168
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pengurusan dan pembangunan manusia merupakan asas strategi perniagaan kami bagi kesemua kejayaan Kumpulan. Kami percaya sumber manusia menjadi sumber produktif yang sangat penting yang terletak dalam keupayaan dan motivasi kakitangan yang merupakan kelebihan bersaing kami yang terbaik. Asas kami ke atas kejayaan modal insan Kumpulan berpunca daripada komitmennya yang kukuh terhadap lapan (8) Nilai Pembangunan Manusia Utama ini yang ditunjukkan dalam falsafah Pengasas dan Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow.
PEMBELAJARAN BERTERUSAN
MENCIPTA NILAI
PRESTASI
Kami mensasarkan untuk melahirkan pemimpin yang bertaraf PERNIAGAAN dunia. Kami percaya bahawa kami merupakan antara CEMERLANG Kami komited dalam perjalanan pengusaha yang dikenali dalam meperkenalkan dan pembelajaran di dalam dan di luar Kami berdedikasi untuk mendukung mencungkil bakat-bakat yang banyak dalam di sepanjang hayat Kumpulan kami. reputasi kami demi kecemerlangan industri kita. Kami berusaha untuk memberikan Kami menyediakan peluang-peluang dalam setiap aspek perniagaan kami. yang terbaik kepada kakitangan kami dan yang strategik kepada kakitangan kami Kami percaya bahawa organisasi yang tidak pernah gagal memberi anugerah untuk menghasilkan idea-idea yang berbeza cemerlang akan berkembang dan menarik kepada yang terbaik. Kami mahu dan kepakaran pelbagai peringkat, jabatan dan kakitangan yang cemerlang. Kami tertumpu mewujudkan kerja yang daripada pelbagai organisasi. Kami akan terus kepada menjana prestasi kewangan yang meransangkan dan meningkatkan cara kami bekerja. cemerlang untuk menjamin kejayaan yang memuaskan kepada berterusan dan kukuh untuk Kumpulan kakitangan dan kakitangannya. kami.
MERANGKA LALUAN KERJAYA Kami bersungguh-sungguh dalam mengoptimumkan potensi kakitangan kami sepenuhnya dan memperkenalkan pertumbuhan individu. Kami menyokong persekitaran di mana kakitangan kami boleh menggunakan kebolehan mereka sepenuhnya dan mencapai cita-cita mereka. Kami membolehkan kakitangan kami berkembang di dalam organisasi dan mempunyai kerjaya yang menjamin masa hadapan mereka dengan kami.
PENYAYANG
ETIKA Komitmen kami untuk tanggungjawab kami kepada kakitangan kami, pemegang polisi kami, kerjaya kami, kepada industri dan masyarakat keseluruhannya tanpa berbelah bahagi. Kami terus menetapkan tahap yang tinggi dalam etika perniagaan dan tadbir urus korporat.
KEBAJIKAN
Kami komited dalam menyediakan tempat Kami percaya bahawa kejayaan Kumpulan KEADILAN kerja yang selesa untuk kakitangan kami. Kami merupakan kejayaan kakitangannya. Kami berusaha untuk menyemai kesejahteraan dan mahu kakitangan kami bertambah maju dalam Kami diperkaya dengan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat kemewahan Kumpulan ini. Kebajikan Kumpulan pelbagai demografi, bangsa dalam segala yang kami lakukan sebagai satu terbukti dengan cara ia disediakan untuk dan jantina kami. Kami percaya Kumpulan. Kami sentiasa menganjurkan kakitangannya. bahawa sinergi diatur daripada inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial pelbagai perspektif pembezaan kami dalam usaha kami mewujudkan mempengaruhi pertumbuhan Kumpulan dari masyarakat yang penyayang. segi penyelesaian masalah dan penghasilan idea.
Nilai-nilai ini merupakan kunci untuk menyampaikan misi dan falsafah korporat Kumpulan. Di peringkat yang strategik, nilainilai ini menyediakan perkhidmatan kami, memberi kesan budaya kerja kami, memaksimakan prestasi perniagaan kami dan memberikan erti dan tujuan dalam kerja seharian kami.
Corporate-Malay.indd 168
1/21/11 10:04:00 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
169
MENGUKUHKAN KEUPAYAAN KAMI Tujuan kami, selaras dengan inisiatif-inisiatif Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan bakat-bakat sedia ada kami untuk melahirkan pewarisan tenaga kerja yang cekap secara berterusan di dalam Kumpulan dan memastikan keteguhan jangka panjang dalam industri insurans. Pelbagai inisiatif pembangunan sumber manusia disediakan sepanjang tahun untuk menyediakan kakitangan kami dengan latihan yang berterusan dan peluang-peluang pembangunan. Kami percaya dalam mengadakan dialog dan penglibatan yang berterusan dengan kakitangan kami. Kami mengadakan mesyuarat di antara kakitangan pengurusan perniagaan kanan dan kakitangan dari pelbagai jawatan untuk menyumbang saran idea-idea baru dan maklum balas pasaran. Untuk mendalamkan dan meluaskan integrasi pelbagai bakat-bakat Kumpulan, persidangan perniagaan strategik yang telah diadakan antara pendorong utama untuk mengkaji semula dan membincangkan perancangan dan strategi perniagaan Kumpulan. Pada bulan Januari dan November, para pengurus berkumpul untuk membincangkan kajian semula dan menyumbang saran mengenai membina strategi perniagaan untuk Kumpulan. Mesyuarat pengurusan diadakan dengan konsisten secara bulanan dan diadakan secara dialog terbuka. Sesi dialog dan persidangan ini menyediakan platform untuk ketua pasukan perniagaan dan ketua jabatan berkongsi ideaidea dan perancangan mereka untuk masa hadapan. Dalam persediaan untuk perniagaan antarabangsa, kami menganjurkan Persidangan Rakan Kongsi Global pada bulan Julai untuk ketua pasukan perniagaan. Persidangan ini menggalakkan pembangunan idea-idea dan pendedahan ketua pasukan perniagaan kami terhadap pelbagai kemungkinan yang tidak dapat dimanfaatkan untuk pengembangan perniagaan. Dalam bulan yang sama, kami mengadakan Bengkel Pengurusan Masa untuk menyedarkan pengurus rendah tentang cara yang terbaik untuk menguruskan bebanan kerja dan masa mereka pada tahap yang optima. Di bengkel tersebut, pengurus rendah ini dilatih mengenai teknikteknik amalan pengurusan masa dan belajar untuk mengawal masa mereka. Pada bulan Oktober, kami menganjurkan seminar untuk para pegawai mengenai Keberkesanan Pasukan Bagi Prestasi Yang Tinggi. Pada bulan November, para eksekutif kami diberikan latihan mengenai Pengurusan oleh Matlamat. Pada bulan Disember, kami menganjurkan Bengkel Membina Pasukan untuk para eksekutif kanan kami.
Corporate-Malay.indd 169
Bagi memastikan kakitangan kami dilengkapkan dengan pengetahuan produk yang betul, kami mengadakan programprogram latihan produk insurans secara berterusan. Selain daripada itu, kakitangan kami digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program-program luar dan seminar industri tempatan yang menyediakan pembangunan terkini dalam industri di luar pengalaman biasa Kumpulan. Pelbagai latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh organisasi dan institusi yang terkenal seperti Institut Insurans Malaysia (MII), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia (NIAM), Biro Penginsurans Motor (MIB), Persatuan Kebangsaan Tuntutan Insurans (NICS), Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia Berhad (FRAM), Institusi Pemeriksa, Institut Bank-bank Malaysia (IBBM), Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM), KPMG Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah dihadiri oleh kakitangan kami di sepanjang tahun. Selain daripada program yang diadakan di dalam negara, Kumpulan juga menghantar wakil dalam pelbagai persidangan antarabangsa di mana rangkaian perniagaan dibina dan pengalaman budaya antara negara dikongsi bersama. Antaranya adalah Kursus Am Sekolah Insurans (Am) Jepun Sesi ke-39 tahun 2010. Kumpulan juga menghantar wakil dalam Kursus Latihan Insurans Kejuruteraan oleh Rakan Kongsi Syarikat Insurans Semula di Zurich, Switzerland. Kami juga mengambil bahagian dalam Forum Pakatan Strategik 2010 yang diadakan baru-baru ini di Phuket, Thailand anjuran oleh Syarikat Insurans Persekutuan Chubb Cawangan Labuan dan Persidangan Tuntutan Asia 2010 yang diadakan di Singapura anjuran Syarikat Insurans Semula Swiss. Kami juga mengambil bahagian dalam Seminar Tahunan Insurans Antarabangsa NIPPONKOA yang dianjurkan oleh perniagaan bersekutu kami, NIPPONKOA Insurance Co. Ltd di Tokyo, Jepun. Seminar ini melibatkan cawangancawangan luar NIPPONKOA, wakil-wakil pejabat dan rakan kongsi perniagaan luar negara dari serata dunia seperti Hong Kong, Taiwan, Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam, Jerman, Singapura dan Malaysia. Selain daripada mempelajari tentang perniagaan insurans Jepun, strategi pasaran dan perniagaanya, para peserta juga diberi peluang untuk bertukar pendapat mereka dan berbincang mengenai strategi antarabangsa dengan rakan sejawat mereka.
1/21/11 10:04:00 PM
170
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (samb’)
MENINGKATKAN NILAI KAMI Budaya Prestasi Disertakan dengan rangka kerja pembangunan bakat Kumpulan adalah budaya kecemerlangan dan kejayaan kami yang telah membuatkan kakitangan gigih berusaha dan lebih bermotivasi. Kami tertumpu dalam menjana tenaga kerja yang cekap dan layak untuk memenuhi jangkaan industri yang meningkat. Melalui program pembangunan kepimpinan kami, Kumpulan berjaya memperkenalkan bakat-bakat yang terbaik dengan jarak penglihatan yang tinggi pada tahap tinggi yang dapat membantu menarik bakat-bakat baru. Kami memperkenalkan tanda aras yang kompetitif terhadap prestasi untuk menggalakkan kemunculan bakat-bakat, seterusnya mewujudkan pengukuhan rangkaian bakat-bakat untuk perancangan pewarisan. Sistem imbuhan berdasarkan prestasi yang strategik kami memastikan bahawa kakitangan yang berprestasi tinggi dianugerahkan dengan pakej imbuhan yang kompetitif. Dengan berkongsi kekayaan Kumpulan dengan kakitangan kami, kami berjaya dalam membangunkan program pengekalan jangka panjang yang berkesan. Untuk meneguhkan budaya prestasi kami, kami memperkenalkan penglibatan kakitangan yang tinggi melalui sesi maklum balas kakitangan kami. Kami bekerjasama rapat dengan para pengurus kami, mendengar kebimbangan mereka dan menyediakan latihan prestasi yang berterusan bagi memastikan mereka dapat berkomunikasi dengan berkesan dan mengikut matlamat Kumpulan untuk kakitangannya. Kami menggalakkan komunikasi secara terbuka dengan kakitangan kami bagi memastikan suara mereka dapat didengari. Kepelbagaian kami dari segi umur, jantina dan bangsa memberikan kami dengan pengetahuan dan kepantasan maklum balas terhadap perubahan dalam persekitaran pasaran yang efektif. Melalui perspektif yang berbeza, kami dapat mencipta dan memperbaharui rangkaian produk baru yang berjaya untuk pelbagai kumpulan pelanggan.
Pertumbuhan Peribadi Kumpulan mempunyai komitmen yang berterusan untuk membantu kakitangannya berkembang dengan kebolehan mereka sendiri secara berterusan. Polisi pengambilan kami menggalakkan pengambilan kakitangan dari dalam sebelum mengambil kira calon-calon dari luar. Bukti terhadap komitmen ini adalah bilangan bakat yang kami asuh dalam jawatan pemimpin utama di dalam Kumpulan. Di sebalik imbuhan kewangan, kumpulan kakitangan kami yang berbakat diberikan pengiktirafan di atas usaha mereka melalui peningkatan kerjaya mereka. Sepanjang tahun, kami terus mengekalkan persekitaran yang menarik untuk kakitangan kami. Ini ditunjukkan oleh statistik pusing ganti kakitangan yang rendah. Setiap tahun, senarai penghormatan kami menunjukkan senarai panjang kakitangan kami yang setia yang dihargai dan diberi anugerah di majlis anugerah perkhidmatan panjang Kumpulan. Majlis ini juga memberikan peluang bagi menggalakkan kakitangan yang baru berkhidmat untuk membina kerjaya mereka dalam Kumpulan. Dalam rekod, hampir 20% tenaga kerja kami yang berkhidmat lebih daripada 15 tahun di dalam Kumpulan di mana kakitangan yang paling lama berkhidmat telah berkhidmat lebih daripada 35 tahun.
Persekitaran Membina Bukti terhadap budaya prestasi kami yang kukuh, Kumpulan telah dianugerahkan pelbagai pengiktirafan daripada pemerhati dalam negara dan antarabangsa dari tahun ke tahun ke atas prestasi cemerlang dan kecemerlangan tadbir urus korporat. Kakitangan kami berbangga dengan anugerah dan pengiktirafan ini di atas kerja keras mereka sehingga membawa Kumpulan sejauh ini.
Corporate-Malay.indd 170
Kakitangan kami dijanjikan dengan kebajikan dan pampasan Kumpulan di mana kerjasama, kepercayaan, dan persefahaman ditekankan. Walaupun keadaan ekonomi yang suram dan kekerapan krisis kewangan yang meningkat, Kumpulan terus menyediakan untuk kakitangannya. Pada tahun-tahun sebelumnya, Kumpulan bertindak balas terhadap kos sara hidup yang tinggi, menaikkan gaji dan melaksanakan kajian semula manfaat untuk mengurangkan beban kewangan kakitangan kami. Kami juga merupakan antara beberapa syarikat yang pertama dalam sektor kewangan yang melanjutkan tempoh bersalin kepada 90 hari kepada kakitangan.
1/21/11 10:04:00 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
Seperti yang kami percaya bahawa kebajikan kakitangan kami adalah penting, kami terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menggalakkan kesihatan dan kehidupan seimbang. Ceramah kesihatan diadakan secara berkala untuk menggalakkan kakitangan untuk menjalani cara hidup yang sihat. Dalam menularan wabak penyakit berjangkit baru-baru ini, kami telah menyediakan Perancangan Kesiapsediaan Wabak bagi memastikan Kumpulan dan kakitangannya bersedia untuk berdepan dengan sebarang kecemasan. Sebahagian daripada perancangan kesedaran kakitangan kami ini juga membina perhubungan yang erat di kalangan kakitangan. Kelab Sukan kami merupakan salah satu platform yang berkesan untuk kakitangan kami terlibat dengan aktif dalam menganjurkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi. Acara-acara yang dianjurkan seperti Hari Keluarga dan Makan Malam juga membantu memudahkan kakitangan berinteraksi. Untuk melindungi kakitangan kami dan menggalakkan sikap tanggungjawab, kami menyediakan polisi dan prosedur yang menggariskan kod tatatertib yang diharapkan daripada setiap kakitangan. Selain daripada Buku Panduan Tatatertib Kakitangan, kami juga melaksanakan dasar-dasar untuk melindungi kakitangan dan mendidik mereka tentang hak mereka; seperti: i. Dasar Gangguan Seksual ii. Prosedur Aduan iii. Dasar Dedah Penyelewengan iv. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kami juga percaya dalam menyumbang semula kepada masyarakat sebagai tanggungjawab organisasi. Kami mengambil bahagian dalam inisiatif Bank Negara Malaysia, Program Pengkayaan Bakat Sektor Kewangan (FSTEP) sejak dari tahun 2008 dan kebanyakannya mengambil pelajar daripada pelbagai institusi untuk latihan industri bagi menggalakkan pembelajaran dan membantu mencari bakat-bakat di dalam industri. Bagi memudahkan pelajar-pelajar latihan, kami menjadikan pembelajaran sebagai sebahagian daripada budaya kerja kami.
171
Program Latihan Amali Global Program latihan amali kami dilanjutkan malah melebihi pesisir kami. Di sepanjang tahun, kami telah menerima seorang pelajar dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Cik Joyce Tan Bao Ling, yang telah menjalani 2 bulan Program Latihan Amali Global di bawah Persatuan Insurans Am Singapura di pejabat kami dari 10 Mei 2010 sehingga 2 Julai 2010. Joyce merupakan pelajar tahun ke-2 yang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Perbankan & Kewangan. Beliau telah menjalani latihan amali di pejabat cawangan Singapura. Di sepanjang latihan amali, beliau telah diletakkan di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia selama 2 minggu untuk merasai pengalaman operasi insurans di Malaysia. Program latihan ini menyediakan Joyce dengan ilmu pengetahuan tentang bagaimana syarikat insurans am beroperasi dari segi penajaan jaminnya, penyelesaian tuntutan, perakaunan dan perkembangan produk dan perbezaan di antara operasi insurans Singapura dan Malaysia. Walaupun ianya hanya merupakan 2 bulan latihan amali, kami mendengar daipada Joyce bahawa latihan amali ini merupakan pengalaman yang menggembirakan dengan kakitangan yang sentiasa memberi bantuan, memberikannya banyak tunjuk ajar di sepanjang program latihan ini. Kami sangat berbesar hati kerana pengalamannya di Lonpac sangat menggembirakan dan telah dipenuhi dari segi ilmu pengetahuan tentang insurans am. Pada hakikatnya, kami menggalakkan untuk menyambung usaha kami untuk menyumbangkan kembali kepada masyarakat dengan mengasuh, mendidik dan melatih kakitangan.
MAJU KE HADAPAN Untuk LPI Capital, pengurusan modal insan yang strategik terus menjadi keistimewaan untuk mencapai pengukuhan dan kemewahan perniagaan. Untuk itu, Kumpulan akan terus menguasai modal insannya terhadap membangunkan keberuntungan yang tinggi dan nilai yang kukuh.
Corporate-Malay.indd 171
1/21/11 10:04:06 PM
172
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
KALENDAR PERISTIWA PENTING
2
2
6
PERISTIWA KORPORAT & ANUGERAH 1. Lonpac menerima Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Multinasional Chubb 2009 4 Januari – Kuala Lumpur 2. Mesyuarat Agung Tahunan ke-49 11 Februari – Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur 3. Lonpac memenangi Anugerah Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan mengikut Rantau – Asia daripada Euromoney Jun – Kuala Lumpur
Corporate-Malay.indd 172
4. LPI diterima sebagai ahli kepada Kelab Billion Ringgit The Edge dan berada di kedudukan kedua dalam kategori Pulangan Tertinggi Ke atas Ekuiti Dalam Tempoh 3 Tahun dan Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Dalam Tempoh 3 Tahun bagi Sektor Kewangan. 5 Julai – Kuala Lumpur 5. Mesyuarat Agung Luar Biasa 11 Ogos – Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
1/21/11 10:04:08 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
7
6. LPI memenangi Anugerah Malaysian Business – CIMA 2010 • Anugerah Merit – Pemenang Keseluruhan • Pemenang Tempat Kedua – Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham • Anugerah Merit – Tanggungjawab Sosial Korporat 1 Oktober – Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur 7. LPI muncul sebagai Pemenang di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan bagi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2010 6 Oktober – Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur 8. Lonpac memenangi Anugerah Syarikat Insurans Am bagi Tahun di Anugerah Industri Insurans Asia ke-14 tahun 2010 17 Oktober – Bali, Indonesia
Corporate-Malay.indd 173
173
8
8
10
9
11
9. LPI memenangi anugerah Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCG”) 2010 • Anugerah Tiga Terbaik (Keseluruhan) • Anugerah AGM Paling Segera • Anugerah Kecemerlangan 14 Disember – Hotel Renaissance, Kuala Lumpur 10. Lawatan rasmi ke Ibu Pejabat NIPPONKOA 21 Disember – Tokyo, Jepun 11. Lonpac memenangi Hadiah Bahasa Institusi Kewangan 2010 (Kategori Insurans Am) 22 Disember – Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
1/21/11 10:04:29 PM
174
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
KALENDAR PERISTIWA PENTING (samb’)
1
3
2
3
KOMUNITI & HUBUNGAN PELANGGAN 1. Kempen Keselamatan Jalan Raya – Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-undang 21 Januari - Plaza Tol Sungei Besi, Kuala Lumpur
3. Sumbangan Sosial kepada Rumah Warga Emas Sungei Way 19 April - Seri Setia, Petaling Jaya
2. Kempen Derma Darah 2 April - Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur
Corporate-Malay.indd 174
1/21/11 10:05:03 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
175
6
4
4
5
5
4. Lawatan ke pawagam untuk kanak-kanak daripada Rumah Charis dan Rumah Ilham 8 Mei - e@Curve, Damansara
6. Lonpac menganjurkan Pertandingan Menulis Esei mengenai “Sejarah Bandaraya Melaka” dengan kerjasama The China Press 8 Ogos - Melaka
5. Golf Amal Lonpac E-Assist 3 Ogos - Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam
Corporate-Malay.indd 175
1/21/11 10:05:51 PM
176
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
KALENDAR PERISTIWA PENTING (samb’)
7
9
7
9
8
KOMUNITI & HUBUNGAN PELANGGAN 7. Hari Kesihatan Komuniti Lonpac – Jadi Sihat Di Tempat Kerja 20 Ogos - Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur
9. Pelancaran Kempen Kami Cintakan Bumi… Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula 18 September - Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
8. Sumbangan Sosial kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat 25 Ogos - Taman Cuepacs, Cheras
Corporate-Malay.indd 176
1/21/11 10:06:25 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
177
1
3
1
2
2
KAKITANGAN KAMI 1. Mesyuarat Perniagaan Pengurus 21-22 Januari - Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi
2. Program Pembangunan Agensi – Memantapkan Perkongsian 26-28 Mac - Club Med Cherating, Kuantan 3. Merentas Hutan 21 Mei - Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya
Corporate-Malay.indd 177
1/21/11 10:07:27 PM
178
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
KALENDAR PERISTIWA PENTING (samb’)
4
7
5
8
6
9
KAKITANGAN KAMI 4. Hari Keluarga Lonpac 26 Jun - Bukit Gambang Resort, Kuantan
7. Persidangan Pengurus 24 Julai - Gold Coast, Australia
5. Seminar Penolong Pengurus & Timbalan Pengurus – Bengkel Pengurusan Masa 2-4 Julai - Pulai Desaru Beach Resort, Kota Tinggi
8. Cari Makan Hunt 9-10 Oktober - Pulau Pinang
6. Majlis Makan Malam Ulang Tahun Lonpac yang ke-48 17 Julai - Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Corporate-Malay.indd 178
9. Seminar Pegawai – Keberkesanan Pasukan Bagi Prestasi Tinggi 16-17 Oktober - Nilai Springs Resort, Nilai
1/21/11 10:08:23 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
10
13
11
14
12
15
10. Percutian Kelab Sukan I 28-31 Oktober - Chiang Mai, Thailand 11. Seminar Eksekutif – Pengurusan Oleh Matlamat 6-7 November - The Legend Water Chalets, Port Dickson 12. Percutian Kelab Sukan II 10-14 November - Guilin, China
Corporate-Malay.indd 179
179
13. Mesyuarat Perniagaan Pengurus 21-22 November - Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya 14. Seminar Eksekutif Kanan – Pembangunan Pasukan 4-5 Disember - The Golden Palm Tree Resort, Sepang 15. Merentas Hutan & Jalan Berturap 10 Disember - Taman Arboretum, Bukit Kiara
1/21/11 10:09:31 PM