Integriti itu Penting Micron Tatakelakuan & Etika Perniagaan
Pengenalan daripada CEO
Ahli Pasukan yang Dihormati, Di Micron, kita semua komited kepada kejayaan Syarikat kita.Bagaimanapun kejayaan bukan sekadar mencapai objektif perniagaan kita—cara kita menjalankan perniagaan juga perlu diambil kira. Yang paling penting, kita bertindak secara berintegriti sepanjang masa. Kod Amalan Perniagaan dan Etika Tatakelakuan & Etika Perniagaan kita menyediakan panduan untuk bertindak secara berintegriti dan membuat keputusan yang betul. Kita semua—pegawai, pekerja dan pengarah—bertanggungjawab untuk mengambil tahu dan menggunakan panduan-panduan ini. Tidak kira di bahagian mana kita bekerja atau apa pekerjaan kita di Micron, integriti sentiasa penting. Kita faham Kod ini tidak akan dapat menyediakan panduan untuk bertindak dalam setiap keadaan— begitu juga mana-mana dokumen lain pun. Salam Dalam keadaan tertentu, mungkin sukar untuk menentukan tindakan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini, anda boleh berbincang dengan pengurus anda, Jabatan Perundangan; atau mana-mana sumber lain yang disenaraikan di dalam bahagian “Tempat Mendapatkan Bantuan” di dalam Kod kita. Anda juga boleh menghubungi sumber-sumber ini jika anda fikir anda telah menyaksikan pelanggaran Kod kita. Micron mengalu-alukan soalan atau laporan, dan kita tidak akan membalas dendam bertindak balas terhadap sesiapa jua yang melaporkan kebimbangan dengan niat baik. Kita semua memainkan peranan penting ke arah kejayaan Micron, dan Syarikat kita bergantung kepada setiap orang daripada kita untuk menunjukkan integriti dalam semua urusan perniagaan kita. Dengan bantuan anda, kita boleh membina reputasi Micron untuk produk berkualiti dan tingkah laku beretika, setiap hari. Yang benar,
D. Mark Durcan Ketua Pegawai Eksekutif i
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Pengenalan daripada Ketua Pegawai Pematuhan
Ahli Pasukan yang Dihormati, Selamat datang ke Kod Tingkah Laku Micron. Di dalam dokumen ini, anda akan diberi panduan untuk membuat keputusan yang betul setiap hari. Kod kita memberikan jawapan terhadap beberapa soalan etika yang paling penting yang kita mungkin hadapi, serta petua untuk membantu kita dalam keadaan yang sukar. Kod ini juga mengandungi senarai polisi-polisi Syarikat, tempat mendapatkan maklumat lanjut apabila anda memerlukannya. Jika anda tidak pasti bagaimana panduan Kod digunakan, jangan meneka secara rambang. Tanya pengurus anda, kakitangan Jabatan Perundangan atau mana-mana sumber yang disenaraikan di penghujung Kod kita. Anda juga boleh menghubungi Hotline Pematuhan kita bila-bila masa, jika anda lebih selesa begitu. Tidak kira cara mana yang anda pilih untuk menyuarakan kebimbangan anda, yakinlah ia akan ditangani dengan sewajarnya. Kita semua cuba menegakkan budaya “bersuara” kita, yang semua orang rasa selesa bertanya soalan dan membuat laporan. Apabila kita berniaga bersama-sama secara beretika, kita akan dapat mengurangkan risiko perniagaan dan meningkatkan kelebihan saingan kita dalam pasaran. Yang benar,
Joel L. Poppen Naib Presiden, Hal-ehwal Perundangan, Ketua Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
ii
Komitmen Kita Tiada apa yang lebih penting daripada komitmen kita terhadap integriti. Kualiti reputasi kita adalah sama pentingnya dengan kualiti produk kita. Masa depan kita dibina atas inovasi yang berterusan, tetapi operasi hari demi hari tidak akan berjaya tanpa komitmen ahli-ahli pasukan kita dalam mengendalikan perniagaan secara integriti dan profesionalisme tanpa tolak ansur.
iii
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Peranan Anda Mengikuti Kod Kita Bertindak secara beretika bermakna kita hendaklah menegakkan tanggungjawab dalam mematuhi semua undang-undang dan peraturan kawal selia yang terpakai kepada kerja dan lokasi kita. Kita tidak boleh melanggar mana-mana jua undang-undang—tidak kira sekecil mana. Bagaimanapun, piawaian yang kita tetapkan untuk diri sendiri lebih tinggi daripada sekadar mengikut undang-undang. Kita mahu membuat pilihan yang beretika dalam semua keadaan. Pertimbangan yang baik biasanya akan memandu ke arah tindakan yang baik—tetapi sekiranya anda tidak pasti, jangan ragu-ragu untuk bertanya. Tatakelakuan & Etika Perniagaan (“Kod”) mewakili komitmen kita dalam melakukan perkara yang betul. Dengan menjadi ahli pasukan Micron, anda bersetuju untuk mendukung komitmen ini. Anda hendaklah memahami piawaian Kod kita, polisi dan undang-undang yang diguna pakai untuk jawatan atau fungsi anda—dan anda perlu sentiasa mematuhinya. Ahli-ahli pasukan yang tidak mematuhi piawaian ini akan meletakkan diri mereka, rakan sekerja mereka dan Micron dalam keadaan berisiko. Ahli pasukan yang melanggar Kod juga akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Kod ini terpakai kepada semua orang yang bekerja bagi pihak Micron di seluruh dunia, termasuk ahli pasukan (pekerja, pegawai dan pengarah). pekerja sementara, vendor, pembekal dan kontrakto. Kita semua dijangka mematuhi piawaian yang terkandung di dalam Kod ini. Mana-mana pihak ketiga yang bekerja dengan kita juga perlu mengikut piawaian yang digariskan di dalam Kod ini atau kod tingkah laku dan polisi organisasi mereka sendiri, jika prinsip-prinsip mereka serupa dengan kita. Kita hendaklah merujuk Kod ini untuk mendapatkan panduan jika tindakan yang wajar tidak begitu jelas. Di Micron, kita telah membina budaya integriti. Mengekalkan budaya tersebut amat penting demi kejayaan kita.
Tanggungjawab Pengurus dan Penyelia Kita semua memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan budaya beretika kita, tetapi pengurus dan penyelia mempunyai tanggungjawab tambahan. Jika anda pengurus atau penyelia, anda hendaklah menjalankan tanggungjawab anda untuk mewujudkan budaya pematuhan. Ini boleh dilakukan dengan: •• Menetapkan contoh tingkah laku beretika •• Memastikan orang bawahan anda faham cara mengikuti Kod dan sumber-sumber yang tersedia kepada mereka •• Memantau orang bawahan anda untuk memastikan mereka mengikut Kod •• Menguatkuasakan piawaian-piawaian dalam Kod •• Menyokong ahli-ahli pasukan yang membangkitkan soalan atau kebimbangan mengenai pelanggaran Kod, pematuhan atau integriti. Sebagai pengurus atau penyelia, tingkah laku beretika bermula daripada diri anda. Ingat—kepimpinan melalui teladan adalah cara terbaik untuk memberi inspirasi tingkah laku beretika kepada orang lain.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
iv
Jadual Kandungan
01 02
Pengenalan oleh CEO. . . . . . . . . . . . . . . . . . . i Pengenalan Ketua Pegawai Pematuhan . . . . ii Komitmen Kita. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . iii Peranan Anda. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . iv Mengikuti Kod Kita Tanggungjawab Pengurus dan Penyelia
Menjalankan Perniagaan dengan Integriti: Pengenalan kepada Kod Kita. . . . . . . . . . . . 1 Fungsi Kod Kita Di Mana Hendak Mendapatkan Bantuan
Bertindak Dengan Integriti demi Ahli Pasukan Kita Sendiri. . . . . . . . . . . 5 Kepelbagaian Dalam Syarikat Kita Layanan Bermaruah Standard Buruh yang Wajar Keselamatan di Tempat Kerja Kita Dadah dan Alkohol
03
Bertindak Dengan Integriti demi Syarikat Kita. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12
04
Bertindak Dengan Integriti untuk Pasaran Kita. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 22
05
Bertindak Dengan Integriti untuk Pelabur Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 35
06
Bertindak Dengan Integriti untuk Komuniti Kita. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 41
Aset Micron Harta Intelek dan Maklumat Sulit Sistem Teknologi Privasi Konflik Kepentingan
Kualiti Produk Jangkaan Terhadap Pembekal kita Kelakuan Adil Dalam Pasaran Menghormati Pelanggan Kita Hadiah dan Keraian Rasuah dan Korupsi Kontrak Kerajaan Menjalankan Perniagaan di Seluruh Dunia
Lejar dan Rekod Siasatan dan Audit Perdagangan Orang Dalam Bercakap Bagi Pihak Syarikat Kita
Komitmen Alam Sekitar Aktiviti Politik Penglibatan Kerja Amal
Penepian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 44 Kod Akujanji . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 45 Polisi-polisi Syarikat Tersedia di MERC . . . . 46
v
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Menjalankan Perniagaan dengan Integriti: Pengenalan kepada Kod Kita
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
1
Fungsi Kod Kita Di Micron, kita komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti. Kod kita menetapkan piawaian tingkah laku yang kita mesti penuhi untuk menyokong komitmen tersebut—apabila tindakan yang betul tidak jelas sepanjang masa. Kod kita akan membentangkan gambaran keseluruhan undang-undang dan prinsip-prinsip etika yang digunakan dalam kerja kita, termasuk piawaian-piawaian industri seperti Kod Etika Gabungan Warga Industri Elektronik (Electronic Industry Citizenship Coalition - EICC). Dalam sesetengah kes, piawaian ini mungkin lebih ketat daripada yang diperlukan oleh undang-undang. Kod ini juga menggariskan komitmen Syarikat kita terhadap integriti dalam semua yang kita lakukan dan standard etika yang tinggi yang kita jangka antara satu sama lain. Ia menerangkan piawaian yang kita tegakkan, dan juga sumber-sumber yang kita boleh bergantung jika kita memerlukan bantuan. Mengikuti Kod kita akan membantu Micron berjaya dan membantu kita membina kepercayaan antara satu sama lain dan dengan pemegang saham kita.
Apakah EICC? EICC—atau Electronics Industry Citizenship Coalition (Gabungan Warga Industri Elektronik)— ialah sekumpulan syarikat-syarikat terkemuka dalam industri elektronik, termasuk Micron. Kita telah bergabung dengan beberapa syarikat lain ini untuk menggalakkan suasana kerja yang bertanggungjawab, amalan perniagaan beretika dan penjagaan alam sekitar di seluruh rantaian bekalan global kita. Bersama-sama dengan ahli-ahli EICC lain, kita mematuhi Kod Tingkah Laku EICC. Kod EICC menangani jangkaan terhadap diri kita sendiri dan terhadap rantaian bekalan kita dari segi tenaga kerja, kesihatan dan keselamatan, amalan alam sekitar, etika dan pengurusan. Kita semua dijangka untuk mematuhi Kod Tingkah Laku EICC dan memastikan bahawa pembekal kita melakukan perkara yang sama. Kod kita mengandungi maklumat tentang beberapa peruntukan penting Kod Tingkah Laku EICC secara umum. Untuk maklumat lanjut mengenai topik-topik ini, sila rujuk kepada Kod Tingkah Laku EICC.
Micron menyediakan sumber-sumber lain untuk membantu kita membuat pilihan yang beretika. Ini termasuk polisi-polisi, Buku Panduan Ahli pasukan kita dan bahan-bahan tambahan yang boleh didapati di dalam Pusat Pematuhan & Etika di intranet kita, Pusat Sumber Pekerja Micron (MERC). Bahan-bahan dirujuk di dalam Kod ini untuk memberikan maklumat tambahan. Jika Kod kita atau bahan tambahan adalah lebih ketat daripada undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada kita, kita perlu sentiasa mengikuti Kod kita dan bahan-bahan tambahan dan bertanya soalan jika tidak pasti. Untuk maklumat lanjut, lihat bahagian “Sumber Tambahan” di penghujung Kod.
Kod ini menetapkan piawaian tingkah laku yang kita mesti penuhi untuk menyokong komitmen kita ke arah menjalankan perniagaan dengan integriti.
2
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Di Mana Kita Boleh Mendapatkan Bantuan Dengan menyuarakan soalan atau sebarang kemungkinan salah laku, kita menegakkan komitmen Syarikat terhadap integriti. Melaporkan salah laku yang sebenar atau yang disyaki membolehkan Micron menyiasat kemungkinan masalah, menghentikan salah laku dan mencegah tingkah laku yang boleh merosakkan reputasi kita sebagai peneraju industri. Untuk melaporkan kebimbangan atau bertanya soalan, anda boleh hubungi: •• Pengurus jabatan anda •• Pegawai syarikat •• Jabatan yang mempunyai kepakaran khas yang berkaitan dengan kebimbangan anda (seperti Keselamatan atau Sumber Manusia (HR)) •• Jabatan Perundangan •• Ketua Pegawai Pematuhan •• Hotline Pematuhan Micron Micron menggalakkan anda mengarahkan soalan atau kebimbangan kepada pengurus jabatan anda, jika anda berasa selesa berbuat demikian. Jika tidak, anda boleh menghubungi mana-mana kakitangan lain,
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
3
atau Hotline Pematuhan. Hotline Pematuhan dikendalikan oleh penyedia pihak ketiga, dan ia tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Hotline Pematuhankita membolehkan anda melaporkan kebimbangan anda secara awanama, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk meninggalkan maklumat hubungan anda agar Syarikat dapat menyiasat perkara tersebut dengan lebih baik. Sila buat laporan secara terbuka dan jujur. Berikan maklumat sebanyak yang anda boleh, kerana ini akan membantu Syarikat menjalankan siasatan dengan menyeluruh dan sewajarnya. Kita memandang serius terhadap semua laporan. Apabila anda membuat laporan, anda menjalankan tanggungjawab anda untuk membantu Syarikat kita kekal beretika dan berjaya. Walaupun anda dialu-alukan untuk terus berjumpa pengurus anda jika ada apa-apa kebimbangan atau bertanya kepada individu atau jabatan tertentu mengenai topik-topik khusus tertentu, anda boleh bercakap dengan mana-mana sumber yang tersenarai di atas jika ada apa-apa kebimbangan atau kemungkinan pelanggaran. Ingat, bersuara secepat mungkin adalah lebih penting daripada membuang masa mencari-cari pakar bidang tertentu. Micron komited untuk mewujudkan persekitaran “bersuara” yang kita boleh melaporkan pelanggaran yang disyaki serta menyertai dalam siasatan tanpa takut hukuman atau tindakan balas dendam. Tiada siapa yang boleh bertindak balas terhadap anda kerana menyuarakan kebimbangan atau menyertai penyiasatan dengan niat yang baik. Sesiapa yang bertindak balas terhadap seseorang yang membuat laporan dengan niat yang baik boleh dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk ditamatkan kerja. Bertanggungjawab terhadap satu sama lain atas tindakan masing-masing adalah penting kepada kejayaan kita. Jika anda rasa anda telah mengalami atau menyaksikan tindakan bertindak balas, laporkan keadaan tersebut dengan segera kepada salah satu sumber yang tersenarai di atas atau seperti yang diperincikan di bahagian “Sumber-sumber Tambahan”.
Tiada siapa yang boleh bertindak balas terhadap anda kerana menyuarakan kebimbangan atau menyertai penyiasatan dengan niat yang baik.
4
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Bertindak Dengan Integriti demi Ahli Pasukan Kita Sendiri
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
5
Kepelbagaian Dalam Syarikat Kita Kita semua mahu dan berhak mendapat tempat kerja yang setiap orang dihormati dan dihargai atas kemahiran dan latar belakang tersendiri kita.Micron komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas daripada diskriminasi, tempat semua ahli pasukan dilayan dengan adil dan hormat. Syarikat kita melarang keras sebarang bentuk diskriminasi yang menyalahi undang-undang terhadap mana-mana ahli pasukan atau pemohon pekerjaan.Kita merekrut, menggaji, melatih, menaikkan pangkat, mendisiplinkan dan membuat keputusan pekerjaan lain tanpa mengambil kira bangsa, warna kulit, etnik, agama, jantina, orientasi seksual, identiti atau penampilan jantina, umur, negara asal, kecacatan, status veteran, status perkahwinan atau pengelasan lain yang dilindungi undang-undang atau dasar Syarikat. Seterusnya, kita komited untuk menyediakan penyesuaian munasabah atas ketidakupayaan atau kepercayaan dan amalan agama ahli pasukan.
S: J:
Rakan sekerja Mariana, James suka menceritakan jenaka yang dibacanya dalam talian kepada rakan-rakan sekerja beliau. Selalunya, perkara yang lucu adalah berkaitan dengan tanggapan umum terhadap sesuatu etnik, kaum atau jantina. Bagi Mariana, jenaka begini hati menyinggung perasaan, dan dia tahu beberapa orang lain juga rasa begitu. Apakah yang dia harus lakukan? Mariana perlu memberitahu James bahawa jenaka beliau membuatnya rasa tidak selesa dan memintanya berhenti bercerita. Jika dia tidak selesa berbuat demikian, atau jika James terus membuat cerita jenis begini, dia harus bercakap dengan pengurusnya mengenai kelakuan James. Tempat kerja bukan tempat untuk jenaka yang menyinggung perasaan atau jenaka yang tidak disukai. Komen-komen jenis begini boleh mewujudkan persekitaran yang negatif dan membuat orang lain berasa tidak dialu-alukan. Di Micron, kita mahu mewujudkan persekitaran yang semua orang rasa dihormati dan boleh bekerja dengan cemerlang.
Layanan Bermaruah Di tempat kerja yang sopan dan produktif, semua orang dilayan dengan perasaan hormat dan profesional. Perasaan hormat adalah asas kepada kejayaan pasukan kita, dan kita menjangkakannya daripada diri kita sendiri dan orang lain pada setiap masa. Oleh itu, Syarikat kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis gangguan. Gangguan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk ucapan lisan, percubaan menggoda atau menunjukkan sesuatu.Ia boleh dilakukan oleh rakan sekerja, penyelia, vendor, pembekal, kontraktor atau pelanggan. Takrif undang-undang gangguan mungkin berbeza, bergantung kepada lokasi kita bekerja, tetapi ia sentiasa menimbulkan maksud atau kesan yang mengancam, menyinggung perasaan atau merendahkan martabat kepada orang lain. Ia adalah satu bentuk diskriminasi dan, oleh itu, tidak patut berlaku di Micron. Perlu diingat bahawa gangguan boleh jadi secara seksual atau bukan seksual. Gangguan seksual boleh termasuk percubaan yang tidak diingini, jenaka seksual yang tidak wajar, komen seksual yang mengajak, menyentuh, permintaan mendapatkan nikmat seksual dan komen yang tidak wajar tentang penampilan seseorang. Gangguan bukan seksual boleh termasuk komen kesat, jenaka atau gambar yang berkaitan dengan bangsa, agama, etnik, jantina atau umur. Untuk memastikan tempat kerja kita hormatmenghormati, komen dan tindakan kita hendaklah sentiasa sesuai. 6
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Jika anda rasa bahawa anda telah mengalami atau telah melihat kelakuan diskriminasi atau gangguan dan anda tidak sanggup menangani keadaan ini seorang diri, bersuaralah dan laporkan isu tersebut.Kita tidak akan bertolak ansur dengan tindakan balas terhadap sesiapa yang membuat aduan dengan niat yang baik. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada Polisi Gangguan kita.
S: J:
Fatima adalah seorang Muslim yang taat dan memakai tudung kepala setiap hari. Rakan-rakan sekerjanya kerap mengatakan sesuatu tentang pakaian ini, dan dia kadang-kadang mendengar mereka membuat jenaka atau kenyataan biadab mengenai agama Islam. Ini menjadikannya tidak selesa, tetapi dia tidak pasti jika ia boleh dikira sebagai gangguan. Adakah Fatima diganggu? Ini boleh dikira sebagai gangguan. Rakan-rakan sekerja Fatima membuatkannya berasa tidak selesa dengan kata-kata mereka tentang agamanya. Dia sepatutnya bersuara mengenai keadaan ini dengan memberitahu rakan sekerjanya bahawa komen mereka membuatnya rasa tidak selesa. Dia juga boleh menghubungi pengurusnya atau sumber lain. Kita semua berhak dihormati di tempat kerja.
Perasaan hormat adalah asas kepada kejayaan pasukan kita, dan kita menjangkakannya daripada diri kita sendiri dan orang lain pada setiap masa.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
7
Standard Buruh yang Sama Rata Kita amat komited dalam menghormati dan melindungi hak asasi manusia di mana sahaja kita beroperasi. Untuk itu, kita mengikut semua undang-undang yang berkaitan dengan waktu kerja dan gaji bekerja, dan juga semua garis panduan Kod Tingkah Laku EICC. Mengikut garis panduan ini, minggu kerja tidak boleh melebihi maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang tempatan dan, secara amnya, tidak boleh lebih daripada 60 jam seminggu, termasuk kerja lebih masa. Di samping itu, semua pekerja dibenarkan sekurang-kurangnya sehari cuti setiap tujuh hari. Kita tidak menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh paksa dalam mana-mana operasi atau kemudahan kita, dan kita tidak pernah mengambil bahagian dalam perdagangan manusia atau perhambaan. Dalam semua operasi kita, kita tidak membenarkan eksploitasi kanak-kanak; penderaan fizikal, lisan atau emosi; atau perkhidmatan tanpa kerelaan. Kita menghormati dan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang yang menetapkan umur minimum untuk pekerjaan. Selain itu, Micron menghormati hak kita untuk bebas melibatkan diri dalam persatuan. Semua ahli pasukan bebas untuk menyertai—atau tidak menyertai—kesatuan buruh atau kumpulan pekerja lain. Pembekal kita memainkan peranan penting dalam membantu kita menguruskan rantaian bekalan global kita dengan cara yang bertanggungjawab dari segi sosial dan dari segi etika. Kita menjangkakan pembekal kita mengikut piawaian yang sama yang kita pegang. Ini bermakna kita berharap pembekalpembekal kita akan menerima dan mengikut Kod ini dan Kod EICC. Jika anda syak ada pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku dalam rantaian bekalan kita, anda mempunyai tanggungjawab untuk bersuara mengenainya.
S: J:
Dara bekerja di sebuah kilang pengeluaran Micron. Mereka kurang kakitangan kerana beberapa ahli pasukan telah mengambil cuti untuk meraikan cuti umum tempatan. Untuk menampung syif, pengurusnya telah meminta semua orang untuk bekerja lebih masa—lebih daripada yang sepatutnya. Dara tahu bahawa ini tidak betul, tetapi pengurusnya telah berjanji untuk memberi semua orang masa rehat kemudian sebagai gantian. Patutkah Dara bekerja lebih masa? Tidak. Dara perlu memberitahu pengurus lain atau Sumber Manusia bahawa pengurusnya meminta beliau bekerja lebih masa daripada sepatutnya. Kita tidak sepatutnya bekerja lebih masa daripada yang dibenarkan undang-undang, atau lebih daripada 60 jam seminggu tanpa keadaan luar biasa atau kecemasan. Kita mengikut semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan waktu kerja dan keadaan kerja. Micron komited untuk mewujudkan tempat kerja yang semua orang bekerja selama jumlah masa yang patut dan dibayar secara adil atas kerja mereka.
Micron komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas daripada diskriminasi, tempat semua pekerja dilayan dengan adil dan hormat. 8
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Keselamatan di Tempat Kerja Kita Micron komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat kepada ahli-ahli pasukannya. Ketika bekerja di kemudahan Micron, kita mesti mengikut peraturan keselamatan dan kesihatan yang terpakai kepada kita. Syarikat kita mematuhi semua undang-undang kesihatan dan keselamatan, serta dasar kesihatan dan keselamatan Syarikat yang mungkin melebihi yang disyaratkan oleh undang-undang. Ini termasuk piawaian dalam Kod Tingkah Laku EICC. Khasnya, kita memenuhi piawaian EICC untuk keselamatan, kesediaan kecemasan, kecederaan dan penyakit akibat pekerjaan, kebersihan industri, kerja berat, penjagaan mesin, kebersihan, makanan, perumahan dan kesihatan dan komunikasi keselamatan. Komitmen Micron untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat bermaksud setiap daripada kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan risiko keselamatan dan kesihatan semasa kita bekerja. Ini membolehkan kita untuk menjangka bahaya dan mencegah kecederaan dan penyakit. Semua ahli pasukan, sesiapa sahaja yang bekerja bagi pihak Micron dan kakitangan syarikat-syarikat lain yang bekerja di premis kita perlu berwaspada dalam menegakkan piawaian tertinggi keselamatan. Kita perlu berusaha untuk menjadi contoh kepada semua orang di sekeliling kita. Kepada para penyelia, ini bermakna: •• Menganalisis tempat kerja secara aktif untuk menjangka dan mencegah bahaya, termasuk “process hazards” •• Menghalang tingkah laku kasual atau main-main apabila ada risiko keselamatan •• Menggalakkan ahli-ahli pasukan mengenalpasti bahaya dan mengikut amalan kerja yang selamat •• Menguatkuasakan polisi, prosedur dan peraturan kerja •• Memastikan ahli-ahli pasukan dilatih secukupnya •• Menjawab laporan tentang bahaya yang mungkin berlaku tepat pada masanya Kepada semua ahli pasukan, ini bermakna: •• Melaporkan bahaya yang mungkin timbul kepada penyelia anda, hos atau Jabatan Keselamatan dengan segera •• Memakai peralatan perlindungan yang diperlukan semasa bertugas •• Berhati-hati dengan bahan kimia dan bahan-bahan yang ada potensi bahaya yang lain •• Mematuhi semua peraturan dan prosedur keselamatan semasa mengendalikan dan menyelenggara jentera dan kelengkapan •• Mengikut semua garis panduan ergonomik •• Bertindak balas dengan betul dalam keadaan kecemasan •• Melaporkan sebarang kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan kerja
Komitmen Micron untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat bermaksud setiap daripada kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan risiko keselamatan dan kesihatan semasa kita bekerja. IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
9
Untuk memastikan semua ahli pasukan kita selamat, kita tidak pernah terlibat dalam atau tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan. Ini termasuk ancaman dan tingkah laku ganas, begitu juga ugutan, tingkah laku mengancam, membuli dan percubaan untuk menanamkan rasa takut pada orang lain. Senjata tidak dibenarkan di tempat kerja, selaras dengan undang-undang tempatan. Jika anda percaya seseorang berada dalam keadaan bahaya, hubungi segera keselamatan bangunan atau pihak berkuasa tempatan. Mengenai keselamatan, kita menjangkakan vendor, pembekal dan kontraktor kita mengikut piawaian tinggi yang sama yang kita pegang. Ini bermakna kita menjangkakan pembekal-pembekal kita akan menerima dan mengikut syarat-syarat Kod kita dan panduan EICC berkenaan kesihatan dan keselamatan. Maklumat tambahan mengenai polisi keselamatan Syarikat, termasuk Polisi Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan, dan Sekuriti kita, ada di laman web Jabatan Keselamatan.
10
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Dadah dan Alkohol Micron komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan produktif. Kita mahu menggaji tenaga kerja yang bebas daripada penggunaan dadah haram dan penyalahgunaan alkohol. Penyalahgunaan dadah menghadkan keupayaan kita untuk melakukan kerja kita dengan selamat. Oleh itu, kita tidak sekali-kali boleh bekerja semasa khayal atau di bawah pengaruh alkohol, dadah yang dilarang, atau ubat-ubatan lain. Di samping itu, apabila sedang bekerja atau semasa di premis Syarikat, kita tidak boleh menggunakan, memiliki, memindah atau menjual dadah yang dilarang, atau menyalahgunakan alkohol, dadah preskripsi atau ubat-ubatan yang dibeli di kedai.
Anda sentiasa dialu-alukan untuk berbincang dengan pengurus anda jika ada apa-apa soalan. Bagaimanapun, sumber-sumber berikut cukup lengkap untuk menangani kebimbangan tentang mewujudkan tempat kerja yang dihormati dan selamat: •• Untuk isu-isu yang berkaitan dengan gangguan atau diskriminasi, sila berbincang dengan Hal-ehwal Pekerja HR, pengurus anda, mana-mana Naib Presiden, Jabatan Perundangan atau telefon Hotline Pematuhan kita. •• Jika ada kebimbangan keselamatan, hubungi Jabatan Keselamatan. •• Jika anda terlihat anggota pasukan khayal di tempat kerja, maklumkan serta-merta penyelia atau HR, atau hubungi Hotline Pematuhan.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
11
Bertindak Dengan Integriti demi Syarikat Kita
12
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Aset Micron Setiap hari, kita menggunakan aset Micron untuk mencapai matlamat perniagaan dan memastikan kejayaan Syarikat kita. Kita semua bertanggungjawab untuk melindungi aset Micron dan menggunakannya dengan cekap. Aset-aset Syarikat termasuk, tetapi tidak terhad kepada: •• Bangunan dan Kawasan •• Inventori •• Peralatan dan bekalan •• Data dan masa komputer •• Maklumat sulit dan rahsia perdagangan •• Masa dan kemahiran ahli pasukan semasa waktu bekerja Kita tidak boleh menggunakan mana-mana aset Micron untuk tujuan yang tidak dibenarkan. Kecurian, kecuaian dan pembaziran memberi kesan langsung kepada keuntungan Micron, jadi kita hendaklah sentiasa menggunakan aset Syarikat dengan bijak dan berhati-hati.
S: J:
Isabel kadang-kadang menggunakan kad kredit syarikat untuk membayar barangan runcit atau minyak keretanya. Dia tidak melakukannya dengan kerap, dan dia menganggap Syarikat yang berhutang kepadanya atas semua kerja lebih masa yang dia lakukan sejak kebelakangan ini. Adakah perbuatannya betul? Tidak, ini salah. Kita hendaklah menggunakan aset Syarikat—seperti kad kredit—hanya sekadar yang kita perlukan untuk melakukan kerja kita. Tidak kira jumlah lebih masa yang Isabel bekerja, dia tidak sepatutnya menggunakan kad kredit syarikat untuk perbelanjaan peribadinya..
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
13
Kita semua bertanggungjawab untuk melindungi aset Micron dan menggunakannya dengan cekap. Harta Intelek dan Maklumat Sulit Harta intelek Micron ialah antara asetnya yang paling berharga. Sama seperti kita mesti melindungi aset fizikal Micron, kita juga perlu melindungi harta intelek Syarikat kita (“IP”). Harta Intelek termasuk paten, hak cipta, tanda dagangan dan rahsia perdagangan Micron. Sama seperti kita menghormati hak Harta Intelek Syarikat kita, kita juga hendaklah menghormati hak Harta Intelek orang lain. Ini bermakna kita hendaklah: •• Jangan sekali-kali menyalin maklumat daripada internet atau mana-mana sumber lain tanpa kebenaran daripada pemilik hak cipta atau kelulusan daripada Jabatan Undang-undang •• Jangan sekali-kali memuatkan atau memasang perisian yang tidak berlesen ke komputer atau peranti Micron •• Jangan sekali-kali menganggap bahawa hanya kerana dokumen, gambar atau video tiada simbol hak cipta, ia bebas digunakan •• Sentiasa dapatkan kelulusan daripada Jabatan Perundangan sebelum menggunakan tanda dagangan atau nama jenama baru •• Sila berbincang dengan Kumpulan Pembangunan Paten di Jabatan Perundangan untuk soalan mengenai paten •• Semak dengan Jabatan Perundangan jika ada soalan mengenai hak untuk menggunakan Harta Intelek pihak ketiga
Maklumat Sulit Kita juga perlu melindungi maklumat sulit dan proprietari Micron. Secara amnya, ini bermakna manamana maklumat yang tidak diluluskan untuk diterbitkan kepada orang ramai. Maklumat sulit boleh termasuk: •• Maklumat ahli pasukan mengenai maklumat sensitif peribadi, perubatan atau kewangan, seperti manfaat, pampasan atau maklumat hubungan •• Spesifikasi pengilangan dan produk •• Maklumat teknikal •• Maklumat kewangan •• Maklumat produk baru •• Polisi harga, kos pengilangan atau belanjawan •• Maklumat yang diamanahkan kepada Micron oleh pihak ketiga di bawah Perjanjian Tidak Dedah (NDA)
14
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Untuk melindungi maklumat sulit Syarikat kita, kita hendaklah mengikut garis panduan berikut: •• Jangan keluarkan maklumat sulit Micron daripada premis Syarikat tanpa kebenaran. •• Pastikan semua maklumat sulit Micron—termasuk e-mel—dilabel sewajarnya dengan mudah dilihat. •• Semasa mengembara, pastikan komputer riba, beg bimbit dan semua harta Syarikat yang lain berada pada anda sepanjang masa. Walaupun ketika berada di premis Micron, pastikan anda melindungi maklumat sensitif dan akaun e-mel dengan kata laluan apabila anda tidak menggunakannya. •• Jangan berbincang Maklumat berkaitan syarikat di dalam persekitaran awam seperti lapangan terbang, koridor dan restoran. Sentiasa menganggap ada pihak ketiga yang cuba mendengar. •• Lebih berhati-hati ketika menyalin, faks atau membuang kertas, cakera, pemacu, pita audio atau harta Syarikat lain yang sensitif. Jangan buang harta tersebut di mana-mana tempat atau format yang maklumat tersebut boleh dipintas. •• Kongsi maklumat sulit Micron dengan ahli pasukan lain hanya jika anda mempunyai kebenaran dan keperluan perniagaan yang sah untuk berbuat demikian. •• Jika anda ternampak maklumat peribadi ahli pasukan atau maklumat sulit lain atas sebab keperluan kerja anda, berhati-hati untuk melindunginya daripada kehilangan atau kecurian. Gunakan ia hanya setakat yang perlu mengikut undang-undang. •• Jika anda perlu menghantar sebarang data sulit atau proprietari kepada sumber luar, anda hendaklah menggunakan semua langkah yang munasabah untuk menghalang apa-apa kehilangan, kerosakan atau pendedahan yang tidak disengajakan. •• Lindungi maklumat Micron walaupun setelah anda tidak lagi bekerja dengan Micron •• Jangan minta calon yang ditemuduga atau ahli pasukan lain mendedahkan maklumat sulit mengenai bekas majikan atau majkan semasa mereka. •• Jangan sekali-kali dedahkan maklumat sulit Micron kepada mana-mana bukan pekerja Micron tanpa NDA yang telah diluluskan oleh Jabatan Perundangan. Jangan sekali-kali menggunakan atau mendedahkan kepada mana-mana bukan pekerja Micron maklumat sulit yang diberikan kepada kita oleh pelanggan, vendor, pembekal, kontraktor atau lain-lain pihak ketiga, kecuali dalam pematuhan ketat dengan syarat-syarat NDA atau perjanjian pendedahan sulit.
S: J:
Roberto dan Elise telah berusaha membangunkan pemacu solid state drive yang baru. Sehari selepas bekerja, mereka keluar minum di bar tempatan. Mereka terus bercakap tentang idea-idea mereka berkenaan pemacu baru, cukup kuat hingga orang lain boleh dengar. Adakah mereka melakukan sebarang kesalahan? Roberto dan Elise tidak sepatutnya membincangkan produk dalam pembangunan—atau manamana maklumat sulit lain Syarikat di tempat awam yang orang lain dapat menumpang dengar. Maklumat ini boleh jatuh ke pihak yang salah, dan kita boleh kehilangan daya saing kita.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
15
S: J:
Yukiko baru-baru ini diambil bekerja oleh Micron. Beliau sebelum ini bekerja untuk salah satu pesaing kita, dan beliau bertanggungjawab membangunkan pelan pemasaran media sosial untuk peranti memori flash terkini mereka. Bolehkah dia berkongsi butiran mengenai pelan pemasaran media sosial dengan rakan sekerja barunya supaya mereka boleh membangunkan strategi saingan untuk Micron? Tidak, Yukiko tidak boleh berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan Micron barunya. Sama seperti kita semua mempunyai tanggungjawab untuk melindungi maklumat sulit Micron; kita juga mesti melindungi maklumat yang dimiliki oleh pihak ketiga—termasuk majikan sebelum ini. Yang paling baiknya, Yukiko boleh membantu Micron dengan bekerja dengan pasukannya untuk mewujudkan pelan pemasaran yang baru dan unik yang akan menyerlahkan produk kita.
Sistem Teknologi Kita semua bertanggungjawab untuk menggunakan rangkaian dan sistem komputer Syarikat kita secara beretika dan sah. Walaupun kita boleh menggunakan sistem peribadi ini secara sampingan, Syarikat berhak memantau penggunaan kita, kecuali jika dilarang oleh undang-undang tempatan. Ini termasuk akaun e-mel dan mel suara Syarikat, dan juga semua dokumen elektronik pada komputer riba Syarikat dan peranti mudah alih yang lain. Kita tidak boleh sekali-kali menggunakan rangkaian dan sistem komputer Syarikat untuk tujuan yang tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak beretika, atau untuk memuat turun bahan seks yang tidak senonoh. Selain itu, kita hendaklah melaporkan dengan segera sebarang pelanggaran yang disyaki atau diketahui terhadap keselamatan rangkaian atau sistem komputer Syarikat kita.
16
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Privasi Kita semua mesti melindungi maklumat peribadi ahli pasukan kita, pelanggan dan rakan-rakan niaga lain dengan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang sesuai. Jika kita mempunyai akses kepada maklumat peribadi, kita mesti bertindak dengan budi bicara dan profesionalisme dan sentiasa mengikut polisi dan protokol keselamatan Syarikat. Apabila menangani maklumat peribadi, kita perlu mematuhi syarat-syarat perjanjian kerahsiaan peribadi kita dan peraturan Syarikat kita. Kita juga perlu mematuhi polisi Micron, termasuk Dasar Privasi yang disiarkan di www.Micron.com, www.Crucial.com dan www.Lexar.com. Polisi-polisi ini terpakai secara umum kepada maklumat peribadi yang kita dapat daripada laman web luaran kita. Di samping itu, jabatan-jabatan tertentu yang menangani maklumat peribadi juga mungkin mempunyai polisi dan prosedur yang berkaitan dengan maklumat peribadi. Untuk maklumat lanjut, sila berbincang dengan wakil jabatan. Jika seseorang dari luar Micron meminta maklumat peribadi tentang ahli pasukan, rujukkan mereka kepada Jabatan HR. Selain itu, anda hendaklah meminta nasihat Jabatan Perundangan sebelum menghantar maklumat peribadi kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang baru.
Di samping pengurus anda, anda boleh bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan panduan cara melindungi aset Micron. •• Untuk soalan mengenai harta intelektual dan maklumat sulit, sila bertanya kepada Jabatan Perundangan. •• Untuk cara mengendalikan maklumat peribadi ahli pasukan dengan betul, atau jika seseorang dari luar Syarikat meminta maklumat tentang ahli pasukan, hubungi Jabatan HR.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
17
Konflik Kepentingan Kita sentiasa bertanggungjawab untuk bertindak demi kepentingan Syarikat kitaUntuk menegakkan nama baik dan integriti kita, kita perlu berwaspada terhadap sebarang situasi yang boleh mewujudkan konflik kepentingan. Konflik kepentingan timbul apabila kita ada kepentingan peribadi atau persendirian (kewangan atau sebaliknya) yang boleh—atau boleh ditanggap—mengganggu tanggungjawab kita untuk bertindak demi kepentingan terbaik Micron. Konflik juga boleh timbul apabila kepentingan peribadi kita menguji objektif kita atau kesetiaan kita kepada Micron, mengganggu prestasi kerja kita atau bersaing dengan kepentingan Micron. Agak sukar untuk cuba menggambarkan setiap situasi yang boleh menimbulkan konflik kepentingan. Walau bagaimanapun, sesetengah konflik yang lazim adalah seperti berikut.
Menjalankan perniagaan dengan ahli keluarga Konflik kepentingan boleh timbul jika anda, kawan rapat atau saudara terdekat mempunyai kepentingan peribadi dalam syarikat yang merupakan vendor, pembekal, kontraktor, pelanggan atau pesaing Micron. Ini boleh menimbulkan masalah kerana kepentingan peribadi kita, atau kepentingan keluarga atau kawan kita, mungkin berbeza daripada Micron. Saudara terdekat termasuk semua yang berikut: •• Suami/isteri
•• Adik-beradik kandung dan tiri
•• Pasangan serumah
•• Anak saudara
•• Lain-lain hubungan rapat
•• Ibu dan bapa saudara
•• Ibu bapa / Ibu bapa tiri
•• Datuk dan nenek
•• Anak
•• Cucu
•• Anak tiri
•• Ipar duai
Jika anda berada dalam salah satu keadaan ini, anda tidak boleh menggunakan kedudukan anda di Micron untuk mempengaruhi keputusan perniagaan, seperti proses pembidaan atau rundingan, dalam apa jua cara.
Untuk menegakkan nama baik dan integriti, kita perlu berwaspada terhadap sebarang situasi yang boleh— atau ditanggap sebagai boleh—menggugat tugas kita untuk bertindak selaras dengan kepentingan Micron.
18
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Hubungan di tempat kerja Syarikat kita tidak menggalakkan hubungan pekerjaan yang boleh mewujudkan, sama ada benar atau ditanggap, pengaruh tidak wajar, berat sebelah atau pilih kasih. Apabila dua orang ahli pasukan mempunyai hubungan peribadi atau keluarga yang rapat—terutamanya jika terdapat juga hubungan penyeliaan—boleh timbul tanggapan bahawa seseorang ahli pasukan mendapat layanan istimewa atau pilih kasih. Untuk mengelakkan tanggapan ini, melainkan jika diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, ahli-ahli pasukan Micron tidak boleh menyelia atau diberi kuasa membuat keputusan terhadap saudara terdekat atau kawan peribadi yang rapat.
S: J:
Oliver bekerja di jabatan pemasaran kita. Adiknya Shawna memohon pekerjaan di jabatan lain di Micron.Adakah dia perlu mendedahkan pada permohonannya bahawa abangnya bekerja di Micron? Ya, dia perlu. Walaupun mereka tidak akan bekerja bersama-sama, Oliver dan Shawna masih perlu mendedahkan bahawa mereka bersaudara. Ini akan membantu Micron membuat keputusan yang adil sama ada mereka akan dapat bekerja secara saksama.
Pekerjaan luar
Aktiviti kita selain daripada kerja di Micron tidak sepatutnya mengambil terlalu banyak masa dan perhatian kita kepada tugas-tugas di Syarikat. Di samping itu, kita tidak boleh menggunakan peralatan, kemudahan atau bekalan korporat untuk aktiviti luar tanpa kelulusan terlebih dahulu, kecuali untuk penggunaan terhad yang tidak ketara. Seterusnya, anda perlu berhati-hati jika peluang pekerjaan di luar menjadi tersedia kerana kedudukan anda di Syarikat. Jika anda atau ahli keluarga mahu menerima apaapa peluang pekerjaan luar semasa anda bekerja di Micron, anda mesti mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum meneruskan. IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
19
Pelaburan dalam syarikat-syarikat lain Sebagai ahli pasukan Micron, kita perlu berhati-hati bahawa pelaburan kita—serta pelaburan saudara terdekat dan kawan rapat—tidak menimbulkan konflik kepentingan atau menghalang keupayaan kita untuk membuat keputusan yang objektif untuk Micron. Sebarang kepentingan yang besar dalam pesaing, pembekal atau pelanggan memerlukan kelulusan terlebih dahulu. Kepentingan besar ialah sebarang kepentingan ekonomi yang mungkin mempengaruhi atau boleh dilihat sebagai mempengaruhi pertimbangan kita. Sesetengah pelaburan tidak dibenarkan langsung, contohnya, jika anda terlibat dalam pemilihan atau perundingan dengan pembekal atau pelanggan (atau anda menyelia seseorang yang terlibat); anda tidak dibenarkan memiliki pelaburan yang besar dalam syarikat berkenaan. Begitu juga, anda tidak boleh melakukan perniagaan bagi pihak Micron dengan mana-mana syarikat yang anda mempunyai kuasa membuat keputusan. Sebaliknya, dana bersama dagangan umum, dana indeks dan pelaburan-pelaburan serupa biasanya tidak menyebabkan konflik kerana pelabur individu tidak berhak menentukan tempat pelaburan.
Peluang kewangan Kita mungkin akan berada dalam situasi yang boleh menjadi konflik untuk merebut peluang kewangan tertentu menggunakan maklumat yang kita dapat semasa berada di Micron. Untuk membuat keputusan perniagaan yang objektif bagi pihak Micron, kita perlu berhati-hati apabila melibatkan diri ke dalam situasi yang boleh menyebabkan kita sendiri bersaing dengan Syarikat kita. Kita tidak boleh mengambil untuk diri sendiri mana-mana perniagaan atau peluang kewangan yang kita dapat melalui kedudukan kita di Micron atau menerusi maklumat proprietari Syarikat.
20
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Keanggotaan lembaga pengarah Micron menggalakkan kita melibatkan diri dengan komuniti kita dengan berkhidmat sebagai ahli kumpulan masyarakat, sekolah, dan lembaga pengarah bukan keuntungan atau organisasi lain. Walau bagaimanapun, kita hendaklah mengambil bahagian dalam lembaga pengarah di luar tugas kerja Micron hanya dengan sumber sendiri, dan bukan sebagai wakil Micron, kecuali setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu. Jika organisasi luar yang anda terlibat ingin menerima sumber Micron, sokongan atau penglibatan lain Syarikat di luar penyertaan anda, anda perlu menghubungi Micron Foundation. Jika anda diminta untuk berkhidmat dalam lembaga pengarah organisasi luar hasil daripada perkhidmatan anda dengan Syarikat, anda hendaklah mendedahkan apa-apa pampasan yang anda terima kepada Ketua Pegawai Pematuhan dan anda mungkin terpaksa memberikan wang tersebut kepada Syarikat. Jika anda ditawarkan tempat dalam lembaga syarikat awam atau pembekal atau pelanggan Micron, anda hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat sebelum menerimanya. Berkenaan dengan masa berkhidmat dalam lembaga secara peribadi semata-mata, sila semak dengan pihak pengurusan anda atau Sumber Manusia tempat anda.
Mendedahkan kemungkinan konflik Jika anda percaya anda mempunyai konflik kepentingan (atau kemungkinan konflik atau boleh dilihat sebagai konflik), laporkannya dengan segera kepada Pengurus Jabatan anda, Naib Presiden dan Pengurus Tapak, Jabatan Sumber Manusia atau Ketua Pegawai Pematuhan dan dapatkan kelulusan atau bimbingan yang diperlukan. Dengan cara ini, ia boleh dikaji dengan betul dan dikendalikan mengikut polisi konflik kepentingan Syarikat.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
21
Bertindak Dengan Integriti untuk Pasaran Kita
22
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Kualiti Produk Micron menyediakan produk dan perkhidmatan dalam kelas yang terbaik dalam yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan kita. Kita mematuhi semua proses kawalan kualiti dalaman dan mengikut spesifikasi pelanggan dan produk sepanjang masa. Kita mengikut semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pembuatan, reka bentuk, komposisi bahan, bahan sumber, ujian, pembungkusan, penyimpanan, pengendalian, pelabelan dan penghantaran produk dengan tegas. Jika penarikan balik produk diperlukan, kita akan mengikut semua prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Dengan Menjalankannya, kita memastikan pelanggan kita mendapat nilai yang paling baik.
Jangkaan Terhadap Pembekal kita Micron menjangka pembekal-pembekal kita dapat memenuhi piawaian prestasi beretika yang tinggi dalam semua interaksi perniagaan mereka. Kita menjangkakan pembekal kita turut berpegang kepada Kod dan standard piawaian tingkah laku beretika kita. Di samping itu, pembekal kita hendaklah mengikut piawaian EICC tentang tenaga kerja, kesihatan, keselamatan, alam sekitar, etika dan pengurusan sistem—tanpa mengira undang-undang atau adat tempatan. Syarikat kita juga mengakui bahawa profesionalisme dan integriti rakan niaga kita akhirnya memberi kesan kepada kualiti produk kita dan hubungan kita dengan pelanggan. Pembekal kita dijangka untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang mereka berikan kepada kita adalah selaras dengan spesifikasi kontrak, undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Jika anda mendapati pembekal kita tidak memenuhi piawaian dalam Kod Tingkah Laku EICC untuk produk, operasi atau proses mereka, anda hendaklah melaporkannya kepada Perolehan Global dengan segera. Selain itu, kita komited untuk mendapatkan bahan kita secara beretika dan sah. Ini bermakna kita melaksanakan usaha wajar yang betul pada rantaian bekalan produk kita. Kita mengenal pasti dan menangani sebarang konflik sumber mineral yang secara langsung atau tidak langsung menyokong keganasan awam atau pencabulan hak asasi manusia di Republik Demokratik Congo (DRC) atau negaranegara jirannya.
Micron menjangka pembekal kita memastikan produk dan perkhidmatan yang mereka berikan kepada kita adalah selaras dengan spesifikasi kontrak, undangundang dan peraturan yang berkenaan.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
23
Pembekal kita adalah kunci untuk menguruskan rantaian bekalan global kita dengan cara yang bertanggungjawab dari segi sosial dan dari segi etika. Micron menggunakan pemantauan dan prosedur pengauditan untuk memastikan bahawa pembekal kita mengekalkan piawaian kita yang tinggi. Jika anda syak ada pelanggaran hak asasi manusia atau pelanggaran lain dalam rantaian bekalan Micron, anda bertanggungjawab untuk bersuara mengenainya.
S: J:
Elijah sedang memuktamadkan kontrak dengan pembekal yang menyediakan bahan-bahan yang mengandungi “conflict minerals” yang akan digunakan untuk membuat beberapa produk kita yang paling laris, pada harga yang sangat menarik. Belanjawannya terhad dan dia sudah lewat mengikut jadual, jadi dia mendapatkan bahan tersebut daripada pembekal tanpa mengikut proses kelulusan vendor Micron. Dia juga memintas usaha wajar ”conflict minerals” Micron. Bagi Elijah, tugasnya ialah untuk menyampaikan produk kepada pasaran mengikut jadual dan pada kos yang paling rendah, tidak tanpa kira mengira matlamat atau proses lain. Adakah perbuatannya betul? Tidak. Di Micron, kita komited untuk melindungi hak asasi manusia dalam rantaian bekalan kita, jadi kita mengambil segala langkah yang perlu untuk mematuhi undang-undang dan polisi Micron untuk memastikan bahawa bahan-bahan yang kita gunakan untuk mengeluarkan produk kita tidak menyokong keganasan awam atau pencabulan hak asasi manusia di DRC atau negara-negara jirannya. Bagi memenuhi komitmen ini, kita hendaklah mengikut semua prosedur usaha wajar pembekal dengan tegas. Kita tidak boleh mengambil jalan pintas atau cuba menjimatkan beberapa ringgit jika ia boleh membahayakan prinsip-prinsip kita.
Kelakuan Adil Dalam Pasaran Kita berusaha untuk menyediakan pelbagai pilihan barangan pada harga yang berpatutan kepada pelanggan. Untuk melakukan ini, kita mematuhi sepenuhnya undang-undang persaingan yang adil di Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang kita menjalankan perniagaan. Undang-undang persaingan yang adil memastikan perniagaan bersaing atas dasar kualiti dan integriti—tidak sekali-kali mengambil bahagian dalam amalan tidak adil dan anti-persaingan seperti penetapan harga, pembahagian pasaran, pelanggan atau pembekal, mengikat dan menggabungkan mana-mana perjanjian lain yang akan mengehadkan persaingan secara tidak adil. Walaupun jika tiada perjanjian bertulis atau lisan pernah dibuat untuk melanggar undang-undang, perjanjian masih boleh dibayangkan daripada tindak-tanduk kita. Membuat perjanjian dengan pesaing kita secara tidak wajar untuk mengekang perdagangan adalah dilarang—begitu juga menimbulkan tanggapan bahawa kita telah melakukan demikian. Untuk mengelakkan daripada tanggapan tidak wajar, kita hendaklah mengelak daripada membincangkan mana-mana topik berikut dengan pesaing kita: •• Harga, terma kredit atau syarat-syarat jualan produk •• Pelan mengenai pelanggan •• Polisi harga, rancangan atau strategi bidaan •• Rancangan pemasaran •• Menyekat output, seperti jumlah pengeluaran •• Diskaun dan promosi •• Membahagikan pasaran, wilayah (seperti wilayah jualan) atau pelanggan 24
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
•• Inventori dan kapasiti •• Sama ada atau cara untuk berurusan dengan pelanggan atau pembekal Kita perlu mendapatkan pra-kelulusan daripada Jabatan Perundangan sebelum mengambil bahagian dalam mana-mana urusan perniagaan dan komunikasi yang berikut, kerana ia mungkin tidak wajar: •• Membuat usaha kerjasama dengan pesaing •• Mewujudkan urusan eksklusif •• Mengikat atau menggabungkan produk berbeza bersama-sama •• Memasuki “kelayakan” atau perjanjian eksklusif •• Menetapkan harga jualan semula dengan penjual semula Kita juga perlu berhati-hati apabila mengambil bahagian dalam mesyuarat persatuan perdagangan atau berkomunikasi melalui persatuan perdagangan. Jika ada sesiapa cuba membincangkan sebarang topik yang tersenarai di atas, kita hendaklah menghentikan perbincangan dengan segera, meninggalkan mesyuarat dan melaporkannya kepada Jabatan Perundangan. Dengan menjadikan bantahan kita terhadap perbualan anti-persaingan jelas dan terang, kita boleh melindungi diri dan Syarikat kita daripada tuduhan aktiviti anti-persaingan.
S: J:
Di konvensyen perdagangan, Jason terjumpa kawannya Zach, yang merupakan wakil jualan bagi salah satu pesaing Micron. Zach memberitahu Jason, “Sukar untuk membuat untung apabila harga begitu kompetitif. Kalaulah ada cara kita boleh menetapkannya.” Jason hanya mengangkat bahu dan senyum. Zach mengangguk, memberi isyarat ibu jari ke atas dan berkata, “Bagus. Macam ini, kita sama-sama boleh menang. “ Adakah Jason melakukan sesuatu yang salah? Ia boleh kelihatan seperti Zach mencadangkan dia dan Jason kedua-duanya menaikkan harga— amalan yang menyalahi undang-undang anti-persaingan yang dipanggil penetapan harga. Dengan tidak menyuarakan bantahan kepada idea ini, Jason mungkin memberi gambaran bahawa dia bersetuju dengan rancangan Zach ini. Ini boleh membawa kepada masalah serius kepada Jason—dan kepada Micron. Sebaliknya, dia sepatutnya menolak untuk bercakap mengenai harga, meninggalkan perbualan dan melaporkannya dengan segera kepada Jabatan Perundangan.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
25
Pelanggaran undang-undang persaingan boleh menyebabkan hukuman sivil dan jenayah yang berat kepada Syarikat kita dan kepada individu. Seperti kebanyakan undang-undang dan peraturan-peraturan global, undang-undang persaingan adalah rumit dan berbeza dari negara ke negara. Setiap orang daripada kita perlu memastikan bahawa kita memahami undang-undang negara tempat kita bekerja dan menyedari bahawa tingkah laku yang berlaku di luar Amerika Syarikat masih boleh tertakluk pada undang-undang Amerika Syarikat.
Mengumpul dan menggunakan maklumat pesaing secara beretika Untuk bersaing di pasaran, kita perlu memahami trend industri. Ini termasuk mengikuti perkembangan terbaru tentang tawaran pesaing kita kepada pelanggan di pasaran. Walau bagaimanapun, kita hendaklah mengumpul dan menggunakan maklumat mengenai pesaing kita secara adil, sah dari segi undang-undang, dan beretika. Secara amnya, ini bermakna mengumpul maklumat tersebut hanya daripada sumber umum, seperti pelanggan, pemfailan awam, sumber berita atau tinjauan industri dan laporan. Kita tidak boleh mendapatkan maklumat bukan umum melalui aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, seperti pengintipan industri atau meminta pekerja atau kontraktor atau bekas pesaing mendedahkan data sulit. Sebagai contoh, kita tidak boleh mengumpul maklumat daripada rekod yang dibawa oleh pekerja baru daripada majikan sebelumnya. Selain itu, kita tidak boleh menggunakan maklumat mengenai cadangan atau produk kompetitif yang telah diberikan kepada rakan kongsi, pembekal, pelanggan atau sesiapa sahaja dengan tanggapan mereka akan menganggapnya sebagai sulit. Kita juga tidak boleh mengupah pihak ketiga untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut bagi pihak kita. Undang-undang persaingan adalah rumit, dan banyak isu boleh timbul dalam banyak keadaan. Sila semak Manual Pematuhan Antitrust untuk penjelasan yang lebih terperinci tentang pelbagai undangundang dan keadaan yang berkenaan kepada ahli pasukan Micron.
Untuk panduan tentang undang-undang persaingan, atau melaporkan tingkah laku anti-persaingan, hubungi pengurus anda atau Jabatan Perundangan.
Kita hendaklah mengumpul dan menggunakan maklumat mengenai pesaing kita hanya secara adil, sah dari segi undang-undang, dan beretika.
26
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Menghormati Pelanggan Kita Ahli pasukan dikehendaki bertindak dengan integriti sepanjang masa. Dalam semua aktiviti perniagaan kita, kita perlu bertindak mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan berkenaan, dan polisi Syarikat. Kita berurusan secara jujur dengan semua pelanggan dan tidak sekali-kali memberi gambaran yang salah tentang produk kita. Kita tidak boleh mengambil kesempatan terhadap pekerja-pekerja pembekal, pelanggan, pesaing Syarikat atau syarikat lain. Untuk mencapai matlamat ini kita tidak boleh terlibat dalam pemanipulasian, penyembunyian, penyalahgunaan maklumat istimewa atau sulit, salah nyata fakta penting atau amalan yang tidak adil.
Jualan dan bahan-bahan pemasaran yang jujur Reputasi Micron adalah salah satu aset kita yang paling penting. Untuk melindungi kepercayaan pelanggan terhadap kita, aktiviti pemasaran dan jualan kita mesti sentiasa berlaku secara adil, jujur dan tepat. Apabila kita menyatakan sesuatu fakta produk, ia mestilah benar dan kita mesti berupaya membuktikannya. Adalah sangat penting untuk kita mematuhi undang-undang dan peraturan pengiklanan sepanjang masa dengan mengikuti prosedur dalaman Syarikat.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
27
Hadiah dan Keraian Di Micron, kita menghargai hubungan yang bertahan lama dengan vendor, pembekal, pelanggan dan rakan-rakan niaga yang lain. Semasa urusan biasa perniagaan, kita boleh menawarkan atau menerima hadiah dan keraian sebagai satu cara untuk mengekalkan semangat hubungan tersebut. Walau bagaimanapun, kita hendaklah berhati-hati bahawa mana-mana pertukaran hadiah perniagaan adalah profesional, sesuai dan tidak menimbulkan tanggapan konflik kepentingan.
Hadiah boleh jadi sebarang perkara bernilai—contohnya, barang yang nyata, makanan, percutian, hadiah, tiket, pengendorsan, penggunaan kemudahan percutian, saham atau sekuriti lain, atau pengangkutan. Keraian ialah jamuan atau acara yang dihadiri kedua-dua pihak.Walau bagaimanapun, jika rakan kongsi perniagaan menawarkan anda akses kepada acara sebegini (tiket, contohnya) tetapi tidak hadir bersama anda, maka ia dianggap sebagai hadiah dan peraturan hadiah yang ketat akan aturan dikenakan.
Apabila menawarkan atau menerima hadiah, kita perlu memastikan ia: •• Tidak diminta •• Tidak kerap •• Bersifat biasa dan boleh diterima umum •• Munasabah nilainya •• Bukan wang tunai atau sama nilainya (seperti kad hadiah atau baucar) •• Untuk tujuan perniagaan •• Selaras dengan perjanjian, undang-undang dan peraturan •• Boleh diterima berdasarkan polisi Micron dan polisi hadiah penerima atau standard syarikat yang diketahui Walaupun kita memberi atau menerima hadiah yang memenuhi kriteria di atas, kita masih perlu berhatihati apabila saling bertukar ihsan. Apa-apa jua yang di luar daripada garis panduan di atas hendaklah ditolak secara bersopan. Jika hadiah tidak dapat dikembalikan atau akan menimbulkan masalah, ia perlu diserahkan kepada Micron untuk kegunaan Syarikat, jualan atau derma.
28
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Kita mesti berhati-hati bahawa apa-apa pertukaran hadiah perniagaan adalah profesional, sesuai dan tidak menimbulkan tanggapan konflik kepentingan. Sebagai tambahan kepada garis panduan di atas, keraian perniagaan hendaklah memenuhi beberapa kriteria tambahan. Kita boleh menawarkan atau menerima keraian perniagaan hanya jika ia: •• Berlaku dalam suasana yang sesuai untuk perbincangan perniagaan •• Tidak melanggar komitmen Micron ke arah saling menghormati •• Tidak diminta, bermakna penerima tidak pernah meminta atau mencadangkannya •• Tidak menetapkan standard yang tidak munasabah atau kelihatan tidak munasabah kepada ahli pasukan yang lain •• Tidak akan mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu yang bukan dalam kepentingan terbaik Micron Perlu diingat bahawa kita mesti mengikut undang-undang yang lebih ketat apabila menawarkan hadiah, jamuan makan atau keraian kepada pegawai kerajaan. Atas sebab ini, kita tidak boleh menawarkan atau memberikan hadiah, ganjaran atau hiburan kepada pegawai kerajaan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pegawai Pematuhan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada bahagian “Rasuah dan Korupsi” di bawah.
Bolehkah saya terima? Tiket ke World Series
Mungkin tidak. Ini tiket yang mahal—dan ia boleh menyebabkan anda berat sebelah kepada rakan kongsi perniagaan ini. Anda mesti mendapatkan kelulusan daripada Pengurus Jabatan atau Ketua Pegawai Pematuhan sebelum menerimanya.
T-shirt dan pen mata bulat yang dicap logo pembekal
Ya, kerana barang-barang ini memenuhi semua garis panduan kita. Ia dianggap hadiah nominal dan tidak memerlukan kelulusan melainkan jika ia melibatkan pegawai kerajaan.
Baucar untuk menumpangkan anjing anda di kennel tempatan selama seminggu
Tidak, kerana baucar dianggap serupa dengan wang tunai. Kita tidak dibenarkan menerima hadiah wang tunai.
Bakul hadiah buah-buahan dan keju yang anda boleh berkongsi dengan rakan sekerja
Boleh, dengan syarat ia tidak begitu mahal.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
29
Perlu diingat bahawa sesetengah jabatan dan unit perniagaan mempunyai peraturan lebih ketat tentang hadiah dan keraian. Sebagai contoh, kita perlu sentiasa mengekalkan amalan perniagaan yang baik dengan pembekal, oleh itu Jabatan Perolehan Global telah menetapkan dasar hadiah yang lebih ketat bagi ahli-ahli pasukan yang berinteraksi dengan pembekal. Maklumat lebih lanjut mengenai dasar-dasar Jabatan Perolehan Global boleh didapati di MERC.
Soalan tentang hadiah dan hiburan boleh ditujukan kepada mana-mana sumber berikut: •• Pengurus anda •• Jabatan Perundangan •• Ketua Pegawai Pematuhan
S: J:
30
Michael sedang memilih pembekal baru untuk satu peralatan kilang yang penting. Salah satu syarikat yang dia bekerja telah menghantar kepadanya beberapa hadiah kecil, termasuk bakul hadiah, tali leher dan sebotol wain. Bolehkah dia menerima barang-barang ini? Walaupun hadiah ini setiap satunya tidak mengapa, menerima hadiah yang banyak boleh menimbulkan tanggapan bahawa Michael cuba dipengaruhi secara tidak wajar. Dia patut berbincang dengan pengurus atau Jabatan Perundangan tentang cara untuk menangani keadaan ini dan sama ada dia boleh menerima hadiah in daripada pembekal ini.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Rasuah dan Korupsi Kita memegang prinsip memenangi perniagaan secara beretika melalui kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan, bukan melalui rasuah atau bayaran yang dilarang. Kita mematuhi semua undang-undang, perjanjian dan peraturan yang melarang rasuah dalam apa jua bentuk, termasuk Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) AS dan Akta Rasuah UK. Di bawah adalah beberapa perkara dan takrif penting yang kita mesti fahami dan patuhi: Pegawai kerajaan asing dan lain-lain boleh jadi kakitangan kerajaan persekutuan, negeri atau tempatan, pegawai-pegawai atau calon parti politik, pekerja perniagaan milik kerajaan atau pekerja atau pegawaipegawai PBB, Bank Dunia atau organisasi yang serupa. Di sesetengah negara, sesuatu perniagaan, sekolah atau organisasi lain sebenarnya mungkin milik kerajaan, dan ini mungkin tidak begitu jelas. Apabila anda tidak pasti, minta panduan sebelum bertindak Rasuah boleh jadi sebarang perkara yang bernilai—bukan sekadar wang, tetapi juga apa-apa jenis hadiah, sokongan atau keraian yang boleh kelihatan seperti cubaan untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan seseorang pegawai atau memperoleh kelebihan yang tidak wajar bagi Syarikat kita. Sogokan ialah mengembalikan sejumlah wang yang telah dibayar (atau yang perlu dibayar) sebagai ganjaran untuk membuat atau menggalakkan urusan perniagaan. Bayaran pemudah biasanya bayaran tunai kecil yang dibuat untuk mempercepatkan perkhidmatan biasa kerajaan. Perkhidmatan ini boleh termasuk memproses permit, menyediakan perlindungan polis atau mempercepatkan perkhidmatan utiliti.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
31
Kita tidak boleh sekali-kali bersetuju untuk membayar bayaran pemudah, walaupun ia kebiasaan di sesetengah negara. Kunci untuk menjauhi korupsi ialah jangan menawarkan atau menerima sebarang benda berharga yang boleh mempengaruhi keupayaan seseorang untuk membuat keputusan perniagaan yang objektif. Ini boleh merangkumi keputusan untuk menjalankan perniagaan—atau terus melakukan perniagaan—dengan kita, mendapat kelebihan perniagaan atau apa-apa bentuk pengaruh yang tidak wajar. Kita tidak boleh menawarkan, meminta atau menerima rasuah, sama ada kita bekerja dengan pegawai-pegawai kerajaan, pelanggan atau rakan perniagaan kita. Di samping itu, kita tidak boleh mengupah pihak ketiga untuk melakukan sesuatu yang kita tidak dibenarkan, atau dengan sedar membenarkan pihak ketiga melakukan sesuatu yang tidak beretika bagi pihak Micron. Di bawah FCPA, buku dan rekod kita mesti mencerminkan perbelanjaan dan transaksi lain dengan tepat dan saksama. Kita juga dikehendaki menggunakan sistem kawalan dalaman supaya kita boleh menyediakan penyata kewangan yang jujur dan merekodkan keuntungan, kerugian, aset dan liabiliti kita dengan tepat. Hukuman sivil dan jenayah kerana melanggar undang-undang anti-rasuah adalah berat, oleh itu, sangat penting untuk kita sentiasa mematuhi undang-undang anti-rasuah yang terpakai kepada kita. Setiap orang daripada kita mempunyai kewajipan untuk melaporkan sebarang pelanggaran yang diketahui atau disyaki dengan segera, tidak kira betapa kecil ia di mata kita. Yakinlah bahawa anda tidak akan dibalas dendam terhadap laporan yang dibuat dengan niat baik. Untuk maklumat tambahan mengenai rasuah dan korupsi, lawat Pusat Pematuhan dan Etika.
S: J:
Huang perlu mendapatkan permit alam sekitar tertentu daripada pejabat perbandaran tempatan sebelum dia boleh membuka kilang pengeluaran Micron. Kerani perbandaran memberitahunya ia mungkin mengambil masa sehingga enam minggu untuk memproses permit tersebut. Beliau membayangkan bahawa ini boleh dilakukan dengan lebih cepat jika Huang boleh memberikannya sedikit “cenderamata”—contohnya sebuah kereta. Huang perlu mendapatkan permit ini secepat mungkin. Apakah yang dia perlu lakukan? Tidak kira betapa perlunya dia akan permit tersebut, Huang tidak boleh menunaikan permintaan kerani tersebut. Hadiah ini dikira sebagai rasuah. Di Micron, kita tidak boleh sekalikali memberi rasuah dalam apa jua keadaan. Ini bukan cara kita menjalankan perniagaan. Huang perlu melaporkan kejadian ini kepada pengurusnya atau Jabatan Perundangan.
Kita tidak boleh menawarkan, membayar atau menerima rasuah, sama ada kita bekerja dengan pegawai-pegawai kerajaan, pelanggan atau rakan perniagaan kita.
32
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Kontrak Kerajaan Micron tegas berpegang pada semua undang-undang, kaedah dan peraturan yang mengawal perolehan barangan dan perkhidmatan oleh mana-mana entiti kerajaan, pelaksanaan kontrak kerajaan dan perjanjian bantuan kewangan kerajaan seperti geran dan perjanjian kerjasama. Apabila berurusan dengan pekerja dan agensi-agensi kerajaan, kita hendaklah sentiasa jujur dan tepat. Kita tidak boleh sekalikali menyediakan maklumat, pensijilan, pernyataan atau laporan yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan kepada kakitangan atau agensi kerajaan. Setiap kali kita membida kontrak atau subkontrak kerajaan, kita mesti berhati-hati untuk menggunakan angka yang tepat sebagai asas harga kita. Jika anda sebahagian daripada pasukan yang terlibat dalam kontrak kerajaan, anda bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi syarat-syarat kontrak pada setiap masa. Jangan sekali-kali menyimpang daripada spesifikasi kontrak tanpa kebenaran, dan sentiasa ikut peraturan yang berkenaan. Jika kita berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan—termasuk agensi dan organisasi kerajaan antarabangsa—adalah tanggungjawab kita untuk mengetahui dan mematuhi semua peraturan yang terpakai kepada proses dan untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Aktiviti-aktiviti yang sesuai apabila kita bekerja dengan pelanggan lain boleh jadi tidak wajar—malah menyalahi undang-undang—apabila kita berurusan dengan agensi dan pekerja kerajaan. Hukuman kerana gagal mematuhi undang-undang sangat berat, termasuk denda sivil dan jenayah yang berat dan pemenjaraan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang bekerja dengan pegawai kerajaan atau mematuhi kontrak kerajaan, hubungi Jabatan Perundangan.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
33
Menjalankan Perniagaan di Seluruh Dunia Sebagai sebuah syarikat global, kita menghantar produk-produk kita ke seluruh dunia. Untuk mencapai kejayaan ini, adalah penting untuk kita mematuhi semua peraturan negara dan tempatan dan peraturan yang berkenaan dengan aktiviti perdagangan antarabangsa kita. Kita mesti memahami dan mematuhi semua undang-undang yang terpakai kepada kita berkaitan dengan eksport, eksport semula atau import. Eksport berlaku apabila produk, peralatan, bahan-bahan, perisian atau teknologi (termasuk bantuan teknikal) dihantar kepada seseorang di negara lain. Eksport juga boleh berlaku apabila teknologi (termasuk maklumat teknikal dan bantuan) atau perisian diterbitkan dalam mana-mana cara—termasuk lisan, visual atau cara bertulis lain—kepada warganegara bukan AS yang berada sama ada di Amerika Syarikat atau negara ketiga. Sebelum mengeksport apa-apa pun, anda perlu mengesahkan kelayakan lokasi penghantaran dan penerima. Anda juga perlu mendapatkan semua lesen dan permit yang diperlukan, dan membayar semua duti yang perlu. Aktiviti import, atau membawa barang-barang yang kita beli daripada sumber asing atau luar kepada negara lain, juga tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan. Aktiviti import mungkin mewajibkan kita membayar duti dan cukai dan mengemukakan fail tertentu. Undang-undang import dan eksport adalah amat kompleks, jadi anda tidak patut melibatkan diri dalam perdagangan yang melibatkan negara atau orang yang disekat, atau disyaki pengguna akhir senjata biologi, kimia, nuklear atau peluru berpandu tanpa kelulusan Jabatan Logistik/Trafik atau Jabatan Perundangan. Untuk maklumat lanjut, sila lihat polisi Pematuhan dan Eksport Import kita.
Boikot Tidak kira di mana kita menjalankan perniagaan, kita mesti mengikut semua undang-undang yang melarang kita daripada menyertai atau bekerjasama dengan mana-mana pemulauan antarabangsa yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Permintaan untuk bekerjasama dengan boikot boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Ia sering kelihatan di dalam kontrak, surat kredit, atau dalam bidaan atau bahan cadangan. Permintaan, arahan, atau peruntukan kontrak yang mengandungi perkataan “boikot” atau “senarai hitam” atau merujuk kepada negara asal-usul, etnik, agama atau jantina tertentu boleh jadi berunsur boikot. Undang-undang AS mungkin mewajibkan kita melaporkan permintaan untuk menyertai pemulauan antarabangsa yang tidak dibenarkan, walaupun kita tidak bersetuju atau tidak menjawab permintaan tersebut. Jika anda menerima permintaan tersebut, anda mesti melaporkannya segera kepada Jabatan Perundangan, supaya Micron dapat menentukan jika ia wajib dilaporkan.
Pengurus anda bersedia untuk menjawab soalan mengenai boikot dan perdagangan antarabangsa. Anda juga boleh menghubungi sumber-sumber berikut: •• Jabatan Perundangan •• Jabatan Logistik/Trafik
34
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Bertindak Dengan Integriti untuk Pelabur Kita
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
35
Lejar dan Rekod Kita semua memainkan peranan dalam memastikan integriti lejar kewangan, rekod dan pendedahan kita. Apa sahaja maklumat yang anda rakam untuk Syarikat kita—daripada masa bekerja hingga inventori produk, belanja perjalanan atau perakaunan—anda mesti bantu memastikan bahawa maklumat perniagaan yang kita laporkan adalah tepat, lengkap dan tepat pada masanya.Ini termasuk merekod atau menyempurnakan semua yang berikut: •• Perbelanjaan dan perbelanjaan modal
•• Bil
•• Jualan
•• Rekod gaji dan manfaat
•• Penghantaran
•• Data pengawalseliaan
•• Lembaran masa
•• Pergerakan produksi
•• Baucar
•• Maklumat penting Syarikat yang lain
Maklumat yang kita rekod akan membantu Syarikat kita merancang untuk masa depan. Ia juga memaklumkan data kewangan yang kita laporkan kepada pemegang-pemegang saham dan pengawal selia. Untuk memastikan Syarikat kita boleh merancang dengan betul dan pemegang saham dan pengawal selia kita mempunyai maklumat yang tepat, lejar dan rekod—sama ada kertas atau elektronik—hendaklah sentiasa lengkap dan jujur. Ia mesti mencerminkan aset perniagaan, liabiliti, perbelanjaan dan hasil kita dengan wajar. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyimpan lejar dan rekod kita selaras dengan prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum di Amerika Syarikat dan mana-mana keperluan peraturan lain yang berkenaan dengan sebuah syarikat multinasional yang didagangkan oleh awam
Apakah rekod sebenarnya? Perlu diingat bahawa rekod tidak semestinya dokumen kertas—ia boleh jadi elektronik, misalnya. Semua ini adalah rekod: •• Fail kertas •• E-mel •• Mesej segera •• Kandungan laman Web •• Lembaran •• Fail dan pangkalan data sistem •• Fail dan pita audio •• Pemacu keras komputer •• Format storan media seperti CD, DVD, pemacu USB dan pemacu cakera luaran
36
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Buku dan rekod kita—sama ada kertas atau elektronik—hendaklah sentiasa lengkap dan jujur. Ia mesti mencerminkan aset perniagaan , liabiliti, perbelanjaan dan hasil kita dengan wajar. Pengurusan rekod Selain mewujudkan rekod kewangan yang jujur dan tepat, kita juga perlu mengurus dan menyimpan rekod Syarikat kita mengikut polisi Pengurusan Rekod kita. Rekod adalah penting untuk memenuhi keperluan perniagaan kita dan memenuhi keperluan kawal selia. Jangan sekali-kali memusnahkan rekod, ini melanggar polisi. Jika dokumen atau rekod-rekod tertentu diperlukan untuk penyiasatan, audit atau kemungkinan tuntutan mahkamah, ia boleh diletakkan di bawah penahanan undang-undang. Jika sesuatu rekod tertakluk kepada penahanan undang-undang, kita tidak boleh mengubah, merosakkan, atau memusnahkan rekod tersebut selagi kita belum diarahkan penahanan itu ditarik balik—tanpa mengira jadual pengekalan biasa kita. Kita juga sangat komited untuk mencegah dan mengesan sebarang perbuatan menipu. Secara umumnya, penipuan ialah sengaja menyembunyikan fakta-fakta untuk menipu atau mengelirukan orang lain. Antara lain, ini boleh termasuk: •• Salah nyata akibat laporan kewangan atau pengiktirafan hasil yang menipu. •• Salah nyata yang berkaitan dengan menggunakan aset untuk tujuan yang menyalahi undangundang, tidak sesuai atau yang tidak diingini (seperti penipuan wayar atau vendor khayalan) •• Pendapatan dan aset yang diperoleh secara menipu •• Percubaan untuk mengelakkan kos dan perbelanjaan Jika anda rasa kelakuan yang tidak beretika, tidak wajar atau menyalahi undang-undang sedang berlaku khasnya mengenai amalan perakaunan dalaman kita, penyelewengan kewangan atau penipuan, anda mesti melaporkan kebimbangan anda dengan segera.
Hubungi pengurus anda, Jabatan Rekod atau Jabatan Perundangan jika anda ada soalan mengenai lejar dan rekod Syarikat kita.
Siasatan dan Audit Sebagai sebahagian daripada siasatan atau penyiasatan, seorang ejen kerajaan mungkin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat. Sebelum memberikan apa-apa maklumat, anda perlu menghubungi Jabatan Perundangan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Jabatan Perundangan boleh memberikan nasihat tentang cara untuk menjawab dan memastikan semua langkahlangkah yang sewajarnya diambil dan kepentingan Syarikat dilindungi.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
37
Perdagangan Orang Dalam Semasa bekerja bagi pihak Micron, anda mungkin mengetahui maklumat material bukan awam mengenai Syarikat kita, pemilik kita, pelanggan atau syarikat-syarikat lain. Maklumat material bukan awam (juga dikenali sebagai maklumat dalaman) adalah maklumat mengenai syarikat yang tidak diketahui oleh orang awam dan yang boleh mempengaruhi keputusan pelabur biasa untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti syarikat tersebut. Maklumat tidak lagi bukan awam apabila ia telah disebarkan secara meluas kepada orang ramai dan tempoh menunggu yang munasabah telah berlalu sehingga maklumat telah diserap oleh pasaran. Maklumat dalaman boleh merangkumi maklumat berkenaan mana-mana yang berikut: •• Pencapaian kewangan •• Unjuran pendapatan atau kerugian pada masa hadapan •• Perubahan dalam produktiviti pembuatan atau hasil •• Berita mengenai kemungkinan penggabungan atau pengambilalihan •• Mendapat atau hilang pelanggan besar •• Maklumat produk baru •• Perubahan dalam pengurusan kanan •• Tindakan undang-undang yang ketara •• Penawaran saham atau hutang •• Pembahagian stok •• Kerosakan atau kehilangan aset-aset penting
38
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Maklumat dalaman juga boleh dikaitkan dengan syarikat lain, pembekal atau pelanggan yang anda perolehi secara rahsia sepanjang kerja anda. Berdagang maklumat material bukan awam melanggar undang-undang dagangan orang dalam. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perdagangan orang dalam boleh dikenakan tindakan disiplin, dan mungkin hukuman sivil atau jenayah. Ia juga menyalahi undang-undang untuk memberikan maklumat dalaman kepada orang lain (atau memberi mereka tahu kewujudannya) untuk mempengaruhi keputusan pelaburan mereka. Perdagangan orang dalam dipandang serius. Anda mungkin menghadapi hukuman kerana menyalahgunakan maklumat dalaman walaupun jumlah wang yang terlibat kecil—atau jika anda tidak membuat sebarang keuntungan sekali pun. Jika anda berkongsi maklumat dalaman dengan ahli pasukan Micron yang lain dalam urusan kerja anda, anda mesti tahu dan mengikut prosedur yang ada untuk menerbitkan maklumat tersebut. Jika anda menerima maklumat dalaman yang anda tidak sepatutnya miliki, laporkan dengan segera kepada Jabatan Perundangan. Untuk maklumat lanjut, semak polisi Perdagangan Orang Dalam.
Bercakap Bagi Pihak Syarikat Kita Untuk memastikan komunikasi kita adalah tepat dan konsisten, hanya ahli-ahli pasukan tertentu yang ditetapkan diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Micron kepada media dan komuniti pelaburan. Jika anda diminta untuk ditemuramah atau memberi maklumat mengenai Syarikat kita, tolak dengan sopan daripada memberi komen dan rujukkan permintaan tersebut kepada Jabatan Komunikasi & Pemasaran Global.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
39
Menggunakan media sosial Media sosial adalah sebahagian daripada kehidupan dan budaya seharian kita, dan ia boleh menjadi satu cara yang baik untuk melibatkan diri dan menjalin hubungan dengan pelanggan, rakan niaga dan masyarakat kita. Kita dikehendaki menggunakan media sosial secara bertanggungjawab. Media sosial terdiri daripada pelbagai bentuk, termasuk forum internet, blog dan blog mikro, profil dalam talian, wiki, podcast, gambar dan video, e-mel, mesej segera dan perkongsian muzik. Semakin teknologi berkembang, begitu juga platform media sosial. Kita perlu sentiasa ingat bahawa perkara yang kita katakan atau tulis di media sosial adalah rekod kekal yang boleh dikongsi dengan seluruh dunia dengan seolah-olah tanpa batasan. Oleh itu, hormat dan pertimbangan yang waras hendaklah menjadi panduan kita apabila mengambil bahagian dalam forum ini. Selain itu, kita mesti menjelaskan bahawa kenyataan-kenyataan kita mewakili pandangan peribadi kita sendiri, melainkan kita secara khusus diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Micron. Micron menghormati kebebasan bersuara dan, secara amnya, perkara-perkara yang anda lakukan di luar kerja bukan urusan Micron. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti di dalam atau di luar kerja yang melanggar Kod Micron atau polisi lain, atau menjejaskan prestasi kerja anda di Micron, prestasi ahli-ahli pasukan Micron yang lain, atau kepentingan perniagaan dan reputasi Micron sangat membimbangkan Micron dan anda hendaklah menggunakan pertimbangan yang wajar.
Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, rujuk kepada sumber-sumber berikut: •• Jika anda ada soalan mengenai perdagangan orang dalam, hubungi Jabatan Pelan Saham Global atau Jabatan Perundangan. •• Jika anda diminta untuk ditemuramah atau memberi maklumat mengenai Micron, panjangkan permintaan tersebut kepada Jabatan Komunikasi & Pemasaran Global atau Jabatan Hubungan Pelabur. •• Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai menghantar kandungan yang sesuai dalam talian, baca Garis Panduan Media Sosial Micron
S: J:
40
Ashley wakil jualan di Micron. Dia mencatat pada profil media sosialnya, “Masa untuk bawa keluar champagne! Kita melebihi matlamat jualan bulanan sebanyak 20%! “ Adakah ini boleh diterima? Tidak. Ashley tidak sepatutnya menyiarkan sebarang maklumat—walaupun berita baik— berkenaan jualan bulanan Micron. Maklumat ini hendaklah sentiasa disimpan di dalam Syarikat kita. Walaupun Ashley tidak memberikan nombor yang tepat, dia memberi maklumat tentang prestasi kewangan Micron yang orang luar boleh gunakan untuk membuat keputusan perniagaan. Jika anda ada soalan mengenai maklumat yang boleh dikongsi, tanya pengurus atau penyelia anda.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Bertindak Dengan Integriti untuk Komuniti Kita
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
41
Komitmen Alam Sekitar Kita semua mendapat manfaat daripada udara, bumi dan air yang sihat—dan kita memainkan peranan kita untuk melindungi dan memelihara sumber-sumber ini. Untuk melakukan ini, kita mengikuti semua undang-undang alam sekitar yang terpakai kepada kita. Bukan sekadar hanya mengikuti undangundang, kita berusaha untuk mengatasi piawaian industri kecemerlangan alam sekitar di semua tempat kerja kita, termasuk piawaian yang digariskan di dalam Kod Tingkah Laku EICC. Kod Tingkah Laku EICC menetapkan piawaian berkenaan semua yang berikut: •• Permit dan laporan alam sekitar •• Pencegahan pencemaran dan pengurangan sumber •• Bahan berbahaya •• Air kumbahan dan sisa pepejal •• Pelepasan udara •• Kekangan bahan •• Pengurusan “Storm water” •• Penggunaan tenaga •• Pelepasan gas rumah hijau Micron menyediakan latihan kepada ahli pasukan mengenai topik-topik alam sekitar mengikut peranan dan tanggungjawab. Dalam semua operasi kita, Micron komited untuk menggalakkan amalan yang mampan. Kita menggunakan amalan jangka panjang yang selamat untuk mengurangkan pembaziran, mencegah pencemaran dan pengendalian dan pelupusan bahan yang berpotensi berbahaya. Kita juga memastikan untuk menggunakan sistem pemantauan bagi memastikan kita kekal patuh dan mengekalkan kesihatan masyarakat kita. Kita terus mencari cara untuk menggunakan tenaga dengan cekap dan bijak.
Soalan tentang keperluan alam sekitar hendaklah diarahkan kepada pengurus anda, kakitangan EHS, Jabatan Perundangan, atau Hotline Pematuhan.
Bukan sekadar hanya mengikuti undang-undang, kita berusaha untuk mengatasi piawaian industri kecemerlangan alam sekitar di semua tempat kerja kita.
42
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Aktiviti Politik Micron menggalakkan setiap orang daripada kita melibatkan diri dalam proses politik bagi menyokong calon atau parti. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mewujudkan tanggapan bahawa anda bercakap atau bertindak bagi pihak Micron. Anda perlu mengambil bahagian dalam proses politik hanya pada masa anda sendiri dan dengan sumber-sumber anda sendiri. Kita tidak boleh menggunakan masa, harta benda atau peralatan Syarikat untuk aktiviti politik peribadi. Begitu juga, kita tidak boleh menjangka untuk dibayar balik atas sumbangan politik peribadi.
Aktiviti politik korporat Agenda dasar awam Micron merangkumi memilih pegawai-pegawai awam yang memahami kepentingan perniagaan Syarikat kita dan menyokong perundangan yang penting kepada Micron. Walau bagaimanapun, dana dan aset lain Micron boleh digunakan sebagai sumbangan politik hanya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan selaras dengan polisi Micron. Hal Ehwal Kerajaan dan Jabatan Perundangan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan sumbangan politik bagi pihak Micron. Ini termasuk sumbangan produk, perkhidmatan, pengangkutan, dan kemudahan. Hal Ehwal Kerajaan juga mengawasi aktiviti melobi Micron. Dalam pekerjaan anda, anda tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti yang bertujuan untuk mempengaruhi pembentukan undang-undang atau peraturan, atau melibatkan pelobi atau membenarkan orang lain berbuat demikian tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Hal Ehwal Kerajaan. Penyertaan dalam PAC pekerja adalah secara sukarela. Anda tidak akan diberi tekanan dalam apa-apa cara untuk menyumbang atau menyokong mana-mana parti atau calon politik.
Sila bercakap dengan Hal Ehwal Kerajaan jika anda ada soalan mengenai PAC kita atau jika anda dikenakan tekanan untuk menyokong calon atau perjuangan politik.
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
43
Penglibatan Kerja Amal Antara misi Syarikat kita ialah berusaha untuk memberi pengaruh yang positif terhadap semua orang yang mengenali Syarikat dan orang-orang kita. Dalam kapasiti peribadi kita, kita digalakkan untuk mengambil bahagian dalam organisasi atau perjuangan yang kita minati. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita berbuat demikian pada masa kita sendiri dan atas perbelanjaan sendiri. Kita tidak boleh menggunakan sumber Syarikat yang terlalu banyak bagi aktiviti kebajikan peribadi tanpa kebenaran. Sebagai ahli pasukan, anda mempunyai budi bicara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kebajikan. Walau bagaimanapun, kerja amal atau aktiviti tersebut tidak boleh kelihatan seperti (atau berfungsi sebagai samaran) sumbangan politik. Gunakan pertimbangan yang baik dan hormati ahli pasukan yang lain ketika meminta bantuan mereka untuk badan amal.
Penepian Sebarang penepian Kod bagi pegawai atau pengarah eksekutif hanya boleh dibuat oleh Lembaga atau jawatankuasa Lembaga dan hendaklah didedahkan dengan segera seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Tidak kira di bahagian mana kita bekerja atau apa pekerjaan kita di Micron, integriti sentiasa penting.
44
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Kod Akujanji Dengan menandatangani di bawah, saya mengaku bahawa saya telah membaca dan memahami Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron. Saya faham bahawa saya perlu menghubungi mana-mana sumber yang tersenarai di dalam Kod sekiranya saya ada sebarang soalan mengenai dokumen ini, atau mana-mana tingkah laku atau keadaan yang melibatkan Micron. Saya juga faham bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk segera melaporkan sebarang pelanggaran Kod ini kepada salah satu sumber yang tersenarai di dalam Kod. Saya dengan ini mengesahkan perkara berikut: •• Saya telah membaca dan memahami Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron. •• Saya faham bahawa panduan yang lebih terperinci liputan Kod disediakan di dalam sumber-sumber lain, seperti Pusat Sumber Pekerja Micron (MERC), dan melalui Hotline Pematuhan, dan saya tahu cara mengaksesnya. •• Saya faham bahawa saya bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi Kod dan semua undang-undang, polisi, prosedur dan panduan lain yang berkenaan dengan saya. •• Saya faham bahawa saya dijangka berkelakuan secara terhormat dalam semua hubungan perniagaan saya dan untuk menghormati semua orang yang saya berinteraksi secara profesional. •• Saya faham bahawa saya bertanggungjawab untuk bersuara dan melaporkan sebarang pelanggaran yang diketahui atau disyaki terhadap Kod, polisi atau undang-undang Syarikat. •• Setahu saya tiada pelanggaran Kod, polisi Syarikat atau undang-undang yang belum lagi dilaporkan sebagai perlu dan sesuai. •• Saya faham polisi Micron melarang tindakan balas dendam dan tidak akan bertindak balas terhadap mana-mana individu yang melaporkan kebimbangan dengan niat yang baik. •• Saya faham bahawa saya boleh dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemberhentian kerja jika saya melanggar Kod, mana-mana polisi Micron atau undang-undang. Tarikh: Nama Ahli Pasukan (Huruf Besar) Tandatangan Ahli Pasukan
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
45
Polisi-polisi Syarikat Tersedia di MERC Manual Pematuhan Antitrust Buku Panduan Tatakelakuan & Etika Perniagaan Polisi dan Garis Panduan Maklumat Sulit Polisi Mineral Konflik Polisi Semakan Kontrak Panduan Hak Cipta Polisi Tauliah Keputusan Komitmen EICC Syarikat Kod Tingkah Laku EICC Polisi Pengguna Akhir untuk Mendapatkan Maklumat Elektronik Syarikat Manual Pematuhan Alam Sekitar Polisi Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Polisi Import dan Eksport Polisi Perjalanan dan Perbelanjaan Global Polisi Gangguan Polisi Perdagangan Orang Dalam Dasar Privasi Polisi Pengekalan Rekod Buku Panduan Ahli Pasukan Garis Panduan Tanda Niaga Manual Pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
46
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Sumber-sumber Tambahan Biasanya, pengurus anda dalam kedudukan terbaik untuk menjawab sebarang soalan yang anda ada mengenai topik di dalam Kod kita. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu sumber-sumber lain juga mungkin bersedia menangani kebimbangan anda. Bidang kebimbangan
Orang yang perlu dihubungi
Tempat mendapatkan maklumat lanjut di dalam Kod kita
Penggunaan alkohol atau dadah
xx Jabatan Keselamatan xx Jabatan Keselamatan xx Sumber Manusia
Halaman 11
Antitrust dan Persaingan
xx Jabatan Perundangan
Halaman 26
Lejar, rekod dan penipuan
xx Kewangan xx Audit Dalaman xx Jabatan Perundangan
Halaman 36
Boikot dan perdagangan antarabangsa
xx Jabatan Perundangan xx Jabatan Logistik/Trafik
Halaman 34
Konflik Kepentingan
xx Jabatan Perundangan xx Pengurus jabatan anda xx Naib presiden anda xx Sumber Manusia
Halaman 18
Maklumat peribadi pelanggan
xx Jabatan Perundangan
Halaman 17
Maklumat peribadi pekerja
xx Sumber Manusia
Halaman 17
Komitmen alam sekitar
xx Jabatan EHS xx Jabatan Perundangan
Halaman 42
Hadiah dan keraian dengan rakan kongsi perniagaan
xx Jabatan Perundangan
Halaman 28
Hadiah dan keraian dengan pegawai kerajaan
xx Jabatan Perundangan
Halaman 31
Kontrak Kerajaan
xx Jabatan Perundangan
Halaman 33
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
47
Sumber-sumber Tambahan Bidang kebimbangan
48
Orang yang perlu dihubungi
Tempat mendapatkan maklumat lanjut di dalam Kod kita
Gangguan atau diskriminasi
xx Sumber Manusia xx Hubungan Pekerja xx Naib presiden xx Jabatan Perundangan
Halaman 6
Perdagangan Orang Dalam
xx Jabatan Perundangan xx Jabatan Pelan Saham Global
Halaman 38
Harta intelek dan maklumat sulit
xx Jabatan Perundangan
Halaman 14
Siasatan dan audit
xx Jabatan Perundangan xx Audit Dalaman
Halaman 37
Hubungan media atau komuniti pelaburan
xx Komunikasi & Pemasaran Global xx Jabatan Hubungan Pelabur
Halaman 39
Menyertai lembaga pengarah
xx Jabatan Perundangan xx Ketua Pegawai Eksekutif xx Micron Foundation (untuk membincangkan menggunakan sumber Micron untuk organisasi luar)
Halaman 21
Aktiviti politik
xx Hal Ehwal Kerajaan xx Jabatan Perundangan
Halaman 43
Permintaan maklumat tentang Micron
xx Jabatan Komunikasi & Pemasaran Global xx Jabatan Hubungan Pelabur
Halaman 39
Masalah rantaian bekalan
xx Perolehan Global
Halaman 23
Keselamatan tempat kerja
xx Jabatan Keselamatan
Halaman 9
IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron
Micron Technology, Inc. Integriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron © 1/2016