1 KERTAS CADANGAN UNTUK BENGKEL 1 HARI
“NLP UNTUK REMAJA / MAHASISWA” Ir. Dr. Anuar Kasa Ph.D, P.Eng, MIEM, CPESC Certified NLP Practitioner (NFNLP, USA) Certified Neuro-Semantics (ISNS, USA) Certified Trainer „NLP for Teachers‟ (ANLPM) HP: 019-5029428 E-mail:
[email protected] 1.0 PENGENALAN Untuk menjadi graduan yang cemerlang, seseorang itu perlu mempunyai minda yang hebat. Dari minda yang hebat inilah akan menjana kelakuan positif seperti rajin, fleksibel dan tabah untuk menghasilkan kejayaan. Persoalan-persoalan yang timbul; Apakah teknik dan perkara yang perlu dilakukan supaya sentiasa berdaya sumber dengan idea-idea baru yang bernas dan mengelak terjadinya mental block? Apakah teknik yang terbaik untuk menangani emosi seperti kecewa, malas, bingung dan marah supaya sentiasa tegar di landasan dan bersungguh-sungguh meneruskan pengajian sehingga berjaya? Bagaimana untuk menghasilkan matlamat yang dapat menarik dan mengerakkan diri untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh? Persoalan tersebut akan terjawab dengan mengikuti bengkel ini. Gabungan minda yang hebat melalui NLP (neuro-linguistic programming) dan teknik belajar yang berkesan menjadikan kejayaan itu lebih hampir untuk dilihat, didengar dan dirasai. 2.0 OBJEKTIF Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran dengan menggunakan teknik NLP dan teknik belajar berkesan. 3.0 PESERTA Peserta terdiri daripada pelajar dengan anggaran sebanyak 20-30 orang untuk satu sesi. 4.0 SESI ATURCARA Masa 8:30 am 9:00 am 10:00 am 11:00 am 1:00 pm 2:00 pm 3:00 pm 4:00 pm 5:00 pm
Modul Pendaftaran & Ucapan Aluan Teknik Belajar Berkesan Tonggak NLP, Model Komunikasi NLP & Rapport Penetapan Matlamat (Neuro-Logical Level & Terapi Garis Masa) Makan Tengahari, Rehat & Solat Terapi Seni Corak "Swish" & "Minda ke Otot" Bingkai-Semula dan Corak "Meta Yes & Meta No" Penyerahan Sijil & Bersurai
2 5.0 PERBELANJAAN Yuran:
Melalui Rundingan
6.0 PENCERAMAH / FASILITATOR
Ir. Dr. Anuar Kasa Beliau merupakan kakitangan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sejak 1993, memiliki ijazah BSc (Kej. Awam), MSc dan Ph.D (Kej. Geoteknik), seorang jurutera profesional berdaftar dengan BEM (Board of Engineers Malaysia), ahli korporat IEM (Institut Jurutera Malaysia) dan CPESC (Certified Professional in Erosion and Sediment Control, USA). Beliau juga seorang jurulatih bertauliah “NLP Untuk Guru” Akademi NLP Malaysia (ANLPM), pengamal bertauliah Neuro-Semantics (ISNS, USA) serta pengamal bertauliah Neuro-Linguistic Programming (NFNLP, USA). Selain mengajar kursus pengaturcaraan komputer, beliau mengendalikan bengkel pengaturcaraan minda “NLP Untuk Penyelidik” kepada pelajar sarjana, pensyarah, jurutera serta saintis dan “NLP & Teknik Belajar Berkesan” kepada mahasiswa dan remaja. Beliau mengetuai beberapa projek penyelidikan seperti ERGS (Penyelidikan Eksploratori), FRGS (Penyelidikan Fundamental) dan GUP (Geran Universiti Penyelidikan). Penyelidikan beliau di peringkat doktor falsafah melibatkan kajian Sistem Neuro-Fuzzy yang membawa beliau untuk mendalami NeuroLinguistic Programming dan Neuro-Semantics. Pada tahun 2000, beliau dianugerahkan “Raja Tan Sri Zainal Prize” untuk kertas kerja teknikal terbaik dari Institut Jurutera Malaysia.
Pn. Hanida Haron Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Sarjana Persuratan (Sejarah dan Budaya Melayu), seorang jurulatih teater dan pengacara majlis. Beliau juga seorang pengamal bertauliah NLP Untuk Guru (ANLPM) dan pengerusi Kelab Kebudayaan Selendang Sari, Kajang sejak 2007. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan bengkel motivasi dan
3 pengaturcaraan minda “NLP Untuk Penyelidik” kepada pelajar sarjana, pensyarah, jurutera serta saintis dan “NLP & Teknik Belajar Berkesan” kepada mahasiswa dan remaja. Buku yang pernah ditulis oleh beliau antaranya "Pertaruhan Cinta" (ISBN: 978-967-10157-0-4) dan "Koleksi Pantun Kak Selendang (ISBN: 978-967-10157-1-1)". Skrip drama dan teater hasil karya beliau termasuklah "Muzikal Bonda" (2009), "Muzikal Uda dan Dara" (2008), "Lebai Malang" (2007) dan "Salah Asuhan" (1992). Lirik lagu pula "SK Bandar Rinching Wadah Pembentuk Sahsiah", Lirik Lagu SK Bandar Rinching (2003), "SKS Yakin Jaya", Lirik Lagu SK Semenyih (1999) dan "Seratus Tahun Menyingkap Warisan Kita", Lirik Lagu Sambutan Seratus Tahun (Jubli Emas) SK Semenyih (1999). Beliau juga merupakan pemantun terbaik daerah Kubang Pasu (1998) dan menjadi tetamu undangan rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM (2011).
7.0 LAIN-LAIN
Contoh bengkel “NLP Untuk Penyelidik” yang telah dikendalikan pada 16 & 17 Julai 2012 di Puri Pujangga, UKM dan “NLP Untuk Remaja” yang telah dikendalikan pada 25 Ogos 2012 di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM disertakan dalam Lampiran sebagai rujukan.
4
Lampiran A Bengkel „NLP Untuk Penyelidik‟ "Transformasi Minda Ke Arah Penyelidikan Berhasil" 16 & 17 Julai 2012, Puri Pujangga, UKM Bangi Fasilitator: Ir. Dr. Anuar Kasa Hanida Haron
Bengkel ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bilangan peserta terhad kepada 20 orang sahaja.
Peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar sarjana/PhD dalam pelbagai bidang dan melibatkan pensijilan Certified „NLP for Researhers‟ Practitioner dari Akademi NLP Malaysia (ANLPM)
5
Lampiran B Bengkel „NLP Untuk Remaja‟ "Minda Segar, Remaja Berwawasan" 25 Ogos 2012, FKAB, UKM Bangi Fasilitator: Ir. Dr. Anuar Kasa Hanida Haron
Bengkel ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bilangan peserta terhad kepada 30 orang sahaja.
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa universiti.