1
2
LAPORAN TAHUNAN KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
2015 ANNUAL REPORT
3
IBU PEJABAT KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD Bil Pendaftaran: 4958 Tarikh Pendaftaran: 23 September 1974 Tingkat 2A, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur No. Telefon : 03-2273314 / 3315 / 3609 No. Faksimili : 03-22741314
PREMIS PERNIAGAAN LAIN AR RAHNU X’CHANGE JALAN OTHMAN No.23, Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel :03-77814878 Fax: 03-77815878 AR RAHNU X’CHANGE SG BESI 28-G Jalan Tasik Utama 5, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-90548760 Fax: 03-90548745 AR RAHNU X’CHANGE TAMAN SELASEH No. 15, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves, Selangor. Tel: 03-61785586 Fax: 03-61785686 AR-RAHNU X’CHANGE HULU LANGAT No. 40 Jalan Seri Mas, Taman Seri Mas, 43100 Hulu Langat, Selangor Tel: 03-90215986 Fax: 03-90214986 AR-RAHNU X’CHANGE BANDAR KINRARA ZP-G-17, Zest Point Lebuhraya Bukit Jalil, BK9 Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor Tel: 03-80801586 Fax: 03-80806586 4
KAFETERIA & KEDAI SERBANEKA SEKATARAKYAT Tingkat Bawah, Kampus UNIRAZAK, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, 50460 Kuala Lumpur. MEDAN SELERA & KEDAI SERBANEKA SEKATARAKYAT Tingkat 5, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur. TASKA NURI Tingkat 2A, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur Tel & Faks: 03-22760951
5
KATA-KATA ALU-ALUAN PENGARAH EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA Y. BHG DATUK LAMIEN SAWIYO Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Berkoperasi Tahniah diucapkan kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATAKYAT) yang telah mencapai usia 42 tahun. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan SEKATARAKYAT kerana sudi memberikan ruang kepada saya untuk mengukirkan ucapan sepatah dua kata di dalam Buku Majalah Tahunan Sekatarakyat ini. Menyingkap keupayaan koperasi melakar kejayaan dalam bidang yang diterokai memang wajar diberikan pujian dan dicontohi oleh koperasi lain. Saya yakin kejayaan yang diraih adalah berkat kepemimpinan yang diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah yang berwibawa, kesungguhan, penggurusan yang efisien dan telus serta kerjasama para anggota. Semoga komiten dan tadbir urus yang baik ini akan dikekalkan ke masa akan datang. Sasaran strategik Suruhanjaya 2016-2020 telah memberi fokus kepada empat bidang strategik iaitu pembangunan koperasi, kawal selia, keyakinan masyarakat dan pembangunan organisasi adalah bertujuan untuk melahirkan gerakan koperasi yang kukuh, mampan serta menjadi penyumbang yang amat berkesan kepada ekonomi Negara. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan terus memberi sokongan kepada koperasi ini untuk berusaha dalam melahirkan koperasi yang berkualiti dan berdaya saing. Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar koperasi ini akan lebih Berjaya cemerlang serta mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada gerakan koperasi. Terima Kasih.
6
7
SEULAS BICARA PENGARAH URUSAN / PRESIDEN BANK RAKYAT Assalamulaikum warahmatullahi Wabarakatuh Syukur kehadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita, sekali lagi bersama-sama para anggota menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-20, Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) Pada tahun ini, genap usianya 42 tahun SEKATARAKYAT. Berkat kesungguhan, kerjasama dan sumbangan daripada warga kerja, onak dan ranjau dapat kita atasi. Sekalung tahniah kepada SEKATARAKYAT atas pencapaiannya selama ini. Pastinya dalam kematangan usia sebegini, pelbagai cabaran telah dilalui oleh SEKATARAKYAT yang memberikannya pengalaman untuk bertahan dan terus berdiri kukuh. Kita harus berbangga kerana segala usaha gigih selama ini mampu melonjakkan SEKATARAKYAT pada tahap yang tinggi serta terus unggul menempa kejayaan dalam setiap cabang perniagaan yang diceburi. Saya percaya, resipi kejayaan ini dicetuskan hasil daripada ramuan yang kita cipta dan reka bersama-sama. Dengan iltizam, tekad serta usaha berterusan daripada warga kerja, visi dan misi pasti tercapai. Kerjasama dua hala yang terjalin antara Bank Rakyat dengan SEKATARAKYAT sejak sekian lamanya menjadikan SEKATARAKYAT terus gah di persada sektor koperasi Negara Semoga kerjasama ini teıus diperkembangkan lagi agar SEKATARAKYAT lehih berdaya saing pada masa hadapan. Selain itu, saya berharap kebajii‹an dan kepentingan anggota yang terdiri daripada warga kerja Bank Rakyat sama ada yang masih berkhidmat mahu pun telah bersara akan sentiasa terpelihara. Akhir kata saya mendoakar agar SEKATARAKYAT terus memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua anggota Selamat maju jaya dalam mengharungi cabaran masa hadapan Sekian. Wabillahitaufik walhldayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
DATO' MUSTAFHA HJ. ABD. RAZAK Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat
8
PERUTUSAN PENGERUSI KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD Y. BHG. DATUK MOHAMED ARSAD SEHAN Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Saya mengalu-alukan kedatangan semua Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) bagi kali ke-20. Penglibatan dan kedatangan semua Perwakilan dari seluruh negara bagi menunaikan tanggungjawab ini adalah satu bukti jelas minat dan sokongan anggota kepada SEKATARAKYAT. Saya menyeru kepada semua Perwakilan supaya menggunakan Mesyuarat Agung ini sebagai pentas rasmi untuk memberikan idea berkualiti dan komen membina. Harapan saya amatlah tinggi bagi melestarikan perkhidmatan kepada anggota selain memastikan koperasi ini ditadbir secara baik. Akhir kata saya mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua Perwakilan. Saya berdoa semoga mesyuarat ini berjalan dengan penuh tertib dan teratur serta diberkati Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. Wassalam.
DATUK MOHAMED ARSAD SEHAN PENGERUSI KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
9
CARTA ORGANISASI SEKATARAKYAT BARISAN LEMBAGA PENGARAH SEKATARAKYAT 2015/2016
DATUK MOHAMED ARSAD BIN SEHAN PENGERUSI
HASRUL LIZA BINTI SHAH RUDIN SETIAUSAHA KEHORMAT
HJ. MOHD SALLEH BIN MAHMOOD BANDAHARI KEHORMAT
10
CARTA ORGANISASI SEKATARAKYAT BARISAN LEMBAGA PENGARAH SEKATARAKYAT 2015/2016
HJ. BAHARIN BIN ABU SAMAH
DATO’ SHAHARUDIN BIN MOHD SA’AD
SUHAIMI BIN CHE OMAR
HJ. ABDUL LIDZAM BIN MUHAMAD ALIAS
HJ. AZLAN BIN ALIAS
11
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 2015/2016
ABDUL RAZAK BIN KAMSANI PENGERUSI JAWATANKUASA AUDIT DALAM
MOHD HANAFIAH BIN MOHD NAWAWI AHLI JAWATANKUASA AUDIT DALAM
ISMARAZI BIN ISMAIL AHLI JAWATANKUASA AUDIT DALAM
12
BARISAN PENGURUSAN & KAKITANGAN SEKATARAKYAT
DUDUK DARI KANAN: AHMAD ROZAMAN MOHD YUSOFF (PENGURUS BESAR), JOHANAH SULI (PENGURUS) BERDIRI DARI KANAN: MUHAMMAD HAZWAN JOHARI, MUHAMAD SUFRI ANUAR, AHMAD FUAD KAMARULZZAMAN, MUHAMMAD FIRDAUS MD NASIR, MUHAMMAD FARHAN SULAIMAN, MOHD HAFIZ BUKHARI, NOR ASHIKIN ISMAIL, NOR ELINA AB GHANI, IRMAWATHY AMIR OSMAN, NURUL LIANA AFIKAH ABDUL RAHIM, NURUL AZREEN ZAINI, NUR NABILA AIMA MOHD RODZI, FARAH ATHIRAH SHAMDIN
TIADA DI DALAM GAMBAR: KHAIRUL IZAM ABDUL RANI, SAIDATUL AIN ABD TALIB, MOHD SHAMIL SHAH KASSIM, MOHD SHAHRULIZAN SUPARDI, MARSHEILA MAHZAIR, HAFIZAH ZAKARIA
13
BARISAN PEGAWAI & KAKITANGAN AR-RAHNU X’CHANGE SEKATARAKYAT AR-RAHNU X’CHANGE JALAN OTHMAN, PETALING JAYA
DARI KIRI: MOHD ASRI MAHAZIR, RASHIDAH HUSSIN, NOOR HASLINDA JUSOH , HAZAHAR WAMARTUNIS,
AR-RAHNU X’CHANGE SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
DARI KIRI: MUHAMAD NUKMAN MAHMUD, NOR AZLAN ISMAIL, SURIANI ZAINAL, NUR SHAFIQAH MOHD ZAINUDDIN 14
AR-RAHNU X’CHANGE TAMAN SELASEH, SELANGOR
DARI KIRI: RONEYZAM ROSANI, NURUL SYAKILA YAHAYA, SYAFIZAH MOHD KHIRRUDIN, MUHAMMAD THAQIF NAZLY
AR-RAHNU X’CHANGE HULU LANGAT.
DARI KIRI: NURUL JANNAH MOHAMED MISTI, WAN HAZRINA WAN RAMLI, MUHAMMAD FAKHRUL RAZI, 15
AR-RAHNU X’CHANGE BANDAR KINRARA.
DARI KIRI: MUHAMMAD FIRDAUS KALIKUZZAMAN, AISAMUDDIN MOHD ISA, WAN MOHAMMAD HARMIZI
KAKITANGAN KAFETERIA & KEDAI SERBANEKA JALAN TANGSI, KUALA LUMPUR
DARI KIRI DUDUK: NOR AINN ZAINAL, MUHAMMAD AMIN IBRAHIM, AHMAD DAMAHURI ALI, OTHMAN DESA, NUR ATIQAH NORDIN DARI KIRI BERDIRI: MUHAMAD ALIFF HAIKAL SHUKRI, ZAIDA HASSAN, UMI ASTUTIK APANDI, NORLIZA SHAHARUDDIN, SUHARTATIK APANDI, ROHAYATI OJANG, LINA SARI BANDARO, NURUL HISHAM SHAMSUDDIN 16
KAKITANGAN MEDAN SELERA & KEDAI SERBANEKA MENARA KEMBAR BANK RAKYAT, JALAN RAKYAT
DARI KIRI DEPAN: YANTI, RUGAYYAH, MARIANA, MUHAMMAD IQBAL YUNUS, NUR NADHIRAH ZULKIFLI, NURAINEE JUSOH, ERNAWATI ABDULLAH DARI KIRI BELAKANG: NUR HAFISZAH ZAINAL ABIDIN, SITI SALMAH TAIB, FARIDAH MANSOR, NABILA NISMAN
17
KALENDAR ACARA SEPANJANG TAHUN 2015 Bermula dari bulan Januari sehingga bulan Disember 2015, Sekatarakyat tidak lekang dari menganjurkan pelbagai aktiviti serta majlis seperti sambutan perayaan, pembukaan kedai ArRahnu baru dan sebagainya. Pelbagai objektif yang boleh dicapai dengan mengadakan aktivitiaktiviti sebegini seperti dapat mengeratkan silaturahim, mendapatkan peluang perniagaan baharu dan pelbagai lagi. Bermula pada bulan Februari 2015, seperti saban tahun yang sebelumnya, barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) serta barisan pengurusan Sekatarakyat telah menjalankan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-19 dengan jayanya. Selepas Mesyuarat Agung Perwakilan 2015 tersebut dilaksanakan, terdapat banyak lagi aktiviti serta majlis yang berjalan sepanjang tahun 2015. Di antara majlis yang telah dijalankan adalah majlis meraikan anggota bersara, majlis Doa Selamat serta Perasmian Pembukaan Cawangan Ar-Rahnu X’Change Bandar Kinrara, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekatarakyat, Penganjuran Acara Pencarian Harta Karun, Majlis Jamuan Makan Malam Kakitangan dan Majlis Doa Selamat Penubuhan Taska Nuri. Segala kerja keras serta penat lelah terpaksa dilalui oleh semua pihak terutamanya ALP, pengurusan serta kakitangan bagi menjayakan satu-satu aktiviti atau majlis yang dijalankan. Syukur ke hadrat Allah kerana segala aktiviti atau majlis yang dirancang tidak pernah menemui kegagalan. Dengan berbekalkan pengalaman serta kemahiran yang tinggi dari semua pihak, Insyaallah sekali lagi pada tahun 2016 ini, barisan ALP dan pengurusan telah merancang pelbagai aktiviti yang lebih menarik untuk dijalankan pada tahun ini. Sekatarakyat kini berharap pelbagai pihak terutamanya anggota-anggota sendiri dapat memberi sokongan penuh dan padu bagi menjalankan sebarang aktiviti demi kebaikan dan keuntungan bersama.
18
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN 2015
Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Mat Nor, Pengerusi Bank Rakyat
Semasa nyanyian berkumandang
Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan, Pengerusi Sekatarakyat, menyampaikan kata-kata alu-aluan
Y. Bhg. Dato’ Mat Nor, Pengerusi Bank Rakyat, menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-19
lagu
Negaraku
19
Antara perwakilan yang turut hadir
Perwakilan mengajukan soalan kepada Lembaga Pengarah
Barisan Lembaga Pengarah bersiap sedia untuk menjalankan mesyuarat
Sesi penerangan Pengarah
daripada
Lembaga
20
MAJLIS DOA SELAMAT DAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN AR-RAHNU X’CHANGE BANDAR KINRARA
Bacaan Yassin dan doa selamat serta jamuan ringkas
21
Ucapan perasmian kedai Ar-Rahnu yang disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan, Pengerusi Sekatarakyat
Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan, Pengerusi Sekatarakyat memotong riben sibagai simbolik perasmian
Sesi lawatan dan tinjauan persekitaran ArRahnu serta sesi pengenalan kakitangan
Gambar kenangan bersama Lembaga Pengarah dan Kakitangan.
22
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SEKATARAKYAT BERTEMPAT DI WISMA SEKATARAKYAT
Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri FD Mansor
Antara tetamu menjamu selera
yang
hadir
sedang
Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan sedang melayan tetamu yang hadir
23
En. Ahmad Rozaman sedang melayan tetamu yang hadir
Pemberian cenderahati kepada tetamu yang hadir
24
25
ACARA MENCARI SEKATARAKYAT 2015.
HARTA
KARUN
ANJURAN
Gambar 1: Ketibaan Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abd Aziz Hj Zainal (B), Pengerusi Bank Rakyat. Gambar 2: Pendaftaran Tetamu yang hadir. Gambar 3: Pendaftaran peserta yang menyertai. Gambar 4: Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan menyampaikan kata-kata alu-aluan Gambar 5: Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abd Aziz Hj Zainal (B) menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan Acara Mencari Harta Karun 2015 Gambar 6: Penyerahan bendera pelepasan. 26
Gambar 7: Kebara Bikers sebagai gimik pelepasan. Gambar 8: Para peserta dilepaskan untuk pencarian harta karun. Gambar 9 & 10: Peserta mula bergerak untuk pencarian harta karun. Gambar 11 & 12: Gambar kenangan bersama.
27
Gambar 13: Sesi penyerahan jawapan dan harta karun. Gambar 14: Ucapan Penutup oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Mustafha Hj Abd Razak. Gambar 15: Penyampaian hadiah kepada para pemenang. Gambar 16 & 17: Penyerahan gimik sumbangan kepada rumah anak-anak yatim. Gambar 18: Gambar kenangan bagi meraikan kejayaan menganjurkan acara Mencari Harta Karun.
28
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKATARAKYAT.
Gambar 1: Ketibaan Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan. Gambar 2: Celoteh daripada penghibur. Gambar 3: Ucapan kata-kata amanat oleh Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan Gambar 4: Sesi permainan yang dirancang. Gambar 5: Penyampaian hadiah cabutan bertuah. Gambar6: Sesi pertunjukan fesyen untuk pemilihan pakaian terbaik.
29
Gambar 6: Gambar kenang-kenangan bersama.
30
MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT TASKA NURI
Lembaga Pengarah sedang beramah mesra bersama Y. Bhg. Dato’ Hj Mustafha Hj Abd Razak
Bacaan doa selepas sembahyang Maghrib
Bacaan Yassin dan doa Selamat
31
Bacaan Yassin dan doa Selamat
Jamuan Ringkas
32
LAPORAN LEMBAGA PENGARAH BAGI TAHUN 2015 Kepada: Semua Anggota Koperasi Kakitangan Bank Rakyat (SEKATARAKYAT) Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Pada tahun 2015, Sekatarakyat sentiasa terus berusaha dan berdaya saing dalam mengukuhkan dan mengembangkan cabang aktiviti perniagaan yang diceburi dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan terutamanya anggota Sekatarakyat, dengan memberikan pulangan keuntungan dalam bentuk dividen dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan sebagai penghargaan kepada anggota Sekatarakyat.
SELAYANG PANDANG Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad atau lebih dikenali oleh anggota-anggota dengan nama singkatan Sekatarakyat telah mula ditubuhkan dan beroperasi pada 23 September 1974. Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi adalah tempat pertama kalinya Sekatarakyat menjalankan operasi dengan hanya tiga orang kakitangan sahaja pada ketika itu. Bermula dengan tarikh itu sehingga ke tahun 90an, Sekatarakyat melangkah memulakan aktiviti perniagaan dengan memberi pembiayaan kepada anggota. Diawal tahun 90an sehingga ke tahun 2000, Sekatarakyat mengembangkan lagi cabang perniagaan dengan menjadi ejen takaful kepada syarikat-syarikat takaful dan mengendalikan takaful bagi peminjam-peminjam Bank Rakyat. Pada masa ini juga pinjaman secara konvensional telah ditukarkan kepada pembiayaan yang berbentuk syariah. Pada tempoh ini, wargakerja Sekatarakyat juga telah bertambah kepada 13 orang dan mula menggunakan sistem berkomputer bagi sistem perakaunan dan keanggotaannya. Sebagai langkah bagi terus bergerak maju, penambahbaikan berterusan terus dilaksanakan bagi memantapkan operasi harian. Sekatarakyat juga sedang mencuba untuk menceburi bidangbidang perniagaan baru bagi mencapai wawasannya untuk terus maju dan kekal relevan, selain daripada menambahkan hasil pendapatannya. Di antara bidang-bidang perniagaan baru yang akan dilaksanakan adalah menjalankan perniagaan hotel bajet dan juga menubuhkan tempat asuhan kanak-kanak(Taska). Sekatarakyat juga sedaya upaya meningkatkan pendapatan dari akitivi perniagaan sedia ada seperti kontrak pembersihan di cawangan-cawangan Bank Rakyat, pembelian bangunan untuk disewakan, menguruskan operasi harian Kafeteria, Medan Selera dan Kedai Koop yang bertempat di Bangunan UNIRAZAK, Jalan Tangsi dan Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, membuka perniagaan Ar-Rahnu di bawah franchais Ar-Rahnu Xchange di PJOT, Sungai Besi, Taman Selaseh, Hulu Langat dan Bandar Kinrara. Penggunaan sistem secara talian terus juga telah dimulakan bagi membolehkan anggota-anggota Sekatarakyat memohon pembiayaan dari mana-mana lokasi mereka bertugas tanpa memerlukan mereka menghantar borang permohonan kepada Sekatarakyat. Bagi mengekalkan momentum yang telah ada,
33
Sekatarakyat sentiasa merancang dan mencari jalan bagaimana untuk menambah pendapatan yang sedia ada ke tahap yang boleh dibanggakan. Prestasi Kewangan Sekatarakyat Pada tahun 2015, Sekatarakyat menunjukkan peningkatan prestasi yang memberansangkan berbanding tahun sebelumnya. Dalam menghadapi persaingan yang tinggi serta cabaran semasa, pelbagai fasa pemantapan jentera, kaedah kerja dan tenaga sumber manusia yang dirancangkan supaya dapat memantapkan lagi keupayaan Sekatarakyat bagi menempa kejayaan yang diimpikan. Dari segi pencapaian dalam tahun 2015 ini, Sekatarakyat telah mencatatkan pencapaian yang memberansangkan seperti jadual berikut:
Perkara Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan Bersih Cukai dan Zakat Keuntungan Bersih Cukai dan Zakat
Pencapaian 2015 RM (Juta) 47.7 32.2 Sebelum 15.4 Selepas 14.0
Pencapaian 2014 RM (Juta) 41.7 27.4 14.2
Meningkat/ % (Menurun) Meningkat/ RM (Juta) (Menurun) 6.0 14.3 4.8 17.5 1.2 8.5
13.1
0.9
6.9
Prestasi Dividen Sekatarakyat Berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh Sekatarakyat dalam tahun 2015, Lembaga Pengarah telah mencadangkan agar pembayaran dividen sebanyak 15% ke atas modal yuran dan modal syer terkumpul anggota pada 31 Disember 2015 berjumlah RM11 juta berbanding pada 31 Disember 2014 adalah sebanyak RM 10.1 juta dapat dilakukan. DANA ANGGOTA Jumlah keanggotaan Sekatarakyat berakhir pada 31 Disember 2015 adalah seramai 4,413 orang dengan modal yuran terkumpul sebanyak RM75.7 juta dan modal syer terkumpul RM1.3 juta. Sehingga 31 Disember 2015, anggota-anggota yang telah bersara dari perkhidmatan Bank Rakyat adalah seramai 278 orang, iaitu 6% dari jumlah anggota Sekatarakyat yang berjumlah 4,413 orang. Walaubagaimanapun, yuran terkumpul daripada anggota-anggota bersara adalah berjumlah RM17.6 juta, iaitu 23% daripada jumlah keseluruhan kesemua yuran anggota Sekatarakyat. Ini jelas menunjukkan sokongan dan kepercayaan yang berterusan daripada semua anggota Sekatarakyat termasuk anggota yang telah bersara.
34
ASET Sejak penubuhannya pada tahun 1974, Sekatarakyat telah terus berkembang maju. Ini jelas dapat dilihat di mana sehingga 31 Disember 2015, jumlah aset dan hartanah yang dimiliki adalah sekitar RM360 juta. Antara hartanah yang sedia ada dimiliki adalah Wisma Sekatarakyat di Glomac Business Centre di Kelana Jaya, Bangunan pejabat di Melawati Square, Rumah Kedai di Jitra, Kedah, lot banglo Sekata Vista yang telah dibangunkan di Dengkil, Selangor, Rumah Kedai Space U8 di Bukit Jelutong, Shah Alam, dan juga bangunan pejabat Sekatarakyat di Jalan Kg. Attap, Kuala Lumpur. PENDAPATAN Pendapatan yang diperolehi oleh Sekatarakyat terus meningkat kepada RM47.7 juta dalam tahun 2015 berbanding sebanyak RM41.7 juta pada tahun sebelumnya. Daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tahun 2015, penyumbang pendapatan utama yang telah dikenal pasti oleh Sekatarakyat adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Pemberian pembiayaan kepada anggota-anggota Sekatarakyat. Perniagaan Ar-Rahnu. Perkhidmatan Pencucian Pejabat. Pengurusan serta penyewaan pejabat. Perniagaan Kafeteria dan Kedai Sekatarakyat. Perniagaan Takaful Dividen atas pelaburan saham siarharga dan taksiarharga
PERBELANJAAN Bagi tahun 2015, kos perbelanjaan adalah sebanyak RM32.3 juta berbanding RM27.5 juta dalam tahun 2014. Peningkatan sebanyak RM 4.8 juta telah direkodkan. TADBIR URUS SEKATARAKYAT Jumlah wargakerja Sekatarakyat sehingga 31 Disember 2015 adalah seramai 66 orang berbanding 58 orang pada tahun 2014. Tadbir urus Sekatarakyat diperkukuhkan lagi di bawah pentadbiran seorang Pengurus Besar bagi mengendalikan urusan Sekatarakyat yang terus berkembang selaras dengan aktiviti-aktiviti perniagaannya yang kian bertambah. Bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, wargakerja Sekatarakyat diberikan pendedahan berterusan kepada cara kerja yang lebih efisien dan mantap. Ini selaras dengan saranan Lembaga Pengarah yang berhasrat menjadikan Sekatarakyat sebuah koperasi yang berdaya maju dan boleh bersaing dengan koperasi-koperasi lain dalam arus perniagaan yang kian mencabar dan kompetitif. Dalam memastikan operasi dan pentadbiran Sekatarakyat berada di landasan yang tepat, Lembaga Pengarah terus memantau dan mengkaji keberkesanan prinsip dan amalan tadbir urus Sekatarakyat melalui laporan-laporan prestasi dan aktiviti yang dibentangkan oleh pengurusan dalam mesyuarat bulanan. Bagi membolehkan Lembaga Pengarah mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan, mesyuarat potfolio yang melibatkan seorang anggota Lembaga Pengarah dijalankan sebelum mesyuarat bulanan 35
Lembaga Pengarah diadakan bagi membolehkan pengurusan memberi maklum balas yang terkini serta berbincang untuk mendapatkan pandangan serta arahan seterusnya berkaitan aktiviti tersebut. Komitmen yang berterusan dan tinggi daripada Lembaga Pengarah serta wargakerja sentiasa diterapkan bagi membolehkan Sekatarakyat terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang sedia ada dengan lebih efisien disamping meneroka bidang-bidang baru yang dijangka dapat menjana pendapatan tanpa mengenepikan keutamaan kepada keperluan anggota-anggotanya. Selaras dengan aktiviti-aktiviti yang kian bertambah, maka dirasakan penambahan wargakerja adalah perlu bagi melicinkan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut.
AKTIVITI PERNIAGAAN SEKATARAKYAT Sepanjang tahun 2015, Sekatarakyat menjalankan beberapa aktiviti perniagaan bagi menghasilkan pendapatan kepada Sekatarakyat, iaitu: Pembiayaan kepada anggota -anggota Aktiviti pembiayaan kepada anggota-anggota masih kekal sebagai tunjang nadi kepada perniagaan Sekatarakyat sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1974 dengan sokongan jitu yang telah diberikan oleh kesemua anggotanya. Sehingga 31 Disember 2015, Sekatarakyat telah menerima dan memproses sebanyak 2,746 permohonan daripada anggota-anggota berjumlah RM135 juta berbanding RM111.3 juta daripada 2,437 permohonan dalam tahun 2014. Dalam tahun 2015, sebanyak RM124 juta pembiayaan telah dikeluarkan atas 2,698 permohonan yang telah diluluskan berbanding RM105.8 juta pembiayaan atas 2,938 permohonan dalam tahun 2014. Pembiayaan tersebut merangkumi beberapa jenis pembiayaan yang ditawarkan seperti pembiayaan tunai, pembiayaan skim belian plus, pembiayaan kenderaan dan lain-lain jenis pembiayaan. Pendapatan yang diperolehi dari pembiayaan sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM21.6 juta, iaitu hampir 45.3% dari jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak RM47.7 juta berbanding sebanyak RM20 juta pada masa yang sama dalam tahun 2014. Pertambahan bilangan anggota Sekatarakyat seramai 266 orang, meningkat dari 4,203 orang anggota pada tahun 2014 kepada 4,413 orang anggota pada tahun 2015 turut menyumbang kepada kenaikan pendapatan. Sebagai langkah untuk sentiasa berfikiran dan mempunyai visi yang terkehadapan, Sekatarakyat akan terus mempelbagaikan pembiayaan-pembiayaan baru supaya selaras dengan keperluan semasa anggota-anggota di masa hadapan bagi meningkatkan lagi pendapatan dari untung atas pembiayaan bersesuaian dengan keadaan kewangan Sekatarakyat pada masa tersebut.
Perniagaan Ar-Rahnu Pada 18 Mei 2015, genap tujuh (7) tahun, perniagaan Ar-Rahnu telah dijalankan oleh Sekatarakyat. Kemudahan yang ditawarkan terus mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelbagai lapisan kaum terutamanya dari kalangan penggadai berbangsa India dan Melayu. Memandangkan perniagaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, 36
Sekatarakyat telah pun mendapat kelulusan dari pihak Rakyat Management Services sebagai Franchaisor untuk membuka sebuah lagi cawangan yang bertempat di Bandar Kinrara yang menjadikan keseluruhan cawangan sebanyak 5 buah kesemuanya. Konsep perniagaan Ar-Rahnu yang berlandaskan syariah telah menarik ramai para penggadai untuk menyimpan barangan emas mereka di Kedai Ar-Rahnu. Tambahan pula dengan kadar upah simpanan yang rendah iaitu 0.70 peratus berbanding dengan 2.0 peratus di pajak gadai konvensional. Kedai Ar-Rahnu juga merupakan alternatif yang disediakan oleh Sekatarakyat kepada anggota-anggotanya untuk mendapatkan pembiayaan segera dengan bercagarkan barangan emas mereka. Ianya lebih mudah kerana tidak memerlukan penjamin. Pelanggan juga dapat melakukan urusan gadaian mereka dalam keadaan selesa dan selamat. Pada tahun 2015, pendapatan keseluruhan yang dicapai oleh Ar-Rahnu adalah sebanyak RM10.9 juta di mana ia meningkat jika dibandingkan pada tahun 2014 sebanyak RM8.1 juta. Pengurusan dan penyewaan pejabat Dalam tahun 2015, Sekatarakyat memperolehi pendapatan tambahan dari penyewaan pejabat kepada penyewa-penyewa yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang stabil disamping kepada Bank Rakyat sendiri seperti yang berikut: (a) Wisma Sekatarakyat Pembelian Wisma Sekatarakyat yang mempunyai 9 tingkat berserta dengan 321 petak tempat letak kenderaan berharga RM22.6 juta memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM176 ribu sebulan. Kesemua ruang pejabat di bangunan tersebut telah disewakan dengan penyewa utamanya merupakan Bank Rakyat sendiri yang menyewa Tingkat Bawah dan Tingkat 1 bagi Cawangan Kelana Jaya, dan Tingkat 2 dan Tingkat 5 untuk kegunaan Ibu Pejabat Bank Rakyat. Pengurusan bangunan tersebut diselia sepenuhnya oleh Sekatarakyat.Sehingga 31 Disember 2015, jumlah kutipan sewa yang diperolehi bagi bangunan tersebut adalah sebanyak RM2.11 juta. Pengurusan yang cekap membolehkan penyewa sedia ada di wisma tersebut berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan, lantas ia juga dapat memastikan penyewa yang sedia ada akan terus kekal menjadi penyewa. Disamping itu juga, ia dapat mengekalkan hubungan baik di antara Sekatarakyat dan penyewa.
(b) Bangunan pejabat di Melawati Square Pembelian bangunan di Melawati Square menelan kos sebanyak RM2.9 juta. Bangunan tersebut disewakan kepada Bank Rakyat, Cawangan Melawati dengan pendapatan penyewaan sebanyak RM20,900.00 sebulan. Sepanjang tahun 2015, pendapatan penyewaan yang diperolehi adalah sebanyak RM251 ribu. Pengurusan juga sentiasa menitikberatkan tadbir urus bangunan ini bagi menjaga keselesaan penyewa agar dapat mengekalkan penyewa yang berkualiti disamping mengekalkan hubungan baik dengan Bank Rakyat secara amnya.
37
(c) Bangunan Space U8 di Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor Langkah yang diambil seterusnya oleh Sekatarakyat adalah di dalam bidang hartanah dengan pembelian 3 blok rumah kedai 4 tingkat di Bangunan Space U8 yang terletak di Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor yang bernilai RM8.4 juta. Melalui perjanjian leaseback program pihak Space U8 Property Management Sdn Bhd (SU8PMSB) perlu membayar RM54,600.00 sebulan. Perjanjian leaseback program adalah selama 5 tahun bermula Februari 2012. Terdapat tunggakan pembayaran yang belum diselesaikan oleh pihak Space U8 Property Management Sdn Bhd. Atas dasar tanggungjawab, Mainstay Development Sdn Bhd bersetuju untuk menjelaskan segala pembayaran tertangguh daripada anak syarikat mereka iaitu SU8PMSB. Mainstay Development Sdn Bhd mencadangkan penyerahan 2 unit kedai untuk melangsaikan segala tunggakan pembayaran yang sedia ada. Cadangan tersebut dapat menambahkan bilangan aset Sekatarakyat. Oleh yang demikian, Sekatarakyat mempunyai 14 unit rumah kedai di bangunan Space U8. Sehingga 31 Disember 2015, 5 unit daripada 14 unit kedai tersebut telah disewakan kepada Warisan Darul Hikmah Sdn Bhd dengan kadar sewa berjumlah RM11,000.00 sebulan. Kelima-lima unit tersebut dijadikan institusi pendidikan yang dikenali sebagai Institut Teknologi Ibnu Sina. (d) Projek Banglo Sekata Vista, Dengkil Tanah kediaman yang berkeluasan 138,885 kaki persegi di Mukim Dengkil telah dibangunkan semula dengan membina 19 unit banglo hasil usahasama dengan Mainstay Development Sdn Bhd. Projek pembangunan 19 unit banglo ini bermula pada awal tahun 2012 dan telah siap sepenuhnya pada Januari 2016. Projek ini dijangkakan mendapat CCC daripada pihak yang berwajib pada bulan Februari 2016. Kesemua unit tersebut telah habis dijual dan Sekatarakyat sendiri telah mengambil 3 unit banglo tersebut. Ini merupakan salah satu cara pelaburan kerana menjangkakan peningkatan harga akan berlaku di lokasi tersebut. Perancangan penjualan Banglo tersebut akan dilaksanakan dalam tahun 2016 dengan cadangan harga RM1.4 juta seunit berbanding dengan harga pembelian yang berjumlah RM868 ribu seunit. Majlis penyerahan kunci kepada pembeli akan diadakan pada 19 Mac 2016, yang akan disempurnakan oleh Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj. Zainal (B), Pengerusi Bank Rakyat.
(e) Rumah Kedai di Jitra, Kedah Lembaga Pengarah Sekatarakyat telah bersetuju untuk menjual atau menyewa rumah kedai di Jitra pada harga pasaran yang dianggarkan RM750 ribu. Rumah kedai tersebut telah dibeli pada harga RM373 ribu pada tahun 1982. Pada tahun 2014, bangunan tersebut telah disewakan kepada Prima Cost (M) Sdn Bhd dengan kadar sewa RM4.5 ribu sebulan. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah kutipan sewa bangunan tersebut sebanyak RM54 ribu setahun.
(f) Pejabat di Jalan Kg. Attap, Off Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Dalam tahun 2014, Sekatarakyat menerusi pembiayaan dari Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah berjaya membuat pembelian pejabat Sekatarakyat di Jalan Kg. Attap pada harga RM1.27 juta dari Bank Rakyat berbanding harga pasaran semasa pejabat itu sekarang ini yang bernilai RM1.29 juta. Pembelian pejabat ini memantapkan lagi 38
pusat operasi Sekatarakyat bagi menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada anggotaanggota serta pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Sekatarakyat. Disamping itu ia juga dapat membangkitkan semangat serta memberi motivasi kepada wargakerja Sekatarakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sekatarakyat telah menyewakan tingkat bawah dan tingkat satu bangunan tersebut kepada sebuah syarikat pelancongan dengan kadar sewa bulanan RM7.5 ribu.
Kafeteria Sekatarakyat Cabang perniagaan Sekatarakyat juga diperluaskan kepada industri pemakanan melalui Kafeteria Sekatarakyat di Kampus UNIRAZAK, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi. Sehingga 31 Disember 2015, perniagaan ini telah menghasilkan pendapatan jualan sebanyak RM781 ribu. Sekatarakyat akan terus menjalankan penambahbaikan dalam menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan kepada komuniti Unirazak dan juga pelanggan-pelanggan yang datang untuk menjamu selera di kafeteria Sekatarakyat. Perniagaan kafeteria Sekatarakyat juga telah diperluaskan ke Menara Kembar Bank Rakyat Jalan Rakyat yang mula beroperasi pada 21 Julai 2014 dengan keluasan yang ditawarkan kepada Sekatarakyat 350 kaki persegi. Perniagaan ini bukan hanya menjurus kepada penyediaan hidangan menu harian untuk sarapan pagi, tengah hari dan minum petang sahaja malah juga memenuhi tempahan katering untuk sebarang majlis keraian ataupun mesyuarat yang diadakan di Bangunan Bank Rakyat. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah jualan yang diterima adalah sebanyak RM 1.6 juta. Sekatarakyat juga berhasrat untuk memperluaskan perniagaan ini dengan mengambil tempahan katering dari cawangan-cawangan Bank Rakyat dan seterusnya meneroka cadangan untuk menawarkan perkhidmatan yang sama kepada anggota-anggota disamping memperluaskan pakej perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pakej-pakej yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pelanggan. Kedai Sekatarakyat Sehingga 31 Disember 2015, jualan kedai serbaneka di Jalan Tangsi adalah sebanyak RM189 ribu. Ianya dikendalikan oleh seorang wargakerja Sekatarakyat dan operasinya adalah dari waktu 7.00 pagi sehingga 7.00 malam pada hari-hari bekerja. Meskipun premis kedai tersebut boleh dikatakan agak kecil, namun ia tidak membantutkan harapan Sekatarakyat agar pengalaman yang dapat diambil daripada menguruskan Kedai Sekatarakyat ini akan dapat dijadikan sebagai satu landasan bagi membolehkan Sekatarakyat menceburi bidang sama pada kadar yang lebih mencabar dan kompetitif di masa hadapan. Perniagaan kedai serbaneka Sekatarakyat juga telah diperluaskan ke Menara Kembar Bank Rakyat Jalan Rakyat yang mula beroperasi pada 21 Julai 2014 dengan keluasan yang ditawarkan kepada Sekatarakyat 900 kaki persegi iaitu lebih besar daripada Kedai Jalan Tangsi. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah jualan yang diterima adalah sebanyak RM 607 ribu.
39
SEKATA PANACOM SDN BHD Pada penghujung tahun 2010, Sekatarakyat mula bekerjasama dengan Syarikat Panacom Sales & Services Sdn. Bhd. untuk memulakan perniagaan dengan membekalkan beberapa produkproduk PANACOM kepada Bank Rakyat melalui syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama iaitu Sekata Panacom Sdn Bhd. Sekatarakyat telah membuat pelaburan sebanyak RM15,000.00 dalam projek usahasama tersebut dimana nisbah perkongsian pelaburan yang telah dipersetujui di antara Syarikat Panacom Sales & Services Sdn Bhd dan Sekatarakyat adalah pada kadar 70:30. Produk-produk yang dibekalkan kepada para pelanggan adalah khusus untuk bidang Keselamatan, Komunikasi dan lain-lain produk lagi bergantung kepada permintaan para pelanggan mereka. Sepanjang tahun 2015, prestasi kewangan Sekata Panacom Sdn Bhd mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM 416 ribu. Keuntungan dicatatkan pula adalah sebanyak RM 13.3 ribu, iaitu penurunan sebanyak 84% berbanding tahun 2014 yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM84 ribu. Majoriti barangan yang dijual adalah barangan produk IT seperti ‘Desktop Computer’, ‘Printer’, ‘Scanner’ dan ‘Computer Peripheral Equipment’. Pembersihan Pejabat Sekatarakyat mula menceburkan diri dalam kerja-kerja perkhidmatan pembersihan pejabat di cawangan-cawangan Bank Rakyat dan kedai Ar-Rahnu pada Jun 2008 dengan usahasama dengan kontraktor-kontraktor pembersihan yang terpilih. Kontraktor-kontraktor ini dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang ini. Pakej perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sekatarakyat adalah: 1) Pembersihan Harian • Pembersihan pejabat dan ‘common area’. 2) Pembersihan Berjadual • Shampu Karpet – 3 kali setahun • Mengilatkan lantai (Floor Polishing)- 3 kali setahun • Pembersihan Cermin/ Dinding (luaran) – 2 kali setahun • Cuci Signage (luaran) – 2 kali setahun 3) Membekal peralatan ‘Washroom Hygiene and Deodorisation Product’ • ‘Pearlised Disinfectant Handsoap’ – 3 unit • ‘Air Freshner’ – 7 unit • ‘Lady Sanitary Bin’ – 2 unit 4) Menempatkan seorang kakitangan yang terlatih di cawangan Bank Rakyat dan kedai ArRahnu untuk tempoh 8 jam bekerja. 5) Menyediakan ‘Mobile Team’ yang akan membuat kerja-kerja pembersihan berjadual di setiap cawangan dan kedai Ar-Rahnu. Sehingga tahun 2015, sebanyak 166 cawangan Bank Rakyat yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, telah menggunakan perkhidmatan pembersihan di bawah kelolaan Sekatarakyat bagi kerja-kerja pembersihan pejabat di cawangan-cawangan tersebut.
40
Pada tahun 2015, kerja-kerja perkhidmatan pembersihan pejabat telah mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM4.5 juta dengan jumlah yang sama pada tahun 2014.
Air Mineral Sekatarakyat Air Mineral Semulajadi Berlabel khusus SEKATARAKYAT mendapat kelulusan KKM 163 (24/J/3) sejak awal pengeluarannya iaitu pada tahun 2007. Air mineral ini juga mempunyai sijil HACCP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai Logo HALAL yang disahkan oleh JAKIM. Semenjak pengeluarannya, pihak koperasi telah mengedarkan air mineral ini kepada Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat serta kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang berminat terhadap produk air mineral berlabel SEKATARAKYAT ini pada harga yang amat berpatutan. Harga jualan bagi satu karton air mineral (24 botol / karton) ialah RM 16.00. Bagi tahun 2016, Sekatarakyat merancang untuk meluaskan lagi pemasaran air mineral ini kepada cawangan-cawangan di Wilayah Timur dan Utara. Faktor kos pengangkutan adalah merupakan cabaran yang paling utama bagi memasarkan produk air mineral ini. Namun begitu, Sekatarakyat akan cuba bekerjasama dengan pengilang-pengilang tempatan yang berdekatan untuk membantu Sekatarakyat memasarkan air mineral ini pada harga kos yang berpatutan. Pada 31 Disember 2015, jualan air mineral telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM103 ribu. Pemasangan Produk Coway PENULEN UDARA AP-1503CH (LOMBOK)
PENAPIS AIR CHP-04AL (METRO)
PENAPIS AIR CHP-06DL (PETIT)
Pada tahun 2010, Sekatarakyat mula bekerjasama dengan pihak Woongjin Coway (M) Sdn. Bhd. bagi memperkenalkan produk jenama Coway kepada pihak Bank Rakyat.Produk berjenama Coway telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan produk-produk yang dihasilkan adalah amat berkualiti tinggi. Oleh yang demikian, Sekatarakyat mengambil langkah yang progresif dengan memperkenalkan produk keluaran Coway dan sekaligus mengambil inisiatif untuk memasang produk-produk jenama Coway ini di Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat yang berminat. Tiga produk yang diperkenalkan adalah penulen udara jenis Lombok (Model AP1503CH) dan penapis air jenis Metro (Model CHP-04AL) dan jenis Petit (Model CHP-06DL). Sehingga Disember 2015, sebanyak 187 buah produk Coway telah dipasang di cawangan dan jabatan di ibu pejabat Bank Rakyat. Pemasangan Water Dispenser Jenama Regal Water Sekatarakyat juga turut menawarkan perkhidmatan langganan mesin ‘Hot & Cold Water Dispenser’ untuk kegunaan warga kerja Bank Rakyat. Air yang disalurkan melalui perkhidmatan bekalan air ini menggunakan teknologi ‘Reserve Osmosis’. Harga bagi setiap 5 galen air yang dibekalkan adalah sebanyak RM 10.00.
41
Pada tahun 2015, jualan air botol regal water ini telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.8 ribu. Ingin dimaklumkan bahawa penurunan yang dicatatkan ini adalah unjuran daripada penggunaan produk-produk jenama Coway, di mana produk penapisan air jenama Coway sudah dapat membekalkan air yang bersih dan selamat untuk diminum.
Skim Belian Plus Sekatarakyat Sekatarakyat menawarkan pembiayaan Skim Belian Plus di mana anggota yang berminat perlu membeli produk pada harga minimum RM500 dengan Sekatarakyat dan selebihnya diberikan secara tunai kepada anggota yang membuat pembiayaan tersebut. Walau bagaimanapun, anggota masih boleh mendapatkan barangan dari pembekal luar dan sedikit komisen dikenakan terhadap barangan tersebut. Sekatarakyat juga menyediakan beberapa vendor kepada anggota yang ingin membeli barangan bagi membuat pembiayaan SBP. Antaranya adalah seperti yang berikut: -
Pembekal Tan Elektronik Red Orange Maar Integrated NZ New Image
Barangan Barangan elektrik Gajet komputer/Telefon bimbit Jam Taqwim Islam dan Gajet Islamik Susu Alpha lipid/SDII
Penyewaan Tapak Mesin ATM Penyewaan tapak mesin ATM (Automated Teller Machine) adalah satu lagi cabang perniagaan yang dijalankan oleh Sekatarakyat. Buat permulaan, mesin ATM ditempatkan di premis ArRahnu PJ Old Town mulai September 2009 dengan bayaran sewa sebanyak RM300.00 sebulan. Pada tahun 2013, Sekatarakyat telah membuka satu lagi tapak mesin ATM (Automated Teller Machine) bertempat di premis Ar-Rahnu Sungai Besi dengan bayaran sewa sebanyak RM500 sebulan bermula Ogos 2013. Dijangkakan terdapat 3 lagi pemasangan yang akan berlaku iaitu di Ar-Rahnu Taman Selaseh dan Ar-Rahnu Hulu Langat pada tahun 2016. Penyewaan tapak ini akan diteruskan lagi di premis-premis milik Sekatarakyat yang bersesuaian dimasa-masa akan datang.
Penyelenggaraan Dan Pembersihan Penghawa Dingin Tahun 2010 juga menyaksikan penglibatan Sekatarakyat dalam kerja-kerja perkhidmatan penyelenggaraan sistem penghawa dingin secara berkala di Cawangan-Cawangan Bank Rakyat. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak Sekatarakyat sendiri, yang mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja penyelenggaraan sistem penghawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta, Pada tahun 2015, kerja-kerja penyelenggaran telah dijalankan di cawangan Bank Rakyat USJ Subang Jaya, Bandar Tun Razak, Jalan Pinang dan Kajang. Diharapkan di masa akan datang, Sekatarakyat dapat mengembangkan lagi perkhidmatan ini bukan sahaja meliputi cawangan42
cawangan Bank Rakyat sahaja, malah turut dapat dikembangkan lagi kepada pihak luar yang berminat.
Kebajikan Anggota-Anggota Sekatarakyat Sepanjang tahun 2015, kebajikan anggota-anggota Sekatarakyat juga menjadi keutamaan dalam operasi harian Sekatarakyat. Beberapa kemudahan dan aktiviti telah disediakan dan digunakan sepenuhnya oleh anggota-anggota seperti yang berikut: (a) Sumbangan dari Tabung Khairat dan Kebajikan (b) Sumbangan dari Tabung Saguhati Pendidikan Lanjutan (c) Jualan Takaful Tertangguh bagi Takaful Kenderaan dan diskaun 5% atas bayaran tunai belian Takaful Kenderaan (d) Pembiayaan Naik Sekolah (e) Tahlil anjuran Sekatarakyat (f) Sumbangan Hari Raya Aidilfitri (g) Pulangan Atas Bayaran Segera
(a) Tabung Khairat dan Kebajikan Kemudahan ini telah mula dinikmati oleh anggota-anggota Sekatarakyat berkuatkuasa mulai 22 Jun 2002. Sepanjang tahun 2015, sebanyak RM 86 ribu telah disumbangkan kepada 204 orang anggota sebagai sumbangan Sekatarakyat atas kehilangan anggota keluarga ataupun bencana yang dihadapi. Walaupun jumlah yang disumbangkan mungkin tidak dapat menggantikan kehilangan yang dialami, namun ianya diharapkan dapat membantu dalam menghadapi masa-masa yang sukar. (b) Tabung Saguhati Pendidikan Lanjutan Anggota-anggota Sekatarakyat mula menikmati tabung ini sejak 1 Januari 2003. Sepanjang tahun 2015, sebanyak RM51 ribu telah disumbang kepada 101 orang anggota sebagai cenderahati Sekatarakyat atas kejayaan anak-anak anggota dalam pelajaran masing-masing. Ianya diharapkan akan menjadi pendorong kepada anak-anak anggota supaya meneruskan usaha dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di dalam pelajaran masing-masing. (c) Takaful kenderaan Seperti tahun-tahun yang sudah, Sekatarakyat masih lagi meneruskan perniagaan takaful kenderaan dengan menjadi ejen Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Para pelanggan yang ingin memperbaharui takaful kenderaan mereka boleh menghubungi terus kepada Unit Takaful dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan. Perkhidmatan yang cepat dan cekap adalah menjadi salah satu faktor yang menarik ramai anggota menggunakan perkhidmatan Sekatarakyat. Selain itu, Sekatarakyat juga menyediakan bayaran melalui potongan gaji bagi takaful yang tidak melebihi RM2 ribu setahun. Diskaun sebanyak 5% juga akan diberikan kepada semua pelanggan yang membuat bayaran secara tunai.
43
(d) Pembiayaan Naik Sekolah Sekatarakyat juga menawarkan kemudahan Pinjaman Naik Sekolah sebanyak RM400 bagi seorang anak dan maksimumnya sebanyak RM1.2 ribu tanpa mengambil sebarang keuntungan kepada anggota-anggotanya bagi membantu anggota-anggota dalam menyediakan kelengkapan persekolah anak-anak di awal tahun persekolahan. (e) Tahlil Disamping menjalankan aktiviti perniagaan, Sekatarakyat juga menganjurkan majlis tahlil serta doa selamat pada setiap bulan sepanjang tahun 2015. Penganjuran majlis ini dihebahkan melalui emel oleh Lembaga Pengarah Sekatarakyat setiap bulan kepada anggota-anggota yang masih berkhidmat dan telah bersara. Disamping mendapatkan keberkatan ALLAH, majlis tersebut juga bertujuan merapatkan silaturahim sesama wargakerja Bank Rakyat dan juga mengukuhkan pertalian dengan Sekatarakyat sendiri. SUMBER MANUSIA Sehingga 31 Disember 2015 Sekatarakyat mempunyai seramai 66 orang wargakerja yang terdiri daripada 15 orang pengurusan dan 51 orang bukan pengurusan. Bagi melahirkan wargakerja yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, wargakerja didedahkan kepada sistem kerja yang lebih sistematik melalui kursus-kursus serta seminar yang dianjurkan di Maktab Kerjasama Malaysia, Angkasa, Bank Rakyat dan juga kursus-kursus dalaman yang dikendalikan oleh programmer dan konsultan yang dilantik. Perancangan kursus dan latihan dirangka pada awal tahun bagi memastikan pilihan kursus bersesuaian dengan wargakerja demi membolehkan tahap motivasi wargakerja dan pihak pengurusan terus meningkat sejajar dengan perkembangan Sekatarakyat yang kian maju dan akan terus berkembang di masa hadapan. KERJASAMA DI ANTARA KOPERASI Sebagaimana Prinsip Koperasi yang keenam iaitu “Bekerjasama di antara koperasi-koperasi” Sekatarakyat telah menganjurkan Aktiviti Mencari Harta Karun kali ke-6 pada 10 dan 11 Oktober 2015, iaitu dari Menara Kembar Bank Rakyat Jalan Rakyat ke Bukit Merah Laketown Resort, Perak, di mana penyertaan adalah terdiri daripada koperasi-koperasi dari seluruh Malaysia. Sebanyak 74 buah kereta telah menyertai aktiviti Mencari Harta Karun pada tahun 2015. Pengalaman menganjurkan aktiviti Mencari Harta Karun selama 6 tahun bermula dari tahun 2010, telah dijadikan sebagai garis panduan dalam menganjurkan aktiviti tersebut dan adalah harapan Sekatarakyat supaya penganjuran aktiviti tersebut di masa-masa hadapan akan dikaitkan secara langsung dengan Sekatarakyat sebagai sumbangan Sekatarakyat kepada gerakan koperasi di Malaysia.
44
PERANCANGAN MASA HADAPAN Keutamaan Sekatarakyat sepanjang masa adalah tanggungjawabnya kepada anggotaanggotanya. Sekatarakyat akan terus melipat gandakan usaha memberikan pulangan yang terbaik kepada anggota-anggota dengan memberi fokus kepada: 1. Menyediakan kemudahan yang berkualiti kepada anggota-anggota Sekatarakyat. 2. Memastikan kebajikan anggota-anggota sentiasa terpelihara dan diutamakan. Selain itu, Sekatarakyat juga akan terus memberikan fokus dan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan dan akan diceburi di masa hadapan seperti yang berikut: 1. Mengembangkan perniagaan Ar-Rahnu X’Change dengan cadangan untuk membuka lagi kedai Ar-Rahnu X’Change di lokasi-lokasi yang berpotensi bagi menjana pendapatan dari perniagaan tersebut. 2. Menaik taraf perkhidmatan pembersihan yang dijalankan di cawangan-cawangan Bank Rakyat di seluruh Malaysia dengan menjalankan perbincangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan pengguna. 3. Mengembangkan perniagaan penyediaan makanan melalui Kafeteria Sekatarakyat dengan meluaskan perkhidmatan katering kepada cawangan-cawangan Bank Rakyat di sekitar Lembah Kelang. 4. Menceburi bidang hospitaliti dengan membeli serta menawarkan tempat penginapan kepada anggota-anggota yang ingin bercuti atau menghadiri latihan-latihan dengan kerjasama yang strategik bersama-sama Bank Rakyat. 5. Membuka hotel bajet & rumah rehat. 6. Pembelian 32-unit Apartment Camelia, Ringlet, Cameron Highland untuk disewakan sebagai rumah rehat. 7. Pelaburan didalam projek perumahan 106-unit rumah teres 2 tingkat dan 50-unit apartment mampu milik di daerah Sepang yang dinamakan “SEKATA VILLA”. 8. Pembukaan Taman Asuhan Kanak-kanak (taska). Melalui komitmen dan sokongan padu daripada anggota-anggota, Lembaga Pengarah dan wargakerja Sekatarakyat, tidak mustahil matlamat Sekatarakyat untuk menjadi salah sebuah koperasi yang kompetitif serta berdaya saing akan dapat dicapai dalam tahun 2016 ini disamping dapat memberikan pulangan semaksima mungkin dalam bentuk dividen kepada semua anggota.
45
Sumbangan Tulus Ikhlas Daripada
46
47
48