REKA BENTUK PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEPERIKSAAN SPM BAHASA KADAZANDUSUN: SATU CADANGAN Minah Sintian Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan Email:
[email protected] Tel: 011 11838551 Abstrak Melahirkan modal insan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia memerlukan pelajar menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran elektif dalam peperiksaan SPM perlu diubah suai dan dimurnikan struktur reka bentuk pentaksirannya yang lama selaras dengan KBAT. Kertas kerja ini membentangkan satu cadangan reka bentuk pentaksiran KBAT dalam peperiksaan SPM Bahasa Kadazandusun. Format pentaksiran mata pelajaran tersebut dirancang berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2000. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan contoh soalan SPM Bahasa Kadazandusun tahun sebelumnya dan rujukan kepustakaan. Reka bentuk pentaksiran KBAT SPM Bahasa Kadazandusun mengambil kira aspirasi murid seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan, pengetahuan, profisiensi dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pentaksiran KBAT dalam SPM Bahasa Kadazandusun perlu memastikan pelajar mampu menganalisis maklumat, menghubungkaitkan pelbagai pengetahuan, menyelesaikan masalah dan keupayaan membuat keputusan dengan harapan pelajar mampu memacu pembelajaran sendiri dan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjadi panduan guru-guru mata pelajaran Bahasa Kadazandusun dalam merancang dan menggubal item pentaksiran yang menerapkan elemen KBAT. Kata Kunci: Reka bentuk, pentaksiran, kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Bahasa Kadazandusun
Pengenalan Mata pelajaran elektif Bahasa Kadazandusun baharu menjangkau tiga tahun dalam peperiksaan awam SPM sejak tahun 2011. Format pentaksiran mata pelajaran tersebut direka bentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum seperti yang terkandung dalam dokumen rasmi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011:2). Format pentaksiran ini diluluskan pada tahun 2010 dan telah digunakan pada tahun
1
2011. Kandungan pentaksiran adalah difokuskan kepada bidang pengetahuan, kemahiran bahasa, nilai dan adab serta warisan budaya masyarakat Kadazandusun. Reka bentuk pentaksiran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) perlu bergerak selari dengan aspirasi sistem pendidikan Malaysia dan aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025 (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf) mensasarkan setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke-21 iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir, pengetahuan, profesional dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Gelombang 1 (2013-2015) dalam transformasi pendidikan memberikan tumpuan kepada beberapa kemahiran utama. Antara kemahiran yang difokuskan ialah mereka bentuk soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dalam prakata Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Na’imah binti Ishak (Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013:v), mengungkapkan bahawa penguasaan KBAT amat penting dan wajar diterapkan dalam diri murid kerana kebolehan berfikir aras tinggi amat diperlukan untuk menangani masalah kehidupan seharian yang semakin kompleks, meningkatkan ilmu pengetahuan dan jati diri murid agar mampu menghadapi cabaran hidup. Pernyataan beliau tersebut bukan bermakna instrumen pentaksiran SPM yang lama tidak mempunyai KBAT namun spesifikasi item perlu diubah suai sejajar dengan aspirasi murid dalm PPPM 2013-2025. Dalam ringkasan eksekutif, halaman E-13, PPPM 2013-2015 menyebut bahawa menjelang tahun 2016, 50% soalan dalam SPM haruslah berbentuk pemikiran aras tinggi. Dijelaskan juga bahawa perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan sekolah juga akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.
Konsep Pentaksiran Secara umumnya pentaksiran penting untuk mengetahui sejauh mana tugasan yang dikehendaki dalam kurikulum telah difahami, dan dikuasai oleh pelajar. Pentaksiran juga penting bagi membantu para pendidik menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Aziz (2010:8) menganggap pentaksiran untuk pembelajaran sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru. Mokthar (2009:14), menyatakan pentaksiran sebagai aktiviti penggenap pada pengajaran yang dijalankan secara formal dan tidak formal. Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:2), menghuraikan konsep pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan 2
maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran harus dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, pentaksiran dijalankan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan memastikan aktiviti tersebut bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik (m.s.2). Airasian (1994) yang dipetik dalam Mokhtar (2009:26) menjelaskan konsep pentaksiran sebagai: Some assessment is concerned with teacher’s carrying out their official responsibilities as members of the school bureaucracy. Such assessment can be termed official assessment. Decisions such grading, grouping, assessing achievement, interpreting standardized test scores, meeting with parents, identifying pupils for special needs placement, and making promotion recommendations are part of the official responsibilities a teacher assumes as an employee of school system. Other assessments are used to plan and deliver instruction. Such assessments can be termed instructional assessment and include decisions about what will be taught, how and when it will be taught, what materials will be used, how a lesson is progressing, and what changes in planned activities must be made because of pupil’s reaction to instruction. A third kind of assessment, sizing-up assessment, it used by teachers early in school year to determine their pupils’ social, academic, and behavioural characteristics. This information allows them to set up and maintain an effective classroom society. Pernyataan Airasian, menegaskan peranan guru dan pendidik secara umumnya sangat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentaksir dan pereka bentuk pentaksiran bagi mendapat keluaran hasil yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajarnya. Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pembinaan item menggunakan KBAT dalam pentaksiran berlandaskan bab 2 Visi dan Aspirasi, hlm. 5, PPPM 2013-2015 (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf) yang menerangkan bahawa salah satu atribut utama yang perlu disasarkan kepada kanak-kanak di Malaysia untuk memenuhi keperluan abad ke-21 ialah kemahiran berfikir. Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti pemikiran kreatif dan inovatif (kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharau), pemikiran kritis dan penaakulan (keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan), dan keupayaan belajar (keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat). 3
Konsep KBAT berasaskan definisi berfikir yang dikemukakan oleh para tokoh pemikir sejak mula dikaji oleh Plato dan Aristotle. Aristotle mengatakan ciri yang membezakan manusia daripada haiwan ialah rasionaliti, iaitu keupayaan berfikir ( Ainon & Abdullah, 1995:1). Pada abad ke-19, pemikiran didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi apabila Dewey, 1921 (ms.2), mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yang dilakukan secara sengaja. Guilford (1967) yang dipetik dalam Rosnanaini, Maimun & Mok, 2011:2, berpendapat pemikiran merupakan satu jenis kebolehan atau keupayaan. Mayor (1977), mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah (ms.2). Vincent Rejan Ruggiero (1984), pula mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh jawapan (ms.2-3). Dewey, 1933 (Ainon & Abdullah, 1995:3), sekali lagi mendefinisikan pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran. Definisi Dewey tersebut dikatakan paling berpengaruh hingga ke hari ini. Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:71), mendefinisikan kemahiran berfikir sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sebagai perbandingan antara konsep KBAR dan KBAT, Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk dalam kemahiran kognitif mengingat semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa dan konteks yang lazim (ms.71). Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:71), mendefinisikan kemahiran berfikir aras tinggi dengan memetik takrifan daripada beberapa tokoh pemikir seperti Quellmalz (1985), yang menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea apabila diberikan sesuautu tugasan untuk diselesaikan. Lewis dan Smith (1993), pula berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masala yang bukan lazim dan seterusnya Tomei (2005), menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu (ms.71). Sehubungan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) yang dipetik dalam Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:72), mengestrak pendapat-pendapat tokoh pemikir tersebut dengan mentakrifkan KBAT sebagai: 4
“keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.” Kementerian Pendidikan Malaysia memfokuskan KBAT dalam empat aspek iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (ms.72). Aspek mengaplikasi melibatkan kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu terhadap suatu masalah atau situsai baharu, aspek menganalisis pula mencerakin atau menstruktur maklumat kepada bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain sementara aspek menilai pula merupakan keupayaan membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui pemeriksaan dan kritikan. Akhir sekali, KBAT yang teratas dalam domain kognitif yang ditambah baik oleh Anderson ialah aspek mencipta. Aspek mencipta menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu, menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang baharu.
Aspek Penting Pertimbangan Dalam Perekaan Bentuk Format Pentaksiran dan Pembinaan Item KBAT Perekaan bentuk format pentaksiran perlu mempertimbangkan beberapa perkara asas seperti kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan, penjaminan kualiti dan keserasian dengan kehendak kurikulum (Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011:3 - 4). Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun tahun 2004. Dalam Sukatan Pelajaran, tempat yang menjadi rujukan utama dalam mengenal pasti konstruk ialah matlamat dan objektif mata pelajaran (Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013:20). Pembinaan item KBAT pula memerlukan pelbagai kemahiran yang dapat dikuasai melalui latihan yang insentif dan kritikal dan juga pengalaman (ms.75). Proses ini memerlukan kreativiti kerana setiap item yang dibina mengikut spesifikasinya mempunyai peranan tertentu dalam sesuatu ujian (ms.75). Item yang baik harus mempunyai ciri keakuran (akur kurikulum, akur peluang dan akur spesifikasi), ketepatan dan kejelasan serta kesesuaian. Dalam erti kata lain, item-item yang digubal perlu akur akan kurikulum, akur akan peluang, akur akan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasar, aras kesukaran, konteks dan situasi. Hanya item berkualiti sahaja dipilih untuk dimuatkan ke dalam bentuk ujian atau peperiksaan. Item-item yang dipilih mestilah benar-benar dapat mengukur darjah pencapian satu-satu objektif pembelajaran dan pengajaran. Menurut pakar pendidikan, Dato’ Prof. Dr. Abu Bakar Nordin dan Prof. Madya Dr. Bhasah Hj. Abu Bakar (Abu Bakar & Bhasah, 2008:300), untuk memastikan pembina berjaya memilih item untuk membina satu ujian yang berkualiti, pembina haruslah dapat 5
mengadakan sekurang-kurangnya dua kali ganda bilangan item yang berpotensi yang akan digunakan pada ujian sebenarnya. Setiap item mestilah disemak agar item-item berkenaan sepadan dengan objektif yang disediakan, itemnya tidak mengelirukan pelajar, mudah ditadbir oleh pegawai-pegawai yang menjalankan pra ujian, dan item-item berkenaan mestilah pada aras fidelity (ketepatan) yang bersesuaian. Dalam pentaksiran Bahasa Kadazandusun, kandungan instrumen pentaksirannya harus mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan adab atau nilai yang diperolehi dalam pendidikan mata pelajaran ini seperti yang dihasratkan oleh kurikulum. Justeru, bagi memudahkan guru menentukan kandungan yang telah dipelajar untuk ditaksir, satu jadual spesifikasi ujian (JSU) hendaklah disediakan. JSU membantu guru mengorganisasi idea atau objektif kurikulum supaya dapat dilihat secara dekat tentang kandungan yang perlu diuji (ms.297). Di bawah ini ditunjukkan JSU Bahasa Kadazandusun SPM sebagai cadangan dan panduan membina item-item KBAT.
Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian - Bahasa Kadazandusun Konteks
Aras Kesukaran
Pengetahuan Sistem Bahasa R
S
T
Kemahiran Membaca
Kemahiran
Nilai
Jumlah Aras
Menulis
Estetika
Kesukaran
dan Memahami R
S
T
R
S
T
R
Bahagian A
-Tatasusila
MORFOLOGI 1. Boros Ngaran
2
2. Boros Maan
1
3. Boros Ula
2
-Kreatif -Keyakinan diri
1
-dan lain-lain
4. Boros Toguangon
(diterapkan
5. Boros Nosugku
dalam item
6. Bontuk Mintotoiso
dan skema
7. Bontuk Misompuru
pemarkahan)
8. Bontuk Misaup 9. Pananda Wacana 10. Partikol 11. Tanda Basa 12. Kopomoroitan Ginumu SINTAKSIS
2
1. Frasa
2
2. Klausa 3. Kapamansayan Ayat
2
2
4. Nuludan Ayat PERIBAHASA
3
Bahagian B
6
S
T
PEMAHAMAN
2
1. Prosa
3
1
2. Hiis Bahagian C
1
RINGKASAN Bahagian D
5
KARANGAN
Bilangan: Rendah (R) Sederhana (S) Tinggi (T)
7
2 8
9 3
2
11 1
6
Peratus : Rendah Sederhana Tinggi
9 31 38 31
Penggunaan Kognitif Bloom amat penting bagi pihak berkenaan untuk memahami objektif pelajaran seperti pembentuk kurikulum, penilai pelajaran, guru, pemeriksa, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya (Abu Bakar & Bhasah, 2008:50). Pemahaman tentang tahap koginitif Bloom juga amat penting kepada guru dan penggubal item SPM dalam menyediakan item dalam peperiksaan dan ujian bagi membezakan aras kesukaran soalan yang dibina sama ada soalan objektif atau subjektif. Hal ini penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil kepada setiap pelajar (saharuddinabdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasi-ujian...). Gelombang 1 (2013-2015) dalam PPPM 2013-2025 memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program peningkatan sistem pendidikan dan menyekat kemerosotan lebih teruk dalam pencapaian pendidikan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan inisiatif dalam bidang khusus mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih banyak soalan menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu menjelang 2016, soalan yang mengukur pemikiran aras tinggi akan membentuk 50% soalan bagi mata pelajaran elektif SPM (2013:223). Selaras dengan hasrat kementerian tersebut, Lembaga Peperiksaan menggunakan nisbah aras kesukaran 3:4:3 iaitu bagi setiap 10 soalan, perlu mempunyai 3 item beraras rendah, 4 item beraras sederhana dan 3 item beraras tinggi. Ini agak berbeza dengan nisbah aras kesukaran sebelumnya iaitu nisbah 5:3:2. Cadangan penulisan item KBAT ini bukan sahaja berasaskan terminologi asal dalam taksonomi kognitif Bloom malah membuat beberapa penambahbaikan penting daripada taksonomi Anderson. Berikut ditunjukkan rajah penambahbaikan yang dilakukan oleh Lorin Anderson:
7
Rajah 1: Penambahbaikan Domain Kognitif oleh Lorin Anderson Terminologi Asal (Kata Nama) Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan
Terminologi Baharu (Kata Kerja) Mencipta Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami Mengingat
(Diubahsuai daripada Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013:31)
Cadangan dan Contoh Item Bahasa Kadazandusun SPM Jadual 2: Bahagian A - Item Morfologi - Menulis Ayat 1.
Ponuat ayat momoguno boros id siriba i popokito do karati om koilo ko kopomogunoon dau. i. ii. iii. iv. v. vi.
akan koruhang ginumu pupuan sangkataaman mihad-ihad [12 marka] Mengaplikasi (Menulis ayat)
KONSTRUK KONTEKS ARAS KESUKARAN KBAR/KBAT KATEGORI ITEM
JUSTIFIKASI
Pengetahuan Sistem Bahasa - Morfologi Rendah (i,ii,iii,iv,vi) & Sederhana (v) KBAR Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat membina enam ayat tunggal
Jadual 3: Bahagian A - Item Sintaksis - Mengenal Pasti Frasa Yang Tepat Untuk Menggantikan Frasa Yang Salah & Memeriksa Kesalahan Istilah dan Membetulkannya 2. (a) Koinsanai frasa ginorisan id siriba nopo nga au pointopot. Potopoto’ frasa dilo. i. Sumimpurugu po hulu ku soira nakawaya lobong do hilo Hamadon di okurout tomod. ii. Mimbobok po mihad i Mary kokito dilo tanak duku dau gusaon do patu’ gisom do kodungur. iii. Okito ku i tina di Akang poirikau id solui dompuran paarab do takano paakan di manuk dau di minsosodop konihab. iv. “Muli ko nopo ndo, nga kada soroho pataran do daging manuk hilo id kadai di Chuan Seng,” kaa di tina ku minonolipun doho daamot ku mangamot-kamot do muli.
8
[4 marka] 2. (b) Kiwaa kasalaan do boros id ayat id siriba. Insimoto om posuato’ kawagu boros di pointopot. Alapon toinsanan komulakan do mumbaya piboi’an sipoot i pohoroon ontok karamayan tadau kaamatan id watas Ranau. ii. Pakalaja i John sabaagi monginginsada id Upisol Pomogompian Sada Waig Aanau id watas Kota Marudu di walu toun di nakatalib. iii. Sontangkus-tangkus po i tangaanak id kopuruan daamot moginakan o hilo walai maman Kihoi di minggu nakatalib sabap apatau om agayo tomod o koliwanan do walai disio. iv. “Kada diu popinsilingo’ ino watu hino pononsiba tu’ maan tokou pasasado’ hilo ralan di nokubangan,” kaa di tina ku nga aiso mokinongu dilo tangaanak di taka ku. [8 marka] i.
KONSTRUK KONTEKS ARAS KESUKARAN KBAR/KBAT KATEGORI ITEM JUSTIFIKASI
Memahami (Mengenal pasti kesalahan frasa & membetulkannya (2a), Menganalisis (Memeriksa kesalahan istilah dan membetulkannya (2b) Pengetahuan Sistem Bahasa - Sintaksis (2a) Rendah (ii, iv), Sederhana (i,iii) / (2b) Sederhana (i,iii) & Tinggi (ii,iv) KBAR /KBAT Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat menjawab dua soalan pada bahagian (2a) dan mengenal pasti dua kesalahan istilah dan membetulkan satu istilah (2b).
Jadual 3: Bahagian A - Item Peribahasa - Mengenal Pasti Peribahasa Dan Menerangkan Maksudnya
3. Basao’ kotob teks id siriba, insimoto’ tolu tukadan om onuai rati di kosudong. I Poinuun om i Poundapu nopo nga tulun mikoruhang di abagos tomod do kumalaja tu’ tikid tadau momoruluk busul tandaha mongoi pomutung do gata. Gata nopo diolo di katatanom nga otunda tomod sabap osogit tonggom. Muli nopo yolo soira monguni tongil. Roroyohon no yolo tulun kampung gisom do nadadi poomitanan tavasi sabaagi mongingindapu. (i) (ii) (iii)
……………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………… [6 marka]
KONSTRUK KONTEKS ARAS KESUKARAN KBAR/KBAT KATEGORI ITEM
JUSTIFIKASI
Memahami (Mengenal pasti peribahasa dan menerangkan ertinya) Pengetahuan Sistem Bahasa - Peribahasa Sederhana KBAR Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat mengenal pasti dua peribahasa dan memberikan satu maknanya dengan tepat
9
Jadual 4: Bahagian B- Item Prosa Klasik - Mengecam, Mentafsir, Memeriksa, Dan Menilai Kandungan Teks Basao’ tangon id siriba om onuai sisimbar toinsanan o pongudiaan sumusuhut miampai momoguno ayat sondii. I’ nopo di laid po, nga haro songulun tanak wagu pinungaranan do Yanakanak. Yanakanak nopo nga aparu momukasip. Nongoi dau pataano’ i kasip do hiri puru id somok do tionon dau. Mogisuusuai po kosulung do kasip di Yanakanak miagal ko’ tombolog, borud, om bosing. Tikid tadau ngoyon di Yanakanak susuyo’ i kasip nga haro kasaai o kosulung sundung pia amu ogumu. Insan tadau, ongoi no i Yanakanak ponusui di kasip dau. Nokotigoo’ tomod i Yanakanak tu’ aiso tiiso kisulung di kasip. Osuayan tomod yau aiso sulung di kasip tu’ i nopo i kasip nga nangawakas no. “Isai ma oporian tomod mooi panganu sulung diti kasip ku?” ka di Yanakanak. Koduo om kotolu tadau, ngoyo kawagu di Yanakanak susuyo’ i kasip dau. Nokito dau do nangawakas i kasip dau nga amu kisulung. “Isai nodii kopio minongongoi sulung diti kasip ku?” ka di Yanakanak do otogod nodii yau. Pouliai no di Yanakanak hiri walai dau. Pangasa no yau di dangol gisom do atarom tomod. Kosuabon dii, amu po nokoimbulai i tadau, pamanau no Yanakanak minongoi ponusui di kasip dau. Mantad id sodu po, okito di Yanakanak o kiwot po di Rogon Gayo popikulapai-kulapai di sulung do hiri basung dau. “Atuk, om ika pama minongongoi dino sulung do kasip ku dii oi Ogon Gayo, nga kada po dika,” kaka di Yanakanak do minitilombus do minuli. Piasa-asai kawagu di Yanakanak i dangol gisom do molong-kolong po kotoromon. Insan nopo potibaso’ di puun do kayu nga ongopayus nopo i kayu. I tandus nga naasa nogi di Yanakanak gisom do atarom tomod. Kosuabai dii, kumoingapat nogi di manuk do moningkukuuk nga pamanau no i Yanakanak minongoi ponusui di kasip dau. Kokosupai no di Yanakanak i Rogon Gayo do maso manganu di sulung do kasip. “Ika i’ pama munsamang tomod dino sulung do kasip ku oi Ogon Gayo, kada po dika!” kaka di Yanakanak minomogunut do tobuk dau. Paakangon nogi di Yanakanak i dangol do hiri tulu di Rogon Gayo nga boros-boros kaka i Rogon Gayo, “Atukoi, Yanakanak, kada oku po dika patayo! Mongoi kito po hilo walai ku om mamalasu kito po di sulung diti kasip nu om mibai’ kito do makan.” Naanu mantad Manuskrip Tinimungan Tangon Tinaru Kadazandusun nulud di Minah Sintian & Rosliah Kiting.
1. Nunu rati do nangawakas? [1 marka] 2. Intutunai tadau kopiro do noilaan kopio di Yanakanak do minongongoi sulung do kasip dau nopo nga i Rogon Gayo. [2 marka] 3. Pointalango’ tanda do atarom tomod i dangol di Yanakanak. [2 marka] 4. Suai ko’ momoguno do kasip, poboroso’ nunu kawagu kakamot mokidupot dounguugulu mantad tinaru tokou di oilaan dikoyu? Pointalango’ mantad nunu iri winonsoi? [2 marka] 5. Suai ko’ aparu, toinuo’ kawagu duo woyo toluud di Yanakanak maya kotob teks id kawas. [4 marka] 6. Nung tumumboyo’ i Yanakanak di Rogon Gayo mongoi hilo id walai dau, maya pomusarahan nu sondii, posoguo’ nunu aantakan soira korikot do hilo. [4 marka]
10
KONSTRUK KONTEKS ARAS KESUKARAN KBAR/KBAT KATEGORI ITEM JUSTIFIKASI
Memahami (menerangkan, kenal pasti), Mengingati & Memahami (nyatakan, menerangkan), Menganalisis (periksa), Menilai (mencadangkan) Kemahiran Membaca dan Memahami - Petikan Prosa Klasik Rendah (1,4), Sederhana (2,3,5), Tinggi (6) KBAR / KBAT Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat menjawab soalan 1- 4 dengan tepat
Jadual 5: Bahagian C - Item Ringkasan - Mengenal Pasti, Membezakan, Memilih Dan Menghasilkan Ringkasan Basao’ teks id siriba om ponuat do iso pogintigasan kokomoi do korutumon i aanu soira sumunsung do kadaaton. Ninaru pogintigasan nopo nga id piolitan 80-100 patod boros. Milo ko nogi momoguno boros sondii nga au popoundaliu di rati id suang do teks. Tinaru Kadazan Dusun di guugulu nopo nga mamantang tomod do kadaaton. Kadaaton nopo nga kirati do korutumon. Haro piipiro tanda kadaaton di au obuli sunsungon. Tanda nopo diti nga okito maya songgongi toi ko’ tayam id gouton. Kiwaa piipiro kadaaton di pantangon tulun guugulu miagal ko’ kadaat do lontugi id ralan. Kalasulasu i lontugi do totonomon nung mananom do kinotuan miagal ko’ rumiou toi ko’ kotopon do songgongi. Nung koruba lontugi, mositi no do pogulian id walai. Ingkaa nogi nung kokunama gonsuri dumarapas do ralan. Korugus i tayam diti do totonomon soira sumunsung. Tuni gonsuri di monorisit om lohok do paus nga apagon tomod o kadaaton sokiro mongoi panganu suduon tu’ kosorob do lamin. Ingkaa nogi soira mongoi posondot i tulun do asil dumoon miagal ko sigup, om losun hilo id kakadayan Tamparuli, Tuaran, om Sosondoton Inanam, nung kotimbaba yolo do kadaaton, au no yolo milo tumilombus mamanau. Modosi kaka kaanu korutumon tawagat miagal ko’ apatai, om otipuan do gakod. Laang nopo wonsoyon diolo nga mundorong om modop do hiri tanga ralan ontok sodop dii toi ko’ pogulian nung au no osodu i kinaantakan. Nung sumunsung nga modosi do otinduk tulanut toi ko’ akanon do bakas om rimau id tindalanon. Sokiro nopo nokorikot no yolo hiri id dumoon om masaan diolo do kumalaja miagal ko’ morobuat, om sigog i nokorongou tuni tombolog nahagan, tombolog longkug, toi tuni paus nga mositi do mundorong kumalaja. Nung sumunsung yolo di kakadaaton, otumbayaan yolo do rumiou i totonomon diolo. Suai ko’ totonomon, haro nogi kotumbayaan do tumanus i kohoro-horoon toi ko’ haro apatai tulun di koupuson diolo. Kalasu-lasu kopio soira korongou tuni tombolog dilo nung au no pantangon. Kogumuan tulun Kadazan Dusun mongoi suang id talun mogihum do kayu mangan do waalon, toi gunoon do siduon. Ogumu kadaaton loolobi po id kopuruan di apatut tomod do pantangon. Nung kokito pungit sontuludtulud pitangaadau daamot mongingkayu nga mositi no mundorong om tumingkod. Otumbayaan yolo do kaanu kinaantakan au ongosogit-sogit i mongingion id suang lamin diri. Kinaantakan nopo di lobi apangkal nga osorob i lamin di winonsoi momoguno kakamot di naanu ontok haro kakadaaton om au pinantang. Naanu om pinudali mantad kalatas kalaja Kadaaton Tinaru Kadazandusun: Koubasanan Om Kotumbayaan Di Mongowit Korutumon?, sinuat di Minah Sintian, CD Prosiding Seminar Bahasa Kadazandusun 2013. Memahami (kenal pasti), Menganalisis (periksa, membezakan), Menilai ( memilih), Mencipta (hasilkan, tulis) KONSTRUK Kemahiran Membaca, Memahami dan Menulis - Petikan Umum KONTEKS Tinggi ARAS KESUKARAN KBAT KBAR/KBAT KATEGORI Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat mengenal pasti arahan ITEM soalan dan menulis ringkasan menggunakan ayat bercampur sebanyak 80 patah perkataan JUSTIFIKASI
11
Jadual 6: Bahagian D - Item Karangan - Merancang, Menghasilkan dan Menulis Karangan Ponuat karangan kokomoi iso (1) mantad limo pongudiaan id siriba. Ninaru nopo karangan nga mositi kolobi do 200 patod boros. 1.
Pagadatan Tinaru Kadazan Dusun.
2.
Tikid tadau ogumu tulun kohompit id koligaganan talun-alun loolobi po soira maanandak tadau karamayan. Ponuat iso rencana kokomoi tadon koligaganan om laang kosudong montok mongilag do koligaganan diti.
3.
Ika nopo nga songulun tanak sikul i susumakai kasari do baas sikul. Ogumu kobolingkaangan i okito nu dasom do momoguno baas diri. Ponuat iso surat kumpilin kumaa di sanganu syarikat baas kokomoi kobolingkaangan dii. Ponuat nogi piipiro suul do monolibamban kobolingkaangan dii.
4.
Tinaru Kadazan Dusun nopo nga kakal po mogipaapantang sopikotulun. Kotumboyo’ ko nangku diti? Onuai kotolinahasan di kosudong.
5.
Pomonsoi iso susuyan miampai momoguno ayat kolimpupuson id siriba: “...Mantad tadau dii, mimparagat nodii i Henry mongoi sikul.”
KONSTRUK
KONTEKS ARAS KESUKARAN KBAR/KBAT KATEGORI ITEM JUSTIFIKASI
Mencipta (merancang, menghasilkan dan menulis) Kemahiran Menulis Karangan - Soalan 1 boleh berbentuk apaapa jenis karangan berformat dan tidak berformat, karangan berformat (rencana (2) & surat kiriman rasmi (3), tidak berformat (hujah setuju atau tidak setuju (4) & menulis naratif menggunakan ayat akhir yang telah ditentukan (5) Tinggi KBAT Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat menyatakan tiga isi beserta dengan ayat huraian mudah dan ayat contoh sebanyak 200 patah perkataan
Kesimpulan Pentaksir merangkap pembina item haruslah memahami dan menguasai objektif kurikulum yang diajarnya kerana objektif adalah asas bagi pemilihan bahan-bahan, isi kandungan, kaedah, perjalanan pengajaran dan pembelajaran dan ujian ke atas pelajar-pelajar (Abu Bakar & Bhasah, 2008: 37). Pembina item Bahasa Kadazandusun peringkat SPM perlu peka berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar tentang bahasa kerana pelajar terdiri daripada penutur pelbagai dialek. Catatan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) menunjukkan bahawa terdapat 40 subetnik Kadazandusun di negeri Sabah (http://kdca,org.my/). Selain itu, guru-guru yang menjadi penggubal item juga bukan terdiri daripada opsyen Bahasa Kadazandusun. Kajian Minah & Norazimah (2013:32-35), mendapati 70 orang responden guru Bahasa Kadazandusun yang mengajar di sekolah menengah negeri Sabah adalah daripada guru 12
pelbagai opsyen. Kajian mendapati majoriti opsyen responden semasa di institusi pengajian tinggi ialah Bahasa Melayu ataupun Pengajian Melayu sebanyak 28.57% (20 orang), Bahasa Inggeris ataupun TESL sebanyak 14.29% (10 orang), Ekonomi sebanyak 14.29% (7 orang), Sejarah 8.57% (6 orang) dan diikuti Matematik dan Pendidikan Jasmani Kesihatan masing-masing sebanyak 5.71% (4 orang). Responden juga mengemukakan beberapa masalah semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu 21.43 % (15 orang) mengatakan bahawa mereka kurang memahami perkataan atau dialek setempat dan kepelbagaian dialek daerah menyukarkan pilihan istilah yang betul untuk digunakan. Deklarasi penggunaan dialek Bunduliwan sebagai bahasa standard bagi pelbagai etnik Kadazandusunik dan Paitanik masih mengizinkan dialek-dialek lain digunakan sebagai pengayaan bahasa (SJDisimon, 2009). Sehubung itu, istilah-istilah yang diguna pakai dalam konstruk item perlu didedahkan kepada para pelajar bagi menjamin kesahan item.
Rujukan Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar (2008). Pentaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ainon & Abdullah (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.Sdn Bhd. Aziz Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Puralan Boros Kadazandusun id Sikul. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). Format Pentaksiran Bahasa Kadazandusun. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Minah Sintian (2013). Kadaaton Tinaru Kadazandusun: Koubasanan Om Kotumbayaan Di Mongowit Korutumon? Dalam CD Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Kadazandusun 11 Julai 2013. Kiulu: SMK Tun Fuad Stephens. Minah Sintian dan Norazimah Zakariah (2013). Penggunaan Aspek Tatabahasa Kadazandusun: Kajian Terhadap Guru Kadazandusun Sekolah Menengah di Sabah. Geran Penyelidikan Universiti 2011- 0030-107-01. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (t.t). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Minah Sintian & Rosliah Kiting (eds.). Tinimungan Tangon Tinaru Kadazandusun / Himpunan Cerita Kadazan Dusun (manuskrip yang belum diterbitkan). Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Internet A Model of Learning Objectives - Iowa State University. Diperolehi pada Ogos 31, 2014 daripada www.celt.iastate.edu/pdfs-docs/teaching/RevisedBloomsHandout.pdf SJDisimon (2009). Kadazandusun Language. Diperolehi pada Julai 1, 2013 daripada kadazansocietysabah.blogspot.com Diperolehi pada Ogos 31, 2014 daripada saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasiujian... Diperolehi pada Ogos 31, 2014 daripada http://kdca,org.my/ Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperolehi pada Ogos 28, 2014 daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf
14