KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS • Definisi : kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. • Pemikiran kritis juga merupakan: – proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak – pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru – pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan penilaian – proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan – suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya (metakognitif)
1
• Kelebihan penggunaan pemikiran kritis: – untuk mengumpul seberapa banyak maklumat – menilai betul atau salah sesuatu idea – meningkatkan pemahaman dan keupayaan menggunakan maklumat dengan lebih berkesan – membuat keputusan atau pilihan yang lebih tepat – membuat pertimbangan yang lebih rasional
2
• Ciri-ciri utama pemikiran kritis a) Reaktif : gerakbalas thdp idea yg sedia ada (komen, kritikan dan ulasan). b) Penilaian : menentukan sesuatu idea patut dipercayai (nilai baik atau buruk). c) Analisis : terperinci, objektif dan difahami (meneliti dgn mendalam idea). d) Logik : menaakul secara logik dan bersepadu dgn andaian.
3
• Pemikiran kritis berguna untuk menilai dan memperbaiki idea yang sudah sedia ada. Melalui pengurusan lisan individu berfikiran kritis mampu mencari: – – – – – – – – – –
Di mana silapnya? Di mana salahnya ? Di mana kelemahnya? Di mana kebaikkannya ? Di mana kekuatannya ? Di mana yang tidak selaras ? Di mana yang bertentangan ? Adakah alasannya betul ? Adakah analisisnya tepat ? Adakah kesimpulannya memadai ?
4
Kemahiran mikro dalam pemikiran kritis: - Kritis peringkat rendah - Kritis peringkat tinggi Kritis peringkat rendah • banding dan membeza • kategori/klasifikasi • analisis (teliti bhg.kecil / keseluruhan) • terang sebab • susun ikut urutan 5
Kritis peringkat tinggi • usul andaian/ramalan • buat inferens • hubung kait • buat ramalan • buat generalisasi • buat kesimpulan
6
Kritis peringkat rendah Membanding membeza • Definisi: Meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara 2 objek, peristiwa, idea, berdasarkan aspek-aspek tertentu. • Tujuan: a) mempelajari 2 @ lebih perkara serentak b) memahami sesuatu perkara dgn lebih jelas c) membantu membuat keputusan dgn lebih bijak d) mengklasifikasikan data e) membuat generalisasi dan membina konsep 7
Membuat kategori • Definisi : mengelompokkan maklumat ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri sepunya. • Tujuan: a) mengesan ciri sepunya b) menyusun mengikut ciri c) memudahkan mencari maklumat d) menerangkan sesuatu mengikut kategori e) membuat analisis atau merangka untuk penulisan 8
Menyusun mengikut urutan • Definisi: keupayaan mengatur perkara mengikut susunan atau urutan tertentu • Tujuan: a) memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan b) memudahkan cara penyimpanan ddan pemerolehan maklumat
9
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan • Definisi: keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahagian kecil dengan keseluruhan. • Tujuan: a) menentukan fungsi bahagian kecil b) mengaitkan setiap fungsi bahagian kecil dengan keseluruhan 10
Menerangkan sebab • Definisi: menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab kejadian berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah • Tujuan: a) mencari pelbagai punca mengapa sesuatu perkara berlaku b) memberi sebab sebenar untuk mengesahkan kemungkinan 11
Kritis Peringkat Tinggi Membuat ramalan • Definisi: membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat • Tujuan: a) membuat persediaan tertentu untuk mengalami peristiwa baru b) membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti c ) mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin 12
Mengusul periksa andaian • Definisi: menyiasat dan memeriksa sama ada sesuatu andaian yang telah dibuat benar atau tidak berdasarkan bukti • Tujuan: – memeriksa sesuatu andaian benar atau tidak – membuat keputusan berdasarkan hasil andaian yang telah diperiksa
13
Membuat inferens • Definisi: membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, atau pola tertentu • Tujuan: – membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, alasan dan bukti yang kukuh – merumuskan berdasarkan pola maklumat yang tertentu
14
Mengesahkan sumber maklumat • Definisi: menentukan sama ada punca sumber maklumat boleh diterima atau dipercayai • Tujuan: – menentukan ketepatan maklumat – meningkatkan kemahiran dalam mengumpulkan maklumat
15
Membuat generalisasi • Definisi: membuat kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang menyeluruh dan konsisten • Tujuan: – menggunakan sampel yang bersesuaian dengan objektif – memilih sampel yang dapat mewakili perkara yang ingin dikaji 16
Mencari sebab dan membuat kesimpulan • Definisi: menganalisis dan menilai sebab bagi mencari kesimpulan yang lebih tepat • Tujuan: – membuat keputusan berdasarkan analisis maklumat – mengemukakan hujah dan cadangan yang lebih baik – berfikiran lebih terbuka dan tidak bertindak terburu-buru
17