merupakan tanggungjawab kita bersama untuk membiasakan diri dengan Kod ini dan undang-undang serta polisi lain-lain yang berkenaan. Kita semua bertanggungjawab atas tindakan dan tingkah laku kita. Kebolehan kita untuk mecapai dan meneruskan keuntungan berkualiti dalam industri ini bergantung kepada kepercayaan yang kita perolehi setiap hari daripada pelanggan-pelanggan, rakan-rakan sekerja, komuniti serta pemegang-pemegang saham. Anda memainkan peranan yang penting dalam mewakili organisasi kita semasa dalam dan di luar kerja serta dalam meningkatkan reputasi kita di kalangan pelanggan dan warga awam. Oleh itu, saya berharap agar setiap pekerja dapat menghayati kandungan ini sepenuhnya. Dengan itu, kita boleh memastikan bahawa kita dapat membina sebuah syarikat yang kita semua banggakan.
Nathan Tham Jooi Loon Naib Pengerusi Eksekutif
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Visi Kita Kumpulan Daya teguh dalam membentukkan kita sebagai pembekal terpilih dalam pasaran Minyak dan Gas antarabangsa serta domestik.
Misi Kita Untuk menjadikan Kumpulan Daya sebagai salah satu daripada lima pembekal servis Minyak dan Gas terbaik secara pemodalan pasaran dalam 2015.
Nilai Teras Kita Kumpulan Daya mempercayai bahawa idea-idea dan usaha hari ini akan membawakan perkembangan serta kejayaan di masa hadapan. Nilai-nilai kejayaan kita merupakan “CARE” yang akan mengarahkan Kumpulan Daya.
Komited (C) • Kita komited terhadap tahap tingkah-laku dan amalan baik kita dalam meningkatkan kualiti servis kita dan membantu komuniti di mana kita berniaga.
Akauntabiliti (A) • Kita bertanggungjawab secara bersendiri atas hasil kerja dan kerja dalam dan luar skop kepakaran kita untuk memastikan keputusan yang tepat dapat dibuat.
Keazaman (R)
Etika (E)
• Kita membina matlamat yang sukar, memberikan tujuan dan hala, dan bertindak secara segera dalam pengecapaian visi kita, dan mencapai objektif-objektif kita.
•Kita bertindak secara jujur, berintegriti, dan mengekalkan tahap etika semasa mengejar perkembangan dan keuntungan serta menyampaikan servis berkualiti kepada orang lain.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Apakah ia? Tatakelakuan dan Etika Perniagaan merupakan satu rangkaian tahap dan peraturan asas yang memberikan panduan jelas kepada semua pekerja bagi menghadapi situasi-situasi perniagaan harian yang spesifik. Kod ini berfungsi sebagai titik rujukan yang terkandung dalam satu dokumen untuk pekerja-pekerja yang kurang jelas tentang apa yang dijangkakan daripada mereka semasa menghadapi risiko seluruh syarikat. Kandungan Kod ini merumuskan syarat-syarat perundangan, kewangan dan polisi Kumpulan Daya.
Mengapa ia diwujudkan? Kod ini merupakan usaha kita untuk memasukan Nilai-nilai Teras Daya dalam konteks harian dalam situasi perniagaan. Kod ini tidak boleh merangkumi semua isu yang akan timbul, tetapi ia menetapkan prinsip-prinsip asas dan polisi-polisi utama serta prosedur-prosedur untuk membolehkan kita memahami tanggungjawab-tanggungjawab kita dalam menjalankan perniagaan kita secara domestik serta antarabangsa, dengan mengamalkan etika-etika perniagaan bertaraf tertinggi. Kod ini merupakan sebahagian daripada usaha peningkatan Kumpulan Daya dalam tadbir urus korporat yang efektif. Kumpulan Daya percaya bahawa perniagaan kita mesti dijalankan secara kepatuhan sepenuh segala undang-undang, peraturan-peraturan dan regulasiregulasi yang berkenaan.
Apakah yang ia meliputi? Kod ini meliputi syarat-syarat kepatuhan umum yang dikehendaki daripada warga pekerja Kumpulan Daya. Kod ini tidak menyenaraikan setiap undang-undang, peraturan, polisi atau prosedur yang akan melibatkan anda semasa perjalanan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab yang berada dalam skop kerja anda. Anda bertanggungjawab untuk mengetahui semua undang-undang, peraturan, polisi dan prosedur, termasuk Polisi Kumpulan Daya yang lain yang melibatkan anda. Anda dikehendaki untuk membuat pertimbangan yang baik dan bijak dengan integriti.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Siapakah yang terlibat? Semua pekerja, pegawai-pegawai, pengarah-pengarah (eksekutif dan bukan eksekutif) dalam semua Anak Syarikat Kumpulan Daya adalah dituntut untuk memahami, mengikuti, mematuhi dan mengamalkan peruntukan-peruntukan Kod ini dan tahap-tahap yang ditetapkan di bawah semasa menjalankan tugastugas serta peranan masing-masing. Dalam situasi-situasi yang bersesuaian, Kod ini juga harus diberikan dan diikuti oleh mana-mana ejen dan wakil-wakil, termasuk perunding, kontraktor, subkontraktor dan lain-lain yang menjalankan kerja bagi Kumpulan Daya dan mewakilinya.
Melibatkan wargawarga yang berikut:
Perkerja-pekerja Pegawai-pegawai Pengarahpengarah(eksekutif dan bukan eksekutif) Ejen-ejen Wakil-wakil Perunding-perunding Kontraktorkontraktor Sub-kontraktor
Syarikat-syarikat usahasama, di mana Anak Syarikat Kumpulan Daya merupakan penguasa kepada pengusahasama dan syarikat-syarikat berkaitan, juga harus mematuhi Kod tersebut. Syarikat-syarikat usahasama, di mana Anak Syarikat Kumpulan Daya bukan penguasa kepada pengusahasama dan syarikat-syarikat yang berkaitan, adalah digalakkan untuk mematuhi Kod ini atau prinsip-prinsip dan tahap-tahap yang serupa dengannya.
Apakah akan berlaku sekiranya ia dilanggar? Pelanggaran Kod ini atau mana-mana undang-undang atau regulasi-regulasi yang berkenaan boleh membawakan kesan-kesan yang serius kepada pekerjapekerja yang terlibat. Tindakan disiplin dalaman boleh diambil dan ia boleh mengakibatkan penamatan perkhidmatan. Rujukan kepada pihak-pihak penguatkuasa yang sesuai dan pendakwaan jenayah boleh berlaku sekiranya pelanggaran Kod tersebut melibatkan tindakan jenayah.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Bersuara Sekiranya anda menghadapi dilema etika, anda bertanggungjawab untuk mengambil tindakan. Sekiranya anda mempercayai bahawa sebahagian daripada Kod ini atau mana-mana Polisi atau Prosedur Kumpulan Daya telah atau sedang atau disyaki bahawa pelanggaran telah berlaku, ia adalah tugas anda untuk menyuarakan isu sedemikian kepada orang yang sesuai. Anda boleh memberitahu kepada pegawai atasan yang anda melaporkan diri, Ketua Jabatan, Ketua Unit Operasi, Sumber Manusia atau pihak undangundang. Semua laporan akan dipertimbangkan secara serius dan akan disiasat dengan mengikuti polisi-polisi dan prosedur-prosedur Kumpulan Daya.
.
Laporan-laporan atau isu-isu yang dibangkitkan akan kekal tanpa nama. Anda tidak akan dikenakan tindakan disiplin dalaman atau dihukum atas pembangkitan isu-isu tersebut.
Bersuara. Adalah tugas anda untuk melapor pada bila-bila masa apabila anda menyedari bahawa pelanggaran telah berlaku. Tiada tindakan balas. Anda boleh melapor tanpa nama dan dilindungi daripada tindakan sekiranya anda menyuarakannya berdasarkan niat yang baik. Bersuara tidak mengancamkan Kumpulan Daya. Melaporkanisu-isu akan mengekalkan kekuatansyarikat kita kerana ia membolehkan kita menilai isu-isu tersebut dengan segera dan menyelesaikan masalahmasalah secepat mungkin.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Anti-Monopoli dan undang Persaingan
Undang-
Anti-monopoli dan undang-undang persaingan meliputi semua aspek perniagaan di seluruh dunia. Undangundang ini meliputi Kumpulan Daya, serta pesaing-pesaing, pembekal-pembekal dan pelanggan-pelanggan Kumpulan Daya. Adalah penting bagi anda untuk membiasakan diri dengannya dan memastikan ia tidak dilanggarkan.
Contoh-contoh aktivit anti-monopoli yang biasa wujud:
Persetujuanpersetujuan dengan pesaing untuk tidak bersaing dalam kawasan-kawasan tertentu atau dengan pelanggan-pelanggan tertentu.
Berkongsi informasi harga dengan pesaingpesaing untuk menetapkan atau meningkatkan harga
Pakatan dengan pesaing-pesaing untuk tidak bersaing dalam tawaran tertentu
Berbincang dengan wakil jualan untuk menetapkan harga jualan nilai semula produk tertentu
Undang-undang anti-monopoli melarang aktiviti-aktiviti yang meletakkan sekatan ke atas perdagangan. Undang-undang persaingan melarang aktiviti-aktiviti yang meletakkan sekatan atas persaingan yang saksama dan bebas. Pelanggaran undang-undang tersebut boleh mengakibatkan penalti kewangan yang berat dikenakan ke atas syarikat-syarikat dan hukuman penjara dikenakan ke atas individu-individu.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Undang-undang perdagangan domestik dan antarabangsa Sekiranya anda berperanan dalam perdagangan antarabangsa bagi Kumpulan Daya, anda mesti mengetahui tentang individu-individu, organisasi-organisasi atau negara-negara yang diletakkan di bawah sekatan ekonomi di bawah undangundang berkenaan. Anda tidak boleh berbincang atau memasuki sebarang perjanjian atau persefahaman dengan pesaing mengenai penetapan harga produk, menyebelahi atau menangguhkan perdagangan dengan pelanggan atau penjual tertentu, atau mana-mana aktiviti lain yang mempunyai implikasi anti-monopoli atau anti-pesaingan. Anda juga mesti mengetahui undang-undang pengawalan import atau eksport dan sekatan yang akan menjejaskan perniagaan yang dijalankan oleh anda bagi Kumpulan Daya. Di mana berkaitan, anda mesti memastikan kepatuhan peraturanperaturan yang berhubung dengan pembayaran duti, cukai, levi dan impos. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila mendapatkan nasihat daripada pihak undang-undang. Sebarang pertanyaan mengenai perdagangan atau undang-undang persaingan atau penjejasan cara anda atau Kumpulan Daya menjalankan perniagaan harus dilaporkan. Kegagalan untuk memerhatikan sekatan-sekatan sedemikian akan mengakibatan penangguhan dalam operasi dan tindakan undang-undang seperti denda dan hukuman penjara. Undang-undang dan regulasi-regulasi perdagangan dalam Malaysia, United States, United Kingdom dan tempat-tempat lain di seluruh dunia adalah digunakan untuk menggalakkan persaingan beretika dalam pasaran dan mengehadkan aktiviti-aktiviti yang menyekat perdagangan.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Melindungi Aset-aset Syarikat Anda bertanggungjawab untuk memastikan anda melindungi dan menggunakan asetaset Kumpulan Daya yang diamanahkan kepada anda dalam skop pekerjaan anda untuk tujuan perniagaan sahaja.
Aset-aset Kumpulan Daya merangkumi barang-barang seperti:
Anda mesti memastikan bahawa aset-aset Kumpulan Daya adalah digunakan dengan cara yang bersesuaian dan dilindung daripada kehilangan, kerosakan, kecurian, salah guna, penggelapan atau pembaziran.
Sebuah akaun dan rekod yang tepat, termasuk dokumentasi berkaitan yang berkenaan dengan perbelanjaan oleh pekerja-pekerja atas perwakilan Kumpulan Daya, mesti disediakan tepat pada masanya untuk memastikan kepatuhan undangundang , serta syarat-syarat kewangan, perundangan, dan laporan Kumpulan Daya. Sebarang penggambaran yang salah atau pemalsuan rekod-rekod boleh dianggapkan sebagai penipuan dan mengakibatkan liabiliti jenayah dan sivil dikenakan di atas pekerja secara individu dan Kumpulan Daya. Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan semua rekod dan dokumen perniagaan adalah benar dan tepat.
Bangunan, alat-peralatan, perkakas, perabot dan bekalan Wang tunai, instrumen, pelaburan, informasi akaun dan kewangan yang boleh dirunding Data komputer, teknologi, perkakasan, perisian, informasi dan rekod-rekod Sistem perhubungan elektronik Kumpulan Daya Senarai pelanggan, kaji selidik dan informasi pemegang polisi dan pemegang akaun Dokumentasi, manual dan laporan Plan perniagaan, informasi produk dan harga
Anda tidak boleh menggunakan sistem-sistem komunikasi elektronik Kumpulan Daya untuk membuat salinan fail-fail elektronik tanpa kebenaran, memuat turun bahan yang memusnahkan atau ofensif, menerbit atau menerima informasi sulit dan informasi hak milik kepada atau daripada pihak-pihak ketiga atau pekerjapekerja yang tanpa kebenaran, atau menerbitkan informasi yang berunsurkan diskriminasi atau paksaan. Anda dikehendaki untuk menghormati aset-aset fizikal dan intelek orang lain. Anda tidak boleh secara sengaja mencuba atau melakukan kerosakan, mengubah, mengusik, memusnahkan atau menggelapkan aset-aset fisikal atau intelek orang lain.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Laporan Kewangan Anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bagi setiap transaksi sebelum transaksi tersebut dimuktamadkan dan anda mesti memastikan semua akaun, penyata kewangan, informasi dan dokumentasi semua transaksi memberikan rekod yang benar dan tepat dan selaras dengan Polisi-polisi Kumpulan Daya yang berkaitan. Perlaksanaan semua transaksi untuk dan sebagai wakil kepada Kumpulan Daya mesti selaras dengan kebenaran daripada pihak pengurusan dan bentuk kebenaran yang berkaitan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan tepat pada masa atas mana-mana penyelewengan yang berkaitan dengan audit, akaun atau pengawalan dalaman. Pekerja-pekerja yang bertanggungjawab atas laporan akaun atau kewangan mesti memastikan semua buku, rekod, atau penyertaan akaun adalah saksama dan mencerminkan kedudukan kewangan Anak Syarikat yang berkaitan kepada Kumpulan Daya, dengan menggunakan prinsip-prinsip akaun yang diterima secara umum dan kriteria lain yang ditetapkan oleh undang-undang.
Sebarang perbuatan yang berikut mesti dilaporkan dengan segera:
Pelanggaran polisi-polisi dan prosedur syarikat, atau sebarang polisi atau prosedur syarikat yang lain yang diwujudkan untuk memastikan kelengkapan, kesaksamaan, ketepatan masa dan pendedahan informasi kompeni yang mudah faham seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau sebarang undangundang, peraturan atau regulasi kerajaan yang berkuatkuasa.
Kegagalan untuk mendedahkan mana-mana dan semua informasi yang berkaitan dengan perniagaan, operasi, atau kedudukan kewangan syarikat yang perlu dilaporkan atau didedahkan untuk MOF atau selaras dengan mana-mana undang-undang, peraturan, regulasi kerajaan berkuatkuasa yang lain, secara menyeluruh, saksama, tepat, mudah faham dan tepat pada masa, kepada individu yang bersesuaian dalam syarikat.
Salah penggambaran, penyembunyian, pemalsuan, atau pemusnahan sebarang dokumen atau informasi lain yang berkaitan kepada perniagaan, operasi atau kedudukan kewangan kompeni yang perlu dilaporkan atau didedahkan, atau digunakan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang perlu dilaporkan atau didedahkan kepada MOF atau selaras dengan sebarang undang-undang, peraturan atau regulasi kerajaan lain yang berkuatkuasa.
Mana-mana aktiviti atau perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang individu, syarikat atau mana-mana pegawai atau pengarah untuk melanggarkan sebarang undang-undang, peraturan atau regulasi kerajaan yang berkuatkuasa.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pendedahan Umum Oleh kerana Kumpulan Daya adalah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia Berhad, kita bertanggungjawab kepada pelabur di segi pendedahan informasi yang berkaitan yang boleh menjejaskan keputusan-keputusan pasaran. Kita mesti mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan syarat-syarat Bursa Malaysia yang berkenaan dengan pendedahan informasi. Kegagalan untuk mendedahkan bahan informasi atau acara-acara atau pendedahan informasi yang tidak tepat boleh menjejaskan harga saham sekuriti Daya dan boleh dijadikan sebagai satu kesalahan peraturan. Sekiranya diperlukan untuk membantu dalam membuat pendedahan, anda mesti memastikan semua informasi adalah tepat, betul dan lengkap. Pekerja-pekerja mesti berwaspada untuk tidak mendedahkan informasi kecuali dibenarkan untuk membuat demikian.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pelaburan Wang Haram Undang-undang, prosedur dan peruntukanperuntukan anti pelaburan wang haram adalah digunakan untuk mencegah perniagaan daripada digunakan untuk tujuan jenayah. Ia juga membantu dalam mengesan dan mendapatkan unsur jenayah. Adalah tugas anda untuk bertanya mengenai asal usul semua wang dan harta yang dibeli atau diterima melalui sebarang transaksi yang dijalankan untuk dan secara wakil bagi Kumpulan Daya dan yang melibatkan diri anda.
Apakah Pelaburan Wang Haram? Sebuah instilah untuk menghuraikan proses menyembunyikan asal usul wang atau asetaset yang diperolehi dengan cara-cara menlanggarkan undang-undang atau dengan aktiviti-aktiviti jenayah.
Adalah tugas anda juga untuk mengenal pasti dan lapor kepada orang dalaman yang sesuai atas mana-mana transaksi atau aktiviti yang disyaki melibatkan pelaburan wang haram. Jangan sesekali bercuba untuk menyiasat kes pelaburan wang haram secara sendiri. Anda tidak sepatutnya memberikan nasihat atau bantuan yang lain kepada individu-individu yang ingin melanggar atau mengelakkan undang-undang, peraturan, dan regulasi pelaburan wang haram.
Contoh-contoh transaksi yang mencurigakan:
Pertukaran wang tunai kepada mata wang lain secara kerap tanpa Kebenaran Kawalan Pertukaran. Peningkatan ketara dalam deposit tunai oleh seseorang individu atau syarikat dan pengeluaran berturut-turut dalam jangka masa pendek tanpa sebab ketara. Jumlah deposit wang tunai yang besar dan luar biasa oleh individu-individu atau sebuah syarikat di mana aktiviti-aktiviti syarikat biasanya dijana dengan instrumeninstrumen yang boleh dirunding. Pelanggan-pelanggan yang sentiasa deposit tunai jika diminta untuk bayar secara transfer kewangan atau instrumeninstrumen yang boleh dirunding
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Kumpulan Daya komited untuk memberikan peluang-peluang sama-rata kepada semua pemohon-pemohon pekerjaan dan pekerja-pekerja. Kita tidak membenarkan sebarang diskiriminasi pekerjaan yang melanggarkan undangundang dan kita komited untuk mematuhi semua undang-undang, polisi dan prosedur pekerjaan yang sah serta polisi-polisi Sumber Manusia dalaman, dalam semua aspek pekerjaan. Kita memastikan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan keputusan adalah ditetapkan berdasarkan pertimbangan perniagaan, merit dan unsur-unsur lain yang berkaitan dengan pekerjaan. Adalah tanggungjawab anda untuk menunjukkan hormat terhadap rakan sekerja serta pihak-pihak luar semasa menjalankan perniagaan untuk dan atas pewakilan untuk Kumpulan Daya. Anda mesti memastikan bahawa anda memahami adatadat dan budaya-budaya tempatan yang berkaitan yang boleh menjejaskan perkara-perkara yang berhubung dengan pekerjaan dan keputusan perniagaan. Laporan mengenai sebarang pertikaian yang berkenaan dengan peluang-peluang sama-rata akan dikekalkan sebagai sulit dan anda tidak akan dihukum atau diambil tindakan disiplin kerana membuat demikian.
Adalah penting bahawa kita perlu mewujudkan dan mengamalkan satu tempat kerja yang positif dan bebas daripada semua jenis gangguan. Kita berhak untuk mendapatkan satu tempat kerja yang bebas gangguan tanpa mengira perbezaan kita dalam latar belakang, pengalaman atau budaya. Gangguan merupakan sebarang perbuatan secara lisan, fizikal atau visual yang menjadikan persekitaran kerja tempat yang bermusuhan atau ofensif atau secara tidak wajarnya mengganggu keupayaan orang lain untuk menjalankan kerjanya. Sebarang gangguan yang dilakukan oleh pekerja boleh mengakibatkan liabiliti undang-undang dikenakan kepada Kumpulan Daya. Sebarang aksi-aksi atau ancaman-ancaman terhadap orang lain atau harta milik syarikat harus dilaporkan dengan segera. Aksi-aksi atau ancaman-ancaman yang dilakukan oleh pekerja terhadap kehidupan, kesejahteraan, harta milik atau keluarga kepada pekerja lain tidak akan dibenarkan oleh Kumpulan Daya. Kita komited untuk mewujudkan satu persekitaran di mana semua orang berasa selamat dan dilayan dengan sopan dan profesional pada bila-bila masa.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Anda patut melayan semua rakan sekerja, pekerja-pekerja, staf kontrak, pembekal, ejen, pelanggan, pelawat dan mana-mana pihak ketiga yang lain dengan sopan dan hormat. Anda mesti melaporkan sebarang perbuatan gangguan kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, Jabatan Sumber Manusia dan pihak perundangan.
Kumpulan Daya melarang penyalahgunaan ubat-ubatan atau bahan-bahan lain yang sah, penggunaan ubat-ubatan tidak sah dan penyalahgunaan alkohol mengikuti undang-undang, peraturan dan regulasi yang berkuatkuasa. Kita komited untuk mengamalkan tempat kerja yang bebas daripada penyalahgunaan bahan. Penghasilan, pengagihan, dispensasi, pemilikan atau penggunaan bahan bawah kawalan yang tidak sah di sisi undang-undang adalah dilarang sekaligus di mana-mana kemudahan-kemudahan dan premis-premis Kumpulan Daya atau semasa menjalankan perniagaan untuk atau sebagai pewakilan untuk syarikat. Selain penggunaan alkohol secara sederhana dan bertanggungjawab semasa menghadiri acara yang ditaja oleh Kumpulan Daya atau semasa menghadiri keraian hiburan yang berkaitan dengan perniagaan, pekerja-pekerja tidak dibenarkan untuk membeli, mengguna, memiliki, menjual atau mengagih alkohol semasa menjalankan perniagaan bagi Kumpulan Daya. Di mana penggunaan alkohol adalah dibenarkan, anda mesti mengamalkan daya pertimbangan yang wajar dan mesti tidak minum secara berlebihan atau mengambil apa-apa tindakan lain yang akan membahayakan diri sendiri atau orang lain. Anda dikehendaki untuk menunjukkan tahap tingkah laku yang professional semasa menjalankan tugas kerja pada bila-bila masa. Anda tidak boleh melapor diri untuk kerja atau kekal bertugas sekiranya anda berada di bawah pengaruh atau gangguan sebarang ubat-ubatan, alkohol atau bahan berkawal yang lain. Sebagai seorang pekerja, anda dikehendaki untuk mendapatkan bantuan dan rawatan pemulihan. Jika anda berasa risau kerana seseorang rakan sekerja yang menyalahgunakan bahan berkawal semasa bekerja dan boleh membahayakan keselamatan anda sendiri dan orang-orang lain dalam risiko, adalah merupakan tugas anda untuk melapor kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri atau Jabatan Sumber Manusia. Semua laporan akan dikekalkan sulit.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Kita komited untuk memberikan sebuah persekitaran kerja yang selamat kepada semua pekerja. Anda memainkan sebuah peranan yang penting untuk membantu kami memenuhi komitmen ini. Adalah tugas anda untuk mematuhi segala undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkenaan serta memerhatikan semua sistem pengurusan HSE di tempat kerja anda. Kontraktor-kontraktor, ejen-ejen, wakil-wakil dan pihak-pihak lain yang bekerja bagi Kumpulan Daya mesti juga mematuhi sistem-sistem pengurusan HSE tersebut. Anda patut membiasakan diri dan mengikuti semua garis panduan keselamatan dan melaporkan mana-mana situasi yang membahayakan atau berlakunya kemalangan. Kami berharap agar anda akan berhati-hati terhadap keselamatan orang lain dan melaporkan kecederaan, kejadian, amalan atau situasi yang tidak selamat, atau tingkah laku yang anda mempercaya akan mengancam atau membahayakan anda atau orang lain. Semua kemudahan yang dimiliki dan dioperasi oleh Kumpulan Daya mesti mempunyai permit-permit yang berkenaan dan diperlukan, kebenarankebenaran dan mengamalkan sistem-sistem pengurusan HSE.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Kerahsiaan Melindungi kerahsiaan informasi sedemikian adalah penting kepada reputasi bagi Kumpulan Daya. Sekiranya informasi sulit adalah diperlukan untuk didedahkan mengikuti undang-undang, ia harus didedahkan dengan kebenaran yang sewajarnya. Kita patut hormati hakhak mutlak klien-klien dan pelangganpelanggan atas kerahsiaan, kecuali kebenaran nyata yang jelas diberikan oleh klien atau pelanggan atau seperti diperlukan oleh undang-undang. Adalah tugas anda, semasa dan selepas pekerjaan anda dengan Kumpulan Daya untuk mengekalkan kerahsiaan informasi sebegini kecuali diberi kebenaran untuk mendedahkan informasi sulit sedemikian.
Contoh-contoh apakah informasi sulit:
Dokumen-dokumen dan rekodrekod teknikal, kewangan, perniagaan, perundangan, kontrak, dan kakitangan yang dimilik oleh Kumpulan Daya Komunikasi perniagaan seperti emel, surat, laporan dan persetujuan Perisian komputer, fail-fail dan proses-proses milik kompeni Senarai pelanggan dan pembekal Proses-proses pnghasilan Rahsia-rahsia perdagangan
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Keperibadian dan Perlindungan Semasa menjalankan perniagaan, kita boleh mengumpul, memakai atau mempunyai akses kepada data yang dapat dikenalpasti secara peribadi dan informasi yang dimiliki atau berhubungkait dengan pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja atau vendor-vendor pihak ketiga kita. Sebagai seorang pekerja, anda mempunyai hak untuk privasi data peribadi anda. Kita komited untuk menghormati privasi data dan informasi sedemikian dengan cara mengakses dan berkongsi informasi dan data tersebut untuk tujuan perniagaan yang sah sahaja, serta dengan kebenaran yang bersesuaian dan kaedah-kaedah sah dalam undang-undang.
Data peribadi harus dilindungi oleh pelindung-pelindung terhadap risiko yang munasabah seperti kehilangan, kemusnahan, akses tanpa kebenaran, atau penggunaan tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan.
Harta Intelek Sebagai seorang pekerja Kumpulan Daya, anda mesti memastikan bahawa Harta Intelek Kumpulan Daya ditangani secara berhati-hati semasa mencipta, melindung, mengurus dan menggunakannya. Semua pekerjapekerja Kumpulan Daya, serta ejen-ejen, perunding-perunding, sub-kontraktor-sub-kontraktor, wakil-wakil dan staf kontrak bukan sahaja perlu berprihatin dalam melindungi hak-hak harta intelek milik Kumpulan Daya, malah perlu juga menghormati hak-hak harta intelek orang lain.
Contoh-contoh hakmilik intelek termasuk:
Nama-nama yang dapat dikenalpasti Hak-hak paten Hak-hak cipta Cap-cap dagangan dan tanda-tanda perkhidmatan Logo-logo Pengetahuan sulit Hak-hak reka Grafik dan Imej Nama domain Perisian Bahan-bahan berhakcipta yang lain yang di bawah sebuah perjanjian yang berkaitan dengan harta intelek
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Adalah salahlaku mengikuti polisi kita untuk mengguna, menyalin, mempamer, eksploit atau mengagihkan dokumentasi atau harta milik pihak ketiga yang berhakcipta, atau bahan-bahan lain yang mempunyai paten atau tanda dagangan tanpa kebenaran dan kebenaran pendahuluan oleh pihak ketiga tersebut. Pelanggaran hak harta intelek milik pihak ketiga atau pengabaian terhadap mana-mana kewajipan kerahsiaan boleh mengakibat liabiliti perundangan dikenakan di atas pekerja secara individu dan Kumpulan Daya.
I
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Pengurusan Rekod Semua rekod yang dicipta semasa perniagaan harian adalah dianggap sebagai aset-aset syarikat yang penting dan mesti diuruskan dengan cara bersesuaian supaya mematuhi undang-undang, regulasi-regulasi yang berkuatkuasa, dan polisi-polisi dan syarat-syarat dalaman. Rekod-rekod sedemikian termasuk emel dan mesej-mesej mel suara, polisi-polisi dan prosedur-prosedur syarikat, minit mesyuarat, akaun-akaun kewangan dan informasi produk. Adalah tanggungjawab anda untuk mengurus rekod-rekod dan informasi tersebut dengan baik untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran. Pihakpihak yang bertindak mewakili Kumpulan Daya mesti memastikan rekodrekod diurus dengan baik juga.
Komunikasi Perniagaan Semua komunikasi oleh seorang pekerja atau seseorang yang bertindak bagi Kumpulan Daya adalah refleksi Kumpulan Daya serta reputasinya. Anda harus memastikan sebarang komunikasi luaran dan dalaman semasa penjalanan tugas anda adalah lengkap, saksama, tepat, menepati masa dan dapat difahami. Anda juga mesti mengelak daripada perbuatan tokok tambah, perkataan-perkataan menghina, spekulasi atau pencirian yang tidak sesuai terhadap orang dan syarikat-syarikat. Anda juga mesti sensitif terhadap bagaimana komunikasi secara menulis dan lisan yang boleh ditafsirkan oleh orang lain. Pastikan semua kebenaran yang berkenaan telah didapati sebelum melepaskan informasi tertentu dan pastikan anda tidak dihadkan untuk berkongsikan informasi tersebut.
Pernyataan Umum Anda tidak boleh membuat atau mengedarkan penyata-penyata umum atas keputusan, polisi, prosedur dan aktiviti seharian Kumpulan Daya secara lisan atau tulisan ataupun dalam sebarang format, kecuali anda dibenarkan atau dilantik untuk berbuat demikian atas pewakilan Kumpulan Daya. Penyata-penyata umum termasuk penyata-penyata yang dibuat bagi sidang akhbar atau media, majalah atau orang awam dalam sebarang ucapan dalam siaran media termasuk secara kaedah elektronik seperti emel, faks, mesej segera dan blog.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Anti-rasuah dan Korupsi Kumpulan Daya melarang tawaran, pembayaran, kemudahan, permohonan atau penerimaan rasuah secara langsung dan tidak langsung oleh pekerjapekerja, dalam apa-apa format. Polisi ini juga meliputi rakan-rakan niaga, ejenejen, subkontraktor, kontraktor, wakil-wakil, staf kontrak, pembekal dan syarikat-syarikat usahasama. Kita sangat yakin dan mengambil pendirian aktif bertentangan rasuah dan korupsi dan mematuhi semua undangundang, peraturan dan regulasi kebangsaan dan antarabangsa berkenaan dengan pembayaran tidak wajar yang dibuat kepada dan diterima daripada pegawai-pegawai, individuindividu atau kompeni-kompeni asing, tempatan dan awam. Sesiapa pekerja yang ditemui telah menerima, menawar, mempermudahkan, menerima atau memberikan rasuah atau apa-apa perbuatan korupsi yang lain, akan dan mungkin dikenakan tindakan disiplin dalaman dan mungkin dikenakan liabiliti jenayah, tidak kira jangka masa servis atau kedudukannya.
.
Apakah rasuah? Rasuah adalah perbuatan memberi, mempermudahkan, menawarkan, mengambil atau menerima sebarang wang, pembayaran, hadiah, pinjaman, yuran atau ganjaran secara langsung atau tidak langsung, kepada atau daripada sesiapa untuk mempengaruhi mereka atau mendapatkan layanan yang menggalakkan sebagai pulangan.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Penipuan Penipuan berlaku semasa seseorang secara sengajanya menyalah nyata informasi atau menyembunyikan faktafakta bahan untuk tujuan menggalakkan orang lain untuk bertindak atasnya untuk kecederaan atau kerugian kewangannya. Penipuan dapat dilakukan dengan beberapa cara dan oleh beberapa orang yang berlainan, termasuk pelanggan, pekerja, ejen atau pihak ketiga yang lain. Walaupun kebanyakan orang mempunyai niat-niat yang jujur, adalah paling baik sekiranya kita kekal berhati-hati dan bantu mencegah penipuan dengan memahami tanda-tanda biasa penipuan. Sebarang penipuan yang dikesan atau disyaki mesti dilaporkan dengan segera kepada pasukan pengurusan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Audit, ahli-ahli EXCO, Ketua Kumpulan Pegawai Kewangan, Pengurus Audit Dalaman dan Ketua Anakanak Syarikat. Kegagalan untuk membuat laporan mungkin mengakibatkan tindakan disiplin dalaman.
Contoh-contoh penipuan:
Sebarang tindakan yang tidak jujur atau menipu Laporan perbelanjaan pekerja yang dipalsukan atau sengaja dibuat kurang tepat Pemalsuan atau pindaan terhadap sebarang dokumen atau akaun yang dimiliki oleh syarikat Pencurian dana, sekuriti, bekalan atau aset-aset lain Kesalahan dalam menangani atau melaporkan wang dalam transaksi kewangan.
Konflik Kepentingan Konflik kepentingan berpotensi timbul apabila aktiviti-aktiviti peribadi, sosial, kewangan atau politik, atau hubungan-hubungan perniagaan mengganggu dengan objektiviti seseorang pekerja berkenaan dengan tugasannya. Konflik-konflik sebenar, serta konflik-konflik berpotensi, mesti dielakkan atau diisytiharkan dan diselesaikan. Berhati-hati dalam mempertimbangkan sama ada wujudnya apa-apa konflik kepentingan sebenar atau ketara bagi diri sendiri. Sekiranya anda mempercayai anda mempunyai konflik kepentingan, anda mesti mendedahkannya.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Hadiah dan Hiburan Peraturan-peraturan mengenai bantuan, hadiah dan hiburan adalah sangat penting. Kita ingin menggalakkan hubungan kerja yang berjaya dan muhibah, tetapi kita mesti berhati-hati tidak menghasilkan situasi-situasi yang akan membawakan konflik kepentingan, kesetiaan berbahagi, atau wujudnya cubaan yang tidak wajar untuk mempengaruhi keputusan-keputusan perniagaan. Kumpulan Daya bersetuju bahawa tawaran atau penerimaan hadiah secara sederhana untuk sekali-sekala dan hospitaliti merupakan sebahagian daripada membangunkan dan mengekalkan hubungan perniagaan yang baik. Anda seharusnya menggunakan penilaian yang masuk akal semasa memutuskan apa adalah munasabah. Kita mahu memastikan bahawa perniagaan kita menang atau rugi berdasarkan merit-merit daripada produk dan servis. Hubungan perniagaan kita mesti berdasarkan sepenuhnya atas keputusan-keputusan perniagaan yang wajar, urusan-urusan yang saksama serta undang-undang berkuatkuasa. Laporkan sebarang resit atau tawaran hadiah atau hospitaliti dalam apa-apa jumlah kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, dan mengambil pertimbangan sebarang undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkenaan.
Pegawai-pegawai Kerajaan Anda mesti prihatin bahawa tawaran yang kecil seperti membelikan makanan atau minuman, memberikan hadiah atau membayar untuk hiburan kepada mana-mana pegawai kerajaan atau pekerja kerajaan berkemungkinan adalah bertentangan dengan undang-undang. Setiap bidang kuasa di mana Kumpulan Daya menjalankan perniagaan mempunyai undang-undang, sekatan-sekatan, regulasi-regulasi tertentu dan syarat-syarat laporan mengenai aktiviti-aktiviti sedemikian, oleh itu, pastikan anda biasakan diri dan mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Kumpulan Daya tidak membuat sebarang sumbangan politik atau terlibat dalam aktiviti politik. Sekiranya seseorang pekerja berhasrat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik, ia mesti dilakukan dalam kapasiti peribadi di mana ia tidak akan berkonfik dengan mana-mana tugasan atau tanggungjawab pekerjaan dan memastikan bahawa ia tidak dilakukan atas pewakilan Kumpulan Daya tetapi dalam kapasiti peribadi sendirinya. Anda mesti memaklumkan pegawai atasan yang anda laporkan diri serta pasukan pengurusan sekiranya anda mempertimbangkan atau telah menerima jawatan awam.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Urus Niaga Dalaman Adalah merupakan sesebuah kesalahan jenayah untuk mengurus dengan sekuriti Kumpulan Daya dengan informasi dalaman. Sekuriti-sekuriti termasuk saham, bon, hutang, pilihan, pelaburan, masa hadapan, derivatif dan nota di mana nilainya ditetapkan oleh harganya. Adalah salah di sisi undang-undang untuk menyebarkan informasi salah untuk tujuan manipulasikan harga sekuriti-sekuriti yang disenarai awam. Tiada sesiapa pekerja harus menggunakan apa-apa informasi dalaman yang didapati melalui pekerjaan dengan Kumpulan Daya untuk keuntungan diri sendiri atau rakan atau relatif atau syarikat lain atau individu lain atau entiti lain. Ini termasuk membuat cadangan untuk membeli sekuriti-sekuriti Kumpulan Daya berdasarkan informasi dalaman.
Apakah informasi dalaman? Informasi yang tidak diumumkan kepada orang awam secara am yang boleh menjejaskan harga pasaran sekuritisekuriti Kumpulan Daya atau mempengaruhi keputusan pelaburpelabur dalam membeli, menjual atau mengekalkan sekuritisekuriti sedemikian.
Kumpulan Daya, pekerja-pekerja dan wakil-wakilnya adalah diperlukan untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan regulasi yang berkenaan dengan informasi dalaman. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan sedemikian akan mengakibatkan tindakan disiplin dalaman, liabiliti jenayah dan denda untuk individu tersebut dan Kumpulan Daya.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
Akibat Salah-laku Pelanggaran mana-mana bahagian dalam Kod ini boleh mengakibatkan tindakan disiplin dalaman dan sekiranya ditemui sebagai pelanggaran yang serius, pekerjaan akan ditamatkan. Jikalau pelanggaran melibatkan aktiviti jenayah, ia boleh mengakibatkan liabiliti jenayah, termasuk hukuman penjara atas individu-individu dan denda-denda dikenakan ke atas Kumpulan Daya.
Melaporkan Perbuatan Menyalahi Undang-undang dan Tidak Beretika Kumpulan Daya mengalu-alukan dan menggalakkan sesiapa yang melibat diri dengan Kumpulan Daya untuk bersuara dan melaporkan apa-apa isu mengenai perbuatan menyalahi undang-undang atau tingkah laku atau aktiviti yang tidak beretika. Sebarang pelanggaran yang disyaki atau pelanggaran sebenar Kod ini mesti dilaporkan kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, Ketua Jabatan, Ketua Unit Operasi, Sumber Manusia atau pihak perundangan dengan segera.
Tiada Tindakan Balas Jika anda membuat laporan, ia akan ditangani secara sulit dan disiasat dengan segera. Kita melindungi sesiapa yang memberikan laporan yang berniat baik mengenai pelanggaran Kod. Syarikat tidak akan mengambil tindakan balas terhadap anda kerana membuat laporan atas niat baik mengenai sebuah amalan, aktiviti atau tingkah laku perniagaan yang mencurigakan. Kumpulan Daya tidak bertolak ansur terhadap sesiapa yang mengambil tindakan balas ke atas mereka yang menyuarakan isu-isu dan akan mengambil tindakan terhadap orang yang membuat demikian, melanggar kesulitan atau cuba mengelak daripada apa-apa siasatan. JIka anda atau orang lain mengalami atau telah mengalami tindakan balas, maklum kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, Sumber Manusia atau pihak perundangan, di mana mereka dapat membantu anda.
Tatakelakuan dan Etika Perniagaan
TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN RESIT DAN PERAKUAN
Saya, ...................................................................................., No. Pekerja ......................... (jika berkenaan), memperakui bahawa saya dikehendaki membaca dan mematuhi Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Kumpulan Daya (the “Code”) dan dengan itu mengesahkan resit untuk salinan Kod tersebut.
Tandatangan: ....................................... Anak Syarikat : ……………………………………………….. Tarikh: ...............................................