MANUAL JPKAS
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG 1.2.1
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Muka Surat 1 dari 8
DEFINISI Satu proses pemeriksaan untuk menilai kerugian hasil yang tertinggal selepas penuaian BTS siap dijalankan.
1.2.2
OBJEKTIF i.
Mengenalpasti jumlah nilai hasil tertinggal di ladang akibat perkara-perkara seperti berikut: 1. Buah relai tidak dipungut di bulatan dan tapak buah. 2. Tandan BTS telah dituai tetapi tidak dikeluarkan. 3. Tandan BTS masak yang tidak dituai. 4. BTS muda telah dituai tetapi diperam di ladang.
1.2.3
ii.
Menilai prestasi kerja menuai BTS dan kutipan buah relai yang dijalankan di ladang.
iii.
Memberi maklumat kepada pihak ladang tentang kehilangan hasil akibat kecuaian.
PIAWAIAN
i.
Pihak Pengurusan Ladang perlu mengadakan 2 orang petugas setiap ladang untuk menjalankan kerja-kerja pemeriksaan hasil tertinggal di ladang. Yang bergelar LQI (Loose Fruit Quality Inspector).
ii.
LQI perlu membuat kerja-kerja pemeriksaan selepas 2 hari kerja menuai siap dijalankan.
iii.
Kekerapa pemeriksaan ialah 2 pusingan setiap minggu bagi setiap peringkat atau kawasan tuai B 8.
iv.
Tarikh dan masa pemeriksaan perlu diberitahu kepada pihak ladang, sebelum 15 jam pemeriksaan bermula.
v.
Luas kawasan sampel pemeriksaan perlu melebihi 10 - 20% dari kawasan tuaian yang telah dijalankan.
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
MANUAL JPKAS
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
1.2.4
Muka Surat 2 dari 8
vi.
Bancian perlu dijalankan bersama wakil pihak ladang sebagai pengesahan pemeriksaan yang dijalankan.
vii.
LQI yang menjalankan pemeriksaan perlu menjalani latihan dan mempunyai kemampuan untuk membuat pemeriksaan nilai hasil tertinggal di ladang.
viii.
Pihak ladang bersama Area Quality Supervisor (AQS), perlu menyusun program dan membuat pemeriksaan berkala kerja-kerja yang dijalankan oleh LQI.
ix.
Laporan hasil pemeriksaan perlu dikeluarkan setiap hari kepada pihak ladang dan salinan ke wilayah atau zon.
PERALATAN DAN BAHAN
i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
1.2.5
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Peta Ladang Borang Bancian Clip Board Pen atau Pensil Mesin Kira Digital Camera ( jika perlu ) Alat Undian - Bernombor 1 hingga 10.
PANDUAN PRODUKTIVITI
Aktiviti Pemeriksaan hasil tertinggal di ladang
Tenaga Kerja/M.Day
Luas Kawasan
2 LQI
100 hek kawasan tuai
* Nota : bergantung kepada bentuk muka bumi ladang dan jumlah sampel hasil yang tertinggal di ladang
MANUAL JPKAS
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
1.2.6
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Muka Surat 3 dari 8
KAEDAH Persiapan Pihak Ladang i.
Pihak ladang perlu mengadakan sistem menuai B 8 dan keluasan setiap kawasan di antara 400 hingga 500 hektar.
ii. Kawasan menuai B 8, perlu ditandakan di dalam peta peringkat setiap ladang. iii. Pihak ladang perlu melabel setiap baris/teres di dalam blok menuai yang telah ditentukan. iv. Melabel bertujuan untuk memudahkan proses pemeriksaan dan seterusnya membolehkan pemeriksaan dijalankan secara lebih terperinci dan tepat. v. Kedudukan dan cara melabel bergantung pada umur pokok sawit dituai, seperti berikut: 1.
Bagi pokok berumur di bawah 3 tahun tuai, melabel perlu menggunakan zink plate atau plastik. Label ditulis menggunakan cat dan digantung pada pelepah dengan ketinggian 1.3 meter.
2.
Bagi pokok berumur 4 tahun tuai ke atas, label perlu ditulis di pangkal keratan pelepah dengan ketinggian 1.3 meter
vi. Kedudukan label mestilah jelas dan boleh dilihat dari jalan pertanian dengan jelas. vii. Ukuran label perlu berukuran 25 cm x 19 cm dengan warna dasar hitam dan tulisan putih. viii. Label tersebut perlu dijaga dan perlu diganti atau ditulis semula sekiranya di dalam keadaan yang tidak jelas. ix. Maklumat yang perlu ditulis dilabel ialah No Blok, No. Baris/Teres dan Bil. pokok dalam barisan/teres. Contoh seperti berikut:
MANUAL JPKAS
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Muka Surat 4 dari 8
CONTOH LABEL DAN MAKLUMAT YANG PERLU DITULIS 25 CM
No Blok
B 38
19 CM
19
No Baris / Teres
Bilangan Pokok Dalam Baris / Teres
x. Maklumat label perlu direkodkan dalam “Buku Maklumat Asas Ladang” dengan tepat dan betul, seperti berikut: 1. 2. 3. 4.
Peringkat Blok No baris/teres Bilangan pokok dalam baris/teres
Pelaksanaan Pemeriksaan i.
Pemeriksaan kehilangan hasil di ladang perlu diselaraskan oleh AQS bersama pihak ladang.
ii. Temu janji perlu diatur bersama pihak ladang, sebelum 15 jam pemeriksaan dimulakan. iii. Pihak ladang perlu menyediakan wakil untuk bersama menjalankan bancian di ladang. iv. AQS atau LQI perlu mendapatkan maklumat asas ladang, peta kawasan, blok menuai dan jadual menuai sebelum menjalankan pemeriksaan di ladang. v. Undian nombor baris/teres untuk memulakan bancian perlu dilakukan setiap blok sebelum menjalankan pemeriksaan.
MANUAL JPKAS
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Muka Surat 5 dari 8
vi. Wakil pihak ladang perlu mencabut satu nombor dari sepuluh nombor dari alat undi. vii. Nombor undian menentukan nombor barisan/teres pertama masuk dan keluar untuk memulakan pemeriksaan. viii. Barisan kedua untuk menjalankan pemeriksaan adalah setiap 10 baris dari no baris yang telah diundi. ix. Sebagai contoh No 8 telah diundi. No barisan/teres 8 masuk dan keluar pada baris/teres 9. Barisan kedua adalah baris/teres no.18 masuk dan keluar baris/teres no.19 dan seterunya setiap 10 baris/teres. Seperti contoh berikut: CONTOH MEMULAKAN BARISAN PERTAMA PEMERIKSAAN BERASAS NO. UNDIAN
MANUAL JPKAS
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Muka Surat 6 dari 8
x. Undian perlu dibuat setiap kali memulakan pemeriksan setiap blok menuai yang baru. xi. LQI perlu menggunakan borang pemeriksaan hasil tertinggal di ladang seperti contoh “Borang Pemeriksaan 01”. xii. Data yang perlu direkodkan di dalam Borang Pemeriksaan 01 ialah: 1. Buah relai tidak dipungut bulatan dan tapak buah 2. Tandan BTS telah dituai tetapi tidak dikeluarkan 3. Tandan BTS yang masak tidak dituai 4. BTS muda telah dituai tetapi diperam di ladang xiii. Data dari pemeriksaan perlu dianalisa dan ditukarkan kepada nilai “Ringgit Malaysia (RM)”, menggunakan borang pengiraan hasil/hektar seperti “Borang Pemeriksaan 02”. Lapuran ini perlu dikeluarkan setiap hari kepada Pengurus Ladang dan salinan ke AQS. xiv. AQS perlu membuat rumusan nilai kehilangan hasil setiap projek di kawasannya, menggunakan borang rumusan seperti “ Borang Pemeriksaan 3”. xv. Borang rumusan nilai kehilangan hasil perlu dimajukan ke Jabatan Pengurusan Kualiti dan Alam Sekitar setiap minggu dan salinan kepada Pengurus Besar Wilayah ladang terlibat.
1.2.7
KAWALAN i.
Pemeriksaan perlu dijalankan dua hari selepas kerja menuai siap dijalankan.
ii.
Gambar perlu diambil pada sampel yang luar biasa terdapat semasa menjalankan pemeriksaan.
iii. Pihak ladang perlu menandatangani borang pemeriksaan 01, selepas pemeriksaan siap dijalankan. iv. Pihak ladang mesti mengambil tindakan segera di atas keputusan hasil pemeriksaan yang telah dijalankan.
MANUAL JPKAS
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
1.2.8
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
Muka Surat 7 dari 8
KESESUAIAN PELAKSANAAN Setiap kawasan tuaian di ladang perlu melepasi dua kali pemeriksaan kehilangan hasil tertinggal di ladang setiap minggu. Pemeriksaan perlu dijalankan bersama pihak ladang bagi mengelakkan perkara berbangkit.
1.2.9
ALAM SEKITAR Elakkan daripada membuang sampah merata dan melakukan pembakaran terbuka.
1.2.10 KESELAMATAN i.
LQI yang menjalankan pemeriksaan perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri seperti Kasut Keselamatan.
ii.
Setiap kumpulan pemeriksaan perlu mempunyai 2 orang LQI.
1.2.11 PETUNJUK KEJAYAAN i.
Pihak ladang dapat meningkatkan mutu penuaian BTS.
ii.
Penuai tidak lagi menuai BTS Muda.
iii.
Penuai memungut dan mengeluarkan buah relai sepenuhnya ke tapak buah.
iv.
Penuai mengeluarkan BTS sepenuhnya ke tapak buah.
v.
Berlaku peningkatan pengeluaran hasil, setiap ladang meningkat melebihi 2 m.tan/hektar/tahun.
vi.
Peningkatan kadar perahan minyak (OER) meningkat setiap kawasan.
1.2.12 RUJUKAN i.
Pekeliling QAMS Tanaman Sawit - (FASSB).
No. Dokumen No. Isu Tarikh Diedarkan Tarikh Pindaan No. Pindaan
MANUAL JPKAS
PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
Muka Surat 8 dari 8
MELABEL POKOK SAWIT MUDA
MELABEL POKOK SAWIT MATANG
: QC-KH :1 : 04 Januari 2011 : : 0
FELDA AGRICULTURAL SERVICES SDN BHD JABATAN PENGURUSAN KUALITI DAN ALAM SEKITAR BORANG PEMERIKSAAN HASIL TERTINGGAL DI LADANG BORANG LQI 01 ‐ LQI NAMA LADANG
PERINGKAT
BLOK MENUAI ‐B8
DIRIAN POKOK SEHEKTAR
TARIKH PEMERIKSAAN DIBUAT
PUSINGAN MENUAI
BIL
NO BARIS
PERKARA
1
Bil. Pokok Diperiksa
2
Bil. Tandan Dituai
3
Bil. Tandan Masak Tidak Dituai
4
Bil. Tandan Dituai Tidak Bawa Keluar
5
Bil. Tandan Muda Dituai Dan Diperam
6
Bil. Buah Relai Tidak Dikutip Di Bulatan
7
Bil. Buah Relai Tidak Dikutip Di Tapak Buah
8
Pusingan Menuai
Mengikut Masa/Lewat/Sangat Lewat
9
Pengangkutan BTS Ke Kilang
Hari Yang Sama/ Hari Berikutnya/Melebih 48 Jam
JUMLAH
Nama Pemeriksa ( LQI ) Tandatangan Disahkan Oleh AQS Nama Wakil Ladang Jawatan Tandatangan
Nama Tarikh Tandatangan
FELDA AGRICULTURAL SERVICES SDN BHD JABATAN PENGURUSAN KUALITI DAN ALAM SEKITAR
RUMUSAN DATA PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL LADANG ( EIS ) LADANG ……………………………………… BORANG LQI 02 ‐ EIS
PEMERIKSAAN BULAN :
Bil.
TARIKH PEMERIKSAAN
Perkara
1
Peringkat
2
Blok Tuaian
3
Luas Blok Tuaian
4
Bilangan Pokok Diperiksa
5
Bilangan Tandan Masak Tidak Dituai
6
Bilangan Tandan Dituai Tidak Dibawa Keluar
7
Bilangan Tandan Muda Dituai & Diperam
8
Bilangan Buah Relai Tidak Dikutip Di Bulatan
9
Bilangan Buah Relai Tidak Dikutip Di Tapak Buah KPG
Diisi Mengikut Peringkat Harga BTS Setiap Awal Bulan Purata Berat Tandan
[ % ] [ RM ] [ KG ]
FELDA AGRICULTURAL SERVICES SDN BHD JABATAN PENGURUSAN KUALITI DAN ALAM SEKITAR RUMUSAN PEMERIKSAAN KEHILANGAN HASIL DI LADANG
BORANG LQI 03 ‐ CQC
KAWASAN LADANG / KILANG BULAN MINGGU
No
Nama Ladang
Luas Ladang
Luas diperiksa
(Hektar)
Pkt
Hek
Luas Dirian Jumlah Disample Pokok / Pokok Hek Disampel (Hek)
TAHAP
Buah Relai (Kg/Hek/Pus)
BTS
(RM/Hek/Pus)
KG/HEK/PUS
GRED
0 ‐ 0.75
A
Sederhana
0.75 ‐ 1.00
B
Tinggi
1.00 ‐ 1.25
C
> 1.25
D
Baik GRED KEHILANGAN HASIL ( BTS & BUAH RELAI )
Kehilangan Hasil
Sangat Tinggi
(Kg/Hek/Pus)
(RM/Hek/Pus)
Gred
Anggaran Kehilangan Hasil Sebulan Jumlah (Kg/Hek/Pus)
(RM/Hek/Pus)
(Kg/Hek/Bln)
(RM/Hek/Bln)
Pusingan Ini
Pusingan Lepas