KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
MENETAPKAN STANDARD TATASUSILA dan TATAKELAKUAN PERNIAGAAN
Dikemas kini pada Februari 2016
Menetapkan Standard Dikemas kini pada Februari 2016 Lockheed Martin Corporation 6801 Rockledge Drive Bethesda, MD 20817 ©1995-2016. Lockheed Martin Corporation. Hak cipta terpelihara. Tambahan kepada Bahasa Melayu, risalah ini diterbitkan dalam bahasa-bahasa berikut: Bahasa Arab, Bahasa Denmark, Bahasa Cina (Dipermudah), Bahasa Cina (Tradisional), Bahasa Perancis, Bahasa Ibrani, Bahasa Indonesia, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Romania, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Turki Nota: Versi terkini dokumen ini tersedia dalam talian melalui jaringan dalaman Lockheed Martin Corporation dan luaran di http://www.lockheedmartin.com/us/who-we- are/ethics.html. Versi dalam talian memberikan kemas kini terbaru untuk bahan rujukan, termasuk Pernyataan dasar Korporat dan Prosedur Silang Fungsian.
i
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Pesanan daripada Pengerusi Kita, Presiden dan Ketua Eksekutif Kepada Rakan Sekerja: Di Lockheed Martin, kami komited terhadap nilai teras kami. KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL, MENGHORMATI ORANG LAIN, MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG. Kami tidak penah membenarkan etika atau integriti kami dikompromi oleh keinginan kami untuk berjaya, tanpa mengira situasi perniagaan kami. Dalam kami terus mengembangkan pencapaian kami dalam pasaran global, menguatkan kedudukan kami sebagai peneraju pereka baru teknologi dan mencari penyelesaian baru kepada cabaran kompleks pelanggan kami, kami mesti memegang teguh kepada standard tinggi kami dalam tatasusila. Nilai dan etika kami adalah asas kepada siapa kami dan apa yang kami lakukan. Ia bukan sahaja mentakrifkan kami, ianya membezakan kami. Apabila kami menunjukkan integriti dalam semua urusan kami, kami membina ikatan kepercayaan, yang membawa kepada hubungan yang lebih kuat, lebih bertahan. Hubungan yang dipercayai inilah yang mencipta peluang untuk perniagaan baru dan berulang dan yang akan menjamin masa depan kami. Kami mempertanggungjawabkan setiap pekerja Lockheed Martin untuk mendukung standard etika kami. Standard itu telah melebihi pematuhan dengan undang-undang, peraturan yang mentadbir perniagaan kami. Perlu mengambil kira nilai-nilai kita dalam setiap keputusan yang kita lakukan dan setiap tindakan yang kita ambil. Tetapan Standard ialah Tatasusila dan Tatakelakuan Perniagaan kami. Ia menjelaskan cara kami mesti berkelakuan ketika mewakili atau bertindak bagi pihak syarikat kami. Ia memperincikan harapan tinggi yang kami tetapkan untuk kelakuan pekerja, daripada komitmen kami terhadap kerakyatan yang baik kepada dasar toleransi sifar rahsuah kami. Dan, ia berfungsi sebagai blok pembinaan paling asas untuk kejayaan akan datang. Selain bergantung kepada Tata kami, saya menggalakkan anda untuk bertanya sumber bernilai yang lain, termasuk pengurus anda, pegawai Etika dan rakan kongsi perniagaan Sumber Manusia, dimana masalah berkaitan etika atau persoalan berbangkit. Mereka boleh memberikan bimbingan tambahan dan pandangan apabila anda memerlukannya. Terima kasih kerana mengambil kira dan melaksanakan nilai-nilai teras kita dan kerana komited kepada standard etika dan integriti tinggi yang menentukan siapa kita di Lockheed Martin. Marillyn A. Hewson
ii
MarillynA. Hewson
Jadual Kandungan Syarikat Kami Visi dan Nilai .................................................................... 1 Mendukung Tatakelakuan ............................................... 2 Warga yang Baik ............................................................. 4 Kelestarian ....................................................................... 5 Melaporkan Pelanggaran ................................................. 6 Tindakan Balas ................................................................ 7 Tatakelakuan Kita Kos Buruh dan Lain-lain .................................................. 9 Menggunakan Aset ........................................................ 10 Maklumat Sensitif .......................................................... 11 Ihsan Perniagaan........................................................... 13 Konflik Kepentingan ....................................................... 15 Rekod Perniagaan yang Tepat ...................................... 18 Latihan ........................................................................... 19
iii
Persekitaran Kerja Kita Keselamatan .................................................................... 20 Diskriminasi dan Gangguan ............................................. 21 Keselamatan dan Kesihatan ............................................ 22 Tempat Kerja Bebas Dadah ............................................. 23 Operasi Kita Persaingan Adil ................................................................ 24 Perniagaan Antarabangsa ............................................... 25 Perdagangan Orang Dalam ............................................. 27 Antitrust ............................................................................ 28 Melibatkan Pihak Ketiga .................................................. 29 Proses Politik ................................................................... 30 Tanda-tanda Amaran/Bercakap ....................................... 32 Penerimaan dan Perakuan .............................................. 33
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Visi dan Nilai Kita Lockheed Martin menetapkan standard integriti dalam apa jua yang kita lakukan. Kita pastikan kita melakukannya sama seperti orang lain seperti pemegang saham dan pelanggan kita - harapkannya daripada kita. Visi kita: Menjadi pemimpin global dalam menyokong pelanggan kami untuk menguatkan keselamatan global, memberi perkhidmatan rakyat dan penemuan saintifik termaju. Nilai-nilai Kita: Melakukan Apa yang Betul Menghormati Orang Lain Melakukan dengan Cemerlang Dasar Tataetika dan Perniagaan CPS-001
1
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Mendukung Tatakelakuan Kita Menetapkan Standard Tatakelakuan kita dikenakan kepada semua pekerja Lockheed Martin, ahli Lembaga Pengarah, perunding, buruh kontrak dan orang lain apabila mereka mewakili atau bertindak untuk Perusahaan.* Kita memerlukan anda untuk melakukan tugas anda dengan mematuhi Tatakelakuan dan dasar kita serta undang-undang dan peraturan yang dikenakan. Mengapa Kita Melakukannya Kita mengikuti undang-undang dan peraturan tersurat dan tersirat yang mengawal perniagaan kita. * Sebarang penepian Tatakelakuan untuk pegawai eksekutif atau ahli Lembaga Pengarah boleh dibuat hanya oleh Lembaga atau jawatankuasa Lembaga dan perlu dengan segera didedahkan kepada pemegang saham. Ini mengelakkan penepian Tatakelakuan disembunyikan daripada orang awam dan mematuhi keperluan Bursa Saham New York (NYSE) dan peraturan yang sama di bawah Jawatankuasa Bursa Sekuriti dan Akta SarbanesOxley 2002.
Memberi Jawapan kepada Siasatan dan Tindakan Perundangan: Anda perlu bekerjasama dalam siasatan dalaman. Anda tidak boleh memusnahkan atau mengubah sebarang dokumen atau rekod elektronik, menipu atau memperdaya penyiasat atau menghalang pengumpulan maklumat berkaitan siasatan atau sebarang tindakan perundangan bagi pihak, atau menentang, Perusahaan. Setakat yang boleh dilakukan, kita akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat pelanggaran undang-undang yang disyaki. Jika diminta oleh Lockheed Martin, anda juga perlu bekerjasama dengan siasatan yang dikendalikan oleh kerajaan. Anda perlu memaklumkan kepada Pejabat Etika atau Jabatan Perundangan dengan segera jika anda mengetahui bahawa agensi kerajaan atau manamana pihak ketiga yang mengendalikan siasatan atau meminta maklumat berhubung pelanggaran undangundang yang disyaki.
Bersambung pada halaman seterusnya
2
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Mendukung Tatakelakuan Apakah tanggungjawab saya sebagai ketua? Sebagai ketua, anda memberi kesan kepada kelakuan pekerja melalui kata-kata dan kelakuan. Berjaga-jaga kerana tindakan anda boleh mempengaruhi pekerja untuk bertindak dengan cara yang bertentangan dengan standard etika kita, walaupun, jika itu bukan niat anda. Cadangan di bawah akan memberi panduan kepada anda dalam menunjukkan kepimpinan beretika. Jika seseorang mengajukan soalan atau mengadukan kebimbangan kepada anda: Ucapkan terima kasih kepada pekerja kerana membuat tampil ke hadapan. Dengar dengan teliti. Minta penjelasan dan maklumat lanjut untuk memastikan anda faham sepenuhnya soalan atau kebimbangan. Jawab sebarang soalan yang anda boleh, tetapi, dapatkan bantuan jika anda memerlukannya sebelum memberikan jawapan. Anda tidak perlu memberikan jawapan segera, tetapi, perlu sentiasa membuat susulan secepat mungkin. Jika kebimbangan memerlukan siasatan, rujuk perkara tersebut kepada sumber yang sesuai. Jika anda tidak pasti siasatan diperlukan atau tidak, lebih baik anda bertanya.
3
Dasar Tataetika dan Perniagaan CPS-001 CPS-718 Pendedahan kepada Kerajaan Amerika Syarikat CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-021 Siasatan Dalaman
Mendukung Nilai kita dan Tatakelakuan ini mungkin memerlukan lebih daripada pematuhan kepada undangundang dan peraturan.
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Komited kepada Kewarganegaraan yang Baik Kita Menetapkan Standard
Mengapa Kita Melakukannya
Kita komited kepada kewarganegaraan yang baik, yang merangkumi perlindungan dan kemajuan hak manusia.
Kewarganegaraan yang baik, kelestarian korporat dan perlindungan dan kemajuan hak manusia:
Kita melayan semua orang dengan hormat dan maruah, menggalakkan kepelbagaian dan pelbagai pendapat, menggalakkan peluang sama rata untuk semua dan membantu mewujudkan budaya terangkum dan beretika. Kami melarang penghinaan, pembulian dan diskriminasi, penggunaan tenaga buruh paksa atau wajib kanak-kanak dan perdagangan manusia untuk sebarang tujuan.
Mengekalkan komitmen kita kepada integriti, Memastikan kepuasan dan produktiviti pekerja dan
Kami mengurangkan penggunaan tenaga, air dan sisa buangan dalam operasi kami, mengurangkan penggunaan bahan berkaitan dan berusaha memaksimumkan keberkesanan produk kami. Kita tidak terlibat dalam amalan rasuah. Kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan upah dan jam yang dikenakan dan memberikan manfaat yang dimandatkan mengikut undang-undang. Ini merangkumi keperluan berkaitan jam bekerja maksimum, upah minimum, jam lebih masa, upah ikut kerja, pengelasan tiada pengecualian atau pengecualian dan elemen pampasan lain. Kita menghormati hak pekerja untuk melaksanakan hak kebebasan mereka untuk berpersatuan dan untuk memilih atau tidak memilih perwakilan tawar-menawar kolektif.
4
Mempertingkatkan daya saing bakat bagi perniagaan kita. Dasar Tataetika dan Perniagaan CPS-001 CPS-003 Tiada Diskriminasi – Peluang Pekerjaan Sama Rata CPS-021 Kewarganegaraan Korporat yang Baik dan Menghormati Hak Manusia CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang AntiRasuah CPS-734 Memperdagangkan Manusia CPS-803 Kelestarian CRX-515 Kumpulan Sumber Pekerja dan Jaringan Pekerja
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Komited terhadap Kelestarian Kita Menetapkan Standard Kita melindungi alam sekitar, memperkukuhkan komuniti dan mendorong pertumbuhan yang bertanggungjawab. Kita mengekalkan persekitaran bekerja selamat, melayan pekerja dengan hormat dan menyediakan program penglibatan, kesejahteraan, etika dan rangkuman. Kita menggunakan teknologi yang menyokong kerajaan yang stabil dan warga yang berkembang maju. Kita menentukan kebertanggungjawaban dan mengurus spektrum penuh risiko dan peluang. Kita mengurangkan penggunaan sumber semula jadi dalam operasi kita dan produk kita. Mengapa Kita Melakukannya Komitmen kita memastikan prestasi dan pertumbuhan perniagaan jangka panjang dan memperkukuhkan daya saing perniagaan kita. Prestasi kelestarian kita memperbaiki hubungan pelanggan dan kualiti, mengurangkan kos dan risiko dan memacu inovasi.
5
Pemegang saham kita mengharapkan kita beroperasi dengan integriti, komitmen kepada kewarganegaraan yang baik dan perlindungan dan kemajuan hak manusia. Dasar Tataetika dan Perniagaan CPS-001 CPS-003 Tiada Diskriminasi – Peluang Pekerjaan Sama Rata CPS-015 Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan (ESH) CPS-020 Pendedahan yang Adil bagi Maklumat Material dan Maklumat Kewangan kepada Komuniti Pelaburan dan Orang Awam CPS-021 Kewarganegaraan Korporat yang Baik dan Menghormati Hak Manusia CPS-803 Kelestarian CRX-015 Perlindungan Maklumat Sensitif CRX-515 Kumpulan Sumber Pekerja dan Jaringan Pekerja Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati laman web Kemapanan di http://www.lockheedmartin.com/us/ whowe-are/sustainability.html
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Melaporkan Pelanggaran Kita Menetapkan Standard Anda bertanggungjawab untuk melaporkan pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki bagi Tatakelakuan atau peruntukan kontrak. Anda tidak boleh mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika, walaupun, jika didapati bahawa dapat memberi manfaat kepada Perusahaan diarahkan oleh pihak berkuasa lebih tinggi dalam organisasi. Mengapa Kita Melakukannya Kita komited kepada standard tertinggi kelakuan beretika dalam rundingan kita dengan kawasan kita. Pelanggaran Tatakelakuan boleh dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Gagal untuk melapor boleh dengan sendiri melanggar Tatakelakuan ini. Anda boleh melaporkan pelanggaran yang disyaki kepada: Pihak Pengurusan, Sumber Manusia, Jabatan Perundangan, Keselamatan Audit Dalaman, Tenaga, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan atau Pejabat Etika.
6
1-800-LM ETHIC (1-800-563-8442) — ID Pemanggil tidak digunakan Untuk pendengaran atau pertuturan kurang baik: 1-800-441-7457 Faks: 1-301-897-6442 Antarabangsa: apabila membuat panggilan atau menghantar faks daripada luar U.S, dail kod keluar negara asal dahulu Email:
[email protected] Mel: Tataetika dan Perniagaan CPS-001 Lockheed Martin Corporation 6801 Rockledge Drive Bethesda, MD 20817 Jawatankuasa Audit:
Pekerja boleh menyuarakan kebimbangan mengenai perakaunan, kawalan dalaman atau hal-hal audit dan sulit atau penyerahan tanpa nama perakaunan yang diragui atau hal-hal audit kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Lockheed Martin. Jika anda ingin menyuarakan kebimbangan kepada Jawatankuasa Audit, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pejabat Korporat Tatasusila dan Tatakelakuan Perniagaan dan kebimbangan anda akan disuarakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga.
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Tidak Bertoleransi dengan Tindakan Balas Kita Menetapkan Standard Kita Tidak Bertoleransi dengan Tindakan Balas Kita mengambil tindakan pembetulan yang sesuai sebagai tindak balas kepada pelanggaran Tatakelakuan ini, walaupun, jika tindakan ini tidak selalunya anda boleh lihat. Jika seseorang cuba menghentikan anda daripada melaporkan isu, mereka dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Tiada penalti kerana menghubungi Pejabat Etika atau mana-mana sumber dengan jujur. "Jujur" bermaksud tidak semestinya anda perlu betul tetapi bermaksud anda percaya bahawa maklumat yang diberikan betul. Mengapa Kita Melakukannya Tindakan balas memusnahkan kepercayaan dan merosakkan budaya beretika kita. Apabila anda menyuarakannya, memberikan kita peluang untuk memperbaiki keseluruhan budaya dan prestasi kita. Apakah Tindakan Balas? Tindakan balas ialah perlakuan tidak adil atau tidak wajar terhadap pekerja kerana melaporkan salah laku, memfailkan rungutan, membantu orang lain membuat rungutan, menyertai siasatan dalaman Syarikat atau membuat pertanyaan berkaitan etika. Bersambung pada halaman seterusnya
7
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Tidak Bertoleransi dengan Tindakan Balas Hak-hak lain: Undang-undang U.S juga memberikan setiap pekerja Lockheed Martin hak-hak tertentu dan perlindungan daripada tindakan balas jika pekerja mendedahkan, kepada pegawai kerajaan tertentu atau kepada Jabatan Undang-undang atau Pejabat Etika, maklumat yang dipercayai dengan wajar oleh pekerja membuktikan buangan kasar, salah pengurusan, penyalahgunaan kuasa, atau pelanggaran undang-undang berkaitan kontrak, geran, atau dana kerajaan U.S; atau bukti bahaya khusus dan besar kepada kesihatan dan keselamatan awam.
Dasar CPS-001 Tataetika dan Perniagaan CPS-003 Tiada Diskriminasi — Peluang Pekerjaan Sama Rata CPS-564 Tempat Kerja Bebas Gangguan CPS-575 Memberikan Akomodasi di Tempat Kerja dan untuk Pemohon CPS-718 Pendedahan kepada Kerajaan Amerika Syarikat CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-053 Keselamatan Tempat Kerja — Mengekalkan Tempat Kerja Selamat dan Saling Menghormati yang Bebas daripada Ancaman dan Keganasan
8
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Dengan Tepat Mengecaj Kos Buruh dan Lain-lain Kita Menetapkan Standard Memahami dan mengikuti dasar dan prosedur rekod buruh di lokasi kerja anda. Dengan sewajarnya, mengambil kira semua kos termasuk buruh, perjalanan, material dan kos lain-lain. Kos ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: kerja kontrak biasa, kerja berkaitan penyelidikan dan pembangunan bebas dan aktiviti bidaan dan cadangan. Jangan menyalahgambarkan fakta atau memalsukan rekod. Mengapa Kita Melakukannya Itu melanggar dasar, dan dalam sesetengah kes undang-undang, dengan sengaja: Mengecaj dengan salah atau memalsukan rekod penjagaan masa, Mengecaj akaun yang salah atau objektif kos, Meluluskan salah caj Mengalihkan kos kepada akaun yang salah Semua urus niaga perniagaan perlu dengan segera dan tepat dimasukkan ke dalam buku dan rekod perniagaan kita.
9
Ini bermaksud bahawa urus niaga antara Perusahaan dan individu dan organisasi luar dilaksanakan menurut amalan perakaunan yang secara umumnya, diterima dan menjadi prinsip di Amerika Syarikat, dan di negara kita menjalankan perniagaan. Dasar CPS-011 Kawalan Dalaman CPS-441 Anggaran Kos/Harga CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-325 Perjalanan Perniagaan CRX-327 Kad Komersial
Pelanggan kita mengharapkan kita untuk memastikan integriti bagi rekod kita.
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Menggunakan Aset dengan Bertanggungjawab Kita Menetapkan Standard Bertanggungjawab untuk dengan betul menggunakan dan melindungi syarikat dan harta syarikat. Ini termasuk sistem komunikasi elektronik, sumber maklumat, material, kemudahan dan peralatan. Mencegah pembaziran dan penyalahgunaan aset ini. Ini bermaksud anda perlu menjaga aset dengan baik dan mengawal daripada pembaziran dan penyalahgunaan, dan anda tidak boleh meminjam atau mengeluarkannya daripada syarikat atau harta syarikat tanpa kebenaran pihak pengurusan. Dapatkan panduan dan kebenaran sebelum menggunakan sebarang aset pelanggan untuk kegunaan peribadi. Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan aset syarikat sekali-sekala untuk kegunaan peribadi, dalam dasar syarikat. Aktiviti tidak boleh menyokong sebarang usaha sama perniagaan peribadi, perniagaan bagi manamana perusahaan atau firma lain, usaha perundingan atau usaha sama berkeuntungan yang sama, kepentingan politik (kecuali seperti yang diberikan dalam CPS-004), aktiviti politik atau tujuan menyalahi undangundang atau tujuan yang akan memalukan Lockheed Martin atau sebaliknya, membahayakan kepentingannya. Jangan gunakan kad kredit korporat untuk kegunaan peribadi.
10
Mengapa Kita Melakukannya Sumber dan aset Lockheed Martin hendaklah digunakan untuk manfaat pemegang-pemegang saham kami. Kami bertanggungjawab untuk melindungi sumber dan aset pelanggan yang diamanahkan kepada Syarikat.
Dasar CPS-007 Kegunaan Peribadi bagi Aset Lockheed Martin CPS-037 Penggunaan yang Betul bagi Sumber Pengkomputeran dan Maklumat CRX-014 Konflik Kepentingan Individu CRX-156 Kad Pembelian (Kad P) CRX-253 Media Sosial CRX-303 Mesej Elektronik CRX-325 Perjalanan Perniagaan CRX-327 Kad Komersial
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Melindungi Maklumat Sensitif Maklumat Sensitif termasuk Maklumat Proprietari Lockheed Martin, Maklumat Proprietari Pihak Ketiga, Eksport Maklumat Terkawal dan Maklumat Peribadi/Data Peribadi. Kita Menetapkan Standard Anda perlu: Kendalikan, simpan dan lindungi Maklumat Sensitif mengikut syarat-syarat yang diguna pakai. Mendapatkan kebenaran sewajarnya sebelum mendedahkan atau menerima maklumat seperti itu, secara dalaman atau melalui pihak ketiga (seperti pembekal, pelanggan atau pesaing), Hanya mengakses maklumat peribadi atau data peribadi jika anda mempunyai "keperluan untuk tahu" bagi tujuan perniagaan yang sah dan mempunyai kebenaran terlebih dahulu, Menghormati privasi dan maruah pekerja kita dan melindungi kerahsiaan rekod dan maklumat pekerja, Sebelum mendedahkan maklumat sulit, pastikan penerima telah mendapat pelepasan keselamatan yang betul dan "perlu tahu"
Melindunginya walaupun, jika anda tidak lagi bekerja dengan syarikat, Mengambil penjagaan tambahan semasa menggunakan media sosial untuk melindungi maklumat mengenai syarikat, rakan sekerja anda, pelanggan dan diri anda sendiri Mengajukan pertanyaan luaran kepada pihak Komunikasi Mendapatkan kelulusan yang sewajarnya sebelum menyiarkan atau membuat perwakilan luar mengenai Lockheed Martin atau pelanggan dan rakan kongsinya Melaporkan akses yang tidak dibenarkan bagi maklumat peribadi dan proprietari Mengapa Kita Melakukannya Kita diamanahkan untuk menjaga maklumat sensitif daripada syarikat, pelanggan kita, pembekal dan orang lain. Pengendalian maklumat dengan salah boleh merosakkan reputasi kita, pelanggan, rakan kongsi dan negara. Serta boleh menyebabkan penalti dan denda terhadap syarikat dan pekerja individu. Bersambung pada halaman seterusnya
11
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Melindungi Maklumat Sensitif Apabila anda menjalankan perniagaan secara antarabangsa, terdapat undang-undang khusus negara yang perlu diambil kira, termasuk isu import/eksport dan pertimbangan privasi.
Dasar CPS-310 Kawalan Perdagangan Antarabangsa dan Pematuhan CRX-015 Perlindungan Maklumat Sensitif CRX-015A Maklumat Peribadi CRX-015B Eksport Maklumat Terkawal CRX-015C Maklumat Proprietari Lockheed Martin CRX-015D Maklumat Proprietari Pihak Ketiga CRX-015E Menghantar Maklumat Sensitif CRX-015F Menyimpan Maklumat Sensitif CRX-015G Melupuskan Maklumat Sensitif CRX-015H Maklumat Tanpa Had CRX-016 Privasi — Amerika Syarikat CRX-017 Perlindungan Data Peribadi — Bukan A.S. CRX-253 Media Sosial
12
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Memberikan dan Menerima Budi Bicara Perniagaan yang Sesuai Kita Menetapkan Standard Mengelakkan persepsi bahawa layanan yang diingini diminta, diterima atau diberikan dengan pertukaran budi bicara perniagaan. Memastikan tawaran atau penerimaan sebarang hadiah atau budi bicara perniagaan dibenarkan oleh undang-undang dan konsisten dengan kelaziman pasaran sewajarnya. Mengesahkan peraturan bagi organisasi penerima tidak dilanggar dengan hadiah. Tidak menawarkan, memberikan, meminta atau menerima sebarang bentuk rasuah atau sogokan. Sogokan ialah sebarang wang, bayaran, komisyen, kredit, hadiah, ganjaran, barang bernilai, pinjaman, hiburan, perkhidmatan atau sebarang bentuk pampasan yang diberikan, langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana kontraktor utama, pekerja kontraktor utama, subkontraktor atau pekerja subkontraktor untuk tujuan mendapat dengan tidak wajar atau menghadiahkan layanan senang berhubungan dengan kontrak utama dengan U.S., atau subkontrak berhubungan dengan kontrak utama dengan U.S. Ini merupakan perbuatan jenayah dibawah undang-undang kebanyakan negara termasuk U.S.
13
Mengapa Kita Melakukannya Kita bersaing untuk merit bagi produk dan perkhidmatan dan tidak menggunakan pertukaran budi bicara perniagaan untuk mendapatkan kelebihan persaingan yang tidak adil. Apabila seseorang menukar hadiah atau budi bicara perniagaan, situasi itu boleh memberikan persepsi bahawa pemberian diberikan untuk mempengaruhi pertimbangan perniagaan. Istilah budi bicara perniagaan dengan sengaja meluas dan merangkumi apa jua barangan yang mempunyai nilai kewangan untuk nilai pasaran adil tidak dibayar oleh penerima. Mengenal pasti peraturan kompleks dan had-had yang terguna pakai semasa berurusan dengan U.S. dan pegawai kerajaan lain, termasuk ahli tentera. Terdapat garis panduan khusus yang diguna pakai di setiap negara di mana kami menjalankan perniagaan. Terdapat peraturan berbeza untuk pekerja yang bekerja dalam pengurusan Rantaian Bekalan atau terlibat dalam proses mengarahkan perniagaan atau dana kepada perhubungan perniagaan kita. Bersambung pada halaman seterusnya
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Memberikan dan Menerima Budi Bicara Perniagaan yang Sesuai Had nilai pasaran adil berbeza berdasarkan pada peranan individu atau pekerja. Sesetengah peraturan had hadiah dikira dalam tahun kalendar dan lain-lain bergantung pada pasaran adil bagi budi bicara yang ditawarkan atau diterima. Rujuk dasar dan dapatkan panduan jika anda tidak pasti sama ada tindakan sesuai.
14
Dasar CPS-008 Hadiah, Ganjaran dan Budi Bicara Perniagaan Lain CPS-716 Pematuhan kepada Akta Anti-Sogokan 1986 CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-011 Perunding Antarabangsa
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Mengelakkan Konflik Kepentingan KONFLIK KEPENTINGAN INDIVIDU Kita Menetapkan Standard Anda perlu adil dan saksama dalam semua rundingan perniagaan. Dasar kita melarang keduanya iaitu konflik kepentingan sebenar dan aktiviti yang mewujudkan ciri konflik kepentingan. Elakkan situasi yang kepentingan peribadi anda mungkin berkonflik, atau kelihatan berkonflik dengan kepentingan Lockheed Martin. Jangan gunakan hubungan atau kedudukan anda dalam syarikat untuk memajukan kepentingan luar atau peribadi. Jangan gunakan harta, maklumat atau peluang syarikat untuk keuntungan peribadi. Anda perlu memberikan pendedahan bertulis bagi konflik kepentingan sebenar atau yang kemungkinan berlaku. Mengapa Kita Melakukannya Kita komited kepada standard tertinggi bagi kelakuan perniagaan beretika. Kita mengharapkannya daripada pekerja, ejen dan Lembaga Pengarah kita. Ejen termasuk perunding, buruh kontrak dan sesiapa yang lain yang mewakili atau bertindak untuk Syarikat.
Kita bertanggungjawab kepada pemegang saham kita untuk bertindak dalam kepentingan terbaik syarikat. Proses pendedahan dalaman memperkukuhkan niat kita untuk menjalankan perniagaan dengan integriti. Apakah Konflik Kepentingan? Konflik kepentingan peribadi wujud apabila anda mempunyai kesetiaan yang berbelah bahagi —apabila anda mempunyai kepentingan peribadi langsung atau tidak langsung dalam urus niaga atau hal seperti itu yang sewajarnya, mungkin kelihatan menjejaskan pertimbangan yang anda buat bagi pihak Lockheed Martin, mempengaruhi tindakan anda atau menyebabkan anda mengabaikan kepentingan perniagaan Lockheed Martin. Dasar Konflik Kepentingan kita meliputi banyak situasi, termasuk contoh ini: Faedah peribadi dalam transaksi Syarikat kami — Mempunyai kepentingan peribadi atau kemungkinan untuk keuntungan dalam sebarang urus niaga syarikat. Bersambung pada halaman seterusnya
15
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Mengelakkan Konflik Kepentingan Memiliki, atau kepentingan yang banyak dalam syarikat yang merupakan pelanggan, pesaing atau pembekal. Ahli Keluarga — Menjalankan perniagaan dengan firma yang dimiliki atau dikawal oleh pekerja Lockheed Martin atau keluarga mereka. Hubungan keluarga dengan individu yang bekerja dengan pembekal atau pesaing. Hadiah — Penerimaan hadiah, bayaran atau perkhidmatan daripada mereka yang mencari peluang untuk menjalankan perniagaan dengan Lockheed Martin. Rujuk CPS-008 untuk panduan selanjutnya mengenai penerimaan hadiah. Kepentingan Perniagaan Luar — Memiliki perniagaan anda sendiri atau bekerja dengan perniagaan lain semasa bekerja dengan Lockheed Martin, menggunakan kemahiran profesional yang sama atau serupa atau latihan yang digunakan dalam tempoh pekerjaan anda. Berbilang Peranan — Bertindak sebagai perunding bebas kepada pelanggan atau pembekal Lockheed Martin, semasa bekerja dengan Lockheed Martin. Menggunakan aset untuk keuntungan peribadi — Menggunakan aset syarikat, harta intelek atau maklumat proprietari untuk keuntungan peribadi. Pekerja subordinat — Mempunyai hubungan tertutup, peribadi dengan pekerja subordinat. Usaha Sumbangan Amal — Menggunakan masa bekerja menjual produk untuk memberi manfaat kepada organisasi pertubuhan amal atau meminta derma untuk organisasi seperti itu. 16
Pekerja kerajaan — Membincangkan pekerjaan dengan pekerja kerajaan, memberikan mereka hadiah dengan melanggar undang-undang atau peraturan yang dikenakan atau memberikan peranan melebihi had kepada pekerja Lockheed Martin yang merupakan bekas pekerja Kerajaan. Dasar CPS-008 Hadiah, Ganjaran dan Budi Bicara Perniagaan Lain CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-011 Perunding Antarabangsa CRX-014 Konflik Kepentingan Individu CRX-251 Sumbangan Kebajikan KONFLIK KEPENTINGAN - PEKERJAAN KERAJAAN Kita Menetapkan Standard Kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang meliputi mengambil bekerja atau memperoleh perkhidmatan pekerja kerajaan. Kita mengelakkan konflik kepentingan berhubung pengambilan pekerja atau memperoleh perkhidmatan bagi bekas pekerja kerajaan. Ini termasuk kakitangan ketenteraan sekarang atau bekas kakitangan ketenteraan dan pekerja kerajaan lain. Mengapa Kita Melakukannya Kejayaan dan keupayaan berterusan kita untuk bersaing di pasaran bergantung pada memastikan kita tidak mengambil bekerja atau bekerja dengan pekerja kerajaan atau bekas pekerja kerajaan dengan cara yang mewujudkan konflik kepentingan sebenar atau kelihatan mewujudkan konflik kepentingan. Bersambung pada halaman seterusnya
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Mengelakkan Konflik Kepentingan Peraturan ini: Dikenakan kepada hubungan atau rundingan dengan pekerja kerajaan untuk membincangkan kemungkinan pengambilan bekerja oleh syarikat atau penggunaan mereka sebagai perunding atau subkontraktor Boleh mengehadkan peranan dan tanggungjawab yang bekas pekerja kerajaan boleh lakukan bagi pihak kita selepas menyertai syarikat dan boleh menjadi rumit. Sentiasa merujuk dasar Lockheed Martin dan dapatkan nasihat daripada Sumber Manusia atau Jabatan Perundangan Dasar CPS-008 Hadiah, Ganjaran dan Budi Bicara Perniagaan Lain CRX-014A Konflik Kepentingan — Pengambilan Bekerja Kerajaan KONFLIK KEPENTINGAN ORGANISASI Kita Menetapkan Standard Kami mengenalpasti dan mengelakkan atau meringankan percanggahan kepentingan organisasi (OCI) dalam Lockheed Martin. Kita mematuhi pengehadan OCI. Kami mengenal pasti bahawa subsidiari yang beroperasi sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Biayaan Persekutuan (seperti Sandia Corporation) mesti beroperasi dalam kepentingan awam dengan mempunyai objektif dan kebebasan serta bebas daripada konflik kepentingan organisasi.
17
Mengapa Kita Melakukannya Pengenalpastian awal dan komunikasi tepat pada masanya bagi kemungkinan konflik bagi sifat ini: Membolehkan Lockheed Martin terus menyertai peluang perniagaan baru Mengelakkan ketidaklayakan dan kehilangan perniagaan Membina kepercayaan pelanggan Apakah itu OCI? OCI boleh berlaku jika Lockheed Martin tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat memberikan bantuan adil, perkhidmatan atau nasihat kepada pelanggan. Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan kelebihan persaingan tidak adil dan peranan berkonflik yang mungkin berat sebelah dalam pertimbangan kontraktor. Bilakah anda perlu mendedahkan OCI? Keadaan-keadaan memerlukan pendedahan digariskan dalam CRX-014. Dasar CRX-014E Individu dengan Pengehadan Konflik Kepentingan Organisasi CRX-600 Konflik Kepentingan Organisasi
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Mengekalkan Rekod Perniagaan yang Tepat Kita Menetapkan Standard Rekod perniagaan atau kewangan yang anda sediakan atau serahkan perlu tepat. Rekod perniagaan atau kewangan yang anda sediakan atau serahkan perlu tepat. Ini termasuk bukan hanya akaun kewangan tetapi juga rekod lain seperti laporan kualiti, rekod masa, laporan perbelanjaan, resume dan penyerahan kepada syarikat, pelanggan atau pihak berkuasa undang-undang seperti Sekuriti dan Suruhanjaya Bursa. Anda tidak boleh menyertakan maklumat proprietari atau sulit dalam sebarang pendedahan tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Pendedahan awam termasuk laporan atau dokumen yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, pihak berkuasa undang-undang lain dan komunikasi awam lain yang dibuat oleh Perusahaan. Mengapa Kita Melakukannya Kita mempunyai kewajipan kepada orang awam dan pemegang saham kita untuk membuat pendedahan awam yang tepat. Kita komited untuk beroperasi dalam persekitaran komunikasi terbuka, di samping itu, tidak berkompromi dengan maklumat proprietari atau sulit.
18
Jika anda menyediakan rekod perniagaan atau kewangan atau komunikasi awam bagi pihak Perusahaan, anda perlu memastikan semua maklumat yang terkandung adalah menyeluruh, adil, tepat pada masanya, tepat dan boleh difahami. Komunikasi awam termasuk pembentangan luaran. Rujuk CPS-201 untuk panduan lanjut. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai sebarang aspek rekod perniagaan atau kewangan kita atau hal pengauditan, atau anda mendapati orang lain mempunyai kebimbangan seperti itu, anda perlu berbincang dengan Pengurus anda, organisasi Kewangan, Audit Dalaman, Jabatan Perundangan atau Pejabat Etika. Dasar CPS-011 Kawalan Dalaman CPS-020 Pendedahan yang Adil bagi Maklumat Material dan Maklumat Kewangan kepada Komuniti Pelaburan dan Orang Awam CPS-201 Pengeluaran Maklumat CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang AntiRasuah CRX-011 Perunding Antarabangsa
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Menyertai Latihan Kita Menetapkan Standard Latihan kita direka untuk membantu pekerja mempelajari untuk melaksanakan nilai kita melalui contoh berdasarkan situasi sebenar dalam persekitaran kerja kita. Latihan Kesedaran Etika diperlukan setiap tahun bagi semua pekerja, perunding dan Lembaga Pengarah. Latihan Pematuhan Tataperniagaan mendidik pekerja mengenai keperluan pematuhan khusus dan penonton sasaran untuk setiap kursus biasanya khusus mengikut peranan. Audit dikendalikan untuk pelaksanaan berkesan, dan anda perlu menjalani latihan anda dengan tarikh akhir khusus.
Mengapa Kita Melakukannya Latihan menyediakan kita untuk mengenal pasti dan bertindak balas kepada situasi yang perlu membuat keputusan beretika. Latihan Kesedaran Etika membolehkan kita berbincang mengenai bagaimana etika menjadi sebahagian daripada kerja yang kita lakukan. Kursus memperbaiki pemahaman kita mengenai topik Tatakelakuan ini dan mengajar kita cara untuk mengaplikasikan latihan yang diambil. Latihan memberikan akibat pelanggaran pematuhan kepada Lockheed Martin dan juga pekerja individu. Kursus kita membantu memastikan etika merupakan bahagian bersepadu bagi perniagaan kita.
Dasar CPS-001 Tataetika dan Perniagaan
19
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Komited kepada Keselamatan Kita Menetapkan Standard Kita melindungi pekerja kita, operasi dan aset di seluruh dunia. Kita mengambil tindakan untuk mengurangkan ancaman kepada keselamatan pekerja di tempat kerja kita. Kita dengan sewajarnya, melindungi semua material yang dikelaskan dan maklumat lain yang diamanahkan kepada kita. Kita mematuhi dan ingin melangkaui keperluan dasar keselamatan pelanggan dan negara. Kita mengekalkan kecerdasan balas yang berdedikasi dan program pengesanan ancaman orang dalam. Kita menggunakan proses siasatan keselamatan yang teliti dan objektif. Mengapa Kita Melakukannya Komitmen kita menyokong keselamatan pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan kita. Pematuhan keselamatan memberi manfaat kepada syarikat kita, pelanggan, keselamatan negara dan kestabilan global.
20
Mematuhi keperluan keselamatan menyokong prestasi kontrak. Pelanggan kita diamanahkan untuk memberikan produk dan perkhidmatan tanpa kompromi keselamatan.
Dasar CPS-569 Keselamatan CRX-052 Pengurusan Krisis CRX-053 Keselamatan Tempat Kerja Mengekalkan Tempat Kerja Selamat dan Saling Menghormati yang Bebas daripada Ancaman dan Keganasan CRX-055 Perjalanan atau Tugasan kepada Lokasi Berisiko Bertambah CRX-056 Operasi Keselamatan Antarabangsa CRX-057 Prosedur LMSecurity
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita mempunyai Toleransi Sifar untuk Diskriminasi dan Gangguan Kita Menetapkan Standard
Toleransi Sifar
Kita tidak bertoleransi dengan gangguan atau diskriminasi bagi sebarang bentuk, terutama sekali yang melibatkan bangsa, keetnikan, agama, warna kulit, jantina, asal negara, umur, status veteran ketenteraan, keturunan, orientasi seksual, identiti atau ekspresi jantina, status perkahwinan, struktur keluarga, maklumat genetik atau ketakupayaan mental atau fizikal.
Sebagai perusahaan global, kita mengenal pasti pelbagai negara di mana kita beroperasi mungkin mempunyai standard berbeza di tempat kerja. Dasar toleransi sifar dikenakan kepada semua pekerja kita, di mana jua mereka bekerja.
Mengapa Kita Melakukannya Matlamat Lockheed Martin adalah untuk mengekalkan persekitaran kerja profesional yang bebas daripada: Ancaman Keganasan Buli Penderaan atau kelakuan yang menakutkan Kelakuan lain yang sama
21
Dasar CPS-003 Tiada Diskriminasi – Peluang Pekerjaan Sama Rata CPS-564 Tempat Kerja Bebas Gangguan CPS-734 Memperdagangkan Manusia CRX-053 Keselamatan Tempat Kerja — Mengekalkan Tempat Kerja Selamat dan Saling Menghormati yang Bebas daripada Ancaman dan Keganasan CRX-515 Kumpulan Sumber Pekerja dan Jaringan Pekerja CRX-537 Cuti Ketenteraan
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Mengekalkan Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat Kita Menetapkan Standard Anda perlu: Mematuhi undang-undang, peraturan, dasar dan prosedur alam sekitar, keselamatan dan kesihatan yang dikenakan Patuhi semua amaran dan peraturan yang disiarkan Laporkan dengan segera kepada pihak pengurusan sewajarnya mengenai sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku disebabkan kerja, atau sebarang kebimbangan alam sekitar, keselamatan atau kesihatan yang anda mungkin ada Mengapa Kita Melakukannya Kita komited dalam memberikan persekitaran kerja selamat dan sihat dan melindungi kesihatan dan persekitaran manusia. Kita mematuhi amalan pengawasan persekitaran di seluruh dunia kerana itu adalah perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan dan baik untuk perniagaan. Amalan perniagaan berkekalan memberi manfaat kepada orang, planet dan memberikan manfaat ekonomi. 22
Dasar CPS-015 Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan (ESH) CRX-053 Keselamatan Tempat Kerja — Mengekalkan Tempat Kerja Selamat dan Saling Menghormati yang Bebas daripada Ancaman dan Keganasan CRX-525 Persekitaran Bebas Tembakau dan Rokok CRX-545 Tempat Kerja Bebas Dadah
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Mengekalkan Tempat Kerja yang Bebas Dadah Kita Menetapkan Standard Kita melarang pemilikan, penggunaan, penjualan, pengilangan, pemindaan, pemerdagangan atau berada di bawah pengaruh dadah yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan ubat yang sah, di tempat kerja atau semasa menjalankan perniagaan syarikat. Kita melarang daripada berada di bawah pengaruh alkohol di tempat kerja atau semasa menjalankan perniagaan syarikat. Sebagai kontraktor persekutuan, Lockheed Martin perlu mengekalkan tempat kerja yang bebas dadah. Inisiatif negeri dan tempatan yang membenarkan penggunaan marijuana mengikut undang-undang untuk tujuan perubatan dan rekreasi tidak mengubah keperluan ini. Premis kita bebas tembakau dan rokok.
23
Mengapa Kita Melakukannya Inisiatif kesihatan dan kesejahteraan secara terus dihubungkan dengan persekitaran kerja produktif. Kami melarang berada dalam pengaruh alkohol di tempat kerja atau ketika menjalankan perniagaan bagi pihak Syarikat. Dengan menggunakan bahan yang menyalahi undang-undang boleh secara negatif, memberi kesan kepada keupayaan anda untuk menunjukkan prestasi yang baik dengan selamat dan produktif dan mendapatkan atau mengekalkan kelulusan sekuriti atau pekerjaan berterusan. Dasar CRX-525 Persekitaran Bebas Tembakau dan Rokok CRX-545 Tempat Kerja Bebas Dadah
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Menghargai Persaingan Adil Kita Menetapkan Standard Adil dalam perundingan kita dengan pelanggan, pembekal, pesaing dan pekerja. Pastikan semua penyata, komunikasi dan perwakilan kepada bakal pelanggan dan pembekal tepat dan jujur.
Kita menghargai integriti proses pemerolehan dalam bidaan, perundingan dan melakukan kontrak. Dasar
Memperlakukan semua kontrak dengan mematuhi pengelasan, keperluan dan terma dan syarat kontrak.
CPS-009 Pengurusan Peluang Perniagaan Baru
Menolak tawaran daripada bidaan kontraktor yang tidak dibenarkan, cadangan atau maklumat pilihan sumber.
CPS-729 Pematuhan kepada Undang-undang Antiboikot Amerika Syarikat
Tidak menggunakan, memperoleh atau menerima sebarang maklumat yang Lockheed Martin tidak jelas dan secara sah tertakluk kepadanya.
CRX-011 Perunding Antarabangsa
Pastikan subsidiari kami yang beroperasi sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Biayaan Persekutuan (seperti Sandia Corporation) tidak menggunakan maklumat atau akses istimewa mereka ke sumber Kerajaan untuk bersaing dengan sektor swasta. Jika anda menerima atau mengeluarkan maklumat yang tidak dibenarkan, atau jika anda tidak pasti mengenai hak perundangan syarikat untuk menggunakan maklumat, jangan salin, mengedar atau menggunakannya. Dapatkan panduan daripada Jabatan Perundangan atau Pejabat Etika.
24
Mengapa Kita Melakukannya
CPS-441 Anggaran Kos/Harga
CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang AntiRasuah CRX-013 Maklumat Kerajaan dan Pesaing CRX-015 Perlindungan Maklumat Sensitif
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kami Menjalankan Perniagaan Antarabangsa dengan Integriti Kita Menetapkan Standard Kami mempunyai toleransi sifar untuk rasuah. Jika anda melakukan kerja secara antarabangsa, anda tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara di mana kita menjalankan perniagaan. Anda boleh mendapati terdapat konflik antara undang-undang negara di mana kita beroperasi dan undang-undang Amerika Syarikat atau dasar syarikat. Melainkan dilarang atau didenda oleh undang-undang A.S., anda bertanggungjawab untuk mematuhi undangundang negara dan tempatan bagi negara di mana kita beroperasi. Mengapa Kita Melakukannya Standard tinggi tataetika perniagaan merupakan komponen penting bagi strategi perniagaan kita yang membolehkan kita membina hubungan rapat dengan pelanggan dan memenangi program di seluruh dunia. Rasuah, pelanggaran eksport dan import dan boikot menyalahi undang-undang merosakkan kepercayaan dan ketelusan yang diperlukan untuk urus niaga perniagaan. Rasuah memberikan persaingan tidak adil, meningkatkan kos dan membahayakan kualiti dan keupayaan produk dan perkhidmatan kita.
Tidak mematuhi boleh menyebabkan kemungkinan penggantungan, pengurugan dan penalti kewangan. Rasuah menyahstabilkan ekonomi, merosakkan struktur masyarakat. Anti-Rasuah Anda perlu mematuhi undang-undang anti-rasuah dengan tegas yang mengawal operasi kita di negara kita menjalankan perniagaan. Undang-undang ini termasuk Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA), U.K. Akta Rasuah dan undang-undang yang sama di negara lain. Apakah kandungan undang-undang ini? Melarang rasuah langsung atau tidak langsung bagi pegawai kerajaan A.S. dan asing, parti politik, pegawai parti atau calon untuk jawatan awam atau pekerja bagi organisasi komersial, untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan perniagaan yang tidak wajar. Melarang dengan sengaja memalsukan buku dan rekod syarikat atau dengan sengaja, memintasi atau gagal untuk melaksanakan kawalan perakauan dalaman secukupnya, yang boleh membantu atau menutup rasuah. Bersambung pada halaman seterusnya
25
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kami Menjalankan Perniagaan Antarabangsa dengan Integriti Dasar kita melarang menawarkan atau membuat bayaran tidak wajar bagi wang atau apa jua yang bernilai. Dasar tersebut dikenakan kepada semua orang yang menjalankan perniagaan bagi pihak Lockheed Martin. Iaitu termasuk pengarah, pegawai, pekerja, perunding, wakil, pengedar, broker ofset, pembekal, subsidiari dimiliki sepenuhnya dan rakan perniagaan lain bagi Lockheed Martin. Dasar kita secara khusus melarang pembayaran pemudahan. Pembayaran pemudahan termasuk bayaran yang dibuat untuk mempercepatkan atau mendapatkan prestasi tindakan kerajaan rutin seperti mendapatkan kelulusan visa atau pelepasan kastam. Eksport/Import dan Pengehadan Perdagangan Lain Kita memerlukan pematuhan tegas kepada semua undang-undang eksport dan import dan peraturan yang meliputi pemindahan data teknikal tertentu, peralatan dan teknologi antara negara. Anda tidak boleh mewajibkan Lockheed Martin untuk terlibat dalam perdagangan di mana-mana negara tertakluk kepada pengehadan perdagangan yang dikenakan oleh kerajaan A.S. Sebelum anda berunding atau melakukan urus niaga asing, rujuk Pejabat Pematuhan Perdagangan Antarabangsa, Jabatan Perundangan atau Pejabat Etika. Pengehadan ini boleh termasuk dakwaan atau embargo yang melarang Lockheed Martin daripada terlibat dalam aktiviti perniagaan tertentu di negara tertentu, dan dengan individu dan entiti yang ditetapkan. Contohnya, undang-undang A.S. melarang interaksi dengan negeri dan organisasi pengganas yang dikenal pasti. Undang-undang dan peraturan perdagangan antarabangsa adalah rumit. Berjagajaga untuk mengelakkan malahan, pelanggaran tidak sengaja.
26
Antiboikot Jangan terlibat atau menyokong amalan perdagangan antarabangsa terhad atau memboikot tidak dipersetujui oleh kerajaan A.S. Jangan membuat perjanjian, memberikan sebarang maklumat atau mengambil sebarang tindakan yang akan menyebabkan Lockheed Martin menolak daripada berunding dengan bakal pelanggan atau pelanggan sebenar, pembekal atau orang lain dalam menyokong boikot yang menyalahi undang-undang. Semua permintaan, sama ada bertulis atau lisan, perlu dilaporkan dengan segera kepada Jabatan Perundangan atau Pejabat Etika. Dasar CPS-008 Hadiah, Ganjaran dan Budi Bicara Perniagaan Lain CPS-021 Kewarganegaraan Korporat yang Baik dan Menghormati Hak Manusia CPS-310 Kawalan Perdagangan Antarabangsa dan Pematuhan CPS-729 Pematuhan kepada Undang-undang Antiboikot Amerika Syarikat CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-011 Perunding Antarabangsa CRX-015 Perlindungan Maklumat Sensitif
Hubungi Jabatan Undang-undang atau Pejabat Etika anda mengenai percanggahan dengan undang-undang U.S atau undang-undang dan peraturan tertentu yang berkaitan dengan kerja anda.
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Tidak Terlibat dalam Perdagangan Orang Dalam Kita Menetapkan Standard Kita tidak: Menggunakan atau berkongsi maklumat material, bukan awam untuk kepentingan peribadi Menyampaikan maklumat seperti itu kepada sesiapa tanpa keperluan untuk tahu atau Memperdagangkan sekuriti Lockheed Martin atau mana-mana syarikat lain, semasa memiliki maklumat bukan awam material
Apakah sekuriti? Sekuriti termasuk saham, opsyen saham, bon, nota, debentur, opsyen letak atau panggil. Anda berdagang dalam pelan simpanan persaraan dikawal selia sama seperti urus niaga saham. Apakah maksud perdagangan? Perdagangan termasuk sebarang keputusan untuk membeli atau menjual sekuriti termasuk dalam pampasan ekuiti dan pelan manfaat persaraan Lockheed Martin.
Mengapa Kita Melakukannya Kami percaya kepada pasaran yang adil dan terbuka.
Dasar
Kita wajib mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan Amerika Syarikat dan negara lain.
CPS-016 Gabungan, Pemerolehan, Divestitur, Usaha Sama Perniagaan dan Pelaburan
Apakah maklumat bukan awam material? Dalam tempoh pekerjaan anda, anda mungkin mengetahui maklumat material berkaitan Lockheed Martin atau syarikat lain, rakan pasukan, pembekal, vendor, subkontraktor, dll. sebelum orang awam mengetahui maklumat tersebut. Maklumat, positif dan juga negatif, adalah "material" jika terdapat kemungkinan yang besar bahawa pelabur sewajarnya akan mempertimbangkannya penting dalam membuat keputusan sama ada untuk memperdagangkan sekuriti. Maklumat "bukan awam" sehingga ia rasmi, disebarkan secara meluas dan telah berasimilasi dengan orang awam.
27
CPS-020 Pendedahan yang Adil bagi Maklumat Material dan Maklumat Kewangan kepada Komuniti Pelaburan dan Orang Awam CPS-722 Pematuhan kepada Undang undang Sekuriti Amerika Syarikat
Hubungi Jabatan Undang-undang atau Pejabat Etika sekiranya anda mempunyai soalan sama ada sesuatu ialah "bahan maklumat bukan awam."
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Mematuhi Semua Undang-undang Antitrust Secara Tegas Kita Menetapkan Standard Elakkan terlibat dalam atau membincangkan sebarang aktiviti yang boleh melanggar undangundang antitrust, atau yang lain yang menampakkan antitrust, dengan pesaing, pembekal atau pelanggan. Undang-undang antitrust dikenakan kepada aktiviti kerja kita dan pelanggaran boleh menyebabkan penalti sivil dan kadangkala, jenayah. Jika sebarang aktiviti seperti itu dicadangkan, dibincangkan atau dilaksanakan, hubungi Jabatan Perundangan atau Pejabat Etika. Mengapa Kita Melakukannya Kami menghargai persaingan yang adil dan terbuka. Kita tidak dengan sengaja membuat aturan perniagaan yang menyingkirkan atau menggalakkan persaingan atau yang memberikan kita kelebihan persaingan tidak wajar. Tindakan yang mungkin menyalahi undangundang antitrust termasuk: Penetapan harga Memboikot pembekal atau pelanggan Harga bertujuan untuk menjalankan persaingan di luar perniagaan 28
Merendah-rendahkan, menyalahgambarkan atau mengganggu pesaing Berpasukan dengan syarikat dengan cara yang mewujudkan hasil kurang bersaing dengan pelanggan, termasuk cuba menyekat pesaing dan mengelakkan entri pasaran Rasuah, sogokan atau mencuri rahsia dagangan Membuat perjanjian atau pemahaman dengan pesaing untuk membahagikan pasaran yang mereka bersaing dengan memperuntukkan bidaan, kontrak, kawasan atau pasaran dan/atau mengehadkan pengeluaran atau penjualan produk atau baris produk Mensyaratkan penjualan satu produk/perkhidmatan kepada penjualan produk/perkhidmatan lain yang tidak diingini Mensyaratkan penjualan atau pembelian produk / perkhidmatan dengan keperluan bahawa penjual atau pembeli tidak menjalankan perniagaan dengan pesaing bagi Perusahaan Dasar CPS-720 Pematuhan kepada Undang-undang Antitrust
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Dengan Betul Melibatkan Pihak Ketiga Kita Menetapkan Standard Kita tidak memilih atau mengekalkan perunding, wakil atau pihak ketiga menjalankan perniagaan dengan cara yang bertentangan dengan dasar kita atau yang boleh memintas nilai dan prinsip kita. Tindakan yang kita larang termasuk: Membayar rasuah atau sogokan Terlibat dalam pengintipan industri Mendapatkan data proprietari bagi pihak ketiga tanpa kebenaran Secara tidak wajar, mendapatkan maklumat dalam atau pengaruh Perunding, wakil dan pihak ketiga perlu mengakui bahawa mereka akan mematuhi keperluan syarikat untuk menjalankan perniagaan bagi pihak mereka.
Dalam sesetengah kes, perjanjian pelanggan menyebabkan kita bertanggungjawab untuk tindakan pihak ketiga bagi pihak kita. Dasar CPS-113 Pemerolehan Barangan dan Perkhidmatan CPS-716 Pematuhan kepada Akta Anti-Sogokan 1986 CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang AntiRasuah CPS-734 Memperdagangkan Manusia CRX-010 Perunding Pembangunan Perniagaan Domestik CRX-011 Perunding Antarabangsa CRX-025 Perjanjian Berpasukan CRX-106 Mengurus Subkontrak Utama
Mengapa Kita Melakukannya Keputusan dan tindakan orang lain yang menjalankan perniagaan bagi pihak kita memberi kesan kepada reputasi syarikat kita.
29
CRX-126 Memalsukan Bahagian dan Material Elektronik
Dapatkan nasihat daripada Perkhidmatan Perunding sebelum terlibat dengan perunding antarabangsa atau domestik.
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Kita Menghormati Proses Politik Kita Menetapkan Standard Kita mengikuti dasar korporat dan undang-undang berkenaan proses politik di semua negara yang kita menjalankan perniagaan. Mengapa Kita Melakukannya Kami mendukung semua undang-undang tersurat dan tersirat berkaitan penyertaannya dalam proses politik. Undang-undang yang mengawal sumbangan politik, hadiah dan melobi adalah rumit. Walaupun, pelanggaran secara tidak sengaja boleh menyebabkan kehilangan peluang perniagaan. Dilarang Menggunakan dana, aset atau kemudahan Lockheed Martin untuk manfaat parti atau calon politik di mana jua di dunia tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Washington Operations atau Lockheed Martin International untuk aktiviti politik di luar Amerika Syarikat.
30
Kebanyakan negara, selain daripada Amerika Syarikat, mungkin melarang sumbangan politik korporat. Ini mungkin termasuk mendermakan dana korporat, barangan atau perkhidmatan, secara langsung atau tidak secara langsung, kepada calon politik, termasuk masa bekerja pekerja. Undang-undang tempatan dan negeri boleh mengehadkan sumbangan dan aktiviti politik korporat. Ambil Langkah Berjaga-jaga Hubungi Washington Operations atau Lockheed Martin International (untuk aktiviti politik di luar Amerika Syarikat) untuk sebarang isu berikut: Jawatan Awam — Konflik kepentingan boleh berlaku jika anda mendapatkan atau memegang jawatan awam atau bertindak sebagai kumpulan suruhanjaya atau penasihat. Melobi — Melobi boleh jadi langsung atau tidak langsung, kedua-duanya,ianya sangat diteliti. Anda perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan, secara khusus, mengelakkan pelanggaran — walaupun secara tidak sengaja — bagi dasar korporat dan peraturan persekutuan berkenaan hadiah dan melobi. Bersambung pada halaman seterusnya
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
Kita Menghormati Proses Politik A.S. Cawangan Kongres dan Eksekutif —Lockheed Martin perlu memberikan satu pesanan perniagaan yang konsisten dengan komuniti pelanggan Washington DC kita. Washington Operations perlu membenarkan sebarang interaksi dengan Ahli Kongres atau pegawai Cawangan Eksekutif A.S. di Washington, D.C., atau pekerja dan kakitangan mereka. Kerajaan Negeri dan Tempatan —Washington Operations perlu membenarkan sebarang interaksi dengan kerajaan negeri dan kerajaan bagi pihak Lockheed Martin. Kerajaan Kerajaan — Anda perlu mengetahui dan mengikuti dasar dan prosedur korporat sebelum menghubungi mana-mana ahli atau pekerja Entiti. Sumbangan Politik Individu —Sesetengah undang-undang negeri dan tempatan boleh mengehadkan atau memerlukan pendedahan bagi sumbangan politik peribadi yang dibuat oleh pekerja individu atau ahli keluarga terdekat mereka.
Dibenarkan Anda digalakkan untuk: Menyertai Jawatankuasa Tindakan Politik Pekerja Lockheed Martin, jika layak Menyertai secara peribadi dalam hal ehwal sivik dan proses politik pada masa anda sendiri, dan dengan perbelanjaan anda sendiri Menyokong parti politik dan calon pilihan anda
Dasar CPS-004 Aktiviti Politik CPS-008 Hadiah, Ganjaran dan Budi Bicara Perniagaan Lain CPS-045 Washington Operations CPS-730 Pematuhan kepada Undang-undang Anti-Rasuah CRX-251 Sumbangan Kebajikan CRX-453 Menjalankan Perniagaan Luar Negara
31
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
TANDA AMARAN Tanya kepada Diri Anda Sendiri...
32
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Menetapkan Standard
TATAKELAKUAN KAMI MELAKUKAN APA YANG BETUL
KAMI MENGHORMATI ORANG LAIN
KAMI MELAKUKAN DENGAN CEMERLANG
Penerimaan dan Perakuan Anda mesti memperakui bahawa anda telah membaca dan akan mematuhi Tetapan Standard, Tatasusila dan Tatakelakuan Perniagaan Lockheed Martin (Tata). Anda juga akan memperakui bahawa anda memahami bahawa setiap pekerja Lockheed Martin, ahli Lembaga Pengarah, perunding, pekerja kontrak atau ejen lain yang mewakili atau bertindak untuk Syarikat adalah bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi prinsip dan standard Tata.
Jika anda mengakui anda telah selesai pada laman web dalaman kami, maklumkan dalam talian dalam MyLearning
di https://mylearning.external.lmco.com/irj/portal/z_nglms/learner/pages/lrnDeepLink?action=2&p1=076169SSM14. Masukkan tarikh anda selesai dan tekan pada kotak "Ambil Kredit".
Jika anda mengakses ini secara luaran, anda juga boleh menggunakan pautan di atas tetapi perlu untuk log masuk menggunakan pilihan "LockheedMartin dalaman" dengan perakuan anda untuk mengakses MyLearning. Semak seksyen "Kursus Tamat" anda. Lengkapkan borang di bawah hanya jika anda tidak mempunyai akses kepada MyLearning: Saya mengakui bahawa saya telah menerima salinan peribadi Tetapan Standard, Tatasusila dan Tatakelakuan Perniagaan Lockheed Martin. Saya memahami bahawa perakuan saya menunjukkan saya telah membaca dan akan mematuhi Tata. Saya memahami bahawa setiap pekerja Lockheed Martin, ahli Lembaga Pengarah, perunding, pekerja kontrak atau ejen lain yang mewakili atau bertindak untuk Syarikat adalah bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi prinsip dan standard Tata. Saya juga memahami bahawa pelanggaran Tata adalah punca tindakan pembetulan, yang mungkin berakhir kepada tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan. Tandatangan:___________________________________
Nama Cetakan: ________________________________
Nombor Pekerja: ________________________________
Syarikat: _____________________________________
Tarikh: ________________________________________
Lokasi: _______________________________________
Hubungi Sumber Manusia atau Pejabat Etika untuk panduan menyerahkan borang ini.
33
Menetapkan Standard