MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEDUA BELAS (MAPPA XII) RINGKASAN SARANAN YAB PERDANA MENTERI 21 MAC 2011 BIL ISU DAN SARANAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DALAM UCAPAN 1. PENJAWAT AWAM SEBAGAI TULANG BELAKANG PENTADBIRAN Penjawat awam hendaklah sentiasa setia dan bersungguh-sungguh dalam memahami serta mendokong cita-cita kerajaan dan sentiasa teguh berdiri sebagai tulang belakang pentadbiran bagi melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan. 2.
TANGGUNGJAWAB MEMILIH PEMIMPIN Kerajaan sentiasa memupuk kesedaran untuk rakyat mendaftar mengundi untuk memilih pemimpin dan Kerajaan.
3.
FALSAFAH PENTADBIRAN KERAJAAN Tindakan Kerajaan adalah berlandaskan falsafah induk ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang sentiasa memastikan apa yang dijanjikan adalah bersifat realistik, dalam kemampuan kerajaan yang wajar, bertanggungjawab dan mengambilkira kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.
4.
PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA Kerajaan sentiasa memastikan kebertanggungjawaban dan ketelitian kewangan bagi mengelak kebergantungan kepada ehsan institusi kewangan antarabangsa. Subsidi perlu dirasionalisasikan dengan mengoptimakan pengagihan kepada kumpulan dan sektor sasar.
5.
PENGURUSAN FISKAL BERHEMAH Bagi memastikan dasar fiskal berhemah dilaksanakan, perbelanjaan wajar dikawal dan sumber hasil ditingkatkan. Inisiatif-inisiatif baru yang hendak dilaksanakan hendaklah dijelaskan kepada rakyat dari segi kos, perancangan dan sumber pembiayaan.
1
BIL ISU DAN SARANAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DALAM UCAPAN 6. PERANAN PERKHIDMATAN AWAM Penjawat awam perlu melaksanakan dasar- dasar awam dengan cekap dan berkesan bagi memastikan ianya memberi manfaat kepada rakyat. Perkhidmatan awam perlu melakukan pembaharuan dan perubahan yang berterusan untuk kekal relevan dan berkeupayaan. 7.
KEPERLUAN KEPADA MODEL EKONOMI BARU Model pertumbuhan dan pembangunan terdahulu tidak lagi relevan jika kita ingin menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
8.
PENGUKUHAN INSTITUSI DAN KERJASAMA Penambahbaikan ekonomi negara perlu dibuat secara komprehensif dengan perubahan struktur dan pengukuhan institusi. Antaranya, mengukuhkan sektor awam, mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing, menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi dan penglibatan masyarakat seluruhnya.
9.
SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM Untuk menjadi sebuah negara maju dan berjaya, institusi perkhidmatan awam haruslah mendokong dan melaksanakan transformasi berdasarkan peta panduan yang diatur mengikut jadual yang telah ditentukan. Penjawat awam perlu bertanggungjawab, menjalankan tadbir urus dengan rapi dan menjadi pemudah cara yang cekap berasaskan budaya pencapaian tinggi.
10.
DASAR PENGURUSAN NILAI Dasar kini Kerajaan adalah mementingkan value management atau pengurusan nilai. Kaedah ini perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek dan program bermula dari peringkat awal lagi. Pengurusan nilai perlu menjadi alat pengurusan atau management tool bagi mencapai nilai untuk wang. Kita perlu menyoal assumption atau andaian yang ada, adakah terdapat kaedah atau cara yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan.
2
BIL ISU DAN SARANAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DALAM UCAPAN 11. KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROJEK AWAM Sesuatu khidmat atau projek itu mestilah di”acuan”kan mengikut keperluan serta kehendak setempat tanpa berkompromi dengan piawai yang sewajarnya. Ia juga mustahak agar rakyat dapat menerima manfaat dengan segera. 12.
PENGURUSAN BAKAT SEKTOR AWAM Pembangunan dan kemajuan minda dan bakat terbaik tidak hanya menerusi ganjaran kewangan yang menarik, tetapi dengan menyediakan pembangunan kerjaya yang boleh meningkatkan potensi mereka. Antara langkah yang boleh diambil ialah mewujudkan flat organisation dengan struktur organisasi yang lebih horizontal dan birokrasi yang lebih fleksibel.
13.
PELUANG LATIHAN DAN KERJAYA Pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi perlu dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih berkaitan dengan kemahiran kepimpinan. Kumpulan Pelaksana yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi hendaklah diberi peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya yang setimpal.
14.
PENGIKTIRAFAN KEPADA KHIDMAT KEMASYARAKATAN Penjawat awam yang bergerak aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, kesukanan dan kebudayaan yang menyumbang kepada negara, organisasi dan rakyat berpeluang menerima anugerah khas sebagai pengiktirafan. Tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti tersebut akan dinilai mulai tahun 2011. Anugerah khas akan diwujudkan.
15.
LEAN CIVIL SERVICE “Perkhidmatan awam yang kejap” (lean civil service) perlu bercirikan saiz perkhidmatan awam yang mantap dan digemblengkan bagi mewujudkan jentera perkhidmatan awam yang cekap, efisyen, berproduktiviti tinggi, lebih kreatif dan inovatif dengan mengutamakan pencapaian di mana setiap pelaburan dalam modal insan diguna sepenuhnya tanpa pembaziran.
3
BIL ISU DAN SARANAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DALAM UCAPAN 16. RASIONALISASI PERKHIDMATAN AWAM Perkhidmatan awam akan dirasionalisasikan bagi mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi-fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan-jawatan kosong, pemansuhan jawatan serta pengagihan semula perjawatan ke agensi yang lebih kritikal. 17.
KREATIVITI DAN INOVASI Perkhidmatan awam perlu meruntuhkan mentaliti silo yang mendatangkan kesan negatif kepada negara. Ini boleh dilakukan melalui perubahan mindset yang didorong oleh kreativiti dan inovasi serta mengutamakan kepentingan nasional. Contohnya, pihak ATM dan PDRM yang telah berjaya membentuk satu pakatan bagi mencegah jenayah, latihan kepada rekrut PDRM dan perkongsian infrastruktur.
18.
SISTEM PENILAIAN KOMPETENSI PTK akan digantikan dengan satu penilaian baru yang lebih berfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan pegawai serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk tujuan ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
19.
PENGURUSAN PRESTASI Mengenai sistem pool, satu Jawatankuasa Penilai Pemantauan Prestasi telah ditubuhkan bagi memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak teraniaya dimana elemen natural justice serta penilaian secara bebas lagi berkecuali diamalkan. Exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan pegawai-pegawai yang berprestasi rendah.
20.
FAEDAH PERUBATAN UNTUK PESARA Berkuatkuasa mulai tarikh semasa, pesara Skim KWSP yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Sekyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma. Pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma 4
BIL
ISU DAN SARANAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DALAM UCAPAN kepada pesara Skim KWSP ini, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah Skim KWSP yang telah dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.
21.
PEMBERIAN GANJARAN PESARA PILIHAN Berkuatkuasa mulai tarikh semasa, ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekaligus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran yang sebelum ini.
22.
KAJIAN SEMULA SISTEM SARAAN MALAYSIA Kajian semula Sistem Saraan Malaysia sedang dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi. Kajian komprehensif ini bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata, tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi negara.
1.
ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SEMASA SESI SOAL JAWAB PELUANG KEPADA KAKITANGAN NEGERI SOALAN 1: Memberi peluang kepada penjawat awam negeri untuk mendapat pendedahan luar negara seperti attachment di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun PBB, pejabat-pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara dan syarikatsyarikat luar negara juga lawatan-lawatan belajar dan lawatan kerja di luar negara yang dianjurkan di peringkat nasional. JAWAPAN 1: Jabatan Perkhidmatan Awam telah diminta menyusun satu program di mana penjawat-penjawat awam pada peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi dikenalpasti bakat mereka lebih awal lagi dan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus yang berprestij sama ada di luar negeri mahupun di dalam negeri umpamanya mereka yang kelayakan untuk memasuki institusi terkemuka di luar 5
ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SEMASA SESI SOAL JAWAB negara. Peluang juga diberi untuk program attachment di kedutaan Malaysia di luar negara. Langkah ini wajar dilakukan bagi mereka di peringkat pertengahan kerana mereka mempunyai tempoh masa antara 15 hingga 20 tahun untuk berkhidmat dengan Kerajaan. 2.
PEMANTAPAN PELAKSANAAN DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DI SARAWAK SOALAN 2: Nasihat kepada penjawat awam khususnya di Sarawak bagi memantapkan pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan supaya semua projek khususnya di bawah RMKe-10 dapat dijayakan dengan jayanya. JAWAPAN 2: Penjawat awam yang berkhidmat di negeri perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat, dan kementerian-kementerian bagi memastikan peruntukan besar kepada negeri Sarawak di bawah NKRA dapat digunakan sepenuhnya. Sasaran bekalan api dan air kepada 90% buah rumah dengan peruntukan RM 5.7 billion di dalam tahun 2012 boleh dicapai dengan penumpuan usaha dan kerjasama yang berterusan antara negeri dan pusat dilaksanakan secara baik dan selesa.
3.
PEMBANGUNAN INDUSTRI HILIRAN DI NEGERI SABAH SOALAN 3: Apakah rancangan Kerajaan untuk membangunkan industri hiliran bagi sektor minyak dan gas di negeri Sabah yang merupakan salah satu daripada 12 NKEA? JAWAPAN 3: Kerajaan sedang menyusun satu badan baru yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan industri hiliran yang mempunyai potensi yang besar. Kerajaan juga bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai hub of oil and gas industry bagi rantau Asia Tenggara melalui pewujudan sebuah badan khas.
4.
PELAKSANAAN KONSEP INTEGRASI WILAYAH DI PERINGKAT NEGERI SOALAN 4: Memohon pertimbangan agar anak Sabah yang berkhidmat di jabatan negeri diberi peluang mengetuai pejabat-pejabat ataupun agensi-agensi kerajaan negeri dan begitu juga sebaliknya pegawai-pegawai, ketua-ketua agensi yang berada di 6
ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SEMASA SESI SOAL JAWAB kerajaan negeri dibenarkan untuk menjawat ataupun dilantik untuk mengetuai agensi persekutuan di Sabah. JAWAPAN 4: Kerajaan sentiasa memberi peluang kepada anak-anak negeri yang berkebolehan dan berkemampuan untuk dilantik mengetuai jabatan-jabatan persekutuan yang ada di Sabah dan juga jabatan-jabatan persekutuan yang lain. Ini bertujuan agar mereka lebih memahami dasar-dasar negara yang boleh diterjemahkan di peringkat negeri. 5.
SKIM RUMAH PERTAMAKU SOALAN 5: Merayu supaya pihak Kerajaan memberi keutamaan kepada rakyat dari segi jaminan bahawa projek ataupun rumah-rumah yang dibeli itu boleh disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan dan jika ada yang terbengkalai rakyat tidak dibebankan dengan hutang. JAWAPAN 5: Projek-projek yang terbengkalai merupakan projek yang dibuat oleh pihak swasta di mana penggunaan public fund untuk menyelamatkan projek sedemikian adalah kurang sesuai. Walau bagaimanapun, Kementerian Perumahan sedang cuba meneruskan usaha untuk memulihkan projek-projek terbengkalai. Program Rumah Pertamaku, ditumpukan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan telah ditaksirkan bahawa itulah tahap maksima dari segi kemampuan mereka untuk membayar balik. Mesyuarat Economic Council (EC) yang akan datang akan melihat kemungkinan melaksanakan beberapa projek di Wilayah Persekutuan ataupun di Lembah Klang di mana sebahagian besar daripada rumah-rumah ataupun kondominium itu adalah dalam lingkungan RM250,000 ke bawah. Kemungkinan projek ini dilaksanakan melalui publicprivate partnership di mana Kerajaan menyerap kos prasarana bagi membantu GLC dan sektor swasta yang terlibat.
6.
PELAKSANAAN POLISI AWAM SOALAN 6: Saranan agar Kerajaan menilai semula perkara-perkara berikut:
7
ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SEMASA SESI SOAL JAWAB 6.1 Saman Ekor - Perlaksanaan saman ekor perlu melihat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kesalahan tersebut misalnya keadaan jalan, signboard yang kurang sesuai dan lain-lain faktor. 6.2 Pelaksanaan Hukuman Gantung Sampai Mati - Perlaksanaan hukuman mati mandatori terhadap pesalah muda perlu dilihat kepada faktor-faktor penyumbang lain. Misalnya, kesempitan hidup, tahap pendidikan dan persekitaran pesalah berkenaan yang mendorong mereka melakukan jenayah. JAWAPAN 6: 6.1. Mereka boleh membuat rayuan kepada pihak PDRM jika sekiranya terdapat keraguan terhadap notis saman yang diterima. Adalah didapati bahawa kebanyakan kesalahan lalulintas yang berlaku di Malaysia berpunca dari sikap pemandu itu sendiri. Pengenaan saman trafik adalah proses mendidik rakyat Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya. 6.2. Manakala bagi pelaksanaan hukuman gantung sampai mati pula perlu mengambilkira faktor keadilan kepada keluarga si mangsa. Bagi proses keadilan kepada semua pihak keputusan mahkamah boleh dibuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi; Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk semakan penghakiman. 7.
PELUANG PEMBANGUNAN KERJAYA BAGI PEGAWAI AGAMA SOALAN 7: Mohon mendapat pandangan terhadap empat cadangan: 7.1 Menaiktaraf perjawatan dan mewujudkan lebih banyak jawatan di bawah skim perkhidmatan hal ehwal Islam sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri ataupun di peringkat daerah. 7.2 Mewujudkan skim pengiktirafan yang lebih baik sebagai penghargaan negara kepada sumbangan golongan ulama, ilmuan dan agamawan. 7.3 Mewujudkan satu bahagian khas yang dikenali sebagai Bahagian Kemajuan Islam di peringkat kementerian/negeri/jabatan/agensi yang berfungsi sebagai penghubung bagi semua fungsi tugas yang dijalankan oleh ibu pejabat 8
ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SEMASA SESI SOAL JAWAB JAKIM. 7.4 Memperluaskan perkhidmatan pegawai atase agama dan pegawai perunding halal di negara serantau, Asia Barat dan antarabangsa. JAWAPAN 7: Kerajaan tidak melupakan jasa dan pengorbanan oleh pegawai-pegawai agama. Semasa pembentangan Belanjawan 2011 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan elaun imam yang agak tinggi, kenaikan elaun guru KAFA dan menaiktaraf perjawatan hakim-hakim syarie. Cadangan yang dikemukan ini akan dirujuk kepada JAKIM dan JPA sebelum Kerajaan membuat sebarang keputusan. 8.
PERMOHONAN DARIPADA CUEPACS SOALAN 8: Terdapat tiga soalan yang dikemukakan iaitu: 8.1 Masa depan perkhidmatan awam sama ada saiz 1.2 juta sekarang dikekalkan sehingga tahun 2020. 8.2 Memohon jasa baik Kerajaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan pejabat yang lebih baik bagi pejabat-pejabat kerajaan di kawasan-kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. 8.3 Pandangan YAB ke atas kesan ekonomi negara akibat daripada kejadian tsunami di Jepun dan ketidaktentuan politik di Libya. JAWAPAN 8: Saiz perkhidmatan awam di masa akan datang adalah lean civil service dan berasaskan prestasi dan produktiviti yang dapat mencapai ke penanda aras global. Saiz yang moderate ini akan membolehkan ganjaran terms and conditions allowance dan gaji saraan penjawat-penjawat awam dapat dikaji dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Kesan bencana tsunami di Jepun adalah bersifat sementara sahaja memandangkan kerajaan Jepun mempunyai kapasiti dan willpower yang cukup kukuh untuk melalui proses pembangunan semula.
9