SYARAT DAN TERMA PENYERTAAN PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014
1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar pensyarah, penyelidik, Felo Penyelidik dan Pasca Doktoral di UPMKB serta Agensi Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta. 2. Setiap jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, wajib menghantar sekurang-kurangnya SATU (1) penyertaan pameran bagi mewakili jabatan masing-masing. 3. Pameran juga terbuka kepada pihak atau individu yang ingin menyertai pameran teknologi pertanian. 4. Bahan pameran atau projek rekacipta mestilah teknologi atau mesin yang digunakan dalam perspektif pertanian: a. Mesin memproses hasil pertanian b. Alat atau jentera pertanian. c. Sistem atau konsep pertanian baru (new agriculture concept). d. Aplikasi teknologi dalam pertanian. e. Industri asas tani. f. Mesin atau alat yang berpotensi untuk dimajukan dalam bidang pertanian. 5. Peserta perlu sentiasa berwaspada ke atas keselamatan barang dan produk masing – masing sepanjang pameran berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau sebarang kerosakan semasa dan selepas pameran berlangsung.
PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2014
6. Terma-terma dan syarat-syarat khas "Tapak Pameran Program UPMKB Agrotech Exhibition (UAE) 2014” ini adalah terpakai dan berkuatkuasa ke atas semua peserta. 7. Pihak penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda peraturanperaturan ini pada bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya. 8. Pendaftaran dan penyertaan ini bermakna anda menerima peraturan-peraturan ini. Para peserta bersetuju untuk bekerjasama dan mengikut semua arahan daripada pihak penganjur mengenai tapak pameran ini dan penyiarannya. 9. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan. 10. Kegagalan pihak penganjur untuk menguatkuasakan sebarang terma dan syarat khas dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak. 11. Pihak penganjur berhak untuk menamatkan dan membatalkan tapak pameran ini pada bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun. 12. Peserta pameran bertanggungjawab memastikan kebersihan tapak pameran sebelum, semasa dan juga selepas program. 13. Peserta perlu memastikan peralatan, perkakas serta kemudahan yang akan disediakan oleh pihak penganjur dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebarang kerosakan terhadap mana-mana peralatan, perkakas serta kemudahan yang disediakan, pihak peserta pameran boleh dikenakan tindakan ganti rugi. 14. Peserta
pameran
bertanggungjawab
dalam
memastikan
keselamatan
pengunjung serta pembantu semasa ianya berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan atau kecederaan. Ia diletakkan sebagai kecuaian pihak peserta pameran. 15. Sebarang pertanyaan mengenai pameran boleh dirujuk dengan pihak penganjur atau urusetia program.
PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2014
BORANG PENYERTAAN PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN PROGRAM UMPKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014 “Innovation for Sustaining Agriculture”
*Sila baca arahan berikut:
Semua peserta harus membaca terma dan syarat-syarat pameran. Semua maklumat mestilah diisi dengan lengkap dengan menggunakan huruf besar. Borang ini perlu dihantar dan dikembalikan semula kepada pihak uruetia pertandingan sebelum ataupun pada 9 JUN 2014. Sebarang maklumat terkini, sila layari: http//upmkbagrotechexhibition.blogspot.com
1) Penyertaan dari: Sila tanda X pada petak yang berkenaan dan nyatakan.
Sekolah Menengah
IPTA
IPTS
Agensi Kerajaan
Agensi Swasta
Individu
Lain-lain
Nyatakan:
2) Butir-butir peserta pameran (maksimum 4 orang): Nama peserta
PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2014
No. Kad Pengenalan
No. Telefon
3) Pegawai yang boleh dihubungi
:
No Kad Pengenalan
: _________________________________
Jawatan
:
Alamat surat menyurat
:
No Telefon
: _________________________________
4) Bahan pameran yang dipamerkan: Mesin memproses hasil pertanian Alat atau jentera pertanian Sistem atau konsep pertanian baru (new agriculture concept) Aplikasi teknologi dalam pertanian Industri Asas Tani Mesin atau alat yang berpotensi untuk dimajukan dalam bidang pertanian
Nyatakan:
5) Perakuan pemohon: - Kumpulan kami mengisytiharkan bahawa kami telah MEMBACA dan BERSETUJU mematuhi peraturan dan syarat pameran. - Kami bertanggungjawab untuk menanggung semua kos yang terlibat dalam menyertai pameran ini. - Kami mengaku bahawa semua butiran dan keterangan yang diberikan di atas adalah benar. Tarikh
: ______________________
Tandatangan ketua kumpulan : __________________________________ ( ) No Kad Pengenalan
: _________________________________
PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2014
Borang penyertaan ini boleh dihantar ke alamat berkenaan: Ketua Urusetia Pameran Teknologi Pertanian 2014, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Peti Surat 396 Jalan Nyabau, 97008 Bintulu, Sarawak. No Telefon
: 086 – 855217 / 019 – 9528984
No Fax
: 086 – 855428
Laman blog : upmkbagrotechexhibition.blogspot.com E-mail
:
[email protected]
Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur Tarikh Terima
PAMERAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2014
Diterima Oleh
Tandatangan