DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)
TAHUN PENGUKUHAN
2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
[ Masalah Pendengaran ]
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010
Cetakan Pertama 2010 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Kandungan
iii
Rukun Negara
iv
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
v
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)
vi
Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK
viii
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
ix
Pendahuluan KSSRPK Pendidikan Islam
1
Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun Pengukuhan
4
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia
yang
berilmu
pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap
keharmonian
dan
kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara
v
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN Pendahuluan Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”. KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Matlamat Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
vi
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri
vii
Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
Insan seimbang
Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Keterampilan Diri
Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
ix
MATLAMAT KSSRPK PENDIDIKAN MORAL
PENDAHULUAN KSSRP Masalah Pendengaran ialah satu program mendidik murid masalah pendengaran supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moral murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat memberi satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merialisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara,Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang kukuh dan bersikap toleransi. Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid masalah pendengaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid masalah pendengaran menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi serta cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Murid masalah pendengaran juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, CD–Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi.
1
Kurikulum Pendidikan Moral Masalah Pendengaran bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Moral Masalah Pendengaran membolehkan murid: i. memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. ii. meningkatkan amalan budi pekerti mulia. iii. menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,negara serta alam sekitar, dan iv. mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral, dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
ORGANISASI KANDUNGAN KSSRP Pendidikan Moral Masalah Pendengaran mengandungi 14 nilai murni untuk di sampaikan dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Nilai-nilai murni ini adalah sesuai untuk disampaikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah rendah untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia berakhlak mulia. KANDUNGAN 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
FOKUS Fokus KSSRP Pendidikan Moral Masalah Pendengaran adalah seperti berikut; i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan perasaan moral. ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan murid bermasalah pendengaran berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. iii. Perlakuan Moral Kebolehan murid bermasalah pendengaran mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral.
3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 5. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 6. Hormat-menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan. 2
7. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
serta
8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. 10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
dan
12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. 13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.
3
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN PENGUKUHAN Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
1. Kepercayaan kepada Tuhan. Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.1.1
Menunjukkan kepelbagaian ciptaan Tuhan
1.1.2 Mewarna gambar berkaitan keindahan alam 1.1.3 Mengambil bahagian dalam aktiviti menjaga keindahan alam 1.1.4 Melakar keadaan alam di sekitar kawasan sekolah
1.1. Mengetahui keunikan alam
2. Baik hati
2.1.1 Mengetahui cara membantu ahli keluarga Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan 2.1.2 Keperluan membantu ahli keluarga orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral 2.1.3 Menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga 2.1.4 Menghasilkan buku skrap tentang cara-cara membantu ahli secara tulus ikhlas. keluarga. 2.1 Membantu ahli keluarga
3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas 3.1.1 Tahu tanggungjawab terhadap diri sendiri. serta kewajipan dengan sempurna. 3.1.2 Melaksanakan tanggungjawab diri. 3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri.
4
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
4. Berterima kasih. Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan 4.1.1 Mengamalkan ucapan terima kasih dalam kehidupan seharian. penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau 4.1.2 Mengenali cara memberi penghargaan. pemberian. 4.1.3 Memberi penghargaan melalui pelbagai cara. 4.1.4 Menghasilkan kad ucapan / nota/ e-mel hari lahir atau hari istimewa. 4.1 Mengamalkan sikap berterima kasih
5. Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan 5.1.1 Mengenal tingkah laku yang sopan. seharian. 5.1.2 Mengamalkan tingkah laku yang sopan dalam kehidupan seharian. 5.1.3 Membuat lakonan ringkas yang menunjukkan tingkah laku yang 5.1 Menunjukkan adab dalam tutur kata dan bersopan. tingkah laku.
6. Hormat-menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial 6.1.1 Mengenali cara menjaga diri sendiri dengan memberi layanan yang sopan. 6.1.2 Menghormati diri sendiri 6.1.3 Menghormati setiap individu seperti menghormati diri sendiri. 6.1 Menghormati diri
5
Standard Kandungan
7. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 7.1 Menyayangi diri
Standard Pembelajaran
serta 7.1.1 Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri. 7.1.2 Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri 7.1.3 Menghargai diri dengan menjaga kebersihan dan keselamatan diri 7.1.4 Mengecam peralatan untuk menjaga kebersihan
8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
8.1.1 Mengenali contoh keadilan dalam perlakuan seharian 8.1.2 Tujuan mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.
8.1 Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.
9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan 9.1.1 Menceritakan perlakuan berani mempertahankan maruah diri tabah. berpandukan gambar. 9.1.2 Main peranan tentang kepentingan berani mempertahankan maruah 9.1 Mengamalkan sikap berani diri. mempertahankan maruah diri.
6
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap 10.1.1 Mengenal sebab-sebab perlunya bercakap benar. perlakuan. 10.1.2 Mengamalkan sikap bercakap benar dalam perlakuan harian. 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam diri.
11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
dan 11.1.1 Mengetahui ciri-ciri diri yang bersikap rajin. 11.1.2 Kebaikan mengamalkan sikap rajin. 11.1.3 Mengamalkan sikap rajin dalam diri.
11.1 Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan
12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama 12.1 Bersedia memberi kerjasama kepada yang memerlukan
12.1.1 Mengetahui kebaikan bekerjasama 12.12 Mengenal pasti aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama individu berdasarkan gambar. 12.1.3 Menjalankan aktiviti bersama-sama rakan
13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan 13.1.1 Mengenal perlakuan sederhana dalam diri dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan 13.1.2 Mengetahui kepentingan bersikap sederhana orang lain. 13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana dalam kehidupan seharian 13.1 Mengamalkan sikap sederhana dalam Diri
7
Standard Kandungan
14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur , sabar demi kesejahteraan hidup
Standard Pembelajaran
dan mengawal diri
14.1.1 Mengamalkan sikap bertolak ansur. 14.1.2 Melakonkan sikap bertolak ansur. 14.1.3 Bercerita kisah berunsurkan sikap tolak ansur.
14.1 Mengamalkan sikap toleransi dalam diri
8