Semangat Nolato
2
Amalan perniagaan yang bertanggungjawab Nolato mempunyai tradisi lama mengamalkan perniagaan secara bertanggungjawab. Adalah menjadi sebahagian daripada semangat syarikat kami untuk menjadi suatu majikan dan warga global yang baik, serta bertanggungjawab atas semua yang kami lakukan dan sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang sempurna. Kami percaya bahawa pendekatan yang bertanggungjawab dan berorientasi kepada masa depan bukan hanya penting dari perspektif mampan, malah juga mewujudkan peluang-peluang dan faedah-faedah perniagaan. Khususnya apabila digabungkan dengan tumpuan kukuh kami terhadap kecekapan dan keprofesionalan. Dokumen ini menggabungkan prinsip-prinsip perniagaan teras kami dan nilainilai kami dari segi misi, wawasan perniagaan, cara kami mencapai visi kami dan, sudah tentunya, Prinsipprinsip Asas kami. Anda juga akan mendapati tatakelakuan kami yang diperkembangkan, yang bertindak sebagai kompas etika, membimbing segala yang kami lakukan dan yang harus sentiasa diikuti oleh semua kakitangan Nolato.
Christer Wahlquist Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
3
Misi perniagaan kami: ■ Nolato adalah pemaju dan pengilang berteknologi tinggi bagi sistem-sistem dan
produk-produk polimer bagi pelanggan-pelanggan yang terkemuka dalam bidang-bidang pasaran yang mantap. Dengan pengalaman yang bertahun-tahun lamanya, kepakaran terperinci dalam bahan-bahan dan proses-proses, penglibatan awal dalam projek-projek pelanggan, pengurusan projek lanjut dan pengetahuan mendalam tentang keperluan spesifik setiap pelanggan, Nolato merupakan rakan kongsi yang inovatif dan berkesan.
Wawasan kami: ■ Nolato bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi
pelanggan. Menjadi rakan kongsi pilihan pelanggan bermaksud pelanggan menghargai tumpuan kami terhadap semua aspek kualiti dan menganggap kami sebagai rakan kongsi pengeluaran dan pembangun semula jadinya. Kami menepati apa yang kami janjikan, produk-produk sampai ke pasaran tepat pada masanya dan pelanggan boleh bergantung pada kami. Kami mengekalkan pendekatan jangka panjang dan perhubungan yang jujur dengan pelanggan. Kami melaksanakan lebih daripada jangkaan dan sentiasa menanya diri kami bagaimana kami boleh meningkatkan lagi prestasi kami.
4
5
Beretika & mampan Perhubungan pelanggan jangka pan jang Penawaran luas bagi pelanggan
Nolato bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi pelanggan.
Berkemahiran tinggi
Produktiviti tinggi Tempatan namun mempunyai kehadiran global
6
Kewangan yang stabil
Mencapai wawasan kami: Faktor-faktor utama dalam merealisasikan wawasan kami:
Beretika & mampan Kami mempunyai nilai-nilai teras yang kukuh berdasarkan pandangan bahawa operasi perniagaan yang cekap dan menguntungkan mestilah beretika dan mampan. Isu-isu yang berhubung dengan perkara-perkara etika, tanggungjawab sosial, alam sekitar dan persekitaran tempat kerja sudah tentu merupakan ciriciri semula jadi dan integral perniagaan kami.
Perhubungan pelanggan jangka panjang Kami berikhtiar untuk membangunkan perhubungan jangka panjang dan erat dengan pelanggan-pelanggan kami. Semakin baik kami memahami prosesproses dan keperluan-keperluan mereka, semakin besar nilai yang boleh kami hasilkan untuk mereka.
Penawaran luas bagi pelanggan Trend am bagi pelanggan adalah untuk mengurangkan bilangan pembekal mereka serta memberi keutamaan kepada penyedia-penyedia dengan sumbersumber dan keupayaan-keupayaan untuk menyokong mereka dari peringkat konsep sehinggalah ke peringkat penghantaran. Dengan itu kami mempunyai penawaran pelanggan yang luas dalam pembangunan dan pengeluaran produkproduk berasaskan polimer. Penawaran kami kepada pelanggan merangkumi segala-galanya dari pembangunan konsep, reka bentuk produk dan pengoptimuman proses ke pengeluaran volum tinggi, pasca-pemprosesan, pemasangan dan logistik.
7
Berkemahiran tinggi Pelanggan kami sentiasa mencabar kami dengan permintaan-permintaan baru dan keperluan-keperluan yang lebih sukar. Oleh itu kami meningkatkan penawaran kami dengan menambahkan tahap-tahap kemahiran pekerja kami secara berterusan di samping melabur dalam teknologi-teknologi canggih. Kami juga bekerja secara dalaman merentasi syarikat-syarikat dan bidang-bidang perniagaan untuk mewujudkan penawaran yang luas kepada pelanggan
Produktiviti tinggi Kami bertumpu pada aktiviti-aktiviti yang menghasilkan nilai bagi pelanggan kami dan prioriti-prioriti jangka panjang mereka. Produktiviti yang tinggi dan tumpuan terhadap kos secara berterusan merupakan aspek-aspek penting operasi seharian. Peningkatan yang berterusan dan perkilangan yang giat membawa kepada perniagaan yang baik bagi kedua-dua kami dan pelanggan kami melalui proses-proses berkesan, sekerap yang dikurangkan, masa tunggu yang dipendekkan dan penyelesaianpenyelesaian baru.
Tempatan namun mempunyai kehadiran global Hubungan erat dengan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan, bagi kami dan juga mereka – bukan hanya dari segi logistik, malah juga untuk menghasilkan barisan pengurusan yang berkesan dan membolehkan keputusan yang cepat.
Kewangan yang stabil Kedudukan kewangan yang kuat menyediakan asas yang stabil bagi kami dan ini bermakna pelanggan kami boleh yakin dengan pilihan Nolato sebagai pembekal mereka, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
8
9
Profesional
Teratur dengan sempurna 10
Bertanggungjawab
-
Prinsip-prinsip Asas Kami: Prinsip-prinsip Asas Nolato telah diperkembangkan dalam tempoh yang panjang dan menyediakan pelantar nilai-nilai umum bagi semua operasi Kumpulan.
Kami bersikap profesional ■ Kami bersikap profesional dan bermatlamat untuk mencapai keuntungan jangka
panjang. Keuntungan jangka panjang Nolato penting bagi masa depan kami. Dengan itu kami mengamalkan pendekatan profesional dan bertumpu pada keuntungan dalam semua aspek kerja kami. ■ Kami bertumpu pada keperluan dan keinginan pelanggan kami.
Memandangkan pelanggan kami merupakan asas bagi perniagaan kami, keperluan dan keinginan mereka mesti sentiasa diutamakan. Kami bertujuan untuk menyertai projek-projek mereka dari peringkat permulaan lagi, agar kami dapat memberi sumbangan aktif dengan kepakaran kami. ■ Kami menggabungkan kepakaran dan pengalaman dengan
pendekatan-pendekatan inovatif. Menggabungkan pengalaman dan kepakaran kami dalam polimer dengan pendekatan-pendekatan inovatif dan peningkatan yang berterusan akan membawa kami lebih dekat kepada wawasan kami untuk menjadi rakan kongsi pilihan pelanggan kami.
11
Kami teratur dengan sempurna ■ Kami memastikan bahawa operasi kami teratur dengan sempurna.
Semua aspek operasi kami haruslah teratur dengan sempurna, sehingga ke butiran terkecil. Membuat penambahbaikan secara tekal adalah bahagian semula jadi kerja seharian kami. ■ Operasi kami berdasarkan asas yang dikongsi.
Operasi-operasi Nolato berdasarkan komitmen, kepakaran, teknologi dan nilainilai yang dikongsi. Kerjasama yang aktif dan teratur antara semua unit kami membolehkan Nolato lebih hebat daripada gabungan bahagian-bahagiannya. ■ Kami merebut peluang-peluang dan menyelesaikan masalah di mana ia timbul.
Kami mewujudkan potensi optimum bagi perniagaan kami dengan menggabungkan pengurusan berasaskan sasaran dan pembahagian tanggungjawab dan bidang kuasa yang jelas. Ini membolehkan semua pekerja maju mengikut keupayaan dan sasaran masing-masing serta syarikat.
12
Kami bertanggungjawab ■ Kami bertanggungjawab bagi semua aspek perniagaan kami.
Kami bertanggungjawab bagi semua kesan hasil perniagaan kami, kini dan juga pada masa hadapan. ■ Kami bekerja secara aktif ke arah pembangunan mampan.
Kami bekerja secara giat untuk memastikan operasi kami mempunyai kesan yang kecil terhadap persekitaran dan kesihatan manusia setakat mana yang mungkin. Dengan itu kami terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan yang mampan. ■ Kami beroperasi dengan integriti dan ketelusan.
Kami memupuk etika perniagaan yang baik, mengelak percanggahan kepentingan dan menilai ketelusan dalam syarikat mahupun secara luaran.
13
14
Tatakelakuan kami: Tatakelakuan Nolato menyediakan panduan tentang cara prinsip-prinsip dan nilainilai perniagaan kami mesti digunapakai. Ia bertindak sebagai kompas etika yang perlu diikuti oleh semua kakitangan dalam Kumpulan, tidak kira tempat kerja mahupun fungsinya. Tatakelakuan tersebut merangkumi ahli-ahli Lembaga Nolato dan juga kakitangan berkontrak. Tatakelakuan ini juga menyatakan apa yang kami jangkakan daripada para pembekal kami. Tatakelakuan kami berasaskan dokumen-dokumen seperti UN Global Compact, konvensyen dan garis panduan antarabangsa dan piawaian tanggungjawab sosial ISO14001.
Kami menghormati hak-hak manusia ■ Kami melayan semua orang secara saksama, bermaruah serta saling hormat-
menghormati. ■ Kami menyokong dan menggalakkan kepelbagaian. ■ Kami tidak melayan pekerja secara berbeza berdasarkan jantina, agama, usia,
kehilangupayaan, orientasi seksual, kerakyatan, pandangan politik, latar belakang sosial atau asal usul etnik mereka. ■ Kami menghormati hak semua pekerja untuk membentuk kesatuan. ■ Kami tidak mengganggu, mengancam atau mendiskriminasikan. ■ Kami tidak bertolak ansur terhadap buruh kanak-kanak, buruh haram atau
buruh paksaan.
15
Kami mewujudkan keadaan kerja yang baik ■ Kami berikhtiar untuk membasmi kemalangan pekerjaan dan tidak menjejas kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. ■ Kami mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan perindustrian. ■ Kami menawarkan kakitangan peluang-peluang untuk memperkembangkan kemahiran profesional dan kemampuan mereka. ■ Semua unit pengeluaran perlu diperakui mengikut sistem persekitaran kerja
OHSAS18001.
Kami warganegara korporat yang aktif ■ Kami terlibat dengan komuniti-komuniti tempatan di mana Nolato menjalankan operasi dan berikhtiar untuk menggajikan dan memperkembangkan kakitangan dan pengurus tempatan. ■ Kami menyertai projek-projek dan bekerjasama dengan rangkaian perindustrian, sekolah, kolej-kolej teknikal, universiti dan institut-institut penyelidikan. ■ Kami menyusun mengikut prioriti sokongan dan penajaan organisasi yang berkongsi nilai-nilai kami dan membawa faedah kepada masyarakat di mana kami beroperasi. ■ Kami mengambil kedudukan berkecuali dalam isu-isu politik. Dilarang sama sekali menggunakan nama syarikat dan sumber-sumber kewangan bagi tujuan politik.
16
Kami mematuhi etika perniagaan yang baik ■ Kami tidak pernah menawarkan hadiah-hadiah, faedah atau bayaran yang
boleh mempengaruhi, atau kelihatan seolah-olah mempengaruhi, keobjektifan keputusan penerima atau yang melanggar perundangan dan/atau amalan tempatan. ■ Kami tidak menerima hadiah-hadiah, faedah atau bayaran yang boleh
mempengaruhi, atau kelihatan seolah-olah mempengaruhi, keobjektifan keputusan penerima atau yang melanggar perundangan dan/atau amalan tempatan. ■ Kami mengelak situasi di mana kesetiaan syarikat boleh bercanggah dengan
kepentingan peribadi. ■ Kami mematuhi undang-undang persaingan dan menggalakkan persaingan
saksama. ■ Kami memastikan bahawa semua kakitangan akan mengutarakan kebimbangan
mengenai apa-apa yang menyimpang daripada kebiasaan di Nolato, tanpa risiko terdedah kepada balasan peribadi terhadap pengadu.
17
Kami mengutarakan isu-isu kemampanan ■ Kami bekerja ke arah sasaran jangka panjang untuk mengurangkan kesan syarikat terhadap alam sekitar. ■ Kami memelihara tenaga, air dan sumber-sumber semula jadi yang lain dan bertujuan menambahkan penggunaan bahan-bahan yang boleh diperbaharui. ■ Kami mempertimbangkan faktor-faktor persekitaran dan kesihatan semasa memilih bahan-bahan mentah, produk-produk kimia dan kaedah-kaedah pengedaran. ■ Kami berikhtiar untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau. ■ Kami mempunyai tatacara kecemasan yang baik berasaskan penilaian sistematik bagi risiko kemalangan, kebakaran dan pelepasan yang tak terkawal terhadap persekitaran. ■ Kami menggunapakai kepakaran kami untuk menyediakan pengoptimuman eko bagi produk-produk pelanggan. ■ Kami mendedahkan maklumat telus dan objektif mengenai kerja persekitaran kami kepada kakitangan kami, masyarakat awam dan pihak-pihak berkuasa. ■ Kami menerbitkan laporan kemampanan tahunan dengan menggunapakai garis panduan yang diterima di peringkat antarabangsa. Ini boleh didapati di www.nolato.com/sustainability. ■ Semua unit pengeluaran mesti diperakui mengikut piawaian pengurusan persekitaran ISO14001.
18
Kami bermatlamat untuk sentiasa menyampaikan kualiti yang tepat ■ Kami bertujuan untuk sentiasa memenuhi keperluan mencabar pelanggan kami, dan jangkaan mereka dengan menyediakan perkhidmatan dan produk dengan kualiti yang tepat. ■ Kami meningkatkan operasi kami secara berterusan. ■ Kami menjalankan penilaian yang tetap bagi langkah-langkah jaminan kualiti kami melalui analisis, mencatatkan percanggahan dan audit-audit dalaman/ luaran. ■ Semua unit pengeluaran mesti diperakui mengikut sistem jaminan kualiti ISO9001 dan pensijilan sektor tertentu yang berkenaan.
19
20
Kami menetapkan keperluan kemampanan bagi pembekal kami ■ Kami bekerja dengan pembekal yang menerima dan mematuhi tatakelakuan Nolato. Kami juga menjangka mereka untuk menyampaikan nilai-nilai dan prinsip-prinsip etika ini kepada pembekal mereka. ■ Kami menilai pembekal kami sebelum dan semasa bekerjasama dengan mereka. ■ Kami menggalakkan pembekal kami untuk memperkenalkan sistem-sistem pengurusan yang dapat diperakui bagi kualiti, alam sekitar dan persekitaran kerja. ■ Kami sentiasa memantau prestasi pembekal dari aspek etika perniagaan, tanggungjawab sosial dan kemampanan. Sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan kami, ini boleh menyebabkan tuntutan bagi penambahbaikan atau penghentian kerjasama tersebut.
Kami berkomunikasi secara jujur dan jelas ■ Komunikasi Nolato dengan semua pemegang kepentingan mestilah jujur dan jelas. Tujuan kami adalah untuk komunikasi berkesan demi mempromosi perniagaan Nolato dan memenuhi keperluan-keperluan penyenaraian di pasaran saham awam. ■ Kami menghormati kebebasan bersuara oleh semua pekerja mengenai perkaraperkara yang membimbangkan mereka secara peribadi. Walau bagaimanapun, mengenai isu-isu yang melibatkan keadaan-keadaan dan operasi-operasi perniagaan Nolato, hanya pihak pengurusan syarikat yang berkenaan layak berkomunikasi bagi pihak Nolato. Dengan itu, semua pertanyaan mengenai
21
keadaan dan operasi perniagaan Nolato mesti dirujuk kepada pihak pengurusan tempatan atau pihak pengurusan Kumpulan. Semua maklumat luaran yang boleh menjejas perkembangan harga saham Nolato mesti disampaikan sama ada oleh Ketua Pegawai Kewangan atau Ketua Pegawai Eksekutif.
Kami mengutarakan kebimbangan tentang apa-apa serius yang menyimpang daripada kebiasaan melalui tatacara pelapor salah laku ■ Semua kakitangan berpeluang untuk mengemukakan kebimbangan tentang perkara-perkara serius yang menyimpang daripada kebiasaan, tanpa risiko diganggu atau ditentang dengan menggunapakai sistem pelaporan salah laku Nolato. ■ Perkara-perkara serius yang menyimpang daripada kebiasaan termasuklah tingkah laku tidak beretika atau menyalahi undang-undang, penipuan dan pelanggaran tatakelakuan yang serius, seperti rasuah atau diskriminasi terhadap pekerja. ■ Pelaporan salah laku tidak boleh digunapakai bagi ketidakpuasan secara am atau perkara-perkara lain yang boleh diselesaikan dengan menghubungi pihak-pihak yang relevan secara langsung. Tuduhan palsu tidak akan diterima dan boleh menyebabkan tindakan disiplin dikenakan. ■ Sesiapa yang mengesyaki berlakunya suatu perkara serius yang menyimpang daripada kebiasaan dan tidak dapat mengemukakan perkara tersebut kepada
22
pengurus barisan atau pihak pengurusan kanan, atau yang telah mengutarakan perkara tersebut namun tidak menerima respons yang dikehendaki, boleh melaporkan kesangsian mereka dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]. ■ E-mel anda akan ditujukan kepada pihak luar yang bebas bertindak atas maklumat yang diberikan dan memastikan suatu siasatan dimulakan.
23
03/2015
Nolato adalah kumpulan tersenarai secara awam Sweden dengan operasi-operasi di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Kami membangunkan dan mengilang produk-produk dengan bahan-bahan polimer seperti plastik, silikon dan TPE untuk pelanggan yang terkenal dalam sektor-sektor teknologi perubatan, farmaseutikal, telekom, automotif, kebersihan dan sektor-sektor perindustrian terpilih yang lain.
Nolato AB, SE-269 04 Torekov, Sweden | +46 431 442290 | nolato.com